Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (19285 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
sastera Melayu
Simbolisme dalam Susur Pendekar
Abstrak
Latihan ilmiah ini merupakan satu kajian menganalisis pendekatan simbolisme dalam sebuah buku koleksi puisi iaitu Susur Pendekar karya Muhammad Jailani Abu Talib. Bagi tujuan ini, pengkaji telah memilih 19 buah puisi dari buku tersebut dan puisi-puisi tersebut telah memuatkan simbol-simbol yang mempunyai kaitan dengan makna yang tersurat dan tersirat. Simbol merupakan satu unsur bahasa-budaya yang menyimpan makna serta mencerminkan minda masyarakat Melayu pada zaman itu.hal ini secara tidak langsung menunjukkan kesinambungan minda generasi masyarakat Melayu seterusnya sepertimana yang dipancarkan dalam karya sastera moden Susur Pendekar. Bagi kajian ini, teori semiotik berdasarkan pendekatan simbolisme akan digunakan sekali gus menekankan bahawa analisis simbol ini adalah bertitik-tolak dari makna atau definisi makna simbol itu saja. Berlandaskan dari itu, kajian analisis pendekatan simbolisme dalam koleksi puisi Susur Pendekar dikelompokkan kepada beberapa kategori simbol. Antaranya termasuklah simbol pendekar, silat, keris, bunga,warna, cakerawala dan binatang.
Text
Sosio budaya Melayu
Jati diri Orang Asli : Di Kampung Manchis, Bentong, Pahang
Abstrak
Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengkaji ciri-ciri jati diri masyarakat Orang Asli dari segi bahasa, adat resam, kepercayaan, corak kepimpinan, gaya hidup dan kegiatan ekonomi. Selain itu ia juga untuk mengenal pasti pengekalan ciri-ciri jati diri masyarakat Orang Asli di Kampung Manchis, Bentong, Pahang.
Kajian dimulakan dengan melihat beberapa konsep yang berkaitan dan seterusnya membuat sorotan beberapa penulisan yang telah dihasilkan berkaitan dengan bidang kajian.
Kajian ini menggunakan pelbagai kaedah seperti soal selidik, temubual tidak formal, penyelidikan perpustakaan dan pengalaman peribadi sebagai kaedah sokongan.
Analisis dimulakan dengan melihat komponen jati diri, ciri-ciri jati diri, Orang asli dan ciri-ciri jati diri Orang Asli. Analisis mengenai pengekalan ciri-ciri jati diri dalam konteks perubahan juga diberi tumpuan.
Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati bahawa jati diri masyarakat Orang Asli sangat kuat. Ini diterjemahkan dengan amalan dan larangan yang masih dilakukan sehingga kini. Pengekalan jati diri dilihat dalam konteks perubahan tetapi kebanyakan amalan dan pantang larang masih ditaati oleh masyarakat suku kaum Temuan di Kampung Manchis.
Beberapa buah buku, latihan ilmiah, akhbar, jurnal dan majalah menjadi rujukan sepanjang kajian ini dilakukan dan seramai 50 orang responden bagi sesi soal selidik dan temu bual dijalankan untuk memberikan maklum balas terhadap kajian ini.
Text
Sosio budaya Melayu
Pengurusan masalah sosial yang berlaku dalam komuniti pesisir di Kelantan
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pihak yang terlibat dalam mengawal masalah sosial yang berlaku dalam komuniti pesisir.
Text
sastera Melayu
Idea pandang ke Jepun dalam akhbar dan majalah semasa perang dunia kedua
Kajian ini menganalisis sejarah pemikiran Pandang Ke Jepun dalam akhbar dan majalah di Tanah Melayu semasa era pendudukan Jepun tahun 1941-1945.
Text
Kesenian Melayu
Produktiviti vs pengarca di Malaysia
Kajian ini adalah untuk mengenalpasti cara pengukuran produktiviti yang terbaik bagi pengarca serta mengkaji hubungan kecekapan pengarca dengan pekerjaan pengarca.
Text
Kesenian Melayu
Animation research: Constructing bangsawan in 2D format
The study is about author experiences and efforts in constructing a 2D animation work of the Bangsawan theatre. The work process involves a good understanding of the Bangsawan live theatre phenomenon and to construct an original script taken from the Malay historical source of Hikayat Seri Kelantan.
