Skip to main content
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
Collection Tree
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
Collection Tree
Browse Items (155 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Collection: Abstrak Tesis Doktor Falsafah Akademi Pengajian Melayu
Page
of 4
Next Page
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Binaan dan fungsi perkataan dalam Bahasa Melayu : satu huraian dari sudut tatabahasa generatif
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mencapai tiga matlamat tentang binaan dan fungsi perkataaan dalam bahasa Melayu (BM) iaitu
1. Menghuraikan binaan perkataan dalam BM
2. Menghuraikan dan meramalkan proses binaan perkataan dalam BM melalui…
Kajian intonasi fonetik eksperimental : realisasi makna emosi filem Sembilu 1 dan 2
Abstrak
Kajian ini adalah mengenai intonasi bahasa Melayu yang melibatkan pergerakan nada, durasi dan makna emosi. Data korpus kajian ini diambil daripada filem Melayu Sembilu 1 dan 2. Keseluruhan analisis dalam tesis ini menggunakan Model Intonasi…
Analisis lakuan tuturan Mahathir Mohamad dalam isu 1MDB
Abstrak
Kajian ini berkaitan dengan analisis lakuan tuturan dalam ucapan Mahathir Mohamad terhadap isu 1MDB. Kajian ini bertujuan mengenal pasti bentuk-bentuk lakuan tuturan dengan menggunakan kerangka teoretis yang dibina melalui proses…
Penggunaan buku teks KOMSAS dalam pengajaran Bahasa Melayu Tingkatan 4
Abstrak
Kajian ini menyelidiki penggunaan buku teks Komponen Melayu (KOMSAS) oleh guru dalam pengajaran Bahasa Melayu tingkatan 4 (BM-T4) di negeri Selangor. Kajian ini menggunakan reka bentuk ‘Pendekatan Kajian Kaedah Gabungan Berurutan’ yang…
Hibridisasi masakan Melayu : kajian kes di Kuala Lumpur
Abstrak
Budaya kulinari Melayu sentiasa dalam keadaan aktif dari segi inovasi dan tindak balas terhadap pengaruh elemen-elemen kulinari luar negara. Untuk memahami bagaimana cef-cef Melayu bertindak balas terhadap fenomena ini, kajian ini…
Lagu-lagu gubahan P.Ramlee : analisis semiotik melodi dan lirik
Abstrak
Keunggulan P. Ramlee sebagai pemuzik Melayu adalah berkait rapat kecemerlangan filem-filem yang beliau hasilkan di samping dianggap sebagai pemuzik Melayu yang sangat prolifik. Kajian ini bertujuan untuk menilai keistimewaan tanda-tanda yang…
Ayat pasif bahasa Melayu
Abstrak
Disertasi ini merupakan cubaan awal berhubung dengan kajian terhadap ayat pasif Bahasa Melayu dengan mengguakan pendekatan model Transfomasi-Generatif berdasarkan model Jacobs dan Rosenbaum (1986) terhadap bahasa Inggeris.
Kajian ini…
Keterancaman Melayu dalam era pentadbiran Pakatan Harapan 2018-2020
Abstrak
Kajian ini membincangkan psike keterancaman Melayu menerusi analisis ke atas isu-isu Melayu terancam ketika era pemerintahan Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan. Bagi memahami keterancaman Melayu, konsep pelindung Melayu dan konsep…
Isu-isu semasa dalam karya naratif A. Samad Ismail
Abstrak
A. Samad Ismail terkenal sebagai seorang tokoh wartawan, sasterawan dan politik. Beliau telah melibatkan diri dalam bidang tersebut sejak dekat 40-an dan telah melalui empat fasa dalam proses penglibatannya sebagai wartawan, saterawan dan…
Isu-isu semasa dalam karya naratif A. Samad Ismail
Abstrak
Kajian ini menumpukan penelitian terhadap isu-isu semasa yang dapat ditemui dalam karya-karya cerpen dan novel yang dihasilkan oleh A. Samad Ismail. Sehubungan itu, penelitian ini juga akan membicarakan masyarakat dan individu-individu yang…
Syair-syair Melayu Riau : tumpuan khas kepada Syair Kitab al-Nikah dan lain-lain syair agama Raja Ali Haji
Abstrak
Kajian ini adala satu percubaan untuk melihat perkembangan syair-syair Melayu Riau dengan menumpukan karya syair-syair agama Raja Ali Haji khasnya Syair Kitab al-Nikah.
