Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (16337 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Item Type: Text
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
Bahasa Melayu
Penggunaan kartun dalam pembelajaran bahasa Melayu berbantukan komputer : Kanak-kanak tahap 2 di Singapura
Abstrak
Dalam era serba canggih yang berpaksikan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), pembangunan pendidikan mementingkan pembudayaan dan penguasaan ICT dalam kalangan pendidik dan pelajar. Kaedah pengajaran dan pembelajaran harus diubah agar dapat memupuk minat, menggalakkan pelajar supaya lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran, dan juga menerapkan amalan pembelajaran sepanjang hayat. Selain itu, penerapan ICT dalam bidang pendidik juga berupaya merevolusikan pembelajaran, memperkayakan kurikulum, memperkembangkan pedagogi, menstrukturkan organisasi sekolah dengan lebih berkesan, dan melahirkan hubungan yang lebih erat antara pihak sekolah, ibubapa, dan masyarakat. Bagi menyahut cabaran yang dilontarkan bersama pembangunan pesat ICT, Kementerian pendidikan Singapura telah mengimplimentasikan projek Masterplan dalam Pendidikan yang diusahakan dalam tiga fasa sepanjang 15 tahun. Setelah berjaya mencapai kesemua matlamat fasa pertama dan kedua, kini Masterplan dalam Pendidikan berada dalam fasa ketiga yang akan dilaksanakan hingga tahun 2014. Pembangunan perisian Pembelajaran bahasa Berbantukan Komputer (PBBK) adalah satu langkah untuk mencapai matlamat fasa ketiga dalam Masterplan dalam Pendidikan.
Text
Sosio budaya Melayu
Personaliti dan gaya hidup mak nyah : Satu kajian di Kuala Lumpur
Abstrak
Kewujudan golongan mak nyah dalam masyarakat bukanlah satu fenomena yang baru malah jumlahnya telah semakin meningkat. Kewujudan pelbagai istilah seperti “mak nyah”, “pondan”, “adik” dan “bapok” semuanya menjurus kepada golongan ini yang dilahirkan sebagai lelaki tetapi mempunyai kelakuan, perasaan, dan naluri sebagai wanita. Melihat dari sudut penampilan diri, mereka lebih cenderung ke arah kewanitaan seperti memakai beg tangan, aksesori dan pakaian wanita serta bersolek. Kajian ini dilakukan untuk mengetahui secara mendalam personaliti dan gaya hidup mak nyah. Kaedah temubual dan pemerhatian digunakan oleh pengkaji untuk mendapatkan maklumat berkenaan gaya hidup golongan mak nyah. Kajian ini dilakukan terhadap 10 orang responden di sekitar Kuala Lumpur kerana kotaraya ini memang terkenal dengan jumlah mak nyah yang lebih tinggi berbanding tempat-tempat lain di negara ini. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati bahawa personaliti dan gaya hidup mak nyah sememangnya menjurus ke arah wanita meliputi pelbagai aspek seperti pembawaan diri dan gerak-geri,pergaulan dan komunikasi, penjagaan kecantikan, kesihatan, tubuh badan dan aktiviti sosial mereka. Selain itu, golongan ini juga sering mengadu bahawa mereka disisihkan oleh keluarga dan masyarakat. Dalam menempuh kehidupan sebagai mak nyah, didapati hanya sebilangan kecil sahaja responden yang benar-benar ingin menjadi wanita sepenuhnya sebaliknya lebih daripada separuh menyatakan bahawa mereka masih menyimpan hasrat untuk berubah. Oleh itu, satu usaha perlulah dijalankan untuk membantu golongan ini berubah dan kembali menjadi seperti lelaki normal yang lain.
Text
Sosio budaya Melayu
Ritual tolak bala : Satu tinjauan terhadap masyarakat Kadayan di Kampung Pangi, Lawas, Sarawak
Abstrak
Kajian ini merupakan sebuah penyelidikan ilmiah mengenai sebuah upacara kebudayaan yang dilakukan oleh masyarakat Kadayan di kepulauan Borneo. Upacara yang dimaksudkan ini, ialah upacara tolak bala yang dipercayai pengkaji merupakan sebuah upacara yang dijalankan mengikut situasi sekeliling masyarakat berkenaan. Petanda buruk daripada kejadian alam yang berlaku di sekeliling mereka, maka upacara ini perlu dijalankan untuk mengelak daripada bencana alam tersebut dan sebagainya. Dalam kajian ini akan menyentuh secara holistik mengenai masyarakat Kadayan dan upacara tolak bala itu sendiri serta dikaitkan dengan ketentuan Allah swt.
Text
Sosio budaya Melayu
Malay landscape elements as depicted in the old Malay films
Kajian mengenai elemen-elemen landskap Melayu yang diketengahkan dalam filem-filem klasik Melayu di Malaysia untuk memahami gaya hidup orang Melayu pada masa lalu serta peranan landskap dalam membentuk imej dan identiti budaya Melayu.
Text
country's growth
Brunei dalam era pembangunan
Dalam menghadapi kepesatan pembangunannya itu, Brunei menghantar anak negeri ke luar melanjutkan pelajaran termasuk menjalani pelbagai latihan teknik moden.
