Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (19606 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
Sosio budaya Melayu
Penilaian terjemahan teks kreatif ‘Kenang-kenangan Seorang Geisha’ dan Mutiara
Abstrak
Penterjemahan merupakan suatu bidang ilmu yang penting. Manusia sejak dahulu telah dapat memperoleh ilmu pengetahuan serta mempelajari budaya daripada masyarakat lain melalui penterjemahan. Sebuah teks terjemahan, terutamanya teks kreatif yang bermutu hanya akan terhasil sekiranya penterjemahan mengetahui bahasa sumber dengan mendalam di samping mempunyai kemahiran dan kecekapan yang sama dalam bahasa sasaran.
Di Malaysia, bidang penterjemahan telah berkembang pesat hingga wujudnya pelbagai koleksi karya terjemahan dalam pasaran. Namun kualiti karya terjemahan tersebut sering menjadi persoalan. Memandangkan karya teks kreatif merupakan antara genre yang paling sukar diterjemahkan, kesilapan dan kesalahan dalam karya-karya terjemahan karya kreatif tidak dapat dielakkan. Justeru, untuk mempertingkatkan kualiti hasil terjemahan kreatif, penilaian telah dilakukan untuk menilai dua buah karya kreatif terpilih, iaitu Mutiara yang diterjemahkan oleh Abdullah Hussain daripada karya The Pearl (John Steinbeck) dan Kenang-kenangan seorang Geisha yang diterjemahkan oleh Abdul Latif Bidin daripada karya Memoirs of a Geisha (Arthur Golden). Penilaian dilakukan berdasarkan model penilaian teks kreatif. Pengkaji terlebih dahulu menilai kedua-dua teks dari aspek pendekatan yang digunakan penterjemah bagi menterjemahkan unsur budaya, metafora, simile dan idiom. Seterusnya, pengkaji menilai perbandingan kedua-dua teks ini berdasarkan kekuatan dan kelemahan terjemahan.
Penilaian yang dilakukan jenis menunjukkan bahawa dalam usaha menghasilkan satu-satu karya terjemahan terutama karya teks kreatif, pasti akan ada kekuatan serta kekurangan dalam hasil terjemahan, tidak kira siapa penterjemah itu. Contohnya, penilaian ini menunjukkan bahawa walaupun seorang penterjemah itu berpengalaman dalam bidang penulisan karya teks kreatif dan mantap dari segi bahasa, dia tetap akan menghasilkan terjemahan yang lemah sekiranya terkongkong dengan terjemahan cara lama. Kelaziman penterjemah menterjemahkan unsur-unsur bahasa kiasan secara literal sahaja juga akan turut menjejas kualiti suatu teks terjemahan kreatif.
Text
Penilaian semula seni moden Malaysia
Text
Penilaian semula pentarikhan MSS 1517(A), Bad' Khalq Al-Samawat Wa Al-Ard oleh Nuruddin Al-Raniri, dari perspektif kodikologi/ Muhammad Mustaqim Mohd Zarif, Faizal Hilmie Yusof
Text
Penilaian penulisan buku tatabahasa bahasa Melayu : satu analisis 'teori' Atqakum
Abstrak
Tesis ini adalah satu penilaian terhadap penulisan tiga buah buku tatabahasa bahasa Melayu, iaitu Pelita Bahasa Melayu (Penggal Satu), Tatabahasa Dewan, dan Sintaksis-Wacana "Yang" Dalam Bahasa Melayu. Kajian ini bersifat perbincangan dengan menggunakan Teori Atqakum yang berlandaskan konsep-konsep penting dalam Pengajian Melayu yang lebih serasi dengan bawaan dan jati diri bangsa Melayu. Kajian ini cuba menetapkan ciri-ciri yang perlu ada di dalam penulisan sesebuah buku tatabahasa bahasa Melayu yang berlandaskan ciri-ciri terbaik serta kekuatan yang ada dalam buku-buku tatabahasa tersebut. Kajian ini juga membuat perbandingan pengupayaan Teor' Atqakum berdasarkan buku-buku tatabahasa yang dikaji, serta mengemukakan model cadangan bagi penulisan tatabahasa bahasa Melayu, di samping mengemukakan gagasan cadangan penulisan sesebuah buku tatabahasa bahasa Melayu pada alaf baharu ini.
