Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (19623 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
sastera Melayu
Kesantunan bahasa dalam pantun Melayu
Abstrak
Kesantunan bahasa merupakan satu tatacara kehidupan yang amat dititikberatkan oleh bangsa terutamanya dalam kalangan orang-orang Melayu. Kesantunan bahasa dikaitkan dengan penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab dan memaparkan peribadi mulia seseorang ketika berkata-kata dengan pihak yang berbicara. Keperibadian yang mulia itu juga mampu menjalinkan satu hubungan yang harmoni dalam berkomunikasi dan menjadikan masyarakat yang bersantun itu dipandang mulia dan dihormati.
Dalam kajian ini pengkaji ingin mengenal pasti beberapa faktor kesantunan yang terdapat dalam pantun yang sememangnya telah mendarah daging dan menjadi sinonim pada masyarakat Melayu terdahulu. Beberapa aspek kesantunan akan disentuh dalam mengkaji kesantunan dalam pantun Melayu ini. Pengkaji menjurus kepada budi dalam pantun dan cuba mengupas kesantunan bahasa yang dimanifestasikan dalam bait-bait pantun budi itu.
Bab 1: dalam bab ini pengkaji akan menyelami beberapa jenis pantun untuk menyingkap kehidupan orang-orang Melayu dalam menyemai sikap dan sifat kesantunan melalui pantun sebagai alat pendidikan kepada anak-anak mereka. Di samping itu, dimuatkan juga latar belakang kajian, objektif kajian, permasalahan kajian, batasan kajian, kepentingan kajian, metodologi kajian dan takrifan kajian.
Bab 2: dalam bab ini dikemukakan tentang sorotan kajian dan beberapa kajian lampau yang menunjukkan kajian kesantunan bahasa dan kajian pantun.
Bab 3: dalam bab ini dikemukakan sejauh mana pantun Melayu dapat dibuktikan sebagai satu wadah kesantunan bahasa dalam kalangan orang-orang Melayu. Teori Leech yang memperkenalkan maksim kesantunan menerusi bukunya Principles of Pragmatics, telah digunakan sebagai kerangka teori kajian. Dalam maksim Leech, beliau menekankan semua konsep sopan dalam perhubungan sesama manusia, terutamanya apakah maksud yang hendak disampaikan oleh penutur dan keberkesanan makna yang diterima pendengar. Enam maksim Leech telah dihuraikan dalam bab ini.
Bab 4: bab ini merupakan analisis pantun budi yang dipetik daripada buku Kurik Kundi Merah Saga. Pantun-pantun budi itu dihuraikan dan dikaitkan dengan 6 maksim kesantunan menurut teori Leech.
Bab 5: bab ini merupakan bab penutup yang menghuraikan secara keseluruhan terhadap kajian yang dilakukan. Bahagian ini juga menyentuh tentang peranan pantun dalam memaparkan kesantunan bahasa Melayu ketika zaman itu yang masih boleh diguna pakai dalam mendidik dan memupuk kesantunan bahasa dalam kalangan anak Melayu.
Text
Kesantunan bahasa dalam ceramah motivasi
Abstrak
Kajian ini menganalisis kesantunan bahasa dalam ceramah motivasi yang disampaikan oleh Mohd. Fadzilah Kamsah. Bab satu membincangkan sorotan kajian, tujuan kajian, bidang kajian, bahan kajian, kacdah dan konsep-konsep yang digunakan dalam kajian ini. Bab dua pula membincangkan konsep kesantunan bahasa dalam masyarakat Melayu. Bab ini juga menghuraikan hubungan antara kesantunan bahasa dengan ceramah motivasi sebagai satu bentuk komunikasi awam. Bab ini turut memetik petikan Al-Quran yang berhubung dengan kesantunan bahasa semasa berkomunikasi. Bab tiga menghuraikan pembentukan model Kesantunan Pindaan dan Tambahan (KPT) untuk menganalisis data kajian. Model ini dibentuk melalui enggabungan tiga mnodel kesantunan terdahulu, iaitu Prinsip Kerjasama Grice (1975), Kesantunan Paling Luas oleh Sanat (2000) dan model Kesantunan Noriati (2005). Penggabungan ini dilakukan kerana sesuai dengan korpus