Dalam Bab I diberikan gambaran perkembangan syair-syair itu yang…
Pantun muhakam dalam adat perkahwinan Melayu Sambas : analisis simbolisme
Abstrak
Fokus utama dalam penyelidikan ini ialah mengkaji simbol-simbol dalam pantun perkahwinan yang diucapkan para muhakam. Oleh itu kajian ini mentafsirkan simbol-simbol dengan melihat secara kontekstual makna-makna simbolik atau makna tersirat…
Pengurusan tapak arkeologi pra-sejarah : sebagai satu warisan ketara di Malaysia
Abstrak
Tapak-tapak arkeologi pra-sejarah adalah warisan ketara yang amat sedikit bilangannya dan tidak dapat dinilai harganya. Ianya dianggap sebagai warisan manusia sejagat. Pada waktu yang sama, tapak-tapak ini sangat sukar untuk dikenal pasti…
Semiotik riffaterre dalam pantun kanak-kanak
Abstrak
PKK merupakan salah satu daripada jenis pantun Melayu. PKK dicipta dengan bentuk dan makna yang ringkas, seiring dengan meningkatnya usia kanak-kanak, tahap perkembangan kognitif, kematangan serta fitrah kanak-kanak yang amat gemar akan…
An analysis of political speeches of Joko Widodo's 2019 Indonesia presidential election : a cultural studies perspective
Abstrak
Joko Widodo yang mempunyai gaya sederhana sebagai seorang presiden mewujudkan satu kejayaan untuk membangunkan kepulauan Indonesia dari Sabang sampai Marauke. Piliha raya presiden di Indonesia sangat dinamik dan berdaya saing, sama ada di…
Nilai-nilai kepahlawanan dalam teks Takna' Lawe' daripada komuniti Kayan di Mendalam : kajian semiotik
Abstrak
Takna ‘Lawe’ ialah salah satu genre sastera berbentuk prosa lirik yang berisikan 6,537 bait. Ia boleh ditampilkan dalam nyanyian dan gerak oleh kaum lelaki tua, dan biasanya diikuti juga dengan tarian oleh kaum wanita. Prosa lirik ini…
Sistem panggilan dalam bahasa Melayu : suatu analisis sosiolinguistik
Abstrak
Disertasi ini merupakan satu cubaan pertama berhubung dengan kajian sistem yang menjadi satu unsur yang penting dalam berkomunikasi dan berinteraksi dalam masyarakat bahasa Melayu. Oleh kerana itu ia digunakan pada setiap kejadian…
Persoalan dendam dalam sastera Melayu
Abstrak
Kehadiran hikayat-hikayat Melayu menjadi manifestasi kepada kewujudan sebuah masyarakat Melayu pada satu ketika dahulu. Hikayat-hikayat Melayu ini yang dikesan penghayatannya sejak zaman Hindu membawa kepada zaman Peralihan dan seterusnya…
Penterjemahan tajuk utama iklan dalam katalog bercetak
Abstrak
Kemasukan pelbagai produk antarabangsa yang diimport ke Malaysia menyebabkan iklan yang dicipta dalam bahasa Inggeris perlu diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Langkah penterjemahan iklan semestinya mempunyai kekangan apabila produk yang…
Motif-motif tradisi dalam budaya Iban Saribas
Abstrak
Kajian ini berfokus kepada motif-motif tradisi seni rupa Iban Saribas yang dipercayai mengandungi gambaran budaya para penciptanya. Seni rupa yang dimaksudkan ialah seni anyaman, seni tenunan, seni ukiran dan seni tatu. Tujuan kajian ialah…
Simbolisme dalam motif-motif songket Melayu Terengganu
Abstrak
Tenunan songket hanya berungsi sebagai objek seni utiliti yang diadun rapi dan cantik dipakai jika tiada nilaian estetik dan falsafah yang terbit daripadanya. Namun di sebalik ketertiban dan keindahan reka corak motif, songket jelas kaya…
