Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (19313 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Website
Geopolitik
Malaysia akan suarakan pandangan tanpa gentar meskipun berdepan kuasa besar dalam BRICS
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia akan terus menyuarakan pandangan secara bebas dalam blok ekonomi BRICS.
Text
sastera Melayu
Aspek sintaksis dalam pantun
Abstrak
Kajian yang merupakan kajian terapan ini cuba menghubungkan rumus-rumus tatabahasa dengan sintaksis yang ada dalam pantun. Tujuan asas kajian ini ialah membuktikan bahawa stilistik pantun merupakan manipulasi pola-pola ayat yang ada dalam bahasa Melayu itu sendiri dan bukan merupakan bahasa yang terasing dalam masyarakat Melayu.
Tumpuan yang diberikan bagi peninjauan ini berfokuskan aspek sintaksis. Kajian ini menggunakan rangka Tatabahasa Transformasi generatif sebagai model analisis.
Bab 1 latihan ilmiah ini akan membincangkan metodologi, tujuan, batas, kaedah dan pemilihan bahan korpus untuk kajian ini. Resensi literatur serta latar belakang tentang pantun dan stilistik juga ada dibincangkan. Jenis dan binaan ayat dalam bahasa Melayu pula akan dibincangkan dalam bab 2.
Dalam bab 3, dikemukakan analisis jenis-jenis ayat tunggal dan ayat tanya yang terdapat dalam pantun-pantun yang digunakan sebagai korpus. Analisis ini akan diteruskan dalam bab 4 yang akan menghuraikan binaan ayat majmuk. Pencerakinan ayat-ayat melalui rajah pohon telah digunakan supaya sintaksis ayat lebih difahami dengan lebih jelas lagi.
Ulasan dan kesimpulan kajian dibentangkan dalam bab 5 dengan penekanan terhadap kesinambungan bahasa daripada sudut tatabahasa dan gaya bahasa yang wujud dalam korpus. Secara ringkas, dapat dibuktikan dalam kajian ini bahawa ayat-ayat dalam pantun diterbitkan berdasarkan rumus-rumus tertentu yang tetap dan mantap, walaupun pada zahirnya kelihatan berbeza. Ini jelas menunjukan bahawa bahasa Melayu mempunyai sistem tatabahasa yang telah mantap dan mapan, khususnya dalam aspek sintaksis.
Text
Semiosis tanpa had : analisis flora dalam pantun
Abstrak
Penggunaan ikon flora merupakan perkara yang lumrah dalam pembentukan pantun. Masyarkat melayu tradisional memang hidup dalam keadaan harmonis dengan alam, hingga mereka mengganggap alam sebagai "guru' dalam mengharungi kehidupan seharian. Walaupun sudah banyak kajian yang menyentuh tentang bentuk dan fungsi pantun, fungsi penggunaan ikon dalamn pantun sebagai pencetus interpretasi-interpretasi yang khusus dalam minda khalayak atau pendengar pantun masih belum diterokai. Hal ini mungkin berlaku kerana para sarjana tidak memahami sepenuhnya fungsi setiap ikon yang digunakan bagi mewujudkan makna khusus dalam sescbuah pantun. Oleh itu, pencinta pantun zaman ini terlalu mementingkan rima dan ritma dalam pembentukan pantun dan bukan pemilihan ikon; walhal interpretasi-interpretasi daripada ikon-ikon tersebutlah yang memberi maksud sebenar pantun bagi setiap penutur dan pendengarnya. Disertasi ini merupakan usaha untuk mengenal pasti ikon-ikon flora yang digunakan dalam pantun serta fungsinya melalui analisis data primer dan sekunder. Setiap ikon yang digunakan dalam pantun merupakan representamen bagi sesuatu makna yang dapat difahami oleh setiap lapisan masyarakat, sesuai dengan pemahaman kosmologi mereka. Proses mencerakin makna dalam pantun dapat dilihat dengan jelas melalui penggunaan Semiosis Tanpa Had (STH), yang merupakan lanjutan teori semiotik aliran C.S.Peirce (1839-1914) berdasarkan Model Triadik Tanda (MTT). Dalam kajian ini, didapati ikon flora memainkan peranan yang amat dinamis dalam kehidupan masyarakat Melayu tradisional. Ciri dinamis ini membolehkan pemantun menghasilkan ungkapan-ungkapan yang dapat diinterpretasi sepenuhnya berdasarkan pengalaman peribadi khalayak; walaupun pantun itu sebenarnya bersifat umum. Rentetan proses interpretasi yang berlaku dalam sfera kognitif khalayak dapat dirungkai dan sekaligus memberi persepsi yang baharu dan jelas tentang intelck dalam kesempurnaan mereka berbahasa.
