Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (19292 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
Strategi pembelajaran oleh pelajar Cina dalam pembelajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kedua
Abstrak
Kajian yang dilakukan oleh pengkaji ialah berkenaan dengan strategi pembelajaran oleh pelajar Cina dalam mempelajari bahasa melayu sebagai bahasa kedua. Tumpuan kajian ini ialah kepada pelajar Cina Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (S.J.K.C.). Strategi pembelajaran B2 ini berlaku setelah pelajar tersebut mempelajari bahasa pertama iaitu bahasa ibunda mereka.
Pengkaji telah membincangkan tentang metodologi kajian, iaitu reka bentuk kajian, tatacara penyelidikan, perbandingan antara tatabahasa bahasa melayu dengan tatabahasa cina dan jenis-jenis kesilapan yang biasanya wujud dalam menganalisis kesilapan bahasa melayu.
Analisis kesilapan korpus berdasarkan tugasan yang diberikan kepada pelajar Cina yang terdiri daripada soalan yang berbentuk karangan, dan soalan imbuhan, iaitu dengan mengisi tempat kosong. Soalan karangan,pengkaji telah membahagikannya kepada penghilangan dan pemudahan. Bagi soalan imbuhan pula dibahagikan mengikut awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Dengan menganalisis soalan-soalan, pengkaji telah dapat mengetahui tentang punca-punca kesilapan berlaku.
Pengkaji telah membahagikan kesilapan-kesilapan tersebut mengikut kreteria-kreteria tertentu. Misalnya kejanggalan berbahasa, kekonstituen, mudah sukar dan sebagainya. Pengkaji juga membuat rumusan daripada borang soal selidik yang telah diedarkan.
Akhirnya pengkaji telah mengemukakan faktor-faktor kesilapan dan cadangan untuk memperbaiki strategi pembelajaran yang ada.
Text
Pengurusan Institusi Kesenian : Cara mengurus aktiviti kebudayaan, di Pejabat Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Kelantan
Abstrak
Kajian yang dilakukan ini adalah untuk mengetahui dengan jelasnya bagaimana untuk menguruskan sesuatu aktiviti kebudayaan yang dianjurkan. Aktiviti kebudayaan seperti persembahan nyanyian, lakonan, seni muzik, seni permainan yang telah dan akan dijalankan oleh pihak tertentu di kaji bagaimana cara pengurusannya. Selama ini kita hanya melihat dan menceburkan diri dalam salah satu unsur kebudayaan yang ada di negara kita dan tidak mengetahui tentang apakah yang dilakukan oleh pengarah suatu aktiviti kebudayaan itu sebelum aktiviti dijalankan.
Juga dikaji tentang Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia dalam mempelbagaikan aktiviti kebudayaan peranan dan sumbangan agensi-agensi di bawahnya untuk mengembangkan aktiviti kebudayaan dikaitkan dengan cara mengurusnya. Dinyatakan juga aktiviti yang telah dijalankan oleh salah satu jabatan yang bernaung di bawah Kementerian ini iaitu Pejabat Kebudayaan, Kesenian dan Warisan bagi negeri Kelantan kerana kajian dilakukan disana.
Segala aktiviti yang dijalankan di Pejabat Kebudayaan tersebut dinyatakan sedikit dan dikaitkan dengan bagaimana semua aktiviti itu diuruskan. Disertakan juga langkah-langkah asa yang paling penting dalam menguruskan aktiviti kebudayaan tidak kiralah seni persembahan atau seni rupa.
Text
Falsafah dan pemikiran dasar kebudayaan kebangsaan
Kebudayaan bukan hanya bermakna kesenian, apalagi menghubungkan kesenian itu kepada seni tari atau seni muzik yang akhirnya bagi setengah pihak membawa makna sebagai hiburan.
Text
Masalah penerbitan buku teks
Penulisan dan penerbitan buku teks untuk sekolah menengah hendaklah dijadikan seperti 'Perdagangan Bebas' kerana ia boleh meningkatkan mutu pelajaran di negara ini.
Text
Cerpen: sebuah drama; seorang gadis dan sebilah keris
Sambil memeluk tubuh, dia menyandarkan diri ke bibir tingkap bersama renungan hiba saperti mencari sesuatu di wajahku.
Text
Helikopter kebanggaan Indonesia
Industri Nurtanio dimulakan pada 1976 dengan memikul tanggungjawab membina kapal terbang 19 penumpang.
Text
Bahasa Melayu
Meneliti tasawuf atau tariqat sebagai laras khas dalam bahasa Melayu melalui empat teks sufi
Kajian ini meneliti Tasawuf sebagai satu laras bahasa yang khas dalam bahasa Melayu melalui analisis linguistik dan leksikal dari empat karya sufi, menunjukkan penggunaan bahasa kiasan, simbolik, serta istilah khusus dan pinjaman dari bahasa Arab.
