Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (1397 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Collection: Koleksi Petikan Pengajian Melayu
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
khutbah
sejarah Islam
Khutbah sebenarnya telah pun termahsyur...
" Khutbah sebenarnya telah pun termahsyur dan luas penggunaanya di zaman jahiliah lagi yang merupakan sebagai sebahagian daripada kesusasteraan Arab ".
Text
Kini, terdapat dua belas buah ..
"Kini, terdapat dua belas buah teori sastera pascamoden ( Julian Wolfrey. 1999 ) . Teori - teori sasteraa tersebut ialah strukturalisme, feminisme, teori-teori sastera Marxist, teori-teori respons pembaca , studi gay, studi budaya, kritikan psikoanalsis, dekonstruksi, pascastrukturalisme, pasca-modenisme, new historisisme dan teori pascakolonial"
Text
Kira-kira selama 400 tahun...
"Kira-kira selama 400 tahun, sastera Islam telah menapak dan memperjasakan dirinya keribaan sastera Melayu. Pembinaan kesusasteraan Melayu sebenarnya adalah berasal dari Al-Quran. Bahasa Melayu sengaja dipilih oleh Islam untuk menjadi bahasa Islam di nusantara ini."
Text
Melayu Deutro
petempatan
...2 more
Kira-kira tahun 300 SM suatu gelombang baru kaum...
"Kira-kira tahun 300 SM suatu gelombang baru kaum penghijrah bergerak ke selatan dari tempat yang seakan sama seperti gelombang yang pertama. Mereka itu yang dikenali sebagai Melayu Deutro, juga termasuk ke dalam bangsa Mongoloid tetapi telah mempunyai kebudayaan Zaman Logam, yang lebih tinggi daripada kebudayaan orang-orang Melayu Proto."
Text
Kita bincangkan dahulu cerita Asal ...
"Kita bincangkan dahulu cerita Asal usul, kerana ia dianggap di antara genre yang tertua lahir dalam masyarakat Melayu. Cerita asal usul memberi penjelasan terhadap sesuatu perkara sehingga dapat diterima oleh pendengar dengan mengemukakan faktor-faktor yang sesuai dengan pemikiran orang Melayu yan hidup dalam masyarakat sederhana."
Kita kadangkala bercakap tentang dua kategori.
Text
Kita mau hidup
Puisi pada Jihaty lebih merupakan struktur pemikiran, sehungga yang penting hanyalah pemikiran belaka. Tentang bagaimana fikiran itu dinyatakan tidak penting. Yang penting baginya, terciptanya puisi, tanpa memperhatikan sama sekali nilai puisi itu."
Text
Kita telah menyaksikan ada empat ...
Kita telah menyaksikan ada empat zaman perkembangan sastera Melayu klasik itu,iaitu Sastera Rakyat,Sastera Zaman Hindu,Sastera Zaman Peralihan dan Sastera Zaman Islam. Setiap zaman itu meninggalkan kita tinggalkan keemasan. Dalam hal ini,pantun merupakan sumbangan terbesar pada zaman sastera rakyat.
Text
Kita telah menyaksikan bahawa menyalin...
"Kita telah menyaksikan bahawa menyalin atau tradisi penyalinan itu adalah sesuatu yang mentradisi. Peristiwa ini berlaku zaman berzaman sehingga ia menjadi suatu tradisi. Penyalinan itu akan memperbanyakkan naskhah, tetapi sebenarnya untuk memelihara atau melestarikan keasliannya."
Text
Kita tertarik membicarakan Tuhfat al-Nafis...
"Kita tertarik membicarakan Tuhfat al-Nafis, bukan sahaja kerana buku itu karya pentingnya, tetapi memancarkan fenomena baru dalam kreativiti sastera. Satu hal yang ketara dalam penulisan sastera moden ialah wujudnya penerokaan ke dalam jiwa masyarakat yang ditulis, dibongkar dan diberi pengertian. "
Klasifikasi sastera menurut genre.
Text
perlis
Kobkua Suwannathat- Pian (1991 : 87) merumuskan...
