Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (19278 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
Ahmad Zahid Hamidi
IPMA
...2 more
RM50j naik taraf, baik pulih IPMA dan MRSM
TPM bangga MARA miliki standard pendidikan baik, perlu pertahan imej berprestij
Text
Belanjawan
madani
RM500j tambah baik pusat penjaja, perumahan rakyat
DBKL sedia memanfaatkan dana dalaman berjumlah RM500 juta bagi menambah baik kemudahan untuk penjaja serta perumahan rakyat.
Text
madani
RM5.4b diperuntuk bagi laksana 22 projek air di Perak
Sebanyak RM5.4 bilion diperuntukkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) untuk 22 projek berkaitan air di Perak.
Text
Belanjawan
madani
RM46.5b atasi enam isu sektor kesihatan
Kerajaan memperuntukkan RM46.5 bilion kepada KKM pada 2026 dalam usaha menangani enam permasalahan meruncing dihadapi sektor dan perkhidmatan kesihatan negara.
Text
Belanjawan
madani
RM419.2b untuk Belanjawan 2026
Belanjawan 2026 menerima peningkatan peruntukkan sebanyak 1.7 peratus berbanding 2025. Kerajaan akan terus memberikan penekanan kepada pengurusan perbelanjaan berhemat.
Text
keluarga melayu
RM319,700 untuk Diana
Mahu selamatkan rumah tangga, Farid kemuka tawaran perdamaian kepada isteri.
Text
ihya
MBI
...2 more
RM3 juta semarak ihya Ramadan MBI
Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI memperuntukkan sejumlah RM3 juta bagi meneruskan program ihya Ramadan tahun ini.
Ekonomi
Kewangan
...1 more
RM2b bagi fasiliti peralihan tenaga
Text
madani
RM25j kukuh usaha STAR laksana reformasi
Peruntukan sebanyak RM25 juta kepada Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR) menerusi Belanjawan 2026 akan memperkukuh usaha pasukan itu dalam merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan reformasi dasar serta intervensi strategik secara menyeluruh dan bersepadu.
Text
Menteri Kewangan
UiTM
RM259.98j dilabur UiTM tanpa kelulusan Menteri Kewangan
Sejumlah RM259.98 juta yang dilabur Universiti Teknologi Mara (UiTM) kepada UiTM Holdings dalam bentuk suntikan modal dan penukaran pinjaman kepada equiti didapati tiada kelulusan Menteri Kewangan,ini juga sekaligus tidak selaras dengan Akta Universiti Teknologi MARA 1976(Akta 173).
Text
Belanjawan
madani
RM21.7b perkukuh sektor pertahanan, keselamatan
Kerajaan mengumumkan peruntukan Rm21.7 bilion untuk Kementerian Pertahanan menerusi Belanjawan 2026 bagi memastikan keselamatan pertahanan negara sentiasa menjadi keutamaan.
Text
HKL
KKM
RM200j naik taraf wad HKL
KKM menaik taraf wad Hospital Kuala Lumpur menelan belanja kira-kira RM200 juta untuk memberi keselesaan kepada pesakit dan petugas di hospital.
Text
Hari Raya
RM2.16 juta untuk ATM sempena Aidilfitri
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima RM2.16 juta pada Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri hasil sumbangan 79 syarikat, badan korporat dan individu
Ekonomi
usahawan
RM2 juta kukuhkan usahawan francais
Text
madani
RM2 bilion untuk projek kabel dasar laut SALAM
Kerajaan Persekutuan akan membangunkan projek infrastruktur digital mega, Sambungan Kabel Dasar Laut MADANI (SALAM) dengan kos RM2 bilion bagi memastikan Sabah dan Sarawak menikmati manfaat digital yang optimum setara dengan Semenanjung.
Text
Hari Raya
RM1k aid for Negeri Sembilan civil servants
Text
Belanjawan
madani
RM15.5 bilion penjimatan laksana penyasaran subsidi
Keseluruhan langkah penyasaran subsidi yang dilaksanakan di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI berjaya menjimatkan dana negara sekitar RM15.5 bilion setahun.
Text
madani
RM15.5 bilion hasil negara dicuri dikembalikan dalam dua tahun
Kejayaan penguatkuasaan tegas yang berjaya mengembalikan hasil negara mencecah RM15.5 bilion dalam tempoh dua tahun menunjukkan komitmen kerajaan untuk terus membersihkan negara daripada rasuah, penyelewengan dan kegiatan kartel.