Text
Mural yang melambangkan penyerapan seni dan rohani
Sulaiman Esa berjaya mencipta bentuk mural sebagai memahatkan perjuangan bangsa Melayu melalui semangat, ciri Islam dan keindahan alam anugerah Tuhan yang beridentitikan Melayu.
Text
Penulisan biografi diabaikan
Tujuan asal biografi iaitu memperingati keistimewaan kehidupan seseorang telah memandu penulis biografi untuk menggambar dan mentafsir subjek penulisannya dari pelbagai bentuk personaliti subjeknya itu.
Text
sastera Melayu
Antara komersialisme dengan intelektualisme dalam novel Getaran Rindu
Kajian ini membincangkan peranan pengarang novel Melayu dalam menghasilkan karya yang bukan sahaja memenuhi kehendak komersial tetapi juga mengandungi nilai intelektual dan tanggungjawab moral, dengan menganalisis novel Getaran Rindu karya Norzailina Nordin sebagai contoh.
Text
A. Samad Said: dari Salina ke wira bukit
Sasterawan kreatif Melayu yang berjiwa besar, yang telah menghabiskan separuh dari umurnya dengan sumbangan yang bernilai dan cemerlang.
Text
Sudut buku: Trengkas mengikut kurikulum baru
Bagi pelajar-pelajar trengkas, buku tersebut dikira lengkap untuk penulisan semua perkataan bahasa Malaysia, dan perkataan-perkataan asing yang telah diserapkan menjadi perkataan bahasa Malaysia.
Text
Kesenian Melayu
Seni, seni hias, seni reka, reka bentuk dan estetika daripada persepsi umum dan orang Melayu
Kajian ini membincangkan seni dan seni hias dari perspektif Melayu, menekankan proses kreatif dalam reka bentuk kraf yang melibatkan elemen seperti garisan, warna, bentuk, dan tekstur, serta hubungan erat antara estetika kraf dengan budaya mereka.
Text
Penulis tamu: Prof. Mohd. Taib menulis jangan kehilangan punca
Pertubuhan-pertubuhan Melayu asyik mengejar yang besar, yang senang mendapat perhatian, seperti menubuhakan koperasi-koperasi yang besar, supaya dapat mengokot untung yang besar.
Text
Sosio budaya Melayu
Evolusi penyatuan kebudayaan Islam, identiti, kebangkitan Islam dan cabaran semasa dalam kehidupan Melayu
Kajian ini membahas peranan Islam dalam membentuk identiti budaya Malaysia, pengaruh budaya lain dalam amalan tradisional Melayu, kesan penjajahan Barat, perjuangan kemerdekaan, serta cabaran dan strategi untuk memperbaiki imej umat Islam dan Melayu di era moden.
Text
Dari menara gading: disiplin mula dicabar
Di universiti-universiti di Malaysia, masalah tatatertib adalah perkara pokok selain daripada perkara-perkara yang berhubungan dengan pencapaian akademik.
Text
Setiap hari saksi keganasan di rumah
Melalui episod-episod drama jenayah atau tayangan filem jenayah, para penonton menyaksikan pembunuhan, rogol, rompak, dan berbagai jenis keganasan lain.
Text
Sosio budaya Melayu
Faktor kejayaan dan kecemerlangan orang Melayu menurut Mohamed Idris al-marbawi
Kajian ini membahas idea dan pandangan al-Marbawi dalam memajukan orang Melayu dan umat Islam melalui karya-karya tulisannya, dengan menyoroti biodata singkat serta gagasan dari beberapa karya seperti Majalah Seman al-Azhar, Bahr al-Madhi, Nizam al-Hayat, dan Kitab Perbendaharaan Ilmu.
Text
Kerana kurang didikan agama
Gejala baru yang timbul di kalangan pelajar di tahun tujuh puluhan dan lapan puluhan ialah kegiatan menyalahguna dadah.
Text
sastera Melayu
Zeitgeist di cakera nusantara
Kajian ini membahas potensi Asia Tenggara sebagai penghasil teori lokal, pascakolonialisme dan pencarian identitas, pengaruh pascamodernisme, serta penguatan identiti sastra Malaysia dan Asia Tenggara dalam konteks multidisiplin dan penggunaan bahasa sebagai modal budaya.
Text
Bahaya kasih sayang berlebihan
Ibu bapa Melayu memberikan kasih-sayang yang berlebihan tetapi kurang mengenakan disiplin kepada anak-anak mereka.
Text
Disiplin sekolah: Di mana silapnya?
Disiplin telah dipeloporkan oleh kaum penjajah dari Barat melalui satu bentuk pendidikan yang dikenali sebagai sistem pendidikan sekular.
