Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (1397 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Collection: Koleksi Petikan Pengajian Melayu
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
cina
masjid
...1 more
Masjid-masjid tua di Melaka seperti...
"Masjid-masjid tua di Melaka seperti Kampung Hulu, Kampung Hulu, Kampung Keling dan Tranquerah mempunyai pintu gerbang yang dipengaruhi oleh pintu gerbang Cina dan hiasan-hiasan dinding yang diperbuat daripada tembikar Cina. Semuanya itu membuktikan adanya pengaruh Cina terhadap seni bina tempatan."
Text
SITC-UPSI pusat perkembangan puisi Melayu moden
"Dari semasa ke semasa, SITC terus menerima dan mengeluarkan tenaga pendidik untuk memenuhi keperluan sekolah-sekolah Melayu. Keunggulan SITC sebagai sebuah institusi pendidikan kian terserlah."
Text
Penglibatan penyair bukan Melayu
"Salah satu perkembangan menarik dalam sejarah puisi Melayu moden ialah muncul golongan penyair bukan Melayu yang turut menghasilkan puisi-puisi Melayu. Secara umumnya, penyair-penyair bukan Melayu ini terdiri daripada kaum Cina, India, Kazadan dan Iban."
Text
Perkembangan puisi berunsur Islam
"Ainon Abu Bakar (1993) menyebutkan, kemunculan puisi-puisi berunsur islam berkait dengan faktor dalaman diri penyair itu sendiri. Agama yang menjadi anutan penyair menunjangi idea dan pemikiran dalam penghasilan puisi."
Text
Penglibatan penyair wanita
"Penglibatan penulis wanita dalam sejarah perkembangan puisi Melayu moden boleh dikira bermula pada tahun 1930-an lagi, dengan munculnya nama Zainun Nasir yang menghasilkan puisi berjudul 'Perempuan Mesti Bangun'."
Text
Perkembangan puisi era pascamerdeka (tahun 1960-an)
"Menurut Kemala, bermula tahun 1961 terdapat banyak perubahan yang berlaku. Perubahan-perubahan yang dimaksudkan tidak hanya terbatas dalam dunia kesusasteraan, tetapi yang lebih besarnya iailah perubahan yang berlaku dalam bidang politik."
Text
Perkembangan puisi Melayu moden
"Menurut Ahmad Kamal Abdullah (1988), perkembangan puisi Melayu moden ada hubungannya dengan kemasukan kuasa penjajahan Barat ke Nusantara. Salah satu perkara penting yang dibawa penjajah dalam misinya ialah sistem pendidikan."
Text
Kemunculan sajak di alam Melayu
"Sajak adalah satu-satunya genre puisi Melayu moden. Dalam kalangan penganut sastera Melayu di Indonesia, Brunei dan Singapura, sajak seringkali difahami juga sebagai puisi Melayu moden."
Text
Penyajak dan sajak
"Sama ada penyair, pemuisi atau penyajak, kasus penglibatan mereka menjurus kepada penulisan yang sama, malah mempunyai kaedah dan tata cara penulisan yang hampir sama."
Text
Melaka
rumah kedai
...1 more
Rumah-rumah kedai awal di Melaka...
"Rumah-rumah kedai awal di Melaka beransur-ansur menjadi prototaip daripada rumah-rumah kedai moden yang kini menjadi salah satu unsur tipologi seni bina di negara kita. Malah ia boleh dianggap sebagai asal usul kepada rumah teres yang mulai berkembang sesudah Perang Dunia Kedua."
Text
Barat
kaum pendatang
...3 more
Percampuran seni bina import dari Barat...
"Percampuran seni bina import dari Barat dengan seni bina kaum pendatang dan seni bina tempatan juga telah melahirkan seni bina eklektik dengan 'gaya rojak' khasnya pada rumah-rumah kedai dan mansion."
Text
bangunan
prinsip vernakular Melayu
...1 more
Contoh bangunan yang muncul dalam tahun...
"Contoh bangunan yang muncul dalam tahun sembilan puluhan ialah Menara Mesiniaga. Bangunan ini telah memenangi beberapa anugerah seni bina antarabangsa. Di samping nampak amat canggih dan berteknologi tinggi, bangunan ini sebenarnya telah menyerapkan prinsip-prinsip vernakular Melayu."
