Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (19615 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Kajian Filologi Teks Hujjat Al-Balighah 'ala Jamaahal-Mukhasamah Karya Syeikh Jalaluddin al-Asy; Tumpuan Kajian: Tahqiq Teks Bab as-Syahadahwa al-Half
Matlamat penulisan ini membincangkan sumbangan tentang seorang tokoh ulama Aceh yang pernah berjasa kepada dunia Islam di Nusantara khususnya ketika zaman kegemilangan kerajaan Islam Aceh dam pemikiran beliau dalam bab as-Syahadah.
Text
Kajian estetika dalam cerita rakyat Melayu Kuantan Riau Indonesia
Abstrak
Kajian ini terbahagi atas tujuh bab, merupakan penelitian yang menumpukan pada estetika cerita rakyat Melayu Kuantan Riau yang diperoleh daripada sastera lisan yang ada di daerah Kuantan Riau Indonesia. Kajian ini berdasarkan bahan sastera rakyat, penganalisian dilakukan dengan menggabung jalin daripada beberapa teori yang sesuai seperti, Teori Nilai, Teori Kebahasaan, dan Teori Sosialisme.
Kajian ini bersandar pada anggapan penulis bahawa cerita rakyat Melayu Kuantan Riau perlu pelestarian kerana cerita tersebut memiliki nilai-nilai estetika yang tinggi oleh sebab itu penulis merasa terpanggil untuk meneliti bidang ini kerana kajian mengenai estetika pada cerita rakyat masih sangat sedikit sekali bahkan dapat dikatakan langka. Paradigma sebegini mampu memperkembangkan dunia penyelidikan sastera rakyat Melayu ke arena antara bangsa.
Text
Kajian drama klasik megat terawis
Drama klasik Megat Terawis ialah drama yang sangat terikat dengan konsep raja dan kerajaan seperti yang tergambar dalam teks-teks istana tradisional .Dalam drama Megat Terawis ini diterangkan siapakah dan di manakah asal usul Megat Terawis ini.Megat Terais berasal dari Pagar Ruyung dari kaum pembesar-pembesar istana Minangkabau .Ia tinggal di sebuah perkampungan pedalaman bersama - sama orang-orang darat iaitu puak Semang dan Sakai dan dia dilantik sebagai ketua penduduk pedalaman itu.
Text
tema
unsur plot
...3 more
Kajian diksi dalam novel Imam
Bahasa merupakan alat perantaraan untuk menyampaikan sesuatu gagasan atau mesej dalam sesebuah karya sastera. Dalam penyampaian ini, bahasa yang digunakan oleh pengarang mempunyai gaya yang tersendiri. Selain daripada tema dan persoalan, aspek diksi atau pemilihan kata juga merupakan satu faktor yang menentukan kualiti atau mutu sesebuah karya. Sesebuah karya yang mempunyai pemilihan kata yang tersusun dan menarik paling digemari oleh pecinta-pecinta sastera.
Dalam kajian ini, novel Imam karya Abdullah Hussain dipilih kerana di dalamnya terdapat pemilihan kata yang agak menarik. Penggunaan kata-katanya yang bersahaja dan bersesuaian dengan tema dari persoalan yang dipaparkan. Jadi kajian mengenai diksi dilakukan untuk melihat bagaimana pengarang mengeksploitasikan bahasa untuk menghasilkan sesebuah novel yang menarik.
Text
Kajian cerita rakyat masyarakat Bajau di daerah Kota Belud, Sabah
Abstrak
Kajian ini merupakan penyelidikan cerita rakyat masyarakat Bajau daerah Kota Belud Sabah. Sebanyak 18 buah cerita telah digunakan sebagai bahan kajian. Cerita - cerita itu adalah merupakan cerita asal- usul, cerita Penglipur lara, cerita Jenaka, cerita Teladan, cerita Legenda, dan cerita Binatang. Dalam menghasilkan kajian ini, pengkaji menggunakan teori sosiologi sastera yang dilihat dari sudut pandangan Ken Plummer. Teori ini pernah digunapakai oleh Noriah Taslim dalam menyempurnakan kajian yang bertajuk Syair Raja Muda Perlis.Kajian ini bertujuan untuk mendokumentasikan cerita rakyat masyarakat Bajau daerah Kota Belud dan seterusnya cuba mengaplikasikan teori sosiologi yang dipelopori oleh Ken Plummer untuk melihat beberapa aspek seperti Siapa khalayak karya?, Bila ia dikarang?Bagaimanakah situasi sosio-politik budaya yang melahirkan teks?Apakah hubungan karya dengan dunia sosial?Apakah kedudukan dan tanggungjawab sosial pengarang? dan mengapa tema tema tertentu dipilih?. Kajian ini juga turut melihat peranan serta fungsi cerita rakyat nasyarakat Bajau dengan mengaplikasikan 6 aspek seperti yang dikemukakan oleh Ken Plummer.
