Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (19606 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Kajian agama dalam masyarakat-masyarakat berskala kecil
" Kajian agama dalam masyarakat-masyarakat berskala kecil yang dianalisis oleh para ahli antropologi sosial ..."
Kajian akademik kedudukan Hadith dalam karya Ulama Melayu
" Sebagaimana yang sudah kita bahaskan dalam bab pertama dahulu bahawa sudah agak banyak kajian terhadap karya-karya klasik Melayu-Islam..."
Text
Kajian bahan binaan untuk kerja-kerja pemuliharaan tugu peringatan negara, jalan Parlimen, Kuala Lumpur
Kerja-kerja pemuliharaan dan baikpulih Tugu Peringatan Negara, Kuala Lumpur telah dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) dan Jabatan Muziun dan Antikuiti (JMA) dari Ogos 2002 - Jun 2003...
Text
Kajian bahasa dalam Rangkaian Perbualan Internet (IRC)
Abstrak
Latihan ilmiah ini akan melihat ciri-ciri laras bahasa yang digunakan dalam perbualan di Internet terutamanya di dalam Rangkaian Perbualan Internet (IRC) dan juga forum Internet. Kajian di dalam Internet ini sebenarnya melibatkan salah satu bidang yang luas. Kajian ini akan tertumpu pada bahasa yang digunakan semasa berkomunikasi di dalam Internet.
Kajian ini telah terbahagi kepada 5, bab di mana pada bab pertama pengenalan akan disentuh tentang ulasan-ulasan pendahuluan mengenai kajian ini. Manakala dalam bab kedua penulis akan membincangkan tentang kosa ilmu yang berkaitan dengan kajian ini. Isu-isu yang akan disentuh adalah seperti Bahasa Rojak yang hangat diperkatakan pada masa sekarang. Dalam bahagian Bahasa Rojak ini, penulis telah membahagikannya kepada dua bahagian iaitu tentang Penukaran Kod dan Pembauran Kod. Seterusnya adalah tentang Penyikiran Bahasa dan Emotikon.
Dalam Bab 3 pula akan dibincangkan tentang Rangkaian Perbualan Internet(IRC). Disini penulis akan membincangkan jenis-jenis program IRC yang popular digunakan di kalangan penduduk Malaysia. Dalam bab ini juga akan dibincangkan tentang sejarah perkembangan IRC. perbincangan tentang analisis kajian akan dibuat dalam Bab 4 dan akhir sekali hasil daripada kajian dan dapatan akan dibincangkan dalam bahagian Bab 5.
Kajian ini hanya akan melibatkan teks perbualan yang telah diambil dari beberapa program IRC yang terdapat dalam Internet. Berdasarkan kepada teks perbualan yang diambil, aspek yang akan dikaji adalah seperti Penukaran Kod, Pembauran Kod. Singkatan dan Emotikon. Pemilihan kajian ini adalah penting kerana sedikit sebanyak ia melibatkan isu Bahasa Rojak yang hangat diperkatakan baru-baru ini. Hasil daripada kajian ini diharapkan akan memperjelaskan isu tentang Bahasa Rojak ini.
Text
Kajian batu nisan Aceh dan tembikar di tapak arkeologi lembah Sungai Johor
Abstrak
Tesis ini cuba mengkaji warisan kerajaan Melayu Johor Riau yang terdapat di tapak-tapak arkeologi di lembah Sungai Johor seperti Johor Lama, Panchor, Seluyut, Kota Tinggi dan Sayong Pinang seperti batu nisan Aceh dan tembikar. Tujuannya adalah untuk merekonstruksikan sejarah perdagangan dan penempatan dan hubungan di antara satu tempat dengan tempat yang lain. Kaedah kajian adalah dengan melakukan survei arkeologi, memetakan kedudukan peninggalan-peninggalan arkeologi di setiap tapak, galicari dan menganalisis setiap penemuan yang terdiri daripada batu nisan Aceh dan tembikar. Hasil daripada analisis disintesiskan dengan data bertulis yang terdiri daripada hasil kajian lepas seperti laporan-laporan dan sumber sejarah seperti Sejarah Melayu. Hasil daripada kajian batu nisan Aceh dan tembikar ini telah diperolehi pentarikhan tapak-tapak penempatan awal di lembah Sungai Johor, corak pemerintahan dan hubungan perdagangan. Berdasarkan kepada kajian itu didapati bahawa tapak penempatan yang paling tua adalah di Johor Lama dengan terjumpanya tembikar zaman Song abad 11. Selain itu temuan tembikar dari Thailand, Vietnam dan Burma abad ke 15. Batu nisan Aceh yang tertua dijumpai di Sayong Pinang bertarikh 856 Hijrah (1453 Masehi). Juga dapat dirumuskan daripada data arkeologi bahawa lokasi pusat pemerintahan kerajaan tidak kekal di satu-satu lokasi semasa kewujudan Kerajaan Johor-Riau dari abad 15 ke 18 Masehi.
