Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (19606 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
Analisis frasa keterangan bahasa Melayu dalam majalah Pelita Bahasa
Abstrak
Kajian tentang frasa keterangan dalam bahasa Melayu ini dilakukan ckoran darinada kurangnya penckanan terhadap binaan frasa oleh sebab lebih banyak tumpuan diberikan kepada aspek ayat. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis-jenis frasa keterangan yang hadir dalam bahan kajian, iaitu majalah Pelita Bahasa. Terdapat lanan jenis frasa keterangan yang dikenal pasti dalam bahan kajian, iaitu keterangan tempat atau arah, keterangan waktu, keterangan cara, keterangan tujuan atau harapan, keterangan alat, keterangan penyertaan, keterangan hal dan ketcrangan bagai. Frasa keterangan tempat dan waktu mencatatkan jumlah yang paling banyak dalam dapatan kajian. Kebanyakan jenis frasa keterangan yang ditemui berbentuk frasa sendi nama menggunakan kata sendi nama yang berfungsi sebagai keterangan kepada frasa. Antara kata sendi nama yang digunakan ialah dengan, ke, di, dalam, daripada, sebagai, terhadap dan seperti. Selain itu, terdapat juga frasa keterangan berbentuk frasa nama dan frasa adjektif. Kajian ini juga menganalisis aspek binaan frasa keterangan dari segi jumlah perkataan, iaitu satu perkataan, dua perkataan, tiga perkataan, empat perkataan atau lebih dan bentuk deretan frasa. Binaan bentuk tiga perkataan dan deretan dua frasa merupakan binaan yang paling banyak ditemui. Di samping itu, turut dihuraikan ialah kehadiran frasa keterangan dalam dua keadaan, iaitu dalam subjek dan predikat. Seterusnya, kehadiran frasa keterangan dihuraikan dari segi susunan ayat, iaitu susunan ayat biasa dan susunan ayat songsang. Kajian ini berlandaskan pendekatan Tatabahasa Transformasi Generatif yang telah diaplikasikan dalam Tatabahasa Dewan (2010). Analisis penggunaan frasa dalam bahan kajian digambarkan melalui teknik rajah pohon. Kajian ini membuktikan bahawa binaan frasa keterangan merupakan satu aspek sintaksis yang wajar dikaji dengan lebih mendalam.
Doktor, Etika dan Kembar Binjani
Labialiti doktor dalam pendehan berisiko menurut perspektif hukum islam
Text
Log Book
Laporan buku log: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kelantan
Buku log latihan amali, Jabatan Kesusasteraan Melayu, Akademi Pengajian Melayu, UM, 2009
Text
Report
Laporan latihan amali: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kelantan
"Laporan Latihan Amali (JEEA 3370), Jabatan Kesusasteraan Melayu, Akademi Pengajian Melayu, UM, 2009
Laporan Latihan Amali (JEEA 3370), Jabatan Kesusasteraan Melayu, Akademi Pengajian Melayu, UM, 2009"
Text
Aplikasi Mikromorfologi Tanah Untuk Tapak Arkeolo
Mikromorfologi tanah ialah kajian terhadap bahan yang tak terganggu seperti tanah, endapan dan batuan terluluhawa dengan mengguna mikroskop petrografi dan elektron...
ekonomi melayu
Hasilkan 60,000 tudung Kekaboo sebulan
Kekaboo antara jenama bawal kian dikenali lantaran kualiti dan pelbagai motif ditawarkan. Pengurus Pemasarannya, Nur Hazwani Abdul Zainal berkata, menepati selera pelanggan, jenama itu melalui pelbagai fasa perubahan mengikut aliran semasa tetapi masih mengekalkan ciri utamnay, labuh dan memiliki corak sederhana.
Text
Pantun : Gemerlap Permata Silam / Siti Zaleha M. Hashim
Dialek Memperkaya Bahasa
" Sudah merupakan satu kepastian dalam dialektologi bahawa sempadan negara atau sempadan politik mahu tidak mahu melahirkan dialek baru."
