Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (19606 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Tak menang tangan urus cawangan ke-4
Nasi lemak ayam goreng ranggup (crunchy) semakin berkembang dan kini mempunyai cawangan ke-4. Keuntungan dapat digambarkan apabila setiap hari antara 20 hingga 30 ekor ayam habis, manakala nasi hingga 25 kilogram.
Text
keluarga melayu
Pendapatan RmM20 sehari sara dua anak, ibu mentua
Seorang ibu tunggal dari Bagan Lebai Tahir, cekal menjalani kehidupan meskipun hidup dalam serba kekurangan selepas kematian suami yang juga tempat bergantung akibat penyakit kanser usus dua tahun lalu. Siti Hajar Ghazali, 47, berkata, dia kini terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan menjual nasi lemak dengan berpendapatan antara RM20 hingga RM30 sehari.
Herba Sacha Inchi sarat manfaat kesihtan
Sacha Inchi atau nama saintifiknya Plukenetia volubilis L. merupakan sejenis herba yang semakin mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat.
Text
Penguasaan kata tugas murid-murid tahap dua di SK Tanah Merah 1
Abstrak
Kajian ini dilakukan untuk mengetahui tahap penguasaan kata tugas murid murid tahap dua di SK Tanah Merah 1. Subjek kajian adalah seramai 100 orang murid yang berusia sebelas tahun. Kesemua subjek kajian merupakan kanak-kanak Melayu yang mempunyai latar belakang yang sama iaitu dibesarkan di Kelantan. Penguasaan kata tugas yang dikaji berdasarkan penggunaan kata tugas dalam kelompok kata penyambung ayat, kata praklausa, kata prafrasa dan kata pascafrasa, dan kata pascakata. Subjek kajian mestilah menjawab 50 soalan objektif berkenaan kata tugas dan menulis sebuah karangan bertajuk 'Hari Sukan di Sekolah Saya'. Hasil dapatan pada bahagian soalan objektif menunjukkan kesemua subjek kajian tidak dapat menjawab 50 soalan yang dikemukan dengan betul. Kekerapan paling tinggi diperoleh subjek kajian pada bahagian kata penyambung ayat ialah 81.25 peratus dan 68.75 peratus yang diwakili oleh 22 orang. Seramai 51 orang subjek kajian berjaya menjawab semua soalan pada kelompok kata praklausa dengan betul manakala pada kelompok kata prafrasa dan pascafirasa pula seramai 22 orang memperoleh markah 77.7 peratus yang merupakan kekerapan markah paling tinggi. Pada bahagian karangan pula sebanyak 954 ayat telah dihasilkan oleh subjek kajian menggunakan kata tugas. Walau bagaimanapun 246 ayat merupakan ayat yang mengandungi kesalahan dalam penggunaan kata tugas iaitu 87 ayat mengandung1 kesalahan pada kata penyambung ayat, 11 ayat mengandungi kesalahan pada kata praklausa dan 148 ayat mengandungi kesalahan pada kata prafrasa dan pascafrasa. Secara keseluruhannya pengkaji rumuskan bahawa tahap penguasaan kata tugas subjek kajian berada pada tahap yang sederhana. Subjek kajian didapati berupaya menghasilkan pelbagai jenis ayat menggunakan kata tugas. Namun begitu faktor seperti keliru dengan penggunaan kata tugas, terikut dengan penggunaan bahasa basahan, tidak tahu menggunakan kata tugas pada tempatnya, kesalahan membina ayat majmuk dan minat merupakan agen yang mempengaruhi penguasaan kata tugas murid-murid tahap dua.
Text
Penggunaan landak sebagai bahan perubatan tradisional : perbandingan antara masyarakat melayu lama dan masyarakat kemboja serta vietnam pada masa kini
Abstrak
Perubatan tradisional merujuk kepada perubatan yang menggunakan bahan daripada sumber asli atau alami untuk merawat penyakit tertentu.