Text
Sosio budaya Melayu
Pesta kaul masyarakat Melanau di Mukah, Sarawak : kajian perbandingan pesta kaul dulu dan kini
Abstrak
Kajian ini ialah berkaitan dengan kebudayaan tradisi masyarakat Melanau yang terdapat di Mukah, Sarawak. Sungguhpun begitu, tumpuan pengkaji bukanlah kajian kebudayaan yang dilakukan secara menyeluruh berkenaan dengan kebudayaan-kebudayaan yang terdapat dalam masyarakat Melanau kerana matlamat kajian pengkaji hanyalah berfokus kepada pesta kaul sahaja, kajian ini pengkaji lakukan di Mukah, Sarawak. Disebabkan terdapat kekangan-kekangan tertentu, pengkaji hanya sempat pergi kedua buah kampung sahaja di bahagian Mukah, iaitu kampung Tutus Hilir dan kampung Medong Dalat. Sungguhpun begitu kajian pengkaji meliputi pesta kaul yang diadakan oleh keseluruhan kaum Melanau di Mukah.
Di dalam bab dua, pengkaji telah menerangkan tentang kawasan kajian pengkaji bermula daripada sejarah negeri Sarawak itu sendiri. Pengkaji juga menjelaskan berkenaan dengan sejarah Mukah, iaitu tempat yang didiami oleh majoriti masyarakat Melanau. Pengkaji juga menyentuh perihal asai-usul Melanau dan pengenalan umum tentang bahasa Melanau.
Dalam bab tiga, pengkaji mengupas berkenaan dengan pesta kaul masyarakat Melanau di Mukah pada zaman dahulu yang merangkumi beberapa aspek penting. Antaranya, sejarah pesta kaul, tujuan pesta kaul itu diadakan, masyarakat yang terlibat dalam pesta kaul, persediaan sebelum dan semasa pesta kaul, pantang larang pesta kaul dan aktiviti sampingan yang dijalankan semasa pesta kaul.
Dalam bab 4, pengkaji menerangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan pesta kaul masyarakat Melanau di Mukah pada zaman sekarang. Sama seperti bab sebelumnya, dalam bab 4 juga menekankan aspek yang sama supaya tidak mengelirukan para pembaca.
Seterusnya dalam bab ke 5, pengkaji membincangkan perubahan yang berlaku antara pesta kaul masyarakat Melanau di Mukah pada zaman dahulu dengan zaman sekarang berdasarkan aspek yang telah dibahaskan dalam bab 3 dan bab 4. Aspek yang sama dibahaskan bagi pengkaji lebih mempelihatkan perubahan yang berlaku dalam kedua-dua zaman tersebut.
Dalam bab yang terakhir penulis ilmiah ini, iaitu bab 6, pengkaji menyentuh tentang kesimpulan berdasarkan keseluruhan hasil dapatan yang diperoleh pengkaji. Kesimpulan ini sebagai merumuskan keseluruhan bab-bab yang telah diterangkan oleh pengkaji sebelumnya.
Text
Bahasa Melayu
Budaya membaca : Satu tinjauan kewujudan budaya membaca dikalangan Mahasiswa Ijazah Sarjana Pengajian Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
Abstrak
Budaya membaca merupakan satu perihal membaca yang sudah sinonim dengan diri seseorang itu. Kajian tentang membaca ini telah dilakukan di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Tumpuan kajian ini adalah untuk melihat kewujudan budaya membaca dalam diri mahasiswa di Akademi Pengajian Melayu yang mengambil Ijazah Sarjana Pengajian Melayu. Dalam menghasilkan kajian ini, pengkaji telah menggunakan dua kaedah utama untuk mendapatkan data iaitu kaedah keperpustakaan dan kaedah pengedaran borang soal selidik. Hasil dapatan yang diperoleh daripada kedua-dua kaedah itu akan dianalisis dengan kaedah peratusan dan perbandingan. Setelah semuanya selesai, pengkaji akan menilai keseluruhan kajian ini. Pada masa inilah pengkaji akan melihat sama ada objektif utamanya tercapai atau tidak. Kekurangan pada kajian ini juga dinyatakan dalam menambahbaikkan kajian yang bakal dilakukan pada masa hadapan.
Text
Bahasa Melayu
Tahap penguasaan imbuhan apitan kata kerja bahasa Melayu dalam kalangan pelajar-pelajar Tingkatan 5
Abstrak
Kajian ini cuba mengenal pasti tahap penguasaan imbuhan apitan kata kerja dalam kalangan pelajar-pelajar Melayu Tingkatan 5. Terdapat tiga tujuan khusus dalam kajian ini, yang masing-masing mempunyai persoalan tersendiri pula, iaitu kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan bentuk, aspek makna dan konteks penggunaan imbuhan apitan kata kerja dalam kalangan sampel-sampel kajian.
Tahap kajian penguasaan bahasa pertama ini turut mengaplikasikan teori pemerolehan bahasa yang popular, iaitu teori behaviorisme dan mentalisme, terutamanya dalam sesi pengajaran. Sesi pengajaran berkenaan imbuhan apitan kata kerja telah dilakukan pengkaji terhadap sampel-sampel kajian sebanyak dua kali, iaitu jumlah yang paling minimum. Data mentah pula diperoleh pengkaji dengan membuat ujian pengukuran tahap penguasaan imbuhan apitan kata kerja. Di samping itu, pengkaji juga melakukan kajian rintis sebelum kajian sebenar berlaku.
Hasil daripada analisis data yang dibuat, pengkaji mendapati tahap penguasaan imbuhan apitan kata kerja pelajar-pelajar Melayu Tingkatan 5 SMKDARA adalah di tahap yang baik. Dari segi bentuk imbuhan yang dikenali dan diketahui, tahap penguasaan sampel kajian tersebut berada tahap yang memuaskan. Hal ini tidak semua sampel mengenali perkataan-perkataan berimbuhan apitan kata kerja dan imbuhan apitan kata kerja mempeR-...-i serta ke-...-an masih lagi belum dikuasai sepenuhnya.