Text
Kajian cerita jenaka
" Kajian terawal yang memperkatakantentang genre cerita jenaka ini merupakan suatu komentar yang dilakukan oleh Snouck Hurgronje"
Text
Kajian cerita rakyat masyarakat Bajau di daerah Kota Belud, Sabah
Abstrak
Kajian ini merupakan penyelidikan cerita rakyat masyarakat Bajau daerah Kota Belud Sabah. Sebanyak 18 buah cerita telah digunakan sebagai bahan kajian. Cerita - cerita itu adalah merupakan cerita asal- usul, cerita Penglipur lara, cerita Jenaka, cerita Teladan, cerita Legenda, dan cerita Binatang. Dalam menghasilkan kajian ini, pengkaji menggunakan teori sosiologi sastera yang dilihat dari sudut pandangan Ken Plummer. Teori ini pernah digunapakai oleh Noriah Taslim dalam menyempurnakan kajian yang bertajuk Syair Raja Muda Perlis.Kajian ini bertujuan untuk mendokumentasikan cerita rakyat masyarakat Bajau daerah Kota Belud dan seterusnya cuba mengaplikasikan teori sosiologi yang dipelopori oleh Ken Plummer untuk melihat beberapa aspek seperti Siapa khalayak karya?, Bila ia dikarang?Bagaimanakah situasi sosio-politik budaya yang melahirkan teks?Apakah hubungan karya dengan dunia sosial?Apakah kedudukan dan tanggungjawab sosial pengarang? dan mengapa tema tema tertentu dipilih?. Kajian ini juga turut melihat peranan serta fungsi cerita rakyat nasyarakat Bajau dengan mengaplikasikan 6 aspek seperti yang dikemukakan oleh Ken Plummer.
Text
tema
unsur plot
...3 more
Kajian diksi dalam novel Imam
Bahasa merupakan alat perantaraan untuk menyampaikan sesuatu gagasan atau mesej dalam sesebuah karya sastera. Dalam penyampaian ini, bahasa yang digunakan oleh pengarang mempunyai gaya yang tersendiri. Selain daripada tema dan persoalan, aspek diksi atau pemilihan kata juga merupakan satu faktor yang menentukan kualiti atau mutu sesebuah karya. Sesebuah karya yang mempunyai pemilihan kata yang tersusun dan menarik paling digemari oleh pecinta-pecinta sastera.
Dalam kajian ini, novel Imam karya Abdullah Hussain dipilih kerana di dalamnya terdapat pemilihan kata yang agak menarik. Penggunaan kata-katanya yang bersahaja dan bersesuaian dengan tema dari persoalan yang dipaparkan. Jadi kajian mengenai diksi dilakukan untuk melihat bagaimana pengarang mengeksploitasikan bahasa untuk menghasilkan sesebuah novel yang menarik.
Text
Kajian drama klasik megat terawis
Drama klasik Megat Terawis ialah drama yang sangat terikat dengan konsep raja dan kerajaan seperti yang tergambar dalam teks-teks istana tradisional .Dalam drama Megat Terawis ini diterangkan siapakah dan di manakah asal usul Megat Terawis ini.Megat Terais berasal dari Pagar Ruyung dari kaum pembesar-pembesar istana Minangkabau .Ia tinggal di sebuah perkampungan pedalaman bersama - sama orang-orang darat iaitu puak Semang dan Sakai dan dia dilantik sebagai ketua penduduk pedalaman itu.
Text
Kajian estetika dalam cerita rakyat Melayu Kuantan Riau Indonesia
Abstrak
Kajian ini terbahagi atas tujuh bab, merupakan penelitian yang menumpukan pada estetika cerita rakyat Melayu Kuantan Riau yang diperoleh daripada sastera lisan yang ada di daerah Kuantan Riau Indonesia. Kajian ini berdasarkan bahan sastera rakyat, penganalisian dilakukan dengan menggabung jalin daripada beberapa teori yang sesuai seperti, Teori Nilai, Teori Kebahasaan, dan Teori Sosialisme.
Kajian ini bersandar pada anggapan penulis bahawa cerita rakyat Melayu Kuantan Riau perlu pelestarian kerana cerita tersebut memiliki nilai-nilai estetika yang tinggi oleh sebab itu penulis merasa terpanggil untuk meneliti bidang ini kerana kajian mengenai estetika pada cerita rakyat masih sangat sedikit sekali bahkan dapat dikatakan langka. Paradigma sebegini mampu memperkembangkan dunia penyelidikan sastera rakyat Melayu ke arena antara bangsa.
Kajian Filologi Teks Hujjat Al-Balighah 'ala Jamaahal-Mukhasamah Karya Syeikh Jalaluddin al-Asy; Tumpuan Kajian: Tahqiq Teks Bab as-Syahadahwa al-Half
Matlamat penulisan ini membincangkan sumbangan tentang seorang tokoh ulama Aceh yang pernah berjasa kepada dunia Islam di Nusantara khususnya ketika zaman kegemilangan kerajaan Islam Aceh dam pemikiran beliau dalam bab as-Syahadah.