Text
Setangkai mawar: Pergaduhan di kalangan pelajar
Di antara sebab tercetusnya pergaduhan dipercayai berpunca dari "semangat kenegerian" yang tebal di kalangan mereka.
Text
Penggunaan bahasa melalui peribahasa
Bagi menggambarkan seseorang yang bercakap dengan bijaksana, dengan menggunakan gaya bahasa yang indah dan menarik dikatakan bercakap dengan 'bunga bahasa'.
Text
Sudut buku: "Yang Memilih Jelatang" ada yang membosankan
Yang Memilih Jelatang, mengisahkan bagaimana seorang lelaki Jepun yang inginkan kehidupan secara barat tetapi di luar kehendaknya, dia masih mahu mengikuti cara hidup orang-orang Jepun di bandaraya Osaka.
Text
sastera Melayu
Intertekstualiti dan kitab tafsir Melayu
Kajian ini menganalisis aplikasi teori intertekstualiti dalam tafsir Melayu "Tarjuman al-Mustafid" oleh Syeikh Abdul Rauf Ali al-Fansuri al-Singkeli, dengan fokus pada penyerapan dialog dalaman dan luaran serta keseimbangan antara kedua-duanya dalam teks tersebut.
Text
Sedutan dari buku: Sikap dan peribadi Dato' Onn
Dato' Onn berani menuntut sesuatu dengan hak yang betul menurut undang-undang hak asasi manusia.
Text
Sosio budaya Melayu
Budaya kerja cemerlang menurut perspektif Islam: Amalan perkhidmatan awam Malaysia
Kajian ini menggambarkan konsep Budaya Kerja Cemerlang di Malaysia sebagai pendekatan pengurusan yang berfokus pada proses kerja yang baik dan berintegriti, diperkuat oleh nilai-nilai Islam, untuk mencegah penyalahgunaan kuasa dan mencapai matlamat pembangunan negara.
Text
Kesenian Melayu
Content design for e-learning in Malaysia: Visual performing arts
Kajian ini menekankan pentingnya gabungan elemen teori dan praktik dalam pembelajaran kesenian Melayu melalui pembangunan E-Data yang melibatkan CD interaktif dan laman web, dengan fokus pada seni visual dan seni persembahan, serta penggunaan sistem modul untuk meningkatkan keberkesanan pembelajaran dengan aplikasi teknologi tinggi.
Text
Orang Asia jadi abdi di Britain
Seorang daripada puteri keturunan Kuwait telah melarikan diri ke negara asalnya untuk mengelak daripada menerima hukuman.
Text
Cerpen: Kasihnya murni
Tidak ada sesuatu yang paling murni di dalam sesebuah kehidupan selain dari kasih sayang.
Text
Bahasa Melayu
Bahasa reseptif dan bahasa ekspresif dalam komunikasi verbal: Pemelajaran bahasa Melayu kanak-kanak sindrom down
Kajian ini membincangkan pemerolehan bahasa verbal dalam kalangan kanak-kanak sindrom Down, yang memerlukan pendekatan khusus dalam pembelajaran bahasa Melayu melalui penggunaan bahan konkrit untuk merangsang perkembangan kognitif mereka, kerana mereka lebih cenderung sebagai pelajar visual berbanding auditori.
Text
Kaum Dayak di Sarawak terima angin perubahan
Keturunan Dayak yang mendiami di hutan-hutan Sarawak dan Kalimantan menjalani seluruh kehidupan mereka berhampiran sungai.
Text
Sosio budaya Melayu
Impak sosioekonomi ke atas dinamik perkahwinan dan kualiti keibubapaan wanita Melayu
Kajian ini mengenai impak kelemahan sosioekonomi terhadap dinamik perkahwinan dan kualiti keibubapaan di kalangan wanita Melayu, menunjukkan bahawa kondisi sosioekonomi yang rendah mengakibatkan kualiti perkahwinan dan keibubapaan yang rendah, yang seterusnya berpotensi mempengaruhi generasi muda dalam masyarakat.
Text
Social problems
Homoseksual: merebak dalam senyap
Sungguhpun kenyataan mengatakan tidak ada kes AIDS di Malaysia tetapi itu tidak bermakna penyakit tersebut tidak akan menyerang negara kita.
Text
Sosio budaya Melayu
Pengaruh tafsir al-manar dan kesannya kepada perjuangan reformis tempatan memartabatkan pendidikan orang-orang Melayu
Kajian ini membincangkan pengaruh Tafsir Al-Manar oleh Sayyid Muhammad Rashid Rida terhadap pemikiran reformis Islam di Malaysia, khususnya mengenai kepentingan pendidikan untuk mengatasi kemiskinan di kalangan orang Melayu melalui penguasaan ilmu yang relevan.