Dari segi tahap penguasaan aspek makna imbuhan apitan kata kerja pula, pengkaji dapat melihat kesan yang positif selepas pelajar-pelajar tersebut mengikuti sesi pengajaran. Boleh dikatakan hampir kesemua bentuk imbuhan apitan kata kerja dikuasai aspek maknanya, kecuali imbuhan apitan dipeR-...-i yang tidak dikuasai dengan baik. Tahap penguasaan konteks penggunaan imbuhan apitan kata kerja sampel-sampel kajian pula hanya pada takat yang sederhana atau memuaskan. Ramai sampel-sampel kajian tahu menggunakan imbuhan-imbuhan apitan kata kerja dengan konteks penggunaan yang betul. Tetapi masih ramai yang kabur dengan konteks penggunaan imbuhan apitan meN-...-i, mempeR-...-i dan dipeR-...-i.
Kajian ini juga turut membuktikan tahap penguasaan proses morfofonemik dalam imbuhan apitan kata kerja kalangan pelajar-pelajar itu. Namun begitu, ini bukan tumpuan utama kajian dengan erti kata hanya sekadar pemerhatian umum. Berdasarkan penelitian, sampel-sampel kajian amat menguasai sangat sedikit. Akhir sekali, pengkaji dapat membuat kesimpulan yang kajian ini telah berjaya mencapai matlamatnya.
Text
tourism
Desaru yang mengghairahkan para pelancong
Di sini terdapat sebanyak 35 Chalet untuk keluarga yang bersenibina rumah-rumah Melayu.
Text
Sosio budaya Melayu
Penterjemahan budaya dan estetika dalam puisi
Abstrak
Latihan ilmiah ini membincangkan penterjemahan budaya dan estetika dalam puisi serta menggunakan teks-teks puisi Air Mata Mendidih, Pahlawan kemerdekaan, Serapah Pejuang Sastera, di bawah Bintang mengerdip dan Senja di Pelabuhan Kecil sebagai korpus utamanya. Dalam hal ini, kajian yang dijalankan secara khususnya meneliti teks-teks puisi yang diterjemahkan daripada bahasa Melayu ke bahasa Inggeris.
Kajian yang diselenggarakan ini dilahirkan atas kesedaran ilmu penterjemahan puisi lazimnya berdiri atas daerah yang kabur serta jarang dibincang secara ilmiah. Namun demikian, penterjemahan puisi merupakan antara elemen terpenting dalam mengangkat karya-karya berbahasa Melayu ke peringkat yang lebih tinggi dalam persada antarabangsa.
Disamping itu, kajian ini antara lainnya menerapkan pendekatan Peter Newmark (1988 & a988b) sebelum digandingkan dengan penilaian estetika dalam puisi dengan mengukur kesan emotif dan penstrukturan semula bahasa. Hasil daripada gabungan kedua-dua unsur utama tersebut, pengkaji telah menghasilkan sebuah model analisis unsur budaya dan estetika dalam puisi bagi menggariskan kajian yang dijalankan.
Hasil daripada kajian yang dijalankan, pengkaji sekali gus telah menghuraikan proses penterjemahan puisi, khususnya dalam penterjemahan karya-karya yang cenderung terhadap unsur budaya dan estetika yang tinggi. Di samping itu, pengkaji turut telah memberikan kritikan terhadap penterjemahan yang dibuat ke atas karya-karya yang disebutkan dalam latihan ilmiah ini.
Text
arts
Pemikiran di sebalik lukisan-lukisan Aza
Semasa menjadi pelukis persendirian dulu, terlalu banyak masalah sehinggakan untuk membeli warna air dan kanvas juga perlu berhati-hati dan berjimat cermat.
Text
transportation
Armada laut Amerika terkuat di dunia
Selepas Perang Dunia Kedua, AS telah membina pangkalan armada lautnya di seluruh dunia untuk kepentingan pertahanannya.
Text
Sosio budaya Melayu
Pemikiran Nur al-Din al-Raniri dalam hukum zakat: Analisis kitab al-Sirat al-Mustaqim
Kajian ini membahas pemikiran Nur al-Din al-Raniri tentang zakat, dengan penekanan pada adaptasi nilai dan ukuran tempatan dalam perbahasan zakat di Alam Melayu.
Text
Sosio budaya Melayu
Pengaruh pemikiran al-Ghazali (M. 505 H./ 1111 M.) dalam karya Syeikh Muhammad Nafis Bin Idris al-Banjari: Analisis terhadap kitab al-Durr al-Nafis
Kajian ini menganalisis pengaruh pemikiran al-Ghazali terhadap karya Muhammad Nafis bin Idris al-Banjari dalam kitab al-Durr al-Nafis, khususnya dalam perbahasan tentang konsep keesaan Allah, dan bagaimana karya ini mempengaruhi sistem pengajian Islam tradisional di Borneo.
Text
Social problems
Rancangan-rancangan TV: Lebih "berbuaya" atau "berbudaya"?
Memang ada kompetisi antara filem dan siaran TV pada satu pihak dengan kebiasaan membaca pada pihak lain, tapi ia tidak perlu jadi kompetisi tidak sihat.
Text
Sosio budaya Melayu
Sheikh Muhammad Arsyad al-Banjari, ketokohan dan sumbangannya
Sheikh Muhammad Arsyad al-Banjari, seorang ulama fiqh mazhab Shafi'i, tasawuf, dan tauhid yang berpengaruh di Asia, berperan besar dalam proses Islamisasi Kalimantan Selatan melalui dakwah, pendidikan, penulisan karya ilmiah, serta pendirian Mahkamah Syar'iyah di Kerajaan Banjar, dan diakui sebagai tokoh Mujaddid dan Mujtahid dalam masyarakat Melayu.
