Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (19606 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
sejarah
Masyarakat Baba dan Nyonya
Text
Kesenian Melayu
Tarian Dabus: Satu tarian tradisional Negeri Perak Darul Ridzuan
Abstrak
Dalam kajian ini, setiap data atau maklumat yang di perolehi telah disusun oleh pengkaji mengikut pembahagian bab yang tertentu. Kajian ini keseluruhannya memuatkan 9 buah bab termasuk bahagian pengenalan. Setiap bab mempunyai bahagian-bahagian tajuk yang tertentu.
Bahagian pengenalan adalah Bab 1. Kajian ini yang mengandungi pendahuluan, permasalahan kajian, tujuan kajian, kajian lepas, dan metodologi kajian yang berfungsi memberi gambaran secara menyeluruh tetapi ringkas mengenai kajian ini.
Dalam Bab 2 pula, tumpuan kajian diberikan kepada kawasan kajian yang meliputi sejarah asal usul nama negeri dan juga daerah yang menjadi kawasan kajian pengkaji.
Dalam Bab 3 pula, kajian tertumpu dalam bidang Tarian Dabus itu sendiri. Antaranya ialah unsur dasar tari, elemen tari, dan pengertian tarian Melayu dan perkembangannya secara umum.
Dalam Bab 4, skop kajian ialah tentang Dabus sebagai satuntarian tradisi di Perak yang meliputi mengenai asal usul Tarian Dabus, sejarah dabus di Perak, dan persembahan Tarian Dabus.
Dalam Bab 5 pula, skop kajian adalah tentang lagu dalam Tarian Dabus dan juga jenis alat muzik yang digunakan bagi mengiringi Tarian Dabus. Dalam Bab 6, skop kajian lebih tertumpu tentang busana atau pakaian serta perhiasan diri yang dipakai oleh para penari.
Bab 7 pula menerangkan tentang pergerakan asas yang dilakukan oleh para penari serta cara-cara Dabus ditarikan. Dalam bab ini juga diterangkan Dabus yang berunsur ritual.
Bab 8, skop kajian ialah menerangkan tentang fungsi Tarian Dabus dalam masyarakat yang meliputi aspek hiburan, sosial, ekonomi, dan juga alat kesatuan masyarakat. Dalam bab akhir pula iaitu Bab 9 ialah kesimpulan atau rumusan secara menyeluruh.
Text
dikir barat
Muzik
...4 more
Awang Ikan Duyung - Seorang Tokoh Pemuzik Tradisional Melayu
Awang Ikan Duyung merupakan salah seorang daripada tukang karut dalam permainan dikir barat yang terkenal di Kelantan. Namanya yang sebenar ialah Encik Mohammad bin Mat San. Pada masa hayatnya, bapa Awang Ikan Duyung adalah seorang pemain dalam dikir rebana ubi. Jadi dapatlah dikatakan, bakat yang ada pada bapanya diwarisi oleh Awang. Malah ayahnya sendiri tidak menghalangnya daripada mengikut jejaknya.
Text
Sosio budaya Melayu
Tahap penguasaan imbuhan dalam kalangan pelajar di Sekolah Rendah Fengshan
Abstrak
Dalam peringkat darjah 3, terdapat sebilangan pelajar yang tidak mempunyai asas pengetahuan yang kukuh penggunaan imbuhan. Pelajar tersebut tidak mahir dalam mengaplikasikan imbuhan dalam karangan walaupun mereka telah didedahkan dengan komponen tersebut sejak di darjah satu lagi. Ada segelintir guru-guru pula menghadapi masalah dalam mengajar imbuhan kerana pada sangkaan mereka imbuhan adalah sesuatu komponen yang sukar diajar kepada pelajar. Guru-guru merasakan bahawa pengajaran komponen imbuhan adalah sesuatu yang akan membosankan pelajar kerana teori-teori yang perlu didedahkan. Akibatnya, ramai pelajar darjah 3 menghadapi masalah dalam penulisan karangan mereka kerana kurangnya pengetahuan dalam mengaplikasikan imbuhan semasa menghasilkan karangan.
Dengan menggunakan kaedah ujian diagnostik, pengkaji ingin mengenal pasti faktor penyebab kelemahan pelajar darjah 3 dalam kemahiran menulis karangan dan apakah imbuhan yang sering menyebabkan kesilapan serta imbuhan apakah yang sering digunakan pelajar dalam penulisan karangan.