Makna siratan dalam novel politik Melayu terpilih : analisis berdasarkan Gagasan Kritikan Melayu
Abstrak
Kajian ini menganalisis makna siratan daripada pengukapan dalam lima buah novel politik Melayu yang dipilih. Pengukapan yang mengandungi makna siratan merupakan cara yang digunakan oleh para pengarang novel sebagai kritikan terhadap individu…
Pola strategi dan maksim kesantunan dalam rancangan bual bicara
Abstrak
Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti pola kesantunan berbahasa rancangan bual bicara bertajuk ‘’Celik Mata Reset Minda Orang yang Tenang’’ yang disiarkan di radio IKIMfm. Analisis data melibatkan 28 konteks perbualan dalam 10…
Analisis kesilapan dalam pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua oleh pelajar India : strategi pembelajaran dan pemindahan bahasa
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis strategi pembelajaran serta strategi pemindahan bahasa dalam proses pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan pelajar India di sekolah rendah jenis kebangsaan…
Mediasi dalam perkembangan novel Sabah
Abstrak
Kajian ini ialah tentang sejarah perkembangan novel Sabah. Penelitian terhadap latar belakang karya sastera menggunakan sosiologi sastera bukan setakat menumpukan soal konteks penghasilan sebuah karya. Kajian integrasi atau dwikajian yang…
Arkeologi dan seni : kajian tembikar kerajaan Melayu Johor-Riau-Lingga Abad 16-19 masihi
Abstrak
Tesis ini cuba memfokuskan kepada peninggalan warisan Kerajaan Melayu Johor-Riau-Lingga yang terdapat di Kota Sayong Pinag, Kota Panchor, Kota Johor Lama dana Fort Canning Hill melalui pendekatan arkeologi dan sejarah seni. Data yang…
Amalan penjagaan kesihatan Melayu luar bandar : kajian di daerah Lipis, Pahang
Abstrak
Kajian ini mengenai amalan penjagaan kesihatan masyarakat Melayu yang dilihat dari dua perspektif iaitu untuk memahami pengubatan cara tradisional dan penerimaan masyarakat dengan kaedah tradisional ini. Berdasarkan dua perspektik ini telah…
Muhammad Haji Salleh sebagai pengarang pascakolonial : analisis teks dan konteks
Abstrak
Kajian ini menganalisis karya kreatif, nonkreatif dan tindakan Muhammad Haji Salleh daripada perspektif pascakolonial. Kaedah yang digunakan ialah pendekatan pascakolonial sebagai strategi pembacaan yang diperkenalkan oleh Bill Ashcroft.…
Falsafah pendidikan bahasa : kajian tentang konsep dan pelaksanaannya di Malaysia dengan rujukan khusus kepada pendidikan bahasa Melayu di Sekolah Menengah
Abstrak
Kajian ini bertitik tolak daripada latar belakang fenomena yang berkisar di sekitar tiga hal. Yang pertama ialah hakikat pendidikan dan juga pendidikan bahasa sebagai asas kehidupan bertamadun bagi manusia. Yang kedua ialah peranan…
Novel-novel A.Samad Ismail : satu analisis teori strukturalisme genetik-hegemoni
Abstrak
Kajian ini meneliti novel-novel A. Samad Ismail dengan menggunakan penggabungan Teori Strukturalisme Genetik oleh Lucien Goldman dan Teori Hegemoni oleh Antonio Gramsei yang menghubungkaitkan sastera sebagai cermin sosio-budaya masyarakat.…
Natural dyes : freeze-dried mangosteen rind extracts (Garcinia mangostana L.) for silk fabric dyeing
Abstrak