Text
Kajian formalistik, tema dan estetika arca kaca Raja Azhar Idris
Abstrak
Kajian ini memfokuskan kepada penelitian terhadap arca kaca yang dihasilkan oleh Raja Azhar ldris. Beberapa arca yang telah dipilih akan dianalisis dari segi formalistik menggunakan pendekatan ikonografi seperti yang dikemukakan oleh Erwin Panofsky. Pendekatan ini mempunyai tiga tahap makna; walau bagaimanapun kajian ini hanya menggunakan pendekatan pada tahap pertama (analisis pra-ikonografi) dan kedua (analisis ikonografi) sahaja, tidak termasuk pada tahap ketiga (interpretasi ikonografi). Sebagai tambahan, arca-arca ini juga akan dilihat dan dianalisis dari aspek ciri-ciri estetikanya mengikut konsep seni Melayu seperti yang digariskan oleh Zakaria Ali (1989). Raja Azhar Idris dan hasil karya seni beliau telah dipilih sebagai korpus kajian kerana melihat penggunaan kaca merupakan antara bahan yang unik dalam seni pembuatan arca. Raja Azhar ldris juga merupakan antara seniman yang memartabatkan identiti seni batik sebagai warisan kebudayaan Malaysia melalui penggabungan seni kontemporari dengan seni Melayu. Hasil kajian ini tertumpu kepada beberapa aspek luaran karya seperti elemen-elemen dan prinsip-prinsip seni bagi kelima-lima sampel analisis. Bahan dokumentasi dalam bentuk buku bertajuk "Fragility..Versatility" (2006) juga telah dianalisis secara keseluruhan kandungan dan digunakan sebagai rujukan dalam proses analisis formalistik. Melalui dekorasi sampel, pengkaji telah mengenal pasti beberapa jenis tema yang diterapkan dalam sampel-sampel tersebut, iaitu batik dan kosmologi. Uniknya, corak batik ini mampu diadaptasikan ke atas media lain seperti kaca. Pengkaji meletakkan motif abstrak di bavwah tema kosmologi kerana menganggap corak atau motif abstrak itu berkait dengan alam semula jadi dan lebih mementingkan aspek simbol, bentuk dan warna. Selain itu, beberapa sampel karya seni Raja Azhar Idris juga dikenal pasti menepati sebahagian besar daripada nilai-nilai estetika (keindahan) yang telah disenaraikan. Secara keseluruhannya, kajian ini saling berkait antara nilai-nilai keindahan dan budaya dalam konteks kehidupan masyarakat Melayu.
Text
Kajian Geo-Arkeologi Di Bukit Melawati Dan Bukit Belanda, Selangor
Bukit Melawati dan Bukit Belanda yang terletak di negeri Selangor adalah di antara beberapa tempat bersejarah di Malaysia...
Text
Kajian ini melihat karya sastera ...
"Kajian ini melihat karya sastera daripada perspektif kejiwaan, melihat aspek pergolakan dan gejolak jiwa watak dan penceritaan serta melihat sebab-munasab kejadian yang terjadi daripada kacamata kejiwanan. Pendekatan psikologikal mengkaji aspek kejiwaan si pengarang, menghuraikan perwatakan, fungsi karya kepada jiwa manusia dan hubungan aspek-aspek kejiwaan dalam kesuluruhan karya."
Text
Kajian intertekstualiti dalam novel-novel Siti Zainon Ismail
Abstrak
Kajian ini menganalisis dua buah novel terpili karya Siti Zainon Ismail, iaitu Pulau Renik Ungu (1995) dan Delima Ranting Senja (2009). Analisis dibuat dengan menggunakan teori intertekstualiti oleh Julia Kristeva (1980). Tiga prinsip utama yang terdapat dalam teori intertekstualiti, iaitu prinsip transformasi, prinsip modifikasi dan prinsip ekspansi. Permasalahan kajian bertitik tolak daripada kecenderungan Siti Zainon Ismail berkarya dengan merujuk sumber-sumber asalnya (hipoteks) untuk disesuaikan ke dalam karyanya yang baharu (hiperteks). Hal ini berlaku kerana hubungan peribadi dan persekitaran sangat mempengaruhi kepengarangan Siti Zainon Ismail. Objektif kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sumber daripada hipoteks, mengaplikasikan prinsip-prinsip daripada teori intertelstualiti dan menilai faktor-faktor yang menyebabkan pengarang mengaplikasikan ketiga-tiga prinsip tersebut. Metodologi kajian yang diguna pakai adalah kajian kepustakaan dan temu bual. Dapatan kajian pula membuktikan bahawa Siti Zainon Ismail berkarya dengan merujuk sumber hipoteks dan melaksanakan proses transformasi sama ada secara formal atau berbentuk abstrak seperti kerja pemindahan dan penjelmaan episode untuk memperkukuh makna hipoteks. Terdapat juga proses-proses lain seperti penyesuaian, penukaran, peluasan dan pengembangan atau pembaikan daripada teks asal. Hal Ini membolehkan teks asal berubah kepada bentuk baharu sama ada aspek kandungan ataupun pemberian plot penceritaan. Kesimpulannya, melalui pengaplikasian ketiga-tiga prinsip daripada teori intertekstualiti ini membuktikan bahawa pengarang Berjaya mengolah karya hiperteksnya, iaitu menjadi sebuah karya yang mapan daripada pelbagai aspek seperti plot, tema, watak dan bahasa sehingga dapat menarik minat khalayak menghabiskan pembacaan terhadap karya tersebut.
Text
Kajian intertekstualiti novel Tengku Menteri
Abstrak
Disertasi ini berasaskan kajian terhadap novel Tengku Menteri karya Talib Samat yang berbentuk sejarah autobiografi Tengku Menteri, iaitu seorang ahli korporat negeri Perak. Perbincangan ini dikaitkan dengan hubungan 'teks dalam sebuah teks,' yang menekankan bahawa pengarang sangat dipengaruhi oleh 'tek individu' dan 'teks sosial' dalam menghasilkan sesebuah karya. Fahaman ini telah diperkenalkan oleh Julia Kristeva dalam teori intertekstualiti yang bertolak daripada fahaman dialogikal Mikhail Mikhalovich Bakhtin dan sistem tanda Ferdinan de Saussure serta telah diperincikan oleh beberapa orang sarjana seperti Roland Barthes, Gerard Genette, Michael Rifaterre dan Harold Bloom. Beberapa rumus intertekstualiti akan dilihat dalam hubungan antara teks awal (hipoteks) dengan teks baru (novel Tengku Menteri) yang dihasilkan. Teks-teks awal (hipoteks) itu dianalisis berdasarkan klasifikasi daripada teks tradisional, teks sejarah, teks agama dan teks lain oleh pengarang sendiri. Analisis terhadap hubungan intertekstualiti ini menemukan keakuran terhadap teks awal (hipoteks) ini berperanan dalam mempengaruhi penghasilan sebuah karya yang baru berbentuk sejarah yang memperlihatkan olahan pencerekaan yang bercirikan: pertama, keakuran pengarang melakukan penyalinan semula (transformasi) peristiswa peristiwa tertentu supaya sesuatu fakta itu dapat dilihat dengan jelas, kedua, kecenderungan pengarang melakukan mengubahsuaian, tokok tambah, dan pemilihan peristiwa (modifikasi) yang bersesuaian dalam menghasilkan sebuah novel sejarah yang kreatif (teks baru) dan ketiga, pemikiran pengarang dalam memindah, mengubah dan memanjangkan (ekspansi) teks awal bagi keperluan dalam sebuah cereka imaginatif yang masih terikat dengan fakta sejarah ini.
