Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (16337 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Item Type: Text
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
Bahasa Melayu
Strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan pelajar lemah Tahun Rendah Atas di Singapura : Satu kajian kes
Abstrak
Kajian ini membincangkan strategi Pembelajaran (SP) bahasa yang digunakan khususnya dalam pembelajaran ‘peribahasa’ oleh pelajar-pelajar Melayu sebagai bahasa pertama di sebuah sekolah rendah di Singapura. Subjek kajian ini terdiri daripada 8 orang pelajar darjah lima yang terdiri daripada lima orang pelajar lelaki dan tiga pelajar perempuan. Tahap pencapaian BM mereka pula agak lemah. Kajian ini direka untuk mengenal pasti ciri-ciri SP yang digunakan oleh kumpulan sasaran tersebut berdasarkan pada teori O’Malley dan Chamot (1990). Dapatan kajian ini turut memperlihatkan SP yang paling dominan diterapkan dalam kalangan pelajar ini.
Pengkaji menggunakan korpus kajian untuk mengenal pasti persekitaran yang menyumbang kepada pembelajaran serta kaedah pengajaran guru yang turut memainkan peranan dalam prestasi murid-murid. Kajian ini juga merupakan satu kajian kes yang dijalankan melalui borang selidik terhadap lapan orang responden berkenaan SP bahasa yang digunakan dan borang selidik terhadap latar belakang keluarga mereka. Selain itu, temu bual yang dijalankan terhadap guru BM mereka terdapat hal - hal yang bersangkutan dengan pengajaran dan pembelajaran yang diterapkan oleh beliau bagi mengajar para pelajar ini.
Semua proses yang dilakukan ini menunjukkan bahawa pelajar boleh menguasai ciri-cir SP bagi membantu mempertingkatkan pembelajaran mereka atas bimbingan guru, persekitaran sekolah yang kondusif dan sokongan padu daripada ibu bapa dan ahli keluarga.
Text
Sosio budaya Melayu
Dinamika nilai-nilai syariat dan nilai-nilai budaya : Satu kajian kes perkahwinan dalam masyarakat Melayu Kampung Muhibbah Raya, Tawau, Sabah
Abstrak
Perkahwinan merupakan sebuah ikatan yang suci dan murni bagi mengikat pasangan dan sebagai suatu perjanjian atau persefahaman yang kuat di antara kedua-dua pasangan tersebut. Selain itu, perkahwinan juga merupakan “satu kontrak” iaitu, apabila setiap pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan akan dikenakan syarat-syarat yang telah ditentukan sama ada daripada pihak berkuasa sivil mahupun oleh kepercayaan agama mereka.
Dalam Bab Satu, pengkaji membincangkan tentang pengenalan tentang budaya, adat istiadat, dan perkahwinan. Dalam bab ini juga, pengkaji membincangkan tentang objektif kajian, persoalan kajian, skop kajian, guna kajian, metodologi kajian, dan masalah kajian.
Dalam Bab Dua, pengkaji membincangkan perkahwinan menurut Islam. Dalam bab ini juga membincangkan hal - hal yang dibolehkan dan yang tidak boleh dijalankan oleh masyarakat Melayu yang umumnya beragama Islam serta unsur-unsur syariah dalam perkahwinan.
Dalam Bab Tiga pula, pengkaji membincangkan tentang perkahwinan yang dilakukan oleh masyarakat Melayu. Hal ini termasuklah peringkat-peringkat perkahwinan yang dijalankan secara penuh dengan adat-istiadat seperti merisik, melamar, pertunangan dan sebagainya. Selain itu juga membincangkan tentang unsur-unsur yang berkaitan dengan syariah.
Dalam Bab Empat pula, pengkaji menganalisis hasil kajian yang telah dilakukan di kampung tersebut. Hal ini termasuklah adat-adat yang biasa diamalkan oleh penduduk di kampung tersebut semasa meraikan sesebuah majlis perkahwinan.
Bagi bab Lima, pengkaji membincangkan tentang rumusan ataupun kesimpulan secara menyeluruh terhadap perbincangan dalam bab-bab sebelumnya. Dalam bab ini juga pengkaji memberi beberapa cadangan bagi pembaikan adat-adat yang bersesuaian dengan masyarakat Melayu khususnya adat yang tidak bertentangan dengan agama Islam.