Text
arkitek
identiti bangsa
...2 more
Dr. Mahathir menegaskan bahawa seni bina berperanan...
"Dr. Mahathir menegaskan bahawa seni bina berperanan memperlihatkan identiti bangsa dan negara; dan mengimbau arkitek menggunakan peluang kemerdekaan untuk menghidupkan semula seni bina tempatan."
Text
budaya
cara hidup
...1 more
Seni bina juga mencerminkan ungkapan cara hidup...
"Seni bina juga mencerminkan ungkapan cara hidup manusia yang merangkumi nilai-nilai rohani, jasmani, emosi, cita rasa, falsafah dan agamanya dan merupakan komponen yang paling ketara daripada keunikan suatu budaya."
Text
bangunan
bersejarah
...2 more
Salah satu bangunan penting yang cuba...
"Salah satu bangunan penting yang cuba menonjolkan ciri-ciri tempatan ialah Muzium Negara. Bangunan ini yang didirikan pada tahun 1963 mengambil inspirasinya daripada Balai Besar, Alor Star dan dihiasi dengan mural yang melukiskan peristiwa bersejarah dan aspek budaya asli dalam gaya lukisan batik."
Text
Bumbung rumah Perak, bumbung rumah Terengganu...
"Bumbung rumah Perak, bumbung rumah Terengganu, bumbung rumah Kedah, bumbung rumah Negeri Sembilan, bumbung rumah Melaka dan seterusnya masing-masing mempunyai ciri-ciri khas yang membezakannya satu dengan yang lain."
Text
arkitek
selepas merdeka
...1 more
Setelah Malaya mencapai kemerdekaan pada tahun 1957...
"Setelah Malaya mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, arkitek British beransur-ansur diganti oleh arkitek Malaysia yang memperoleh pendidikan mereka di seberang laut, biasanya di negara-negara Komanwel seperti United Kingdom, Australia dan New Zealand. Mereka memperkenalkan 'vocabulary' baru dalam seni bina seperti yang mereka pelajari atau perhatikan di negara tempat mereka belajar."
Text
reka bentuk
rumah
...1 more
Pada mulanya jenis rumah yang dibina...
"Pada mulanya jenis rumah yang dibina adalah rumah teres satu atau dua tingkat dengan reka bentuk sederhana untuk kumpulan berpendapatan menengah dan rumah-rumah sebuah dengan tapak yang cukup luas untuk mereka yang berpendapatan tinggi."
Text
bahan atap
bumbung
...3 more
Satu perkembangan lain yang ikut mengubah...
"Satu perkembangan lain yang ikut mengubah morfologi jenis rumah Melayu ialah penggunaan bumbung syit zink dan keluli bergalvanized (g.i.). Dalam rangka mengambil hari orang Melayu, pemerintah Kolonial British menyediakan g.i. syit dalam jumlah yang besar untuk bahan penutup bumbung sebagai ganti bahan atap (nipah, rumbia, beriam dan lain-lain) yang sukar didapat pada masa itu."
Text
rumah kedai
sebelum perang
...1 more
Berbanding rumah-rumah kedai sebelum perang...
"Berbanding rumah-rumah kedai sebelum perang, rumah-rumah kedai yang direka dan dibina sesudah perang jauh lebih ringkas (simple); dan tidak banyak diberi hiasan."
Text
bahan komoditi
Ekonomi
...2 more
Setelah Jepun kalah dan pemerintahan Kolonial British...
"Setelah Jepun kalah dan pemerintahan Kolonial Briitish berkuasa semula, ekonomi Malaya yang porak peranda akibat perang dapat dipulihkan dengan cepat berkat permintaan yang tinggi ke atas bahan-bahan komoditi seperti getah dan timah."
Text
India Utara
masjid
...2 more
Pemerintahan Kolonial British sengaja membawa...
"Pemerintahan Kolonial British sengaja membawa gaya seni bina India Utara ini untuk reka bentuk masjid dan bangunan pejabat kerajaan dalam rangka mengambil hati raja-raja Melayu. Mereka menganggap seni bina India Utara itu melambangkan seni bina Islam."
Text
India Utara
kubah
...2 more
Reka bentuk masjid India Utara...
"Reka bentuk masjid India Utara biasanya menggunakan sebuah kubah besar bentuk bawang yang dikelilingi oleh beberapa buah kubah kecil."
Text
China
masjid
...3 more
Persahabatan yang erat antara kerajaan Melaka dan...