Text
Skrip filem terpilih P.Ramlee : bacaan kritik feminis
Abstrak
Kajian ini menganalisis skip filem sebagai satu genre kesusasteraan, seperti juga genre cerpen, novel,puisi dan lain-lain. Skrip filem meliputi pengolahan aspek cerita, tema dan pemikiran, watak dan perwatakan, plot dan gaya bahasa. Namun sehingga kini belum terdapat kajian yang mengaplikasi teori sastera dalam menganalisis skrip filem. Kajian ini memilih skrip filem komedi arahan Seniman Agung P. Ramlee, iaitu Bujang Lapok, Ali Baba Bujang Lapok dan Masam-masam Manis sebagai data kajian. Untuk tujuan analisis, kajian ini menggunakan teori Kritik Feminis bagi membahaskan ciri-ciri stereotaip pada watak-watak wanita dalam skrip filem yang dikaji. Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti isu-isu masyarakat yang berkaitan dengan wanita dalam skrip, untuk menganalisis sikap dan pandangan P. Ramlee sendiri terhadap kedudukan wanita dalam masyarakat menggunakan teori Kritik Feminis, di samping untuk menilai sejauh mana teori Kritik Feminis sesuai digunakan bagi membincangkan isu-isu wanita dalam skrip filem P. Ramlee, terutama daripada genre komedi. Berdasarkan analisis, didapati P. Ramlee adalah seorang seniman beraliran feminis yang mengangkat watak-watak wanita ke satu tahap yang lebih positif melalui skrip filemnya. Kajian ini juga merumuskan bahawa genre komedi adalah medium yang sesuai dan berhasil menyerlahkan kekuatan dan keupayaan wanita mengharungi cabaran semasa dalam masyarakat yang melingkungi mereka pada zaman karya tersebut dihasilkan.
Text
Report
Laporan latihan amali: Jabatan Hal Ehwal Murid, Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan
Laporan Latihan Amali (JEEA 3370), Jabatan Kesusasteraan Melayu, Akademi Pengajian Melayu, UM, 2009
Text
Log Book
Laporan buku log: Jabatan Pelajaran Kelantan, Kota Bharu
Buku log latihan amali, Jabatan Kesusasteraan Melayu, Akademi Pengajian Melayu, UM, 2009
Text
Pengaruh budaya luar dalam sastera Nusantara
Still Image
Permainan Tradisi Melayu
Pesta wau meriahkan Pantai Geting
Content
Pesta wau meriahkan Pantai Geting
Text
keluarga melayu
Rindu seorang ayah: Ramadan jadi sayu selepas kehilangan 3 anak perempuan akibat renjatan elektrik
Text
keluarga melayu
'Adik masih ditidurkan'
Noriza mungkin boleh sedar, tetapi mustahil kembali sihat seperti biasa.
Text
ilmu
sejarah
...1 more
Rakaman wajah Langkasuka dalam pameran seni
Sejarah kerajaan Melayu Langkasuka cukup terkenal dalam kalangan sejarawan,ia disebut dalam sejarah China, India, Eropah, Melayu dan Jawa namun sehingga kini kedudukannya dari segi geografi masih lagi diperdebatkan.