kajian. Melalui enggabungan ini, terdapat tujuh kategori kesantunan dan 20 strategi kesantunan telah dibina. Kajian ini mendapati 83 unit ceramah atau inti pati yang disampaikan dalam ceramah tersebut. Bab empat pula ialah bab analisis dan dapatan kajian. Melalui analisis kajian, iaitu dari segi kategori kesantunan, kajian mendapati Kategori Relevan dan Kategori Cara mempunyai bilangan yang tertinggi, iaitu 83 unit (100%), diikuti oleh Kategori Kuantiti 80 unit (96.38%). Kategori Rujukan Sumber 40 unit, Kategori Berhemah 36 unit (43.3.7%), Kategori Ungkapan Rabbani 12 unit. Selain itu, subtajuk yang disampaikan semasa memulakan ceramah mematuhi tiga strategi kesantunan, manakala Kategori Penghargaan 3 unit sahaja. Analisis selanjutnya ialah strategi kesantunan. Strategi Berkaitan 83 unit, Strategi Mencukupi dipatuhi oleh 80 unit (96.38 %), Strategi Penjelasan 78 unit (93.97%), Strategi Pengulangan 72 unit (86.74%), Strategi Tertib 68 (81.92%), Strategi Penegasan 45 unit (54.21%), Strategi Rujukan Islam dan Rasul 34 unit (40.96%), Strategi Memberikan Contoh 30 unit (36.14%), Strategi Cadangan 18 unit (21.68%). Strategi Sapaan 17 unit (20.48%), Strategi Insya-Allah dan Strategi Harapan masing-masing 12 unit (14.45%), Strategi Rujukan Penceramah 10 unit (12.04%), Strategi Kecindan 8 unit (9.63%), Strategi Rujukan Kajian 4 unit (4.81%), Strategi Pujian 2 unit, Strategi Bismillah dan Doa pula diungkapkan sebanyak 3 kali dalam subtajuk. Strategi Terima Kasih l unit (1.20%). Strategi Syukur dipatuhi dalam subtajuk pertama sebanyak dua kali, manakala Strategi Salam diungkapkan sekali sahaja. Bab lima ialah bab penutup. Bab ini menyimpulkan bahawa kajian ini mencapai objektifnya. Ceramah motivasi yang disampaikan adalah santun kerana telah menggunakan pelbagai strategi kesantunan. Bab ini juga mencadangkan agar esantunan Islam iaitu KPL perlu dijadikan landasan kajian tanpa menolak model kesantunan Barat. Ringkasnya, KPL dapat 'mengislamkan' model kesantunan Barat yang tidak menitikberatkan hubungan manusia dengan Pencipta.
Text
belia
Muzik
Kesan-Kesan Muzik Terhadap Golongan Belia
Memandangkan dewasa ini muzik yang terlalu mendatangkan ke atas masyarakat khasnya kaum belia, merupakan muzik-muzik berentak "rock" dan berbentuk moden, maka penumpuan kajian penulis adalah kepada muzik-muzik yang berentak atau berirama demikian. Apa yang dikatakan muzik moden ini selalunya merupakan muzik-muzik yang didatangkan dari luar dan menggunakan peralatan-peralatan moden. Begitu juga masyarakat dan peringkat umur yang meminatinya. Di sini tumpuan penulis adalah kepada masyarakat bandar yang berada dalam arus kemajuan, terutama kepada golongan belia yang mementingkan muzik dalam hidup mereka. Kegilaan para belia belasan tahun khasnya, terhadap aliran muzik berbentuk "heavy rock", corak pakaian serta perhiasan diri ala-punk atau "new wave" semakin menjadi-jadi pada masa kini.
Kesan tersebarnya Hadith Palsu di Alam melayu
" Kesan paling dahsyat akibat daripada penyebaran Hadith palsu yang tidak terkawal adalah pada urusan Aqidah dan Ibadah umat ini,..."
Text
Sosio budaya Melayu
Kesan teknologi moden dalam pembuatan makanan tradisi Melayu : Kajian kes budu
Abstrak
Kajian ini akan menghuraikan tentang kesan teknologi moden dalam pembuatan makanan tradisi Melayu dengan penumpuan kepada budu. Perubahan teknologi moden bukan hanya melibatkan aspek alatan tetapi turut melibatkan aspek kehidupan dan budaya dalam masyarakat Melayu. Perubahan atau kesan dari teknologi moden dalam pembuatan makanan tradisi Melayu dapat dilihat daripada proses pembuatan budu dan hubungan sosial dalam masyarakat Melayu.