Text
Kajian cerita jenaka
" Kajian terawal yang memperkatakantentang genre cerita jenaka ini merupakan suatu komentar yang dilakukan oleh Snouck Hurgronje"
Text
Kajian batu nisan Aceh dan tembikar di tapak arkeologi lembah Sungai Johor
Abstrak
Tesis ini cuba mengkaji warisan kerajaan Melayu Johor Riau yang terdapat di tapak-tapak arkeologi di lembah Sungai Johor seperti Johor Lama, Panchor, Seluyut, Kota Tinggi dan Sayong Pinang seperti batu nisan Aceh dan tembikar. Tujuannya adalah untuk merekonstruksikan sejarah perdagangan dan penempatan dan hubungan di antara satu tempat dengan tempat yang lain. Kaedah kajian adalah dengan melakukan survei arkeologi, memetakan kedudukan peninggalan-peninggalan arkeologi di setiap tapak, galicari dan menganalisis setiap penemuan yang terdiri daripada batu nisan Aceh dan tembikar. Hasil daripada analisis disintesiskan dengan data bertulis yang terdiri daripada hasil kajian lepas seperti laporan-laporan dan sumber sejarah seperti Sejarah Melayu. Hasil daripada kajian batu nisan Aceh dan tembikar ini telah diperolehi pentarikhan tapak-tapak penempatan awal di lembah Sungai Johor, corak pemerintahan dan hubungan perdagangan. Berdasarkan kepada kajian itu didapati bahawa tapak penempatan yang paling tua adalah di Johor Lama dengan terjumpanya tembikar zaman Song abad 11. Selain itu temuan tembikar dari Thailand, Vietnam dan Burma abad ke 15. Batu nisan Aceh yang tertua dijumpai di Sayong Pinang bertarikh 856 Hijrah (1453 Masehi). Juga dapat dirumuskan daripada data arkeologi bahawa lokasi pusat pemerintahan kerajaan tidak kekal di satu-satu lokasi semasa kewujudan Kerajaan Johor-Riau dari abad 15 ke 18 Masehi.
Text
Kajian bahasa dalam Rangkaian Perbualan Internet (IRC)
Abstrak
Latihan ilmiah ini akan melihat ciri-ciri laras bahasa yang digunakan dalam perbualan di Internet terutamanya di dalam Rangkaian Perbualan Internet (IRC) dan juga forum Internet. Kajian di dalam Internet ini sebenarnya melibatkan salah satu bidang yang luas. Kajian ini akan tertumpu pada bahasa yang digunakan semasa berkomunikasi di dalam Internet.
Kajian ini telah terbahagi kepada 5, bab di mana pada bab pertama pengenalan akan disentuh tentang ulasan-ulasan pendahuluan mengenai kajian ini. Manakala dalam bab kedua penulis akan membincangkan tentang kosa ilmu yang berkaitan dengan kajian ini. Isu-isu yang akan disentuh adalah seperti Bahasa Rojak yang hangat diperkatakan pada masa sekarang. Dalam bahagian Bahasa Rojak ini, penulis telah membahagikannya kepada dua bahagian iaitu tentang Penukaran Kod dan Pembauran Kod. Seterusnya adalah tentang Penyikiran Bahasa dan Emotikon.
Dalam Bab 3 pula akan dibincangkan tentang Rangkaian Perbualan Internet(IRC). Disini penulis akan membincangkan jenis-jenis program IRC yang popular digunakan di kalangan penduduk Malaysia. Dalam bab ini juga akan dibincangkan tentang sejarah perkembangan IRC. perbincangan tentang analisis kajian akan dibuat dalam Bab 4 dan akhir sekali hasil daripada kajian dan dapatan akan dibincangkan dalam bahagian Bab 5.