Text
7 peringkat persembahan
alat muzik
...3 more
Hamdolok : Warisan kesenian masyarakat Kampung Rahmat, Batu Pahat, Johor
Bab 1 merupakan pendahuluan yang membincangkan aspek-aspek pengenalan yang berkaitan dengan kebudayaan masyarakat Melayu terutamanya tentang kesenian tradisi Melayu yang terangkum dalam konsep kebudayaan.
Bab 2 dalam kertas projek ini menumpukan lokasi kajian yang dibuat iaitu menceritakan tentang asal usul tempat kajian dan bagaimana persembahan kesenian dikesan dan diperkembangkan melalui kemudan-kemudahan prasarana yang terdapat di Kampung Rahmat.
Dalam bab 3, pengkaji mengupas tentang sejarah dan latar belakang hamdolok iaitu tentang pengasas persembahan ini dan bagaimana hamdolok ini boleh terserap masuk ke dalam masyarakat Melayu Batu Pahat khususnya di Kampung Rahmat.
Bab 4 merupakan intipati kepada persembahan hamdolok ini sendiri. Dalam bab ini, pengkaji menceritakan tentang watak-watak yang terlibat, tempat persembahan hamdolok ini dipersembahkan yang merupakan kawasan lapang atau pentas khas dan masa membuat persembahan termasuk juga masa dan tempat membuat latihan.
Peralatan yang digunakan dalam persembahan hamdolok dibincangkan dalam bab 5.
Bab 6 mengupas tentang persembahan yang mempunyai pelbagai fungsi seperti fungsi sosial, fungsi ekonomi, fungsi komunikasi, fungsi hiburan dan sebagainya.
Text
Kesimpulan
" Puisi lahir daripada masyrakat dan dipancarkan untuk tatapan masyarakat itu sendiri".
Text
Keperkasaan orang melayu
" cara penyampain para penyair itu sendiri"
Text
Seni tembikar dan anyaman
" Bnetuk kesenian ini terserlah dalam karya para penyair pemenang Anugerah S.E.A Write Awards ".
Text
Permainan tradisional
" kumain kejar-kejaran,layang-layang,bermain bola skerap,gasing,lubang guli, dan sebagainya"
Text
Dalang wayang kulit
" Hidup dalang disekitar panggung menjelma menjadi dunia seorang dalang".
Text
Tokoh seni
" beberapa orang tokoh seni juga merakam ketokohan karyawan dan seniman dalam puisi mereka".
Text
Unsur adat istiadat
" adat perkahwinan kerap juga menjadi perhatian penyair."
Text
Tarian rakyat
" ini akan merangsang masyarakat biasa terhadap tarian seni"
Text
Muzik ,nyanyian,tarian,teater,dan permainan tradisional
" muzik,nyanyian,tarian,teater dan permainan tradisional merupakan bentuk kesenian rayat yang turut diperkatakan oleh penyair yang dikaji".
Text
Busana dan perhiasan : citra wanita
" para penyair prihatin dengan kegigihan dan juga perhiasan yang pakai oleh para wanita".
Text
Seni Bina
" bentuk kesenian rakyat merupakan persoalan yang paling banyak disentuh oleh para penyair yang dikaji".
Text
Analisis puisi
"Analisis puisi boleh dikesan dengan seni bina, busana dan perhiasan wanita,muzik,nyanyian dan sebagainya".
Text
Pendekatan
" pendekatan kajian yang digunakan ialah perlambangan tampk ".
Text
Kesenian rakyat dalam puisi
" kesenian rakyat kerap berhubung dengan nialai budaya tradisional dalam sesuatu kelompok masyarakat".
Getaran Jalur dan Warna
"Wayang kulit sebagai persembahan teater tradisi telah kerapkali diperkatakan dan dikaji oleh para penyelidik. Melalui tema bahan Ramayana, watak-watak penting yang menghidupkan persembahan teater tradisi merupakan tokoh yang tidak asing lagi dalam masyarakat setempat khususnya di Kelantan."