Text
Kajian intonasi fonetik eksperimental : realisasi makna emosi filem Sembilu 1 dan 2
Abstrak
Kajian ini adalah mengenai intonasi bahasa Melayu yang melibatkan pergerakan nada, durasi dan makna emosi. Data korpus kajian ini diambil daripada filem Melayu Sembilu 1 dan 2. Keseluruhan analisis dalam tesis ini menggunakan Model Intonasi Pindaan (MIP) yang mengambil kira teori autosegmental dan metodologi fonetik eksperimental IPO yang dipelopori di Belanda. Model ini bolehlah dikatakan model kembalikan kepada model Mozziconacci, S (1998). Kajian yang berbentuk eksperimental ini dibantu dengan program komputer Praat dan responden penutur bahasa Melayu. Terdapat 3 tujuan, iaitu mendeskripsikan ungkapan dan durasi yang menandai makna emosi, kontur intonasi untuk mengenal pasti jenis ayat dan hubungan intonasi dengan realisasi makna emosi. Empat jenis ayat dianalisis dalam kajian ini, iaitu ayat deklaratif, imperatif, tanya Q dan Qwh. Tiga jenis ujian persepsi dilakukan terhadap 120 data ujaran tuturan watak utama lelaki dan wanita.
Text
Kajian ke atas tiga buah ...
Kajian ke atas tiga buah kawasan golongan "miskin"yang dilakukan pda tahun 1983 di sekitar Wilayah Persekutuan menunjukkan sekotor perkhidmatan awam adalah lebih kecil bilangannya daripada sektor-sektor lain."
Text
Kajian Kes : Kompleks kraf Langkawi sebagai tarikan pelancongan budaya di Pulau Langkawi, Kedah
Abstrak
Pelancongan merupakan sumber pendapatan kedua dalam negara kasar ekonomi negara. Usaha membangunkan kepelbagaian produk pelancongan khususnya produk kebudayaan dan kesenian merupakan penghasilan produk yang tidak ternilai kepada negara. Sejak berabad dahulu, kebudayaan dan kesenian merupakan salah satu produk pemangkin kepada tercetusnya aktiviti pelancongan di Eropah dan seterusnya secara globalisasi. Lantaran itu, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti sebuah institusi seni dalam usaha objektif kewujudannya adalah untuk melestarikan kebudayaan dan kesenian sebagai produk pelancongan di Pulau Langkawi.
Text
Kajian kes gaya hidup polis wanita di Putrajaya
Abstrak
Text
Kajian Kes Identifikasi Sumber Motif Songket Koleksi Muzium Seni Asia
Text
Kajian Kes Kepelbagaian Corak Lenggangan Tangan dalam Tarian Inang
Penulisan Kertas Projek JFEA3380 ini merupakan kursus yang wajib diambil semasa semester khas untuk pelajar tahun 2 Jabatan Kesenian Melayu, Akademi Pengajian Melayu. Hal ini telah mweujudkan satu kajian yang bertajuk "Kepelbagaian Corak Lenggangan Tangan dalam Tarian Inang". Kajian ini dilakukan mengenai kepelbagaian jenis lenggangan tangan dalam tarian inang terutamanya di Malaysia.
Text
Kesenian Melayu
Kajian kes sumber motif tenunan Pua Kumbu masyarakat Iban di Daerah Kapit, Sarawak
Abstrak
Tenunan Pua Kumbu merupakan seni tekstil bagi masyarakat Iban dan meletakkan Pua Kumbu di tempat yang penting dan istimewa dalam kehidupan mereka. Ia merupakan perlambangan atau identiti bagi masyarakat Iban. Penggunaan Pua Kumbu kenalah betul bagi mengelakkan berlakunya kejadian tidak diingini mengikut motif yang dihasilkan. Wanita Iban akan memiliki status yang tinggi jika pandai dan mahir dalam kerja menenun kerana boleh menghasilkan sesuatu yang menyelamat dan menolong mereka ketika berada dalam kesusahan. Pua Kumbu juga merupakan sebagai alat berkomunikasi dengan petara, dewa,dewi, roh nenek moyang dan semangat jahat atau baik yang berada di alam yang lain alam Supernatural atau dikenali sebagai Panggau Libau. Penenun yang dikenali sebagai Master Weavers yang layak menenun motif dipercayai mempunyai kuasa mistik diperolehi daripada mimpi. Upacara ritual juga begitu rapat dengan masyarakat Iban sekiranya ingin memulakan dan menamatkan kerja, dikenali sebagai Miring. Hal ini bertujuan untuk meminta kebenaran dan penghargaan kepada petara yang memberi kesempatan untuk menyempurnakan kerja tanpa ada halangan. Dalam kajian ini, terdapat beberapa motif yang dipengaruhi daripada budaya masyarakat Iban. Alam luar biasa dan alam semulajadi dalam penghasilan motif pada tenunan Pua Kumbu. Kajian ini dilakukan menggunakan kaedah kuantitatif iaitu kerja lapangan, temuramah, rujukan kajian lepas dan melakukan analisis dengan menyediakan soalan bagi soal selidik.