Text
Log Book
Laporan buku log: Jabatan Muzium Negara
Buku log latihan amali, Jabatan Kesusasteraan Melayu, Akademi Pengajian Melayu, UM, 2009
Text
Report
Laporan latihan amali: Jabatan Muzium Malaysia
Laporan Latihan Amali (JEEA 3370), Jabatan Kesusasteraan Melayu, Akademi Pengajian Melayu, UM, 2009
Text
Report
Laporan latihan amali: Jabatan Muzium Malaysia
Laporan Latihan Amali (JEEA 3370), Jabatan Kesusasteraan Melayu, Akademi Pengajian Melayu, UM, 2009
MBSB
pembiayaan
...1 more
MBSB Bank tawar EduFin-i
MBSB menawar satu produk pembiayaan pendidikan-i yang lebih fleksibel dan menarik.
CUCKOO
Ekonomi
...1 more
CUCKOO tawar hadiah RM2 juta
Penawaran hadiah bernilai RM2 juta oleh CUCKOO.
Text
Countering utopianism : Alatas and the Muslim resurgence of the 1970s
Text
Perubatan tradisional : Satu kajian kes terhadap penggunaan khidmat bomoh di kalangan golongan berpendidikan tinggi di Kelantan
Abstrak
Latihan ilmiah ini mengandungi enam bab. Dalam bab yang pertama iaitu bab pengenalan terkandung objektif kajian iaitu melihat penggunaan khidmat bomoh di kalangan golongan berpendidikan di Kelantan. Juga dimasukkan permasalahan kajian skop kajian, metodologi kajian iaitu pengkaji menggunakan beberapa kaedah kajian dalam mengumpulkan maklumat bagi mencapai objektif kajian. Dalam bab satu juga terkandung takrif dan konsep-konsep yang berkaitan dengan kajian serta dimuatkan kajian-kajian lepas.
Bab dua pula mengandungi latar belakang kajian yang menjuruskan kepada asal usul perubatan tradisional Melayu, unsur-unsur yang mempengaruhi perubatan tradisional ini iaitu pengaruh animisme, Hindu-Buddha dan Islam. Dalam bab ini juga disenaraikan jenis-jenis bomoh yang ada dalam bidang perbomohan ini, pendidikan di kalangan bomoh serta cara mendapatkan ilmu perbomohan iaitu dibahagikan kepada empat cara, yang pertama melalui pewarisan, kedua menuntut, ketiga melalui mimpi/ilham dan yang keempat melalui objek-objek tertentu. Dalam bab ini juga turut diselitkan tentang teknik-teknik pengubatan yang biasa digunakan dalam perbomohan, amalan-amalan yang dibenarkan dan dilarang dalam perbomohan ini.
Manakala dalam bab ketiga terkandung profil empat orang bomoh di Kelantan yang telah ditemubual oleh pengkaji. Seterusnya bab keempat merupakan bab analisis soal selidik berdasarkan borang soal selidik yang menyenaraikan soalan-soalan yang menjurus kepada objektif kajian yang telah ditandakan oleh 40 orang responden yang telah dianalisis dan diterjemahkan dalam bentuk jadual dan graf. Bab kelima merupakan bab perbincangan yang telah dibuat berdasarkan kepada jawapan responden melalui soal selidik yang telah diedarkan. Bab terakhir adalah merupakan rumusan dan kesimpulan secara menyeluruh berdasarkan keseluruhan kajian ini.
Dalam kajian ini pengkaji memasukkan ilmu tentang perubatan tradisional Melayu yang menjuruskan kepada perbomohan. Kajian ini adalah khusus bagi melihat penggunaan khidmat bomoh di kalangan golongan yang berpendidikan tinggi di Kelantan. Pengkaji telah menggunakan kaedah-kaedah yang difikirkan sesuai bagi mendapat maklumat yang menjuruskan kepada objektif kajian. Hasil maklumat yang diperolehi telah dianalisis dan diterjemahkan dalam bentuk yang mudah difahami oleh pembaca. Perbincangan juga telah dibuat bagi mengukuhkan dan menyokong objektif yang dibuat berdasarkan jawapan daripada borang soal selidik. Daripada borang soal selidik inilah pengkaji menganalisis maklumat dan membuat perbincangan bagi mendapatkan jawapan kepada objektif yang telah dibuat.