Text
sastera Melayu
Persaingan antara spesies dalam novel Sarawak
Kajian ini akan meneliti persaingan antara spesies yang diterapkan pengarang negeri Sarawak dalam novel mereka seperti Jong Chian Lai, Hamlin Abolhi, Jais Sahok, Dahiri Saini, Jaya Ramba, Sarimah Alit, Mohamad Faisal Jamil, Idris Boi, dan Amil Jaya.
Text
nasionalisme
Masalah integrasi nasional melalui pendidikan
Perkataan integrasi nasional juga sering digunakan sebagai pelengkap dan kadangkala sebagai membawa erti yang sama dengan istilah-istilah pembangunan negara, modenisasi dan proses membaratkan (westernization).
Text
Kesenian Melayu
How "traditional" are so-called traditions: Three case studies of Malayan folk performance
This study examines how music genres in the Malaysia-Thailand border region are traditionally created and modified in response to social change, using three local music studies to show how communities adapt to change while maintaining their identity.
Text
Social problems
Pengangguran di kalangan siswazah
kini ramai para siswazah lepasan institusi-institusi pengajian tinggi dalam atau luar negeri yang menganggur.
Text
Sosio budaya Melayu
Amalan pembahagian harta pusaka dalam kalangan masyarakat Melayu di Malaysia
Kajian ini membincangkan pengaruh sejarah politik dan budaya terhadap amalan pembahagian harta pusaka masyarakat Melayu, meneliti perkembangan dari masa lalu hingga kini, dengan penekanan pada kaedah muafakat bagi memastikan pembahagian yang selaras dengan hukum alfaraid.
Text
Sosio budaya Melayu
Hubungan antara perapatan keibubapaan dengan status identiti bugis di Sabah
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti apakah jenis perapatan keibubapaan dan identiti status remaja Melayu dan hubungan antara perapatan keibubapaan dengan status identiti.
Text
Social problems
Apa perlunya memasuki PERKESO?
Pada mulanya Perkeso merupakan badan yang mentadbirkan skim-skim yang terdapat di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan dilancarkan sebagai "Projek Perintis" di Johor Baharu pada 1971.
Text
sastera Melayu
Syair bugis dan pengekalan siri' dalam adat perkahwinan bugis di Sabah
Kajian ini membincangkan konsep siri’ dalam budaya Bugis di Sabah, peranan syair dalam adat perkahwinan dan kehidupan seharian, serta penerimaan generasi baru Bugis terhadap syair sebagai minoriti dalam masyarakat etnik pelbagai di Sabah.
Text
Social problems
Buruh Indonesia mengejar pelangi di rantau orang
Saleha masih ingat bagaimana pertama kali suaminya mengajaknya ke Tanah Melayu untuk mencari sinar hidup baru.
Text
Social problems
Musim buruh asing pulang?
Wawancara Wahba dengan Timbalan Menteri Buruh, Datuk Haji Zakaria Haji Abdul Rahman.
Text
Social problems
Setangkai mawar: Buruh asing
Kehadiran buruh-buruh asing ini dikatakan telah merampas sebahagian besar daripada peluang-peluang pekerjaan untuk anak-anak tempatan.
Text
economy
Korea tanamkan semangat maju di jiwa rakyatnya
Tahun 1980 merupakan waktu paling dahsyat dalam dunia ekonomi di Korea sejak dua puluh tahun.
Text
Folk literature
Hikayat Malim Deman: Beberapa pengajaran darinya
Hikayat Malim Deman tergolong ke dalam cerita panglipurlara, satu daripada jenis cerita rakyat yang kita warisi dari tradisi lisan Melayu.
Text
Bahasa Melayu
Sikap dan motivasi dalam penguasaan bahasa Melayu di kalangan pelajar darjah enam di Singapura
Abstrak
Kertas penyelidikan ini bertujuan untuk menganalisis tahap penguasaan bahasa murid-murid darjah 6 di Singapura yang dipengaruhi oleh sikap dan motivasi. Penyelidikan ini juga akan menganalisis hubungan sikap dan motivasi pelajar darjah 6 di Singapura terhadap pembelajaran bahasa Melayu serta bagaimana peranan guru, keluarga dan rakan sebaya dalam proses penguasaan dan penggunaan bahasa Melayu. Responden penyelidikan terdiri daripada 50 murid dari Sekolah Rendah Telok Kurau di Singapura. Analisis statistik yang digunakan ialah kaedah compute dan Korelasi Spearman. Hasil dapatan penyelidikan menunjukkan bahawa responden mempunyai sikap yang positif terhadap bahasa Melayu. Penyelidikan ini juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif antara sikap dan motivasi yang tinggi mempunyai sikap yang positif manakala responden yang bermotivasi rendah mempunyai sikap yang negatif terhadap bahasa Melayu. Di samping itu, penyelidikan ini juga memperlihatkan bahawa kebanyakan responden mendapat motivasi yang tinggi dari guru mereka tetapi bukan dari keluarga dan rakan sebaya mereka. Hal ini membuktikan sebab kemerosotan pencapaian Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah pada tahun sebelumnya.
Text
Bahasa Melayu
Drama dalam proses penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar tahun 4 : Kajian kes
Abstrak
Drama telah memainkan peranan yang tidak boleh dianggap kecil dalam usaha manusia Melayu mencapai ketamadunan. Banyak nilai-nilai yang telah disemai ke dalam jiwa masyarakat Melayu melalui kaedah drama, dalam apa juga bentuk sekalipun. Namun, pada zaman ini, potensi drama sebagai alat pendidikan atau pengajaran boleh dikatakan kurang diberi perhatian, lebih-lebih lagi pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu.