Text
Belanjawan
madani
RM12j tingkat kecekapan NSRC tangani jenayah siber
Kerajaan akan menggubal Rang Undang-Undang (RUU) Jenayah Siber bagi menangani jenayah siber dengan lebih menyeluruh.
perniagaan
sumbangan
...1 more
RM100,000 buat Sufi Syafrina
Pemberian sumbangan peribadi sebanyak RM100,000 kepada Tabung Bantuan Adik Sufi Syafrina.
Text
bantuan
makanan
RM10, 000 bantu rumah kebajikan
BBS berkongsi rezeki bersama mereka yang memerlukan.
Text
Ahmad Zahid Hamidi
Aminuddin
...3 more
RM1.2 bilion untuk Negeri Sembilan
Perdana Menteri umum peruntukan pembangunan sosioekonomi bagi rakyat di negeri itu
Text
Makanan/Masakan Melayu
RM1 Nasi Lemak goes viral
Mum of 3 happy to earn a small profit to support her family by deciding to sell a packet of nasi lemak for a mere rm1.
Text
RM1 juta baucar buku untuk rakyat
Bauca boleh ditebus bermula 22 April sehingga 31 Disember 2025
Text
Belanjawan
madani
RM1 bilion perkasa Ikhtiar MADANI
Kerajaan akan menyuntik dana RM1 bilion tahun depan bagi memperhebat program Ikhtiar MADANI Untuk Rakyat.
Text
pusat jantung negara
sabah
RM 80 juta tubuh pusat jantung negara sabah
Kerajaan memperuntukkan RM80 juta untuk menaik taraf Hospital Queen Elizabeth 2 (HQE2) menjadi hospital pakar jantung, menjadikan Sabah memiliki kemudahan rawatan pakar jantung kedua selepas IJN di Kuala Lumpur.
Text
Ekonomi
negara
RM 500 juga baiki infrastuktur awam
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan segera sebanyak RM500 juta untuk membaik pulih infrastruktur awam yang rosak, terutamanya akibat bencana banjir, dengan memberi fokus kepada pembaikan sekolah dan klinik. Selain itu, kerajaan memperuntukkan RM60 juta kepada NADMA bagi meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi musim tengkujuh. Perbelanjaan turut merangkumi sektor kesihatan dengan RM6.2 bilion untuk pembinaan hospital dan prasarana, serta pelulusan segera RM1.9 bilion untuk projek bekalan air di Sarawak, yang secara keseluruhannya menunjukkan komitmen kerajaan untuk mempercepatkan pemulihan pasca-bencana dan meningkatkan mutu prasarana negara.
Text
kelantan
Riwayat Kelantan: Satu pengenalan naskhah
Riwayat Kelantan ini ditulis di atas kertas bergarisan dan mungkin daripada buku tulis yang bersaiz panjang. Jumlah baris dalam satu halaman ialah 19.
Text
kelantan
Riwayat Kelantan yang mengandungi tentang...
"Riwayat Kelantan yang mengandungi tentang asal-usul negeri Kelantan telah disiarkan secara bersiri (15 siri) di dalam majalah Kenchana sekitar 1930-31."
Text
kelantan
Riwayat Kelantan menyatakan Che Siti...
"Riwayat Kelantan menyatakan Che Siti Wan Kembang adalah seorang kanak-kanak yang dijumpai oleh sepasang petani miskin dalam ruas pokok buluh. Kemudiannya menjadi Raja Kelantan dan memelihara Puteri Saadong, anak Raja dari Jembal. "
Text
kelantan
Riwayat Kelantan dikatakan telah dikarang oleh...
"Riwayat Kelantan dikatakan telah dikarang oleh Muhammad Asaad Haji Muda (atau terkenal sebagai Asaad Shukri) yang memang terkenal sebagai ahli sejarah negeri Kelantan. "
Text
Riwayat Kelantan : analisis teks, interteks dan konteks
Abstrak
Kajian ini adalah kajian filologi, iaitu melibatkan kerja-kerja mentransliterasi sebuah naskhah bertulisan rumi. Naskhah yang telah siap ditransliterasi ini kemudiannya diberikan anotasi. Berdasarkan naskhah yang telah siap diedit ini satu kajian untuk mencari makna penulisan naskhah-naskhah sastera sejarah dilakukan.
