Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (1397 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Collection: Koleksi Petikan Pengajian Melayu
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
Misa Melayu juga membuktikan kehadiran ...
"Misa Melayu juga membuktikan kehadiran sistem ekonomi feudal yang menetapkan raja dan pembesar memonopolikan kegiatan tersebut manakala rakyat sekadar pekerja dan menjalankan suruhan pembesar semata-mata."
Text
Misa Melayu juga tidak meneruskan...
"Misa Melayu juga tidak meneruskan sifat karya sastera sejarah yang memasukkan unsur mitos dan dongeng tetapi Misa Melayu adalah kisah manusia dalam golongan istana dan interaksinya dengan rakyat temoatan dan orang luar."
Text
kelantan
TEATER
Mistik adalah salah satu cabang falsafah...
"Mistik adalah salah satu cabang falsafah yang sukar diserapkan ke dalam teater. Namun Aziz menerokai teater bersama bidang tersebut tanpa mengalami masalah. Cabang mistik yang diterokainya adalah mistik Islam iaitu tasauf. "
Text
Mitos merupakan sejenis cerita prosa...
"Mitos merupakan sejenis cerita prosa, yang dianggap oleh masyarakat bahawa cerita itu sebagai benar dan pernah terjadi pada masa yang lalu. Mitos juga merupakan cerita yang suci yang lahir daripada kepercayaan agama dan mempunyai pertalian erat dengan ritual. Mitos mengisahkan tentang dewi, asal mula kejadian alam, manusia dan kematian."
Text
kesenian islam
seni bina
...1 more
Monumen Islam lain yang dapat dikesan...
"Monumen Islam lain yang dapat dikesan adalah bangunan kuburan yang berupa tempat pemakaman raja-raja dan kaum kerabatnya. Bangunan yang berbentuk bangunan abadi itu diturap secara amat teliti dengan menggunakan bahan-bahan merah yang kekal lama. Biasanya bangunan kuburan ini dilengkapi juga dengan menara yang didirikan khusus serta berdiri secara sendirian, terpisah dari kesatuan bangunan yang menjadi induknya. Contoh bangunan kuburan dari Tunglakh Shah yang dibina sekitar tahun 1300."
Text
arabes
kesenian islam
...1 more
Mores ialah satu lagi istilah...
"Mores ialah satu lagi istilah yang menerangkan corak-corak hiasan awal berdaun yang mempunyai dasar yang sama seperti arabes dalam hubungannya dengan motif-motif tumbuh-tumbuhan. Ia berasal dari Damsyik dan berkembang di Mesopotamia, Parsi dan Syria."
Text
Morfonemik bahasa Melayu dan bahasa Ibanm
"Morfonemik adalah suatu kajian yang melihat hubungan di antara morfem dan penghuwudan morfem dalam bentuk fonem. Kajian-kajian mengenai kelainan di antara fonem-fonem dan morfem-morfem yang saling berhubungan itu dilihat melalui perubahan struktur dalam yang terdapat pada binaan moorfem tersebut."
Text
arabes
kesenian islam
...1 more
Motif arabes ini mula dikenali di...
"Motif arabes ini mula dikenali di Alam Melayu setelah kedatangan Islam itu sekitar abad ke-14 M. dan selepasnya. Ia dibawa oleh saudagar-saudagar. Motif-motif yang umum dikenali ialah penggunaan tulisan-tulisan Arab dijadikan hiasan pada kraftangan."
Text
arabes
kesenian islam
...2 more
Motif geometri juga menjadi hiasan...
"Motif geometri juga menjadi hiasan di mimbar masjid Aladin di Konia dan juga kubah di beberapa masjid di Iran. Penggunaan motif geometri juga tidak terhad di permukaan kubah, tetapi juga menjadi hiasan pada jubin-jubin di permukaan dinding, menara dan lantai masjid."
Text
corak
fabrik
...1 more
Motif merupakan gambaran visual atau imej yang menjadi ragam hias...
"Motif merupakan gambaran visual atau imej yang menjadi ragam hias corak sesuatu permukaan fabrik yang berfungsi untuk mengindahkan, mencantikkan dan menambah nilai pada sesuatu fabrik. Motif menurut Teuku Iskandar (1970) ialah unsur utama dalam penghasilan ragam hian dan menjadi dasar kepada Ragam hias sesuatu permukaan fabrik itu."
Text
corak
motif
...2 more
Motif pucuk rebung sangat popular digunakan oleh penenun...
"Motif pucuk rebung sangat popular digunakan oleh penenun bagi menghasilkan songket. Biasanya pucuk rebung yang direka oleh pereka corak motif ialah berbentuk tiga segi. Bahagian pucuknya lebih panjang atau tinggi kerana kedudukannya atau sifatnya pokok buluh akan menunjang untuk menaikkan pucuknya. Bentuk tiga segi yang terdapat pada pucuk rebung ini berkedudukan seimbang. Kelebihan yang terdapat pada corak motif pucuk rebung ini ialah motif ini boleh disusun secara menegak, melintang, bertentangan dan berlawanan."
