Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (5 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Tags: sosial
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
Ekonomi
Malaysia
...2 more
The Genesis of Squatting in West Malaysia with Special Reference to the Malays in the Federal Territory
Kajian ini meneroka asal usul dan perkembangan setinggan di Malaysia Barat, dengan memfokuskan khususnya kepada masyarakat Melayu di Wilayah Persekutuan. Ia mengkaji faktor sosial, ekonomi dan politik yang membawa kepada kebangkitan penempatan setinggan dan bagaimana komuniti ini telah berkembang dari semasa ke semasa. Penyelidikan itu menonjolkan cabaran yang dihadapi oleh setinggan dan tindak balas kerajaan untuk menangani isu perumahan. Kerja ini menyumbang kepada pemahaman pembangunan bandar dan dinamik sosial dalam Malaysia.
Text
orang asli
sosial
Secara amnya, roman orang Kanaq...
"Secara amnya, roman orang Kanaq tanpa mengira usia kelihatan garang dan sukar untuk senyum. Tambahan pula bila ada orang asing berhampiran mereka. Dengan nada suara yang keras mereka memang sukar didekati jika belum mesra atau biasa kelihatan di kampung mereka. Namun demikian, setelah hubungan dengan orang asing seperti penulis semakin dirasakan selamat dan tidak menyusahkan, barulah mereka mahu ketawa atau sekurang-kurangnya tersenyum."
Text
bahasa
orang asli
...1 more
Masalah penguasaan dan kefahaman bahasa...
"Masalah penguasaan dan kefahaman bahasa ini tidak boleh dilihat pada sebelah pihak sahaja. Pada sekitar tahun 1970-an hingga 1990-an setiap kakitangan JHEOA diwajibkan mempelajari bahasa Orang Asli khususnya bahasa Semai yang menjadi lingua franca bagi memudahkan mereka diterima apabila berkunjung ke perkampungan Orang Asli. Mereka mempunyai pilihan untuk berkomunikasi; sebagai sapaan mesra, mereka boleh menggunakan beberapa patah kata sapaan yang dapat menarik perhatian masyarakat kampung."
Text
gaya hidup
orang asli
...1 more
Jurang keselesaan turut jelas ketara...
"Jurang keselesaan turut jelas ketara jika pertembungan kedua-dua kelompok berlaku di zon yang bersifat neutral. Di satu pihak, masyarakat Asli sudah semakin banyak didedahkan dengan dunia di luar rizab atau petempatan tradisional mereka. Majlis penyampaian sijil KEDAP misalnya sering dibuat di Kuala Lumpur. Graduan dibawa keluar dari kampung mereka secara rombongan. Segala-galanya disediakan oleh penganjur dan mereka hanya perlu membawa diri sahaja. Apabila berada di dewan konvokesyen, situasi duduk dalam kelompok atau pergerakan ke sana-sini sesama suku kaum memang jelas ketara, walaupun majoriti yang hadir adalah dalam kalangan masyarakat Orang Asli seluruh negara yang turut diundang untuk majlis itu. Hanya para petugas dan kakitangan JAKOA yang mengurus mereka sahaj yang diterima apabila mereka mendekati. Wajah asing yang lain akan dijauhi kecuali jika terpaksa bertanyakan sesuatu. Kesimpulannya, dalam situasi yang bersifat keperluan juga, merapatkan jurang persefahaman. Pada masa depan, sukar ditentukan sama ada keadaan akan menjadi lebih baik atau sebaliknya."
Ekonomi Madani
Pertumbuhan ekonomi
...1 more
Janji Ekonomi Madani
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->