Warna asli diperoleh daripada alam semula jadi merupakan warna utama yang digunakan oleh pengkarya tekstil Melayu di negara ini untuk mewarnai tekstil mereka sebelum warna sintetik diperkenalkan. Walau bagaimanapun, penggunaan pewarna asli…
Budaya politik dalam historiografi Melayu
Abstrak
Historiografi Melayu adalah teks yang ditulis untuk menceritakan jatuh bangunnya sesebuah kerajaan. Teks ini surat dengan gambaran budaya politik yang menjadi amalan dalam pentadbiran negeri-negeri Melayu. Namun demikian sampai sekarang…
Institusi Bale Gambang-Baruk : dulu dan sekarang. Etnografi perubahan sebuah institusi utama masyarakat Bidayuh, Sarawak
Abstrak
Baruk adalah sebuat ruang fizikal, iaitu sebuah bangunan khas dan ia jua adalah sebuah entiti yang abstrak, digunakan untuk pelbagai fungsi budaya, sosial dan politik. Maka ia dikenal sebagai institusi Bale gambang-Beruk sebuah institusi…
Paras fertiliti penduduk Melayu di Semenanjung Malaysia
Abstrak
Objektif pertama tesis ini adalah untuk melihat hubungan di antara dua Variable Pertengahan (Intermediate Variables), iaitu umur kahwin pertama dan pengalaman perancangan keluarga dan fertiliti dalam kalangan penduduk Melayu di Semenanjung…
Keinginan watak dalam novel Melayu terpilih dari perspektif lagan
Abstrak
Tesis yang bertajuk ‘’Keinginan Watak dalam Novel Melayu Terpilih dari Perspektif Lacan’’ ini dihasilkan untuk mengkaji kesusasteraan Melayu berdasarkan Teori Psikoanalisis Jacques Lacan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keinginan watak…
Persoalan ketahanan Nasional dalam novel pilihan penulis guru Negara Brunei Darussalam
Abstrak
Kajian ini menganalisis persoalan ketahanan nasional yang terdapat di dalam novel-novel pilihan yang dihasilkan oleh penulis-penulis guru terutamanya yang berpendidikan tinggi. Pemilihan penulis guru dilakukan berdsarkan sejarah penulisan…
Kajian estetika dalam cerita rakyat Melayu Kuantan Riau Indonesia
Abstrak
Kajian ini terbahagi atas tujuh bab, merupakan penelitian yang menumpukan pada estetika cerita rakyat Melayu Kuantan Riau yang diperoleh daripada sastera lisan yang ada di daerah Kuantan Riau Indonesia. Kajian ini berdasarkan bahan sastera…
Simbol dan makna dalam pantun Melayu Bingkisan Permata
Abstrak
Kajian ini mengkaji dan menganalisis teks pantun dalam buku Pantun Melayu Bingkisan Permata (2001) terbitan Yayasan Karyawan, yang diselenggarakan oleh Harun Mat Piah. Pantun dianalisis menggunakan Pendekatan Puitika Sastera Melayu oleh…
Kata panggilan dalam komuniti bahasa Melayu Sambas di Kalimantan Barat : sistem dan konteks
Abstrak
Istilah-istilah panggilan dalam satu komuniti selalunya wujud dalam berbagai-bagai bentuk linguistik dengan peraturan penggunaan yang selalunya bersesuaian dengan sistem sosiobudaya komuniti tersebut. Apabila dalam konteks situasi dan…
Morfologi bahasa Bidayuh-Somu Kabupaten Sanggau, Kalimantan Barat
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk memberi struktur asas linguistik kepada Bahasa Bidayuh-Somu yang masih dalam bentuk lisan serta belum pernah dilakukan kajian sepenuhnya. Sehubungan itu, kajian ini akan memberi tumpuan kepada bidang morfologi…
Analisis komponen retorik kaunseling bahasa Melayu
Abstrak