Kajian ini hanya akan melibatkan teks perbualan yang telah diambil dari beberapa program IRC yang terdapat dalam Internet. Berdasarkan kepada teks perbualan yang diambil, aspek yang akan dikaji adalah seperti Penukaran Kod, Pembauran Kod. Singkatan dan Emotikon. Pemilihan kajian ini adalah penting kerana sedikit sebanyak ia melibatkan isu Bahasa Rojak yang hangat diperkatakan baru-baru ini. Hasil daripada kajian ini diharapkan akan memperjelaskan isu tentang Bahasa Rojak ini.
Text
Kajian bahan binaan untuk kerja-kerja pemuliharaan tugu peringatan negara, jalan Parlimen, Kuala Lumpur
Kerja-kerja pemuliharaan dan baikpulih Tugu Peringatan Negara, Kuala Lumpur telah dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) dan Jabatan Muziun dan Antikuiti (JMA) dari Ogos 2002 - Jun 2003...
Kajian akademik kedudukan Hadith dalam karya Ulama Melayu
" Sebagaimana yang sudah kita bahaskan dalam bab pertama dahulu bahawa sudah agak banyak kajian terhadap karya-karya klasik Melayu-Islam..."
Kajian agama dalam masyarakat-masyarakat berskala kecil
" Kajian agama dalam masyarakat-masyarakat berskala kecil yang dianalisis oleh para ahli antropologi sosial ..."
Text
Kajian : Lepak untuk lari daripada tekanan hidup
Kajian terhaadap pungutan zakat di Wilayah Persekutuan.
Artikel ini mengkaji faktor peningkatan kutipan zakat di Wilayah Persekutuan
Text
Kaji semula peranan Dewan Bahasa
Text
Kaji semula peranan Dewan Bahasa
Text
Makanan/Masakan Melayu
Kaji mekanisme harga dua peringkat minyak masak
Kuala Lumpur: Kerajaan sedang mengkaji untuk mengawal harga minyak masak di pasaran bagi kegunaan domestik.
Text
Kaji kesediaan anak tinggal di asrama : Psilologi Kanak-kanak & Remaja
Kaji Keperluan Gubal Akta Anti Buli Babit Pelajar, Kanak - Kanak
Kerajaan akan mengkaji keperluan untuk menggubal Akta Anti Buli Yang Menggunakan Sistem Tribunal Bagi Mendengar Kes Buli Membabitkan Pelajar Dan Kanak - Kanak
Text
KPM
Pendidikan
...1 more
Kaji keberkesanan DLP tambah minat subjek STEM
Keberkesanan Program Dwibahasa(DLP) yang dimulakan sejak 2016 seharusnya dikaji semula bagi melihat sejauh mana ia memberi kesan terhadap penguasaan dan minat murid terhadap Sains,Teknologi,Kejuruteraan dan Matematik(STEM).
Text
Pendidikan
Raja Melayu
Kaji dasar sekat anak pelarian dapat pendidikan formal
Text
Kaji dasar langit terbuka
Text
Kaji bahan siaran, elak unsur lucah
Text
Geoekonomi
Kaitan gaji dan inflasi.
Kenaikan gaji kakitangan awam tentulah mengambil kira kos sara hidup yang semakin meningkat. Bank dunia baru sahaja memberi amaran masalah kekurangan makanan global dan kenaikan harga belum selesai sepenuhnya. Menurut pertumbuhan makanan dan pertanian bangsa-bnagsa bersatu (FOA), harga bulan lalu reda sedikit tetapi masih 9.2 peratus lebih mahal daripada tahun lalu.
Text
Kaitan cetak rompak dengan jenayah
Kait berangan tepi paya
Kait berangan tepi paya,
Encik Taib kait sendiri;
Jangan berangan hendak kaya,
Jika usaha tiada di diri.