Text
sastera
Sastera SPM: Masalah istilah dalam proses penghayatan karya sastera
Mungkin cerpen dan novel boleh dijawab secara baik, namun markah rendah yang didapati dari jawapan sajak yang tidak memuaskan itu sudah pasti menjejaskan keseluruhan pencapaian seseorang calon.
Text
Kesenian Melayu
The Gelombang of Indonesia: A cultural dance transition in process
The study is based on research towards realizing the first writer’s PhD thesis on the subject of Tarian Galombang Masyarakat Minangkabau: Kajian Kes di Kota Padang (the Changing Galombang Dance of Minangkabau: Case of Kota Padang).
Text
Kesenian Melayu
Konseptologi dalam terminologi Makyung
Kajian ini meneliti konsep dan hubungannya dalam kerja terminologi melalui kajian sistem konsep seni persembahan Makyung, menganalisis istilah sinonim, hipotetikal, dan spesifik dengan menggunakan hubungan logik, ontologi, dan campuran untuk memperkukuh bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
Text
sastera Melayu
Tarbiah remaja dalam novel kasih nan agung dan impuls/roh karya Sri Rahayu Mohd Yusop
Kajian ini mengenai nilai pendidikan Islam yang terkandung dalam dua novel remaja karya Sri Rahayu Mohd Yusop, Kasih Nan Agung (2009) dan Impuls/Roh (2010), dengan meneliti aspek tarbiah dalam enam dimensi: iman, akhlak, fizik, intelektual, psikologi, dan sosial.
Text
Geography
Geografi SPM: Iklim Malaysia
Angin monsun Timur Laut bertiup tanpa halangan dari Laut China Selatan, oleh itu ia membawa hujan yang lebat ke pantai timur Semenanjung Malaysia.
Text
economy
Krisis kejatuhan harga minyak
Kejatuhan mengejut harga minyak dunia dalam masa beberapa minggu lepas dijangka memberikan kesan lebih besar kepada ekonomi negara.
Text
Kesenian Melayu
Kreativiti menerusi model bertema: Guru menjana atau menghalang perkembangan kreativiti kanak-kanak
Kajian ini menggambarkan peranan guru prasekolah dalam pendidikan seni visual, dengan penekanan kepada modul estetika dan kreativiti, serta mempersoalkan sama ada guru membantu atau menghalang perkembangan kreativiti kanak-kanak dalam proses pengajaran.
Text
Kebudayaan
penulis
Penulis dan pembinaan budaya
Oleh kerana budaya itu mencerminkan martabat manusia, maka ia perlu dilihat sebagai sebahagian dari diri manusia sendiri.
Text
Kesenian Melayu
Nuken: How things being measured?
Kajian ini adalah untuk memberi tumpuan
dan berkongsi pengetahuan mengenai teknologi aritmetik dan
pemikiran saintifik Orang Ulu dalam sistem ukur dan sukat tradisional
yang digunapakai dalam proses pembuatan objek, urusan jualbeli dan
pertukaran.
Text
fasting
Kewajipan berpuasa
Puasa dalam Islam ialah suatu ibadah yang dikerjakan dengan menjauhkan diri dari makan dan minum dan segala yang membatalkannya sepanjang hari.
Text
Journalism
Erti dan fungsi kod etika kewartawanan
Kewartawanan merupakan satu bentuk kegiatan komunikasi dan media komunikasi tempat menyalurkan kegiatan adalah banyak dan antaranya ialah akhbar.
Text
Sosio budaya Melayu
Tradisi kebudayaan makan tahun kaum Kedayan : Satu kajian di Kampung Selanyau, Bekenu, Sarawak
Abstrak
Kaum Kedayan merupakan sebahagian daripada penduduk pribumi Sarawak Bumi Kenyalang. Walaupun kaum ini merupakan kaum yang minoriti, namun kaum ini juga mempunyai amalan nenek moyang mereka yang masih diwarisi sehingga ke hari ini. Hal ini sama juga seperti penduduk peribumi Sarawak yang lain. Antara amalan tradisi yang masih diamalkan ialah upacara makan tahun. Upacara ini lazimnya disambut pada setiap tahun yang mempunyai tujuannya yang tertentu.
