Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (19606 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
Bahasa Melayu
Keberkesanan permainan bahasa sebagai alat bantu mengajar dalam penguasaan kosa kata bahasa Melayu di Sekolah Rendah Yumin
Abstrak
Proses pengajaran dan pembelajaran seringkali dilihat sebagai satu proses yang berat dan membosankan. Hal ini diburukkan lagi dengan penggunaan bahasa Melayu semakin tidak dititikberatkan di Singapura. Ramai pelajar mempunyai persepsi bahawa Pengajaran bahasa Melayu tidak sepenting mata pelajaran yang lain. Justeru, guru bahasa Melayu memikul tugas penting untuk memastikan minat untuk mempelajari bahasa Melayu akan berterusan.
Oleh sebab minat untuk menggunakan dan mempelajari bahasa Melayu semakin meruncing di Singapura, guru perlu melakarkan pengajaran yang mampu menarik minat pelajar supaya pembelajaran bahasa Melayu mudah difahami dan dihayati serta tidak membosankan. Guru harus kreatif memikirkan pendekatan dan teknik yang sesuai untuk membantu pelajar menguasai kemahiran bahasa. Salah satu cara dapat membantu menimbulkan rangsangan serta keinginan pelajar mengetahui dengan lebih mendalam tentang sesuatu pengajaran adalah dengan menggunakan alat bantu mengajar.
Dalam kajian ini, pengkaji akan menganalisis keberkesanan permainan bahasa sebagai alat bantu mengajar dan penguasaan kosa kata bahasa Melayu. Selain itu, pengkaji juga ingin memastikan sama ada permainan bahasa berjaya atau tidak dapat menarik minat pelajar dalam pembelajaran bahasa Melayu.
Kajian ini akan dijalankan ke atas pelajar-pelajar darjah 4 di Sekolah Rendah Yumin yang terletak di bahagian timor Singapura. Seramai 33 orang pelajar yang terdiri daripada pelbagai tahap kemahiran telah dipilih sebagai subjek kajian ini.
Pengkaji telah membina alat rangsangan yang berupa permainan bahasa sebagai bantu mengajar untuk mengajar kosa kata serta melakar kertas ujian untuk menganalisis keberkesanan permainan bahasa dalam penguasaan kosa kata. Pengkaji juga menjalankan soal selidik berstruktur terhadap pelajar untuk mengesan sama ada permainan bahasa berjaya atau tidak menarik minat pelajar dalam mempelajari bahasa Melayu. Hasil dapatan kajian ini akan digunakan oleh pengkaji untuk menganalisis dan mengesan keberkesanan permainan bahasa dalam membantu pelajar menguasai kosa kata bahasa melayu.
Text
Bahasa Melayu
Keberkesanan strategi pembelajaran kooperatif dalam pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan bahasa Melayu peringkat Sekolah Rendah di Singapura
Abstrak
Kajian ini akan melihat bahasa Melayu sebagai pengandung dan penyampai ilmu pengetahuan serta pengertian pada konvensi sosial yang semestinya menepati situasi sosial masyarakat Melayu Singapura. Negara pulau Republik Singapura yang mana ekonominya berteraskan ilmu pengetahuan, sangatlah berpegang kepada konsep, prinsip dan kenyataan hidup dalam hakikat dan definisi bahasa yang telah disebut tadi. Dengan kata lain, kajian ini tidak akan berlegar pada aras bahasa sebagai sekumpulan bunyi yang diucapkan dan mengandungi komponen-komponen atau unsur-unsur seperti fonem, suku kata, morfem, perkataan, frasa, klausa, ayat dan wacana. Sebaliknya, kajian ini akan memperlihatkan bagaimana bahasa Melayu disampaikan dan diterima, atau diajarkan dan dipelajari, melalui strategi pembelajaran kooperatif dalam pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan peringkat darjah enam di Singapura. Dalam pada itu, kajian ini juga akan memperlihatkan keberkesanan strategi pembelajaran kooperatif dalam pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan bahasa Melayu peringkat sekolah rendah di Singapura.