Text
Kain Tenun Masyarakat Iranun, Koleksi Muzium Kraf Negara
Di Malaysia,terdiri daripada pelbagai kaum dan setiap kaum mempunyai peninggalan warisan daripada nenek moyang yang tersendiri. Misalnya, seni tenun yang dihasilkan oleh sesebuah masyarakat adalah berbeza-beza sama ada dari segi menghasilkannya ataupun jenis kain yang dihasilkan. Oleh itu kajian ini berfokus pada kain tenun yang dihasilkan oleh masyarakat Iranun yang terdapat pada koleksi di Kompleks Kraf, Kuala Lumpur.
Text
Kain Sarung
Text
Kahwun kerana terpaksa
Text
Kahwin remaja
" Budaya mengahwinkan anak dara belasan tahun kepada sesiapa sahaja yang berkemampuan menjadi satu kebiasaan".
Text
Kahwin Paksa
" Penderitaan batin wanita juga ditonjolkan oleh Mas apabila Syarifah dipaksa berkahwin dengan sepupunya".
Text
Kahwin muda punca penceraian
Text
Kahwin lari : Yala setuju kerjasama
Text
Kafe siber merebak ke luar bandar
Text
Kafe siber merebak ke luar bandar
Text
Puasa
ramadan
Kafe makan percuma sedia juadah berbuka puasa
Kira -kira 70-100 orang pengujung yang tidak berkemampuan dapat memperoleh juadah berbuka secara percuma
Text
Kaedah tulis karangan tidak bantu pelajar
Text
Kaedah tradisional pembuatan tekstil dan pakaian Melayu kajian kes : pantai timur
Abstrak
Seiak beratus-ratus tahun, tekstil dan pakaian mempunyai tempat dan peranan istimewa dalam budaya Melayu. Berdasarkan dari catatan persuratan Melayu lama dan hasil kajian yang telah dibuat ke atas bahan-bahan etnografi, membuktikan berbagai variasi rupa bentuk tekstil dan pakaian telah digunakan oleh masyarakat Melayu tradisi. Di Tanah Melayu tekstil merupakan objek yang menjadi sebahagian dari peradaban hidup; sebagai kain, ia dipakai untuk menutup badan, untuk menghias, kegunaan rumah tangga dan peralatan adat. Pantai Timur merupakan pusat tumpuan utama penghasilan tekstil tenunan Melayu disebabkan oleh faktor-faktor tertentu dan kehebatan tukang-tukang tenun di Pantai Timur pada masa itu yang tiada tandingnya yang mampu mencipta berbagai rupa bentuk tekstil dan persalinan sepertimana dihuraikan di dalam bab 2 dan 3. Berdasarkan hasil kajian, tekstil dan pakaian Melayu telah dihasilkan melalui berbagai kaedah tradisi dan diperlengkapkan lagi dengan kemahiran dan daya kreativiti tukang menyempurnakannya. Kaedah pembuatannya dihuraikan dalam bab 4 dan terdapat berbagai faktor diperincikan lagi dalam bab 5 bagi membuktikan mempengaruhi rupa bentuk persalinan. Kesimpulan hasil penyelidikan mendapati bahawa kaedah tradisi adalah berinspirasikan alam semulajadi dengan menggunakan sepenuhnya sumber-sumber asli yang disesuaikan dengan kaedah-kaedah yang diwarisi turun temurun. Sememangnya kaedah tradisi ini juga tidak mengetepikan konsep rekaan yang menghubungkan elemen-elemen rekaan, budaya dan peradaban Melayu dengan nilai-nilai falsafah yang tinggi yang berjaya menampilkan satu hasil seni yang berkualiti, berfungsi, anggun dan unik.
Text
Kaedah Semburan Soda Bagi Pembersihan Objek Sejarah
Kaedah semburan soda adalah merupakan salah satu kaedah semburan yang boleh diguna pakai bagi tujuan nembersihan objek sejarah...
Text
aidilfitri
juadah
...5 more
Kaedah selamat simpan, panaskan juadah raya
Ramai yang menghadapi situasi di mana makanan yang dimasak tidak habis dimakan di hari raya kedua atau ketiga apabila hidangan yang dimasak seharian terpaksa dibuang begitu sahaja. Ada yang tak sampai ke malam dah berbau.
Kaedah perubatan tradisional dalam Kitab Tibb Pontianak
" Kajian daripada pengelidikan Kitab Ubat-Ubatan Hj. Mustafa bin Hj. Ismail Pontianak ini mendapati terdapat lebih daripada 100..."