Text
Kajian Kesan Animasi Geng Pengembara Bermula terhadap Budaya Masyarakat Melayu
Kajian ini adalah kajian animasi tiga dimensi berdasarkan animasi Geng Pengembaraan Bermula melalui budaya yang terdapat di dalam animasi dan kesannya kepada budaya masyarakat Melayu. Pengkaji menggunakan kaedah kajian kepustakaan dan analisis bahan untuk mengeluarkan data tentang mesej dan budaya yang disampaikan melalui animasi tersebut. Perkembangan animasi di Malaysia memberi satu kemajuan industri baru. Oleh itu, pengkaji ingin melihat impak budaya dalam salah satu cerita animasi tiga dimensi terhadap budaya masyarakat Melayu.
Text
Kajian klinikal boleh buktikan keberkesanan
Text
Bahasa Melayu
Kajian leksikal subdialek Pulau Aur di Daerah Mersing
Abstrak
Kajian ini adalah mengenai leksikal subdialek Pulau Aur yang dilihat berdasarkan aspek fonologi. Bagai mendapatkan data primer subdialek Pulau Aur maka kaji ini dilakukan dengan menggunakan kaedah lapangan. Di samping itu, kaedah kepustakaan juga digunakan untuk mendapatkan data sekunder bagi memperkukuhkan lagi data primer. Objektif utama adalah melihat perkaitan antara subdialek Pulau Aur dengan bahasa Melayu. Berdasarkan data yang terkumpul, didapati subdialek Pulau Aur mempunyai sistem vokal dan konsonan yang hampir sama dengan BM Standard. Namun perbezaan ini tidaklah begitu ketara. Subdialek Pulau Aur mempunyai sistem vokal dan 20 konsonan asli. Secara keseluruhannya, kajian terhadap subdialek Pulau Aur menunjukkan terdapat beberapa proses perubahan bunyi jika dibandingkan dengan BM Standard.
Walau bagaimanapun, analisis data memperlihatkan hubungan dengan bahasa Melayu, namun terdapat juga unsur leksikal dalam subdialek Pulau Aur yang menyamai dengan bahasa-bahasa Austronesia yang lain, misalnya seperti bahasa Iban. Sungguhpun demikian, penelitian melalui kaedah leksikostatistik menunjukkan bahawa subdialek Pulau Aur merupakan dialek daripada bahasa Melayu.
Text
Kajian masalah sosial di Felda akan disegera
Text
Ekonomi
kemiskinan
...2 more
Kajian mendapati bahawa aspek kemampanan yang dinyatakan pada set penunjuk sebenarnya sudahpun diamalkan oleh komuniti Orang Asli di...
"Kajian mendapati bahawa aspek kemampanan yang dinyatakan pada set penunjuk sebenarnya sudahpun diamalkan oleh komuniti Orang Asli di kawasan kajian sejak dahulu lagi. Walau bagaimanapun, terdapat amalan semasa yang mapan dan ada yang tidak mapan, tetapi yang pastinya ialah komuniti Orang Asli tidak mahu terus hidup dalam keadaan yang serba daif dan kekurangan. Penglibatan mereka dalam kegiatan ekonomi hanya terbatas kepada sektor tenaga buruh yang menawarkan upah yang rendah sehinggakan tidak mampu menarik mereka keluar daripada cengkaman kemiskinan dan kemelaratan hidup."
Text
Kajian Mengenai Simbiotik Gong dalam Masyarakat Murut dan Dusun di Sabah
Text
Kajian misa melayu
Misa melayu adalah sumber penting dalam penulisan sejarah negeri Perak pada abad ke-18. Misa melayu memiliki unsur kemanusiaan,saintifik,rasional dan pendedahan diri . Unsur tersebut menepati tiga ciri sejarah iaitu pengetahuan tentang kejadian, pengetahuan tentang hukum dan falsafah kerajaan.
Text
Kajian pemilihan bahasa : kajian kes di kawasan perumahan Ulu Dedap, Seberang Perak
Abstrak
Kajian ini adalah mengenai pemilihan kalangan penduduk kawasan perumahan Ulu Dedap, bahasa di Seberang Perak, yang bertujuan untuk melihat pemilihan yang dilakukan oleh bahasa penduduk kawasan ini terhadap bahasa atau kelalnan di alam perhubungan seharian. Kajian ini kepada tujuh bab.
Kajian Pemilihan Bahasa di Kawasan Perumahan Ulu Dedap Seberang Perak
"Dialek lain yang digunakan oleh segelintir penduduk kawasan ini dalam mandala keagamaan ialah dialek Kedah."
Text
kelantan
tembakau
Kajian Penanaman Tembakau di Pengkalan Chepa, Kelantan
Kawasan kajian ini adalah terletak lebih kurang 7 batu atau 11 kilometer dari Bandar Kota Bharu. Kawasan ini dikenali dengan nama Pengkalan Chepa. Namun begitu ianya adalah tidak merangkumi kesemua kawasan tersebut. Hanya lebih kurang 5 hektar sahaja. Ini melambangkan bahawa kawasan kajian bukanlah kawasan yang terkenal dengan penanaman tembakau. Ianya adalah terdapat lebih kurang 20 keluarga sahaja yang menjalankan usaha ini.