Satu ujian diagnostik (pengesanan) telah dibina khusus untuk mengenal pasti kelemahan pelajar dalam pengaplikasian imbuhan dalam karangan yang melibatkan imbuhan awalan, apitan dan akhiran. Kemahiran tersebut merangkumi morfologi, sintaksis, pembentukan kata serta kerelevanan isi dalam karangan tersebut.
Dapatan kajian ini dapat digunakan oleh pengkaji untuk mengenal pasti kelemahan yang lazim dilakukan oleh pelajar dalam penggunaan imbuhan dalam karangan, penggunaan yang sering dilakukan oleh pelajar dalam karangan mereka. Pada pengakhiran penyelidikan ini, pengkaji mendapati bahawa terdapat kelemahan -kelemahan para pelajar ini dalam pengaplikasian imbuhan dalam karangan mereka.
Resipi warisan 'ayam Atan' dan ayam goreng kunyit
Ayam goreng dan masakan ayam yang dikenali ayam Atan adalah dua menu yang digemari dan semakin popular dalam kalangan masyarakat. Ayam goreng dimasak dalam keadaan ayam masih bertulang dan dipotong dalam saiz ketulan sederhana.
Text
Kajian pemilihan bahasa : kajian kes di kawasan perumahan Ulu Dedap, Seberang Perak
Abstrak
Kajian ini adalah mengenai pemilihan kalangan penduduk kawasan perumahan Ulu Dedap, bahasa di Seberang Perak, yang bertujuan untuk melihat pemilihan yang dilakukan oleh bahasa penduduk kawasan ini terhadap bahasa atau kelalnan di alam perhubungan seharian. Kajian ini kepada tujuh bab.
Text
Pemeliharaan dan penyisihan bahasa : kajian kes terhadap komuniti minoriti Rajang-Tanjong
Abstrak
Kajian ini adalah kajian sosiolinguistik yang melihat segala pemeliharaan bahasa dan penyisihan bahasa yang berlaku di dalam komuniti minoriti Rajang-Tanjong yang terdapat di Kapit, Sarawak.
Gejala pemeliharaan bahasa dan penyisihan bahasa adalah salah satu kesan akibat pertembungan bahasa. Pertembungan bahasa disebabkan oleh beberapa faktor, sepeti penghijrahan, penjajahan politik dan ekonomi, agama, perdagangan, sempadan geografi, persekutuan beberapa wilayah untuk membentuk satu negara, dan sebagainya. Keadaan ini menyebabkan masyarakat menjadi bersifat dwibahasa dan pelbagai bahasa.
Text
Bahasa yang sedang mengalami proses penyisihan
"Bahasa Tanjong sekarang hanya dikuasai oleh anggota komuniti yang berketurunan Tanjong dan dalam G! sahaja. Penggunaan bahasa pula terhad dalam domain yang disertai oleh anggota komuniti dari keturunan yang sama dan dikalangan G1 sahaja."
Text
Bahasa di kalangan Komuniti Rajang-Tanjong
"Terdapat beberapa bahasa yang dipertuturkan oleh komuniti Rajang-Tanjong di Kapit. Bahasa-bahasa tersebut adalah bahasa Tanjong, bahasa Kanowit (juga dikenali sebagai bahasa Rajang), bahasa Melayu dan bahasa Iban."
Text
Komuniti Rajang-Tanjong
Komuniti Rajang-Tanjong berada di kawasan tengah dan hulu Sungai Rajang di Sarawak, iaitu di Konowit, Kapit dan Belanga. Komuniti ini terdiri daripada suku kaum Tanjong dan suku kaum Kanowit."
Text
Pemeliharaan dan penyisihan bahasa di kalangan suku kaum minoriti di Sarawak
" Negeri Sarawak mempunyai penduduk seramai lebih kurang 2.0 juta orang yang terdiri daripada kamu pribumi dan keturunan pendatang. Terdapat empat puluh enam bahasa pribumi dari rumpun Austronesia di negeri ini (Grimes 1992)."
Kajian Pemilihan Bahasa di Kawasan Perumahan Ulu Dedap Seberang Perak
"Dialek lain yang digunakan oleh segelintir penduduk kawasan ini dalam mandala keagamaan ialah dialek Kedah."