Text
Penilaian kembali karya Kala Dewata
penilaian kembali atas dewan sastra
Membincangkan kesan-kesan yang berlaku apabila polisi dasar Dewan Sastra longgar
Text
Penilaian hadis
Text
Penilaian hadis
Text
Penilaian cerpen Melayu zaman Jepun
Text
keluarga melayu
Peniagaan martabak bulan Ramadan terbantut: Anak hidap kanser testis
Still Image
bazaar
Peniaga, Muhammad Faizal Nasrul bersama timbunan kuih sempena Hari Raya Aidilfitri di gerainya di Seksyen 7, Shah Alam.
Text
Sosio budaya Melayu
Peniaga-peniaga kecil Melayu : Kajian kes di Pekan Sehari Temerloh, Pahang
Abstrak
Keusahawanan hakikatnya bukanlah satu perkara yang asing khususnya kepada kaum Melayu. Melalui perniagaan kecil-kecilan, para peniaga adalah merupakan agen yang penting dalam membekalkan barangan dan perkhidmatan kepada masyarakat terutamanya penduduk di luar bandar. Kajian ini telah melihat kepada beberapa penemuan yang telah dikaji berdasarkan kepada pengkajian pengkaji di Pekan Sehari Termeloh, Pahang. Berdasarkan kajian tersebut, terdapat lima penemuan kajian yang telah dibahagikan iaitu peranan kekeluargaan, kewangan, peluang yang disediakan, strategi perniagaan dan masalah yang mereka dihadapi. Setiap daripada peranan tersebut memainkan peranannya masing-masing dalam sektor perniagaan kecil-kecilan terutamanya bagi peringkat luar bandar. Sebagai salah satu sumber ekonomi masyarakat luar bandar sektor ini telah membuktikan keberkesanannya dalam membasmi dan mengurangkan kadar kemiskinan dalam khususnya bagi masyarakat Melayu. Kegiatan perniagaan ini banyak membantu orang Melayu dalam meningkatkan kegiatan ekonomi mereka. Namun demikian perlu ada daya usaha yang lebih di kalangan para peniaga untuk terus maju dan berdaya saing dengan kaum yang lain.
Text
Peniaga-peniaga kecil makanan di Pusat Penjaja
Kampung Kerinchi Kuala Lumpur
Abstrak
Latihan ilmiah ini merupakan satu kajian etnografi tentang peniaga-peniaga kecil makanan di Pusat Penjaja Kampung Kerinchi DBKL. Latihan ilmiah ini bertujuan untuk meneliti beberapa aspek khusus yang berkaitan dengan peniaga yang menjalankan perniagaan makanan secara kecil-kecilan.
Perniagaan secara kecil-kecilan merupakan satu kegiatan ekonomi yang sudah lama muncul sejak kerajaan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bermatlamat membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat tanpa pengenalan fungsi ekonomi.
Perniagaan menjual makanan secara kecil-kecilan di negara ini yang diusahakan oleh orang melayu telah bertambah dari segi penyertaan. Mereka menjadikan bidang perniagaan walaupun secara kecil-kecilan sebagai sumber pendapatan utama bagi menyara diri dan keluarga. Jika ditinjau pada hari ini, perniaga-perniaga kecil makanan berada di merata-rata tempat sama ada yang telah disediakan oleh pihak berkuasa tempatan dengan kegiatan menjual nasi, pisang goreng dan sebagainya.
Perniagaan menjual makanan yang dijalankan amat senang mendapat pelanggan. Ini adalah kerana perniagaan dalam bentuk sedemikian dapat dijalankan di mana-mana tempat yang membolehkan jualan makanan dilakukan. Satu lagi perniagaan makanan ini boleh menggunakan apa saja peralatan termasuk kereta sorong, gerai berkunci dan sebagainya.
Perniagaan menjual makanan ini memang digemari oleh orang-orang Melayu kerana ianya tidak memerlukan modal yang besar untuk memulakannya. Sememangnya bidang perniagaan makanan secara kecil-kecilan merupakan satu bidang yang mudah dimasuki oleh mana-mana ahli masyarakat yang ingin menceburi bidang ini sebagai satu usaha mendapat sumber pendapatan tetap.