Dalam membincangkan perkara -perkara yang berkaitan dengan pedagogi, istilah-istilah ‘pendekatan’, ‘kaedah’, ‘teknik’ dan ‘strategi’ sering kali disebut dan dipergunakan. Namun, sering timbul kekeliruan dan gejala tukar ganti yang membawa kepada konotasi yang berbeza istilah-istilah dan konsep-konsepnya. Oleh demikian, kajian ini akan menjelaskan istilah-istilah tersebut bersama pengertian bagi konsep-konsep dalam wacana ini. Selain itu, bab ini juga akan membincang dan menjelaskan tentang konsep-konsep lain yang bersangkutan dan penting dalam bidang dan kajian ini, seperti konsep ‘bahasa Melayu standard’, ‘bahasa ibunda’, ‘teori’, ‘kemahiran menulis’, ‘karangan’, dan ‘pengajaran dan pembelajaran’.
Selain daripada membincangkan pembelajaran kooperatif sebagai satu strategi dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran penulis bahasa Melayu, ciri-ciri dan pembinaan SPK juga akan diteliti dalam kajian ini. Kajian ini juga akan membincangkan tentang berkaitan dan peranan Teori Konstruktivisme Sosial Vygotsky, sebagai kerangka teoritis pengajaran dan pembelajaran kajian ini. Pada masa yang sama, teknik pengajaran dan pembelajaran yang digunakan dalam SPK ini, teknik susun suai (jigsaw), turut diperjelaskan untuk memperlihatkan perhubungan dan peranannya dalam teori dan model pengajaran dan pembelajaran yang dikemukakan.
Seterusnya, kajian ini akan menggambarkan keberkesanan SPK dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis karangan bahasa Melayu di peringkat darjah 6 sekolah rendah, menerusi dapatan penilaian kualitatif dan juga kuantitatif markah karangan responden (responden). Selain itu, kajian ini juga telah menggunakan jadual-jadual, rajah-rajah dan juga ilustrasi-ilustrasi bagi memperlihatkan lagi keberkesanan strategi ini. Selanjutnya, kajian ini telah mengawal penilaian dalam analisis kajian dari segi kesahihan (validity) kebolehpercayaan (reliability) pengukuran, dengan menggunakan skema pemarkahan yang sistematik dan teratur, untuk mengukur dan menilai karangan responden.
Akhir sekali, kajian ini telah merumuskan dapatan-dapatan kajian yang telah dijalankan, terutama sekali analisis kajian yang telah dibentangkan bagi memperlihatkan lagi keberkesanan dan kepentingan SPK. Perspektif teori yang berhubungan dan berkaitan dengan strategi ini, dan juga kekuatan dan kelemahan yang terdapat dalam strategi ini, juga telah dirumuskan. Kajian ini diakhiri dengan mengalu-alukan sebarang usaha untuk menyelidik tentang penerapan SPK dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah tanpa menjejas liputan kurikulum atau sukatan pelajaran sebagai penyelidikan kajian lanjutan daripada kajian kecil ini demi kemaslahatan semua.
Text
Kebersihan, kesucian sebahagian daripada iman
Text
keris
lok
Kebiasaannya lok genap merupakan bilah...
"Kebiasaannya lok genap merupakan bilah terakhir yang ditempa seseorang empu. Maksudnya tiada lagi bilah yang akan ditempanya selepas ini, mungkin kerana sudah terlalu tua dan tiada kudrat lagi, atau sudah uzur dan tidak sihat untuk menempa. Justeru biasanya dimasukkan segala ilmu kepandaian empu tadi dalam bilah terakhir ini."
Text
kematian
orang asli
Kebiasaannya mayat dikebumikan pada...
"Kebiasaannya mayat dikebumikan pada pukul 1.30 petang. Sebelum itu saudara-mara akan dibenarkna untuk melihat wajh mendiang buat kali terakhir sebagai tanda memberi penghormatan terakhir kepada mendiang. Selepas itu, keranda mayat akan ditutup dan dipakukan oleh anak mendiang. Kemudian, jenazah dibawa ke kawasan perkuburan dan diusung beramai-ramai."
Text
DAP
kerajaan
...1 more
Kebimbangan terhadap DAP karut
Kebolehan bayi memperoleh bunyi.
Text
Malaysia--Social lite anacultuns
Kebolehpasaran siswazah dan tindakan pro-aktif pra-siswazah : suatu analisis geografi
Isu kebolehpasaran siswazah bukanlah merupakan satu tema penyelidikan yang baru...