Text
Report
Laporan latihan amali: Bahagian Pemasaran, RTM Kuala Lumpur
Laporan Latihan Amali (JEEA 3370), Jabatan Kesusasteraan Melayu, Akademi Pengajian Melayu, UM, 2009
Text
Log Book
Laporan buku log: Radio Televisyen Malaysia
Buku log latihan amali, Jabatan Kesusasteraan Melayu, Akademi Pengajian Melayu, UM, 2009
Text
Mereka perlu bersopan dan bijaksana bertanggungjawab – Penulis kecewa hasilkan sajak ‘segera’
Text
Siar karya hina pemimpin
Text
Persepsi pengguna terhadap serat tandan sawit ke arah pembangunan produk kraf
Abstrak
Penyelidikan ini membentangkan satu konsep pembangunan material yang berasaskan Persepsi Pengguna Terhadap Serat Tandan Sawit. Objektif utama penyelidikan adalah mengukur tahap persepsi pengguna terhadap penggunaan serat tandan sawit untuk diaplikasikan dalam pembuatan produk kraf. Selain itu, konsep pembangunan material yang dibangunkan, bertujuan bagi memenuhi keperluan pendidikan material dalam bidang seni dan kraf, di peringkat pengajian tinggi tempatan. Penyelidikan ini melibatkan lima (5) pemboleh ubah, iaitu pengetahuan material, pengalaman sensori, kesedaran potensi, penerimaan estetika dan pembangunan produk kraf. Kaedah penyelidikan Mixed Method Sequential Explanatory Design telah digunakan dengan melibatkan dua fasa, iaitu fasa kuantitatif dan fasa kualitatif. Kedua-dua kaedah tersebut bertujuan bagi menghasilkan dapatan yang lebih jelas dan kukuh, disamping memantapkan sokongan kepada hasil dapatan dalam fasa kuantitatif. Kaedah triangulasi data, iaitu pengumpulan data melalui instrumen soal selidik, temu bual dan pemerhatian telah digunakan dalam penyelidikan ini. Responden penyelidikan pula terdiri daripada pelajar seni dan professional dalam bidang kraf dan tekstil.
Dalam penyelidikan ini, data soal selidik yang diperolehi menerusi fasa kuantitatif telah dianalisis secara deskriptif dan inferensi melalui penggunaan perisian SPSS 24.0. Analisis deskriptif dijalankan untuk menilai tahap kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawaian. Manakala analisis inferensi pula, ujian MANOVA, Kolerasi Pearson dan Regerasi Beganda, digunakan untuk mengenal pasti perbezaan, hubungan dan pengaruh antara setiap pemboleh ubah. Seterusnya, fasa kualitatif pula telah melibatkan data yang diperolehi melalui penggunaan instrumen temu bual dan pemerhatian.
Text
Penerbit lacur sastera?
Text
Bangsawan perlu dihidupkan semula
Text
Azmah lahirkan falsafah tinggi dalam berkarya
Text
Elias Mohd bersama Ribut
Text
TEATER
Teater Melayu profesional 2 tahun lagi
Text
Sastera bandingan perlu kesejagatan
Text
Mereka perlu bersopan dan bijaksana bertanggungjawab,:
Penulis kecewa hasikan sajak 'segera'
Text
Memoir dalang wayang kulit
Text
Yusof Ghani kembali dengan siri 'tari'nya
Text
Raden Galoh:...kisah Melayu Nusantara
Text
Dimana lebih dan kurangnya Raden Galoh?
Text
Makyung ...menemui nafas di ASK
Text
Tun Perak ... tidak mengecewakan
Text
Siti Zubaidah peristiwa penting diketepikan
Text
Lagu puisi...DBP perlu ambil kira teguran
Text
Kritikan teater dan ego penggiatnya
Text
Moral perempuan dalam sajak
Text
Festival puisi perancangan perlu lebih teliti
Text
Osman Sensei berbahasa Inggeris
Text
Dokumentari Tun Fatimah
Text
Lantai T. Pinkei jerih zaman perang
Text
Karya Zakaria Belum Selesai...
Text
Utusan, KBS pentaskan Anugerah
Text
Samad isi kekosongan
Text
Bakai arahan U-Wei ala Nusantara
Text
Sungai Mengalir Lesu...selepas Lantai T. Pinkie
Text
Rendra dan Kereta Kencana
Text
Siapa Amir dalam Mencari Syawal?
Text
Cerpen:
Penulis terokai tema baru
Text
Mengkritik penjajah dalam kongress klasik
Text
Harga diri A. Samad Said
Text
Pengaruh budaya luar dalam sastera Nusantara
Text
Novel remaja: Tiga dipilih terbaik
Text
Sastera kaum halangi nasional?sastera
Showing 13201 to 13250 of 19313 results
Page
of 387
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2