Objektif kajian akan melihat daripada dua aspek iaitu aspek material dan bukan material. Aspek material akan dilihat daripada proses-proses pembuatan budu dimana melibatkan alatan dan juga tenaga kerja yang digunakan. Manakala dari aspek bukan material dijelaskan kesan perubahan teknologi ke atas hubungan sosial dalam masyarakat Melayu.
Perubahan-perubahan ini telah mempengaruhi kehidupan masyarakat Melayu secara keseluruhannya. Perubahan yang tercetus dari kemasukan teknologi moden ini telah menghakis amalan-amalan yang menjadi kebiasaan masyarakat Melayu. Kajian ini akhirnya dapat membuktikan terdapat perubahan yang berlaku dalam masyarakat Melayu disebabkan oleh kemasukan teknologi moden.
Kesan ritma dan bunyi.
Text
Kesan proses pembaratan ke atas kesusasteraan melayu
" Masyarakat Nusantara mengalami kejutan yang amat kuat dengan terjatuhnya kerajaan melaka pada tahun 1511"
Text
Kesan poligami terhadap anak
Text
Kesan plagiarisme…melalui engin carian Internet
Text
Arkeologi
Kesan pahatan yang unik di Bukit Batu Pahat
Bukit Batu Pahat yang kini semakin popular bagi penduduk sekitar utara tanah air adalah antara kawasan pelancongan baru yang sedang mendapat perhatian sejak kebelakangan ini.
Text
Kesan media ke atas keluarga
Text
kesan media ke atas keluarga
Text
Malaysia--Social lite anacultuns
Kesan krisis nilai manusia terhadap alam sekitar : kajian dari perspektif falsafah Sayyed Hossein Nasr
Dalam konteks semasa ketika masyarakat dunia menghadapi krisis alam sekitar pada tahap yang membimbangkan, pelbagai pandangan, pemikiran , pendekatan serta usaha telah dikemuka dan dilaksanakan untuk menangani kirisis tersebut.
Text
antarabangsa
Kesan Kosovo
Text
Keterjaminan makanan
Kesan kenaikan kos baja, dedak masih terkawal
Konflik geopolitik di Asia Barat mencetuskan kenaikan harga baja dan dedak namun kesannya terhadap pengguna di Malaysia masih terkawal apabila pengeluaran setakat ini menyerap tekanan kos
Text
Malaysia--Social lite anacultuns
Kesan kemasukan warga asing ke atas corak dan aktiviti kepenggunaan di kompleks membeli belah bukit jambul, pulau pinang
Kemasukan buruh asing separuh mahir ke negara ini telah menghasilkan kesan yang pelbagai terhadap hubungan sosio-ruangan dan budaya setempat...
Text
economy
Kesan kejatuhan harga minyak ke atas ekonomi Malaysia
Harga minyak yang rendah akan bermakna pengurangan pembelanjaan dalam pembangunan kerajaan dan pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan.
Text
Kesan karya pascamodenisme Melayu
Text
Kesan karya pascamodemisme Melayu
Text
Kesan industri pelancongan kepada negara
Text
industri
industri pelancongan
...4 more
Kesan Industri Pelancongan di Langkawi Terhadap Masyarakat Kampung
Industri pelancongan adalah satu bidang baru di negara ini. Menyedari bahawa sektor pelancongan mempunyai potensi sebagai sumber pendapatan tukaran wang asing, penekanan diberikan terhadap penggabungan usaha-usaha penggalakan dan pemasaran, meningkatkan mutu daya tarikan, kemudahan dan perkhidmatan yang penting, mempertingkatkan kemahiran serta menyenangkan aktiviti pelancong yang datang ke Malaysia.
Pulau Langkawi telah diperkenalkan sebagai destinasi pelancongan yang dijangkakan dapat menarik pelancong dengan keindahan dan keunikan semulajadi pulau itu. Kalau dahulu Langkawi dianggap sebagai sebuah pulau yang sepi, tidak bertenaga malah sebagai sebuah pusat pelancongan paling mundur dari segi kemudahan dan pembangunan tetapi kini telah menjadi tumpuan dan tarikan pelancong tempatan dan luar negeri.
Pulau Langkawi akan menjadi pusat pelancongan dan pusat perniagaan serta kewangan yang terbaik di rantau ini apabila lebih banyak syarikat penerbangan asing dibenarkan membuat penerbangan terus ke situ.
Text
Kesan industri dalam negara islam
''Sesungguhnya telah Kami berikan kurnia kepada Daud (firma Kami) : Hai gunung-gunung, ulang-ulanglah tasbih bersam Daud, dan (hai) burung-burung...