Bagi data penduduk yang terlibat dalam kajian ini adalah seperti berikut: Mereka adlah berumur antara 30-60an, mereka bekerja atau menanam tembakau adalah sebagai kerja sambilan sahaja selepas menuai padi. Begitu juga dengan penanaman padi, mereka jalankan secara kecil-kecilan sahaja. Mereka sudah berumahtangga dan mempunyai anak-anak dan telah dewasa dan sedang membesar.
Text
Kajian Penarikhan Termoluminesens Di Gua Tok Long, Gunung Senyum,Temerloh, Pahang
Kumpulan Penyelidikan Sinaran Gunaan di Jabatan Fizik, Universiti Malaya cuba membuat penarikhan termoluminesens di beberapa tapak di Semenanjung Malaysia semenjak pertengahan 1990'an...
Text
Kajian pencapaian bahasa Malaysia murid-murid kelas peralihan
Abstrak
Kaiian ini cuba mendapatkan data-data tentang pencapaian Bahasa Malaysia murid-murid Klas Peralihan.
Subjek kajian ini terdiri daripada 64 orang murid-murid, iaitu 32 orang murid-murid Klas Peralihan di sekolah-sekolah menengah di Kuala Lumpur đan 32 orang murid-murid Darjah Enam di sekolah-sekolah rendah kebangsaan di Kuala Lumpur. Bahan-bahan data ialah jawapan pada ujian bertulis yang dijawab oleh murid dari ujian yang disediakan oleh penulis.
Text
Sosio budaya Melayu
Kajian penerimaan kanak-kanak tadika naluri terhadap nilai dalam animasi Upin dan Ipin
Abstrak
Kajian ini merupakan kajian terhadap “Penerimaan kanak-kanak Tadika Naluri terhadap nilai dalam animasi Upin dan Ipin” kajian ini dilakukan di Tadika Naluri (Taman Melawati) dengan menggunakan kaedah wawancara, proses pembelajaran dan pemerhatian terhadap pelajar di tadika Naluri yang berumur dari empat, lima dan enam tahun. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mencapai objektif kajian iaitu mengenalpasti watak yang menjadi ikutan kanak-kanak dan mengkaji sama ada melalui animasi Upin dan Ipin penerimaan nilai terhadap kanak-kanak dapat difahami atau sebaliknya.
Kajian ini menyatakan tentang kepentingan animasi dan impak positif yang diterima oleh kanak-kanak sekiranya ia dipantau oleh ibu bapa. Kajian ini amat penting bagi golongan ibu bapa untuk memahami dan mengetahui tahap kepentingan sesuatu siri animasi yang dipertontonkan melalui televisyen oleh anak-anak. Sesuatu tontonan yang dilihat oleh seseorang kanak-kanak mampu mempengaruhi sikap dan tingkah laku mereka. Bukan itu sahaja ia juga berperanan mendidik anak-anak untuk membentuk jati diri mereka.
Setiap animasi yang dilihat oleh kanak-kanak mampu mempengaruhi diri mereka. Haruslah diingatkan bahawa pandangan dan tafsiran kanak-kanak terhadap sesuatu animasi yang dilihat amatlah berbeza dengan pandangan dan tafsiran orang dewasa
Text
gaya bahasa
jenis-jenis ayat
...1 more
Kajian penggunaan bahasa dalam novel Syajar
Text
Kajian penggunaan Bahasa Melayu dalam sembang siber
Abstrak
Kajian ini merupakan satu usaha untuk mengkaji aspek penggunaan bahasa Melayu dalam sembang siber. Peserta sembang siber secara umumnya telah membentuk amalan dan gaya bahasa yang tersendiri ketika berinteraksi. Oleh itu, kajian ini telah mengenal pasti kepelbagaian bentuk penggunaan bahasa Melayu dalam sembang siber. Sebanyak lima topik perbualan dianalisis untuk melihat pembentukan dan tujuan penciptaan serta implikasi penggunaan bahasa Melayu dalam sembang siber. Analisis dilakukan dari aspek linguistik merangkumi morfologi dan sintaksis. Kajian ini memfokuskan penggunaan bahasa yang merangkumi tatabahasa dari aspek sosiolinguistik dan nonlinguistik bahasa dalam kaitan dengan masyarakat penggunanya. Selain itu, penggunaan emotikon dan paralinguistik oleh peserta sembang siber dilihat sebagai salah satu kaedah menyampaikan maklumat secara berkesan. Kajjan ini menggunakan pendekatan etnografi komunikasi yang mempunyai perkaitan langsung dengan penggunaan bahasa perbualan sebagai salah satu tingkah laku komunikasi yang penting dalam kehidupan sosial. Etnografi komunikasi turut diaplikasikan dalam sembang siber untuk memahami sosio budaya yang terjadi dalam komuniti baru ini.
Text
jenis-jenis tulisan jawi
tulisan jawi
...1 more
Kajian penguasaan jawi pelajar tingatan dua Sekolah Seri Balik Pulau, Pulau Pinang
Tulisan jawi merupakan salah satu unsur budaya Melayu yang sangat penting sebelum kedatangan tulisan rumi. Tulisan jawi adalah media utama dalam penulisan ilmu pengetahuan tentang agama, bahasa, kebudayaan, pendukunan, perdagangan dan sebagainya. Tulisan ini juga merupakan tulisan rasmi dalam semua urusan pentadbiran kerajaan dan swasta. Penggunaan tulisan ini tidak terbatas kepada orang Melayu sahaja tetapi juga turut digunakan oleh pelbagai bangsa termasuklah orang Cina, India, Inggeris dan lain-lain. Misalnya surat-surat Raffles kepada pembesar-pembesar Jawa pada tahun 1811 dan surat-surat Sultan Iskandar Muda Mahkota kepada King James 1, semuanya ditulis dalam tulisan Jawi. Sehingga kini sejumlah lebih kurang 5,000 manuskrip Melayu lama tertulis dalam tulisan Jawi yang masih terpendam dalam tulisan jawi di beberapa perpustakaan, muzium dan arkib di seluruh dunia. Sekiranya tulisan jawi luput daripada pengetahuan orang-orang Melayu bermakna manuskrip-manuskrip tersebut akan hanya menjadi bahan tontonan semata-mata.