Text
Kesenian Melayu
SENI RUPA
Motif Sulur Bakung atau Sulur Bayur...
"Motif Sulur Bakung atau Sulur Bayur terdapat pada beraneka karya seni rupa Melayu yang dua dimensi seperti hiasan garis pada permukaan dan yang berbentuk tiga dimensi seperti pada tangkai senduk atau pada bangunan. Penggunaan Sulur Bayur sebagai motif menjadikannya elemen tampak yang menghubungi aneka hasil manifestasi jiwa kreatif Melayu yang merintangi perbezaan tujuan, tingkatan penggunaan, jarak dan masa."
Text
SENI RUPA
Motif yang sering digunakan pada karya-karya...
"Motif yang sering digunakan pada karya-karya seni rupa di Nusantara ialah Pucuk Rebung. Wagner, berpendapat bahawa selain daripada digunakan sebagai motif hiasan, ia juga menjadi simbol padi dan kesuburan."
Text
arabes
kesenian islam
...2 more
Motif-motif berbentuk geometri yang berkembang...
"Motif-motif berbentuk geometri yang berkembang di Mesir juga merupakan motif-motif penting selain motif daun dan tumbuh-tumbuhan. Kehebatan penggunaan motif geometri adalah disebabkan kepelbagaian sudut yang dibentuk olehnya. Dari bentuk-bentuk asas tiga segi dan empat segi melahirkan bentuk-bentuk yang lebih kompleks-pentagon, heptagon, hexagon, oktagon dan monogon."
Text
cerita lama
hikayat
...2 more
Motif-motif juga dihasilkan melalui cerita-cerita lama...
"Motif-motif juga dihasilkan melalui cerita-cerita lama atau hikayat yang disampaikan oleh generasi terdahulu dan diadaptasikan dalam bentuk lakaran serta diaplikasikan dalam bentuk barangan kraftangan."
Text
arabes
kesenian islam
...2 more
Motif-motif yang bertindih-tindih...
"Motif-motif yang bertindih-tindih, sering berulang-ulang menimbulkan pergerakan berirama yang melahirkan kesan-kesan harmoni. Tidak wujud apa yang dinamakan ketegangan atau percubaan yang sia-sia."
Text
Muhammad Haji Salleh
"Muhammad membawa kita kepada suasana yang tidak emosional, dan mengarah kepada suatu pemikiran yang rasional, sehingga ia mempunyai kecenderungan untuk hanya mengatakan tentang kehadiran sesuatu, sebagai terlihat pada sajak 'kata-kata'."
Text
Muhammad Haji Salleh telah menggunakan...
"Muhammad Haji Salleh telah menggunakan sepenuhnya unsur sastera Melayu tradisi dan klasik untuk membina teorinya ini. Beliau menunjukkan sastera klasik berfungsi sebagai penawar dan penghibur serta memiliki aspek magis bahasa dan kehalusan susunannya."
Text
Music accompained by the first rchestra (Orkestra)
" The bangsawan music ensemble also adapted to trends in the West and other parts of the world. The number or types of instruments were added when the bandmaster so wished. By the turn of cdntury, Western instruments such as the piano, the flute, the violin, the cornet and the drum had been added to the harmonium and tabla, the instruments first used in the Parsi theatre (Edrus 1960: 63)."
Text
Music that was Heterogenetic
" The performances of different types of music and musical instruments within a single theatrical form provided the oppurtunity for some of them to interact. Though bangsawan, songs which combined mainly Malay and Western elements emerged. Sometimes, Chinese, Middle Eastern, Japanese, Hindustani and other foreign elements were also incorporated in the songs."
Text
Muzik adalah unsur yang penting ...
"Muzik adalah unsur yang penting dalam persembahan mak yong terutamanya rebab. Rebab digunakan untuk memaklumkan bahawa persembahan mak yong akan bermula. Rebab merupakan raja segala alat di mana semasa menghadap rebab, satu pengenalan kumpulan dilakukan pada masa persembahan tersebut. "
Text
brunei
keris
...1 more
Muzium, sebagai gudang atau institusi...
"Muzium, sebagai gudang atau institusi yang mengumpul, memelihara dan mempamer pelbagai khazanah negara yang berharga, memainkan peranan penting dalam mempertahankan kewujudan budaya benda-benda tempatan."
Text
Nama sebenar Raja Ali Haji ...