Text
Kesenian Melayu
Pembentukan istilah dalam seni kraftangan Melayu : Pembuatan Wau
Abstrak
Kajian ini merupakan satu usaha dalam mengumpul dan merakam pembentukan istilah dalam seni kraftangan Melayu, iaitu dari segi pembuatan wau, kajian ini hanya menumpukan istilah yang terdapat dalam kaedah pembuatan wau tradisional Melayu di negeri Kedah. Hanya istilah-istilah yang dituturkan oleh responden sahaja dianalisis oleh pengkaji.
Antara aspek penting yang mendasari kajian ini ialah usaha mengumpul dan merakamkan semua istilah yang terdapat dalam seni pembuatan wau di Kedah. Setelah itu, kajian ini membina dan menghuraikan peta konsep berdasarkan data yang diperolehi daripada kajian lapangan yang telah dilakukan. Selain itu, proses mentakrifkan istilah berdasarkan peta konsep turut diutamakan. Kajian ini juga turut menganalisis proses pembentukan natif dalam istilah bahasa Melayu.
Kajian ini membawa satu perubahan atau maklumat baru yang berkaitan dengan bidang peristilahan terutama dari segi budaya. Dapatan kajian ini mendapati bahawa kebanyakan istilah yang terdapat dalam bidang seni pembuatan wau merupakan hasil pembentukan natif dalam bahasa Melayu sendiri. Namun begitu, istilah-istilah ini turut mengalami proses peminjaman istilah asing mahupun dialek. Antara ciri-ciri takrif yang paling dominan dalam kajian ini ialah takrif jenis fungsional.
Pengkajian mengenai sesuatu bahasa sering dilakukan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu terutama yang merujuk kepada aspek dialektologi. Namun begitu, jarang-jarang sekali tumpuan dilakukan ke atas istilah-istilah yang terdapat dalam bidang budaya terutama seni pembuatan wau. Di samping itu, terdapat beberapa penyelidikan mengenai istilah-istilah yang digunakan dalam sesuatu bidang atau lapangan. Dengan itu, pengkaji berharap dapat memberi membincangkan pembentukan istilah-istilah yang terdapat dalam seni pembuatan wau.
Text
Kesenian Melayu
Analisis unsur komunikasi silang budaya dan teori penterjemahan dalam novel TUNNELS dan terjemahannya terowong
Abstrak
Latihan ilmiah ini membincangkan tentang unsur komunikasi silang budaya dan teori terjemahan yang digunakan dalam penterjemahan bahasa Melayu khususnya bagi karya terjemahan “Tunnels” oleh Roderick Gordon dan Brian Williams dan teks terjemahannya “ Terowong” yang diterjemahkan oleh Harny Abu Khir.
Kajian yang berfokus kepada fahaman sarjana barat, Peter Newmark (1986) tentang budaya dalam penterjemahan, pengkaji telah mengenal pasti dan menganalisis jenis-jenis budaya yang terdapat dalam novel. Dapatan kajian telah menunjukkan unsur-unsur budaya seperti ekologi, bahan budaya atau artifak, budaya sosial, organisasi, adat, aktiviti, tatacara, konsep dan gerak laku dan tabiat boleh didapati daripada novel kajian. Ternyata novel ini memang memaparkan banyak unsur budaya Barat yang jauh berbeza dengan masyarakat tempatan.
Dengan dapatan analisis kajian tentang unsur komunikasi silang budaya tersebut, pengkaji telah menilai teori yang digunakan pakai oleh penterjemah berpandukan teori terjemahan Eugene Nida (1963). Di sini, teori yang dicakupi dalam kajian ialah teori penyalinan semula maklumat, persamaan bukan keserupaan, persamaan sejadi/bersahaja, persamaan terdekat (dinamik), keutamaan makna dan kepentingan gaya.
Beberapa saranan kajian masa hadapan telah diajukan dan semua ini berarah kepada usaha memberi input penting kepada dunia penterjemahan dalam bahasa Melayu.
Text
kesusasteraan melayu
Stilistik : Kajian aspek ayat dalam cerpen-cerpen terpilih Peter Augustine Goh.