Walaupun terdapat kaum Kedayan di tempat lain di Sarawak, namun sesetengahnya yang tidak mengamalkan lagi upacara makan tahun. Hal ini kerana ada yang menganggap upacara ini karut dan tidak perlu lagi diamalkan pada zaman ini. Namun, hal ini berbeza dengan tanggapan kaum Kedayan di Kampung Selanyau kerana upacara makan tahun masih diamalkan tahun demi tahun. Pengkaji juga berharap upacara makan tahun ini akan terus diamalkan oleh penduduk kampung di Kampung Selanyau.
Oleh hal yang demikian, penyelidik ini adalah penelitian turut serta pengkaji terhadap upacara makan tahun yang masih diamalkan oleh kaum Kedayan di Kampung Selanyau, Bekenu, Sarawak. Upacara ini diadakan untuk menandakan tamatnya musim menuai padi pada tahun itu dan sebagai kesyukuran kepada ilahi kerana hasil tanaman padi yang mereka perolehi. Dengan adanya upacara ini, diharapkan hasil padi mereka pada tahun berikutnya semakin bertambah. Oleh itu, upacara ini secara zahirnya membolehkan kaum ini ‘berinteraksi’ dengan alam semula jadi dalam kehidupan mereka.
Selain itu, penyelidikan ini juga merupakan usaha pengkaji dalam merungkai dan menerokai seterusnya cuba untuk memahami kebudayaan yang diamalkan oleh kaum ini. Diharapkan segala maklumat yang terdapat dalam penulisan ini dapat menjadi rujukan suatu hari nanti seandainya pada waktu itu upacara makan tahun sudah tidak diamalkan lagi.
Text
Literatures
Arafah: Antologi drama yang menarik
Dialog watak-watak dalam beberapa skripnya mengingatkan kita tentang persoalan kehidupan yang mencangkupi hukum-hukum keagamaan (Islam).
Text
Sosio budaya Melayu
Adat istiadat perkahwinan dalam masyarakat Melayu : Satu kajian kes di Kampung Pulau Mansok, Jerantut, Pahang Darul Makmur
Abstrak
Masyarakat Melayu memang terikat dengan adat istiadat dan peraturan. Hal ini demikian masyarakat Melayu sentiasa meletakkan adat dan peraturan dalam setiap langkah laku mereka. Namun, pada masa kini, adat tersebut sudah tidak diikut lagi oleh masyarakat Melayu zaman sekarang. Hal ini demikian kerana perubahan keadaan dan zaman yang menyebabkan perkara tersebut berlaku.
Dalam perkahwinan masyarakat Melayu pada zaman dahulu, terdapat pelbagai jenis yang diamalkan, antaranya ialah adat merisik, adat meminang, adat bersanding, adat menepung tawar, adat mandi sampat, dan sebagainya. Adat-adat ini dilakukan mengikut peraturan yang telah ditetapkan dalam masyarakat dan setiap pasangan yang akan berkahwin perlu melakukan adat-adat tersebut. Jika tidak, masyarakat sekeliling akan membuat pelbagai spekulasi yang tidak enak untuk didengar.
Namun, pada zaman sekarang, terdapat sesetengah adat perkahwinan masyarakat Melayu pada zaman dahulu tidak lagi diamalkan oleh masyarakat Melayu pada zaman sekarang. Hal ini demikian kerana peredaran zaman dan perubahan keadaan dan situasi dalam masyarakat. Namun, keadaan ini terjadi mungkin juga kerana orang yang mengepalai sesuatu upacara tersebut telah meninggal dunia dan sekaligus sesetengah adat tersebut tidak lagi diamalkan oleh generasi seterusnya, dan ianya berlanjutan hinggalah ke hari ini.
Oleh itu, kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk mengenal pasti adat-adat yang masih lagi diamalkan oleh masyarakat Melayu di Kampung Pulau Mansok, Jerantut, Pahang Darul Makmur. Hal ini demikian kerana bagi melihat sejauh mana adat-adat yang diamalkan oleh masyarakat Melayu pada zaman dahulu, masih lagi diamalkan oleh masyarakat Melayu di kampung tersebut. Hal ini bagi memastikan adat-adat perkahwinan masyarakat Melayu pada zaman dahulu tidak terus hilang ditelan arus zaman yang globalisasi ini.
Text
CERPEN
Cerpen: Derita dari sepi
Gambaran keputusan peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia masih lagi jelas di matanya, mengambil alih tempat papan kenyataan sekolahnya yang sebelum ini memaparkan keputusan yang tiada bezanya.
