Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (16337 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Item Type: Text
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
economy
orang asli
...1 more
The JHEOA goal in regroupment schemes is to...
"The JHEOA goal in regroupment schemes is to foster cash-crop arboriculture. The favored crop is rubber, though the price of rubber is generally low and subject to wild variations depending on world market demand. probably the Department continues to favor rubber because it requires little skill to grow and process, needs minimal equipment, and fits Departmental expertise."
Text
Ekonomi
orang asli
...1 more
Contrary to the claims of some government officials, Orang Asli are not against...
"Contrary to the claims of some government officials, Orang Asli are not against development. The Semai who held logs hostage in Pahang wanted development (a road, piped water, electricity), not money. The Temuan in Negeri Sembilan who applied for a license to log their reserve wanted to use the profits to invest in rubber and durian orchards. Left to their own devices, Orang Asli welcome development, provided that it is on their terms and meets at least some of their needs."
Text
development
economy
...1 more
For Orang Asli, the benefits of developing golf courses and resorts are...
"For Orang Asli, the benefits of developing golf courses and resorts are indirect at best. It takes two or three hundred workers to build a golf course. but only about forty to run it, fewer if it is mechanized. A few Semai with the equivalent of a high school diploma have jobs at resorts in the Cameron Highlands. In general, however, these jobs are no better than the ones they replace: occasional labor as rural proletarians collecting forest products or working in the fields."
Text
eksport
orang asli
The harshest activity with the harshest impact on Orang Asli is...
"The harshest activity with the harshest impact on Orang Asli is logging, a prerequisite to most development projects. Although Malaysia is well known for its export of manufactures, palm oil, rubber, and tin, the two exports which made in the most money in the 1980s were oil and timber. Malaysia's reputation for reckless destruction of rainforest stems largely from its activities in Sabah and Sarawak, which are beyond the scope of this report."
Text
asimilasi
Melayu
...1 more
In the late 1970s, however, the government began a program for converting all Orang Asli to...
"In the late 1970s, however, the government began a program for converting all Orang Asli to Islam (JHEOA 1983; Mohd Tap 1990:228; see Chapter 5). This reflected a shift in the government's goal from integration to asimilation, which would result in Orang Asli being absorbed into the Malay Population."
Text
orang asli
perlembagaan negara
The Federal Constitution (Malaysian Government 1982) recognizes Orang Asli as...
"The Federal Constitution (Malaysian Government 1982) recognizes Orang Asli as citizens, who, in theory, are guaranteed the same rights as all other citizens. These rights include equal treatment before the law, equal access to public education, equal right to own property, freedom of speech and peaceful assembly, and freedom to form associations."
Text
cina
history
...3 more
In December 1941 the Japanese invaded the Peninsula and occupied it until 1945. During that period most Orang Asli...
"In December 1941 the Japanese invaded the Peninsula and occupied it until 1945. During that period most Orang Asli retreated into the forest and avoided contact with the outside world. They shared the forest with the Malayan Peoples Anti-Japanese Army (MPAJA), a Communist-dominated guerrilla force that formed the only effective resistance to the Japanese occupiers. The MPAJA, mostly Chinese, received support from Chinese squatters and villagers, who the Japanese treated cruelly."
Text
kepimpinan
orang asli
...1 more
Like other southern Orang Asli, Temuan have an ellaborate village political hierarchy, with seven...
"Like other southern Orang Asli, Temuan have an ellaborate village political hierarchy, with seven ranked leadership positions: batin, pemangku, jekara, jenang, penghulu balai, menteri, and panglima. The batin ("headman"), a male elder, has the most authority and prestige."
Text
development
orang asli
About 40 percent of Orang Asli today are rural peasants, not...
"About 40 percent of Orang Asli today are rural peasants, not deep forest dwellers. That percentage will increase as logging, "development," and forced "regroupment" advance into the interior. These people have economies partially devoted to subsistence and partially to supplying commodities and labor to the market economy."
Text
kepercayaan
orang asli
To maintain good relations with the superhumans, Batek...
"To maintain good relations with the superhumans, Batek communicated with them regularly through singing sessions in which shamans might go into trance and send their shadow-souls to visit the superhumans. At the beginning and end of fruit seasons, people built low platforms of tree bark on logs, covered by a huge lean-to-roof of thatch. There they sang to the superhumans, first, to ask for abundant fruit and, later, to thank them for sending it."
Text
cina
economy
...1 more
Orang Asli contact with Chinese is largely...
"Orang Asli contact with Chinese is largely economic. They sometimes sell products to Chinese middlemen, work in Chinese enterprises like tea estates, and buy things from Chinese shops. The only credit available to most Orang Asli is that which Chinese extend to people who work for or trade with them. Despite some exploitation, there is enough mutual benefit that business relationships between Chinese and Orang Asli are common throughout the Peninsula."
Text
development
economy
...1 more
The people who have lost the most from development in Peninsular Malaysia, however, are...
"The people who have lost the most from development in Peninsular Malaysia, however, are Orang Asli, the "original people" or "aborigines." Orang Asli have not only been left behing in the rising prosperity of the nation, their economic condition has deteriorated. They have been transformed from economically independent food and commodity producers to landless wards of the state, confined more and more to dusty regroupment villages where they eke out a living from casual wage-labor, rubber-tapping, and collecting rapidly dwindling supplies of forest produce for sale. This has happened despite the fact that a special government agency concerned with their welfare, the Department of Aboriginal Affairs (JHEOA), has existed since 1954."