Text
Konsep pakaian cara Melayu : satu kajian analisis budaya benda
Pendahuluan
Secara umum pakaian selalu dihubungkan dengan fungsi gunaan. Dipakai menutupi tubuh untuk mengelakkan daripada kesan panas atau dingin. Di zaman prasejarah, manusia menggunakan bahan-bahan yang sederhana untuk dijadikan pakaian. Manusia mengolah bahan daripada alam asemula jadi : jalian serat tumbuhan seperti rumput, lalan atau kulit binatang sehinggalah ke zaman munculnya peradaban benang dan proses menenun – pakaian telah menjadi aspek budaya benda yang penting dalam melangsungkan kehidupan. Begitu juga dengan tradisi pakaian di wilayah budaya Melayu.
Pengertian ‘PakaianTradisinal Melayu’ tidak terbatas kepada pemaikaian kain dan baju sahaja. Ia merupakan sebahagian daripada kelengkapan adat istiadat masyarakat dalam memenuhi kehidupan yang meliputi nilai, norma dan keindahan budaya Melayu.’ Konsep Pakaian Cara Melayu : Satu Kajian Analisi Aspek Budaya Benda’ ini memusatkan kepada masalah mencari dan menentukan identity budaya Melayu. Kajian di wilayah budaya Melayu sebagai satu lingkaran budaya memperlihatkan ciri-ciri persamaan pola budaya, sehingga dalam memerkatakan tentang pakaian tradisional sebenarnya diperkatakan juga tentang masyarakat dan etnik asal penduduk dalam lingkaran budaya yang sama mengalami proses perkembangan kebudayaan dalam tempoh tertentu. Secara umum istilah wilayah budaya Melayu adalah dirujuk kepada batas budaya sejak prasejarah dan berkesinambungan hinggaabad ke-19 iaitu sebelum penaklukan Barat yang telah membahagikan wilayah budaya Melayu ke batas politik seperti kita kenali hari ini.
tentang sketsa-sketsa dewan sastra
Membincangkan tentang maksud sebenar sketsa
Text
Tiang inilah garis penting dalam...
"Tiang inilah garis penting dalam kehidupan masyarakat Minang. Membina rumah secara bergotong royong demi untuk "hatimu umi/rumah tua kami/tidak segera runtuh"
Text
Mak Nang
tarian
Mak Nang budak joget ke jurulatih
"Mak Nang ialah panggilan harian harian oleh mereka yang mengenalinya dengan mesra terutama yang bersangkutan dengan disiplin tarian ataupun kajian kesenian, di Terengganu."
Text
Pakaian cara Melayu: Konsep sepersalinan - satu analisis sistem rekabentuk tradisi (Tengkolok)
"Ikat kepala yang kemudian dikenali sebagai destar/ jastar/ tengklolok merupakan simbol utama dalam PCM. Pakaian kerajaan yang indah mesti dilengkapkan dengan mahkota di Bukit Seguntang (HHT: 138-139). Mahkota sebagai unsur kelengkapan pakaian dihubungkan dengan simbol kebesaran kerajaan masa lampau."
Text
Pakaian cara Melayu: Konsep sepersalinan - satu analisis sistem rekabentuk tradisi (Baju Melayu)
"Pemerian awal tentang pola baju turut diperkatakan, misalnya ketika menggambarkan kehebatan Tun Hassan, ... Tun Hassan Temenggung yang pertama melabuhkan "baju Melayu" dan membesarkan pangkal lengan dan memajangkan tangan baju. Disebut juga,... akan dahulu baju Melayu itu kecil/emapt hasta sehelai baju(SM: 155)."
Text
Pakaian cara Melayu: Konsep sepersalinan - satu analisis sistem rekabentuk tradisi (Bahan & Peralatan)
" Laporan awal dari pengembara China turut menyebut tentang pakaian di wilayah alam Melayu. Beberapa daerah di Nusantara (kemudian disebut sebagai wilayah budaya Melayu) telah menghasilkan (menanam) kapas dan memelihara ulat sastera."
Text
Pakaian cara Melayu: Konsep sepersalinan-satu analisis sistem rekabentuk tradisi
"Pakaian sebagai bahan budaya benda (material culture) wujud dan berkembang selaras dengan kehidupan dan perilaku masyarakat. Dari konteks tradisi, masyarakat Melayu mewakili ciri-ciri budaya tradisi kecil dan agung (The Little and Great Tradition)."