Text
Bahasa Melayu
Pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa asing: Strategi komunikasi dalam kalangan pelajar Korea di HUFS (Hankuk University of Foreign Studies)
Kajian ini membincangkan tentang strategi komunikasi (SK) yang digunakan dalam pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa asing oleh pelajar Korea, iaitu jenis-jenis strategi komunikasi yang digunakan apabila pelajar menghadapi masalah dalam menyampaikan sesuatu mesej dalam bahasa Melayu.
Text
Penceraian berpunca daripada pihak ketiga
Text
Membina tamadun Islam alaf baru
Text
Jangan hukum sembarangan
Text
Kebangkitan Islam gegarkan dunia
Text
Dosa syirik tidak diampunkan
Text
Mahar bukan harga wanita
Text
Doa dimakbul dari tiga segi
Text
Dalami khafiat sembahyang
Text
Pusat ilmu Islam serantau di Putrajaya
Text
Terjemahan teks agama ke bahasa sasaran penting
Text
Bahasa Melayu
Keberkesanan permainan bahasa sebagai alat bantu mengajar dalam penguasaan kosa kata bahasa Melayu di Sekolah Rendah Yumin
Abstrak
Proses pengajaran dan pembelajaran seringkali dilihat sebagai satu proses yang berat dan membosankan. Hal ini diburukkan lagi dengan penggunaan bahasa Melayu semakin tidak dititikberatkan di Singapura. Ramai pelajar mempunyai persepsi bahawa Pengajaran bahasa Melayu tidak sepenting mata pelajaran yang lain. Justeru, guru bahasa Melayu memikul tugas penting untuk memastikan minat untuk mempelajari bahasa Melayu akan berterusan.
Oleh sebab minat untuk menggunakan dan mempelajari bahasa Melayu semakin meruncing di Singapura, guru perlu melakarkan pengajaran yang mampu menarik minat pelajar supaya pembelajaran bahasa Melayu mudah difahami dan dihayati serta tidak membosankan. Guru harus kreatif memikirkan pendekatan dan teknik yang sesuai untuk membantu pelajar menguasai kemahiran bahasa. Salah satu cara dapat membantu menimbulkan rangsangan serta keinginan pelajar mengetahui dengan lebih mendalam tentang sesuatu pengajaran adalah dengan menggunakan alat bantu mengajar.
Dalam kajian ini, pengkaji akan menganalisis keberkesanan permainan bahasa sebagai alat bantu mengajar dan penguasaan kosa kata bahasa Melayu. Selain itu, pengkaji juga ingin memastikan sama ada permainan bahasa berjaya atau tidak dapat menarik minat pelajar dalam pembelajaran bahasa Melayu.
Kajian ini akan dijalankan ke atas pelajar-pelajar darjah 4 di Sekolah Rendah Yumin yang terletak di bahagian timor Singapura. Seramai 33 orang pelajar yang terdiri daripada pelbagai tahap kemahiran telah dipilih sebagai subjek kajian ini.
Pengkaji telah membina alat rangsangan yang berupa permainan bahasa sebagai bantu mengajar untuk mengajar kosa kata serta melakar kertas ujian untuk menganalisis keberkesanan permainan bahasa dalam penguasaan kosa kata. Pengkaji juga menjalankan soal selidik berstruktur terhadap pelajar untuk mengesan sama ada permainan bahasa berjaya atau tidak menarik minat pelajar dalam mempelajari bahasa Melayu. Hasil dapatan kajian ini akan digunakan oleh pengkaji untuk menganalisis dan mengesan keberkesanan permainan bahasa dalam membantu pelajar menguasai kosa kata bahasa melayu.
Text
Sosio budaya Melayu
Perkahwinan masyarakat Melayu bandar masa kini
Abstrak
Perkahwinan merupakan salah satu perkara menjadi tuntutan agama Islam. Kemeriahan dan kelancaran dalam majlis perkahwinan merupakan yang menjadi impian bagi setiap bakal pengantin dan keluarganya. Bagi memastikan Kelancaran majlis, persediaan persiapan kelengkapan majlis perlu dilakukan dengan lancar. Kajian ini melibatkan bidang sosio-budaya bagi masyarakat Melayu bandar kelas menengah. Penulisan kajian ini untuk mengupas persediaan yang perlu dilakukan oleh masyarakat bandar dalam mengadakan majlis perkahwinan dan sambutan majlis terutama dari pelaksanaan istiadat perkahwinan Melayu pada masa kini. Kaedah kajian yang digunakan adalah melibatkan kaedah pemerhatian dan temu bual terhadap responden yang mengadakan majlis perkahwinan di bandar. Upacara perkahwinan sepatutnya didahului dengan ikatan perpaduan kekeluargaan yang kukuh, kini mula terhakis. Masyarakat bandar kini banyak terdedah kepada proses pembandaran yang sedang rancak dilakukan oleh negara.