Text
Kebosanan punca pelajar sokong parti pembangkang
Text
Kebudayaan Kebendaan Etnik Melanau
Kertas kerja kecil ini tidak akan menggariskan butiran-butiran mengenai kebudayaan kebendaaan etnik Melanau secara ekspisit mengikut tatacara disiplin sains sosial...
Text
Kebudayaan Antarabangsa di KL
Text
dayak
Kebudayaan Kaum Dayak Menghadapi Keruntuhan?
Mengisahkan tentang kekecewan penulis terhadap orang dayak yang dieksploitasi oleh pihak pihak yang tidak bertanggungjawab dan juga budaya budaya tradisional orang dayak yang semakin lama semakin dilupakan.
Text
budaya
tradisional
Kebudayaan luar iaitu khususnya budaya-industri...
" Kebudayaan luar iaitu khususnya budaya-industri yang mempunyai ciri-ciri tertentu seperti disiplin,mementingkan masa,mobiliti yang aktif dan lain-lain di mana demi memenuhi kehendak-kehendak atau tuntutan-tuntutan sistem pengeluaran dalam ekonomi. '"
Website
budaya melayu
Kebudayaan Malaysia
Laman tentang kebudayaan Malaysia
Website
budaya melayu
Kebudayaan Melaka
Laman tentang kebudayaan Melaka
Website
budaya melayu
Kebudayaan Melayu
Laman tentang kebudayaan Melayu
Kebudayaan Melayu dan Islam terhadap Golongan Mualaf
"Golongan mualaf di Sarawak dapat menyesuaikan diri dengan menjalinkan hubungan silaturrahim yang baik..."
Kebudayaan Melayu Islam
" Kepercayaan dan agama merupakan dua aspek sosial yang sukit untuk dipisahkan kerana sebagian besar kepercayaan termasuk dalam agama."
Text
Kebudayaan Melayu: Suatu penelitian ethnomethodologi
"Sehingga kini perkembangan kajian terhadap kebudayaan Melayu seluruhnyz mzupun sebahagian daripadanya sudah mencapai tahap yang amat banyak dan meluas. bukan sahaja butir-butir kajian itu sudah mencapai tahap pelbagai permerian bahkan rangka penelitian juga sudah terangkum ke dalam setiap bentuk teori dan filsafat yang ada masakini dan semasa."
Text
Kebudayaan Melayu: Suatu penelitian ethodologi
"Sistem adat berlaku dan bergerak dalam masyarakat sebagai norma perhubungan dengan ekologi dan alam ghaib. Norma perhubungan antara manusia di samping norma perhubungan dengan ekologi dann alam ghaib. Norma perhubungan sesama manusia inilah yang banyak merupakan adat dalam tanggapan biasa."
Text
Kebudayaan Melayu: Suatu Penelitian Etnomethodologi
Sehingga kini perkembangan kajian terhadap kebudayaan Melayu seluruhnya maupun sebahagiann daripadanya sudah mencapai tahap yang amat banyak dan meluas. Bukan sahaja butir-butir kajian itu sudah mencapai pelbagai tahadp pemerian bahkan rangka penelitian juga sudah terangkum ke dalam setiap bentuk teori dan filsafat yang ada masakini dan semasa.
Text
Malays (Asian people)--Social conditions
Malays (Asian people)—Attitudes
Kebudayaan politik dan kesan-kesannya keatas pembangunan institusi moden
Kebudayaan politik ialah konsep-konsep ideologi politik, nilai dan semangat kebangsaan, saikologi nusa dan bangsa dan nilai-nilai asas masyarakat...
kebudayaan sastra melayu moden menghadapi ancaman orientalis
Membicarakan mengenai semangat dan perjuangan Islam yang suci
Text
Social problems
Kebuluran di India
Petani-petani pula sedang giat menggilap jentera penuai dan bersiap sedia untuk mendapatkan hasil tuaian akan datang yang pasti bertambah lumayan.
Text
Sosio budaya Melayu
Kebun kerang : Satu kajian kes di Bagan Tengkorak, Kuala Selangor terhadap nelayan Melayu
Abstrak
Secara keseluruhannya kajian ini adalah berkaitan dengan kaedah-kaedah dan aktiviti-aktiviti yang dilakukan serta masalah-masalah yang dihadapi dalam mengusahakan kebun kerang. Dalam kajian yang dilakukan ini, pengkaji telah membahagikan keseluruhan pengkajian kepada lapan bab.
