Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (19278 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
Perkataan seerti
Text
Kompleksiti bahasa Melayu di Kalimantan
Text
Peribahasa Melayu perlu reformasi
Text
Mencari fungsi positif peribahasa
Text
Bahasa pengantar: IPTS langgar peraturan
Text
Cabaran bahasa Melayu
Text
Mabbam jadi penyelaras pengajian bahasa Melayu
Burung bersarang di celah madat
Burung bersarang di celah madat,
Gambar dirakam kamera lama;
Pantang larang bersandar adat,
Hukum hakam berpandu agama.
Beli jamu sangat banyaknya
Beli jamu sangat banyaknya,
Penuh seraga dari Mak Mah;
Menjadi tamu ada adabnya,
Samalah juga si tuan rumah.
Batasnya rata ditanam kelisa
Batasnya rata ditanam kelisa,
Tepi bendang pagi hari;
Mewah harta berbudi bahasa,
Orang memandang tingginya diri.
Permata delima harganya patut
Permata delima harganya patut,
Harganya patut seluruh benua;
Ilmu agama wajib dituntut,
Di samping dituntut ilmu dunia.
Menangkap kedari tepi perigi
Menangkap kedari tepi perigi,
Umpan keladi tunggu tak lama;
Ilmu dicari tiadanya rugi,
Ia menjadi tuntutan agama.
Pokok temu si akar lana
Pokok temu si akar lana,
Pucuk meranti si bunga turi;
Kalau ilmu disalah guna,
Ilmu nanti memakan diri.
Tumbuk belerang dibuat ramu
Tumbuk belerang dibuat ramu,
Selang hari mengubat sendi;
Berkawan orang tidak berilmu,
Menghukum diri menjadi abadi.
Sungguh ceria menyambut besan
Sungguh ceria menyambut besan,
Sanak-saudara baru bertemu;
Sifat mulia padanya insan,
Santun bicara tanda berilmu.
Tanam keladi berseli-selang
Tanam keladi berseli-selang,
Halia kera samanya lada;
Ingin menjadi insan cemerlang,
Bijak bicara ilmu di dada.
Berjalan kaki ke anak bukit
Berjalan kaki ke anak bukit,
Sampai senja mendekut tekukur;
Walaupun rezeki datang sedikit,
Diterima sahaja dengan bersyukur.
Putih berseri si bunga melur
Putih berseri si bunga melur,
Bunganya lembut letak di talam;
Salam diberi tangan dihulur,
Wajib disambut tangan disalam.
Anak beruang dua serupa
Anak beruang dua serupa,
Ke mana-mana jalan perlahan;
Jangan dibuang ibu bapa,
Cuma kerana menolak pilihan.
Negeri Sarawak panjang pantainya
Negeri Sarawak panjang pantainya,
Masuk kuala perahu berhenti;
Kalau melawak ada batasnya,
Jangan pula menggores hati.
Tepi gua menyusun balak
Tepi gua menyusun balak,
Setiap pagi susun sendiri;
Orang tua tidak berakhlak,
Amatlah rugi hidupnya diri.
Beli jamu orang Boyan
Beli jamu orang Boyan,
Bahasa ditutur tidak sama;
Datangnya tamu wajib dilayan,
Adab diatur dalam agama.
Ikan siakap si alu-alu
Ikan siakap si alu-alu,
Dua kati udang kara;
Hendak bercakap fikir dahulu,
Jangan nanti tersilap bicara.
Baru berpindah orang kuala
Baru berpindah orang kuala,
Meninggalkan kuala pagi hari;
Jaga lidah jangan mencela,
Takut tercela diri sendiri.
Hidang pengat sama bubur
Hidang pengat sama bubur,
Makan dengan roti jala;
Kena beringat budi ditabur,
Diungkit jangan hilang pahala.
Gulai haruan sedapnya rasa
Gulai haruan sedapnya rasa,
Sayur sengkuang menjiat jari;
Pandailah tuan mengguna masa,
Jika terbuang ruginya diri.
Jenguk di tingkap ke bulan terang
Jenguk di tingkap ke bulan terang,
Malam hari bukan selalu;
Jangan bersikap merendah orang,
Diri sendiri periksa dahulu.
Tikus belanda di celah bata
Tikus belanda di celah bata,
Tercelik mata terus berlari;
Jika anda terlanjur kata,
Maaf dipinta merendah diri.
