Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (4 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Tags: ukiran
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
candi
keris
...2 more
Ukiran pada dinding candi-candi yang dibina...
"Ukiran pada dinding candi-candi yang dibina pada zaman Majapahit memaparkan figura yang memegang sejenis senjata berbentuk keris lurus dan lebar, yang kini disebut keris Buda atau Bethok. Maka para pengkaji berpendapat bahawa pada era tersebutlah bermulanya orang Melayu mencipta dan menggunakan keris."
Text
Al-Quran
kaligrafi
...2 more
Di Terengganu terdapat rumah-rumah tradisi...
"Di Terengganu terdapat rumah-rumah tradisi dengan ukiran kerawang dinding yang amat indah rekaannya berupa gabungan harmonis antara motif tumbuh-tumbuhan dengan kaligrafi ayat suci al-Quran. Hasil ciptaan kreatif seumpama ini melambangkan konsep 'Melayu-Islam' dan mencerminkan jati diri Malaysia yang sepatutnya digalak dan disebar luaskan."
Text
rumah
seni bina
...1 more
Dari segi visual, pemisahan badan rumah...
"Dari segi visual, pemisahan badan rumah dan kolong rumah biasanya ditekankan dengan memasang papan kambi. Papan ini ada yang bersifat struktur tetapi ada juga yang bersifat hiasan sahaja; hiasan itu ada yang sederhana, tetapi banyak pula yang penuh dengan ukiran."
Text
seni
tradisional
...2 more
Seni Ukiran Kayu Tradisional Melayu
Mengenai tajuk ini, penulis akan menghuraikan beberapa aspek ukiran kayu mengikut pendekatan "Strukturalisme" yang telah dikembangkan oleh Claude Levi Strauss pada kurun-kurun ke-19 yang menekankan kepada teori "simbolisme". Mengikut beliau, budaya itu adalah sesuatu yang bersifat simbol atau lambang. Jadi ianya bertepatan dengan seni ukiran tradisional Melayu yang merupakan simbol budaya Melayu.
Mengikut Pak Wan (seorang pengukir kayu negeri Terengganu), setiap corak yang terukir pada kayu itu samada pada set perabot, pintu, tiang, tingkap, dinding dan lain-lain adalah mengandungi maksud yang tersendiri berdasarkan kepada corak "bunga" ukirannya. Bgi beliau corak ukiran Melayu dan Cina adalah jauh berbeza. Ukiran tradisional Melayu biasanya bertemakan kehidupan semulajadi alam sekitar seperti daun, bunga, pokok, binatang, alunan ombak, awan dan sebagainya. Corak ukiran cina adalah lebih kepada bentuk naga atau "Tok Kong", yang juga melambangkan kehidupan mereka sendiri. Namun ukiran yang berbentuk demikian adalah dilarang dalam agama Islam. Jadi corak ukiran Melayu hendaklah lebih bersifat keseluruhan, isitu yang bersifat lahiriah dan batiniah. Corak ukiran yang lembut dan halus dari bentuk bunga itu adalah melambangkan budi bahasa orang Melayu yang lembut dan tunduk pada perintah Tuhannya.
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->