Text
Bahasa Melayu
Penggunaan kartun dalam pembelajaran bahasa Melayu berbantukan komputer : Kanak-kanak tahap 2 di Singapura
Abstrak
Dalam era serba canggih yang berpaksikan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), pembangunan pendidikan mementingkan pembudayaan dan penguasaan ICT dalam kalangan pendidik dan pelajar. Kaedah pengajaran dan pembelajaran harus diubah agar dapat memupuk minat, menggalakkan pelajar supaya lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran, dan juga menerapkan amalan pembelajaran sepanjang hayat. Selain itu, penerapan ICT dalam bidang pendidik juga berupaya merevolusikan pembelajaran, memperkayakan kurikulum, memperkembangkan pedagogi, menstrukturkan organisasi sekolah dengan lebih berkesan, dan melahirkan hubungan yang lebih erat antara pihak sekolah, ibubapa, dan masyarakat. Bagi menyahut cabaran yang dilontarkan bersama pembangunan pesat ICT, Kementerian pendidikan Singapura telah mengimplimentasikan projek Masterplan dalam Pendidikan yang diusahakan dalam tiga fasa sepanjang 15 tahun. Setelah berjaya mencapai kesemua matlamat fasa pertama dan kedua, kini Masterplan dalam Pendidikan berada dalam fasa ketiga yang akan dilaksanakan hingga tahun 2014. Pembangunan perisian Pembelajaran bahasa Berbantukan Komputer (PBBK) adalah satu langkah untuk mencapai matlamat fasa ketiga dalam Masterplan dalam Pendidikan.
Text
Sosio budaya Melayu
Personaliti dan gaya hidup mak nyah : Satu kajian di Kuala Lumpur
Abstrak
Kewujudan golongan mak nyah dalam masyarakat bukanlah satu fenomena yang baru malah jumlahnya telah semakin meningkat. Kewujudan pelbagai istilah seperti “mak nyah”, “pondan”, “adik” dan “bapok” semuanya menjurus kepada golongan ini yang dilahirkan sebagai lelaki tetapi mempunyai kelakuan, perasaan, dan naluri sebagai wanita. Melihat dari sudut penampilan diri, mereka lebih cenderung ke arah kewanitaan seperti memakai beg tangan, aksesori dan pakaian wanita serta bersolek. Kajian ini dilakukan untuk mengetahui secara mendalam personaliti dan gaya hidup mak nyah. Kaedah temubual dan pemerhatian digunakan oleh pengkaji untuk mendapatkan maklumat berkenaan gaya hidup golongan mak nyah. Kajian ini dilakukan terhadap 10 orang responden di sekitar Kuala Lumpur kerana kotaraya ini memang terkenal dengan jumlah mak nyah yang lebih tinggi berbanding tempat-tempat lain di negara ini. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati bahawa personaliti dan gaya hidup mak nyah sememangnya menjurus ke arah wanita meliputi pelbagai aspek seperti pembawaan diri dan gerak-geri,pergaulan dan komunikasi, penjagaan kecantikan, kesihatan, tubuh badan dan aktiviti sosial mereka. Selain itu, golongan ini juga sering mengadu bahawa mereka disisihkan oleh keluarga dan masyarakat. Dalam menempuh kehidupan sebagai mak nyah, didapati hanya sebilangan kecil sahaja responden yang benar-benar ingin menjadi wanita sepenuhnya sebaliknya lebih daripada separuh menyatakan bahawa mereka masih menyimpan hasrat untuk berubah. Oleh itu, satu usaha perlulah dijalankan untuk membantu golongan ini berubah dan kembali menjadi seperti lelaki normal yang lain.