Text
Museologi baharu: kajian kes Muzium Seni 3D Langkawi
Abstrak
Dewasa ini, kemunculan muzium 3D sebagai muzium baharu semakin berkembang dengan pesat. Muzium ini dibangunkan sebagai sebuah organisasi korporat dan telah melahirkan identiti muzium yang tersendiri. Hal ini juga telah mengubah konsep muzium yang dibincangkan oleh ICOM (2017). Perubahan ini berlaku daripada konsep muzium tradisional kepada muzium baharu. Walau bagaimanapun, secara tidak langsung, muzium ini turut menyumbang kepada perkembangan museologi baharu di Malaysia. Malahan ia turut merancakkan lagi sektor permuziuman negara dan perkembangan produk pelancongan berasaskan seni dan budaya. Secara harfiahnya, museologi merupakan kajian saintifik tentang sesebuah muzium merangkumi pengurusan organisasi dan pentadbiran. Kajian Museologi Baharu: Kajian Kes Muzium Seni 3D Langkawi ini merupakan satu kajian berbentuk kualitatif yang membincangkan sepuluh aspek museologi baharu yang telah digunapakai dalam institusi tersebut. Kajian ini menggunapakai pendekatan museologi baharu oleh Janet Martstine (2008) bagi menganalisis sepuluh aspek museologi yang terdapat di dalam muzium tersebut. Hasil kajian mendapati gabungan koleksi lukisan seni budaya dan teknologi media, di muzium ini menghasilkan aktiviti interaktif yang menyumbang kepada bentuk muzium baharu atau pascamoden.
Text
Kajian Kes : Kompleks kraf Langkawi sebagai tarikan pelancongan budaya di Pulau Langkawi, Kedah
Abstrak
Pelancongan merupakan sumber pendapatan kedua dalam negara kasar ekonomi negara. Usaha membangunkan kepelbagaian produk pelancongan khususnya produk kebudayaan dan kesenian merupakan penghasilan produk yang tidak ternilai kepada negara. Sejak berabad dahulu, kebudayaan dan kesenian merupakan salah satu produk pemangkin kepada tercetusnya aktiviti pelancongan di Eropah dan seterusnya secara globalisasi. Lantaran itu, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti sebuah institusi seni dalam usaha objektif kewujudannya adalah untuk melestarikan kebudayaan dan kesenian sebagai produk pelancongan di Pulau Langkawi.
Text
Sosio budaya Melayu
Ritual tolak bala : Satu tinjauan terhadap masyarakat Kadayan di Kampung Pangi, Lawas, Sarawak
Abstrak
Kajian ini merupakan sebuah penyelidikan ilmiah mengenai sebuah upacara kebudayaan yang dilakukan oleh masyarakat Kadayan di kepulauan Borneo. Upacara yang dimaksudkan ini, ialah upacara tolak bala yang dipercayai pengkaji merupakan sebuah upacara yang dijalankan mengikut situasi sekeliling masyarakat berkenaan. Petanda buruk daripada kejadian alam yang berlaku di sekeliling mereka, maka upacara ini perlu dijalankan untuk mengelak daripada bencana alam tersebut dan sebagainya. Dalam kajian ini akan menyentuh secara holistik mengenai masyarakat Kadayan dan upacara tolak bala itu sendiri serta dikaitkan dengan ketentuan Allah swt.
Text
Teori model pengajaran sains tabii islam - asas reka bentuk pengajaran sains bersepadu
Membangunkan negara dengan cara membangunkan sumber tenaga manusianya telah lama disarankan dan dilaksanakan oleh pemimpin negara kita...
Text
Masalah polisemi dalam perkamusan: Satu penyelesaian semantik kognitif
"Salah satu tumpuan penyusun kamus ialah polisemi. Kata-kata yang berpolisemi ini ditandai dengan nombor Arab (1,2,3...) bagi menunjukkan banyak mana makna entri yang berpolisemi."
Dua bibir merupakan artikulator.
Asas Fonetik
"Mengikut O'Connor (1973) pula, fonetik ialah ilmu yang bersangkutan dengan bunyi-bunyi bising yang dihasilkan oleh manusia. Bunyi-bunyi yang dapat didengar ini kemudiannya diberi bentuk yang biasa terdapat dalam bahasa masyarakat itu sendiri."
Kebolehan bayi memperoleh bunyi.
