Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (6 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Tags: ukiran kayu
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
kepercayaan
orang asli
...2 more
Ukiran patung kayu hanya diusahakan oleh suku kaum...
"Ukiran patung kayu hanya diusahakan oleh suku kaum Mah Meri dan Jah Het yang menjadi sebahagian daripada kepercayaan animisme mereka. Patung yang diukir melambangkan unsur-unsur yang pelbagai seperti tanah, pelangi, guruh, angin, lautan dan bumi. Dalam dunia mitologi mereka, patung-patung yang diukir mempunyai pelbagai corak dan fungsi dan dipercayai adalah jelmaan roh nenek-moyang mereka."
Text
mengkuang
songket
...1 more
Halimah Hassan (1980), dalam penulisan tesisnya yang bertajuk...
"Halimah Hassan (1980), dalam penulisan tesisnya yang bertajuk "Beberapa Ukiran Dalam Menilai Keindahan Melayu" tertumpu kepada ukiran kayu, songket, serta anyaman pandan dan mengkuang. Metod kajiannya menjurus kepada tiga ukuran sahaja iaitu kehalusan, kesesuaian dan keaslian dalam menghuraikan dan menganalisa 'Keindahan Melayu' dengan menumpukan kepada tiga bidang kraftangan iaitu ukiran kayu, tenunan songket serta anyaman pandan dan mengkuang."
Text
ukiran kayu
Ukiran kayu
Ukiran kayu digunakan pada rumah-rumah untuk "memaniskan", mengandam, menyiapkan dengan corak yang terkawal dan mengambil peranan sebagai penyokong rupa; sebagai sendi kepada bentuk.
Text
kesenian
Kesenian Melayu
...1 more
Dalam hikayat-hikayat Melayu ada...
"Dalam hikayat-hikayat Melayu ada tersebut mengenai ukiran berbentuk naga yang dihasilkan oleh seniman untuk perhiasan raja-raja. Ukiran kayu kepala naga pada perahu Diraja Pahang dalam himpunan Muzium Negara, mempunyai penggambaran kepala yang mempunyai rupa yang berlainan daripada bentuk-bentuk naga yang didapati dalam kebudayaan lain. Bentuk ukiran itu mempunyai sifat-sifat yang terdapat pada seni ukir Melayu."
Text
istana
masjid
...4 more
Bentuk dan Corak Ukiran Kayu Tradisi Melayu: Kajian Khas pada Masjid, Rumah Tradisi dan Istana Lama di Terengganu
Kajian ini adalah berkisar tentang kesenian khususnya seni ukiran kayu Melayu tradisi. Pengkaji membincangkan tentang bentuk dan corak ukiran dan dilihat dari sudut di mana ianya mengandungi unsur-unsur perlambangan budaya masyarakat.
Text
seni
tradisional
...2 more
Seni Ukiran Kayu Tradisional Melayu
Mengenai tajuk ini, penulis akan menghuraikan beberapa aspek ukiran kayu mengikut pendekatan "Strukturalisme" yang telah dikembangkan oleh Claude Levi Strauss pada kurun-kurun ke-19 yang menekankan kepada teori "simbolisme". Mengikut beliau, budaya itu adalah sesuatu yang bersifat simbol atau lambang. Jadi ianya bertepatan dengan seni ukiran tradisional Melayu yang merupakan simbol budaya Melayu.
Mengikut Pak Wan (seorang pengukir kayu negeri Terengganu), setiap corak yang terukir pada kayu itu samada pada set perabot, pintu, tiang, tingkap, dinding dan lain-lain adalah mengandungi maksud yang tersendiri berdasarkan kepada corak "bunga" ukirannya. Bgi beliau corak ukiran Melayu dan Cina adalah jauh berbeza. Ukiran tradisional Melayu biasanya bertemakan kehidupan semulajadi alam sekitar seperti daun, bunga, pokok, binatang, alunan ombak, awan dan sebagainya. Corak ukiran cina adalah lebih kepada bentuk naga atau "Tok Kong", yang juga melambangkan kehidupan mereka sendiri. Namun ukiran yang berbentuk demikian adalah dilarang dalam agama Islam. Jadi corak ukiran Melayu hendaklah lebih bersifat keseluruhan, isitu yang bersifat lahiriah dan batiniah. Corak ukiran yang lembut dan halus dari bentuk bunga itu adalah melambangkan budi bahasa orang Melayu yang lembut dan tunduk pada perintah Tuhannya.
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2