Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (19332 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
Keterancaman Melayu dalam era pentadbiran Pakatan Harapan 2018-2020
Abstrak
Kajian ini membincangkan psike keterancaman Melayu menerusi analisis ke atas isu-isu Melayu terancam ketika era pemerintahan Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan. Bagi memahami keterancaman Melayu, konsep pelindung Melayu dan konsep nasionalisme Melayu telah diketengahkan bagi menerangkan epistemologi keterancaman Melayu yang memiliki ciri-cirinya yang khusus. Kajian ini memfokuskan tiga objektif iaitu menganalisis faktor-faktor pendorong keterancaman Melayu dalam era PH, menilai pengaruh elemen konservatisme dalam membangkitkan keterancaman Melayu serta yang terakhir iaitu merumuskan impak keterancaman Melayu terhadap aspek sosial dan politik orang Melayu. Konsep keterancaman dan teori konservatisme telah dipilih dan dijadikan alat analisis dalam kajian ini kerana kedua-dua konsep dan teori tersebut sangat erat dengan psike keterancaman Melayu. Kajian ini menggunakan kaedah pengumpulan data iaitu dari sumber primer dan sekunder bagi mengukuhkan kajian. Kesemua data yang dikumpul kemudiannya dianalisis menerusi model analisis yang telah dibangunkan. Hasil kajian ini memberi indikator bahawa faktor politik dan sosial menjadi pendorong utama kerapa isu-isu keterancaman Melayu yang telah dibincangkan. Hal ini dikukuhkan lagi dengan hasil temu bual yang mendapati, pengaruh konservatisme terhadap psike keterancaman Melayu begitu signifikan apabila informan yang lebih konservatif cenderung lebih berasa terancam berbanding informan yang sederhana konservatif. Kajian ini turut membuktikan bahawa psike keterancaman Melayu telah meninggalkan impak yang cukup besar terhadap aspek sosial dan politik di negara ini. Dapatan-dapatan ini penting dan memberi sumbangan besar dalam kajian melibatkan keterancaman Melayu yang sering melingkari budaya politik Melayu.
Kata Kunci : Budaya politik, keterancaman Melau, Ketuanan Melayu, nasinalisme Melayu.
Text
bibliografi
Hang Tuah
...1 more
Hang Tuah: A Bibliographical Summary
Ringkasan bibliografi yang menghimpunkan pelbagai sumber dan kajian berkaitan tokoh legenda Melayu, Hang Tuah.
Text
Wajarkah guru sastera dipersalahkan?
Text
Wajarkah guru sastera dipersalahkan?
Text
lela
pejuang Melayu
...2 more
Lela dan rentaka adalah meriam yang lebih kecil...
"Lela dan rentaka adalah meriam yang lebih kecil saiznya yang direka cipta dan digunakan oleh orang Melayu pada zaman silam. Lela diperbuat daripada tembaga manakala rentaka daripada besi. Oleh sebab lela diperbuat daripada tembaga maka ia tidak karat meskipun setelah lama terendam dalam air. Selain meriam, lela adalah senjata jarak jauh yang sangat popular digunakan oleh pejuang Melayu pada zaman silam."
Text
batu
besi
...4 more
Meriam adalah senjata berat yang pernah...
"Meriam adalah senjata berat yang pernah digunakan semasa pemerintahan kerajaan Melayu di Nusantara suatu ketika dahulu. Meriam ini diperbuat daripada besi. Pelurunya diperbuat daripada bola besi atau batu."
Text
aksesori
keris
...1 more
Pendokok adalah aksesori keris yang dipakaikan...
"Pendokok adalah aksesori keris yang dipakaikan pada puting sebagai penyambung antara pangkal hulu keris atau buah pinang dengan ganjar pada pangkal bilah mata keris. Tanpanya sebilah keris dianggap tidak sempurna. Pendokok atau juga disebut dokok keris Melayu Semenanjung biasanya diperbuat daripada timah, tembaga, perak atau emas."
Text
bilah mata
keris
...2 more
Batang serunai ialah bahagian yang panjang...