Text
Islamic fundamentalism
Islamic militancy
...1 more
The resurgence of Islamic fundamentalism and its implication to the Western world
This paper discusses the growing Western interest in Islam and the causes that lead to the interest. It elaborates on the meaning of the terms Islamic resurgence, Islamic fundamentalism and its differences with the term Islamic militancy with explanation on the manifestations of the resurgence.
Islamic history from the seventh century to the nineteenth century is explained, for the readers to appreciate and understand the rise and fall of the Islamic Empires and its causes. Responses by the muslims towards colonialism that followed after the downfall of the Ottoman Empire and how the responses lead to rhe emergence of Islamic movements is also highlighted.
The paper then discusses in detail the early resurgence. Syed Jamal al-Din al-Afghani, Muhamad Abduh in Egypt and Sir Muhammad Iqbal in the Indian subcontinent were a few names that were mentioned as the early reformers of Islam. It also elaborates on the formation and influence of the Muslim Brotherhood founded by Hassan al-Banna and Jamaat-i-Islami founded by Abul Ala Mawdudi. It goes on to elaborate on the end of colonial rule and domination in muslim countries and the paths taken by these countries in nation building in the post-colonial era. The realization of the ineffectiveness of Western ideologies and systems in the sixties and seventies was the turning point for the resurgence. The resurgence then escalates with the Iranian Revolution.
Text
Malaysia--Social lite anacultuns
Penerapan nilai melalui pembelajaran berdasarkan pengalaman di sekolah menengah di singapura
Nilai merupakan salah satu perkara penting dalam pembetukan sahsiah seseorang...
Text
cara penangkapan gamat
jenis gamat
...3 more
Khasiat gamat dari perspektif perubatan Melayu
Bab pertama ialah bahagian pengenalan. Pada bahagian ini, pengkaji menyentuh mengenai latar belakang kajian ini termasuk objektif, bidang kajian, metodologi kajian dan masalah yang timbul sepanjang kajian dilakukan. Selain itu, sedikit sebanyak pengenalan gamat dibincangkan secara ringkas.
Pada bahagian bab kedua pula, tumpuan pengkaji adalah kepada latar belakang spesies gamat secara terperinci. Bahagian ini memuatkan pengenalan kepada spesies gamat, perjenisan gamat yang ada di perairan Malaysia, habitat semula jadi gamat sama ada di daratan dan lautan serta teknik penangkapan yang digunakan untuk memperolehi gamat untuk tujuan perubatan.
Bab ketiga lebih memfokuskan kepada intipati kajian ini iaitu khasiat gamat yang dipercayai mampu menyembuhkan beberapa penyakit di kalangan orang Melayu. Pengkaji juga membincangkan konsep perubatan Melayu secara ringkas dengan menggunakan salah satu prinsip perubatan Melayu iaitu "setiap keuzuran ada penawarnya". Prinsip ini telah diaplikasikan oleh pengkaji dalam bab tiga dengan tujuan membuktikan gamat sebagai bahan perubatan.
Bab keempat adalah berkisar kepada pengkomersialan gamat. Tumpuan pengkaji bermula dari pemprosesan gamat secara mentah melalui pelbagai teknik yang digunakan oleh pengusaha sehinggalah ia dipasarkan kepada pengguna. Aspek pemasaran dan sambutan turut diberi penekanan untuk melihat sambutan pengguna.
Bab kelima merupakan bahagian kesimpulan iaitu rumusan yang diperolehi hasil kajian ini secara keseluruhannya.
Text
Log Book
Laporan buku log: Arkib negara Malaysia, Cawangan Perak
Buku log latihan amali, Jabatan Kesusasteraan Melayu, Akademi Pengajian Melayu, UM, 2009
Text
Report
Laporan latihan amali: Arkib Negara, Cawangan Perak
Laporan Latihan Amali (JEEA 3370), Jabatan Kesusasteraan Melayu, Akademi Pengajian Melayu, UM, 2009
Text
pas
Politik Malaysia
Pas nafi keluar arahan jawatan Top 5 tidak dipertandingkan
Text
Keterjaminan makanan
Harga sayur-sayuran di Pulau Pinang tiada kenaikan ketara
Harga sayur-sayuran di beberapa pasar awam utama di Pulau Pinang tidak menyaksikan kenaikan ketara dengan bekalan masih stabil dan mencukupi
Text
Keterjaminan makanan
Pengeluar sayur berisiko gulung tikar kerana kenaikan kos
Kawasan tanah tinggi Lojing menjadi pusat pengeluaran sayur kedua terbesar di Malaysia selepas Cameron Highlands
Text
Keterjaminan makanan
500 penduduk hadapi masalah air akibat kemarau panjang
Lebih 500 penduduk Kampung Tok Deh dan Lubok Gong Hilir berdepan masalah bekalan air susulan kemarau panjang beberapa bulan lalu
Polis Lengkapkan Siasatan Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Asrama
Polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes pelajar Tingkatan Tiga yang terjatuh dari bangunan asrama sebuah sekolah dekat Sabak Bernam pada 26 Ogos lalu.