Text
cat air
Malaysia
...1 more
Warna-warna lewat susunan dan...
"Warna-warna lewat susunan dan gubahan lut sinar cerah kelam dalam lukisan cat air bagai dicabar oleh karya-karya impresionisme Perancis yang dipengaruhi oleh sains Newton."
Text
Kesenian Melayu
Seni ukiran meriam : Manifestasi falsafah dan pemikiran masyarakat Melayu
Abstrak
Seni ukiran meriam merupakan salah satu hasil kesenian masyarakat Melayu tradisional. Ia merupakan salah satu alat atau material yang telah digunakan oleh masyarakat Melayu bagi mencapai maksud dan tujuan pada ketika itu iaitu dalam peperangan. Mereka telah mencipta alat material ini bagi memenuhi keperluan asas dan kemudiannya disesuaikan penggunaannya mengikut masa dan zaman. Kini, meriam hanya dijadikan sebagai lambang kemewahan dan kekuasaan seseorang pemerintah.
Meriam mempunyai peranan yang penting dalam kehidupan masyarakat Melayu. Peranan inilah yang membezakan penggunaannya pada masa dahulu dan sekarang. Selain sebagai alat material, meriam dijadikan sebagai salah satu sumber komunikasi bagi menyampaikan nasihat dan panduan kepada masyarakatnya. Melalui alat ini, falsafah dan pemikiran masyarakat tradisional dapat dinilai dan dianalisis. Nasihat dan pengajaran yang disampaikan bertujuan untuk kesejahteraan dan keharmonian masyarakat terutamanya dalam pembentukan keluarga yang sempurna. Meriam mempunyai masa depan yang baik jika dipelihara dan dikekalkan. Meriam perlu dikekalkan sama ada di muzium, kota, istana, dan balai polis. Pengekalannya perlu bagi memastikan tamadun manusia dapat dibuktikan melalui penghasilan material ini.
Text
misteri
sains
Misteri bateri Baghdad
Text
tanah air
Gua Kelam permata Perlis yang tidak ternilai
Text
tanah air
Pantai Remis pekan nelayan tradisi
Text
misteri dalam sains
Misteri meteor Mariner sudah terjawab?
Text
Sosio budaya Melayu
Cabaran peniaga kecil wanita Melayu dalam kalangan
masyarakat Melayu: Kajian kes di Pasar Besar Pasir Puteh, Kelantan
Abstrak
Kajian ini dijalankan terhadap peniaga kecil wanita Melayu yang terlibat dalam perniagaan kecil-kecilan di Pasar Besar Pasir Puteh, Kelantan yang mana ianya dikaji bagi mengetahui cabaran peniaga kecil wanita Melayu pada masa kini. Kajian ini merangkumi lima bab kesemuanya, kesemua bab ini merangkumi aspek-aspek yang berkaitan dengan tajuk kajian.
Bab Satu membincangkan mengenai pengenalan kepada kajian ini. Dalam Bab Satu juga telah dikemukakan mengenai pengenalan kajian, permasalahan kajian, objektif kajian, metodologi kajian serta lokasi tempat kajian. Kesemua aspek ini telah dibincangkan dalam pelaksanaan awal kajian ini.
Bab Dua pula merangkumi topik mengenai definisi yang bersesuaian dengan tajuk kajian. Selain itu, hasil daripada kajian kepustakaan mengenai kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji terdahulu mengenai bidang perniagaan dan keusahawanan dalam kalangan wanita Melayu. Disertakan juga sejarah, latar belakang, penduduk di bandar Pasir Puteh dan sekitarnya, ciri-ciri perniagaan kecil-kecilan, peranan perniagaan kecil-kecilan kepada ekonomi negara dan masyarakat setempat dan juga kesimpulan keseluruhan bagi Bab dua.
Bab Tiga adalah berkaitan perniagaan kecil-kecilan yang mana ianya merangkumi fungsi dan peranan pasar, faktor kemajuan, sumbangan dan kepentingan perniagaan kecil-kecilan, fungsi pengurusan perniagaan dan sebagainya. Kesemua aspek ini adalah merupakan pendedahan mengenai keseluruhan bidang perniagaan kecil-kecilan.