Sebiji peria petai sepapan
Sebiji peria petai sepapan,
Buah pala dibelah-belah;
Kepada manusia kita bersopan,
Inikan pula kepada Allah.
Burung pekaka membuat sarang
Burung pekaka membuat sarang,
Sarang terbakar pekaka pun lari;
Jangan dibuka aib orang,
Takut terbongkar aib sendiri.
Beli Salak si buah jering
Beli Salak si buah jering,
Sama keladi buah nona;
Ilmu akhlak perlu seiring,
Baru menjadi insan sempurna.
Gulai siakap goreng tenggiri
Gulai siakap goreng tenggiri,
Makan pagi keluarga Pak Mat;
Apabila bercakap merendah diri,
Dipandang tinggi orang pun hormat.
Timun pegaga dikutip pagi
Timun pegaga dikutip pagi,
Sama Cekur di batas sebelah;
Jangan berbangga berpangkat tinggi,
Sebaliknya bersyukur kepada Allah.
Makan kurma buah delima
Makan kurma buah delima,
Delima diberi Pak Zabidi;
Ilmu agama tuntutan utama,
Pembimbing diri buat abadi.
Ikan belanak sama pelata
Ikan belanak sama pelata,
Beli selalu di Pekan Rabu;
Jika anak tak dengar kata,
Periksa dahulu didikan ibu.
Ambil benang menjahit gebar
Ambil benang menjahit gebar,
Kelamnya mata beralih ke laman;
Hendak senang terus bersabar,
Baru dikata orang beriman.
Paku rawan dibuat rojak
Paku rawan dibuat rojak,
Mi ladna kedai Mak Nina;
Pilih kawan biarlah bijak,
Jangan terkena kawan yang hina.
Berkejar-kejar di atas titi
BErkejar-kejar di atas titi,
Ayam belanda bergurau senda;
Anak diajar berbudi pekerti,
Ayah bonda pahala berganda.
Ke pasar Kerpan beli cencaru
Ke pasar Kerpan beli cencaru,
Pucuk paku sama dikelek;
Apabila berhadapan dengan guru,
Perangai laku biarlah molek.
Budak-budak bermain lidi
Budak-budak bermain lidi,
Terbertuh meja dalam dewan;
Orang tidak mengenang budi,
Lupakan sahaja sebagai kawan.
Mak Sanya berumah papan
Mak Sanya berumah papan,
Tiangnya pandak berlapik bata;
Apabila bertanya biar bersopan,
Agar tidak timbul sengketa.
Bunga cina tumbuhnya subur
Bunga cina tumbuhnya subur,
Di taman sekolah cantiknya sakan;
Jangan menghina berlagak takbur,
Silap salah boleh dimaafkan.
Atas para petai sepapan
Atas para petai sepapan,
Sambal kerang dimasak pagi;
Bual bicara biar bersopan,
Baru orang memandang tinggi.
Tidur nyenyak selepas makan
Tidur nyenyak selepas makan,
Sayur meranti pisang kaki;
Orang banyak membuat kebajikan,
Allah merahmati ditambahkan rezeki.
Memang sedap air kelapa
Memang sedap air kelapa,
Pak Dolah petik di darat;
Derhaka terhadap ibu bapa,
Dibalas Allah dunia akhirat.
Asyik menari di bulan terang
Asyik menari di bulan terang,
Gendang dipalu terus menari;
Jangan mencari salahnya orang,
Cari dahulu salah sendiri.
Pergi ke Langkat menjadi tamu
Pergi ke Langkat menjadi tamu,
Tamu Pak Roslan pembesar ketiga;
Allah mengangkat pencari ilmu,
Diberi jalan untuk ke syurga.
Buah rombong hadiah tetamu
Buah rombong hadiah tetamu,
Kak Lijah buat sendiri;
Jangan sombong jika berilmu,
Buruk natijah padanya diri.
Anak memerang jantan betina
Anak memerang jantan betina,
Datang meredah kanan dan kiri;
Mengata orang perbuatan hina,
Jaga lidah cerminan diri.
Dari Melaka ke negeri China
Dari Melaka ke negeri China,
Melawat merata tanah seberang;
Berlawak jenaka biar membina,
Bukan menista menghina orang.
Showing 3551 to 3600 of 19278 results
Page
of 386
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2