"Persahabatan yang erat antara kerajaan Melaka dan kerajaan China pada abad ke-15 dan 16 telah membawa pengaruh China ke dalam seni bina tempatan. Maka wujudlah suatu gaya masjid yang unik yang disebut gaya Melaka; masjid itu menggunakan batu bata, atap genting dengan perabung berhiaskan ukiran China dan didampingi oleh sebuah menara menyerupai pagoda China."
Text
dewa
Hindu-Buddha
...2 more
Memandangkan sebelum kedatangan Islam penduduk...
"Memandangkan sebelum kedatangan Islam penduduk Nusantara dipengaruhi ajaran Hindu-Buddha, tidak menghairankan jika bentuk 'piramid bertingkat' yang biasa digunakan sebagai tempat pemujaan dewa dan aktiviti masyarakat di zaman itu, telah diambil alih dan diubah suai untuk dijadikan masjid."
Text
rumah
seni bina
...2 more
Di samping seni bina rumah, seni bina...
"Di samping seni bina rumah, seni bina tradisional Melayu juga menghasilkan surau, masjid dan istana yang kesemuanya menggunakan ciri-ciri dan butiran binaan yang bersamaan walaupun dalam skala yang berlainan."
Text
petempatan
rumah melayu
Dari segi lokasi pula, penempatan rumah-rumah...
"Dari segi lokasi pula, penempatan rumah-rumah Melayu di tapak yang biasanya dikelilingi oleh tanam-tanaman dan pokok kelapa mewujudkan suasana persekitaran yang nyaman."
Text
rumah melayu
rumah tradisonal
Bumbung yang curam dan unjuran...
"Bumbung yang curam dan unjuran yang lebar melindungi rumah dari curahan dan tempias hujan tropika serta sinaran langsung matahari. Badan rumah pula penuh dengan bukaan jendela dan kekisi atau ukiran tebuk yang menggalakkan peredaran udara. Kolong rumah yang terbuka membolehkan hembusan angin di bawah rumah dan meningkatkan lagi peredaran udara melalui celah-celah lantai."
Text
Asia Tenggara
rumah melayu
...1 more
Seperti juga rumah-rumah tradisi di...
"Seperti juga rumah-rumah tradisi di seluruh Asia Tenggara, rumah Melayu mempunyai tiga bahagian, iaitu kolong atau bawah rumah, badan rumah dan bumbung."
Text
Tangisan
"Berdasarkan keadaan itu, dapat dikatakan bahawa pembaharuan yang dikerjakan Masuri dalam sajak tadi lebih dapat dirasakan sebagai penggunaan unsur yang sama dengan apa yang dilakukan Amir, tapi dalam hubungan proses pembentukan yang berbeza."
Text
Masih kudengar
"Sifat lukisan menjadi lebih sempurna dengan adanya kecenderungan pada sajak-sajak Latiff untuk mengisikan imej-imej ke dalamnya."
Text
Bunga
"Hal yang dominan pada sajak Kemala tadi ialah lukisan seakan statik terhadap sesuatu hal, dan ini menghilangkan unsur gerak pada bait 4."
Text
Selamat hari jadi
"Bait-bait dalam sajak-sajak Masuri terasa melompat-lompat, tidak saling berhubungan, sebagai terlihat pada sajak 'Padakah Kita'. Masuri menggunakan imej yang melompat-lompat."
Text
Perbandingan perkembangan di Indonesia dan di Malaysia
Perbezaan perkembangan puisi moden di Malaysia dengan di Indonesia mungkin disebabkan oleh perbezaan latar belakang pekerja-pekerja puisi itu sendiri. Penyair-penyair di Malaysia dapat dikatakan sebagai orang yang kurang mendapat kehidupan kebudayaan Barat dibandingkan dengan teman-temannya di Indonesia seperti yang telah dinyatakan oleh Ismail Hussein dalam satu ceramahnya dalam Klab Kritik Pena pada 10 Oktober 1969."
Text
Puisi tahun 60an dan 70an: Kesimpulan
"Perkembangan pada tahun 60an dan 70an telah menggairahkan daripada sebelumnya. Ini sampai kepada puncaknya dalam sajak-sajak Latiff Mohidin, yang berhasil melakukan percubaan yang tidak lagi bernama percubaan."