Bab 1 memuatkan latar belakang kajian-kajian yang dilakukan oleh sarjana terdahulu terhadap naskhah Melayu. Tumpuan khusus diberikan kepada naskhah sastera sejarah. Daripada tinjauan itu didapati tidak banyak kajian yang menumpukan kepada usaha mencari makna penulisan sesebuah naskhah. Bab ini juga memuatkan bahan kajian, iaitu teks Riwayat Kelantan yang terdapat dalam bentuk mikro filem di Perpustakaan Besar, Universiti Malaya Kuala Lumpur. Selain daripada itu dijelaskan juga tujuan kajian, bidang dan juga skop kajian ini. Di akhir bab ini diberikan beberapa istilah yang akan digunaakan dalam kajian.
Bab 2 pula merupakan kerangka teori kajian ini. Dalam bab ini dibincangkan beberapa konsep seperti sastera, adab, analisis teks, interteks dan konteks. Dalam bab ini juga dibincangkan lima model kajian sarjana-sarjana terdahulu yang bertujuan untuk mencari makna teks. Perbincangan model-model kajian ini adalah sebagai usaha untuk membina sebuah model yang akan digunakan dalam kajian ini. Daripada beberapa model kajian yang dibincangkan itu tidak ada satu pun model kajian yang berupaya mencari makna hakiki sesebuah karya kerana mereka mengabaikan faktor agama, Dengan yang demikian dalam bahagian terakhir bab ini dikemukakan model kajian hermeneutik-adab yang akan digunakan dalam kajian ini.
Bab 3 merupakan satu perbincangan secara umum tentang negeri Kelantan seperti asal mula Kelantan mendapat nama, faktor-faktor yang menyumbang kearah kemunculan ramai penulis-penulis di Kelantan. Akhir sekali dibincangkan beberapa naskhah Melayu lama yang ada di Kelantan pada masa ini.
Text
Riwayat Hidup dan Perjuangan Kebangsaan Pendita Za'ba
Terlebih dahulu saya perlu mengakui bahawa saya bukanlah pengkaji tentang Za'ba. Walaupun nama saya dinamakan oleh bapa saya berdasarkan nama Za'ba (Zainal Abidin Borhan),..
Text
Rivals for attention
Text
Sosio budaya Melayu
Ritual tolak bala : Satu tinjauan terhadap masyarakat Kadayan di Kampung Pangi, Lawas, Sarawak
Abstrak
Kajian ini merupakan sebuah penyelidikan ilmiah mengenai sebuah upacara kebudayaan yang dilakukan oleh masyarakat Kadayan di kepulauan Borneo. Upacara yang dimaksudkan ini, ialah upacara tolak bala yang dipercayai pengkaji merupakan sebuah upacara yang dijalankan mengikut situasi sekeliling masyarakat berkenaan. Petanda buruk daripada kejadian alam yang berlaku di sekeliling mereka, maka upacara ini perlu dijalankan untuk mengelak daripada bencana alam tersebut dan sebagainya. Dalam kajian ini akan menyentuh secara holistik mengenai masyarakat Kadayan dan upacara tolak bala itu sendiri serta dikaitkan dengan ketentuan Allah swt.
Text
Ritual padi dan identiti : kajian kes komuniti Kadazan dataran Penampang, Sabah
Abstrak
Ritual secara umumnya adalah perlakuan dalam agama atau upacara amal. Namun perlakuan-perlakuan baru yang dilakukan secara berulang tanpa melibatkan keagamaan juga dapat dianggap sebagai ritual. Ritual baik yang dilakukan secara tradisi atau baru merupakan hak komunal dan bersifat awam serta mengandungi elemen-elemen persembahan yang merupakan entiti kepada kebudayaan. Oleh itu, ia sebagai alat perantaraan dan penyeragaman nilai-nilai yang menjadi lambang identiti kepada masyarakat atau etnik. Identiti entnik merupakan jalinan konsep dan sifat-sifat perilaku yang berbeza-beza atara datu entik dengan etnik yang lain yang berpusatkan kepada perkongsian bersama terhadap warisan nenek moyang. Justeru perlakuan ritual sejak zaman nenek moyang boleh diinterprestasikan sebagai sebuah drama sosial yang meliputi kehidupan seharian yang diwarisi di dalam sesebuah komuniti.