Text
Kesan globalisasi terhadap bahasa Melayu
Text
Kesan globalisasi ke atas pembentukan dan perkembangan peradaban Melayu
Abstrak
Nusantara merupakan negara wilayah umat Melayu yang mempunyai tamadunnya tersendiri selaras dengan iklim dan sejarah budayanya. Globalisasi sebagai fenomena sejagat telah menyemrak pertumbuhan, pembentukan dan perkembangan peradaban tersebut dalam meneliti liku-liku zaman. Sejarah dan kronologi globalisasi yang dimulai lslam dengan semangat ilmu memberi jasa besar dalam merubah watak dan budaya masyarakat yang berpegang kepada peradaban warisan tradisi hingga membentuk masyarakat dinamik berteraskan kosmologi Islam bersandarkan Iman dan amal; intelektualisme dan rasionalisme disertai pandangan hidup sejagat bercirikan progresif, inovatif dan kondusif. Arus globalisasi Barat kemudiannya telah mewarnakan dunia Melayu dengan menduduki gugusan Kepulauan Melayu (Malay Archipelago). Sumbangan globalisasi itu turut menyumbang memperlihatkan ketinggian peradaban Melayu melalui hubungan dan kesamaan mereka dari segi bahasa, sastera, budaya, ekonomi, politik, sosial, tekonologi, seni dan lain-lain. Di sebalik slogan mentamadunkan dunia Melayu yang sarat dengan agenda kolonialisasi, hegemoni dan kristianisasi, globalisasi Barat telah menjambatankan kepesatan pertembungan lain-lain peradaban seperti India dan China yang menimbulkan pulau-pulau peradaban baru di Nusantara. Kesannya telah terbentuk khususnya di Tanah Melayu yang kini meninggalkan impak lanjutan kepada perkembangan peradaban Melayu. Sumbangan globalisasi Islam telah mencantumkan rumpun Melayu kepada suatu umat terbesar selepas bangsa Arab di Asia Barat. Namun globalisasi Barat memainkan peranan membahagikan mereka kepada beragama Islam dan bukan lslam. Ledakan globalisasi kontemporari Barat yang dipacu Amerika Syarikat khususnya semakin penting memainkan peranan dalam merubah pola-pola peradaban dan cara hidup rumpun Melayu. Arus ini sedang memperlihatkan perkembangan peradaban Melayu yang telah ditandai dengan konflik peradaban hingga telah menjadi trauma kepada keutuhan peradaban Melayu. Peristiwa ngeri 13 Mei 1969 di Malaysia dan siri-siri konfik peradaban di Nusantara mencerminkan kesan kerencaman globalisasi dalam membentuk perkembangan peradaban Melayu di masa akan datang. Ledakan teknologi maklumat dan pembangunan pesat dunia disulami gejala dunia siber turut memesatkan perkembangan peradaban Melayu dalam menghadapi cabaran kuasa penyamarataan budaya memungkinkan kemunculan suatu budaya unik Malaysia. Menjelang alaf baru, peranan globalisasi semakin mengecilkan saiz dunia dan beransur-ansur memupuskan organisas1 dan memperkembangkan konsep dunia sejagat. Tentulah saingan memberi kelebihan kepada Barat untuk memindahkan nilai dan cara berfikir mereka ke suatu daerah dunia yang lain. Mampukah peradaban Melayu yang suatu masa dahulu terbukti sebagai kuasa globalisasi dunia kembali menghadapi cabaran mempertahankan peradaban Melays Nusantara khususnya di Malaysia sesuai dengan Islam sebagai ad-Din yang syumul untuk melampaui kuasa globalisasi kini.
Text
Kesan globalisasi ke atas pembentukan dan perkembangan peradaban Melayu
Abstrak
Kajian ini ingin menonjolkan unsur dan kesan globalisasi terhadap sesuatu peradaban. Peradaban Melayu dipilih kerana keunikannya dalam menerima unsur unsur peradaban asing. Sikap serta sifat masyarakat Melayu yang sangat peka terhadap perubahan membantu mereka mengadaptasi peradaban luar wilayah Alam Melayu untuk manfaat dan survival mereka. Kajian ini juga dikaitkan dengan sejarah dan perspektif globalisasi dari pelbagai dimensi yang memberi kesan kepada pembentukan dan perkembangan peradaban Melayu khususnya di Tanah Melayu seperti politik, ekonomi, sosial, teknologi, seni dan lain-lain. la dikaitkan bagi melihat sejauh mana kesan tersebut keatas peradaban Melayu yang secara khususnya di Tanah Melayu yang kini Malaysia sebagai mewakili suatu politi Melayu di Alam Melayu.
