Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (1397 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Collection: Koleksi Petikan Pengajian Melayu
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
arkitek
selepas merdeka
...1 more
Setelah Malaya mencapai kemerdekaan pada tahun 1957...
"Setelah Malaya mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, arkitek British beransur-ansur diganti oleh arkitek Malaysia yang memperoleh pendidikan mereka di seberang laut, biasanya di negara-negara Komanwel seperti United Kingdom, Australia dan New Zealand. Mereka memperkenalkan 'vocabulary' baru dalam seni bina seperti yang mereka pelajari atau perhatikan di negara tempat mereka belajar."
Text
aliran modenisme
Barat
...2 more
Setelah menguasai dunia kira-kira setengah abad...
"Setelah menguasai dunia kira-kira setengah abad, kemutlakan ajaran seni bina moden mulai diragukan oleh beberapa pemikir seni bina di dunia Barat sendiri. Mereka beransur-ansur sedar bahawa prinsip-prinsip aliran modenisme mempunyai banyak kelemahan dan bertentangan, manakala aturan-aturan keseni binaan yang diajarkan dalam bilik-bilik kuliah dan studio bukan sahaja tidak munasabah, malah seni bina moden tidak lagi dipandang sebagai ajaran yang keramat."
Text
Setelah tersebarnya Islam ke Alam Melayu...
"Setelah tersebarnya Islam ke Alam Melayu sejak abad ke -12, maka lahirlah kerajaan Islam di rantau sini dengan kewujudan kerajaan-kerajaan Islam. Kerajaan Islam itu berkembang dengan kebudayaan Islam. Oleh itu, sastera Melayu yang bercorak Islam juga terhasil melalui buku-buku agama."
Setengah unsur-unsur retorik dibicarakan.
Text
kesenian islam
makam
...1 more
Setengah-setengah masyarakat menganggap makam sama...
"Setengah-setengah masyarakat menganggap makam sama seperti candi dalam agama Hindu, sebagai tempat kediaman yang terakhir dan abadi. Oleh sebab itu, mereka berpendapat bangunan makam harus disesuaikan dengan kedudukan orang yang meninggal. Apabila yang meninggal itu raja, maka makamnya dibuat menyerupai istana."
Text
Seterusnya perwatakan wira Islam ialah...
"Seterusnya perwatakan wira Islam ialah mereka merupakan orang yang bijaksana dalam memimpin tentera dan rakyatnya. Sifat - sifat ini telah digambarkan pada watak Amir Hamzah. Sebagai sastera bercorak Islam, watak-watak wira dalam hikayatnya berperanan sebagai pengembang agama Islam."
Text
bilah mata
keris
Setiap bilah keris perlu dimandikan dan sentiasa...
"Setiap bilah keris perlu dimandikan dan sentiasa dicuci bagi menjaga bilah matanya. Mandi keris bermaksud proses merendam bilah mata keris dalam larutan beralkali atau berasid lemah. Mencuci keris pula merujuk kepada proses mencuci bilah mata keris tersebut dengan larutan berasid. Keris perlu dimandikan apabila terbentuknya karat besi pada bilah mata."
Text
Sewaktu membicarakan pengaruh Arab Parsi...
"Sewaktu membicarakan pengaruh Arab Parsi dalam bab yang lepas telah dihuraikan konsep sastera roman atau hikyat ini. Perkataan hikayat berasal dari bahasa Arab yang bererti 'cerita', tetapi ia banyak merujuk kepada cerita yang didasari daripada sejarah. Dalam konteks sastera Melayu, hikayat ialah suatu penceritaan yang panjang mengenai sesuatu kejadian, tokoh dan sebagainya. Roman dan hikayat selalunya dalam penggunaan yang sama."
Text
bentuk kesenian
Seyogia dimaklumi bahawa seni itu sendiri...
"Seyogia dimaklumi bahawa seni itu sendiri mempunyai pelbagai bentuk cabang: ada seni sastera, seni lukis, seni bina, seni pertahanan, seni muzik, seni tari, seni hias di samping seni pertukangan."