Bab Empat telah dimasukkan mengenai hasil penemuan kajian yang dilakukan melalui edaran soal selidik, temubual dan pemerhatian pengkaji semasa menjalankan kajian ini. Beberapa aspek akan dibincangkan seperti masalah atau cabaran mereka dan juga faktor yang memberi sumbangan kejayaan kepada peniaga kecil wanita Melayu. Selain itu, disertakan juga kesimpulan bagi keseluruhan Bab Empat.
Bab Lima adalah bab yang paling akhir dalam kajian ini, yang mana berdasarkan hasil dapatan kajian yang diperolehi telah dianalisis secara keseluruhan dan turut disertakan cabaran serta penutup. Akhir sekali, kesimpulan yang merangkumi keseluruhan bab dalam kajian latihan ilmiah ini.
Perkembangan kanak-kanak dalam novel Laskar Pelangi dari perspektif teori perkembangan kognitif
Abstrak
Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan yang ingin melihat beberapa perkara berdasarkan objektif kajian iaitu, mengenal pasti perkembangan kanak-kanak teori perkembangan kognatif Jean Piaget, menganalisis aspek-aspek teori perkembangan kognatif yang mendorong kepada perkembangan kanak-kanak dalam novel Laskar Pelangi dan merumus bentuk perkembangan kanak-kanak yang terdapat dalam novel Laskar Pelangi berdasarkan teori perkembangan kognatif. Bahan kajian yang digunakan ialah novel Laskar Pelangi yang ditulis oleh Andrea Hirata terbitan Bentang Anggota IKAPI di Jarkata Selatan pada tahun 2005. Kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah kepustakaan untuk mendapat maklumat yang lengkap bagi menyiapkan analisis data tentang perkembangan kognatif dalam novel Laskar Pelangi. Seterusnya metodologi telah dilakukan bagi mengkaji analisis yang telah dibuat oleh pengkaji-pengkaji lain. Dalam analisis data, kajian telah dilakukan terhadap empat aspek iaitu aspek Skemata dalam dalam novel Laskar Pelangi, aspek Asimilasi (assimilation) dalam novel Laskar Pelangi, aspek Akomodasi (accommodation) dalam novel Laskar Pelangi, aspek Adaptasi (adaptation) dalam novel Laskar Pelangi, serta tahap-tahap perkembangan mental dalam novel Laskar Pelangi yang terbahagi kepada dua iaitu Tahap Operasi Konkrit (7 tahun-11 tahun dan Tahap Operasi Formal (11tahun-15tahun). Seterusnya analisis data dilakukan berdasarkan aspek-aspek dalam teori dalam novel Laskar Pelangi. Pada bahagian akhir kajian jelas bahawa Teori Perkembangan Kognatif ini mempunyai aspek positif terhadap perkembangan kognatif kanak-kanak untuk mendewasakan mereka.
Text
Sosio budaya Melayu
Industri pelancongan agro : kajian kes di Kampung Sungai Haji Dorani, Sungai Besar, Selangor
Abstrak
Pelancongan agro adalah sebuah produk pelancongan yang semakin diminati oleh para pelancongan domestik dan antarabangsa. Pelancongan jenis ini adalah berkonsepkan pertanian serta tumbuhan-tumbuhan semulajadi. Ianya sedang giat diperkenalkan oleh pihak Kementerian Pelancongan Malaysia dengan kerjasama pelbagai pihak dari agensi-agensi pelancongan. Kampung Sungai Haji Dorani, sungai Besar yang terletak di daerah Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan merupakan sebuah kampung yang indah dan mojariti penduduknya adalah kaum Melayu. Bidang pertanian adalah sumber ekonomi utama di kawasan ini yang mempunyai sawah padi, kebun kelapa, ladang ternakan, kebun sayur-sayuran dan buah-buahan serta aktiviti perikanan di persisiran pantai. Lokasi kampung ini amat sesuai dijadikan kawasan pelancongan agro yang berkonsepkan pertanian. Aktiviti pelancongan agro yang dijalankan di kawasan-kawasan desa dapat memberi yang positif terhadap pembangunan dan sosioekonomi di kawasan tersebut. Para penduduk kampung dapat menikmati faedah ke atas pelaburan mereka. Ini dapat dilihat daripada hasil-hasil pertanian yang diusahakan oleh penduduk tempatan yang pada mulanya hanya untuk kegunaan sendiri tetapi dengan wujud pelancongan agro tanaman tersebut dapat dikomersialkan dan seterusnya memberi pulangan yang lumayan kepada para pengusaha. Kawasan kampung yang mempunyai tarikan alam semulajadi yang indah dapat menarik lebih ramai kedatangan pelancongan untuk berkunjung. Dengan peningkatan kedatangan pelancongan ianya dapat meningkatkan pendapatan penduduk tempatan hasil daripada perbelanjaan para pelancongan yang mengikuti program-program pelancongan agro yang terdapat di kawasan itu. Justeru, ianya dilihat sebagai medium dalam meningkatkan sumber pendapatan dan ekonomi khasnya kepada penduduk tempatan.