Abstrak
Dalam bab 1 latihan ilmiah ini merupakan bahagian pengenalan dalam kajian ini. Dalam bab ini kandungannya lebih menumpukan pada perkara asas dalam menjalankan sesebuah kajian, iaitu pendahuluan, latar belakang kajian, pernyataan masalah, bidang kajian, objektif kajian, batasan kajian, dan bahan kajian. Berdasarkan bahan kajian ini, pengkaji akan menyatakan mengenai data yang dipilih dan juga latar belakang penulis cerpen yang telah dipilih, iaitu Peter Augustine Goh.
Seterusnya, dalam bab 2 perkara yang difokuskan ialah definisi stilistik dan cerpen . Melalui stilistik, pengkaji menghuraikan tentang kajian terdahulu yang telah dilakukan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu sebagai memberi pendedahan awal tentang kajian yang akan dilakukan. Seterusnya, pengkaji menghuraikan pula mengenai konsep cerpen Melayu secara umum bagi memberikan gambaran awal tentang genre data kajian yang dipilih. Selain daripada dua perkara utama tersebut, bab ini turut juga membincangkan tentang kerangka teori yang digunakan sebagai landasan kajian, iaitu teori yang dikemukakan Tatabahasa dewan bagi mengkaji ayat majmuk dan proses penerbitan ayat dalam bahasa Melayu.
Analisis kajian pula akan disentuh dalam bab 3. Bab ini memfokuskan pada analisis jenis-jenis ayat majmuk yang terdapat dalam data kajian. Terdapat tiga jenis ayat majmuk yang dikaji dalam bab ini. Iaitu ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan dan ayat majmuk campuran. Analisis ini untuk menunjukkan sama ada penggunaan ayat majmuk dalam cerpen mempengaruhi gaya bahasa penulisnya. Hal ini akan dibincangkan berdasarkan teori Tatabahasa Dewan dan juga teori-teori stilistik yang berkenaan. Kesimpulan bab ini akan merumuskan pembentukan ayat majmuk mempengaruhi gaya bahasa seseorang penulis, iaitu Peter Agustine Goh.
Pengkaji lebih memfokuskan pada analisis penerbitan ayat yang terdapat dalam data kajian bab 4. Terdapat tiga proses dianalisis, iaitu proses pengguguran, proses penyusunan semula dan juga berdasarkan teori Tatabahasa Dewan dengan merujuk juga unsur-unsur stilistik yang terbina berdasarkan penerbitan ayat dalam cerpen. Penerbitan ayat ini juga akan membuktikan sama ada proses kekreatifan dalam menulis atau menghasilkan ayat dalam cerpen memberikan impak dalam gaya bahasa seseorang penulis. Rumusan dalam kesimpulan bab ini pula akan menyatakan sama ada kesemua proses penerbitan ayat dalam bahasa Melayu digunakan oleh penulis atau hanya sebahagian sahaja dalam menghasilkan unsur-unsur stilistik berdasarkan struktur pembinaan ayat.
Kesimpulan keseluruhan hasil kajian akan dihuraikan dalam bab penutup, iaitu bab 5. Bab ini akan menyimpulkan seluruh aspek kajian yang telah dilakukan berdasarkan bab 3 dan juga bab 4. Selain itu juga terdapat saranan-saranan serta peringatan pada mana-mana pengkaji yang ingin menerokai bidang ini dengan lebih lanjut lagi.
Text
Bahasa Melayu
Isu-isu kesihatan dalam akhbar berbahasa Melayu :
Tumpuan kepada utusan Malaysia
Abstrak
Kajian ini berkenaan dengan isu-isu kesihatan yang diterbitkan oleh Utusan Malaysia. Pengkaji menganalisis isu kesihatan ini dengan melihat dari aspek paparan dan penyampaian.
Aspek-aspek ini disokong dengan Statistik Sebab Kematian bagi melihat hubungan antara kedudukan dalam statistik dengan bilangan terbitan. Kajian ini melihat peranan akhbar sebagai penyalur maklumat serta meneliti bentuk isu kesihatan yang disebarkan. Hasil kajian memperlihatkan ketidakselarian antara kedudukan penyakit dalam statistik Sebab Kematian dengan bilangan terbitan dalam akhbar Utusan Malaysia.