Bab satu adalah mengenai pengenalan kepada kerang dan sektor perikanan di malaysia. Dalam bab ini juga, menerangkan sedikit sebanyak tentang objektif dan kepentingan kajian ini dilakukan. Skop kajian dan metodologi kajian juga diterangkan bagi memahami perbincangan tentang tahap kajian yang dilakukan oleh pengkaji. Selain itu, pengkaji juga mengutarakan masalah yang dihadapi ketika kajian ini dilakukan .
Manakala dalam bab kedua penulis membincangkan latar belakang kawasan kajian dan juga latar belakang responden. Kajian-kajian terdahulu yang berkaitan juga diberikan dalam bab ini untuk mengukuhkan lagi maklumat kajian.
Segala aktiviti-aktiviti mengenai ternakan kerang dihuraikan dalam bab tiga. Manakala dalam bab empat pula, pengkaji telah menceritakan segala masalah-masalah yang berkaitan dengan perusahaan kebun kerang. Dalam bab seterusnya, penulis telah mengemukakan segala perbincangan sama ada berbentuk positif atau negatif. Segala pemerhatian dan kajian yang dilakukan telah ditulis mengikut pandangan pengkaji sendiri. Manakala dalam bab seterusnya pengkaji telah mencadangkan kajian yang berkaitan dengan kebun kerang pada masa akan datang serta di bab yang terakhir pula, pengkaji juga telah menyimpulkan segala kajian yang telah dilakukan mengenai kebun kerang.
Text
Keterjaminan makanan
Kebun nanas diserang 11 ekor gajah
Seorang pekebun nanas menanggung kerugian lebih RM100,000 apabila ladagnya di Projek Pertanian Lembah Gelanggi, Pulau Tawar sudah tiga kali diserang kawanan gajah sejak 5 tahun lalu
Text
makanan
sayur
Kebun sayur jana pekerjaan
Raja Hamidah gembira dapat bantu ibu tunggal selaih raih untung hasil jualan sawi.
Text
Kecanggihan teknologi
Text
Kecelaruan bahasa dalam kalangan kanak-kanak austisme
Abstrak
Kajian ini merupakan kajian kes mengenai kecelaruan bahasa dalam kalangan kanak-kanak autisme. Seramai lapan orang subjek kajian, iaitu lima orang lelaki dan tiga orang perempuan yang bersekolah di daerah Kluang, Johor terlibat dalam kajian ini. Subjek-subjek kajian tersebut dibahagikan kepada dua kategori, iaitu Kategori A (7 hingga 12 tahun) dan Kategori B (13 hingga 17 tahun). Pengkaji membuat kajian tentang kecelaruan bahasa ini dari aspek bahasa ekspresif dan bahasa reseptif. Bahasa ckspresif adalah output bahasa, iaitu cara seseorang meluahkan keinginan atau khendak. Bahasa reseptif pula adalah input bahasa, iaitu kefahaman tentang sesuatu perkara yang diperkatakan oleh orang lain. Dalam kajian tentang bahasa ekspresif, pengkaji telah menghuraikan bahasa ekspresif kanak-kanak autisme dari aspek pembentukan dan penggolongan kata dan pembinaan ayat. Dalam analisis tentang bahasa reseptif pula, pengkaji telah menganalisis bahasa reseptif kanak-kanak autisme daripada aspek mendengar, kefahaman, dan tulisan. Kemudian, pengkaji juga telah menggunakan teori Konstruktivisme Sosial Vygotsky (1978) sebagai teori utama dalam kajian ini. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kanak-kanak autisme bermasalah dalam bahasa ckspresif dan reseptif. Dapatan kajian tentang bahasa ekspresif menunjukkan kanak kanak autisme bermasalah dalam membentuk perkataan, tidak menguasai tatabahasa, kurang kosa kata, dan lemah membina ayat. Dapatan kajian tentang bahasa reseptif pula. subjek kajian didapati sukar memahami arahan secara langsung, kurang fokus kepada perkara yang didengari, gagal mempamerkan bahasa bukan verbal yang betul, dan bermasalah dalam menulis huruf. Kajian ini juga turut mencadangkan beberapa perkara penting kepada ibu bapa, guru, dan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam memberikan pendidikan yang sewajarnya kepada kanak-kanak autisme. Semua pihak bertanggungjawab dalam memberi perhatian dan sokongan kepada kanak-kanak autisme agar mereka mendapat tempat dalam masyarakat.
