Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (1397 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Collection: Koleksi Petikan Pengajian Melayu
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
Budaya tebing sungai di kalangan orang Melayu di Kuala Lumpur
"Orang Melayu tidak ketinggalan untuk sama-sama mengambil bahagian dalam pembangunan negara ini. Secara tradisi orang Melayu kebanyakannya tinggal di kawasan-kawasan luar bandar atau lebih dikenali sebagai kampung; apabila mereka turut sama terlibat dengan proses urbanisasi, dengan sendirinya orang Melayu terpaksa meninggalkan kampung-kampung mereka untuk tinggal di bandar-bandar. Ini merupakan satu fenomenon baru yang wujud di kalangan mereka."
Text
teknologi
Budaya teknologi: siapa salah?
"Perubahan teknologi membawa satu aliran fikiran yang bertentangan sama sekali dengan nilai budaya Melayu yang asal."
Text
batu nisan
kaligrafi
...2 more
Bukti penemuan batu nisan bertarikh...
"Bukti penemuan batu nisan bertarikh 419 H. di Pekan, Pahang pada bulan Jun 1953 bukan sahaja membuktikan kedatangan Islam lebih awal di Terengganu, tetapi juga menunjukkan penggunaan kaligrafi Islam sudah pun bermula. Tulisan pada batu nisan itu dinukil dari ayat-ayat al-Quran dan syair dengan gaya Thuluth."
Text
Buku ialah gudang ilmu, pembesar...
"Buku ialah gudang ilmu, pembesar bangsa, dan yang mengerakkan bangsa, ilmu serta teknologi ke hadapan. Pihak yang berwenang tidak kikir untuk mengeluarkan wang yang secukupnya buat perpustakaan."
Text
Bumbung rumah Perak, bumbung rumah Terengganu...
"Bumbung rumah Perak, bumbung rumah Terengganu, bumbung rumah Kedah, bumbung rumah Negeri Sembilan, bumbung rumah Melaka dan seterusnya masing-masing mempunyai ciri-ciri khas yang membezakannya satu dengan yang lain."
Text
Melaka
rumah
Bumbung rumah serambi Melaka adalah...
"Bumbung rumah serambi Melaka adalah dikira sebagai rumah bumbung Melayu, yakni menggunakan bumbung panjang lurus menempatkan tebar layar di tepi. "
Text
rumah melayu
rumah tradisonal
Bumbung yang curam dan unjuran...
"Bumbung yang curam dan unjuran yang lebar melindungi rumah dari curahan dan tempias hujan tropika serta sinaran langsung matahari. Badan rumah pula penuh dengan bukaan jendela dan kekisi atau ukiran tebuk yang menggalakkan peredaran udara. Kolong rumah yang terbuka membolehkan hembusan angin di bawah rumah dan meningkatkan lagi peredaran udara melalui celah-celah lantai."
Text
Bunga
"Hal yang dominan pada sajak Kemala tadi ialah lukisan seakan statik terhadap sesuatu hal, dan ini menghilangkan unsur gerak pada bait 4."
Text
Bustanus-Salatin bermaksud Taman Raja-raja...
"Bustanus-Salatin bermaksud Taman Raja-raja. Ia dikarang pada tahun 1638M di Acheh iaitu pada zaman Sultan Iskandar Thani. Pengarangnya ialah Syeikh Nuruddin al-Raniri. Kitab ini menggambarkan keadaan pemerintah di Aceh pada waktu itu."
Text
Cabaran yang paling kuat terhadap agama Hindu...
"Cabaran yang paling kuat terhadap agama Hindu di Nusantara ini ialah agama Buddha, iaitu kepercayaan yang diasaskan oleh Siddharta Gautama, seorang putera daripada kerajaan Kapila-wastu di India. Agama Hindu kadang-kadang bercampur aduk dengan agama Buddha sehingga sukar untuk membezakan antara seni bina Hindu dan seni bina Buddha."
Text
adat perpatih
Melayu
Cadangan dan nasihat Tengku Laksamana Nasir agar empat perut itu mengamalkan Adat Lingkungan...
"Cadangan dan nasihat Tengku Laksamana Nasir agar empat perut itu mengamalkan Adat Lingkungan telah dibincangkan oleh anak-anak buah empat perut untuk mendapatkan kata sepakat dan rumusan yang sebulat suara : bulat air kerana pembentomg, bulat kata dek muafakat. "
Text
masyarakat Melayu
negeri sembilan
Cara berfikir masyarakat Melayu Negeri Sembilan berkembang...