"Batang serunai ialah bahagian yang panjang yang bersambung dengan sampir. Di sinilah tempat tersimpannya bilah mata apabila keris disarungkan. Bagi tujuan menjaga bilah mata khususnya hujung bilah supaya sentiasa tajam dan tidak sumbing, batang serunai selalunya diperbuat daripada kayu yang lebih lembut berbanding sampir."
Text
keris
Melayu Semenanjung
...1 more
Sampir ialah bahagian yang melintang...
"Sampir ialah bahagian yang melintang yang terdapat pada pangkal sarung keris. Bahagian ini disambung kepada batang serunai. Ertinya bahagian ini dibuat secara berasingan daripada bahagian batang serunai."
Text
hulu keris
keris
...1 more
Hulu Pekaka adalah satu lagi jenis hulu...
"Hulu Pekaka adalah satu lagi jenis hulu yang sangat popular dipakaikan kepada keris Melayu Semenanjung. Sama seperti hulu Jawa Demam, hulu ini terdiri daripada tiga bahagian iaitu kepala, badan dan buah pinang."
Text
hulu keris
keris
...2 more
Hulu Jawa Demam adalah hulu yang paling...
"Hulu Jawa Demam adalah hulu yang paling popular yang dipakaikan kepada keris Melayu Semenanjung. Besar kemungkinan hulu ini asalnya berbentuk figura manusia yang berpeluk tubuh. Setelah kedatangan agama Islam, orang Melayu menganut agama suci tersebut dan sangat taat berpegang kepada ajarannya. Agama Islam melarang umatnya daripada menyimpan figura berbentuk makhluk bernyawa khususnya dalam bentuk haiwan atau manusia."
Text
daerah
keris
...2 more
Pakaian keris merujuk kepada hulu, pendokok...
"Pakaian keris merujuk kepada hulu, pendokok dan sarungnya. Pakaian keris ini berbeza mengikut daerah atau negeri keris tersebut diperbuat."
Text
bilah mata
keris
Setiap bilah keris perlu dimandikan dan sentiasa...
"Setiap bilah keris perlu dimandikan dan sentiasa dicuci bagi menjaga bilah matanya. Mandi keris bermaksud proses merendam bilah mata keris dalam larutan beralkali atau berasid lemah. Mencuci keris pula merujuk kepada proses mencuci bilah mata keris tersebut dengan larutan berasid. Keris perlu dimandikan apabila terbentuknya karat besi pada bilah mata."
Text
besi
bilah mata
...2 more
Kerja penempaan bilah mata keris bermula...
"Kerja penempaan bilah mata keris bermula dengan proses memilih besi. Terdapat sekurang-kurangnya dua jenis besi yang digunakan untuk menempa bilah mata keris iaitu besi tawar dan besi baja. Ini akan membentuk bilah tanpa pamor. Bagi bilah berpamor pula, tiga jenis besi diperlukan iaitu besi tawar, besi pamor dan besi baja."
Text
corak
keris
...1 more
Pamor ialah corak garisan, bulatan, lekukan...
"Pamor ialah corak garisan, bulatan, lekukan, hirisan, picitan, atau bintik yang terbentuk pada bilah mata keris. Corak ini terjadi akibat daripada campuran beberapa jenis besi pamor yang ditempa dan dilipat berkali-kali semasa proses penempaan."
Text
besi
keris
...1 more
Keris Melayu secara tradisionalnya ditempa daripada...
"Keris Melayu secara tradisionalnya ditempa daripada sekurang-kurangnya dua jenis besi. Keris yang baik pula ditempa daripada sekurang-kurangnya tujuh jenis besi. Keris Taming Sari dikatakan ditempa daripada 21 jenis besi yang diambil daripada 21 daerah."
Text
kelantan
keris
Debek adalah perkataan dari Pantai Timur Semenanjung...
"Debek adalah perkataan dari Pantai Timur Semenanjung khususnya Kelantan, yang bermaksud tidak sempurna atau tidak cantik. Keris Debek adalah keris yang dibuat dalam keadaan tergesa-gesa. Menurut ceritanya, keris ini dibuat dalam keadaan musuh sudah menyerang dan berada di luar kota. Oleh itu, tidak ada masa untuk mengikir mata keris dengan sempurna."