Kurang kesedaran mengenai medium drama sebagai alat dalam pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu ini mungkin disebabkan oleh kurangnya kajian atau penelitian terhadap keberkesanannya, ataupun kaedahnya masih belum mesra dalam kalangan pendidikan bahasa Melayu.
Namun demikian, kaedah drama boleh diketengahkan sebagai kaedah pedagogi yang berpotensi membawa kesan dan dapat memberikan manfaat yang besar kepada kedua-dua pihak pendidik dan pelajar bahasa Melayu, sepertimana yang telah dilakukan oleh pendidik-pendidik bahasa Inggeris sejak pertengahan abad ke-20.
Text
Bahasa Melayu
Penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan pengguna radio di Singapura : Satu pendekatan interaksional sosiolinguistik
Abstrak
Kajian ini berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan pengguna radio di Singapura. Pengkaji menggunakan pendekatan interaksional sosiolinguistik Gumpez (1982) yang telah diubah suai dengan memasukkan variasi bahasa Asmah (2008) ke dalam rangka teori Gumperz. Pengkaji menggunakan korpus kajian transkripsi perbualan, iaitu bahasa lisan atau pertuturan yang digunakan para pengguna radio (pengacara dan pemanggil), yang diambil daripada dua stesen radio di Singapura.
Dalam kajian ini, pengkaji menganalisis tanda pengkonteksan yang dikenali pasti Gumperz (1982) sebagai instrumen kajian interaksional sosioliguistik. Pengkaji turut membuat pengubahsuaian lalu berusaha untuk mengenal pasti variasi bahasa yang wujud dalam bahasa lisan pengguna radio, khususnya bahasa rojak, bahasa pasar, dan slanga.
Hasil kajian yang menggunakan pendekatan interaksional sosiolinguistik yang telah diubah suai ini mendapati bahawa, pertama, seperti yang dihuraikan Gumperz (1982), terdapat tanggapan awal, interpretasi dan proses pembinaan makna yang dianalisis menggunakan tanda pengkonteksan sebagai instrumen kajian; dan kedua, wujud variasi bahasa, khususnya bahan rojak, bahasa pasar, dan slanga, yang berleluasa dalam korpus kajian.
Kajian ini secara umum mendapati bahawa penggunaan bahasa dalam kalangan pengguna radio di Singapura tidak menepati tuntutan dasar yang telah ditetapkan.
Text
arts
technology
Tiada imbangan pendapat dalam seminar seni dan teknologi
Dewasa ini teknologi telah berkembang ke tahap yang dikagumi dan diragui oleh manusia sendiri.
Text
Kesenian Melayu
Keunikan seni tatu dalam kalangan masyarakat Iban : Kajian kes Kuching, Sarawak
Abstrak
Kajian ini cuba mengetengahkan keunikan seni tatu dalam kalangan etnik Iban di Sarawak. Seni tatu merupakan tradisi masyarakat Iban yang diwarisi turun-temurun. Dalam penulisan ini, telah dimuatkan asal-usul seni tatu dan etnik Iban, peralatan serta bahan dalam penghasilan tatu, cara-cara membuat tatu melalui kaedah tatuk, asal-usul motif tatu, peranan seni tatu dan risikonya serta masa depan seni tradisi masyarakat Iban ini.
Latihan ilmiah ini mengandungi enam bab. Bab Pertama adalah Bab Pendahuluan yang menyentuh tentang permasalahan kajian, kajian -kajian lepas, matlamat kajian, kaedah kajian, batasan kajian dan dinamik setiap bab. Dalam Bab Kedua pula telah dijelaskan tentang latar belakang kawasan kajian, iaitu sejarah bandaraya Kuching, kedudukan dan saiz bandaraya Kuching, serta kepelbagaian etnik di bandaraya Kuching.
Bab Ketiga membincangkan tentang konsep-konsep penting dan pengenalan kepada seni tatu yang meliputi konsep umum seni, tatu dan etnik Iban. Asal-usul ukiran tatu juga diceritakan melalui mitos-mitos di samping memaparkan peralatan serta bahan untuk membuat tatu beserta proses-proses pembuatan tatu dengan menggunakan kaedah tradisional. Dalam Bab Keempat, motif-motif serta simbolisme di sebalik tatu juga di terangkan satu-persatu.
Dalam Bab Kelima, peranan seni tatu dan risiko daripada pembuatan tatu di jelaskan dengan terperinci. Peranan tatu pada masa dahulu dan kini dinyatakan setelah melakukan kajian dan pandangan daripada pihak yang terlibat. Dalam bab terakhir, dipaparkan masa depan tatu entik Iban yang membincangkan tentang transformasi yang dialami oleh tatu, faktor-faktor perubahan seni tatu serta cadangan-cadangan untuk memartabatkan seni tradisi masyarakat Iban ini.
Text
Sosio budaya Melayu
Penilaian terjemahan teks kreatif ‘Kenang-kenangan Seorang Geisha’ dan Mutiara
Abstrak
Penterjemahan merupakan suatu bidang ilmu yang penting. Manusia sejak dahulu telah dapat memperoleh ilmu pengetahuan serta mempelajari budaya daripada masyarakat lain melalui penterjemahan. Sebuah teks terjemahan, terutamanya teks kreatif yang bermutu hanya akan terhasil sekiranya penterjemahan mengetahui bahasa sumber dengan mendalam di samping mempunyai kemahiran dan kecekapan yang sama dalam bahasa sasaran.