Text
Bahasa Melayu
Penulisan bahasa Cendekia
Kajian ini membincangkan kepentingan penguasaan bahasa cendekia dalam penulisan bagi guru dan pensyarah, yang perlu menghasilkan bahan kuliah yang tepat dan beradab sebelum menyampaikan pengajaran.
Text
Kelab-kelab Gay di Kuala Lumpur
Kelab-kelab ini setengahnya berpusat di kelab-kelab malam eksklusif sekitar ibu kota dan setengah-setengah yang lain pula tertupu di rumah-rumah "double story link" dan banglo di kawasan-kawasan perumahan golongan-golongan "middle class" atau "upper class".
Text
Tokoh sains dunia: Archimedes (287-212 s.m.)
Archimedes bercita-cita menumpukan minatnya terhadap kerjayanya sebagai seorang ahli ilmu hisab falsafah, sambil meluasakan pengetahuan manusia dalam lapangan matematik.
Text
Dunia teater Meor Hashim Manap
Bagi pemerhati teater yang teliti, Mior Hashim Manap adalah lambang kerajinan dan kegigihan tenaga muda yang penting dan berdisiplin.
Text
Terminologi dalam kerangka perancangan bahasa melayu di Malaysia
Abstrak
Penulisan latihan ilmiah ini ialah kajian tentang terminologi dalam perancangan bahasa melayu di Malaysia. Perancangan bahasa melayu telah memperlihatkan banyak usaha serta kegiatan yang dilaksanakan bagi menjayakannya. Perancangan bahasa melayu dalam memartabatkan bahasa itu sendiri dan terminologi sebagai bidang penting. Seharusnya kegiatan serta usaha yang dijalankan dalam bidang terminologi diketahui dan difahami oleh umum. Dalam kajian ini, penulis membicarakan tentang pengertian umum terminologi, kerja terminologi dan kegiatan terminologi bagi menggambarkan istilah terminologi itu sendiri. Selanjut penulis menghuraikan tentang tujuan kajian, skop kajian, kajian terdahulu dan definisi bahasa melayu, perancangan bahasa dan terminologi dalam kajian ini. Penulis kajian ini meneliti perkembangan terminologi bermula dengan penubuhan Bahagian Peristilahan DBP dan zaman perkembangannya iaitu zaman peristilahan DBP (1956 - 1974) dan zaman MABBIM (1975 hingga kini). Penulis juga menghuraikan kerja terminologi, peringkat kerja terminologi dan pembakuan terminologi di Malaysia. Manakala kegiatan terminologi peringkat serantau dihuraikan dengan melihat penubuhan MABBIM sebagai organisasi yang bertanggungjawab dalam hal berkaitan terminologi serantau. Selain daripada itu, sejarah terminologi juga dihuraikan akan turut melihat tiga aliran peristilahan, iaitu Vienna, Prague dan Soviet. Penulis juga akan menyentuh usaha-usaha dan perancangan yang dilakukan oleh Bahagian Peristilahan dalam tempoh 1960 hingga kini. Bab akhir penulis membuat kesimpulan tentang kajian yang dilakukan dan memberikan beberapa saranan untuk memperkayakan lagi bidang terminologi.
Text
Pelancongan di Kemaman, Terengganu Darul Iman
Abstrak
Kajian yang dilakukan ini adalah berkenaan dengan aspek pelancongan yang terdapat di Kemaman, Terengganu Darul Iman. Daerah Kemaman ini dilihat berpotensi sebagai salah satu destinasi pelancongan yang terunggul di negara ini kelak. Dengan kelebihan yang dimiliki, ia mampu untuk menarik minat para pengunjung untuk datang ke negeri Terengganu. Walaupun daerah lebih menonjol dengan kepesatan perindustriannya, namun ia tetap berpotensi untuk dijadikan destinasi pelancongan pilihan ramai.
Keistimewaan di Kemaman bukan sahaja terletak pada tempat-tempat yang menarik yang terdapat di sana, tetapi juga dengan kelebihan, keunikan dan keajaiban elemen-elemen yang lain. Elemen yang dimaksudkan itu adalah melalui makanannya yang banyak menggunakan sumber-sumber laut sebagai bahan utama. Selain itu, kerlipan sejenis serangga yang dikenali sebagai kelip-kelip juga mampu untuk menyinar daerah Kemaman ini sebagai salah sebuah destinasi pelancongan yang wajar untuk dikunjungi.
Dengan kelebihan tersendiri yang dimiliki, daerah Kemaman dipercayai mampu menarik perhatian para pelancongan tidak kira tempatan mahupun antarabangsa untuk berkunjung ke sana. Apa yang pasti, para pengunjung akan menikmati seribu kepuasan di sebalik percutian mereka kelak.