Text
Sosio budaya Melayu
Ritual tolak bala : Satu tinjauan terhadap masyarakat Kadayan di Kampung Pangi, Lawas, Sarawak
Abstrak
Kajian ini merupakan sebuah penyelidikan ilmiah mengenai sebuah upacara kebudayaan yang dilakukan oleh masyarakat Kadayan di kepulauan Borneo. Upacara yang dimaksudkan ini, ialah upacara tolak bala yang dipercayai pengkaji merupakan sebuah upacara yang dijalankan mengikut situasi sekeliling masyarakat berkenaan. Petanda buruk daripada kejadian alam yang berlaku di sekeliling mereka, maka upacara ini perlu dijalankan untuk mengelak daripada bencana alam tersebut dan sebagainya. Dalam kajian ini akan menyentuh secara holistik mengenai masyarakat Kadayan dan upacara tolak bala itu sendiri serta dikaitkan dengan ketentuan Allah swt.
Text
Sosio budaya Melayu
Malay landscape elements as depicted in the old Malay films
Kajian mengenai elemen-elemen landskap Melayu yang diketengahkan dalam filem-filem klasik Melayu di Malaysia untuk memahami gaya hidup orang Melayu pada masa lalu serta peranan landskap dalam membentuk imej dan identiti budaya Melayu.
Text
country's growth
Brunei dalam era pembangunan
Dalam menghadapi kepesatan pembangunannya itu, Brunei menghantar anak negeri ke luar melanjutkan pelajaran termasuk menjalani pelbagai latihan teknik moden.
Text
Sosio budaya Melayu
Pesta kaul masyarakat Melanau di Mukah, Sarawak : kajian perbandingan pesta kaul dulu dan kini
Abstrak
Kajian ini ialah berkaitan dengan kebudayaan tradisi masyarakat Melanau yang terdapat di Mukah, Sarawak. Sungguhpun begitu, tumpuan pengkaji bukanlah kajian kebudayaan yang dilakukan secara menyeluruh berkenaan dengan kebudayaan-kebudayaan yang terdapat dalam masyarakat Melanau kerana matlamat kajian pengkaji hanyalah berfokus kepada pesta kaul sahaja, kajian ini pengkaji lakukan di Mukah, Sarawak. Disebabkan terdapat kekangan-kekangan tertentu, pengkaji hanya sempat pergi kedua buah kampung sahaja di bahagian Mukah, iaitu kampung Tutus Hilir dan kampung Medong Dalat. Sungguhpun begitu kajian pengkaji meliputi pesta kaul yang diadakan oleh keseluruhan kaum Melanau di Mukah.
Di dalam bab dua, pengkaji telah menerangkan tentang kawasan kajian pengkaji bermula daripada sejarah negeri Sarawak itu sendiri. Pengkaji juga menjelaskan berkenaan dengan sejarah Mukah, iaitu tempat yang didiami oleh majoriti masyarakat Melanau. Pengkaji juga menyentuh perihal asai-usul Melanau dan pengenalan umum tentang bahasa Melanau.
Dalam bab tiga, pengkaji mengupas berkenaan dengan pesta kaul masyarakat Melanau di Mukah pada zaman dahulu yang merangkumi beberapa aspek penting. Antaranya, sejarah pesta kaul, tujuan pesta kaul itu diadakan, masyarakat yang terlibat dalam pesta kaul, persediaan sebelum dan semasa pesta kaul, pantang larang pesta kaul dan aktiviti sampingan yang dijalankan semasa pesta kaul.
Dalam bab 4, pengkaji menerangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan pesta kaul masyarakat Melanau di Mukah pada zaman sekarang. Sama seperti bab sebelumnya, dalam bab 4 juga menekankan aspek yang sama supaya tidak mengelirukan para pembaca.
Seterusnya dalam bab ke 5, pengkaji membincangkan perubahan yang berlaku antara pesta kaul masyarakat Melanau di Mukah pada zaman dahulu dengan zaman sekarang berdasarkan aspek yang telah dibahaskan dalam bab 3 dan bab 4. Aspek yang sama dibahaskan bagi pengkaji lebih mempelihatkan perubahan yang berlaku dalam kedua-dua zaman tersebut.
Dalam bab yang terakhir penulis ilmiah ini, iaitu bab 6, pengkaji menyentuh tentang kesimpulan berdasarkan keseluruhan hasil dapatan yang diperoleh pengkaji. Kesimpulan ini sebagai merumuskan keseluruhan bab-bab yang telah diterangkan oleh pengkaji sebelumnya.