Menyedari hakikat ini, kajian ini difokuskan kepada penguasaan tulisan jawi di kalangan pelajar tingkatan dua kerana pengkaji yakin bahawa salah satu punca kelemahan dan penguasaan jawi di kalangan masyarakat berpunca daripada kelemahan dalam sistem pendidikan yang diamalkan di negara kita. Melalui kajian ini akan dapt dilihat kelemahan-kelemahan, cadangan-cadangan dan pandangan-pandagan daripada murid dan guru demi memperbaik kualiti penghayatan tulisan jawi supaya unsur budaya Melayu yang unik itu berdaya mengekalkan kewujudannya dan kembali memainkan peranan penting dalam masyrakat Melayu moden pada masa kini dan masa akan datang.
Text
Kajian penulisan, pembentukan dan penggunaan kata dalam Hikayat Seri Kelantan
Abstrak
Kajian Hikayat Seri Kelantan (HSK) bertujuan untuk melihat penggunaan bahasa Melayu dalan teks Melayu lama dan perkembangannya sehingga ke hari ini. kajian Kajian teks HSK dibuat dalam tujuh bab. Tumpuan ialah terhadap aspek bahasa yang terdapat perbezaan dengan Bahasa Me layu Standard (BMS). Bab membincangkan pertama mengenai adalah bab bahan,. bidang. skop. kajian serta masalah yang dihadapi. Dalam bab kajian sistem fonologi (berdasarkan penge jaan banyak dikesan. Bab hanya pendahuluan yang kaedah kedua, kata) teks HSK dilakukan. Pada umumnya, sistemn fonol ogi kata yang digunakan adalah menyamai BMS. Selain itu, sistem fonol ogi kata dialek Kelantan adalah yang paling kata ketiga mengkaji proses morfologi yang dalam teks HSK. Semua proses morfologi yang digunakan digunakan dal am teks HSK terdapat dalam BMS. didapati pada but ir-butir kecil, penggunaan imbuhan (ke-an} dan (pe-an) yang Perbezaan seperti bervariasi pada kata dasar tertentu dan dasar. aspek penggandaan kata Bab ke empat dan kel ima melihat penggunaan kata dalam teks HSK berdasarkan bentuk, makna dan fungsi penggunaannya. Kajian penjamakan kata nama dilakukan dalam keenam. bab Perbezaan dengan BMS hanya didapati pada peraturan yang digunakan. Bab ketujuh adalah penutup yang membuat kes impul an secara kese luruhan mengenai bab bab yang terdahulu. dalam Daripada kajian ini didapat i Wujud perubahan bahasa Melayu menurut peredaran masa dari segi fonologi, morfologi. makna, fungsi dan dal am kata nama.
Text
Kajian perbandingan humor : arja dan makyung
Abstrak
Sejarah dan perkembangan dramatari Arja dan Makyung di Asia Tenggara dikenal pasti tertumpu di beberapa tempat sahaja. Arja hanya terdapat di seluruh daerah Bali, Indonesia. Manakala Makyung hanya di Malaysia (Kelantan, Terrengganu, Kuala Lumpur, Thailand (Pattani, Narathiwat) dan Indonesia (Sumatera dan Kepulauan Riau).
Arja merupakan dramatari pelbagai panggilan, makna, konsep, jenis dan falsafah yang dikenalpasti terbentuk pada awal abad ke-19. Ia sesuai dipersembahkan di pelbagai jenis panggung dengan paten cerita berdasarkan watak utama. Humor Arja berfungsi kepada masyarakat penonton berdasarkan mesej cerita, ritual agama, hiburan semasa dan kritikn sosial semasa persembahan berlangsung.
Makyung pula dipercayai muncul dengan bentuk paling asas pada awal abad ke 12. Ia merupakan dramatari berbentuk ritual (perubatan dan upacara) dan hiburan dengan pelbagai paten, falsafah dan makna mengikut tempat persembahan. Teori asal usul Malyung adalah kompleks berdasarkan kepercayaan setempat yang bercampur dengan pelbagai pengaruh kepercayaan lain seperti Anamisme, Hindu, Buddha dan Islam. Humornya pula berfungsi kepada individu pemain dan masyarakat penontonnya.
Website
CERPEN
Kajian perkembangan cerpen
Laman tentang kajian perkembangan cerpen
Text
Kajian persempadanan di Utara Negeri Perak
Pengenalan
Terdapat pelbagai pendapat berkaitan asal usul wujudnya negeri Perak...
Text
Kajian persempadanan Negeri Perlis
Pengenalan
Negeri Perlis adalah negeri yang paling kecil keluasannya dan terletak paling utara di Semenanjung Malaysia...
Text
Kajian persempadanan Negeri Pulau Pinang
Pengenalan
Nama "Pulau Pinang" mula disebut dalam rekod-rekod mengenai Tanah Melayu dalam tahun 1591...