Text
Melayu
Perubatan
...1 more
Kaedah Penyelidikan Budaya Melayu:
Kajian Perubatan Tradisional dalam Masyarakat Melayu Luar Bandar Hari Ini dan Cabaran-cabarannya
Di kalangan masyarakat Melayu tradisional, perubatan tradisional mendapat tempat utama dalam amalan ahli-ahlinya. Malah generasi-generasi yang terkemudian yang mewarisinya sehingga kini masih kuat mempertahankan nilai-nilai dan kaedah-kaedah perubatan tersebut.
Perubatan tradisional memang tidak dapat dinafikan begitu 'unik' sekali cara-cara pengubatan dan pengamalannya. Kaedah-kaedah yang digunakan walaupun tidak 'sophisticated' tetapi begitu 'menakjubkan' penggunanya. Ini kerana ia lebih berkaitan dengan soal-soal orang Melayu dan budayanya. Mereka begitu kuat fahaman dan kepercayaan terhadap bomoh dan ilmunya. Terdapat beberapa jenis penyakit yang sememangnya tidak dapat diubati oleh kaedah perubatan moden, tetapi bomoh melalui perubatan tradisional ini sedikit sebanyak telah berjaya memulihkan penyakit-penyakit yang dihidapi oleh seseorang pesakit itu. Inilah yang dikatakan 'menakjubkan'. Misalnya penyakit buatan orang, gila dan terkena pelesit.
Kaedah pengisbatan hukum
isu-isu yang dibincangkan di atas menjelaskan beberapa aspek yang boleh dilihat seperti sisi kaedah pengistinbatan hukum menurut kaedah faqeh."
Text
Kaedah pengajaran perlu dipelbagai
Text
Kaedah penceritaan digital dalam proses penguasaan kemahiran bertutur: Kajian kes ke atas para pelajar menengah dua Normal Teknikal (NT) di Sekolah Menengah Jurong, Singapura
Abstrak
Kajian ini bertujuan meninjau penggunaan penceritaan digital melalui perisian Photo Story 3 for Windows dalam proses penguasaan kemahiran bertutur, dalam kalangan pelajar menengah dua Normal Teknikal di Sekolah Menengah Jurong, Singapura. Melalui kajian ini, pengkaji telah menganalisis pencapaian subjek kajian dalam kemahiran bertutur sebelum dan sesudah menggunakan kaedah penceritaan digital serta minat mereka terhadap pengajaran dan pembelajaran sebelum dan sesudah menggunakan kaedah penceritaan digital. Dapatan kajian telah berjaya membuktikan bahawa penceritaan digital merupakan kaedah yang berkesan dalam proses penguasaan kemahiran bertutur. Subjek kajian berjaya menunjukkan peningkatan pencapaian yang signifikan dalam ujian lisan setelah menggunakan kaedah penceritaan digital itu. Selain daripada itu, subjek kajian lebih berminat terhadap pengajaran dan pembelajaran selepas menggunakan kaedah penceritaan digital. Sebahagian besar daripada mereka juga ingin meluaskan pengalaman mereka menggunakan kaedah penceritaan digital untuk mengasah kemahiran bahasa yang lain seperti mendengar, menulis dan membaca. Diharapkan agar keberkesanan kajian ini akan menggalakkan guru-guru untuk mencuba kaedah penceritaan digital dalam pengajaran mereka.
orang asli
Kaedah online dan offline perlu kepada Orang Asli
Para pelajar Orang Asli yang tinggal jauh di kawasan pedalaman perlu dibantu dengan dua kaedah pembelajaran bagi memastikan mereka tidak tercicir dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.
Still Image
Seni dan Kebudayaan
Kaedah menilai seni visual
Content
Kaedah menilai seni visual
Text
Kaedah mengajar supaya menarik
Text
Kaedah mantapkan bahasa Melayu
Text
Kaedah Islam rawat penagih
Kaedah baharu cara belajar membaca al-Quran
" Diselusuri kaedah pengajaran dan pembelajaran al-Quran hari ini juga telah mengalami perubahan."
Showing 12351 to 12400 of 19615 results
Page
of 393
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->