Text
Hari Raya
Peniaga untung besar
Peniaga raih sehingga RM7,000 sehari susulan trend beli-belah sambut raya tahun ini meningkat
Text
bazar ramadan
peniaga
...3 more
Peniaga tidak dapat untung diharapkan
Oleh kerana modal untuk berniaga yang tinggi, para peniaga perlu menaikkan harga barangan mereka menyebabkan kurang pengunjung untuk berbelanja. Bukan itu sahaja, rakyat Malaysia kini dilihat lebih bijak berbelanja di mana mereka hanya membeli mengikut keperluan sahaja bukannya kehendak menyebabkan banyak barangan peniaga tidak dapat dijual.
Text
Makanan/Masakan Melayu
Peniaga Terengganu terpaksa dapatkan bekalan ikan dari luar
Cuaca yang tidak menentu dengan sesekali ribut dan laut bergelora menyebabkan berlaku kekurangan bekalan ikan apabila hanya segelintir nelayan turut ke laut.
Text
Makanan/Masakan Melayu
Peniaga sate cari gula merata tempat
"Saya memerlukan 50 kilogram (kg) gula sehari untuk beroperasi seperti biasa. Itu belum kira tempahan lain lagi dan masalah yang berlaku ini adalah yang paling teruk sejak saya berniaga."
Peniaga rugi lebih RM79,000 terperdaya sindiket penipuan dalam talian.
"Mangsa membuat bayaran RM499 ke akaun yang diberikan untuk menyertai aktiviti itu, namun tidak memenangi sebarang hadiah. Selepas itu, mangsa menerima panggilan melalui aplikasi WhatsApp daripada nombor luar negara."
Text
makanan
Makanan/Masakan Melayu
Peniaga roti canai, roti tempayan kecilkan pengeluaran
Di Kelantan, peniaga-peniaga roti canai dan roti tempayang terpaksa mengecilkan pengeluaran sebagai persediaan untuk menyimpan gandum yang ura-ura akan terputus bekalan tidak lama lagi.
Text
Makanan/Masakan Melayu
Peniaga resah, bekalan gula masih belum pulih
KOTA BHARU: Peniaga mendakwa bekalan gula masih sukar diperoleh walaupun pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KDPN) sudah mengagihkan 250,000 pek bekalan bahan mentah itu ke seluruh negeri ini bagi mengatasi masalah tersebut.
ekonomi melayu
Peniaga Pasar Siti Khadijah mohon selesai masalah air
Lebih 300 peniaga di PAsar Siti Khadijah berdepan masalah ketiadaan air sejak tiga hari lalu sehingga menyukarkan keadaan mereka menjalankan perniagaan.
Text
makanan
Makanan/Masakan Melayu
...1 more
Peniaga menu rahmah dapat beli barangan murah
Peniaga menu rahmah dapat beli barangan murah berikutan perincian mekanisme inisiatif diumum Perdana Menteri.
Text
Makanan/Masakan Melayu
Peniaga Menu Rahmah dapat beli bahan murah
Kuala Lumpur: Kira-kira 1,700 peniaga terbabit dengan penyediaan Menu Rahmah bakal menikmati kemudahan pembelian barang mentah pada harga yang lebih rendah.
Text
Makanan/Masakan Melayu
Peniaga laksa hanya perlukan keuntungan RM50 sehari
PUTRAJAYA: "Saya hanya perlukan keuntungan RM50 sehari untuk memastikan anak-anak dan isteri dapat beraya tahun ini," itu rintihan seorang peniaga laksa penang, Muhammad Nazhari, 39.
Text
Makanan/Masakan Melayu
Peniaga kuih tradisi hampa jualan suram
Trend pengguna yang berjimat dalam berbelanja pada Ramadan kali ini menyebabkan peniaga mengeluh kerana jualan tidak mendapat sambutan.
Text
Makanan/Masakan Melayu
Peniaga kuih tradisi hampa jualan suram
GEORGE TOWN: Trend pengguna yang berjimat dalam berbelanja pada Ramadan kali ini menyebabkan peniaga mengeluh kerana jualan tidak mendapat sambutan. Situasi ini turut dirasai peniaga kuih tradisional FnC Kola Enterprise, Nur Aimi Razak, 31, apabila jualan dodol tradisi, Dodol Desaku tidak mendapat sambutan walaupun dijenamakan semula untuk menarik minat pelanggan membelinya.