Text
Kesan daripada Jambatan
Text
Kesan dan kesimpulan
"Bahawa konsep saling hubungan pengarang mesti dipertahankan setiap pengarang seperti dipertanggungjawaban ke atas perlakuannya..."
Text
Kesan buruk kapitalisme kepada budaya
Text
Ekonomi-Malaysia
Kesan bertindih SST
Perbincangan isu mengenai kenaikan harga barang yang disebabkan oleh faktor-faktor tertentu. Faktor-faktor ini memberi kesan terhadap kadar cukai serta harga barangan.
Text
Kesan anak yang didera
Text
Kesalahan-kesalahan bahasa pelajar Sekolah Menengah Cina Persendirian di Selangor
Abstrak
Disertasi ini mengkaji kesalahan bahasa pelajar-pelajar Sekolah Menengah Cina Persendirian di Selangor. Kajian ini bertujuan memupuk kesedaran betapa perlunya penggunaan bahasa yang betul di kalangan pelajar-pelajar supaya keutuhan dan kewibawaan bahasa Melayu dapat dipertingkatkan. Bab 1 membincangkan sejarah perkembangan bahasa Melayu sehingga menjadi bahasa kebangsaan bagi Malaysia dan bahasa pengantar di sekolah sekolah. Selain itu, bab ini juga membincangkan tujuan kajian, kepentingan kajian dan bidang kajian yang melibatkan tiga aspek kesalahan bahasa, iaitu ejaan, morfologi dan sintaksis. Bahagian akhir bab ini menumpukan perhatian kepada perbincangan mengenai tempat kajian, populasi dan tumpuan kajian serta definisi konsep yang melibatkan kesalahan bahasa, tatabahasa dan bahasa Melayu baku. Dalam bab 2, dibincangkan kajian-kajian terdahulu kesalahan bahasa. Kajian-kajian terdahulu ini meliputi kajian dalam negara dan luar negara. Bab 3 pula, memberi gambaran tentang sekolah-sekolah Cina di Malaysia, iaitu kewujudannya sehinggalah terbentuknya Sekolah-sekolah Menengah Cina Persendirian. Dalam bab ini, disentuh juga aspek pengurusan, kurikulum, peperiksaan dan sumber tenaga pengajar sekolah-sekolah berkenaan. Bahagian akhir bab ini membincangkan penubuhan dan perkembangan Sekolah-sekolah Menengah Cina Persendirian di Selangor. Bab seterusnya, iaitu bab 4, membincangkan kaedah kajian. Ini termasuklah proses pengumpulan data, dan proses analisis kajian. Perbincangan seterusnya memberi fokus kepada penentuan kesalahan dengan diperturunkan contoh-contoh kesalahan ejaan, morfologi dan sintaksis yang dilakukan oleh pelajar bersama pembetulannya. Analisis kajian dibincangkan dalam bab 5 dan 6. Bab 5 memberi fokus kepada latar belakang responden berdasarkan borang soal selidik dan kesalahan ejaan. Bab 6 pula memberi fokus kepada kesalahan morfologi dan sintaksis. Bab yang terakhir, iaitu bab 7 menyimpulkan keseluruhan hasil kajian yang dilakukan.
Text
balik kampung
kesabaran. aidilfitri
...3 more
Kesabaran teruji setiap kali Aidilfitri
Sejak kelmarin lagi ramai yang sudah bergerak ke kampung halaman masing-masing.
Text
Kesabaran sangat penting!
Still Image
Melayu dan politik
Kesabaran Melayu ada had
Content:
Kesabaran Melayu ada had
Text
COVID-19
strok haba
Kes strok haba, Covid-19 di Selangor masih terkawal.
Pihak berkuasa sentiasa menjalin kerjasama erat dengan semua agensi untuk mengawal kes strok haba dan Covid-19 di Selangor.
Text
strok haba
Kes strok haba meningkat.
Peningkatan kes strok haba disebabkan oleh cuaca panas yang melampau dan beberapa langkah untuk mengelakkan strok haba diberikan oleh Professor UKM.