Secara keseluruhan, pengkaji telah mendapat maklumat sewajarnya berkaitan dengan bidang kajian membuktikan objektif yang telah dibuat. Namun, penyelidikan lebih mendalam boleh dilakukan dalam memperlihatkan signifikan kajian ini dengan masyarakat kini.
Text
Log Book
Laporan buku log: Bahagian Penerbitan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur
Buku log latihan amali, Jabatan Kesusasteraan Melayu, Akademi Pengajian Melayu, UM, 2009
Text
Report
Laporan latihan amali: Bahagian Penerbitan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur
Laporan Latihan Amali (JEEA 3370), Jabatan Kesusasteraan Melayu, Akademi Pengajian Melayu, UM, 2009
Text
tarian
Persembahan Tak Bamban
Tarian Tak Bamban ialah sejenis tarian tradisional di negara Brunei Darussalam. Tak Bamban merupakan sebuat persembahan tarian yang berbentuk ritual. Ia merupakan ritual kerana memandangkan corak persembahannya yang meliputi unsur keghaiban dan tentang kwujudannya juga benar-benar diluar garis ilmiah dan merupakan daya usaha kuasa 'orang halus'. Sekitar gerak-laku Tak Bamban ini sungguh diluar kemestian untuk ditinjau lebih jauh kerana setiap orang halus membangsat kepada alam yang sukar dilalui iaitu suatu alam yang tertutup atau ghaib.
Text
Analisis bentuk tari joget gamelan
Abstrak
Kajian ini bertujuan menganalisis proses penciptaan semula (reinvention) berdasarkan kepada perubahan dan perbezaan dalam persembahan Joget Gamelan di istana dan di luar istana. Joget Gamelan merupakan sebuah Tarian Klasik Istana yang dahulunya dipersembahkan sempena majlis rasmi di raja seperti perkahwinan, pertabalan, berkhatan dan bertindik. Untuk tujuan kajian, penciptaan (invention) dan penciptaan semula bentuk Joget Gamelan akan dijelaskan hanya melalui analisis terhadap tiga bentuk Joget Gamelan iaitu Joget Gamelan Perang Manggung. Kundang-kundang Mabuk dan Topeng. Pengkaji menggunakan manuskrip yang di tulis oleh Tengku Ampuan Mariam sebagai teks tarian, dan turut meneliti penciptaan semula struktur pergerakan Joget Gamelan sebagai gerak tari yang dipelajari oleh Zaharah Abdul Hamid dan Wan Salmah Sulaiman. Penggunaan teori penciptaan oleh Eric Hobsbawm digunakan bagi melihat proses penciptaan dan penciptaan semula yang berlaku dalam ketiga-tiga bentuk Joget Gamelan tersebut. Secara emik dan diakroniknya, tesis ini akan meninjau sejarah dan latarbelakang Joget Gamelan Terengganu bagi melihat bagaimana proses penciptaan dan penciptaan semula berlaku seterusnya mengkategorikan faktor-faktor yang menyebabkan perubahan dalam versi Zaharah Abdul Hamid dan Wan Salmah Sulaiman. Justeru itu, tesis ini menyenaraikan proses perubahan Joget Gamelan Perang Manggung, Kundang-kundang Mabuk dan Topeng versi Zaharah Abdul Hamid dan Wan Salmah Sulaiman telah melalui proses penciptaan semula dan kini berfungsi sebagai satu tuntutan pembelajaran.