Text
keris
pengaruh Bugis
...1 more
Keris Semenanjung adalah keris yang diperbuat...
"Keris Semenanjung adalah keris yang diperbuat di kebanyakan negeri atau kawasan di Semenanjung Malaysia. Bilah keris ini menampakkan pengaruh Bugis yang begitu jelas. Ia mempunyai bilah yang tegap, tebal, kukuh dan berat. Pangkal bilahnya agak lebar, dengan lok yang tidak begitu ketara."
Text
keris
orang Bugis
...1 more
Keris Bugis Semenanjung merupakan keris Melayu...
"Keris Bugis Semenanjung merupakan keris Melayu Semenanjung yang dipengaruhi oleh bentuk keris Bugis. Sememangnya orang Bugis banyak mempengaruhi persenjataan orang Melayu di Semenanjung pada zaman silam."
Text
keris
pembesar
...1 more
Keris kuasa adalah keris panjang yang dipegang...
"Keris kuasa adalah keris panjang yang dipegang di tangan. Keris tersebut dibawa sebagai tanda bahawa pemegang atau pemiliknya mempunyai kuasa atau autoriti. Dahulunya dibawa oleh pemerintah iaitu Sultan atau pembesar yang dilantik yakni diberi kuasa oleh Sultan."
Text
istana
keris
...2 more
Dalam majlis istiadat di istana biasanya...
"Dalam majlis istiadat di istana biasanya keris selit dan keris kuasa sahaja yang dibawa, iaitu bagi pembesar atau orang yang berautoriti. Orang yang tidak berautoriti hanya memakai keris selit sahaja."
Text
keris
Berdasarkan fungsi atau kegunaannya, keris boleh dibahagikan...
"Berdasarkan fungsi atau kegunaannya, keris boleh dibahagikan kepada keris selit, keris tarung, keris hukum dan keris kuasa."
Text
bilah mata
keris
...1 more
Bilah mata keris Melayu Semenanjung biasanya...
"Bilah mata keris Melayu Semenanjung biasanya condong sedikit ke kiri, tidak kira sama ada bagi bilah lurus mahupun bilah berlok. Hal ini sengaja dibuat untuk mengelirukan lawan. Dari segi falsafah pula, setinggi manapun darjat manusia itu, mereka tetap perlu tunduk kepada Yang Maha Kuasa."
Text
keris
lok
Kebiasaannya lok genap merupakan bilah...
"Kebiasaannya lok genap merupakan bilah terakhir yang ditempa seseorang empu. Maksudnya tiada lagi bilah yang akan ditempanya selepas ini, mungkin kerana sudah terlalu tua dan tiada kudrat lagi, atau sudah uzur dan tidak sihat untuk menempa. Justeru biasanya dimasukkan segala ilmu kepandaian empu tadi dalam bilah terakhir ini."
Text
keris
lok
...1 more
Bilah mata keris Melayu Semenanjung...
"Bilah mata keris Melayu Semenanjung ada yang lurus dan ada yang berlok. Bilah yang lurus dipanggil sepukal. Lok merujuk kepada keadaan bengkang-bengkok pada bilah mata keris."
Text
ganjar
keris
Ganjar keris ialah pangkal mata yang...
"Ganjar keris ialah pangkal mata yang bersambung ke puting. Terdapat tiga jenis ganjar iaitu ganjar tumpang, ganjar iras dan ganjar seiras."
Text
keris
Melayu Semenanjung
...1 more
Dari segi luarannya keris Melayu Semenanjung...
"Dari segi luarannya keris Melayu Semenanjung terdiri daripada hulu, pendokok, sampir, batang serunai dan buntut atau kasut."
Text
Hang Tuah
keris
...3 more
Menurut cerita, Hang Tuah telah dicabar menunjukkan ketangkasan...