Text
Kajian teks Hikayat Melayu versi Tengku Said
Abstrak
Muhammad Yusoff Hashim (1998) telah memberikan judul Hikayat Melayu versi Tengku Said kepada teks yang dikaji ini. Objektif utama kajian adalah untuk melihat hukum kepengarangan abad ke-19, iaitu melihat berdasarkan peranan pencerita, kedua untuk melihat teks sebagai genre sintesis dan cermin. Dan ketiga untuk melihat penentuan-penentuan sosial yang mempengaruhi proses kepengarangan berdasarkan persoalan-persoalan Sosiologi Sastera. Hikayat Melayu adalah teks sastera sejarah yang lahir pada abad ke-19. Bidang sosiologi pengarang Melayu tradisional abad ke-19 akan dilihat berdasarkan panduan objektif yang telah ditetapkan. Sebagai sebuah teks sintesis dan cermin, teks ini dilihat mememui fungsinya sebagai sebuah teks yang menampilkan petunjuk-petunjuk moral untuk generasi masa depan melalui peranan pencerita sebagai ‘’dagang’’.
Text
Oksidentalisme dalam sastera Melayu sejak sebelum merdeka hingga era Mahathir Mohamad
Abstrak
Kajian ini menganalisis Imej Barat (occident) dalam sastera Melayu sejak sebelum Merdeka sehingga era Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad berdasarkan perspektif kritikan pascakolonial. Tanpa membataskan satu-satu genre tertentu, pemilihan teks untuk dianalisis dibuat berdasarkan kandungannya yang dominan mewancanakan Barat. Sebelum memperoleh teks tersebut, sejarah perkembangan sastera oksidentalisme dikaji, merangkumi teks sastera tradisional sejak sebelum munculnya sastera moden sehingga era Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad pada awal abad ke-21. Zaman sebelum Merdeka dipecahkan kepada era sastera naungan kolonial, era kesedaran ekonomi dan sosial, dan era kesedaran politik; zaman selepas Merdeka dipecahkan kepada era Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman, era Perdana Menteri Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn, dan era Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad. Dengan membataskan sastera moden sahaja untuk analisis terperinci, teks yang dianalisis bagi zaman sebelum Merdeka ialah Kisah Pelayaran Abdullah, Hikayat Abdullah, novel Faridah Hanom, Iakah Salmah?, Mencari Isteri, Puteri Gunung Tahan; cerpen ‘’Hujan Emas di-Negeri Orang,’’ ‘’Budak-budak Main Seldadu,’’ dan ‘’Kejadian dalam Estet’’.
Text
Penjagaan kesihatan masyarakat Melanau Islam Kampung Jepak, Bintulu, Sarawak
Abstrak
Kajian ini adalah kajian etnografi kesihatan. Fokus kajian ialah amalan penjagaan kesihatan dalam kalangan masyarakat Melanau. Melalui kajian etnografi ini dapat difahami tentang ‘worlview’ dan amalan-amalan yang dilakukan utuk penjagaan kesihatan. Kesihatan boleh dijaga dan dipelihara supaya kekal, justeru masyarakat ini sentiasa prihatin dalam penjagaan mereka. Prinsip asas penjagaan kesihatan masyarakat Melanau adalah bertujuan untuk meningkatkan taraf kesihatan dan mengelak penyakit. Prinsip inilah yang menjadi landasan kepada amalan-amalan yang mereka lakukan. Kajian menunjukkan bahawa amalan penjagaan kesihatan mereka masih bersifat tradisi dan bergantung kepada sumber alam semula jadi. Amalan penjagaan kesihatan yang lazim diamalkan ialah melalui pemakanan dan penggunaan tumbuh-tumbuhan. Amalan pemakanan dan penggunaan tumbuh-tumbuhan terus bekembang dan diamalkan sehingga hari ni kerana ia dipengaruhi oleh adat, nilai kepercayaan, pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang diwarisi oleh mereka. Kedua-dua ini mampu mengatasi kesihatan masyarakat Melanau, malah mereka yakin dan percaya akan keberkesanan kedua-dua perlakuan penjagaan kesihatan tersebut. Ini memperlihatkan bahawa amalan penjagaan kesihatan masyarakat tidak bebas daripada pengaruh budaya mereka. Kaedah penjagaan kesihatan ini sewajarya diketengahkan sebagai asas model penjagaan kesihatan altenatif di Malaysia.
Text
Penjagaan kesihatan wanita Melayu Kampung Selarong, Perak
Abstrak
Kajian ini dibuat ke atas sekumpulan wanita Melayu luar bandar di sebuah kampung di Perak bagi mengetahui amalan penjagaan kesihatan yang dilakukan oleh mereka. Kajian ini cuba mengupas perlakuan kesihatan wanita Melayu serta peranan budaya di dalam mempengaruhi amalan penjagaan kesihatan mereka. Pendekatan yang digunakan di dalam menghasilkan penyelidikan ini ialah dengan menggunakan kaedah antropologi kesihatan di mana pemerhatian turut serta dan kaedah temubual mendalam dilakukan bersama wanita Melayu luar bandar yang dikaji. Fokus kajian ini ialah perlakuan penjagaan kesihatan yang dilakukan secara berulang-kali dan berterusan oleh wanita Melayu luar bandar untuk menjaga kesihatan mereka, termasuklah amalan kebersihan harian, senaman, urutan, amalan pemakanan serta penggunaan pantang-larang pada petua di dalam mengekalkan kesihatan mereka.