Text
cabaran pekerjaan
cabaran sosial
...6 more
Kajian sosio-ekonomi peneroka Melayu di tanah rancangan : Satu kajian kes di FELDA Tenggaroh Satu, Mersing, Johor
Secara keseluruhannya, penulisan kertas kerja projek ini adalah mengenai masyarakat peneroka dan kegiatan mereka di tanah rancangan. Dengan kata lain, kajian ini merupakan satu tinjaun mengenai aspek sosio-ekonomi peneroka FELDA dalam usaha memperbaiki taraf kehidupan mereka khususnya di FELDA Tenggaroh Satu, Mersing, Johor.
Kandungan kertas projek ini telah menghuraikan teknik-teknik dan kaedah secara umum konsep pembangunan dan kemajuan yang sering digunakan dalam kajian mengenai sosio-ekonomi. Ia juga membincangkan aspek latar belakang peneroka yang menyertai tanah rancangan dan aktiviti-aktiviti mereka di FELDA.
Selain itu, kertas projek ini juga turut membincangkan aspek-aspek pertubuhan-pertubuhan, aktiviti kemasyarakatan peneroka dan kegiatan ekonomi mereka serta cabaran-cabaran yang diharungi oleh mereka. Penggunaan teknologi moden yang telah dijalankan adalah untuk meningkatkan hasil kelapa sawit dan juga keadaan hal-ehwal semasa peneroka.
Bab yang terakhir di dalam kertas projek ini merupakan kesumpukan yang diperolehi daripada kajian dan serba sedikit cadangan-cadangan yang dikemukakan bagi meningkatkan lagi hasil kelapa sawit dan taraf sosio-ekonomi para peneroka FELDA khususnya di FELDA Tenggaroh Satu. Sekaligus pendapatan mereka dapat dipertingkat lagi.
Text
aktiviti kemasyarakatan
aspek kemanusiaan
...2 more
Kajian sosio-ekonomi peneroka Melayu di tanah rancangan : Satu kajian kes di FELDA Tenggaroh Satu, Mersing, Johor
Secara keseluruhannya, penulisan kertas projek ini adalah mengenai masyarakat peneroka dan kegiatan mereka di tanah rancangan. Dengan kata lain, kajian ini merupakan satu tinjauan mengenai aspek sosio-ekonomi peneroka FELDA dalam usaha memperbaiki taraf kehidupan mereka khususnya di FELDA Tenggaroh Satu, Mersing, Johor.
Kandungan kertas projek ini telah menghuraikan teknik-teknik dan kaedah secara umum konsep pembangunan dan kemajuan yang sering digunakan dalam kajian mengenai sosio-ekonomi. Ia juga membincangkan aspek latar belakang peneroka yang menyertai tanah rancangan dan aktiviti-aktiviti mereka di FELDA.
Selasin itu, kertas projek ini juga turut membincangkan aspek-aspek pertubuhan-pertubuhan, aktiviti kemasyarakatan peneroka dan kegiatan ekonomi mereka serta cabaran-cabaran yang diharungi oleh mereka. Penggunaan teknologi moden yang telah dijalankan adalah untuk meningkatkan hasil kelapa sawit dan juga keadaan hal ehwal semasa peneroka.
Bab yang terakhir di dalam kertas projek ini merupakan kesimpulan yang diperolehi daripada kajian dan serba sedikit cadangan-cadangan yang dikemukakan bagi meninggikan lagi hasil kelapa sawit dan taraf sosio-ekonomi para peneroka FELDA khususnya di FELDA Tenggaroh Satu. Sekali gus pendapatan mereka dapat dipertingkatkan lagi.