Text
Shamsuddin Ja'afar
"Meskipun Shamsuddin mempunyai kecenderungan untuk membuat sajak empat baris perbait, tapi ka tidak terikat kepada satu pola pun. Tidak ada persoalan pola rima akhir. Tidak juga ada persoalan panjang pendek baris."
Text
fonologi dialek
negeri sembilan
Sharman Abu membahagikan bunyi-bunyi Dialek Negeri Sembilan...
"Sharman Abu membahagikan bunyi-bunyi DSN kepada dua golongan utama iaitu" :
a) bunyi-bunyi vokal
b) bunyi-bunyi konsonan
Si Bongkok Tanjung Puteri.
Text
kampung
kota
Siapa yang akan tinggal di kota?
"Di kota terdapat peluang untuk meningkat ke tahap yang lebih tinggi yang pasti tidak didapati di kampung."
Sifat kompleks dan kabur.
Sifat-sifat umum antara bentuk-bentuk komedi.
silat
Silat bukan sahaja merupakan satu keperluan...
"Silat bukan sahaja merupakan satu keperluan untuk mempertahankan diri, tetapi silat merupakan lambang keperibadian bangsa dan seni budaya Melayu yang sudah sebati dalam jatub bangun tamadun kerajaan Melayu sepanjang zaman.
Silat Melayu berasal usul dan berakar...
"Silat Melayu berasal usul dan berakar umbi dalam sosiobudaya Melayu di desa-desa dapat membentuk masyarakat kemelayuan yang kukuh seperti mengamalkan adat seni budaya Melayu, semangat bergotong-royong, menghormati kedudukan dan darjat dan amalan agama"
Simbol merupakan sebarang objek.
Text
Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa...
"Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk,struktur dan binaan ayat ( Tatabahasa Dewan,1996).Bidang ini meneliti hal-hal yang berkaitan dengan bagaimana sesuatu mesej ( buah fikiran,pandangan,perasaan,dsb.) disampaikan dengan cara yang berkesan."
Sistem konvensi
Sistem konvensi sudah tentu berbeza-beza menurut bahasanya, sebab hanya dapat berfungsi dalam hubungannya dengan struktur bahasa; dan jelaslah bahawa dalam setiap sistem sastera ada kecenderungan untuk mensistematiskan unsur pemakaian bahasa dalam sastera.
Text
Sistem politik dan ekonomi yang ...
"Sistem politik dan ekonomi yang ditunjukkan dalam teks ini adalah hasil daripada struktur dan sistem sosialnya. Raja adalah simbol perpaduan dan menguasai kawasan istana dan sekitarnya atau negara kota. Di kawasan lain, pembesar negeri pula yang berkuasa. Ikatan antara pembesar dan sultan adalah berasakan kesetiaan."
Text
SITC-UPSI pusat perkembangan puisi Melayu moden
"Dari semasa ke semasa, SITC terus menerima dan mengeluarkan tenaga pendidik untuk memenuhi keperluan sekolah-sekolah Melayu. Keunggulan SITC sebagai sebuah institusi pendidikan kian terserlah."
Text
Sitor situmorang
"Pengaruh Chairil bukan hanya terbatas kepada penyair yang berdeatan masa dengannya, bahkan juga kepada penyair yang lebih kemudian, sebagaimana yang akan dilihat pada pembicaraan tentang Goenawan Mohamad dan Sapardi Djoko Damono."
Text
Sketsa anak kecil
"Pada bahagian I dan II diceritakan bagaimana anak kecil memperlakukan bulan dan matahari ssesuai dengan kebebasan tidak mungkin kembali ke dunia anak kecil itu."
Text
Soal yang paling kerap timbul...
"Soal yang paling kerap timbul ialah bahasa yang manakah menjadi asas pembangunan industri dI Malaysia."
Text
Soal yang selanjutnya ialah bilakah,,,
"Soal yang selanjutnya ialah bilakah diperlukan bahasa asing?Bolehkah bahasa kebangsaan memikul semua peranan dalam bidang industri ?Jawabnya sudah tentu tidak,kerana kita hidup dalam duna sejagat,dunia yang menjadi semakin kecil dan perhubungan antara negara-negara kerap."