Text
Cerita rakyat Melayu : analisis dari aspek komunikasi dua hala
Abstrak
Kajian ini menumpukan penelitian cerita-cerita rakyat Melayu yang diperolehi menerusi Penglipur Lara Ali Badron bin Hj Sabor. Kajian ini berdasarkan bahan sastera rakyat, penganalisian dilakukan dengan menggabungkan jalin beberapa teori yang bersifat saintifik Teori Komunikasi, Teori Interaksionisme dan Teori Kecerdasan Pelbagai.
Keseluruhan kajian ini bersandar pada andaian pengkaji bahawa sudah tiba ketikanya tinjauan mengenai sastera rakyat Melayu lakukan seiringan dengan teori-teori yang bersifat sistematik. Sehubungan itu, hala tuju penyelidikan sastera rakyat wajar diubah agar tidak lagi berada di ruang lingkup ilmu yang terbatas Paradigma sebegini mampu memperkembangkan dunia penyelidikan sastera rakyat Melayu ke arena antara bangsa.
Text
Perkembangan istilah matematik dan sikap pengguna
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk melihat perkembangan istilah matematik bahasa Melayu dan mengenal pasti sikap pengguna terhadap istilah tersebut. Kajian dilakukan dengan membandingkan 50 istilah yang terdapat dalam buku istilah Fizik, Hisab dan Kimia (IFHK, 1968) dengan istilah yang terdapat dalam buku istilah Matematik untuk Sekolah-sekolah Malaysia (IMSSM, 2003). Istilah yang berubah kemudian dianalisis denga menggunakan kaedah analisis komponen makna. Seterusnya, kajian lapangan dilakukan dengan menggunakan instrumen soal selidik untuk melihat penerimaan penggunaan terhadap istilah tersebut. Sejumlah 122 responden dilibatkan dalam kajian yang terdiri daripada 109 tenaga pengajar, 7 pegawai kementerian, dan 6 editor. Selain itu, sikap penggubal istilah dilihat berdasarkan istilah yang dicipta oleh mereka.
Text
orang asli
technology
Pengenalan kepada teknologi di kalangan masyarakat Orang Asli pada...
"Pengenalan kepada teknologi di kalangan masyarakat Orang Asli pada masa kini telah membawa perubahan dan kemajuan besar dalam pembentukan satu komuniti yang maju setanding dengan masyarakat lain di Malaysia. Antara elemen penting dalam pemodenan ialah wujudnya penggunaan bahan tenaga seperti elektrik. Dengan wujudnya banyak kekangan kemudahan dan modal, penggunaan janakuasa dan sistem solar dikenalpasti sebagai sumber tenaga elektrik yang kini digunapakai di kawasan pedalaman hutan sekitar Banjaran Titiwangsa, Pahang."
Text
orang asli
Pendidikan
Setiap sekolah di perkampungan Orang Asli dibekalkan dengan guru-guru...
"Setiap sekolah di perkampungan Orang Asli dibekalkan dengan guru-guru terlatih daripada KPM. Setakat ini, atas faktor keselamatan dan kesesuaian, hanya guru-guru lelaki sahaja yang dihantar dan mereka merupakan lepasan maktab pergurusan. Guru-guru ini pula datangnya dari pelbagai negeri dan majoritinya adalah Melayu. Selain itu, keutaamaan juga diberikan kepada guru-guru daripada kalangan masyarakat Orang Asli sendiri untuk menjadi guru di sini."
Text
kepercayaan
kristian
...1 more
Hanya penduduk Kampung Lanai sahaja yang menganuti agama...
"Hanya penduduk Kampung Lanai sahaja yang menganuti agama Kristian di sepanjang laluan Jerry '02. Mereka telah dikristiankan tiga tahun lalu oleh seorang mubaligh Kristian. Mereka menyertai kristian secara beramai-ramai. Sebelum menganuti agama Kristian mereka mengamalkan kepercayaan animisme dan berpegang teguh kepada kepercayaan nenek moyang mereka sahaja. Terdapat 108 orang penganut agama Kristian di kampung ini dan lebih 40 orang terdiri daripada orang dewasa."
Text
infrastruktur
orang asli
...1 more
Masyarakat Orang Asli sangat mengharapkan...
"Masyarakat Orang Asli sangat mengharapkan kemudahan infrastruktur sampai ke kampung mereka. Mereka mahu pihak kerajaan menyediakan prasarana-prasarana seperti jalan raya, kemudahan telefon dan sebagainya yang dapat memperbaiki kehidupan mereka. Sekiranya kemudahan infrastruktur ini dapat dipertingkatkan, sudah tentu kehidupan mereka bertambah baik."
Text
Ekonomi
orang asli
Sebahagian besar penduduk di perkampungan Orang Asli di...