Text
Permasalahan industri kecil dan sederhana : kajian kes industri batik di Mukim Chendering, Terengganu
Abstrak
Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) telah memberi impak yang besar kepada aktiviti ekonomi orang Melayu, kerana melalui dasar ini orang Melayu telah digalakkan untuk menceburkan diri dalam bËdang perindustrian dan perdagangan. Antara langkah yang diambil oleh pihak kerajaan ialah dengan memberi perhatian kepada pembabitan usahawan Bumiputera dalam kegiatan Industri kecil dan sederhana (IKS). batik. Antara penglibatan orang Melayu dalam kegiatan IKS adalah dalam industri Industri batik di Malaysia merupakan industri yang dimonopoli oleh orang Melayu. Lantaran itu, pencapaian industri batik secara tidak langsung dapat menggambarkan pencapaian ekonomi orang Melayu. Walau bagaimanapun industri batik di Malaysia majoritinya masih bersaiz kecil dan sederhana walaupun ianya telah lama diusahakan. Oleh itu, terdapat pelbagai pandangan yang mengaitkan keadaan ini dengan nilai dan sikap orang Melayu yang dikatakan antara punca kegagalan mereka dalam kegiatan ekonomi yang berasaskan perdagangan dan perindustri: Walau bagaimanapun, hasil kajian ini telah mendapati bahawa nilai dan sikap orang Melayu bukanlah faktor utamanya yang mempengaruhi pencapaian sesebuah perusahaan batik, tetapi gabungan daripada masalah ekonomi seperti masalah modal, sumber tenaga mahir, perkembangan teknologi, pemasaran dan pengurusan serta beberapa sikap tipikal orang Melayu seperti kurang berusaha, kurang berdikari dan bersikap tidak apa serta cepat berpuas hati menjadi faktor utama kegagalan mereka dalam membangunkan dan memperkembangkan industri batik. Justeru pandangan yang menyatakan nilai ekonomi yang terdapat dalam kalangan orang Melayu seperti nilai nasib dan rezeki, nilai kekayaan, nilai berkat dan nilai kolektif sebagai faktor utama kegagalan mereka untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka adalah tidak benar. Malahan, nilai-nilai ini telah ditafsirkan oleh para pengusaha merngikut ajaran agama Islam yang sebenar-benarnya. Selain itu, beberapa sikap orang Melayu yang dikaitkan sebagai punca kegagalan mereka dalam kegiatan ekonomi yang berasaskan perdagangan dan juga perindustrian juga turut mengalami perubahan ke arah yang lebih positif. Kajian ini juga telah menunjukkan bahawa penglibatan orang Melayu dalam Islam. ekonomi yang berasaskan perdagangan dan perindustrian telah menunjukkan anjakan paradigma yang lebih positif dari segi perubahan beberapa sikap tipikal mereka dan juga pegangan nilai ekonomi mereka yang benar-benar mengikut tatsiran ajaran agama
Text
Report
Laporan latihan amali: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
Laporan Latihan Amali (JEEA 3370), Jabatan Kesusasteraan Melayu, Akademi Pengajian Melayu, UM, 2005
Text
Report
Laporan latihan amali: Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur
Laporan Latihan Amali (JEEA 3370), Jabatan Kesusasteraan Melayu, Akademi Pengajian Melayu, UM, 2004
TVET teras lahirkan tenaga mahir tempatan
Modul pembangunan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) berasaskan teknologi tinggi seperti robotik akan terus diperkukuh, selaras dengan pengumuman Belanjawan 2026 yang menyediakan peruntukkan lebih tinggi sebanyak RM 7.9 bilion.
Makan durian tak bahaya
Makan raja buah iaitu durian sebelum atau selepas ambil vaksin tiada kesan sampingan.
Text
ayam
daging
...1 more
Bekalan ayam, daging di Perak mencukupi
Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun memaklumkan bahawa bekalan keperluan asas seperti ayam dan daging mencukupi bagi menyambut Aidilfitri di negeri Perak justeru orang ramai termasuk yang bukan Islam tidak perlu bimbang.
Text
bawang
pertanian
Tuaian pertama bawang 2.3 tan metrik
Projek perintis tanaman bawang seluas 1 hektar di Kampung Ladang Bikam, Sungai dekat sini berjaya memberikan hasil pengeluaran 2.3 tan tuaian pertama.
Text
bawang merah
Tuaian pertama bawang 2.3tan metrik
Projek perintis seluas satu hektar mula mengeluarkan hasil sebanyak 2.3 tan tuaian pertama.
