Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (7 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Tags: tenunan
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
corak
motif
...2 more
Motif pucuk rebung sangat popular digunakan oleh penenun...
"Motif pucuk rebung sangat popular digunakan oleh penenun bagi menghasilkan songket. Biasanya pucuk rebung yang direka oleh pereka corak motif ialah berbentuk tiga segi. Bahagian pucuknya lebih panjang atau tinggi kerana kedudukannya atau sifatnya pokok buluh akan menunjang untuk menaikkan pucuknya. Bentuk tiga segi yang terdapat pada pucuk rebung ini berkedudukan seimbang. Kelebihan yang terdapat pada corak motif pucuk rebung ini ialah motif ini boleh disusun secara menegak, melintang, bertentangan dan berlawanan."
Text
benang
songket
...2 more
Penghasilan songket secara tradisinya di Malaysia...
"Penghasilan songket secara tradisinya di Malaysia menggunakan teknik sulaman dan tenunan. Benang yang digunakan adalah benang kapas dan sulamannya menggunakan benang emas dan perak yang berkilat seperti metalik."
Text
tenunan
tradisional
...1 more
Terdapat juga penenun-penenun yang menggunakan warna tempera...
"Terdapat juga penenun-penenun yang menggunakan warna tempera iaitu warna yang dihasilkan secara tradisional dari alam semula jadi untuk mewarnakan benang."
Text
bahan tekstil
celupan
...3 more
Orang-orang Greek telah meneroka India dan pulang dengan...
"Orang-orang Greek telah meneroka India dan pulang dengan membawa banyak bahan tekstil (fabrik). Di antaranya termasuklah dari jenis tenunan, lukisan dan celupan. Sesuatu yang agak menarik tentang fabrik ini ialah motif yang terdapat pada kain-kain ini terdiri dari motif-motif buahan, burung dan binatang."
Text
kerabat
pembesar
...1 more
Pada awalnya, kain tenunan menjadi pakaian larangan...
"Pada awalnya, kain tenunan menjadi pakaian larangan yang hanya boleh dipakai oleh kerabat dan pembesar istana sahaja. Namun kini, kain tenun telah diberi sentuhan inovasi dan sesuai dipakai oleh semua lapisan masyarakat seterusnya menjana pendapatan keluarga."
Text
brunei
tenunan
Perusahaan Seni Tenunan Brunei
Perusahaan 'Bertenun' ini memanglah tidak dapat dipisahkan di kalangan masyarakat Melayu Brunei kerana satu tradisi turun-temurun ataupun perusahaan warisan daripada nenek moyang mereka. Jadinya 'Bertenun' ini adalah kegiatan yang tertua, namun begitu, ianya dapat bertahan sehingga ke hari ini. Malahan Kerajaan Brunei telah menyedari betapa pentingnya memelihara nilai-nilai kebudayaan yang mencerminkan identiti bangsanya ke mata dunia. Oleh itu kerajaan telah membuka dengan rasminya satu bangunan pada 1hb, Januari, 1984, yang bertindak sebagai institusi formal terhadap kegiatan seni dan pertukangan tangan anggota-anggota masyarakat Brunei, khasnya masyarakat Melayu.
Bangunan ini dikenali sebagai 'Pusat Kesenian dan Pertukangan Tangan Negara Brunei Darussalam' yang dibina di pinggir Sungai Brunei dan berhadapan dengan Kampung Saba (salah sebuah kampung air). Pusat ini berfungsi untuk memelihara dan mempertingkatkan hasil kerja tangan anggota-anggota masyarakat Brunei, khasnya pelajar-pelajar yang mengikuti kursus-kursus seni di pusat tersebut. Pusat ini juga berfungsi sebagai media bagi memasarkan barang-barang seni yang dihasilkan oleh anggota-anggota masyarakat Brunei. Ini termasuklah hasil-hasil tenunan seperti kain samping, kain jongsarat, selendang yang bertenun, alat-alat perhiasan yang bertenun dan lain-lain.
Text
seni
Seni dan Kebudayaan
...2 more
"Satu Huraian Seni Tenunan Songket di Beserah, Kuantan, Pahang."
Di dalam kajian ini, pengarang cuba membuat huraian mengenai seni tenunan songket. Masalah atau aspek utama yang dihuraikan adalah berkaitan dengan 'perubahan' serta 'fungsi'. Kedua-dua aspek ini cuba dilihat dalam proses pembuatan, teknologi, pasaran dan lain-lain yang melibatkan seni tenunan songket.
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2