"Sebahagian besar penduduk di perkampungan Orang Asli di sepanjang laluan balak dan denai bermula dari Kuala Boh sehingga ke Kuala Medang menjalankan aktiviti memancing dan pemburuan. Mereka memancing di sungai-sungai berhampiran seperti di Sungai Koyan untuk dijadikan bahan makanan. Antara peralatan yang digunakan untuk memancing adalah peralatan tradisional seperti bubu, lukah/jala. Jenis ikan yang bhiasa mereka peroleh adalah baung, kealh dan sebagainya."
Text
orang asli
perkahwinan
Mengikut adat lama, ada di antara mereka telah ditentukan jodohnya sejak...
"Mengikut adat lama, ada di antara mereka telah ditentukan jodohnya sejak dari kecil melalui ikatan pertunangan. Bagi pertunangan yang dilakukan semasa kecil lagi, biasanya berlaku di kalangan keluarga dan saudara mara yang rapat. Terdapat juga pasangan yang berkahwin campur iaitu percampuran antara dua suku kaum. Jika keadaan ini berlaku, pihak lelaki akan memasuki suku kaum perempuan. Sebagai contoh, jika pihak perempuan dari suku kaum Semai, suami dan anak-anaknya juga akan menjadi suku kaum Semai. Pemilihan calon menantu adalah berdasarkan kepada kriteria tertentu. Bagi memilih calon menantu lelaki, lelaki tersebut hendaklah rajin dan kuat bekerja, pandai membuat rumah, bijak menjerat binatang, pandai menangkap ikan, boleh membuat nyiru serta pandai mengasap kemenyan sekiranya anaknya demam atau sakit. Manakala bagi menantu perempuan pula mestilah rajin ke ladang menggali ubi, rajin mengutip sayur, memasak nasi, mencari kayu api, pandai menganyam tikar, boleh menampi padi serta bijak mengendalikan rumah tangga."
Text
Ekonomi
Kewangan
...2 more
Kebanyakan Orang Asli di sini bekerja dengan...
"Kebanyakan Orang Asli di sini bekerja dengan jabatan kerajaan seperti Jabatan Kerja Raya; Jabatan Bomba dan beberapa jabatan lain. Selain itu, mereka juga bekerja dalam industri pelancongan dan sesetengahnya pula mula mengambil peluang untuk membuka tanah pertanian secara komersial. Terdapat juga Orang Asli yang bekerja di Kilang Boh bersama-sama dengan warga India, Nepal dan Bangladesh. Kebanyakan Orang Asli bekerja hanya untuk tujuan sara diri walaupun bekerja di sekitar Tanah rata. Apa yang dimaksudkan di sini ialah, gaji yang mereka perolehi untuk bulan tertentu akan dihabiskan dalam masa beberapa hari sahaja, tidak untuk tujuan simpanan bagi persediaan masa tua."
Text
cina
Melayu
...1 more
Sepanjang laluan antara Robinson Fall sehingga Kuala Medang, tidak terdapat penempatan orang Cina kerana...
"Sepanjang laluan antara Robinson Fall sehingga Kuala Medang, tidak terdapat penempatan orang Cina kerana kawasan tersebut adalah kawasan pedalaman yang didiami oleh Orang Asli. Namun begitu, kadangkala orang Cina akan masuk ke kawasan tersebut atas beberapa urusan contohnya jual beli dan sebagainya. Kuala Medangh merupakan satu kawasan tanah rendah yang menjadi tumpuan kepada kebanyakan penduduk Orang Asli di pedalaman. Majoriti kaum di sini adalah masyarakat Melayu. "
Text
alam sekitar
orang asli
...1 more
Sungai yang menjadi nadi kehidupan kepada masyarakat Orang Asli di...
"Sungai yang menjadi nadi kehidupan kepada masyarakat Orang Asli di kawasan ini juga turut tercemar terutamanya dari Sungai telum ke Kuala Medang. Pencemaran ini berpunca dari pembangunan dan kegiatan pertanian di bahagian atas Cameron Highlands yang mengakibatkan struktur tanah bukit tersebut mengalami hakisan dan jatuh ke dalam sungai. Keadaan ini menyebabkan air sungai berwarna coklat kemerahan seperti 'air teh susu' yang agak pekat. Ia menjejaskan keindahan sungai tersebut dan menggugat potensi pelancongan yang ada padanya. Sungai-sungai di kawasan ini direntangi dengan jambatan atau titi yang diperbuat daripada buluh dan rotan yang tidak kuat struktur binaanya untuk menjadi laluan penduduk dan pelancong yang datang ke kawasan ini."
Text
maksud
orang asli
Carey (1976) mentakrif 'asli' adalah daripada perkataan...
"Carey (1976) mentakrif 'asli' adalah daripada perkataan Arab iaitu Asali atau Original. Semasa pemerintahan British Orang Asli di panggil Sakai, manakala orang Inggeris memanggil masyarakat Orang Asli sebagai aborigines. Menurut Jasman Ahmad dan Rosnah Ramli (1997), istilah aborigines lebih membawa makna sebagai masyarakat mundur, primitif dan masih tidak membangun. Kerajaan Malaysia telah menukar istilah tersebut kepada Orang Asli yang lebih menjurus kepada kehidupan yang moden dan tidak menyentuh sikap negatif masyarakat tersebut."
Text
Ekonomi
kemiskinan
...2 more
Kajian mendapati bahawa aspek kemampanan yang dinyatakan pada set penunjuk sebenarnya sudahpun diamalkan oleh komuniti Orang Asli di...