Di Malaysia, bidang penterjemahan telah berkembang pesat hingga wujudnya pelbagai koleksi karya terjemahan dalam pasaran. Namun kualiti karya terjemahan tersebut sering menjadi persoalan. Memandangkan karya teks kreatif merupakan antara genre yang paling sukar diterjemahkan, kesilapan dan kesalahan dalam karya-karya terjemahan karya kreatif tidak dapat dielakkan. Justeru, untuk mempertingkatkan kualiti hasil terjemahan kreatif, penilaian telah dilakukan untuk menilai dua buah karya kreatif terpilih, iaitu Mutiara yang diterjemahkan oleh Abdullah Hussain daripada karya The Pearl (John Steinbeck) dan Kenang-kenangan seorang Geisha yang diterjemahkan oleh Abdul Latif Bidin daripada karya Memoirs of a Geisha (Arthur Golden). Penilaian dilakukan berdasarkan model penilaian teks kreatif. Pengkaji terlebih dahulu menilai kedua-dua teks dari aspek pendekatan yang digunakan penterjemah bagi menterjemahkan unsur budaya, metafora, simile dan idiom. Seterusnya, pengkaji menilai perbandingan kedua-dua teks ini berdasarkan kekuatan dan kelemahan terjemahan.
Penilaian yang dilakukan jenis menunjukkan bahawa dalam usaha menghasilkan satu-satu karya terjemahan terutama karya teks kreatif, pasti akan ada kekuatan serta kekurangan dalam hasil terjemahan, tidak kira siapa penterjemah itu. Contohnya, penilaian ini menunjukkan bahawa walaupun seorang penterjemah itu berpengalaman dalam bidang penulisan karya teks kreatif dan mantap dari segi bahasa, dia tetap akan menghasilkan terjemahan yang lemah sekiranya terkongkong dengan terjemahan cara lama. Kelaziman penterjemah menterjemahkan unsur-unsur bahasa kiasan secara literal sahaja juga akan turut menjejas kualiti suatu teks terjemahan kreatif.
Text
Sosio budaya Melayu
Konsep 1 Malaysia dan cabaran perpaduan antara etnik : Satu kajian kes terhadap pelajar-pelajar Universiti Malaya
Abstrak
Perpaduan merupakan satu proses untuk menyatupadukan anggota masyarakat dan negara melalui pelbagai kaedah. Perpaduan penting supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka. Perpaduan merupakan perkara yang sangat penting untuk membentuk masyarakat yang kukuh ukhwahnya. Di Malaysia, perpaduan berperanan dalam menjana pembangunan negara.
Perpaduan boleh dipupuk melalui dasar-dasar yang dibawa oleh setiap pemimpin negara. Antara dasar yang menekankan pemupukan semangat perpaduan ialah pelaksanaan 1 Malaysia. Dasar ini masih lagi dalam pelaksanaan di Malaysia. Pelaksanaan 1 Malaysia yang berpaksikan perpaduan ini dianggap dapat membentuk bangsa Malaysia seperti yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri.
Dalam era globalisasi masa kini, perpaduan menjadi alat penghujung bagi proses komunikasi dan interaksi antara masyarakat. Namun, dalam membentuk perpaduan pelbagai halangan dan rintangan yang perlu dihadapi. Oleh itu, Perdana Menteri Malaysia telah memperkenalkan Konsep 1 Malaysia bagi memantapkan lagi masyarakat Malaysia. Namun begitu, penerimaan masyarakat terhadap konsep ini masih dalam pemerhatian pihak kerajaan.
Kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti penerimaan pemahaman masyarakat terhadap pelaksanaan 1 Malaysia dalam mengukuhkan perpaduan negara. Tumpuan kajian tertumpu kepada golongan pelajar Universiti Malaya ini telah dapat mengenalpasti penerimaan masyarakat Malaysia terhadap pelaksanaan 1 Malaysia dalam mengukuhkan perpaduan negara.
Text
Literatures
Hadiah Sastera Utusan - Public Bank: Penulis-penulis muda mempunyai kesungguhan berkarya
Hadiah ini khusus untuk karya-karya terpilih yang tersiar dalam penerbitan Utusan Melayu.
Text
Sosio budaya Melayu
Islam sebagai solusi terorisme internasional
Kajian ini membahas peran Islam sebagai sistem yang integral dalam ilmu dan amal, menawarkan solusi atas konflik yang sering disebabkan oleh kesalahpahaman dalam menafsirkan ajaran dan ketidaksabaran, serta menekankan bahwa Islam mengajarkan kasih sayang, perdamaian, dan cara-cara elegan dalam mencapai tujuan dan kesejahteraan.
Text
Sosio budaya Melayu
Kategori adat dalam budaya Melayu-nusantara
Kajian mengenai satu pembahasan tentang empat kategori adat Minangkabau, yang juga berlaku dalam kalangan masyarakat Negeri Sembilan, berpandukan kepada delapan tulisan pakar adat Melayu-Nusantara.
Text
Islam history
Sudut agama: Israk dan Mikraj
Masjid Al-Aqsa adalah kiblat yang pertama bagi umat Islam sebelum beralih ke Baitullahil-haram di Mekah dan masjid yang kedua didirikan atas muka Bumi ini sepanjang sejarah, masjid yang pertama ialah Masjidil-haram.