Text
Standard Approach to intoNational Analysis
"The use of different terms to refer to the above unit of intonation (i.e. tone-units, tone-groups, intonational phrase, pause-defined unit, breath-group) suggests that there is some kond of consensus among linguistic that a speaker segments his stretch of speech into divisible units."
Text
Strategi pengajaran yang dimanfaatkan sastera...
"Strategi pengajaran yang dimanfaatkan sastera sebagai bahan ajar bahasa itu disebut dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu sebagai "penyerapan unsur sastera."
Struktur Hikayat Ahmad Muhammad
Text
Struktur politik yang dimaksudkan di ...
"Struktur politik yang dimaksudkan di Perak memperlihatkan keunikannya. Raja tidak memerintah secara mutlak. Raja hendaklah mendapatkan nasihat pembesar demi negara dan demi kepentingan rakyat."
Text
Studi budaya atau cultural studies...
"Studi budaya atau cultural studies adalah kajian atau penelitian terhadap aspek-aspek budaya dalam teks-teks sastera. Tokoh-tokoh pengkaji sastera ini ialah Womack, Miller, Sinfiled, Williams, dan Chambers."
Text
kesenian islam
masjid
...1 more
Suatu hal yang dikira baharu dalam...
"Suatu hal yang dikira baharu dalam seni bina Islam gaya Uthmaniyah ini, ialah munculnya perancangan bangunan oleh seorang ahli seni bina yang khusus mempelajari bidang seni bina. Sinan seorang ahli seni bina yang mempelajari seni bina di Yunan telah berjaya menghasilkan berbagai-bagai bentuk bangunan sebagai hasil karyanya. Di antaranya termasuklah masjid Sultan Sulaiman di Istanbul."
Text
Suatu jasa yang terbesar...
Suatu jasa yang terbesar dengan terdirinya kerajaan Perlak ini ialah tertubuhnya pusat-pusat pendidikan Islam yang dikenali dengan anam 'Dayah'. Pada zaman Sultan Sayyid Maulana Abdul Rahim Syah (864-888), iaitu Raja Perlak yang kedua.
Text
Johor
Suatu kegiatan pertanian yang agak tersusun...
"Suatu kegiatan pertanian yang agak tersusun di Johor bermula dengan kegiatan menanam gambir-lada menerusi sistem kangcu. "
Text
Suatu keistimewaan dalam sejarah sulu...
Suatu keistimewaan dalam sejarah Sulu ialah pengunaan khutbah dan kitab-kitab sebagai alat propaganda kerajaan. Melalui media ini para sultan dipuji sikapnya dan kejayaannnya.
Text
Suatu lagi kekuatannya sebagai teks..
"Suatu lagi kekuatannya sebagai teks sejarah ialah melalui Tuhfat al-Nafis juga. Ia menyaksikan perpindahan kuasa keterunan pemerintah Melayu di Johor-Riau ke tangan Bugis. Perpindahan kuasa ini berlaku secara berperingkat iaitu bermula dengan perjanjian Sultan Sulaiman, anakanda Sultan Abdul Jalil yang dibunuh oleh Raja Kecik di Pahang dengan opu-opu Bugis lima saudara."
Text
kelantan
TEATER
Suatu perkara yang amat malang dalam...
"Suatu perkara yang amat malang dalam perkembangan serta perjuangan Basinda iaitu tidak adanya identiti sendiri dalam tradisi pendramaannya. Dalam berteater dan pengskripan yang terdapat dalam Basinda iaitu peniruan dan penyaduran kepada skrip-skrip yang sedia ada yang terhasil oleh tokoh-tokoh terkemuka tanah air."
Text
kedah
pelabuhan
...2 more
Suatu perkara yang menyebabkan Kedah...
"Suatu perkara yang menyebabkan Kedah begitu istimewa jika dibandingkan dengan tempat-tempat lain di Pantai Barat adalah kerana ia terletak dekat sebuah gunung yang tinggi - Gunung Jerai - yang boleh nampak sejauh tiga puluh batu dari laut. Puncak gunung itu bukan sahaja merupakan mercu tanda tetapi juga menimbulkan makna kepercayaan tertentu bagi pelaut-pelaut India yang rupa-rupanya sangat menyukai pelabuhan tersebut."