"Kajian mendapati bahawa aspek kemampanan yang dinyatakan pada set penunjuk sebenarnya sudahpun diamalkan oleh komuniti Orang Asli di kawasan kajian sejak dahulu lagi. Walau bagaimanapun, terdapat amalan semasa yang mapan dan ada yang tidak mapan, tetapi yang pastinya ialah komuniti Orang Asli tidak mahu terus hidup dalam keadaan yang serba daif dan kekurangan. Penglibatan mereka dalam kegiatan ekonomi hanya terbatas kepada sektor tenaga buruh yang menawarkan upah yang rendah sehinggakan tidak mampu menarik mereka keluar daripada cengkaman kemiskinan dan kemelaratan hidup."
Text
moden
orang asli
...2 more
Berdasarkan input daripada hasil analisis, kajian literatur, dan perbincangan dengan penduduk...
"Berdasarkan input daripada hasil analisis, kajian literatur, dan perbincangan dengan penduduk tempatan, penulis mencadangkan satu bentuk kerangka strategi pembangunan yang menitikberatkan penerapan unsur serta amalan semasa yang mapan terhadapt cadangan strategi pembangunan, sebagaimana terkandung dalam agenda utama pembangunan masyarakat Peribumi dan Orang Asli pada peringkat antarabangsa. Walau bagaimanapu, hasil daripada kajian menunjukkan bahawa pengamalan ilum pengetahuan tradisional sahaja adalah tidak cukup dalam memastikan sesebuat komuniti itu kekal mapan. Dengan itu, amalan kemapanan daripada ilmu pengetahuan tradisional dan pendekatan moden terutama dalam bidang sosioekonomi perlu disepadukan demi mewujudkan sebuah komuniti Orang Asli yang mapan."
Text
kepercayaan
orang asli
Dari segi budaya hidup, komuniti Orang Asli di kawasan kajian masih...
"Dari segi budaya hidup, komuniti Orang Asli di kawasan kajian masih mepertahankan kepercayaan terhadap semangat yang berkaitan rapat dengan unsur alam semula jadi dan kuasa ghaib. Kepercayaan ini ialah warisan yang diterima dan diamalkan secara turun-temurun. Persoalan sekarang, bagaimanakah aspek sosiobudaya dan kepercayaan dalam komuniti wujud dan berkembang? Menurut Penghulu Karim bin Busu, kehidupan nenek moyang sebagai pengembara di hutan banyak mengajar mereka tentatng erti keperitan hidup dalam mencari rezeki yang hanya bergantung kepada sumber hutan dan tanah untuk bercucuk tanam. Mereka percaya bahawa setiap benda yang wujud bersama-sama mereka mempunyai semangat atau roh, dan mereka perlu menghormati unsur tebabit demi membentuk kehidupan yang harmoni."
Text
Isu
orang asli
...1 more
Berdasarkan temu bual dengan...
"Berdasarkan temu bual dengan Guru Besar Sekolah Kebagsaan Pos Kuala Mu, Hj. Ahmad bin Mohd. Saad (51 tahun) yang bertugas lebih 10 tahun di situ, sesungguhnya minat belajar di kalangan anak Orang Asli masih berada pada tahap yang kurang memuaskan, walaupun menunjukkan sedikit peningkatan berbanding ketika beliau mula bertugas di sekolah tersebut pada tahun 1991. Kepincangan ini turut didorong oleh faktor persekitaran, misalnya ibu bapa yang tidak begitu mengambil berat tentang perkara yang berkaitan dengan pelajaran serta tiada tekanan atau desakan untuk berubah. Cara hidup yang masih tertumpu kepada hutan untuk menampung keperluan hidup mendorong ramai anak Orang Asli berhenti sekolah lebih awal untuk mengikut bapa mereka pergi ke hutan bagi mencari rotan atau membantu mengusahakan ladang ubi dan padi bukit."
Text
Puisi-puisi Dharmawijaya : kajian teori pengkaedahan Melayu dan estetika
Abstrak
Kajian ini meneliti puisi-puisi Dharmawijaya penerapan gabungan Teori Pengkaedahan Melayu dan Teori Estetika. Dari Teori Pengkaedahan Melayu, penerapan kajian menjurus kepada Pendekatan Gunaan, Pendekatan Moral dan Pendekatan Firasat yang berada dalam kelompok Pengkaedahan Alamiah. Melalui Teori Estetika pula penerapan kajian lebih menjurus kepada unsur Pengalaman Estetika dan unsur Sikap Estetika yang berada dalam bahagian Persepsi Estetika, dan unsur-unsur gaya bahasa.
Bagi mencapai objektif kajian ini, aspek yang ditinjau ialah pemikiran yang lebih tertumpu kepada hubungkait sosialisasi masyarakat dengan objek-objek alam fizikal yang ada disekeliling kehidupan mereka. Hubungan mempengaruhi perasaan dan kreativiti. Unsur gunaan dan moral diteliti bersumberkan hubungan rapat antara masyarakat dengan alam dapat memberi kesan kepada pemikiran Dharmawijaya. Kajian turut menitikberatkan lapisan makna yang terdapat pada unsur alam kerana puisi-puisi Dharmawijaya perlu dibuat tanggapan untuk menterjemahkan makna-makna yang sebenar yang banyak melibatkan perihal kemanusiaan. Kajian terhadap pemikiran Dharmawijaya ini juga untuk melihat unsur-unsur estetika kerana puisi-puisi yang dihasilkan bersumberkan pengalaman dan sikap penyair.