"Cara berfikir masyarakat Melayu Negeri Sembilan berkembang dari dasar-dasar adat perpatih yang tak lokang dek paneh, tak lapok dek ujan, "
Text
Cara seseorang ibu menyusu bayi...
"Cara seseorang ibu menyusu bayi juga dipercayai dapat mempengaruhi daya penawaran terhadap anak oleh seseorang wanita."
Cara tradisi yang kedua.
Cara tradisional yang ketiga.
Cerita asal-usul.
Text
Cerita binatang dipercayai sebagai salah...
"Cerita binatang dipercayai sebagai salah satu bentuk cerita yang tertua ; sama usianya cerita asal usul. Cerita binatang merupakan hasil sastera lisan yang diwarisi daripada masyarakat manusia sejak zaman purba, iaitu semasa manusia masih lagi hidup di dalam gua. Cerita binatang menggunakan binatang sebagai watak-wataknya."
Text
Cerita dongeng ialah cerita yang...
"Cerita dongeng ialah cerita yang menggambarkan kisah hidup seseorang tokoh atau peristiwa, yang berlaku di dunia kenyataan , tetapi kejadiannya tidak semestinya berlaku sebenarnya. Ia lebih kepada cerita rekaan yang di dalamnya ada unsur mitos, lagenda, kesaktian, keajaiban dan sebagainya."
Text
Cerita jenaka itu seluruhnya bukanlah ....
"Cerita jenaka itu seluruhnya bukanlah milik zaman sastera rakyat, tetapi juga berasal dari luar tanah air seperti India, Arab dan Parsi. Cerita ini tidak diambil bulat - bulat daripada yang aslinya tetapi telah diubah dan pelakon dan latar belakang ceritanya ditukar ganti untuk disesuaikan dengan masyarakat Melayu. "
Text
Cerita jenaka juga dikenali sebagai...
"Cerita jenaka juga dikenali sebagai merry tales, tall tales dan lain-lain. Cerita jenaka di seluruh dunia mempunyai persamaan dari segi motif atau isi ceitanya, maksud dan bentuk ceritanya. Ia mempunyai maksud hiburan, petunjuk dan sindiran seperti yang terdapat pada cerita-cerita binatang."
Text
Cerita penglipur lara atau disebut ...
"Cerita penglipur lara atau disebut juga dengan cerita lipur lara bermaksud cerita yang menghibur orang yang dalam kesedihan atau berdukacita. Cerita penglipur lara mengandungi ciri-ciri setempat dan unsur-unsur luar yang mempengaruhi cerita. Cerita bertemakan pengembaraan, percintaan,dan peperangan."
Text
Cerita-cerita binatang diciptakan untuk...
"Cerita-cerita binatang diciptakan untuk memberi nasihat, pengajaran dan pendidikan kepada pendengar. Misalnya, binatang kuat dan sombong dapat dikalahkan oleh binatang yang kecil lagi lemah seperti cerita Helang Dengan Siput dan Arnab Dengan Kura-kura."
Text
Cerpen
"Buat beberapa tahun lamanya cerpen Melayu terus berkembang dengan pesatnya dan ia bukan sahaja menjadi salah satu alat yang memancarkan sikap, perasaan, pandangan dan fikiran pengarang Melayu, tetapi juga menjadi penting sebagai hasil kesusasteraan yang memberikan gambaran tentang sesuatu zaman sama ad peristiwa-peristiwa yang berhubung dengan masalah sosial, politik, ekonomi dan sebagainya."
Text
Cerpen " Hati yang Merusuh" turut...
"Cerpen " Hati yang Merusuh" turut membawa pengajaran kepada masyarakat khususnya ibu bapa agar tidak terlalu mengongkong kehidupan anak-anak khusunya dalam menentukan jodoh. Pengarang cuba menyedarkan khalayak bahawa penentuan jodoh oleh ibu bapa pada zaman moden sekarang tidak wajar lagi diamalkan."
Text
Cerpen Melayu selepas Perang Dunia Kedua
"Salah satu perkembangan yang menarik selepas Jepun berundur dari Tanah Melayu ialah pertumbuhan yang amat pesat dalam bidang percetakan dan oenerbitan. Pertumbuhan i ni seringkali dikaitkan dengan kesedaran orang-orang Melayu khasnya terhadap perkembangan politik yang berlaku di tanah air."