Text
Ritual padi bukit komuniti Iban Sarawak
Abstrak
Komuniti ban di Sarawak amat terkenai dengan pengerjaan padi bukit, satu aktiviti ekonomi tradisionaB yang masih diteruskan sehingga hari ini. Pengerjaan padi bukit amal dipcatingkan oich komuttiti ban, {crutanatya pada masa dahuiu. Memandangkan pentingnya aktiviti tersebut, banyak rituai diamaikan untuk menjamin kejayaannya dan dengan itu perolehan asil padi yang umayan. Kajian ini mcnciti pclbagai rilual daa aktiviti biasa berkaitan dengan pengerjaan padi bukit i kalangaa komuniti lban di Sabetan, Saratok, Bahagian Betong, Sarawak. Perkaitan antara rituat-ritual itu dengan agama dan sistem kepercayaan orang lban juga diselidiki dan diruraikan. Antara rituaB-ritual utarma yang diruraikan ialah riluat Guwai Murnsggul', Guwai Budu' Ninggkilan Benih', Guwai Mulus', Guwui Ngemali Umai', 'Nyumba', Matah' Gawai Besimpan';, 'Niki Ke Padi', dan Begempuru Makai i Ruai'. Cara-cara ritua! itu dikendalikan, fungsi-fungsinya, kepentingannya terhadap pemerolehan hasit padi yang lumayan, an kesarnnya terhadap hubungan sosia! dibincangkan dengan lanjut. Turut diteliti ialah 'sanpi' dan 'pengap' yang merupakan dua eiemen yang amat penting dalam rituai, terutamanya ritua! iawai Ngemali imai': Seiain itu, dibincangkan juga amaian-aualan 'pemuli' dan 'heburung' mcmandangkari amalan amalan tradisionai tersebut turt diberi perhatian penting oleh orang ban dalam pengerjaan padi bukit dan kedua-duanya ada perkaitan yang rapat dengan pengamalan ritual. Di samping itu juga, dibincangkan bcberapa perubahan yang dialami olch para petani padi bukit daBan pengamalan rituai dan faktor-faktor yang mengakibatkan perubahan-perubahan itu.
Text
Ritual networks in South Bali : Geographical form and historical process
Text
Ritual menghanyutkan lancang sebagai refleksi sosio-budaya di Kubapaten Kuantan Singingi
Abstrak
Ini adalah adalah satu kajian mengenai ritual menghanyutkan lancang, salah satu tradisi menghanyutkan lancang, guna untuk menghalau makhluk halus mengakibatkan pelbagai krisis penyakit, yang erkena kepada manusia dan tanman lainnya, yang terdapat di masyarakat Kabupaten Kuantan Singingi Riau. Ritual ini di ketuai olch sseeorang dukun yang akan membaca manteranya untuk menghalau makhluk halus jahat. Namun demikian dukun akan menggabungkannya dengan ayat al-Qur' an dan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Ritual Mmenghanyutkan lancang bcrsama-sama mengambil tindakan ke atas masyarakat, di samping mengendalikan dukun, juga melakukan sembahyang sekurang-kurangnya dua rakaat, berzikir, bertasbih, dan berdoa mengharap keridhaan Allah S.W.T. Di samping melakukan sembahyang berzikir dan berdo'a dan ada lagi usaha lain yang lazimnya disebut ikhtiar berupa sokongan daripada lembaga adat, badan pemerintahan dan lain sebagainya secara beramai-ramai.
Text
Ritual menghanyutkan lancang di Kuantan Singingi Provinsi Riau
Abstrak
Ini adalah satu kajian mengenai ritual menghanyutkan lancang, salah satu tradisi menghanyutkan lancang, guna untuk menghalau makhluk halus mengakibatkan pelbagai krisis penyakit, yang terkena kepada manusia dan tanaman lainnya, yang terdapat di nasyarakat Kabupaten Kuantan Singingi Riau. Ritual ini diketuai oleh seseorang dukun yang akan membaca manteranya untuk menghalau makhluk halus jahat. Namun demikian dukun akan menggabungkannya dengan ayat al-Qur' an dan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Ritual Menghanyutkan lancang bersama-sama mengambil tindakan ke atas masyarakat, disamping mengendalikan dukun, juga melakukan sembahyang sekurang-kurangnya dua raka' at, berzikir, bertasbih, dan berdoa mengharap keridhaan Allah S.W.T. Disamping melakukan sembahyang berzikir dan berdo'a dan ada lagi usaha lain yang lazimnya disebut ikhtiar berupa sokongan daripada lembaga adat, badan pemerintahan dan lain sebagainya secara beramai-ramai.