Text
aidilfitri
bazar ramadan
...6 more
Peniaga kuih raya mula tersenyum
Bermula agak perlahan dengan kebanyakan masa hanya termenung menanti pelanggan, peniaga kuih raya di bazar Aidilfitri di Dataran Dato' Sheikh Ahmad di sini mula tersenyum apabila jualan kain meningkat menjelang seminggu menyambut lebaran.
Text
Makanan/Masakan Melayu
Peniaga kuih raya mula tersenyum
KANGAR: Bermula agak perlahan dengan kebanyakan masa hanya termenung menanti pelanggan, peniaga kuih raya di bazar Aidilfitri di Dataran Dato' Sheikh Ahmad di sini mula tersenyum apabila jualan kian meningkat menjelang seminggu menyambut lebaran.
Text
makanan
Makanan/Masakan Melayu
Peniaga kekal jual nasi beriani RM5
Beri peluang pelanggan nikmati juadah itu walaupun harga ayam segar naik.
ekonomi melayu
Peniaga kecil bertahan walau harga barang mentah naik
Di usia emasnya, Musa Hashim masih gigih bekerja di sebalik bahang panas arang api membakar ikan untuk para pelanggan di gerai kecilnya di depan pintu gerbang Universiti Malaysia Perlis (Unimap), Pauh, di sini.
Text
beras
Peniaga jual BPI harga lama stok diperoleh masih tinggi
Pengusaha pasar raya terpaksa menjual Beras Putih Lama dengan harga lama kerana bekalan beras yang diperolehi oleh mereka masih tinggi.
Text
Hari Raya
Peniaga jamin bekalan ayam segar cukup hingga Aidilfitri
Peniaga ayam memaklumkan bahawa mereka sudah membuat tempahan kira-kira 10 tan ayam segar untuk dijual sehari sebelum Aidilfitri.
Text
beras
Peniaga ingkar arahan harga baharu BPI.
Kebanyakan peruncit masih mengekalkan harga lama kerana bekalan yang diterima sebelum pengumuman kerajaan sekiranya mengikut akan menghadapi kerugian.
getah
lesen
...1 more
Peniaga getah diwajib guna aplikasi RRIMniaga
Text
bazar ramadan
makanan
...1 more
Peniaga bazar Ramadan lega dibiar beroperasi
Bazar Lurah Semantan dan Temerloh Jaya antara 22 lokasi seluruh negara diarah tutup sebelum ini.
Text
bazar
buka puasa
...2 more
Peniaga bazar buang lebih 1,000 tan makana tidak habis dijual
Peniaga bazar Ramadan di Selangor membuang sekitar 1,326.06 tan makanan tidak habis dijual dalam tempoh 18 hari rakyat Malaysia berpuasa.
Text
Hari Raya
Peniaga bazar Aidilfitri untung besar
Bazar Aidilfitri Dataran Senawang sesak, pengunjung sakan membeli-belah
Text
Geoekonomi
Peniaga baharu di Lazada meningkat 97 peratus.
Lazada komited ntuk terus memperkasa komuniti melalui e-dagang dengan menyediakan teknologi, penyelesaian terbaik dan ilmu pengetahuan kepada peniaga bagi membantu memperkembangkan perniagaan usahawan dan ekonomi digital.
Text
Pengutaraan diri dan jangkaan peranan seorang imam dalam sebuah komuniti melayu
Tema Kajian ini ialah untuk mengetahui setakat mana peranan sesaorang imam pada idealnya dipraktikkan secara realiti. Ia juga bertujuan mengetahui setakat mana imam sesebuah kampong itu memenuhi jangkaan-jangkaan peranan maamum-maamumnya dalam sebuah masyarakat yang sedang berada diperingkat transistional, antara traditional dengan moden.
Text
Pengutaraan diri dan jangkaan peranan seorang Imam dalam komuniti Melayu
Pentadbiran Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu adalah terserah kepada Kerajaan Negeri dan Rajanya atau Sultannya menjadi Ketua Agama. Untuk menasihati Sultan dalam urusan keagamaan, Majlis Perundagna tiap-tiap negeri telah meluluskan enakmen-enakmen tertentu.