Text
Kajian bahasa dalam Rangkaian Perbualan Internet (IRC)
Abstrak
Latihan ilmiah ini akan melihat ciri-ciri laras bahasa yang digunakan dalam perbualan di Internet terutamanya di dalam Rangkaian Perbualan Internet (IRC) dan juga forum Internet. Kajian di dalam Internet ini sebenarnya melibatkan salah satu bidang yang luas. Kajian ini akan tertumpu pada bahasa yang digunakan semasa berkomunikasi di dalam Internet.
Kajian ini telah terbahagi kepada 5, bab di mana pada bab pertama pengenalan akan disentuh tentang ulasan-ulasan pendahuluan mengenai kajian ini. Manakala dalam bab kedua penulis akan membincangkan tentang kosa ilmu yang berkaitan dengan kajian ini. Isu-isu yang akan disentuh adalah seperti Bahasa Rojak yang hangat diperkatakan pada masa sekarang. Dalam bahagian Bahasa Rojak ini, penulis telah membahagikannya kepada dua bahagian iaitu tentang Penukaran Kod dan Pembauran Kod. Seterusnya adalah tentang Penyikiran Bahasa dan Emotikon.
Dalam Bab 3 pula akan dibincangkan tentang Rangkaian Perbualan Internet(IRC). Disini penulis akan membincangkan jenis-jenis program IRC yang popular digunakan di kalangan penduduk Malaysia. Dalam bab ini juga akan dibincangkan tentang sejarah perkembangan IRC. perbincangan tentang analisis kajian akan dibuat dalam Bab 4 dan akhir sekali hasil daripada kajian dan dapatan akan dibincangkan dalam bahagian Bab 5.
Kajian ini hanya akan melibatkan teks perbualan yang telah diambil dari beberapa program IRC yang terdapat dalam Internet. Berdasarkan kepada teks perbualan yang diambil, aspek yang akan dikaji adalah seperti Penukaran Kod, Pembauran Kod. Singkatan dan Emotikon. Pemilihan kajian ini adalah penting kerana sedikit sebanyak ia melibatkan isu Bahasa Rojak yang hangat diperkatakan baru-baru ini. Hasil daripada kajian ini diharapkan akan memperjelaskan isu tentang Bahasa Rojak ini.
Text
Industri pelancongan Pahang : Tarikh-tarikh dan kesan pelancongan di Pahang Darul Makmur
Abstrak
Kajian menyentuh mengenai industri pelancongan di negeri Pahang Darul Makmur. Bagi permulaannya, kajian akan menyentuh mengenai negeri Pahang secara umum dan juga mengenai sejarah negeri ini. Kajian akan membawa kepada pihak-pihak yang terlibat dalam industri pelancongan selain daripada peranan-peranan yang harus dimainkan atau dijalankan oleh semua pihak sama ada pihak kerajaan, pihak swasta, pihak bukan kerajaan, individu mahupun pelancong itu sendiri.
Dalam bab yang berikutnya, pengkaji menyentuh mengenai destinasi-destinasi menarik yang ada di Pahang. Destinasi-destinasi ini merangkumi destinasi seperti pantai-pantai yang menarik untuk dijadikan tumpuan pelancongan, selain dari kawasan-kawasan tanah tinggi yang mampu menarik sebahagian pelancong untuk berkunjung ke sini. Begitu juga bagi bab seterusnya yang akan menyentuh mengenai tarian-tarian tradisi yang terdapat di negeri Pahang. Bagi setiap jenis tarian, akan diterangkan mengenai sejarah asal-usul mengenainya, diikuti dengan ciri-ciri lain seperti peralatan, kostum, penari dan juga lain-lain yang berkaitan dengannya.
Bab seterusnya dalam kajian ini, akan menyentuh tentang muzium yang terdapat di negeri Pahang, selain akan menyentuh serba sedikit mengenai peranan dan juga fungsi muzium dalam perkembangan teknologi dan juga peredaran zaman. Melalui bab ini juga, pengkaji akan menyentuh mengenai satu jenis permainan tradisi masyarakat di Malaysia yang juga terdapat di negeri Pahang iaitu gasing pangkah. Ia akan menyentuh mengenai sejarah serba sedikit mengenai kewujudan gasing selain dari peraturan-peraturan yang perlu ada dalam sesuatu permainan gasing.
Bagi bab yang keenam pula, pengkaji menyentuh mengenai kesan-kesan pelancongan dari sudut alam sekitar dan juga sosio-budaya dengan melihat impak dari sudut positif mahupun negatif. Penutup kepada bab ini dihuraikan dalam bab yang terakhir. Melalui bab ini, pengkaji akan membuat kesimpulan keseluruhan mengenai industri pelancongan yang ada di Pahang dan pandangan pengkaji mengenai masa depan industri ini di masa hadapan.
Text
Sistem bunyi Bahasa Lundayeh : Kajian kes di Kampung Baru Jumpa Tenom, Sabah
Abstrak
Latihan ilmiah ini adalah kajian mengenai sistem bunyi Bahasa Lundayeh yang dituturkan di Kampung Baru Jumpa Tenom, Sabah.