"Nama sebenar Raja Ali Haji ialah Raja Ali Haji bin Raja Ahmad Haji. Dilahirkan di Penyengat, Riau dalam tahun 1809. Ayahnya seorang tokoh intelektual tradisonal Riau yang pernah melibatkan diri dalam perkembangan politik di sekitar kepulauan Johor-Riau."
Text
Naskah-naskah yang diperbandingkan diberi ...
"Naskah-naskah yang diperbandingkan diberi nama dengan huruf besar Latin : A,B,C.D dan seterusnya. Dalam hubungan kekeluargaan naskah-naskah itu berkedudukan sebagai arketaip dan hipertip. Arketaip ialah nenek moyang naskhah-naskhah yang tersimpan. Manakala, hipertaip pula adalah ketua keluarga naskhah-naskhah dan penting dalam naskhah yang sama versi."
Text
Nazam satu lagi jenis puisi...
"Nazam satu lagi jenis puisi bawaan dari negara Arab, yang telah menjadi genre puisi sastera Melayu tradisional. Antara ciri nazam ialah mempunyai rima, suku kata tidak terbatas asal berimbang, setiap rangkap tidak sama barisnya, dinyanyi dan dilagukan."
Text
kelantan
pengembaraan
Negeri Kelantan digabungkan dengan negeri-negeri...
"Negeri Kelantan digabungkan dengan negeri-negeri Melayu yang lain di Tanah Melayu dalam satu persekutuan pada tahun 1935. Secara teknikalnya, penggabungan ini membolehkan penyelidikan arkeologi dilakukan oleh pihak Muzium-muziun Negeri-Negeri Melayu Bersekutu secara rasmi. "
Text
Pattani
tamadun Melayu
Negeri Melayu Pattani pada hari...
" Negeri Melayu Pattani pada hari ini terletak di wilayah - wilayah Pattani, Yala dan Narathiwat di selatan Thai selepas perbatasan sempadan utara Semenanjung Malaysia pada zaman silamnya merupakan sebuah kerajaan Melayu dan pusat institusi kebudayaan Melayu tulen yang terkemuka sekali mempengaruhi negeri-negeri Melayu sekitarnya. "
Text
negeri sembilan
seni ukir
Negeri Sembilan adalah pembekal rotan...
"Negeri Sembilan adalah pembekal rotan yang utama di negara kita. Selain daripada boleh dibuat perabot, rotan juga boleh digunakan untuk membuat bidai, pengadang, almari perhiasan, tikar, bakul, alat-alat perhiasan dinding dan sebagainya. "
Text
adat perpatih
negeri sembilan
...1 more
Negeri Sembilan mempunyai Dewan Perundangan...
"Negeri Sembilan mempunyai Dewan Perundangan dengan 24 orang anggota-anggota dipilih melalui pilihan raya. "
Text
negeri sembilan
tanah
Negeri Sembilan mempunyai jumlah keluasan tanah...
" Negeri Sembilan mempunyai jumlah keluasan tanah sebanyak 1,642,183 ekar yang mengandungi 1,016,106 ekar tanah pertanian dan 34,551 ekar tanah adat atau tanah pusaka. "
Text
negeri sembilan
rembau
Negeri Sembilan telah dikategorikan sebagai sebuah negeri...
" Negeri Sembilan telah dikategorikan sebagai sebuah negeri yang berpendapatan menengah di antara negeri-negeri di Malaysia."
Text
batik
fabrik
...1 more
Negeri-negeri yang mula menjalankan perusahaan...
"Negeri-negeri yang mula menjalankan perusahaan fabrik ini ialah Kelantan dan Terengganu yang menghasilkan fabrik berbentuk batik dan songket. Pahang hanya menjalankan perusahaan menenun songket sahaja yang terletak di Pekan, manakala tekat hanya didapati di daerah Kuala Kangsar, Perak."
Text
Negotiation Strategies as a Tool of Empowerment
" This paper presents thesis writing from social perspective. Thesis writers and examiners interact via a text called a Master's thesis. Two underlying inter-related issues are involved when thesis writers present their research findings in the form of a thesis."
Neoklasik digambarkan mempunyai ikatan.
Text
New historisime teori sastera yang ...
"New historisime teori sastera yang lahir di zaman pascamoden. Kebanyakan teori pascamoden adalah menolak sejarah, tetapi mengajak masyarakat sastera masuk ke dalam sejarah. Fahaman teori new historisisme ini dipengaruhi oleh fahaman marxist. "
Text
kesenian
nilai estetika
Nilai estetika adalah salah satu cabang...
"Nilai estetika adalah salah satu cabang kesenian. Seni merupakan satu manifestasi pemikiran, perasaan material yang lahir secara tersendiri dari para seniman."
Text
Nilai suka mengampun merupakan satu...