"Kobkua Suwannathat-Pian (1991 : 87) merumuskan kesultanan Kedah telah dibahagikan kepada empat buah negeri yang berasingan, iaitu Kedah,Setul, Kubang Pasu dan Perlis bermula pada tahun 1841 apabila kedudukan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II dipulihkan. "
Text
nasionalisme
sejarah Asia Tenggara
Kolonial Belanda juga tidak sedar...
" Kolonial Belanda juga tidak sedar bahawa agama dan gerakan dakwah Indonesia telah mencetuskan semangat kebangsaan, yang kemudiannya menentang pentadbiran dan pemerintahan mereka itu".
Text
Komunikasi
Komunikasi bermula dalam perjuangan untuk...
"Komunikasi bermula dalam perjuangan untuk belajar dan untuk menerangkan."
Text
arabes
kesenian islam
...2 more
Komunikasi visual antara audien dan seni hias...
"Komunikasi visual antara audien dan seni hias merupakan proses dari satu sistem interpretasi dan metodologi seni. Proses timbal balik ini selain memerlukan bantuan bahasa seni yang lain, ia juga meminta audien sentiasa peka dan sedar kepentingan Islam sebagai al-Din yang bertindak menguasai dan melahirkan kesenian tersebut."
Text
Komuniti Rajang-Tanjong
Komuniti Rajang-Tanjong berada di kawasan tengah dan hulu Sungai Rajang di Sarawak, iaitu di Konowit, Kapit dan Belanga. Komuniti ini terdiri daripada suku kaum Tanjong dan suku kaum Kanowit."
Text
Konsep "sejuk" dan "panas" yang...
Text
Konsep dramatari sepertimana yang dimengertikan...
"Konsep dramatari sepertimana yang dimengertikan di Malaysia sudah mencakupi elemen-elemen penting yakni penceritaan atau drama yang berbentuk non-dialog yang dipersembahkan melalui gerak-gerak yang tersusun (Structural movements in space) serta diiringi muzik."
Text
gunung kosmos
sejarah Melayu
...1 more
Konsep gunung kosmos ini ternyata...
"Konsep gunung kosmos ini ternyata bukan sahaja wujud dalam agama Hindu, tetapi juga dalam agama Buddha-Mahayana (Abdul Rahman, 1955). Dalam 'Sejarah Melayu' pula, diceritakan bahawa ketiga-tiga puteri Raja Suran sebagai keturunan dewa turun dari Bukit Siguntang Mahameru. Banyak lagi mitos-mitos di seluruh Nusantara yang menonjolkan peranan bukit dan gunung sebagai tempat-tempat istimewa yang menghubungkan alam syurga dan alam bumi."
Konsep kecerakaan atau konsep rekaan.
Konsep peniruan itu ditafsirkan.
Konsep Raja dan kerajaan.
Text
Dialek Kelantan
Konsonan dialek Kelantan: Satu analisis pemanjangan bunyi
" Dialek Kelantan dituturkan oleh penuturnya yang berasal dari negeri Kelantan yang terletak di pantai timur Semenanjung Malaysia yang bersempadan dengan negeri Terengganu, Pahang, Perak dan Negara Thailand. Dialek Kelantan juga dituturkan oleh penduduk yang tinggal bersempadan dengan negeri Kelantan seperti Kelantan/Terengganu, Kelantan/Pahang serta beberapa daerah dalam wilayah Thailand, seperti di Sungai Golok, Narthiwat, Yala dan Patani."
Konvensi komedi dapat diperluaskan.
Text
kosmologi
seni bina
Kosmologi atau dalam bahasa Inggerisnya...
"Kosmologi atau dalam bahasa Inggerisnya 'cosmology', adalah gabungan daripada dua kata iaitu 'cosmos' dan 'logos' yang berasal dari bahasa Yunani. 'Cosmos' bererti 'alam semesta' atau 'dunia yang teratur' manakala 'logos' bermaksud 'penyelidikan tentang' atau 'asas-asas rasional daripada'. Dengan demikian kosmologi adalah suatu kajian berkenaan evolusi dan struktur alam semesta yang teratur yang ada masa kini."
Text
kosmologi
seni bina
Kosmologi berkait rapat dengan pandangan dunia...