Text
Sosio budaya Melayu
Kerangka epistemologi Melayu Islam dan kaitannya dengan konsep sains: Satu analisis
Kajian ini membincangkan konsep sains dalam kerangka epistemologi Melayu Islam, dengan menghurai bagaimana masyarakat Melayu Islam mentakrif, membentuk, dan menghadkan ilmu pengetahuan melalui kajian khazanah intelektual mereka, serta kaitannya dengan kepercayaan dan interaksi manusia Melayu dengan alam.
Text
Geography
Geografi SPM: Bentuk muka bumi Malaysia
Untuk bahagian A iaitu Negeri-negeri Asia Tenggara, negara-negara penting yang mesti dipelajari ialah Malaysia, Singapura, Thai, Burma, Indonesia dan Filipina.
Text
Sosio budaya Melayu
Hubungan sosial antara komuniti Melayu dengan komuniti bukan Melayu mengikut perspektif peradaban: Satu pengenalan
Kajian ini menggambarkan sejarah komuniti Melayu di Tanah Melayu, yang dikenali sebagai Malaysia, dengan penekanan pada nilai sosial seperti tolak ansur, kerjasama, dan budi-Islam, yang berkembang melalui interaksi dengan komuniti lain dan penjajah serta dipengaruhi oleh faktor geografi dan sistem adat.
Text
Malay Studies
Masalah penggunaan bahasa Malaysia
Satu fenomena yang biasa,tidak ramai yang berminat dalam bidang kajian bahasa. Terutamanya bahasa mereka sendiri.
Text
sastera Melayu
Peranan Kompleks Sejarah Pasir Salak dalam sektor pelancongan di kawasan berhampiran dan kesannya kepada penduduk setempat
Abstrak
Penulisan latihan ilmiah ini secara khususnya memberi tumpuan kepada peranan Kompleks Sejarah dalam sektor pelancongan dan juga kesan penubuhan terhadap penduduk setempat.
Di dalam penulisan ilmiah ini, pada bab satu pengkaji cuba menghuraikan serba sedikit mengenai Kompleks Sejarah Pasir Salak seperti lokasi kawasan Kompleks. Selain itu, turut juga menghuraikan mengenai tajuk kajian, objektif kajian, kepentingan kajian, metodologi, organisasi dan juga permasalahan kajian.
Di dalam bab dua, pengkaji memfokuskan beberapa pengertian definisi mengenai muzium dan juga sektor pelancongan. Ini bertujuan untuk memberi pemahaman dalam membuat kajian. Selain itu, bab ini turut membincangkan mengenai perkembangan awal penubuhan muzium di dunia dan juga Malaysia.
Pada bab ketiga pula, pengkaji membincangkan peranan Kompleks Sejarah dalam sektor pelancongan yang disebabkan oleh penubuhan Kompleks. Selain itu, membincangkan sejauh mana Kompleks memberi sedikit kesan kemasukan pelancongan di negeri Perak dan negara Malaysia. Ini dapat dibuktikan melalui analisis data kedatangan pelancongan ke Kompleks Sejarah.
Di dalam bab empat pula,pengkaji membincangkan mengenai kesan yang wujud kepada penduduk setempat akibat daripada perkembangan sektor pelancongan. Melalui bab ini, pengkaji membuat analisis kajian bagi mengenalpasti kesan yang dialami oleh penduduk setempat yang tinggal berhampiran dengan Kompleks.
Pada bab lima ini, pengkaji membuat kesimpulan akhir mengenai kajian telah dibuat.
Text
Sosio budaya Melayu
Peranan Muzium dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sejarah di sekolah-sekolah
Abstrak
Institusi Muzium merupakan sebuah khazanah yang memberi banyak nilai memorial dalam konteks Sejarah negara. Tanpa Muzium, maka kita tidak akan lagi dapat menilai, mengetahui dan merasai nilai-nilai Sejarah terutama Sejarah negara tercinta. Walaupun keberadaan institusi Muzium kini tidak lagi menjadi suatu kemegahan oleh sesetengah masyarakat yang terlalu taksubkan kecanggihan teknologi, kita sebagai rakyat yang cintakan dan sayangkan negara perlu melihat penubuhan institusi Muzium ini sebagai sebuah gedung penyimpanan khazanah dan harta yang tidak ternilai. Tanpa Sejarah, kita tidak akan berjaya dan tidak dapat memupuk semangat kesedaran apatah lagi untuk mengambil iktibar di atas peristiwa-peristiwa lampau yang berlaku kepada negara kita, malaysia.
Dalam penyelidikan yang dibuat ini, penyelidik melihat tentang rasional dan kepentingan penubuhan sesebuah Muzium kepada masyarakat. Di dalam konteks ini, penyelidik telah memfokuskan kepada para pelajar di dalam konteks pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam mata pelajaran Sejarah. Apakah institusi Muzium releven dan dapat memberi sumbangan dalam mata pelajaran Sejarah atau pun tidak.
Oleh hal yang demikian, penyelidik telah menggunakan pendekatan-pendekatan yang dirasakan bersesuaian untuk digunakan dalam mencari jawapan kepada persoalan yang dibincangkan. Penyelidik telah memilih untuk menggunakan beberapa pendekatan yang dilihat sesuai untuk digunakan untuk menjalankan kajian. Antaranya adalah dengan menyebarkan borang soal selidik atau “Questionaire” dan kajian Perpustakaan yang dilakukan di Institusi Muzium, Arkib dan Perpustakaan. Selain itu juga, penyelidik telah menjalankan satu sesi temubual bersama informan iaitu Encik Zainal bin Ariffin iaitu Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penyelarasan dan Pelaksanaan di Muzium Negara. Malah, bagi mendapatkan maklumat dan persepsi daripada para pelajar mengenai isu yang dikupas ini, penyelidik juga telah membuat sesi temuramah bersama dengan tiga orang informan bagi melihat skop ini dengan lebih meluas.