Text
Cerpen Melayu zaman pendudukan Jepun
"Ada beberapa faktor yang menyebabkan cerpen berkembang dengan subur sebelum Perang Dunia Kedua. Dari tahun 1876-1941 terdapat sebanyak 153 akhbar dan majalah berkala yang kebanyakannya memuatkan cerpen."
Text
Cerpen Melayu zaman pendudukan Jepun : Corak dan pemilihan tema
"Sesungguhnya para penyelenggaraan akhbar dan majalah terpaksa akur dengan kehendak pemerintah Jepun supaya media massa dipenuhi dengan unsur-unsur propaganda Jepun, mereka tidak selamanya dapat bertahan dengan syarat-syarat yang telah dikenakan."
Text
Chairil Anwar
"Charil Anwar tidak mau puisi propaganda, Apa yang dimauinya ialah puisi itu sendiri, puisi sebagai sebuah hasil sastra yang benar-benar."
Text
China
kesenian islam
...1 more
China merupakan negara yang penting...
"China merupakan negara yang penting dan utama dalam pengeluaran tembikar-tembikar yang bermutu tinggi. Tembikar-tembikar tradisional biru-putihnya ditemui di merata tempat di seluruh Asia Tenggara."
Text
Chubak dianggap juga sebagai salah ...
"Chubak dianggap juga sebagai salah seorang perintis dalam menonjolkan tema-tema luar bandar dan serantau dalam sastera Parsi. Chubak diiktiraf sebagai sasterawan yang paling utama dalam arena ini."
Text
Chubak dilahirkan pada 5 Ogos 1916...
"Chubak dilahirkan pada 5 Ogos 1916. Beliau merupakan anak seorang saudagar kain di Bushehr. Beliau mendapat pendidikan awal di Bushehr, kemudian menyambung pengajian di di Shiraz apabila keluarganya berpindah ke bandar itu."
Text
Chubak jarang-jarang ditemui di...
"Chubak jarang-jarang ditemui di khalayak ramai, dan dia sering menolak untuk diwawancara. Walau bagaimanapun, ada kalanya beliau menghadiri persidangan di luar negara."
Text
Cinta dari sebuah kamar
"Disamping itu, kalau kita perhatikan penulisan kata-kata dalam sajak-sajak Latiff, penulisannya bukan didasarkan kepada kesatuan bentuk tapi berdasarkan kesatuan pengertiannya."
Text
Ciri-ciri makna dalam kamus dwibahasa Inggeris / Melayu selama tiga abad
"Walaupun karya dwibahasa Melayu terawal ialah senarai kata Cina-Melayu yang dikumpulkan di antara 1402 dan 1511 (Blagde, 1931/1932: 715-749), karya dwibahasa Inggeris dan Melayu muncul dua kurun kemudian, iaitu kamus dua hala oleh Thomas Bowrey dalam tahun 1701."
Text
aliran pasca-modenisme
reka bentuk
...2 more
Ciri-ciri menonjol daripada aliran pasca-modenisme...
"Ciri-ciri menonjol daripada aliran pasca-modenisme ialah reka bentuk yang menggunakan unsur-unsur fasad, butiran-butiran binaan dan organisasi ruang yang diambil dari seni bina Yunani dan Romawi."
Text
brunei
keris
...1 more
Ciri-ciri yang turut berperanan mencantikkan bilah keris...
"Ciri-ciri yang turut berperanan mencantikkan bilah keris ialah pamornya. Pamor dihasilkan atau ditimbulkan dengan merendam bilah keris berkenaan ke dalam campuran air limau, tanah bangar dan perahan buah nanas selama tujuh hingga 10 hari."
Text
bangunan
prinsip vernakular Melayu
...1 more
Contoh bangunan yang muncul dalam tahun...
"Contoh bangunan yang muncul dalam tahun sembilan puluhan ialah Menara Mesiniaga. Bangunan ini telah memenangi beberapa anugerah seni bina antarabangsa. Di samping nampak amat canggih dan berteknologi tinggi, bangunan ini sebenarnya telah menyerapkan prinsip-prinsip vernakular Melayu."
Text
kelantan
Contohnya Patani menganggap keturunan raja-raja Kelantan...
"Contohnya Patani menganggap keturunan raja-raja Kelantan adalah sebahagian daripada keturunan mereka dan selama ini tidak pernah wujud perasaan dendam di antara kedua-dua kerajaan sebelum ini. Maka adalah tidak wajar bagi mereka menyerang Kelantan. "
Text
Hukum adat
Corak dari Hukum Adat hanay dapat diketahui...