"Menurut cerita, Hang Tuah telah dicabar menunjukkan ketangkasan bertarung dengan pendekar Majapahit tersebut. Dalam pertarungan tersebut Hang Tuah akhirnya menang dan berjaya membunuh lawannya. Raja Majapahit menghadiahkan keris Taming Sari kepada Hang Tuah. Keris itulah digunakan oleh Tuah untuk mempertahankan Sultan dan kerajaan Melaka daripada digugat musuh."
Text
keris
Taming Sari
...1 more
Keris Taming Sari merujuk kepada keris yang...
"Keris Taming Sari merujuk kepada keris yang dimiliki oleh Taming Sari, seorang pendekar yang hebat dan tersohor pada zaman Majapahit."
Text
keris
luar Jawa
...1 more
Keris yang dihasilkan di tanah Jawa dipanggil...
"Keris yang dihasilkan di tanah Jawa dipanggil keris Jawa. Sementara itu, keris yang dihasilkan di luar Jawa dipanggil keris luar Jawa. Keris luar Jawa ini termasuklah keris Bugis, keris Sumatera, keris Semenanjung, keris Kalimantan dan keris Bali-Lombok."
Text
candi
keris
...2 more
Ukiran pada dinding candi-candi yang dibina...
"Ukiran pada dinding candi-candi yang dibina pada zaman Majapahit memaparkan figura yang memegang sejenis senjata berbentuk keris lurus dan lebar, yang kini disebut keris Buda atau Bethok. Maka para pengkaji berpendapat bahawa pada era tersebutlah bermulanya orang Melayu mencipta dan menggunakan keris."
Text
India
Jakarta
...1 more
Melawat ke India
Merupakan kenangan di tahun 1951-1953 ketika melawat di India
Text
masyarakat Melayu
sejarah ekonomi
Commerce and Social Change Among Nusantara Malays
Jurnal ini membincangkan bagaimana kegiatan perdagangan di Nusantara mempengaruhi perubahan sosial dalam kalangan masyarakat Melayu, termasuk struktur ekonomi dan hubungan budaya. Ia menyorot peranan pedagang Melayu dalam membentuk identiti serta dinamik sosial rantau tersebut.
Text
Pembinaan insan menerusi pendekatan kerohanian Islam : satu tinjauan terhadap pendekatan inabah dalam memulihkan penagih dadah dan menyelesaikan masalah kenakalan remaja di Malaysia
Penagihan dadah dan kenakalan remaja merupakan penyakit sosial di alaf baru yang semakin membimbangkan...
Text
sastera Melayu
Ayat-ayat pasif songsang dalam teks-teks syair lama
Abstrak
Kajian terapan ini cuba menghubungkan beberapa rumus tatabahasa dengan sintaksis pasif songsang Bahasa Melayu yang terdapat dalam syair. Tujuan asas kajian ini inilah membuktikan bahawa sintaksis syair merupakan manipulasi pola-pola ayat yang sedia ada dalam bahasa Melayu itu sendiri dan bukanlah bahasa terasing dalam masyarakat Melayu.
Tumpuan yang diberikan bagi peninjauan ini berfokuskan aspek sintaksis pasif songsang bahasa Melayu. Kajian ini menggunakan rangka Tatabahasa transformasi Generatif Model Analisis.
Bab 1 Membincangkan metodologi, tujuan, batas, kaedah dan pemilihan bahan korpus untuk kajian ini. Resensi literatur serta latar belakang tentang syair dan stilistik juga akan dibincangkan. Jenis dan binaan ayat pasif songsang dalam bahasa Melayu pula akan dibincangkan dalam bab 2.
Dalam bab 3, dikemukakan ayat-ayat yang digunakan dalam syair korpus. Analisis ini diteruskan dalam bab 4 yang menghuraikan binaan ayat pasif songsang yang terdapat dalam syair. Pencerakinan ayat-ayat melalui rajah pohon digunakan supaya sintaksis ayat akan lebih difahami dengan lebih jelas lagi.