Text
sastera Melayu
Nilai tarbiah dan islah wanita Melayu Islam pascamerdeka: Satu analisis terhadap novel tunggu teduh dulu dan surat-surat perempuan Johor
Kajian ini merungkai tentang wanita Melayu Islam pascamerdeka dalam menggalur nilai tarbiah dan islah menerusi novel Tunggu Teduh Dulu dan Surat-surat Perempuan Johor yang kedua-duanya dihasilkan oleh Faisal Tehrani
Text
Sosio budaya Melayu
Kitab Melayu jawi: Analisis metodologi karya tasawuf hidayah al-salikin oleh Sheikh 'Abd al-Samad al-Falimbani
Kajian mengenai latar belakang penerbitan karya, kandungannya, rujukan utama karya dan pendekatan yang diterapkan oleh pengarang dalam menganalisis kandungannya.
Text
CERPEN
Cerpen: Gelung
Mata Jali sekejap-sekejap tertuju kepada tuar besar yang tergantung di dinding jelapang. Celaka hujan, gerutu hatinya, bila lagi nak berhenti?
Text
Bahasa Melayu
Pendekatan kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran komsas dalam bahasa Melayu
Kajian ini mengenal pasti sebab-sebab kaedah tradisional masih menjadi pilihan utama para guru yang mengajar KOMSAS dalam Bahasa Melayu di sekolah mcnengah.
Text
Art -- Collectors and collecting
Insa-Dong: Bandar barang-barang antik
Kebanyakan kedai yang terdapat di sekitar lorong ini telah menjalankan perniagaan mereka sejak 20 atau 30 tahun lalu.
Text
Kuda Kepang (Dance)
Kuda Kepang ada yang naik 'syeh'
Kuda Kepang ialah sejenis teater rakyat yang diperlaku dan ditonton di tengah halaman dalam kemalapan api jamong dan sinaran bulan bintang.
Text
sastera Melayu
Musang berbulu ayam: Kepengarangan Yahya Samah
Kajian ini membincangkan kepengarangan Yahya Samah dalam dunia kreatif tanah air sekitar tahun 1960-an dan 1970-an di mana motif "musang berbulu ayam" yang kerap kali digunakan dalam semua novel hasil tulisannya. Watak ini dapat dianggap sebagai "focal point" (titik fokal) yang mengawal perkembangan plot tersebut dan mewajarkan kehadiran adegan-adegan berunsur seks yang terkandung dalam karya-karya Yahya Samah.
Text
Arkeologi
Kesan pahatan yang unik di Bukit Batu Pahat
Bukit Batu Pahat yang kini semakin popular bagi penduduk sekitar utara tanah air adalah antara kawasan pelancongan baru yang sedang mendapat perhatian sejak kebelakangan ini.
Text
sastera Melayu
Pembentukan emosi kanak-kanak melalui bahan bacaan sastera
Kajian ini akan membincangkan hasil kajian terhadap pembentukan emosi kanak-kanak berumur antara 7-12 tahun melalui bahan bacaan sastera.
Text
Islam history
Penyair Abdullah Ibnu Rawahah
Ibnu Rawahah adalah seorang penulis(penyair) yang tegak di tengah-tengah lingkungan orang-orang yang pandai membaca dan menulis.
Text
sastera Melayu
"Perkara" (Matter) dalam perisian cerita Unggas 1 dari perspektif model persepsi estetika
Kajian membincangkan soal estetika dalam sastera yang menggunakan medium multimedia bagi mengkaji sejauh mana tanggapan estetika terdapat dalam perisian Cerita Unggasl.
Text
Malay Studies
Reaksi terhadap tulisan Prof. Ismail Hussein
Sesungguhnya tidak ada siapa yang akan menafikan bahawa masyarakat Melayu merupakan masyarakat induk negara ini dan yang menafikannya telah menidakkan fakta sejarah.
Text
Poets
Menggarap ilham di mana-mana
Benarkah seseorang penyair itu mempunyai matlamat dalam berkarya? Atau seseorang yang ingin menjadi penyair itu sewajarnya mempunyai matlamat tertentu untuk dicapai?
Text
Bahasa Melayu
Tahap penguasaan bahasa Melayu pelajar di Islamic Santitham Foundation School (ISFS)
Kajian ini mengenai tahap penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Thailand yang didapati amat lemah. Fenomena ini turut memberi kesan kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran di Institusi Pendidikan Tinggi di Malaysia, termasuklah pelajar yang menuntut di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
Text
Racial polarization
Unsur-unsur luar dalam polarisasi kaum di universiti
Malaysia sejak kedatangan British telah menjadi sebuah negara yang penduduknya berbilang kaum.