Still Image
Melayu dan politik
Perkara 153 sengaja dipesongkan
Content:
Perkara 153 sengaja dipesongkan
Text
Malaysia--Social lite anacultuns
Dimensi personaliti psikotisisme di kalangan ketua dan impaknya terhadap estim kendiri pekerja ditempat kerja
Kertas kerja ini merupakan kertas konsep yang lebih tertumpu kepada perbincangan kritis mengenai dimensi personaliti psikotisisme dikalangan ketua dan impaknya terhadap estim kendiri pekerja di tempat kerja...
Text
Perkembangan Syarah Hadith di Malaysia
Syarah hadith merupakan salah satu cabang daripada ulum al- Hadith. Kepentingan ilmu ini dapat dilihat dengan kemunculan pelbagai karya dalam bidang hadith yang didatangkan dalam pelbagai method...
Text
Fenomena tomboi : Imej maskulin dalam dunia perempuan
Abstrak
Tumpuan kajian ini ialah untuk mengenali lebih mendalam golongan yang dikatakan tomboi. Kajian ini pengkaji lakukan di Bandar Kajang Selangor Darul Ehsan iaitu kawasan tempat tinggal pengkaji. Pengkaji telah menemubual tiga orang responden bagi melengkapkan kajian ini. Di awal topik yakni dalam bab satu pengkaji menjelaskan dengan jelas objektif pengkaji melakukan kajian ini. Pengkaji turut menyatakan beberapa masalah dalam kajian yang dilakukan dan menerangkan kaedah yang digunakan untuk memperolehi maklumat berkaitan tajuk kajian pengkaji.
Di dalam bab dua, pengkaji telah membincangkan tentang beberapa buah konsep yang berkaitan dengan tajuk yang dikaji serta tentang kejadian lelaki dan perempuan. Pengkaji menjelaskan konsep-konsep remaja, maskulin, transvestite, transvestism, transsexual/transeksualisme, homoseksual, tomboi, pengkid dan juga lesbian.
Dalam bab ketiga pula pengkaji telah membincangkan tentang latar belakang kawasan kajian pengkaji. Pengkaji telah menggunakan sumber yang diperolehi daripada Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) sebagai sumber utama untuk mengetahui tentang sejarah pembukaan bandar Kajang.
Seterusnya dalam bab 4 latihan ilmiah ini, pengkaji membincangkan tentang temubual pengkaji dengan responden yang terdiri daripada golongan tomboi dalam usaha untuk memahami lebih mendalam siapakah sebenarnya golongan tomboi ini. Pengkaji telah menemubual 3 orang responden ketiga-tiganya masih remaja. Responden pertama berusia 18 tahun dan sudah tamat belajar manakala responden kedua dan ketiga masing-masing berusia 15 tahun dan masih bersekolah. Dalam bab ini juga, pengkaji menyentuh tentang penampilan diri ketiga-tiga responden sebagai seorang tomboi.
Bab kelima pengkaji telah membuat beberapa perbincangan yang berkaitan dengan latihan ilmiah pengkaji. Pengkaji telah membincangkan hasil dapatan kajian yang diperolehi daripada kajian yang dilakukan keseluruhannya. Pengkaji juga ada menyarankan beberapa cadangan yang boleh dilakukan oleh pengkaji yang lain kelak untuk meneruskan kajian tentang golongan tomboi ini.