Text
Ritual masyarakat Iban dalam novel-novel terpilih penulis Sarawak
Abstrak
Kajian ini bertujuan memperlihatkan fungsi dan kepentingan ritual dalam upacara atau adat resam kaum Iban di negeri Sarawak berdasarkan tiga buah novel hasil karva penulis kelahiran Sarawak. Novel-novel tersebut ialah Pindah dan Gugumya Langit Hijau Nanga Tiga karya Jong Chian Lai serta Kelingkang hasil tulisan Douglas Jaga. Analisis kajian menggunakan pendekatan teori struktural fungsionalisme (teori fungsionalisme) yang dikemukakan oleh Emile Durkheim, iaitu setiap elemen budaya dan masyarakat bertindak sebagai fakta-fakta sosial (social fucts) yang berfungsi untuk menghamonikan institusi kemasyarakatan itu sendiri. Penerapan teori tersebut daripada perspektif kajian budaya ke atas novel-novel kajian memperlihatkan bahawa ritual memainkan peranan penting dalam fungsinya sebagai fakta sosial yang menjadi sistem peraturan atau undang-undang tidak formal dalam masyarakat Iban. Apabila sistem atau peraturan ini dipakai dan ahli masyarakat akur akan justifikasi perlakuan ritual terhadap fungsinya untuk menghamonikan masyarakat, ia akan cuba dipertahankan dan menjadi satu ciri khusus masyarakat yang mengamalkannya. Dengan itu, ritual dapat diangkat sebagai salah satu ciri identiti bagi masyarakat Iban di Sarawak. Analisis yang dijalankan bukan sahaja melihat ciri-ciri identiti tersebut seperti yang tergambar dalam teks kajian tetapi turut menjelaskan definisi, sifat dan amalan serta bentuk-bentuk ritual yang berlangsung dalam kalangan nmasyarakat Iban di Sarawak, terutamanya mereka yang tinggal di rumah panjang serta memegang kukuh nilai tradisi dan adat resam. Ritual menempatkan dirinya dalam hampir seluruh perjalanan hidup manusia Iban, sejak ia berada di dalam rahim ibu sehinggalah pada hari kematiannya seperti mana yang dipaparkan dalam ketiga-tiga buah novel kajian. Kelangsungan ritual yang digambarkan dalam teks-teks pilihan tidak hanya berlegar pada individu tertentu, malah dalam sebuah masyarakat bersifat kolektif, ritual memberi kesan tertentu kepada ahli masyarakat secara keseluruhan, sama ada yang menyokong atau menentang. Hubungan ritual bukan sekadar antara manusia dengan manusia malah terdapat juga ritual yang dijalankan bagi menenteramkan hubungan manusia dengan unsur alam. Alam pula terbahagi kepada dua, iaitu yang bersifat fizikal dan spiritual. Alam yang dirujuk sebagai fizikal itu bersifat literal, yakni urusan manusia dengan alam persekitaran, sama ada tempat kediaman atau tempat sumber rezeki seperti hutan dan sungai. Manakala alam spiritual pula merujuk kepada entiti-entiti ghaib, seperti tuhan (dewa) atau semangat (roh baik atau jahat). Konflik yang muncul antara manusia dengan dua alam ini akan melahirkan ritual-ritual yang bercirikan penghormatan dan sifat timbal balas supaya suasana harmoni mampu wujud antara kedua-dua pihak. Dalam bidang kesusasteraan, unsur ritual menjadi sebahagian daripada gagasan penting yang menyumbang kepada isi cerita dalam sesebuah karya. Hasil dapatan daripada analisis kajian ini memperlihatkan bahawa nilai-nilai tradisi yang dipertahankan dalam ritual khusus menurut upacara-upacara tertentu akan menjadi ciri penentu dalam mewujudkan keharmonian kepada seluruh masyarakat. Dapatan kajian juga menjadi bukti bahawa selain mengangkat identiti masyarakat Iban, ritual juga berfungsi sebagai salah sebuah dokumen budaya dalam memaparkan gagasan pemikiran, pandangan dunia serta kepercayaan masyarakat Iban.