Text
Politics
Mampukah DAP menawan Pulau Pinang?
DAP sesungguhnya amat teringin untuk menguasai sesebuah negeri di mana-mana pun kerana melalui penguasaan kerajaan negeri sahajalah yang memungkinkannya memiliki satu-satu kawasan tradisi politiknya.
Text
sastera Melayu
Sajak 'Pulang si Tenggang' dalam perspektif historisisme baru
Kajian ini untuk menganalisis sajak "Pulang Si Tenggang" karya Muhammad Haji Salleh daripada perspektif teori Historisisme Baru yang dikemukakan Stephen Greenblatt.
Text
Politics
Corazon Aquino dan 'kuasa rakyat'
Kemarahan rakyat itu telah mencetuskan pula simpati kepada balunya Corazon atau dipanggil Cory oleh rakyat terbanyak Filipina.
Text
Politics
Penulis tamu: Jatuhnya seorang presiden
Dengan kejatuhan Presiden Marcos, sebuah lagi negara Asia yang berpengaruh dan sekutu Amerika Syarikat telah digulingkan selepas pilihanraya lalu yang didakwa oleh rakyat Filipina telah ditipu atau diselewengkan oleh pentadbiran Marcos.
Text
Social problems
Gaya hidup OKB Melayu
Mereka berlumba-lumba untuk membeli yang paling mahal bagi mengenalkan taraf atau status kehidupan mereka.
Text
Bahasa Melayu
Kajian tentang nama bahasa: Kes bakatik, bahasa yang bersempadanan dengan bahasa Melayu di Borneo barat laut
Kajian tentang Bakatik, sebuah bahasa unik yang digunakan oleh masyarakat Dayak darat di Kalimantan Barat dan Sarawak, memiliki mekanisme gramatikal yang khas, termasuk sistem penamaan yang tidak bergantung pada nama wilayah atau suku, di mana analisis gramatikanya menunjukkan bahwa nama "Bakatik" berasal dari awalan ba- dan bentuk dasar katik, yang berfungsi sebagai pemarkah negatif, serta adanya perbedaan penggunaan pemarkah negatif untuk kata kerja dan kata sifat, memungkinkan prediksi bentuk-bentuk gramatikal bahasa ini.
Text
Kesenian Melayu
Terminografi Melayu: Kosa kata seni kraf Melayu
Kajian ini membahas peranan terminografi dalam penggubalan istilah baharu dalam Seni Kraf Melayu, menekankan pentingnya pembentukan natif untuk menghasilkan glosari teknikal yang dapat memperluas penggunaan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa.
Text
sastera Melayu
Imej wanita korporat dalam teks kesusasteraan Melayu moden Malaysia: Daripada lensa pengarang wanita
Kajian ini membincangkan lakaran imej kejayaan wanita dalam dunia korporat Malaysia yang dipaparkan dalam teks kesusasteraan Melayu moden, khususnya dalam genre novel, dengan fokus kepada perspektif pengarang wanita.
Text
Social problems
"Escapism" isteri-isteri yang kesunyian
Mengikut kajian ahli sosial dan pakar jiwa, perempuan-perempuan yang ditinggalkan begini mempunyai sikap membalas dendam yang tidak ketara.
Text
Sosio budaya Melayu
Orientasi nilai dan penilaian komuniti orang Asli dan Melayu di Cameron Highlands: Suatu analisis perbandingan
Kajian ini meneroka sistem nilai dan penilaian masyarakat Orang Asli di Cameron Highlands untuk memahami persepsi, sikap, dan perlakuan mereka, serta mengenal pasti perbezaan pencapaian ekonomi dan sosial berdasarkan latar belakang demografi dan sosioekonomi, dengan tujuan mengesan cabaran masa depan dan langkah penambahbaikan yang diperlukan untuk pembangunan komuniti tersebut.
Text
Social problems
Wanita berada pandai berahsia
Mereka sering berahsia tidak menunjuk-nunjuk sangat sebagai "lover" seperti anak-anak muda.