Text
kes solar
mahkamah
Kes solar: Rosmah gagal gugur Sri Ram
Datin Seri Rosmah Mansor terus gagal mencabar pelantikan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai timbalan pendakwa raya kanan dalam kes rasuah projek solar selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonannya bagi mendapat kebenaran merayu.
Text
COVID-19
vaksin
Kes saman KJ isu vaksin selesai
Mahkamah Tinggi membabitkan kes saman Khairy terhadap Lokman yang didakwa mengeluarkan kenyataan fitnah berhubung isu vaksin Covid-19 dua tahun lalu.
Text
Tun Mahathir
Zahid Hamidi
Kes saman fitnah Zahid terhadap Tun M ditetapkan November ini
Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat, menetapkan empat hari bermula 6 November depan untuk mendengar kes saman fitnah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung dakwaan beliar menggunakan kedudukannya bagi mempengaruhi bekas Perdana Menteri itu untuk campur tangan dalam prosiding kes jenayah yang masih berjalan di mahkamah.
Text
Anwar Ibrahim
Perdana menteri
...1 more
Kes saman Dr Mahathir: Anwar masukkan kehadiran
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah memasukkan memorandum kehadiran terhadap tuntutan saman yang dikemukakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
Kes Rogol Di Melaka : Dua Calon SPM Hadapi 3 Tuduhan Jenayah Seksual
Dua pelajar Tingkatan 5 yang juga calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bulan depan, masing - masing berdepan tiga tuduhan jenayah seksual ketika dihadapkan ke Mahkamah Kanak - Kanak di sini, semalam
Kes Rogol Di Baling : 4 Remaja Rogol Pelajar Tingkatan 3 Ditahan
Lagi kes jenayah seksual membabitkan kejadian rogol di sekolah, terbongkar apabila empat remaja lelaki termasuk tiga pelajar sebuah sekolah menengah dekat Baling, ditahan kerana merogol mangsa berusia 15 tahun.
Text
keselamatan
Kes rogol babit kanak-kanak bawah umur meningkat
Kemudahan akses kanak-kanak kepada media sosial antara punca kes rogol kanak-kanak meningkat.
orang asli
Kes rebut hak penjagaan anak Orang Asli diteliti
Kerajaan Pahang meminta penasihat undang-undang negeri untuk meneliti secara terperinci bidang kuasa sedia ada dan bertepatan dengan undang-undang yang ada di mahkamah berhubung kes perebutan hak penjagaan anak Orang Asli.
Text
Kes plagiat jejaskan peluang jadi Profesor
Kes penipuan dalam talian di Sarawak meningkat 61.37 peratus
“Angka ini amat membimbangkan kerana kebanyakan mangsa mengalami kerugian besar akibat terpedaya dengan sindiket scammer yang semakin licik,”
Kes Pelajar Tahfiz Dipercayai Dibunuh : Tandas Lokasi Kejadian Diroboh Ketika Dalam Siasatan Dipersoal
Kematian pelajar tahfiz, Allahyarham Wan Ahmad Faris Wan Abdul Rahman, yang disyaki dibunuh pada 2013 menjadi tanda tanya sehingga kini, kerana tandas lokasi penemuan mayat mangsa dirobohkan beberapa minggu selepas kejadian.
Kes Pelajar Tahfiz Dipercayai Dibunuh : Polis Buka Semula Siasatan Kes Wan Ahmad Faris
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membuka semula kertas siasatan kes kematian pelajar, Allahyarham Wan Ahmad Faris Wan Abdul Rahman, yang dibunuh di sebuah sekolah tahfiz dekat Kok Lanas, Kelantan pada Disember 2013.
Kes Pelajar Tahfiz Dipercayai Dibunuh : Keluarga Faris Serah Surat Mohon Siasat Semula Kes
Keluarga pelajar tahfiz, Allahyarham Wan Ahmad Faris Wan Abdul Rahman yang dipercayai mangsa bunuh di sekolah tahfiz di Kok Lanas pada Disember 2013 sudah menyerahkan surat kepada polis Bukit Aman semalam.
Kes Pelajar Maut Ditikam Rakan Sekolah : Kerajaan Ambil Tindakan Tegas Tangani Isu Disiplin Di Sekolah
Kerajaan akan mengambil tindakan tegas bagi menangani isu masalah disiplin dan keselamatan di sekolah, termasuk yang dikaitkan dengan penggunaan serta pengaruh media sosial, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Showing 11351 to 11400 of 19623 results
Page
of 393
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->