Text
Pengutaraan diri dan jangkaan peranan saorang Bomoh Melayu dalam komuniti kecil di Maras
Menganalisa Kedudukan Bomoh dalam masyarakat, peranannya, jangkaan peranannya, kedudukan Bomohship akan datang akibat scientific dan teknological change, kedudukan ekonominya, serta sikap anggota komuniti terhadap peranan yang dimainkan oleh Bomoh.
Text
buah
buah tempatan
...2 more
Pengusaha terpaksa hadkan jumlah jualan
Kadar pengeluaran durian yang berkurangan berbanding tahun-tahun sebelum ini menjadi antara faktor utama pengusaha tanaman itu perlu mengehadkan jumlah jualan.
Text
Halia
Pengusaha tanaman halia berdepan masalah tampung keperluan dalam negara ekoran kekurangan benih pokok
Malaysia memerlukan 50 ribu tan halia setahun bagi menampung permintaan semasa dan jumlah itu dianggar meningkat setiap tahun.
ekonomi melayu
Pengusaha spa jual ABC
Selain perniagaan gunting rambut dan salun yang masih tidak dibenarkan beroperasi sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pengusaha spa juga mengalami hal yang sama
Text
Makanan/Masakan Melayu
Menu Rahmah
Pengusaha Menu Rahmah dapat diskaun
Kerajaan bersetuju untuk memberikan diskaun khas kepada peniaga Menu Rahmah untuk memudahkan urusan mereka membeli barangan mentah di pasaran.
ekonomi melayu
Pengusaha makanan terkesan kenaikan harga tepung gandum
Seorang peniaga piza di pekan Pantai berkata herga tepung gandum yang melonjak menjejaskan operasi perniagaannya termasuk margin keuntungan yang diperoleh.
Text
BUDI95
madani
Pengusaha bot penumpang awam layak terima subsidi petrol RON95
Subsidi petrol RON95 diperluas kepada pengusaha bot penumpang awam di bawah inisiatif BUDI95 atau SKPS.
Pengusaha bakeri 50 kek percuma sempena merdeka
Kek sempena sambutan merdeka dibuat bagi meraikan pejuang-pejuang negara.
Text
Pengurusan university patut awasi persatuan pelajar
Text
Pengurusan tapak arkeologi pra-sejarah : sebagai satu warisan ketara di Malaysia
Abstrak
Tapak-tapak arkeologi pra-sejarah adalah warisan ketara yang amat sedikit bilangannya dan tidak dapat dinilai harganya. Ianya dianggap sebagai warisan manusia sejagat. Pada waktu yang sama, tapak-tapak ini sangat sukar untuk dikenal pasti dan sayangnya, senang sangat dimusnahkan oleh kerana keadaan jumlah kandungan peninggalan budaya kebendaannya yang amat sedikit. Ini adalah kerana kebanyakan daripada tapak-tapak arkeologi pra-sejarah tergolong dalam zaman di mana manusia mengamalkan kehidupan berpindah-pindah atau nomadik dan tidak membina struktur-struktur yang kekal lama. Penyelidikan ini cuba untuk menganalisis pengurusan beberapa tapak arkeologi pra-sejarah di Malaysia dan membandingkannya dengan satu kumpulan pengurusan ‘ best-practices’ yang berdasarkan kepada beberapa garis panduan perundangan global yang dicadangkan oleh PBB dan UNESCO. Sebanyak empat tapak arkeologi dan empat muzium tapak arkeologi yang berbeza telah dipilih, berkaitan dengan pengalaman pengkaji dengan tapak-tapak berikut. Ianya adalah Guar Kepah, Kampung Sungai Mas, Kota Tongkat, Kota Kelangkiu, Lembah Bujang, Lenggong, Bukit Tengkorak dan Gua Niah. Keadaan semasa tapak-tapak yang dipilih telah dikenalpasti oleh pengkaji berdasarkan lawatan tapak dan pelbagai temubual-temubual. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati bahawa pengurusan tapak-tapak arkeologi pra-sejarah di Malaysia tidak mencapai tahap prestasi global. Terdapat pelbagai sebab mengapa perkara ini berlaku, akan tetapi secara asasnya, kajian ini mendapati bahawa tidak terdapat satu sistem sepadu yang menggabungkan kesemua pengurusan tapak-tapak arkeologi yang digunakan oleh institusi-institusi yang terlibat dengan pengurusan tapak-tapak ini.
Showing 6701 to 6750 of 19606 results
Page
of 393
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->