Text
BERSATU
Politik Malaysia
Ahli Parlimen Kula Kangsar diberi surat tunjuk sebab
Text
Anwar Ibrahim
kelantan
Meeting sparks speculation
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim's visit to Kelantan on Friday has sparked a flurry of questions following the revelation that he had met former Bachok member of the parliament Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.
Text
Anwar Ibrahim
Perdana menteri
Pertemuan Anwar, Nik Abduh cetus spekulasi
Gambar pertemuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohammad Abduh Nik Abdul Aziz, ketika lawatan Perdana Menteri ke Kelantan kelmarin menimbulkan spekulasi baharu dalam politik.
Text
Ahmad Zahid Hamidi
kelantan
...2 more
UMNO janji selesai isu air di Kelantan
UMNO merayu kepada pengundi Kelantan supaya memberi peluang kepada parti itu untuk tempoh lima tahun pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti, bagi menyelesaikan masalah bekalan air negeri ini.
Text
Sosio budaya Melayu
Asimilasi budaya Melayu dan Siam dalam masyarakat Cina peranakan di Kelantan : Kajian kes di Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan
Abstrak
Masyarakat cina telah wujud di Kelantan sejak abad Ke-17 masihi lagi dan kebanyakan mereka tinggal di sepanjang pinggir sungai Kelantan terutamanya di kawasan Pulai, Gua Musang dan sungai Pinang, Tumpat. Walaupun tiada catatan sebenar sejarah kedatangan mereka ke Kelantan, namun mereka percaya kedatangan nenek moyang mereka lebih awal dari kedatangan orang Cina pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Ini berdasarkan penemuan patung lama di tokong tertua berusia 600 tahun atau lebih di Kampung Pulai, Gua Musang dan berasal dari Dinasti Ming. Ini bermakna kedatangan Cina ke tanah Melayu bukannya dimulakan di Melaka sebaliknya di negeri Kelantan.
Terdapat dua kategori Cina di Kelantan iaitu Cina Peranakan diberi gelaran Cina Kampung, Cina Kelantan dan Oghe Cino Kito. Bagi Cina di bandar, mereka dipanggil Cina Bandar atau Cina Benua. Asimilasi budaya Melayu itu sendiri berlaku ke atas golongan Cina Peranakan ini dari segi loghat pertuturan yang digunakan setiap hari, amalan pemakanan seharian, dan cara mereka berpakaian. Mereka tidak seperti kaum-kaum Cina di negeri-negeri lain kerana dialek komunikasi percakapan harian mereka dalam loghat Kelantan di samping Bahasa Hokkien yang berbeza hasil percampuran perkahwinan serta Bahasa Melayu Kelantan dan Thai. Kebanyakan daripada mereka berkulit sawo matang dan tidak menampakkan mereka sebenarnya kaum Cina.
200 Kesan Tikaman
Ibu kepada Yap Shing Xuen, pelajar perempuan yang maut ditikam seorang pelajar lelaki Tingkatan Satu sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya Selasa lalu mendedahkan anaknya ditikam 200 kali, jauh lebih banyak daripada angka yang tular di media sosial.
Still Image
Melayu dan politik
Melayu terperangkap
Content:
Melayu terperangkap
Kepulauan di Melaka mampu setanding Langkawi
Text
makanan
Makanan/Masakan Melayu
Ikan pekasam goreng tarik perhatian
Ikan ditumis bersama bertih beras, bwang dan cili padi itu mencuri perhatian pengunjung di bazar.
Text
keluarga melayu
Aidilfitri suram tanpa dua anak
Hijjaz Kasturi dan Nurul Fatihah maut dalam kemalangan raya Januari lalu.