Pada akhir bab latihan ilmiah yakni bab 6 pengkaji, pengkaji membincangkan tentang kesimpulan. Kesimpulan ini adalah berdasarkan kepada kajian yang telah pengkaji lakukan. Pengkaji juga turut membincangkan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh masyarakat (pihak kerajaan, ibubapa. Orang ramai).
Sajian tradisi 9 daerah di Selangor
Sajian yang dihidangkan bersama pelbagai jenis protein seperti kulit lembu, kerang, babat daging lembu atau ikan bilis. Namun, kulit lembu yang dimasak itu perlu dijemur selama seminggu selepas dilapah, kemudian bulu pada kulit dibakar, dibersihkan dan direbus selama lapan hingga sembilan jam. Kemudian, bahan ini dimasak bersama lengkuas, cili padi dan santan.
Text
Novel Imam:Analisis dari sudut teori takmilah
Abstrak
Pemilihan novel Imam oleh Abdullah Hussain ini adalah kerana wujudnya kesedaran tentang kepentingan kesusasteraan Islam yang kian menyepi. Kajian ini melihat aspek keagamaan yang terdapat di dalam novel Imam menerusi konsep ibadah dan dakwah berdasarkan teori Takmilah kerana ia merupakan salah sebuah teori tempatan yang meletakkan falsafah tauhid sebagai paksi penilaian sesebuah teks. Teori Takmilah sesuai digunakan untuk menganalisis novel Imam kerana bersesuaian dengan norma masyarakat Melayu yang mempunyai nilai-nilai keagamaan dan adat istiadat Melayu yang tinggi. Isi dan jalan cerita novel Imam yang menarik dan sarat dengan nasihat yang berguna buat kehidupan masyarakat bukan sahaja yang beragama Islam, malah bagi masyarakat yang beragama lain juga mampu membuatkan pembaca tertarik dan ingin mengetahui dengan lebih mendalam lagi tentang novel tersebut.
Text
antropologi perubatan
feminisme
...1 more
Berkhatan di kalangan wanita dari sudut antropologi perubatan : Tumpuan kajian kepada masyarakat Jawa dan Melayu sebagai satu perbandingan di daerah Sabak Bernam, Selangor
Kajian ini sebenarnya meninjau serba ringkas tentang konsep berkhatan di kalangan wanita dan juga perkaitannya dengan bidang antopologi perubatan. Pemerhatian khusus yang telah diberikan ke atas perbezaan upacara tersebut yang dilakukan ke atas dua kaum iaitu Melayu dan Jawa. Selain dari itu, ia juga mengupas serba sedikit tentang kepercayaan konsep ini dari sudut pandangan masyarakat Barat dan juga Timur. Sejauh mana ia memberikan kesan positif dan negatif kedua-dua masyarakat ini serta perspektif Barat terhadap amalan tersebut. Selain daripada melihat aspek kebaikan dan keburukannya serta hukum hakam berkhatan, pengertian dari sudut agama, perubatan moden dan juga dari sudut antropologi perubatan itu sendiri.
Di dalam kajian ini juga dilihat perkaitan antara teori-teori Barat tentang kewanitaan. Antara teori yang digunakan adalah teori Kesamaan Hak dan Taraf, Teori Feminist dan juga Teori Antropologi Perubatan.
Text
Report
Laporan latihan amali: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Laporan Latihan Amali (JEEA 3370), Jabatan Kesusasteraan Melayu, Akademi Pengajian Melayu, UM, 2006
Text
Murid
pencapaian
...1 more
Manfaat teknologi baharu taksir pencapaian murid
Kementerian Pendidikan (KPM) baru-baru ini mahu memperkenalkan tujuh domain atau teras dalam kerangka Kurikulum Persekolahan 2027 bermatlamat melahirkan insan sejahtera dan mengamalkan kehidupan seimbang dalam segala aspek kehidupan.
Showing 6101 to 6150 of 19606 results
Page
of 393
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->