"Nilai suka mengampun merupakan satu sifat yang terpuji yang memang dianjurkan oleh agama Islam. Sifat ini dipraktikkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. sendiri yang mengampunkan musuh ketatnya yang pernah menetangnya. Sifat ini juga menjadi ikutan kepada watak-watak wira dalam hikayat pahlawan Islam."
Text
kelantan
penyelidikan
Noone memegang jawatan penyelidik etnografi...
"Noone memegang jawatan penyelidik etnografi lapangan (field ethnographer) di Muzium Perak, Taiping semasa beliau menemui Gua Menteri pada tahun 1935. "
Text
Noor S.J
"Sajak-sajak Noor S.I., salah seorang penyair dari ASAS 50 juga penuh dengan percubaan-percubaan, malahan percubaan-percubaan itu menyebabkan sajak-sajaknya sangat sulit untuk dimengertikan."
Text
Novel bercorak peperangan
"Bentuk novel terakhir yang turut tercipta dalam tahap 1946-1949 ialah novel bercorak peperangan. Novel bercorak begini dimaksudkan sebagai novel yang membicaraka pelbagai persoalan tentang peperangan yang timbul dalam Perang Dunia Kedua; termasuklah persoalan-persoalan tentang peperangan menentang Jepun dan kesan-kesannya ke atas kehidupan rakyat."
Text
Novel kebangsaan
"Novel-novel bercorak kebangsaan yang lebih berhasil waktu itu adalah ciptaan Harun Aminurrashid. Dua buah novelnya yang baik ialah 'Siapakah yang bersalah?' (1949) dan 'Sebelum ajal(1949)' .
Text
Novel kemasyarakatan
"Novel-novel Lufti mengambil masyarakat, khususnya masyarakat semasa, sebagai bahan cerita.Segala permasalahan semasa yang dihadapi oleh masyarakat Melayu zamannya sering mendapat perhatian dan tumpuan utama Ahmad Lufti untuk digarap dalam novel-novelnya."
Text
Novel kemasyarakatan
"Antara penulis yang paling banyak dan berhasil mencipta novel bercorak kemasyarakatan dalam tahap perkembangan ini ialah Hamzah, Ahmad Lufti dan Rumaja Malaya, Ketiga-tiganya memberikan perhatian yang lebih besar kepada persoalan-persoalan kemasyarakatan untuk diragap dalam novel mereka."
Text
Novel kemasyarakatan tahun-tahun enam puluhan
"Novel-novel bercorak kemasyarakatan banyak ditulid dalam dekad 60-an. Ia membawakan pelbagai persoalan tentang kehidupan masyarakat; antaranya, kemiskinan, kehilangan pemimpin, krisis modal di kalangan pemimpin dan anak-anak muda, kehidupan rumahtangga dan pelacuran."
Text
Novel perang dan politik
"Dalam dekad 60-an ini, novel perang banyak dihasilkan oleh A. Samad Said, manakala novel politik pula ditulis oleh Arena Wati dan Alias Ali. A. Samad Said menjadi terkenal sebagai pengarang novel yang berjaya apabila terbitnya novel Salina dalam tahun 1961, yang sesungguhnya ditulis untuk 'Peraduan Mengarang Novel" anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1958."
Text
Novel sejarah
"Seterusnya, dalam bidang penulisan novel sejarah untu tahap tahun-tahun 50-an hanya penulis veteran Harun Aminurrashid sahaja yang memberikan sumbangan. Tetapi, jumlahnya adalah sedikit; sekali hanya sebuah novel sejarah sahaja dapat ditulis dalam tahun 1958, berjudul Panglima Awang."
Text
Novel sejarah tahun-tahun enam puluhan
"Novel 'Gugur di Lembah Kinabalu' melukiskan perjuangan sebilangan perwira-perwira bumiputera negara Sabah, yang diketuai oleh Orang Kaya Mat Salleh, menentang penjajah British."
Text
Novel; Latar perkembangan dalam tahun-tahun lima puluhan.
"Tahun-tahun 50-an dapat dianggap sebagai zaman kesedaran bersastera secara berkumpulan dan gerakan. Dalam waktu itulah tumbuhnya ASAS 50 yang menggariskan matlamat dasarnya unutk memajukan bahasa dan sastera."
Text
Novel; Latar perkembangan dalam tahun-tahun tujuh puluhan
"Corak perkembangan yang berlaku dalam penulisan novel-novel Melayu, selama dekad 70-an telah menimbulkan dua tanggapan yang berbeza daripada kalangan pengkaji dan pengkritik kesusasteraan tanah air."
Text
Novel; Perkembangan dalam tahun-tahun tujuh puluhan
"Tanggapan pertama tadi datangnya daripada pengkaji-pengkaji sastera yang lebih memberatkan kepada soal kadar kuantiti penciptaan sebagai pengukur kepada pencapaian penulisan jenis sastera ini."
Showing 701 to 750 of 1397 results
Page
of 28
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->