Text
Kecelaruan kebimbangan umum dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (ipt) dan keberkesanan intervensi menurut psikoterapi islam : satu kajian awal
Penyakit mental merupakan penyakit ke lima berbahaya di dunia...
Text
Kecenderungan berpolitik generasi muda negara
Text
emosi
orang asli
Kecerdasan emosi adalah kompleks...
"Kecerdasan emosi adalah kompleks; malah lebih kompleks daripada yang disedari. Ia merangkumi pelbagai perasaan, sama ada positif ataupun negatif serta yang saling berkaitan. Kecerdasan emosi berupaya menyumbang kepada kejayaan atau kegagalan dalam peperiksaan dan pencapaian-pencapaian lain. Salovey dan Mayer (1990) menyatakan kecerdasan emosi merangkumi mengenali emosi sendiri, mengurus emosi sendiri, memotivasikan emosi negatif, mengenali emosi orang lain dan mengendlai perhubungan dengan kecerdasan emosi yang positif, maka pelajar-pelajar Orang Asli akan memperoleh pencapaian yang cemerlang tercapai sama ada semasa atau selepas sekolah."
Text
Kecerdasan emosi dalam novel remaja
Abstrak
Kajian ini dijalankan untuk mengenal komponen-komponen kecerdasan emosi dalam novel-novel remaja dan pengaruh komponen kecerdasan emosi terhadap pembentukan sahsiah remaja dalam novel kajian. Kehadiran komponen kecerdasan emosi dapat dikesan melalui peristiwa-peristiwa yang dilalui oleh watak yang pastinya mempunyai kaitan denga latar belakang watak dan tahap kecerdasan emosi yang dimiliki oleh remaja tersebut. Remaja yang pandai mengurus emosi pastinya memiliki sifat remaja unggul iaitu mempunyai keimanan yang kukuh, akhlak yang mulia dan disanjung oleh semua orang. Terdapat tiga objektif yang dicapai dalam kajian ini iaitu, mengenal pasti kehadiran komponen kecerdasan emosi pada watak-watak yang terdapat dalam teks kajian, menganalisis kecerdasan emosi yang terdapat pada watak-watak protagonis remaja berdasarkan Model Kecerdasan Emosi (MKE) dalam teks kajian dan menilai pengaruh dan kepentingan komponen kecerdasan emosi terhadap pembentukan sahsiah unggul watak protagonist remaja dalam teks terpilih. Kajian ini berlandaskan Teori Kecerdasan Emosi yang dipelopori oleh Mayer dan Salovey (1990) dan Teori Kecerdasan Emosi oleh Daniel Goleman (1995/1999). Selain itu, Pendekatan Tauhid juga diguna pakai untuk melihat apspek-aspek kerohanian Islam dalam diri remaja.
Text
Kecerdasan emosi lelaki dalam novel-novel terpilih Anwar Ridhwan dan Haruki Murakami : kajian perbandingan
Abstrak
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti aspek kecerdasan emosi lelaki Melayu dan Jepun secara perbandingan. Persamaan dan perbezaan kecerdasan emosi dianalisis berdasarkan bentuk-bentuk emosi dan aspek kecerdasan emosi yang itekankan oleh Daniel Goleman dalam Teori Kecerdasan Emosi Goleman. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti bentuk-bentuk emosi, menganalisis kecerdasan emosi, membandingkan persamaan dan perbezaan kecerdasan emosi yang terdapat pada watak-watak lelaki yang terdapat dalam novel Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman (1979/2009) dan Penyeberang Sempadan (2012) karya Anwar Ridhwan, Kafka on the Shore (2005) dan Colorless Tsukuru Tazaki and His Years of Pilgrimage (2014) karya Haruki Murakami. Bentuk-bentuk emosi watak lelaki Melayu dan Jepun yang dikesan kehadirannya diasingkan melalui jadual analisis. Bentuk emosi yang paling kuat dan dominan diperlihatkan melalui carta pai untuk membandingkan bentuk emosi yang paling banyak ditekankan oleh Anwar Ridhwan dan Haruki Murakami dalam keempat-empat novel kajian. Perbandingan elemen kecerdasan emosi watak-watak lelaki yang terdapat dalam novel dilihat melalui dua komponen utama iaitu kecekapan peribadi dan kecekapan sosial yang dipecahkan kepada lima aspek kecerdasan emosi iaitu Mengenal Emosi Kendiri (MEK), Mengurus Emosi (ME), Motivasi (M), Empati (E) dan Kemahiran Sosial (KS). Penemuan menunjukkan bahawa kesemua novel yang dikaji sesuai diterapkan dengan Teori Kecerdasan Emosi Goleman dan menepati objektif kajian. Watak-watak lelaki Melayu dan Jepun yang dikaji mempamerkan keseimbangan bentuk-bentuk emosi dan kecerdasan emosi serta tidak wujud rampasan emosi negatif. Hasil analisis ini membuktikan bahawa watak lelaki Melayu dan Jepun yang dikaji menunjukkan persamaan emosi yang setara. Tidak wujud perbezaan yang besar antara emosi watak lelaki Melayu dan Jepun. Hasil kajian ini dengan jelas membuktikan bahawa bentuk emosi dan aspek kecerdasan emosi yang dipamerkan oleh watak lelaki Melayu dan Jepun kajian adalah setara.