Text
bazar ramadan
perniagaan
Tindakan tegas sewakan tapak bazar Ramadan
datuk bandar akan mengambil tindakan yang tegas bagi perniaga yang memberi sewa tempat mereka dengan sewenang- wenangnya
Text
Penangan 12 kerabu warisan
" Kerabu merupakan sejenis makanan yang diperbuat daripada pelbagai jenis sayuran seperti mangga, jantung pisang, pegaga, selom, bayam brazil, kacang botol dan sebagainya. Dalam kalangan masyarakat, kerabu menjadi salah satu juadah hidangan khususnya di bulan puasa."
Text
Pendidikan
447,982 murid Tahun Satu terima BAP bermula minggu ini
Peruntukan lebih RM67 juta daripada BAP bertujuan untuk memberi manfaat kepada lebih 5.25 juta murid dari 8903 sekolah di seluruh negara.
Text
Pendidikan
SK St Paul terima murid perempuan selepas 125 tahun
Sekolah berkenaan mula menerima kemasukan murid perempuan buat kali pertama selepas 125 tahun penubuhannya.
Text
Pendidikan
Hanya dua murid Tahun Satu
Hanya dua murid yang mendaftar Tahun Satu sesi persekolahan 2024 di Sekolah Kebangsaan (SK) Tebing Rebak, Sungai Sumun.
Text
Pendidikan
Lebih 80 peratus pelajar MRSM dari B40
MRSM berjaya menyediakan tawaran bagi mengutamakan mereka yang berpendapatan rendah mendapat kemudahan pembelajaran dan pengajaran terbaik.
Text
Politik Malaysia
Strategi tarik sopkongan rakyat
Text
Makanan/Masakan Melayu
Zora impi tembusi pasaran global
Permintaan tinggi dalam talian dan luar negara mula diterima menerusi iklan di media sosial. Sharifah Zohrah yakin makanan sejuk beku diusahakan mampu menembusi pasaran halal antarabangsa berikutan permintaan tinggi bagi produk halal daripada masyarakat dunia.
Text
Hari Raya
Aidilfitri memilukan 22 warga emas
Mereka yang juga penghuni Pekita tidak dijemput pulang ahli keluarga untuk beraya bersama
Text
Ipoh
perarakan
...3 more
Perarakan kejut sahur paling meriah
"Sudah lebih 10 tahun saya memeluk Islam, inilah pertama kalinya dapat merasai pengalaman bersahur paling meriah dan unik."
Text
JAIPk
perak
...2 more
Siasat bacaan imam solat tarawih
Text
Belanjawan
Ekonomi
...2 more
Perak bentang Belanjawan 2023 berjumlah RM1.10 bilion
Text
Melayu
perniagaan
Orang Melayu Dalam Perniagaan Seperti Si Buta Kehilangan Tongkat
Penulis mengkritik bangsa Melayu yang gagal menceburi bidang perniagaan walaupun banyak usaha telah diberikan oleh kerajaan untuk membantu bangsa Melayu berjaya dalam bidang ini.
Text
Isteri - hargai ketika mereka uzur
Text
kerajaan
masyarakat
Tibet: negara aneh dan ganjil
Satu perempat dari masyarakat lama Tibet terdiri dari kaum lelaki dan majoriti dari mereka ialah hamba abdi yang mana ibu bapa mereka telah dipaksa menyerahkan anak-anak mereka ketika masih bayi.
Text
Wanita Peranan Penting membentuk generasi berilmu
Text
Aku tidak minta lahir di dunia
Text
Kesabaran sangat penting!
Text
Report
Laporan latihan amali: Bahagian Pengembangan Sastera Kebangsaan, Dewan Bahasa dan Pustaka
Laporan Latihan Amali (JEEA 3370), Jabatan Kesusasteraan Melayu, Akademi Pengajian Melayu, UM, 2006/2007
Text
brunei
muzik tradisional
...1 more
Persembahan Muzik Tradisional Mukun di Brunei
"Bermukun" ini merupakan satu cabang seni dalam bangsa masyarakat Melayu dimana terdapat unsur-unsur berbalas pantun dan mengandungi tarian daripada penonton lelaki yang berminat mengambil bahagian. Jadinya "Bermukun" ini mempunyai dua unsur penting dalam persembahan iaitu berpantun disertakan dengan pukulan tambur atau dumbak dan tarian. Ia juga dikenali sebagai "Bergendang" kerana alat muziknya terdiri dari alat yang digendang, terutama bagi penduduk kampung air.