Text
Kajian profil golongan miskin dilaksana
Text
Bahasa Melayu
Kajian retorik terhadap teks ucapan Tun Abdullah Ahmad Badawi menurut prinsip pisteis
Abstrak
Latihan ilmiah ini bertujuan mengkaji unsur pisteis yang digunakan di dalam dua buah teks ucapan yang dipilih, iaitu Majlis Pelancaran Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni dan Majlis Pelancaran Semua Amanah Saham Wawasan 2020 dan Majlis Makan Malam Tahunan PNB 2005 terutama dari aspek penggunaan unsur patos. Latihan ilmiah ini terbahagi kepada enam bab, iaitu Pengenalan, Kerangka Teoritis Retorik, Sorotan Kajian/Kosa Ilmu, Metodologi kajian, Analisis dan Penutup.
Metodologi kajian yang digunakan oleh pengkaji ialah kajian kepustakaan dan kaedah pengumpulan data. Kaedah menganalisis data yang digunakan oleh pengkaji ialah kaedah kuantitatif dan kaedah kualitatif. Analisis data dilakukan secara kuantitatif dan kualitatif terhadap dua teks ucapan tersebut. Tambahan pula, analisis yang dilakukan berdasarkan unsur pisteis iaitu penggunaan figur patos dalam kedua-dua teks ucapan berkenaan.
Analisis yang dilakukan secara kuantitatif digambarkan juga melalui rajah carta pai supaya data yang diperoleh lebih jelas. Analisis kualitatif pula merupakan kesinambungan daripada analisis kuantitatif serta data yang dianalisis lebih menyeluruh serta tepat. Dapatan kajian mendapati kajian yang dilakukan oleh pengkaji terbukti benar dengan data-data yang telah dianalisis.
Text
Kajian Ringkas Asal Usul Masyarakat Tempatan Sik dan Perkembangan beberapa aspek Socio Communications tempatan
Tujuan kajian ini, ialah untuk melihat proses perkembangan penempatan awal dan beberapa aspek tertentu dikalangan masyarakat Sik.
Text
Kajian simbolisme dalam perhiasan pending koleksi Jabatan Muzium Malaysia
Abstrak
Kajian ini merupakan perbincangan berkaitan simbolisme dalam perhiasan pending Melayu koleksi Jabatan Muzium Malaysia dalam aspek reka bentuk. Kekurangan penulisan, maklumat dan pendedahan tentang perhiasan pending Melayu menunjukkan kajian terhadap pending masih kurang dilakukan. Maklumat berkaitan pending yang sedia ada di muzium dan galeri adalah umum dan ringkas menyebabkan generasi kini tidak begitu mengenali perhiasan pending dari aspek fungsi, sejarah, seni rupa dan makna simbolik. Objektif kajian ini ialah untuk menganalisis aspek formalistik dan menginterpretasi simbolisme pada reka bentuk pending. Kajian ini diharapkan dapat menyumbang manfaat kepada masyarakat untuk memahami kepentingan simbolisme dalam seni rupa Melayu. Selain itu, hasil kajian ini diharapkan dapat memberi nilai tambah pada informasi artifak pending di galeri muzium. Kaedah kualitatif dengan reka bentuk kajian kaedah pelbagai diaplikasi untuk menganalisis sepuluh sampel perhiasan pending Melayu. Data-data primer diperoleh daripada kajian di lapangan, pemerhatian, temu bul dan analisis dokumen. Manakala, tinjauan kepustakaan dibuat untuk mengumpul data sekunder. Analisis kajian ini mengaplikasikan model Edmund Feldman dan teori Susanne Langer. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa seni rupa pending mempunyai unsur-unsur seni dan prinsip rekaan yang membentuk imej visual pada pending Melayu. Hasil dapatan kajian daripada analisis interpretasi simbolisme menunjukkan bahawa terdapat simbol diskursif dan simbol presentasional pada reka bentuk pending Melayu. Sebagai kesimpulan, kajian ini memberi implikasi terhadap pengetahuan aspek formalistik dan simbolisme dalam seni rupa pending.
Text
aktiviti kemasyarakatan
aspek kemanusiaan
...2 more
Kajian sosio-ekonomi peneroka Melayu di tanah rancangan : Satu kajian kes di FELDA Tenggaroh Satu, Mersing, Johor
Secara keseluruhannya, penulisan kertas projek ini adalah mengenai masyarakat peneroka dan kegiatan mereka di tanah rancangan. Dengan kata lain, kajian ini merupakan satu tinjauan mengenai aspek sosio-ekonomi peneroka FELDA dalam usaha memperbaiki taraf kehidupan mereka khususnya di FELDA Tenggaroh Satu, Mersing, Johor.
Kandungan kertas projek ini telah menghuraikan teknik-teknik dan kaedah secara umum konsep pembangunan dan kemajuan yang sering digunakan dalam kajian mengenai sosio-ekonomi. Ia juga membincangkan aspek latar belakang peneroka yang menyertai tanah rancangan dan aktiviti-aktiviti mereka di FELDA.
Selasin itu, kertas projek ini juga turut membincangkan aspek-aspek pertubuhan-pertubuhan, aktiviti kemasyarakatan peneroka dan kegiatan ekonomi mereka serta cabaran-cabaran yang diharungi oleh mereka. Penggunaan teknologi moden yang telah dijalankan adalah untuk meningkatkan hasil kelapa sawit dan juga keadaan hal ehwal semasa peneroka.
Bab yang terakhir di dalam kertas projek ini merupakan kesimpulan yang diperolehi daripada kajian dan serba sedikit cadangan-cadangan yang dikemukakan bagi meninggikan lagi hasil kelapa sawit dan taraf sosio-ekonomi para peneroka FELDA khususnya di FELDA Tenggaroh Satu. Sekali gus pendapatan mereka dapat dipertingkatkan lagi.
Showing 7251 to 7300 of 19606 results
Page
of 393
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->