Text
keluarga melayu
Dari empat, kini tinggal dua beradik
Perasaan pilu menyambut Aidilfitri, kehilangan anak ketiga daripada empat beradik maut dalam kemalangan.
Text
makanan
Makanan/Masakan Melayu
Ikan perkasam goreng tarik perhatian
Ikan ditumis bersama bertih beras, bawang dan cili padi itu mencuri perhatian pengunjung di Bazar Ramadan Masjid Tanah
Text
Makanan/Masakan Melayu
Ikan pekasam goreng tarik perhatian
Seorang peniaga Bazar Ramadan Masjid Tanah, di sini, menjadi tumpuan pengunjung apabila menjual makanan yang terkenal di negeri jelapang padi iaitu menu ikan pekasam goreng.
Text
keluarga melayu
Suami isteri edar poster kesan anak hilang
Noor Fatimahtul Zaharah bersama suami tidak putus asa mencari anak sulung mereka yang hilang sejak 17 Mac lalu dengan mengedarkan gambar anaknya kepada orang awam di sebuah pasar raya di Jasin Bestari.
Text
Ahmad Zahid Hamidi
Sulaiman letak jawatan KM Melaka
Text
Iftar ala Madinah
Mydin
...1 more
1000 tetamu hadir jelajah Iftar ala Madinah Mydin
Majlis yang dijalankan berlangsung di Ayer Keruh yang milbatkan ramai pengunjung datang daripada pelbagai tempat.
Text
baju raya
Melaka
...5 more
Butik Rahmah sedia 15,000 baju raya percuma
Butik Rahmah di Melaka ini menyumbangkan kira-kira 15,000 pakaian baharu dan terpakai untuk golongan yang memerlukan mengambilnya dengan percuma. Inisiatif ini bukan sahaja membantu golongan memerlukan, malah ia juga merupakan medium bagi golongan berkemampuan untuk salurkan baju terpakai atau baju baharu yang mereka ingin sedekahkan. Baju-baju ini akan dipilih dan dibasuh sebelum dipamerkan di kedai mereka.
Text
Hari Raya
Butik Rahmah sedia 15,000 baju raya percuma
Butik Rahmah yang diadakan di pekarangan Pusat Transformasi Luar Bandar (RUTC) Klebang besar itu memberi keceriaan kepada golongan memerlukan dan B40
Text
Analisis bahasa kiasan dalam novel terjemahan Harry Potter and The Deathly Hallows (Harry Potter dan Azimat Maut)
Abstrak
Bahasa kiasan merupakan ungkapan yang maknanya tidak dapat diketahui daripada makna perkataan itu sendiri. Dalam menterjemahkan bahasa kiasan, pengetahuan mengenai bahasa dan budaya yang terlibat amat penting, malahan pengetahuan tentang pemilihan kata dan strategi penterjemahan juga amat penting untuk diketahui oleh seseorang penterjemah. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis terjemahan bahasa kiasan yang terdapat dalam teks asal kepada teks sasaran dan strategi terjemahan yang digunakan oleh penterjemahan bagi menterjemah bahasa kiasan. Pengkaji telah memilih sebuah teks novel terjemahan daripada bahasa Inggeris karya J.K Rowling berjudul Harry potter and the Deathly Hallows dan terjemahan bahasa Melayu yang dilakukan oleh syarikat penerbitan Pelangi Sdn Bhd bertajuk Harry Potter dan Azimat Maut. Kajian ini telah menerapkan taksonomi Larson (1998) bagi menyempurnakan analisis strategi penterjemah yang digunakan oleh penterjemah dalam teks sasaran. Daripada analisis yang telah dilakukan, didapati bahawa penggunaan idiom paling tinggi, iaitu sebanyak 57% (173), diikuti dengan simili 39% (117) dan metafora sebanyak 4% (13). Strategi utama yang telah diguna pakai oleh penterjemah ialah menterjemah menggunakan strategi mengekalkan imej atau unsur bahasa kiasan bahasa Inggeris, iaitu sebanyak 68.32% (207), manakala strategi mengekalkan bahasa kiasan dengan memberi penjelasan tidak digunakan oleh penterjemahan dalam kajian ini.
Text
Krisis identiti anak lelaki
Showing 9451 to 9500 of 19606 results
Page
of 393
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->