"Kosmologi berkait rapat dengan pandangan dunia (world view), kerana kajian mengenai pandangan dunia merupakan suatu percubaan untuk mengkaji bagaimana suatu kelompok manusia memandang alam 'natural' dan alam 'supernatural', serta masyarakatnya dan juga diri mereka sendiri (Abdul Rahman, 1995)"
Text
perlis
Kota Sena merupakan pusat pemerintahan...
"Kota Sena merupakan pusat pemerintahan Kedah yang pertama dibina di Perlis oleh Sultan Muhyiddin Mansur Shah (1653-1661), sultan Kedah ke-14. "
Text
karya
kreatif
Kreatif sepanjang umur
"Kreativiti selalu dihubungkan dengan bidang-bidang sastera dan kebudayaan seperti penulisan, penyebaran ilmu-ilmu seni dan muzik."
Text
Kreatif sepanjang umur
"Kreativiti selalu dihubungkan dengan bidang-bidang sastera dan kebudayaan seperti penulisan, penyebaran ilmu-ilmu seni dan muzik."
Text
adat perpatih
Melayu
Krisis di peringkat perut dan suku agak sering...
" Krisis di peringkat perut dan suku agak sering terjadi, tetapi biasanya krisis itu dapat diselesaikan dalam tempoh yang singkat. Krisis yang dimaksudkan ini telah berlaku di suku Seri Lemak Minangkabau di dalam Luak Ulu Muar (daerah Kuala Pilah), sejak tahun 1968 dan hinggalah sekarang (1984) masih belum selesai. "
Text
Kriteria kritikan ini ialah melihat...
"Kriteria kritikan ini ialah melihat karya sastera dari sudut pendidikan, pengajaran dan mesej yang hendak disampaikan. Pendekatan ini berusaha untuk menilai sejauh mana ciri-ciri moralnya dan bagaimana ciri-ciri tersebut disampaikan. Sastera dilihat dari aspek kemanfaatnya dalam mendidik manusia."
Text
Kritikan
"Sejarah kritikan kesusasteraan telah lahir dan berkait rapat dengan beberapa aspek kehidupan lainnya: sosial, politik, ekonomi dan kebudayaan. Segala perubahan yang pernah berlaku ke atas masyarakat Melayu sebelum merdeka khasnya dan masyarakat Malaysia selepas merdeka amnya, telah turut mempengaruhi tahap perkembangan kritikan kesusasteraan kita."
Text
Kritikan stilistik lebih menumpukan kepada...
"Kritikan stilistik lebih menumpukan kepada penggunaan bahasa dalam karya. Bahasa dalam pandangan stilistik merangkumi segala bidang pengkaryaan, bahasalah yang menjadi alat komunikasi dan ekspresi dalam karya. "
Text
Kritikan struktual ini juga disebut...
"Kritikan struktual ini juga disebut dengan kritikan formalistik atau analitik. Kriteria yang digunakan adalah melihat karya sebagai karya, iaitu melihat unsur-unsur intrinsiknya iaitu unsur-unsur yang membina hasil karya. Kajian ini dianggap cukup objektif dan dapat meneliti aspek-aspek yang membangunkan karyanya dahulu."
Text
Kritikan; Perkembangan dalam tahun-tahun tujuh puluhan
"Setelah mengalami pertumbuhan dan perkembangan yang lembab dan perlahan, kritikan kesusuasteraan kita mendekati tahap kematangannya pada dekad ini'.
Text
Kritikan: Perkembangan dalam tahun-tahun enam puluhan
"Proses kritikan sastera terus menjalani arus perkembangannya dalam bentuknya yang tidak banyak berbeza dengan perkembangan dan perubahan genre-genre kreatif seperti disebutkan di ata.s"
Text
Kritikan: Perkembangan dalam tahun-tahun lima puluhan
"Tahun 1945 merupakan berakhirnya pendudukan Jepun di negara ini. Kemasukkan semula tentera dan pentadbiran British pada mulanya melegakan hati dan keadaan rakyat Tanah Melayu pada waktu itu."
Text
Kritikan: Perkembangan sebelum Perang Dunia Kedua
"Kritikan Kesusasteraan Malaysia dapat dikesan bermula pada tahun 1935 apabila tersiarnya tulisan Keris Melayu (nama pena Muhammad Yasin Maamor) berjudul "Tun Seri Lanang dan Abdullah Munsyi" dalam Majalah Guru (bil. 7.7, bertarikh 1 Julai (1935)."