Ulasan dan kesimpulan kajian dibentangkan dalam bab 5 dengan penekanan terhadap kesinambungan daripada sudut tatabahasa dan gaya bahasa yang wujud dalam korpus. Secara ringkas, dapat dibuktikan dalam kajian ini bahawa ayat pasif songsang diterbitkan berdasarkan rumus-rumus tertentu yang tetap dan mantap, walaupun pada zahirnya kelihatan berbeza. Ini jelas menunjukkan bahasa Melayu mempunyai sistem tatabahasa yang telah mantap dan mapan, khususnya dalam aspek sintaksis.
Text
persefahaman jamin kebahagiaan keluarga
Penulisan karya Melayu klasik abad ke-17
" Pada abad ke-17 tradisi penulisan fiqh Melayu mula berkembang di Aceh dan kawasan sekitarnya."
Karya Melayu klasik
" Dalam pengalaman ajaran islam, masyarakat Melayu tidak mempunyai rujukan kitab fiqh khusus, sebaliknya amalan mereka berpandukan kepada amalan praktikal yang dilakukan..."
Text
Tembikar Tradisional Melayu, Rujukan Khas Kepada Tembikar Sayong
Text
sayong
tembikar
Tembikar Tradisi Melayu: Dengan Rujukan Khas kepada Tembikar Sayung
Kertas projek ini adalah membicarakan tentang Tembikar Tradisional Melayu, sejak dari ia digunakan pada zaman permulaan tamaddun manusia sehingga sekarang. Ia dilihat daripada beberapa aspek iaitu aspek sejarah tembikar, aspek teknologikal, sosiologikal dan juga cabaran yang akan ditempuhi oleh tembikar pada masa akan datang.
Text
jata kelantan
lambang negeri
...2 more
The Kelantan Coast of Arms
Membincangkan jata negeri Kelantan, termasuk asal usul, elemen-elemen dalam reka bentuknya, serta makna simbolik di sebalik setiap lambang. Artikel ini menerangkan bagaimana jata tersebut mencerminkan identiti, sejarah, dan nilai-nilai tradisional negeri Kelantan. Ia juga menyentuh tentang pengaruh Islam dan sistem pemerintahan beraja dalam pembentukan jata tersebut, serta evolusi reka bentuknya dari masa ke masa.
Text
remaja
Tidak ada pelatih yang tidak baik melainkan jurulatih tidak baik
Text
Sejarah perkembangan perkhidmatan kesihatan di Malaysia sebelum dan selepas Merdeka
SEBELUM MERDEKA
1. Sebelum kedatangan Inggeris ke Tanah Melayu penduduk tempatan menggunakan cara tradisional iaitu menggunakan bomoh, dukun atau bidan kampung untuk mengubati penyakit atau masalah mereka...
Text
remaja
Satu muka setahun?
Text
remaja
Sumbang yang tidak menyumbangkan
Text
Realiti dan cabaran wartawan serumpun dalam membina hubungan Malaysia-Indonesia
Membina hubungan Malaysia-Indonesia sebagai negara serumpun dapat dlaplikasikan melalui media yang digunakan sebagai platform dalam mengekspresikan pemikiran-pemikiran yang lahir daripada seluruh lapisan masyarakat...
Text
Peranan Akhbar dan Wartawan dalam perjuangan dan pengisian Kemerdekaan Malaysia
Umumnya para pengkaji sejarah Malaysia meletakkan permulaan gerakan kebangsaan Malaysia pada tahun 1906...
Text
Pendidikan seni budaya dan warisan - satu gagasan dan perjuangan
Disiplin Sains Sosial amat penting dijadikan panduan untuk kita menjalankan penyelidikan berkaitan warisan seni budaya, politik, agama dalam sesuatu masyarakat...
Adat Perkahwinan Melaka: Himpunan Perbilangan dan Pantun
"Adat Temenggung dan Adat Pepatih ini telah lama bertapak maka ia sedikit sebanyak telah mempengaruhi adat istiadat Melayu khususnya di negeri Melaka."
Busana Melayu Serumpun
"Busana dan aksesori dalam budaya persembahan dan seni tarian merupakan perkara yang menentukan ketertarikan sesebuah persembahan."
Showing 18851 to 18900 of 19332 results
Page
of 387
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2