Text
Paras fertiliti penduduk Melayu di Semenanjung Malaysia
Abstrak
Objektif pertama tesis ini adalah untuk melihat hubungan di antara dua Variable Pertengahan (Intermediate Variables), iaitu umur kahwin pertama dan pengalaman perancangan keluarga dan fertiliti dalam kalangan penduduk Melayu di Semenanjung Malaysia. Objektif kedua adalah untuk menguji hubungan variable penjelasan (explanatory variables) seperti; etnik. Paras pendidikan, umur, kawasan, strata, negeri, pendapatan, status pekerjaan, industri dan status pekerjaan sebelum kahwin dengan kedua-dua variable pertengahan tersebut.
Dengan menggunakan kaedah ujian ANOVA sehala, didapati bahawa umur kahwin pertama dan pengalaman perancangan keluarga mempunyai hubungan yang signifikan dengan fertiliti bagi kaum Melayu, Cina dan India di Semenanjung Malaysia.
Dengan menggunakan kaedah Regresi Pelbagai Giliran, didapati bahawa terdapat lima variable penjelasan yang dipanggil variable prediktif mempunyai hubungan yang signifikan dengan variable criterion umur kahwin pertama. Variabel-variabel tersebut adalah taraf pendidikan, umur, wilayah, strata, dan industri responden. Teknik regresi Logistik digunakan untuk melihat kekuatan variable yang mempengaruhi pengalaman perancangan keluarga. Secara hirakinya, variable negeri dan kumpulan umur responden mempunyai hubungan yang signifikan dengan pengalaman perancangan keluarga.
Text
Mediasi dalam perkembangan novel Sabah
Abstrak
Kajian ini ialah tentang sejarah perkembangan novel Sabah. Penelitian terhadap latar belakang karya sastera menggunakan sosiologi sastera bukan setakat menumpukan soal konteks penghasilan sebuah karya. Kajian integrasi atau dwikajian yang memanipulasi dimensi sosial dan seni menawarkan kajian teks yang dihubungkan denga konteks penghasilan karya. Sehubungan itu, mediasi atau faktor yang campur tangan atau terlibat secara langsung atau tidak dalam penghasilan novel dapat dikenal pasti. Mediasi yang terlibat dalam perkembangan novel Sabah antara lain melibatkan latar belakang pengarang, peranan institusi dan cita rasa pembaca. Latar belakang masyarakat dan pengarang menjadi faktor kerencaman persoalan yang dikemukakan pengarang. Seterusnya ia mempengaruhi bentuk pemikiran, budaya dan ideologi yang diamalkan pengarang.
Text
Simbolisme dalam motif-motif songket Melayu Terengganu
Abstrak
Tenunan songket hanya berungsi sebagai objek seni utiliti yang diadun rapi dan cantik dipakai jika tiada nilaian estetik dan falsafah yang terbit daripadanya. Namun di sebalik ketertiban dan keindahan reka corak motif, songket jelas kaya dan sarat dengan pelbagai tafsiran makna yang memberi ruang seluasnya untuk penyelidikan. Semuanya dipercayai terbit daripada transformasi dan manifestasi pemikiran para peserta seniman Melayu terdahulu yang diperturunkan secara konvensional dan warisan. Sejak beratus-ratus tahun, sejarah membuktikan bahawa songket mempunyai kedudukan dan peranannya yang teristimewa dalam sosio budaya masyarakat Melayu.
Peyelidikan ini adalah bermula dengan pengklasifikasian tujuh (7) motif yang terdiri daripada flora, fauna, kosmos, alam benda, geometrik, kuih-muih dan kaligraf. Setiap motif terpilih, wujud perkaitan atau pertalian secara langsung dengan penghidupan orang Melayu. Bermakna setiap olahan motif itu terlebih disemak, diteliti, dipadan, dibanding dan diberi interpretasi makna. Justeru setiap ruang lingkup kajian adalah menjurus kepada intisari keseluruhan budaya Melayu seperti nilai, norma, pandangan dunia, kepercayaan, adat dan falsafah di dalamnya yang menjadi pautan nilai budaya.
Text
Analisis komponen retorik kaunseling bahasa Melayu
Abstrak
Kajian ini mengetengahkan Model Komponen Retorik Paling Luas sebagai asas menganalisis teks kaunseling. Model ini mengambil kira Ciri Model Retorik Klasik dan Retorik Moden yang serasi dengan Model Retorik Paling Luas. Dalam Model Retorik Luas dimasukkan lapan komponen, iaitu komponen struktur, peserta, ayat ujaran, fungsi ujaran, gaya, golongan kata, jungtur dan unkapan Rabbani. Oleh itu, model kajian ini dikenali sebagai Model Komponen Retorik Paling Luas.
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis teks kaunseling dari sudut retori berdasarkan komponen dan teks dengan menggunakan Model Komponen Retorik Paling Luas. Selain itu kajian ini turut membuat perbandingan dalam komponen-komponen masing-masing dan perbandingan teks.
Data kajian ini merupakan empat teks kaunseling yang melibatkan empat kaunselor dan empat klien di sekolah menengah. Analisis kajian berfokus pada lapan komponen dan analisis teks serta perbandingan teks. Setiap komponen memaparkan dapatan secara keseluruhan dan juga berdasarkan struktur dan peserta.