Text
Ritual kain pua dalam budaya Iban di Sarawak
Abstrak
Kajian ini memberi tumpuan kepada ritual kain pua Iban di Bahgian Sri Aman, Sarawak. Dalam masyarakat Iban, kain pua mempunyai tempat yang penting dari dahulu hingga sekarang. Kain pua bukan sahaja penting dalam kegunaan harian, tetapi juga penting dalam ritual-ritual orang Iban. Kain pua dianggap anugerah petara (tuhan) kepada orang Iban, dan kerana itu, ia dianggap sesuatu yang teramat istimewa dan sakral. Dengan itu, pembuatan kain pua wajib diiringi ritual-ritual tertentu. Dalam kajian ini, diteliti ritual-ritual berkaitan dengan penenunan kain pua, iaitu dari peringkat awal penyediaan peralatan dan bahan-bahan tenun, peringkat pembuatan motif-motif sehingga selesai penenunan kain pua. Ini melibatkan khususnya rituan miring. Ritual-ritual ini umumnya diadakan untuk memohon keberkatan, kesempurnaan dan perlindungan kuasa-kuasa luar biasa.
Text
Sosio budaya Melayu
Ritual halau roh(Monunsub) tradisi masyarakat Kadazandusun Suku Kimaragang : Kajian kes di Kampung liabas, Kota Marudu, Sabah
Abstrak
Masyarakat kadazandusun Sabah sememangnya memiliki pelbagai jenis ritual tradisi yang unik yang mampu menjadi lambang identiti mereka. Ritual-ritual ini telah diwarisi turun-temurun daripada nenek moyang mereka, namun kelangsungannya pada hari ini agak mengecewakan, kemodenan yang semakin rancak dikecapi manusia menyebabkan ritual tradisi semakin dilupakan, segala apa yang bertentangan dengan kemodenan dianggap sebagai kolot dan ketinggalan zaman.
Realitinya, kebanyakan ritual-ritual tradisi yang terdapat dalam masyarakat kadazandusun yang mana dahulunya menjadi satu kemestian, kini diamal hanya segelintir daripada mereka pada hari ini. Hal ini sebenarnya yang berlaku dalam kalangan anak-anak muda suku Kimaragang iaitu salah satu suku yang terdapat dalam kumpulan kadazandusun tersebut. Generasi mudanya kini tidak lagi berminat terhadap ritual tradisi nenek moyang mereka, malah ianya tidak lagi dipraktikan dalam hidup mereka seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang suatu ketika dahulu.
Pada suatu ketika dahulu ritual Monunsub ini menjadi suatu kemestian setiap kali berlaku kematian dalam sesebuah keluarga suku Kimaragang ini. Namun beginilah nasib ritual tradisi, bilangan suku Kimaragang yang mengamalkannya pada hari ini amatlah terhad iaitu hanya diamalkan oleh yang masih lagi berpegang kuat kepada kepercayaan tradisi. Sesungguhnya suku ini tidak menyedari bahawa ritual tradisi mereka adalah suatu permata yang sangat berharga dan kaya dengan keunikannya.
Oleh itu, kajian ini adalah penelitian terhadap ritual Monunsub yang diamalkan oleh suku Kimaragang Kota Marudu, Sabah. Ritual Monunsub lahir atas dasar usaha suku Kimaragang ini untuk memahami setiap ahli mereka iaitu mengira sama ada ahlinya yang masih hidup mahupun yang telah mati. Oleh itu, dalam konteks ritual Monunsub, ianya termenifestasi daripada konsep memahami mereka pegang tersebut dan dilakukan khas bagi ahlinya yang telah mati.
Selain itu, kajian ini juga merupakan usaha pengkaji untuk menerokai segala aspek yang mewarnai keunikan ritual Monunsub dan bagi mendokumentasikan tradisi warisan nenek moyang kita yang sangat berharga tersebut agar tidak hanyut ditelan kemajuan zaman dan seterusnya generasi yang akan datang mendapat pengetahuan tentangnya.
Text
agong
sultan melayu
Ritual demokrasi beraja
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke Majlis Resepsi dihoskan oleh Raja Charles III di Istana Buckingham London.