Bermukun ini dapat disifatkan sebagai persembahan terbuka kerana setiap anggota masyarakat sama ada masyarakat setempat atau masyarakat luar diberi kesempatan menghadiri majlis bermukun ini. Ini termasuklah golongan tua, muda, kanak-kanak, lelaki atau perempuan yang hadir hanya semata-mata untuk bersuka-suka, menghibur hati dan mengisi masa lapang serta memeriahkan lagi suasana majlis perkahwinan.
Text
brunei
tenunan
Perusahaan Seni Tenunan Brunei
Perusahaan 'Bertenun' ini memanglah tidak dapat dipisahkan di kalangan masyarakat Melayu Brunei kerana satu tradisi turun-temurun ataupun perusahaan warisan daripada nenek moyang mereka. Jadinya 'Bertenun' ini adalah kegiatan yang tertua, namun begitu, ianya dapat bertahan sehingga ke hari ini. Malahan Kerajaan Brunei telah menyedari betapa pentingnya memelihara nilai-nilai kebudayaan yang mencerminkan identiti bangsanya ke mata dunia. Oleh itu kerajaan telah membuka dengan rasminya satu bangunan pada 1hb, Januari, 1984, yang bertindak sebagai institusi formal terhadap kegiatan seni dan pertukangan tangan anggota-anggota masyarakat Brunei, khasnya masyarakat Melayu.
Bangunan ini dikenali sebagai 'Pusat Kesenian dan Pertukangan Tangan Negara Brunei Darussalam' yang dibina di pinggir Sungai Brunei dan berhadapan dengan Kampung Saba (salah sebuah kampung air). Pusat ini berfungsi untuk memelihara dan mempertingkatkan hasil kerja tangan anggota-anggota masyarakat Brunei, khasnya pelajar-pelajar yang mengikuti kursus-kursus seni di pusat tersebut. Pusat ini juga berfungsi sebagai media bagi memasarkan barang-barang seni yang dihasilkan oleh anggota-anggota masyarakat Brunei. Ini termasuklah hasil-hasil tenunan seperti kain samping, kain jongsarat, selendang yang bertenun, alat-alat perhiasan yang bertenun dan lain-lain.
Text
Nilai-nilai pemakanan beras dan keperluan di dalam diet
Pendahuluan
Rekod terawal mengenai padi didapati di negeri cina iaitu pada kurun 2000 sebelum masehi
Text
Women and households in Indonesia : Cultural notions and social pratices
Edited by Juliette Koning, Marleen Nolten, Janet Rodenburg and Ratna Saptari
Text
Cerita
cerita rakyat
...1 more
Selampit
Satu Bentuk Persembahan Cerita Rakyat di Negeri Perlis
Selampit merupakan salah sebuah cerita rakyat yang tergolong ke dalam sastera penglipurlara. Pada mulanya terdapat berbagai-bagai definisi yang telah diberikan terhadap istilah Selampit itu sendiri. Ini termasuklah bahawa Selampit itu adalah watak utama dalam sebuah cerita yang popular iaitu Awang Selampit. Pendapat lain mengatakan bahawa Selampit itu adalah salah satu cerita yang dipersembahkan oleh tukang cerita atau lebih tepat ia merupakan salah satu daripada jodol cerita. Tapi mengikut makna yang lebih mudah tapi penuh makna ialah sebagaimana dikatakan oleh tokoh Selampit sendiri iaitu "S" itulah yang membawa erti Selampit.
Showing 9001 to 9050 of 19606 results
Page
of 393
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->