Text
orang asli
sejarah
Sejarah Orang Asli di Perak boleh dijelaskan berdasarkan...
"Sejarah Orang Asli di Perak boleh dijelaskan berdasarkan beberapa tempoh masa tertentu, yang meliputi zaman awal atau prasejarah, zaman kerajaan awal (protosejarah) dan Kesultanan Melayu Perak, penjajahan British dan Jepun, era pergerakan komunis, dan era kemerdekaan negara. Kajian literatur yang dilakukan terhadap pelbagai sumber dan rekod sejarah menunjukkan bahawa sejarah dan latar belakang masyarakat Orang Asli di Perak gagal memperoleh perhatian yang sewajarnya (JHEOA Kuala Kangsar, 2005)."
Text
orang asli
Senoi
Orang Senoi ialah kumpulan Orang Asli yang...
"Orang Senoi ialah kumpulan Orang Asli yang terbesar, yang merangkumi 54 peratus jumlah penduduk Orang Asli Semenanjung Tanah Melayu (JHEOA, 2003; Nicholas, 2000). Mereka dipercayai berasal daripada keturunan bangsa Monggol, yang berasal dari utara dan berhijrah ke Semenanjung Tanah Melayu sekitar tahun 2000 Sebelum Masihi (Nicholas, 2000). Secara fizikal, orang Senoi mempunyai sedikit perbezaan berbanding orang Negrito, iaitu berbadan tinggi, berkulit lebih cerah dengan rambut beralun dan tidak keriting."
Text
ilmu
orang asli
Kehidupan Orang Asli tidak dapat dipisahkan daripada...
"Kehidupan Orang Asli tidak dapat dipisahkan daripada alam semula jadi. Hubungan erat yang terjalin sejak beratus tahun lalu membolehkan Orang Asli terus hidup dalam keadaan yang harmoni dan menghormati alam sekitar. Cara hidup yang dibentuk menerusi interaksi ini dikenali sebagai sistem ilmu pengetahuan peribumi (Pulido dan Bocco, 2003). Menurut Ylhaisi (2003), sistem ilmu pengetahuan peribumi ialah proses pembelajaran yang panjang, yang mengalami proses cuba dan jaya serta menerusi penyampaian lisan secara berhati-hati dari satu generasi ke generasi seterusnya. Himpunan ilmu mencakupi hampir keseluruhan sistem hidup komuniti, dan hasilnya ialah sebarang tindakan hanya akan dibuat setelah mengambil kira stok sistem semula jadi dan kemampuan penghasilan semula oleh alam. Ilmu yang terkandung dalam sistem ini berbentuk holistik, yang merangkumi ilmu saintifik iklim, hidrologi, tanah-tanih, tumbuh-tumbuhan, dan haiwan (Pulido dan Bocco, 2003; Loomis, 2000)."
Text
falsafah
orang asli
...1 more
Strategi pembangunan komuniti Orang Asli pada...
"Strategi pembangunan komuniti Orang Asli pada masa kini digubal selaras dengan falsafah pembangunan luar bandar yang mementingkan peningkatan kualiti hidup penduduk dan membasmi kemiskinan menerusi program dan usaha ke arah mencapai matlamat menjadikan kawasan luar bandar maju, menarik, dan menguntungkan (Sunaidin, 1997)."
Text
ilmu
orang asli
Orang Asli ialah komuniti yang terbukti kaya dengan...
"Orang Asli ialah komuniti yang terbukti kaya dengan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan tentang pengurusan alam semula jadi. Kehebatan komuniti tersebut ternyata berpunca daripada generasi terdahulu. Keserasian cara hidup yang begitu harmoni dengan alam sekitar membolehkan mereka mengenal pasti tanah yang sesuai untuk bertani, hasil hutan yang bermanfaat, dan pemuliharaan yang berkesan demi menghormati sumbangan alam terhadap kehidupan mereka (Rusli Zaenal, 2002)."
Text
hikayat
orang asli
...1 more
The whole of the Hikayat Awang Sulong Merah Muda is about Orang Asli, or...
"The whole of the Hikayat Awang Sulong Merah Muda is about Orang Asli, or rather a tribe of the Orang Asli who migrated from Terengganu to the west coast and made their home at place a place which, according to the description given, is near Gunung Ledang on one side and Mengkalih (Johor\0 on the other. There was already a community there when Awang Sulong's parents arrived, and the people of that community must have been Orang Asli, as there were five batin as chiefs. It is not only the word batin, but also the names used by these people that indicate that they were Orang Asli. As we go further into the narrative, we get the idea that there were two different Orang Asli tribes - one with brown skin where the protagonist, Awang Sulong Merah Muda, belonged to; the other of black skin. The aspect of this narrative that is important to our study is the migration of Orang Asli from the east coast of the peninsula to the west coast, as this coincides with the story told by the Jakun of Alor Gajah to Abdullah Munshi. As Awang Sulong is believed to be a Muslim, an inference can be made that his tribe of Orang Asli must have been absorbed into the Malay race."
Text
orang asli
Kensiu-Kentak, Temiar and Semai provide evidence of...