Text
Bahasa Melayu
Budaya membaca : Satu tinjauan kewujudan budaya membaca dikalangan Mahasiswa Ijazah Sarjana Pengajian Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
Abstrak
Budaya membaca merupakan satu perihal membaca yang sudah sinonim dengan diri seseorang itu. Kajian tentang membaca ini telah dilakukan di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Tumpuan kajian ini adalah untuk melihat kewujudan budaya membaca dalam diri mahasiswa di Akademi Pengajian Melayu yang mengambil Ijazah Sarjana Pengajian Melayu. Dalam menghasilkan kajian ini, pengkaji telah menggunakan dua kaedah utama untuk mendapatkan data iaitu kaedah keperpustakaan dan kaedah pengedaran borang soal selidik. Hasil dapatan yang diperoleh daripada kedua-dua kaedah itu akan dianalisis dengan kaedah peratusan dan perbandingan. Setelah semuanya selesai, pengkaji akan menilai keseluruhan kajian ini. Pada masa inilah pengkaji akan melihat sama ada objektif utamanya tercapai atau tidak. Kekurangan pada kajian ini juga dinyatakan dalam menambahbaikkan kajian yang bakal dilakukan pada masa hadapan.
Text
Bahasa Melayu
Tahap penguasaan imbuhan apitan kata kerja bahasa Melayu dalam kalangan pelajar-pelajar Tingkatan 5
Abstrak
Kajian ini cuba mengenal pasti tahap penguasaan imbuhan apitan kata kerja dalam kalangan pelajar-pelajar Melayu Tingkatan 5. Terdapat tiga tujuan khusus dalam kajian ini, yang masing-masing mempunyai persoalan tersendiri pula, iaitu kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan bentuk, aspek makna dan konteks penggunaan imbuhan apitan kata kerja dalam kalangan sampel-sampel kajian.
Tahap kajian penguasaan bahasa pertama ini turut mengaplikasikan teori pemerolehan bahasa yang popular, iaitu teori behaviorisme dan mentalisme, terutamanya dalam sesi pengajaran. Sesi pengajaran berkenaan imbuhan apitan kata kerja telah dilakukan pengkaji terhadap sampel-sampel kajian sebanyak dua kali, iaitu jumlah yang paling minimum. Data mentah pula diperoleh pengkaji dengan membuat ujian pengukuran tahap penguasaan imbuhan apitan kata kerja. Di samping itu, pengkaji juga melakukan kajian rintis sebelum kajian sebenar berlaku.
Hasil daripada analisis data yang dibuat, pengkaji mendapati tahap penguasaan imbuhan apitan kata kerja pelajar-pelajar Melayu Tingkatan 5 SMKDARA adalah di tahap yang baik. Dari segi bentuk imbuhan yang dikenali dan diketahui, tahap penguasaan sampel kajian tersebut berada tahap yang memuaskan. Hal ini tidak semua sampel mengenali perkataan-perkataan berimbuhan apitan kata kerja dan imbuhan apitan kata kerja mempeR-...-i serta ke-...-an masih lagi belum dikuasai sepenuhnya.
Dari segi tahap penguasaan aspek makna imbuhan apitan kata kerja pula, pengkaji dapat melihat kesan yang positif selepas pelajar-pelajar tersebut mengikuti sesi pengajaran. Boleh dikatakan hampir kesemua bentuk imbuhan apitan kata kerja dikuasai aspek maknanya, kecuali imbuhan apitan dipeR-...-i yang tidak dikuasai dengan baik. Tahap penguasaan konteks penggunaan imbuhan apitan kata kerja sampel-sampel kajian pula hanya pada takat yang sederhana atau memuaskan. Ramai sampel-sampel kajian tahu menggunakan imbuhan-imbuhan apitan kata kerja dengan konteks penggunaan yang betul. Tetapi masih ramai yang kabur dengan konteks penggunaan imbuhan apitan meN-...-i, mempeR-...-i dan dipeR-...-i.
Kajian ini juga turut membuktikan tahap penguasaan proses morfofonemik dalam imbuhan apitan kata kerja kalangan pelajar-pelajar itu. Namun begitu, ini bukan tumpuan utama kajian dengan erti kata hanya sekadar pemerhatian umum. Berdasarkan penelitian, sampel-sampel kajian amat menguasai sangat sedikit. Akhir sekali, pengkaji dapat membuat kesimpulan yang kajian ini telah berjaya mencapai matlamatnya.
Text
tourism
Desaru yang mengghairahkan para pelancong
Di sini terdapat sebanyak 35 Chalet untuk keluarga yang bersenibina rumah-rumah Melayu.