Kajian ini terbahagi kepada 5 bahagian yang utama, iaitu bab 1 sebagai pendahuluan, bab 2 sebagai definisi-definisi sistem bunyi, bab 3 dan bab 4 membincangkan tentang bunyi vokal, konsonan, diftong, rangkap fenom dan gandaan fenom serta bab 5 sebagai kesimpulan.
Bab 1 membuka tirai kajian dengan mengemukakan serta menjelaskan tentang latar belakang kajian, permasalahan kajian,kajian terdahulu, tujuan kajian, metodologi dan masalah dalam kajian.
Bab 2 pula membincangkan tentang definisi-definisi sistem bunyi bahasa berdasarkan pendapat tokoh-tokoh bahasa dan memberi contoh secara umum sahaja. Aspek sistem bunyi yang didefinisikan ialah vokal, konsonan, diftong, rangkap vokal, rangkap konsonan, gandaan fonem dan ciri-ciri koartikulasi yang hadir dalam vokal dan konsonan
Seterusnya, huraian mengenai sistem bunyi vokal Bahasa Lundayeh dihurai dalam bab 3. Kajian sistem vokal ini dibuat berdasarkan penyebaran vokal, iaitu di suku kata terbuka di awal dan akhir kata dan suku kata tertutup di awal dan akhir kata. Bab ini juga menghuraikan tentang bunyi diftong Bahasa Lundayeh serta meneliti rangkap vokal yang wujud. Vokal Bahasa Lundayeh yang diteliti diringkaskan dalam bentuk jadual.
Bab 4 juga menghuraikan salah satu sistem bunyi yang wujud iaitu sistem konsonan Bahasa Lundayeh. Seperti juga sistem vokal konsonan juga dihuraikan dengan melihat penyebarannya di awal, tengah dan akhir kata. Selain itu, bab ini juga membincangkan tentang rangkap konsonan dan gandaan konsonan.
Untuk mengakhiri kajian ini, bab 5 sebagai penutup tirai membuat kesimpulan berdasarkan bab-bab yang sebelumnya. Bab ini juga membuat sedikit perbandingan Bahasa Lundayeh yang terdapat buku Asmah Haji Omar iaitu Susur Galur Bahasa Melayu dengan dapatan kajian latihan ini. Disertakan juga cadangan dan harapan untuk kajian yang selanjutnya.
Text
Sosio budaya Melayu
Laras Bahasa Dusun Selimoh
Abstrak
Bahasa merupakan alat komunikasi bagi manusia yang telah dijadikan oleh Allah S.W.T sebagai khalifah dimuka bumi ini . Tanpa bahasa tidak mungkin manusia dapat mentadbir bumi dengan sempurna. Bahasa adalah pencetus idea-idea bagi manusia untuk mencapai kemajuan dan keharmonian hidup sesama insan.
Latihan ilmiah ini, mengkaji laras BD dalam akhbar NST. Kajian ini bertujuan meneliti laras-laras yang terdapat dalam akhbar BD. Seterusnya beberapa jenis laras yang diperolehi akan dianalisis untuk melihat ciri-ciri yang terdapat dalam laras tersebut.
Bab 1 akan membincangkan latar belakang kajian, tujuan kajian, kaedah kajian, skop kajian, bahan kajian masalah kajian dan metodologi kajian, dalam Bab 2 pula, kajian akan membincangkan tentang definisi laras, ciri-ciri yang perlu dilihat untuk mengkaji sesuatu laras dalam akhbar dan akhir sekali penutup iaitu rumusan daripada perkara yang dibincangkan dalam bab 2.
Seterusnya, Bab 3 akan membincangkan tentang aspek perbendaharaan kata. Antara aspek yang diteliti ialah jenis istilah yang digunakan dalam laras tersebut. Aspek perbendaharaan kata ini akan dilihat dalam 3 jenis laras yang terdapat dalam akhbar dan seterusnya diteliti untuk dianalisis. Laras-laras yang akan dianalisis ialah laras berita politik, laras berita undang-undang dan laras berita rencana pendidikan.
Dalam Bab 4 pula aspek morfologi dan sintaksis akan dibincangkan. Aspek morfologi akan dilihat dari aspek golongan kata iaitu kata kerja berimbuhan dari kata tugas. Manakala aspek sintaksis akan melihat dari aspek ayat penyata,ayat aktif, ayat majmuk dan ayat pemeri. Tujuan utama analisis dalam bab ini adalah untuk melihat ciri-ciri laras yang terdapat dalam bahasa Dusun. Jenis laras yang akan dikaji dalam analisis bab 4 ialah laras berita politik, laras berita undang-undang dan laras berita ruangan pendidikan.