"Kensiu-Kentak, Temiar and Semai provide evidence of the presence of nasal plosion. There seems to be more of this phonological feature in Kensiu-Kentak, compared to the other two, in terms of types as well as in the examples for each type."
Text
orang asli
In order to get a better of picture of Lanoh, we...
"In order to get a better of picture of Lanoh, we applied the lexicostatiscal test on this language and Kensiu-Kentak. The latter was chosen because in Baling, before the migration of the tribes to Perak, Lanoh lived in the same area or settlement as the Kensiu and the Kentak Bong. The percentage score of cognates is only 28%, clearly showing that they belong to different groups."
Text
orang asli
Benjamin's division into the three groups of Aslian...
"Benjamin's division into the three groups of Aslian languages - Northern, Central, and Southern - is based on the cognate percentages obtained. His calculation shows model cognacy rates of 47% for Northern Aslian, 37% for Central Aslian, and 38% for Southern Aslian."
Text
orang asli
population
The Jah Hut is also a small tribe, and...
"The Jah Hut is also a small tribe, and they are all found in Pahang. Writing in 1976, Carey says there were about 2000 of them, a figure which does not seem to show any increase from the onw given in the census of 1969. Carey also writes that there is cultural affinity between the Jah Hut, and another much smaller tribe, the Che Wong (1976, p.132)."
Text
Novel-novel A.Samad Ismail : satu analisis teori strukturalisme genetik-hegemoni
Abstrak
Kajian ini meneliti novel-novel A. Samad Ismail dengan menggunakan penggabungan Teori Strukturalisme Genetik oleh Lucien Goldman dan Teori Hegemoni oleh Antonio Gramsei yang menghubungkaitkan sastera sebagai cermin sosio-budaya masyarakat. Penerapan Teori Strukturalisme Genetik untuk melihat hubungan sesebuah karya sastera mempunyai ikatan dengan sistem ideologi kelompok sosial yang sedang berkuasa dalam sebuah negara. Manakala Teori Hegemoni sebagai pelengkap untuk melihat intelektualisme yang mendukung pandangan dunia pengarang.
Kajian ini membuktikan bahawa pengalaman dan persejarahan yang ditemui dalam karya novel-novel A.Samad Ismalil sesungguhnya menepati teks sebagai cermin sosio-budaya masyarakat. Seterusnya diikuti dengan perbincangan terhadap konflik kelas dalam kelompok masyarakat. Novel-novel A. Samad Ismail berupaya menafsirkan konflik dan kontradiksi antara konflik kuasa penjajahan, konflik antara golongan tuan dan golongan muda, serta konflik antara rakyat dan pemimpin dalam kontek perubahan masyarakat.
Text
Penggunaan buku teks KOMSAS dalam pengajaran Bahasa Melayu Tingkatan 4
Abstrak
Kajian ini menyelidiki penggunaan buku teks Komponen Melayu (KOMSAS) oleh guru dalam pengajaran Bahasa Melayu tingkatan 4 (BM-T4) di negeri Selangor. Kajian ini menggunakan reka bentuk ‘Pendekatan Kajian Kaedah Gabungan Berurutan’ yang diubahsuai daripada model Creswell. Dua kaedah digunakan, iaitu (1) kajian tinjauan dan (2) kajian kes kualitatif. Kajian tinjauan bertujuan mendapatkan maklum balas daripada 377 responden tentang kekerapan pengguaan buku teks KOMSAS dalam pengajaran BM-T4. Data dikutip dengan menggunakan satu set barang soal selidik untuk guru. Data kemudian dianalisis menggunakan perisian computer SPSS dan dibentangkan secara deskriptif dengan bantuan jadual. Manakala kajian kes kualitatif, bertujuan mengkaji amalan dan bentuk penggunaan buku teks KOMSAS oleh guru di dalam kelas yang sebenar. Data telah kutip dengan menggunakan teknik pemerhatian, temu bual, dan analisis dokumen. Data dianalisis semasa dan setelah pengutipannya selesai dengan menggunakan kaedah perbandingan berterusan dan analisi kandungan.
Text
Puisi Melayu moden : kajian teori pengkaedahan Melayu
Abstrak
Tesis ini mengkaji puisi-puisi Melayu moden dengan penerapan teori Pengkaedahan Melayu dan menjurus kepada Pendekatan Firasat dan Pendekatan Dakwah, iaitu dua daripada enam Pendekatan yang terangkum di dalam teori tersebut.
Objektif kajian ialah untuk melihat unsur alam dan unsur dakwah di dalam puisi Melayu moden. Unsur alam diteliti dari penggunaan kata-kata yang merupakan objek alam, iaitu tumbuh-tumbuhan, haiwan, laut dan waktu (pertukaran malam dan siang). Unsur dakwah dikenal pasti daripada maksud puisi, pemikiran dan sikap penyair yang selaras dengan aliran agama Islam dengan merujuk kepada ayat-ayat Al-Quran. Al-Hadith dan tulisan-tulisan pemikir Islam. Dengan mengambil karya-karya daripada ramai penyair, dapatlah dilakukan analisis secara perbandingan bagi meninjau persamaan dan perbezaan di dalam cara penyair-penyair menggunakan objek-objek alam fizikal pada lapis tersurat bagi menyampaikan maksud tersirat, iaitu maksud puisi yang sebenar.
Showing 2651 to 2700 of 16337 results
Page
of 327
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2