Text
Sosio budaya Melayu
Penterjemahan budaya dan estetika dalam puisi
Abstrak
Latihan ilmiah ini membincangkan penterjemahan budaya dan estetika dalam puisi serta menggunakan teks-teks puisi Air Mata Mendidih, Pahlawan kemerdekaan, Serapah Pejuang Sastera, di bawah Bintang mengerdip dan Senja di Pelabuhan Kecil sebagai korpus utamanya. Dalam hal ini, kajian yang dijalankan secara khususnya meneliti teks-teks puisi yang diterjemahkan daripada bahasa Melayu ke bahasa Inggeris.
Kajian yang diselenggarakan ini dilahirkan atas kesedaran ilmu penterjemahan puisi lazimnya berdiri atas daerah yang kabur serta jarang dibincang secara ilmiah. Namun demikian, penterjemahan puisi merupakan antara elemen terpenting dalam mengangkat karya-karya berbahasa Melayu ke peringkat yang lebih tinggi dalam persada antarabangsa.
Disamping itu, kajian ini antara lainnya menerapkan pendekatan Peter Newmark (1988 & a988b) sebelum digandingkan dengan penilaian estetika dalam puisi dengan mengukur kesan emotif dan penstrukturan semula bahasa. Hasil daripada gabungan kedua-dua unsur utama tersebut, pengkaji telah menghasilkan sebuah model analisis unsur budaya dan estetika dalam puisi bagi menggariskan kajian yang dijalankan.
Hasil daripada kajian yang dijalankan, pengkaji sekali gus telah menghuraikan proses penterjemahan puisi, khususnya dalam penterjemahan karya-karya yang cenderung terhadap unsur budaya dan estetika yang tinggi. Di samping itu, pengkaji turut telah memberikan kritikan terhadap penterjemahan yang dibuat ke atas karya-karya yang disebutkan dalam latihan ilmiah ini.
Text
arts
Pemikiran di sebalik lukisan-lukisan Aza
Semasa menjadi pelukis persendirian dulu, terlalu banyak masalah sehinggakan untuk membeli warna air dan kanvas juga perlu berhati-hati dan berjimat cermat.
Text
transportation
Armada laut Amerika terkuat di dunia
Selepas Perang Dunia Kedua, AS telah membina pangkalan armada lautnya di seluruh dunia untuk kepentingan pertahanannya.
Text
Sosio budaya Melayu
Pemikiran Nur al-Din al-Raniri dalam hukum zakat: Analisis kitab al-Sirat al-Mustaqim
Kajian ini membahas pemikiran Nur al-Din al-Raniri tentang zakat, dengan penekanan pada adaptasi nilai dan ukuran tempatan dalam perbahasan zakat di Alam Melayu.
Text
Sosio budaya Melayu
Pengaruh pemikiran al-Ghazali (M. 505 H./ 1111 M.) dalam karya Syeikh Muhammad Nafis Bin Idris al-Banjari: Analisis terhadap kitab al-Durr al-Nafis
Kajian ini menganalisis pengaruh pemikiran al-Ghazali terhadap karya Muhammad Nafis bin Idris al-Banjari dalam kitab al-Durr al-Nafis, khususnya dalam perbahasan tentang konsep keesaan Allah, dan bagaimana karya ini mempengaruhi sistem pengajian Islam tradisional di Borneo.
Text
Social problems
Rancangan-rancangan TV: Lebih "berbuaya" atau "berbudaya"?
Memang ada kompetisi antara filem dan siaran TV pada satu pihak dengan kebiasaan membaca pada pihak lain, tapi ia tidak perlu jadi kompetisi tidak sihat.
Text
Sosio budaya Melayu
Sheikh Muhammad Arsyad al-Banjari, ketokohan dan sumbangannya
Sheikh Muhammad Arsyad al-Banjari, seorang ulama fiqh mazhab Shafi'i, tasawuf, dan tauhid yang berpengaruh di Asia, berperan besar dalam proses Islamisasi Kalimantan Selatan melalui dakwah, pendidikan, penulisan karya ilmiah, serta pendirian Mahkamah Syar'iyah di Kerajaan Banjar, dan diakui sebagai tokoh Mujaddid dan Mujtahid dalam masyarakat Melayu.
Showing 5101 to 5150 of 19285 results
Page
of 386
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2