Text
Sosio budaya Melayu
Perjuangan ulama Islah tempatan pada awal abad ke 20 dalam usaha memurnikan pemikiran orang-orang Melayu di Malaysia
Kajian ini membincangkan usaha ulama islah tempatan dalam memurnikan pemikiran dan meningkatkan intelektual orang Melayu melalui pandangan dan huraian mereka terhadap isu-isu masyarakat.
Text
Social problems
Telatah isteri-isteri terbiar
Wanita ini lebih rela mati dari hidup bosan dan kesepian dibiarkan oleh suaminya yang sentiasa sibuk dengan tugas pejabat dan urusniaganya.
Text
Bahasa Melayu
Ratib saman: Pengaruh bahasa dalam masyarakat Melayu Sambas
Kajian ini membahas pengaruh bahasa Arab dan Melayu dalam Ratib Saman di kalangan masyarakat Melayu Sambas, yang berfungsi sebagai ritual untuk memohon keselamatan dan perlindungan dari Allah SWT, serta menyoroti hubungan antara bahasa dan budaya dalam konteks adat dan teks Hikayat Syeikh Muhammad Saman.
Text
Pementasannya April ini: Siapa wira bukit?
Lewat karya-karya yang terhasil, idea dan gagasannya masih subur mengalir dengan pelbagai eksperimen.
Text
Abu Nidal, hidup penuh misteri
Bagi rakyat Palentin, Abu Nidal seperti juga pejuang-pejuang yang lain, adalah berjuang untuk bangsa dan negaranya, Palenstin.
Text
Undang-undang Melayu lama: Satu pembahasan tentang risalah hukum kanun
Undang-undang Melayu lama tidaklah dapat disamakan dengan undang-undang yang ada sekarang atau 'law' yang terdapat di Barat lantaran beberapa sebab.
Text
Bahasa Melayu
Persepsi editor Melayu terhadap pengamal perhubungan awam di Malaysia
Kajian ini menganalisis persepsi editor Melayu terhadap pengamal perhubungan awam di Malaysia, menekankan pentingnya membina hubungan yang baik untuk meningkatkan keberkesanan komunikasi organisasi.
Text
Hiroshima: Dari abu menjadi bandar moden
Daerah Hiroshima yang selama ini mengutamakan pertumbuhannya kepada industri berat seperti besi waja, sekarang ini sedang membangunkan Chuo Central Technopolis.
Text
Sosio budaya Melayu
Kepimpinan perempuan menurut perspektif Islam: Satu sorotan
Kajian ini membahas isu kepimpinan perempuan dalam Islam dengan menganalisis perbezaan pandangan antara golongan liberalis-kontekstual dan literalis-tekstual, serta meneliti latar belakang sejarah kepimpinan perempuan di Alam Melayu dalam konteks perubahan sosio-budaya masyarakat.
Text
Novel-novel Melayu sebelum perang
Setakat ini para pengkaji kesustaraan Melayu meletakkan Hikayat Setia Asyik Kepada Maksyuknya yang kemudiannya dikenali sebagai Hikayat Faridah Hanum (HFH) sebagai novel Melayu yang pertama.
Text
Aristotle (384-322 s.m.)
Aristotle kurang minat terhadap kemujaraban tatapi beliau merupakan seorang yang realis (berpegang pada kenyataan).
Text
Perbezaan antara kebudayaan kebangsaan dan sukuan
Masyarakat kita harus memahami bahawa proses Kebudayaan Kebangsaan itu sudah sekian lama terjadi. Proses itulah juga yang membawa pelbagai unsur pengaruh di dalam sifat-sifat Kebangsaan Malaysia hari ini.
Text
UNESCO bergerak dalam tiga bidang
Mengikut Artikel Satu Perlembagaan Unesco ada menyatakan 'Tujuan organisasi ini ialah bagi menyumbangkan kedamaian dan keselamatan dengan cara bekerjasama di antara negara-negara melalui pelajaran, sains dan kebudayaan.'
Text
Hukum ambil anak angkat
Text
Hudud tidak ada dalam al-Quran?
Text
Fahami hukuman Allah
Text
Ulama jangan sembunyikan ilmu
Text
Internet boleh digunakan untuk kegiatan dakwah
Showing 3401 to 3450 of 16337 results
Page
of 327
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2