Text
Subagio Sastrowardojo
"Di samping pembaharuan sikap yang dibawa oleh Subagio dalam puisi Indonesia - yang kemudian diikuti oleh Tuti Heraty - iaitu perubahan dari sajak-sajak emosional kepada sajak-sajak rasional, Subagio juga membawakan suatu teknik baru, terutama dilihat dalam hubungan pemakaian bahasanya."
Text
Sudah banyak diperkatakan tentang peranan...
"Sudah banyak diperkatakan tentang peranan bahasa dalam konteks pembangunan negara.Bagi Malaysia,sejak dahulu lagi soal bahasa kebangsaan dilihat dalam konteks bahasa penyatuan,bahasa yang diharap menjadi alat yang akan menyatukan rakyat berbilang kaum dan keterunan."
Text
Sudah menjadi hakikat bahawa dekad...
"Sudah menjadi hakikat bahawa dekad sembilan puluhan ialah dekad kemajuan dalam bidang teknologi maklumat di negara kita.Dengan kemajuan ilmu pengetahuan dan perkembangan-perkembangan canggih dalam bidang ini,seluruh dunia seolah-olah bertindak atas dasar media elektronik ini."
Sudut pandangan membolehkan seorang pengarang.
Text
Suhaimi Hj. Muhammad
"Dalam sajak-sajak Shuhaimi tidak dapat kita kesan adanya kesamaan pokok pembicaraan - yang ada barangkali hanyalah kesamaan sikap tentang suatu hal. Ia melompat dari satu pembicaraan kepada pembicaraan lain, sehingga dalam satu antologinya prmbacanya dibawa ke mana saja yang disukainya, boleh dikatakan menjelajahi dunia."
Sulalat al-Salatin ialah sebuah karya.
Text
Johor
Sultan dianggap sebagai mempunyai hak usufructuary...
"Sultan dianggap sebagai mempunyai hak usufructuary ke atas tanah dan rakyatnya memerlukan Surat Akuan atau Surat Kebenaran Tebang-tebas untuk meneroka hutan dan menjadikannya kebun. "
Text
batu nisan
bertukang batu
...2 more
Sumba adalah sebuah pulau dalam...
"Sumba adalah sebuah pulau dalam gugusan kepulauan Nusa Tenggara yang terletak di sebelah timur pulau Jawa. Orang Sumba terkenal dengan kemahiran mereka bertukang batu dan adalah menjadi kebanggaan sosial bagi mereka membuat batu nisan atau keranda batu berukir yang megah di atas kubur-kuburan."
Text
masyarakat Melayu
perdagangan
...3 more
Sumber ekonomi masyarakat Melayu adalah...
"Sumber ekonomi masyarakat Melayu adalah dari sumber pertanian serta perikanan yang mana mereka bergantung hidup terhadap alam semula jadi. Segala sumber pertanian seperti rempah ratus dan hasil nelayan diperdagangkan."
Text
alam geografi
cakerawala
...2 more
Sumber motif dari kosmologi iaitu alam geografi...
"Sumber motif dari kosmologi iaitu alam geografi dan cakerawala yang terdiri daripada gunung-ganang, teluk, ombak, bulan, bintang, langit, awan dan matahari juga dijadikan sumber idea untuk melahirkan motif."
Text
Sumber utamanya mungkin cerita-cerita...
"Sumber utamanya mungkin cerita-cerita lisan yang didengar daripada pembawa tradisi yang mengalami atau menyaksikan sendiri peristiwa yang diriwayatkan dalam hikayat ini."
Text
Sungai antara subjek yang paling...
"Sungai antara subjek yang paling diminati penyair. Sungai tersebut berada di Sabah, Sarawak dan Kalimantan. Beliau melihat sungai bukan setakat laluan perhubungan malah menjadi titik berlabuhnya kasih sayang atau saksi persitiwa bersejarah."
Showing 1201 to 1250 of 1397 results
Page
of 28
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->