Text
Ritual dan simbol dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu Sekincan, Selangor
Abstrak
Kajian ini berhubung perlaksanaan ritual yang dilakukan oleh masyarakat Melayu Sekinchan, Selangor dalam adat perkahwinan. Terdapat empat objektif utama kajian, iaitu mengkaji proses-proses ritual dalam perlaksanaan adat perkahwinan masyarakat Melayu di Kg. Seri Kedah, Sekinchan, Selangor; mengkaji jeins-jenis simbol ritual yang terdapat dalam adat perkahwinan itu; menganalisis makna simbol ritual yang berkenaan; dan menilai nilai-nilai sosial yang terdapat dalam ritual tersebut. Penyelidikan ini bersifat etnografi, mengkaji amalan ritual dalam perkahwinan masyarakat Melayu Seri Kedah. Teknik pengumpulan data yang digunakan dalam penyelidikan terdiri daripada temu bual etnografi yang melibatkan responden terdiri daripada mak andam, pengamal adat dan juga orang agama yang terdiri daripada imam dan kadi. Selain itu temu bual mendalam bersama pengantin dan kumpulan focus turut diadakan. Teknik pemerhatian turut digunakan secara meluas dalam kajian ini bagi memahami dan mendalami ritual dalam adat perkahwinan masyarakat yang dikaji. Teknik pemerhatian dijalankan semasa adat pertunangan, adat pernikahan dan juga adat persandingan. Hasil kajian mendapati terdapat tiga proses ritual yang mengiringi pelaksanaan adat perkahwinan masyarakat Melayu Seri Kedah iaitu ritual sambutan, ritual doa dan ritual jamuan. Ritual sambutan ialah perlakuan memuliakan tetamu yang hadir dalam pelaksanaan adat. Ritual doa memperliharakan permohonan dan pengharapan kepada Allah Swt agar perkahwinan yang dilaksanakan diberkati dan dihindari daripada perkara buruk. Selanjutnya ritual jamuan merupakan ritual terakhir yang dilaksanakan bagi memastikan keseluruhan adat perkahwinan itu mencapai kesempurnaan dan tujuan ia diadakan.
Text
Ritual and representation in Nineteenth-Century Bali
Text
Ritual 'makan tahun' masyarakat Kadayan di Kampung Selanyau, Daerah Kecil Berkenu, Sarawak
Abstrak
Fokus penyelidikan ini adalh mengenai ritual ‘Makan Tahun’ masyarakat Kadayan di Kampung Selanyau, Daerah Kecil Bekenu, Sarawak. ‘Makan Tahun’ merupakan satu majlis yang diraikan oleh masyarakat Kadayan selama empat hari tiga malam sebagai tanda kesyukuran kepada Allah S.W.T. kerana telah memberikan hasil padi yang lumayan dan kesejahteraan hidup kepada mereka. Bagi mereka melalui pelaksanaan ritual ini, permasalahan dan krisis kehidupan yang berteraskan kepada budaya padi pula dapat diatasi melalui nilai-nilai kebersamaan yang akhirnya membentuk kepada identiti masyarakat Kadayan. Tujuan penyelidikan pula untuk melihat peranan simnolisme di dalam ritual yang dijadikan sebagai identiti Kadayan. Elemen-elemen seperti kepercayaan kepada kuasa-kuasa supernatural dan keislaman diselitkan sebagai menerapkan unsur-unsur kebersamaan di setiap perlakuan ritual tersebut. Simbol-simbol seperti pekanan raja, kelupis, bumoh, ustaz dan golongan agama, Ratib Saman, Yang Maha Berkuasa, solat Dhuha, solat Hajat, doa selamat, tahlilan dan sebagainya memperlihatkan wujudnya penerapan unsur-unsur animism dan Islam di dalam budaya Kadayan.
Text
Risk and danger among women-who-prostitute in areas where farmworkers predominate
Text
strok haba
Risiko strok haba
Fenomena El-Nino telah meningkatkan kes strok haba dan akan menjadi burul jika kita tidak menggunakan pelindung untuk mengelakkan strok haba.
Text
kesihatan-Malaysia
sakit otot
Risiko sakit otot rangka ketika raya.
Kes penyakit otot rangka selepas sambutan raya kerap dilaporkan mungkin disebabkan oleh penyediaan juadah dengan kawah yang besar dan beberapa faktor lain.
Showing 4401 to 4450 of 19278 results
Page
of 386
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2