Kajian ini mengetengahkan Model Komponen Retorik Paling Luas sebagai asas menganalisis teks kaunseling. Model ini mengambil kira Ciri Model Retorik Klasik dan Retorik Moden yang serasi dengan Model Retorik Paling Luas. Dalam Model Retorik…
Buah buton di luak tanah mengandung, negeri Sembilan : hubung kait kosmologi dengan kehidupan masyarakat adat perpatih
Abstrak
Buah buton merupakan ukiran berbentuk tiga-dimensi yang diukir pada bahagian bawah sebatang kayu yang merupakan perlambangan terhadap masyarakat Adat Perpatih di Luak Tanah Mengandung, Negeri Sembilan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa…
Seni persembahan Melayu : satu kajian terhadap organisasi keusahawanan seni
Abstrak
Kejayaan sesebuah organisasi keusahawanan seni bergantung kepada corak pengurusan pengusahanya, sokongan yang diterima daripada institusi kerajaan yang berkaitan dan penontonnya. Berasaskan kepada pernyataan tersebut, kajian kes ini melihat…
Keunggulan kepengarangan Faisal Tehrani dari perspektif teksdealisme
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis dan menilai keunggulan kepengarangan Faisal Tehrani berdasarkan novel-novel terpilihnya. Keunggulan yang diraih akan meletakkan dirinya pada kedudukan tersendiri dan membezakan dengan pengarang yang…
Eksperimen kreatif dan inovasi dalam tenun Pahang DiRaja
Abstrak
Tenun Pahang Diraja (TPD) merupakan seni tenunan warisan Melayu Pahang yang menjadi salah satu identiti utama kesenian di negeri Pahang. Aktiviti tenun berkembang khususnya di daerah Pekan sejak abad ke-16 sehingga hari ini dengan sokongan…
Diangdangan Brunei : Tuan pemagat ular membaung, suatu suntingan teks
Abstrak
Diangdangan Tuan Pemangat Ular Membaung (TPUM) adalah salah satu daripada beberapa diangdangan yang terdapat dalam tradisi lisan dan merupakan sebahagian daripada sastera rakyat (folklore) Bunei. Diangdang seperti juga yang lipurlara dalam…
Penjagaan kesihatan dan rawatan : prinsip dan teori dalam perubatan Melayu
Abstrak
Satu kajian antropologi budaya telah dijalankan untuk mendapatkan data tentang perubatan Melayu di Kedah dan Perlis. Tujuan kajian ialah untuk menentukan konsep berhubung dengan kesihatan dan penyakit dan untuk membentangkan pembentukannya…
Transformasi teknologi pembuatan labu sayong : kajian kes
Abstrak
Tembikar Labu Sayong merupakan salah satu hasil kraftangan Melayu tradisional yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Labu Sayong merupakan labu hitam tradisional yang digunakan oleh orang Melayu untuk menyimpan air minuman.…
Gaya dan tema dalam seni cetak konvensional seniman Melayu Malaysia (1970-1999)
Abstrak
Kehadiran seniman Melayu yang mendapat pendidikan seni moden barat pada sekitar tahun selepas merdeka khususnya bermula 1970an hingga 1990an menarik perhatian kepada penyelidikan ini. Penyelidikan ini merupakan kajian berkaitan pengolahan…
Ritual padi dan identiti : kajian kes komuniti Kadazan dataran Penampang, Sabah
Abstrak
Ritual secara umumnya adalah perlakuan dalam agama atau upacara amal. Namun perlakuan-perlakuan baru yang dilakukan secara berulang tanpa melibatkan keagamaan juga dapat dianggap sebagai ritual. Ritual baik yang dilakukan secara tradisi…
Page
of 4
Next Page
Output Formats
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2