Setelah menjalankan kajian ini, penyelidik telah mendapat suatu keputusan yang memuaskan kerana sememangnya institusi Muzium dapat memberi sumbangan kepada masyarakat masih lagi relevan. Malah, institusi ini juga sememangnya turut memberi sumbangan kepada para pelajar dalam mata pelajaran Sejarah. Seterusnya, penyelidik turut memberi beberapa pendekatan sebagai cadangan yang boleh digunakan oleh pihak Muzium dan pihak sekolah dalam usaha untuk menarik minat para pelajar untuk datang ke Muzium. Kesimpulannya, sememangnya tidak dapat dinafikan lagi bahawa institusi Muzium mempunyai peranan yang tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah di sekolah-sekolah berdasarkan kepada peranan dan objektif yang disasarkan oleh institusi Muzium. Sesungguhnya, tanpa Sejarah, kita tidak dapat melihat sejarah asal usul kita”.
Text
sastera Melayu
Retorik dalam penulisan kewartawanan Melayu : Kajian kes akhbar Berita Harian di Singapura
Abstrak
Kebanyakan kajian yang dilakukan terhadap korpus akhbar seringkali berfokus kepada isu-isu yang diketengahkan oleh pihak akhbar bagi menarik golongan pembaca. Tidak banyak kajian yang dilakukan bagi meneliti gaya bahasa dalam akhbar yang merupakan wahana utama dalam penyampaian maklumat. Justeru itu, kajian ini bertujuan memenuhi ruang kosong tersebut dengan tumpuan khusus diberikan kepada bidang retorik yang menitikberatkan penggunaan bahasa yang berkesan. Kajian ini yang menggunakan akhbar Berita Harian di Singapura sebagai bahan kajian akan meneliti tiga komponen penting dalam retorik iaitu kata, ayat, dan wacana. Setiap komponen ini akan dikaji dari aspek kekerapan jenis kata, jenis ayat dan dalam aras wacana, jenis pendulu berita yang digunakan sehingga maklumat yang disampaikan dapat difahami oleh pihak pembaca. Dengan adanya kajian ini, sumbangan akhbar bukan sahaja dilihat dari segi pengetahuan yang ingin disampaikan, tetapi juga sebagai pengembang bahasa Melayu yang mampu mengungkapkan ilmu dalam pelbagai bidang.
Text
Sosio budaya Melayu
Pemanfaatan ayat al-quran serta sebab penurunannya (sabab al-nuzul) dalam novel perang uhud karya Abdul Latip Talib
Kajian ini membincangkan sebuah novel popular berkaitan sejarah Islam yang mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para pembaca khususnya golongan remaja.
Text
Sosio budaya Melayu
Pemeliharaan warisan tradisi negeri Kedah : Kajian di Muzium Negeri Kedah Darul Aman
Abstrak
Penulisan latihan ilmiah ini secara khususnya memberi tumpuan kepada koleksi Muzium Negeri Kedah yang terdapat di muzium tersebut dan mempunyai atau membawa identiti negeri Kedah itu sendiri.
Di dalam penulisan ini,Pada bab satu pengkaji menghuraikan sejarah asal- usul pembukaan negeri Kedah yang merupakan lokasi terletaknya Muzium Negeri Kedah. Selain itu, dijelaskan juga pengertian tajuk kajian, objektif kajian, skop kajian, kepentingan kajian, kaedah atau metodologi kajian, permasalahan kajian dan organisasi bab.
Pada bab dua pula pengkaji lebih memfokuskan sejarah latar belakang penubuhan Muzium Negeri Kedah. Selain itu, pengkaji turut menjelaskan aktiviti yang dilakukan oleh Muzium Negeri Kedah. Di dalam bab ini juga pengkaji menghuraikan berkaitan matlamat Muzium Negeri Kedah, akta Muzium Negeri Kedah, Objektif Muzium Negeri Kedah, fungsi Muzium Negeri Kedah, serta cawangan yang telah dibuka oleh Muzium Negeri Kedah dan organisasi dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Muzium Negeri Kedah.
Di dalam bab ketiga pula pengkaji telah mengfokuskan kepada koleksi muzium yang mempunyai identiti negeri Kedah yang telah dipopularkan. Disamping itu, pengkaji juga menjelaskan berkaitan dengan galeri yang terdapat di Muzium Negeri Kedah, jumlah koleksi yang ada di negeri Kedah serta cara pemerolehan bahan yang dilakukan oleh Muzium Negeri Kedah dalam mengumpul koleksi khazanah sejarah.
Manakala pada bab empat, pengkaji lebih memfokuskan terhadap peranan muzium kepada seluruh masyarakat, cabaran yang dihadapi oleh pihak Muzium Negeri Kedah dalam mempertahankan khazanah warisan turun-temurun serta usaha dan langkah yang diambil oleh pihak muzium dalam mengatasi masalah tersebut.
Bab terakhir iaitu di dalam bab lima, pengkaji membuat kesimpulan secara menyeluruh berkaitan kajian yang telah dijalankan. Pengkaji juga menjawab setiap objektif yang telah digariskan oleh pengkaji dengan baik.
Text
Literatures
Harold Robbins menjadi jutawan kerana novel
Keuzuran ini membuatkan beliau tidak dapat pulang ke Perancis dan ke destinasi lain di mana beliau mempunyai sebuah rumah di Cannes dan sebuah lagi di Acapulco.
Showing 3351 to 3400 of 16337 results
Page
of 327
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2