Akhir sekali Bab 5 akan membincangkan rumusan daripada keseluruhan bab yang telah dibincangkan. Selain itu, terdapat juga cadangan-cadangan yang disertakan oleh penulis tentang kajian yang perlu untuk perkembangan bahasa Dusun.
Text
Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur : Kajian ke atas peranannya dalam pembangunan seni teater moden di Kuala Lumpur
Abstrak
Kajian yang dilakukan ini adalah berkenaan dengan pengurusan seni dan budaya khususnya dalam bidang seni teater. Kajian ini cuba melihat bagaimana sebuah organisasi kerajaan di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia iaitu Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan melakukan pengurusan dan secara tidak langsung membangunkan bidang seni teater moden khususnya di Kuala Lumpur.
Seni teater yang pada mulanya menjadi suatu elemen bagi pemupukan perpaduan kaum lantaran peristiwa 13 Mei 1969, kini umpama seperti melukut ditepi gantang. Walaupun akhir-akhir ini telah wujud seakan gelombang kesedaran namun seni teater masih ‘miskin’ khalayak, penghayat dan penggiatnya. Sikap apresiasi dan pemahaman rakyat Malaysia masih terlalu rendah berbanding dengan seni filem umpamanya. Sedangkan dari sudut fizikaliti kedua-duanya hampir sahaja sama. Malah seni teater lebih mencabar kerana sifatnya yang terbuka, iaitu secara langsung dan kadangkala spontan.
Kuala Lumpur yang merupakan ibu kota Malaysia cuba dijadikan pemangkin kepada sebuah Bandar Budaya, yang mana segala naskhah dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan teater dapat dibawa serta dipentaskan di Kuala Lumpur dan dalam masa yang sama ia dijadikan lambang Pusat Kegiatan Budaya yang merangkumi semua seni terutamanya bidang seni teater. Oleh itu, pengkaji cuba mengupas aspek penglibatan organisasi kajian dalam bidang seni teater.
Malah melalui kajian ini juga, pengkaji dapat melihat sejauh mana keberkesanan peranan dan penglibatan jabatan dalam mengurus dan membangunkan seni teater khususnya di Bandaraya Kuala Lumpur.
Melalui kajian ini juga dapat diperhatikan sumbangan organisasi kajian kepada para aktiviti dan penggiat seni teater tanahair dalam memartabatkan seni pementasan teater ke satu wadah yang dapat dihayati oleh segenap lapisan masyarakat. Apatah lagi, para penggiat seni teater ini banyak sumbangan terhadap pembangunan nilai kerohanian serta keintelektualan minda masyarakat.
Text
Perusahan tanaman Rumbia: Satu kajian kes di kampung Menunggang, Kuala Penyu, Sabah
Abstrak
Sesungguhnya, Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan tumbuhan semula jadi yang tinggi nilainya. Terletak di kawasan khatulistiwa, tanah di Malaysia sesuai ditanam dengan pelbagai jenis tanaman kontan. Tanahnya yang subur sangat sesuai dengan tumbuhan seperti koko, getah, kelapa sawit, kelapa disamping buah-buahan tempatan yang pelbagai. Disebabkan perkara ini, rakyat di negara kita memperolehi rezeki yang melimpah ruah yang dapat dinikmati bersama.
Perusahan berasal dari kata dasar “usaha’ yang bermaksud daya upaya (ikhtiar, kegiatan,perbuatan,dll) untuk mencapai sesuatu (kamus dewan, edisi ketiga). Manakala, perusahaan pula bermaksud sebagai pekerjaan secara besar-besaran untuk membuat (menghasilkan,mengeluarkan) barang-barang. Definisi yang diungkapkan ini sebenarnya ada kaitan dengan kajian yang dilakukan oleh pengkaji.
Kajian yang dihasilkan ini adalah mengenai aktiviti perusahaan tanaman sagu yang dijalankan di kampung kelahiran pengkaji. Tujuan utama kajian ini dilaksanakan adalah untuk menerangkan mengenai kegiatan perusahaan sagu secara terperinci. Ia merangkumi beberapa aspek seperti latar belakang perusahaan, amalan kultura, kaedah memproses, produk kegunaan, masalah yang dihadapi dan akhir sekali adalah analisis kewangan.
Walaupun terdapat kajian lain yang berkaitan dengan tanaman sagu, tetapi pengkaji yakin bahawa belum terdapat mana-mana kajian yang menjurus pada Perusahaan Tanaman Sagu di Kg. Menunggang. Jadi, disebabkan itulah, pengkaji rasa perlu untuk melaksanakan satu kajian mengenainya agar masyarakat dapat mengetahui serta beroleh sedikit sebanyak pengetahuan dari kajian ini.
Tidak dinafikan lagi bahawa setiap tempat berbeza dari segi budaya dan cara kehidupan sehari-hari.