"Corak dari Hukum Adat hanya dapat diketahui dengan secara sungguh-sungguh bila mana diketahui tentang ajaran-ajaran Hukum Adat yang menjadi jiwanya. "
Text
kesenian
Kesenian Melayu
Corak yang digunakan untuk sulaman...
"Corak yang digunakan untuk sulaman selalunya disedut dari alam tumbuhan dan ada kalanya motif yang berasaskan bentuk haiwan seperti burung digunakan dan pada keseluruhannya dalam susunan imbangan semukur, di mana reka bentuk, corak, ruang dan warna disusun menghasilkan suasana tampak yang tenteram."
Text
enakmen
Melayu
Customary Tenure Enactment 1926 adalah merupakan undang-undang yang digubal...
" Customary Tenure Enactment 1926 adalah merupakan undang-undang yang digubal untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh Pemungut dalam melaksanakan pentadbiran tanah masyarakat adat. "
Text
dinasti safavi
kesenian islam
...1 more
Dalam abad ke 15 M. semasa Dinasti Safavi...
"Dalam abad ke 15 M. semasa Dinasti Safavi lebih gemar menggunakan imej sepasang kekasih yang sedang memegang bunga. Kerman dan Meshhed merupakan pusat industri tembikar yang terkenal dalam zaman Safavi."
Text
Dalam arus perkembangannya, sastera hikayat...
"Dalam arus perkembangannya, sastera hikayat, telah dibahagikan kepada tiga kelompok iaitu hikayat berunsur Hindu, hikayat berunsur Hindu-Islam, dan hikayat berunsur Islam. Pembahagian kelompok ini dipengaruhi oleh zaman kelahiran cerita-ceritanya tersebut yang telah diresapi oleh bingkai atau struktur hikayat."
Text
perlis
Dalam aspek perkahwinan, pengarang "Salasilah Perlis"...
"Dalam aspek perkahwinan, pengarang "Salasilah Perlis" meriwayatkan Syed Harun Jamalullai telah berkahwin dengan Tuan Sharifah Jahara dan mendapat seorang puteri bernama Tuan Nah. "
Text
Bahagian Ketujuh
Riwayat Kelantan
Dalam bahagian ini diceritakan bagaimana Long Ghafar bertemu...
"Dalam bahagian ini diceritakan bagaimana Long Ghafar bertemu dengan Long Yunus yang sedang bersembunyi kerana salah sangka. Long Ghafar menjelaskan bahawa dia bukan hendak membunuh Long Yunus tetapi dalam perjalanan ke Terengganu kerana hendak menyabung ayam. "
Text
Bahagian Keenam
Riwayat Kelantan
Dalam bahagian ini diceritakan bagaimana Long Ghafar...
"Dalam bahagian ini diceritakan bagaimana Long Ghafar mendapat perkhabaran mengatakan orang Bugis sedang berada di Terengganu kerana bersabung ayam."
Text
Bahagian Keempat
Riwayat Kelantan
Dalam bahagian ini diceritakan kematian Engku Pasir Mas...
"Dalam bahagian ini menceritakan kematian Engku Pasir Mas kerana dibunuh oleh suaminya, iaitu Long Sulung. Kejadian ini berpunca daripada salah faham Long Sulung yang menyangkakan isterinya itu ada hubungan sulit dengan Long Ghafar. "
Text
Bahagian Kesembilan
Riwayat Kelantan
Dalam bahagian ini diceritakan peperangan...
"Dalam bahagian ini diceritakan peperangan yang berlaku di antara anak-anak Long Yunus dengan ipar mereka, iaitu anak raja Terengganu. Setelah beberapa kali berperang, akhirnya Long Mamat berjaya mengekalkan dirinya sebagai raja Kelantan. "
Text
Bahagian Kesepuluh
Riwayat Kelantan
Dalam bahagian ini diceritakan perang saudara...
"Dalam bahagian ini diceritakan perang saudara yang berlaku di Kelantan selepas kemangkatan Sultan Muhammad I yang tidak meninggalkan sebarang waris. "
Text
Bahagian Kedua
Riwayat Kelantan
Dalam bahagian ini pengarang menceritakan tentang...
"Dalam bahagian ini pengarang menceritakan tentang seorang raja di Patani yang bernama Datuk Pasir yang telah membuang anaknya sendiri, iaitu Long Sulung kerana percayakan ramalan nujum mengatakan anak tersebut membawa malang. "
Showing 151 to 200 of 1397 results
Page
of 28
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->