Text
perlis
Kuala Perlis telah menjadi pintu masuk...
"Kuala Perlis telah menjadi pintu masuk utama kepada laluan laut bagi urusan perdagangan dan pengangkutan dari Selat Melaka ke Kota Siputeh. "
Text
kesenian islam
masjid
...1 more
Kubah adalah sebahagian daripada bangunan masjid...
"Kubah adalah sebahagian daripada bangunan masjid yang terletak di atas masjid. Tegak di tengah masjid, menjadikannya seolah-olah bumbung masjid itu sendiri. Pada mulanya, kubah hanya terdapat pada istana-istana Byzantine dan Parsi, kemudian diambil oleh umat Islam dan dijadikan sebahagian daripada bumbung masjid."
Text
rumah melayu
seni bina Melayu
Kumpulan rumah Melayu berbumbung panjang...
"Kumpulan rumah Melayu berbumbung panjang didapati lebih awal muncul. Rumah bentuk ini terdiri daripada beberapa bentuk. Di Kedah, rumah itu dikenali Rumah Serambi Kedah atau kadangkala disebut rumah panjang sahaja. Jenis ini juga terdapat di Perlis dan Selatan Thai, terutamanya di daerah yang bersempadan dengan Kedah dan Perlis."
Text
Kuntang
"Dan struktur ini mengingatkan kita kepada struktur sajak-sajak Rendra, meskipun struktur ini terjadi sebagai akibat perluasan struktur ABCD tadi."
Text
Arkeologi
kelantan
Kurang penyelidikan arkeologi dijalankan oleh...
"Kurang penyelidikan arkeologi dijalankan oleh penyelidik Inggeris di negeri Kelantan jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain di Tanah Melayu. "
Text
masyarakat
membaca
Kurangnya minat membaca di kalangan...
"Kurangnya minat membaca di kalangan masyarakat sebenarnya berhubungan dengan keadaan hidup kebanyakan anggota masyarakat sendiri."
Text
Lagenda juga adalah sejenis cerita ...
"Lagenda juga adalah sejenis cerita prosa yang dianggap oleh penuturnya sebagai cerita yang benar yang berlaku dalam waktu tidak begitu lama. Lagenda dianggap sebagai suatu peristiwa sejarah. Contohnya, Sejarah Melayu, Hikayat Acheh, Hikayat Hang Tuah, Tuan Puteri Sakdong di Kelantan dan lain-lain."
Lakon misteri atau drama misteri.
Text
kesenian
Melayu
Lambang-lambang yang digunakan dalam permainan wayang kulit...
"Lambang-lambang yang digunakan dalam permainan wayang kulit mempunyai makna yang tersendiri. Difinasi lambang itu mengandungi unsur-unsur sejarah berkaitan dengan perkembangannya. "
silat
Langkah Sembah, in Silat nomenclature, refer to...
"Langkah Sembah, in Silat nomenclature, refer to a set of pre-arranged movement performed in a fixed sequence. Literally translated it means Step of Respect"
Text
Langkasuka juga dikenali dengan berbagai bagai nama...
"Langkasuka juga dikenali dengan berbagai bagai nama seperti Langka-ya-shiu,Lang-chia-su (China), Langasyuka (Arab) dan Ilangasoka (inskripsi Tangore) terletak di kawasan yang kinibernama Pattani di negeri Thai (atau setengah pihak mendakwa terletak di Kedah),Langkasuka dikatakan muncul sebagai negeri bebas pada awal abad ke-2M. Bagaimanapun pada abad berikutnya , ia telah dilanggar oleh Funan,negeri kuasa besar yang pertama di Asia Tenggara"
Text
rumah melayu
seni bina Melayu
Lantai dan dinding rumah Melayu tradisional...
"Lantai dan dinding rumah Melayu tradisional dibuat daripada anyaman pelupuh yang berlubangan. Ruang terbuka di bawah cucuran atap pula memperbaiki keadaan penghawaan atau pengudaraan bagi mencegah panas dan mengatasi kelembapan di dalam ruang rumah."
Showing 551 to 600 of 1397 results
Page
of 28
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->