Walaupun kajian mengenai tanaman rumbia ini ada dilakukan oleh orang lain, tetapi pengkaji yakin bahawa terdapat pelbagai tempat tetapi latar belakang dan cara pengurusannya adalah berbeza. Jadi, disebabkan itulah pengkaji cuba menerangkan mengenai perusahaan tanaman ini di kampung pengkaji yang mungkin mempunyai perbezaan dengan tempat-tempat yang lain.
Text
Analisis tahap penguasaan bahasa melayu di kalangan murid-murid tahun enam Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil) Vivekanda, Brickfields.
Abstrak
Kajian ini melihat tahap penguasaan bahasa melayu di kalangan murid-murid tahun enam. Kajian ini juga berdasarkan penulisan karangan yang dijalankan sendiri oleh pengkaji. Jelas diketahui bahawa murid-murid ini secara tidak langsung dipengaruhi oleh bahasa ibunda yang terdapat dalam pertuturan sehari-seharian termasuklah dalam penulisan karangan bahasa melayu.
Kesalahan dalam pelbagai aspek bahasa melayu terutama dalam penulisan karangan murid-murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil adalah satu fenomena yang berlarutan sehingga hari ini. Kesalahan murid-murid ini terdapat dalam pelbagai aspek seperti tanda baca, kesalahan ejaan, imbuhan, penstrukturan ayat, perbendaharaan kata dan sebagainya.
Terdapat beberapa faktor penyebab berlakunya fenomena ini dan langkah yang drastik harus diambil dari semua pihak dan bukan meletakkan masalah ini kepada pihak sekolah semata-mata tetapi pihak kementerian pendidikan serta ibu bapa juga boleh berganding bahu bagi memastikan masalah penguasaan bahasa melayu dapat diatasi.
Text
Produk pelancongan di sekitar zon bandar Kuala Terengganu
keistimewaan dan sumbangan
Abstrak
Kajian ini dihasilkan adalah bertujuan untuk memperkenalkan keistimewaan beberapa lokasi dan produk pelancongan yang terdapat di sekitar zon bandar Kuala Terengganu. Kajian ini adalah di dasari dengan objektif untuk melihat sumbangan produk pelancongan di negeri Terengganu iaitu dengan menfokuskan kepada lokasi yang terpilih iaitu sekitar zon bandar Kuala Terengganu ini, kepada industri pelancongan dan masyarakat secara umumnya. Aspek-aspek keistimewaan ini dibahagikan kepada beberapa bahagian tertentu yang boleh dilihat sebagaimana yang di bawah:
Pada Bab Satu pengkaji akan menerangkan berkenaan pernyataan kajian hal ini adalah merangkumi latar belakang kajian, objektif kajian, masalah kajian, kaedah kajian, kepentingan kajian dan sebagainya.
Pada Bab Dua pula pengkaji akan menerangkan pula berkenaan sejarah dan sosio-budaya negeri Terengganu Darul Iman. Hal ini adalah merangkumi sejarah, pentadbiran, geografi, penduduk, bahasa, geografi dan sebagainya.
Pada Bab Tiga iaitu pengkaji akan menerangkan tentang industri pelancongan di negeri Terengganu. Di sini, pengkaji akan menyentuh berkenaan pelancongan termasuklah definisi pelancongan, berkenaan misi, objektif dan dasar pelancongan negeri Terengganu dan sebagainya.
Pada Bab Empat pula pengkaji akan menerangkan kelebihan bandar Kuala Terengganu dan produk pelanconganya. Ia adalah merangkumi bentuk-bentuk produk di kawasan kajian dan keistimewaanya berdasarkan pembahagian-pembahagian yang tertentu sama ada dari sudut sejarah, seni bina, kerja-kraftangan, lokasi menarik dan lain-lain keistimewaanya.
Pada Bab Lima pula, pengkaji akan bincangkan berkenaan prasarana pelancongan yang terdapat di kawasan kajian. Dalam bab ini pengkaji akan membincangkan berkenaan prasarana pelancongan misalnya, perkhidmatan dan pengangkutan juga membincangkan agensi-agensi yang berkepentingan yang turut membantu dalam perkembangan industri pelancongan di negeri Terengganu khususnya, di bandar Kuala Terengganu.
Pada Bab Enam pula pengkaji akan menyentuh berkenaan sumbangan produk pelancongan yang terpilih ini kepada industri pelancongan tempatan dan juga penduduk di negeri Terengganu khususnya, penduduk di bandar Kuala Terengganu ini secara umum.
Pada Bab Tujuh iaitu bab penutup, pengkaji akan merumuskan segala aspek perbincangan yang telah dibuat pada bab-bab yang sebelumnya.
Showing 5451 to 5500 of 19292 results
Page
of 386
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2