Text
Sebuah bas berwarna biru
"Ciptaan Latiff dihasilkan dari kebebasan dunia luarnya, sehingga ia dapat pergi ke mana saja, tapi pada kenyataannya ia terikat oleh hal-hal yang telah lama mengikat dirinya, oleh ke dalaman yang ada pada jiwanya."
Text
Cinta dari sebuah kamar
"Disamping itu, kalau kita perhatikan penulisan kata-kata dalam sajak-sajak Latiff, penulisannya bukan didasarkan kepada kesatuan bentuk tapi berdasarkan kesatuan pengertiannya."
Text
Latiff Mohidin
"Pembicaraan tentang Latiff sekarang lebih didasarkan kepada Kembara Malam (1974), kerana sebahagian dari sajak-sajaknya dalam Sungai Mekong (1973) telah dimasukkan ke dalamnya dengan beberapa perubahan yang penting."
Text
Sketsa anak kecil
"Pada bahagian I dan II diceritakan bagaimana anak kecil memperlakukan bulan dan matahari ssesuai dengan kebebasan tidak mungkin kembali ke dunia anak kecil itu."
Text
Baha Zain
"Baha memperlihatkan dua perkembangan, dan ini memaksa kita untuk membahagi dua perkembangannya. Dalam antologi Perempuan Dan Bayang-Bayang (1974), terlihat kedua perkembangan ini."
Text
Batu-batu
"Satu hal yang perlu dicatat tentang sajak-sajak Muhammad, ialah meskipun baris-barisnya seakan bersambungan begitu saja, namun ia dapat memberikan independensi kepada baris itu dan malahan dapat memberikan semacam ambiguiti."
Text
Muhammad Haji Salleh
"Muhammad membawa kita kepada suasana yang tidak emosional, dan mengarah kepada suatu pemikiran yang rasional, sehingga ia mempunyai kecenderungan untuk hanya mengatakan tentang kehadiran sesuatu, sebagai terlihat pada sajak 'kata-kata'."
Text
Kuntang
"Dan struktur ini mengingatkan kita kepada struktur sajak-sajak Rendra, meskipun struktur ini terjadi sebagai akibat perluasan struktur ABCD tadi."
Text
Kemala
"Berdasarkan dua buku puisi Kemala, Timbang Terima (1970 dan 1973) dan Meditasi (1972), Kemala jelas berbeza dari Dharmawijaya, apalagi dari Jihaty Abadi."
Text
A. Ghafar Ibrahim
"Ghafar dapat dianggap seorang yang paling sedar tentang pengucapan puisinya, dan ini dinyatakannya sendiri dalam pendahuluan kumpulan Tan Sri Bulan. Sajak-sajaknya dibahaginya ke dalam dua golongan, yang didasarkan kepada sifatnya-sifatnya kepada sifat-sifatnya."
Text
Hadzrami A.R
" Sajak-sajak Hadzrami terlihat sebagai suatu lukisan belaka, tanpa suatu kesimpulan pada akhirnya. Kesimpulan diserahkan pada pembacanya."
Text
Dharmawijaya
"Dua hal yang dapat kita kesan ketika membaca sajak-sajak Dharmawijaya. Ia tidak terikat kepada tradisi, kerana ia berusaha supaya sajak-sajaknya tidak bernada pantun."
Text
Kita mau hidup
Puisi pada Jihaty lebih merupakan struktur pemikiran, sehungga yang penting hanyalah pemikiran belaka. Tentang bagaimana fikiran itu dinyatakan tidak penting. Yang penting baginya, terciptanya puisi, tanpa memperhatikan sama sekali nilai puisi itu."
Text
Jihaty Abadi
"Pada dasarnya, sajak-sajak Jihaty tidak mengandungi percubaan, semuanya semata-mata sesuai dengan apa yang akan diucapkan. Kalau terjadi perulangan, maka perulangan itu sesuai dengan perulangan dalam pemikirannya, iaitu memberikan intensifitas, dan bukan untuk kepentingan gaya bahasa."
Text
Shamsuddin Ja'afar
"Meskipun Shamsuddin mempunyai kecenderungan untuk membuat sajak empat baris perbait, tapi ka tidak terikat kepada satu pola pun. Tidak ada persoalan pola rima akhir. Tidak juga ada persoalan panjang pendek baris."
Showing 451 to 500 of 1397 results
Page
of 28
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->