Text
aidilfitri
anak yatim
...4 more
Keceriaan 10 anak yatim, asnaf sambut Aidilfitri
Kedatangan 1 Syawal amat dinantikan kerana ia merupakan hari kemenangan kepada umat Islam selepas sebulan berpuasa pada bulan Ramadan, bulan yang mendidik diri untuk menjadi lebih baik dan menambahkan ketakwaan umat Islam.
Text
Hari Raya
Keceriaan 10 anak yatim, asnaf sambut Aidilfitri
Program Iftar Untukmu LBS raikan golongan memerlukan di SK Seri Gambut
Text
Keciciran anak Orang Asli diatasi
Text
Keciciran anak Orang Asli diatasi
Text
Keciciran murid orang asli di sekolah rendah: penerokaan di cameron highlands
Di Semenanjung Malaysia terdapat tiga kelompok Orang Asli iaitu Negrito, Senoi dan Melayu-Proto yang dianggarkan sejumlah 150,000 orang (BERNAMA, 2010)...
Text
Pendidikan
Keciciran pembelajaran perlu ditangani bersama
Keciciran dalam pelajaran berkait rapat dengan kemahiran literasi dan Kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.
Text
Kecuaian segelintir manusia membawa bencana besar
Text
Kecurian motosikal di ibu negara masih berleluasa
Text
kedah
Kedah 1821-1885 Years of Exile and Return
Between 1821 and 1885, Kedah faced a period of turmoil marked by Siamese invasion, the Sultan’s exile, and efforts to regain the throne. The struggle involved political negotiations, shifting alliances, and local resistance. Despite setbacks, the royal family eventually returned, highlighting the resilience of Kedah’s rulers and their determination to restore sovereignty and cultural identity.
Text
kedah
kerajaan
...1 more
Kedah belum bercadang pulihara Terusan Wan Mat Saman - MB
Text
adat dan budaya
hiasan kepala
...2 more
Kedah Head-Dresses
membincangkan pelbagai jenis hiasan kepala tradisional yang dipakai oleh masyarakat Kedah, khususnya dalam konteks adat, upacara, dan kehidupan seharian.
Text
tanah rizab
Kedah keluarkan angka sebenar tanah rizab Melayu
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mengarahkan Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri mengeluarkan angka yang tepat dan peratusan tanah rizab Melayu di negeri itu berbanding negeri-negeri lain.
Text
Kedah perlukan tempat simpan bahan sastera
Text
kedah
petempatan
...1 more
Kedah, yang dianggap sebagai petempatan yang...
"Kedah, yang dianggap sebagai petempatan yang paling penting di Semenanjung selepas abad ke-3, perlu mendapat perhatian khas. Ia terletak di muara Sungai Merbok, mempunyai tempat berlabuh yang dalam dan cukup tersembunyi dari muara sungai sehingga mudah dipertahankan jika diserang lanun."
Website
Islam
kedah
Kedah: Kerajaan Islam pertama di Tanah Melayu
Laman tentang sejarah kedatangan Islam di Tanah Melayu
Website
kedah
Kedah: Pusat industri peleburan besi tertua di dunia
Laman tentang pusat industri peleburan besi di Kedah.
Showing 7601 to 7650 of 19606 results
Page
of 393
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->