Skip to main content
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
Collection Tree
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
Collection Tree
Browse Items (155 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Collection: Abstrak Tesis Doktor Falsafah Akademi Pengajian Melayu
Page
of 4
Next Page
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Pembinaan Bahasa Melayu : satu pengkajian khusus mengenai perancangan bahasa di Malaysia
Abstrak
Kajian ini adalah mengenai perancangan bahasa yang telah berlaku di Semenanjung Malaysia dengan perancangan bahasa dimaksudkan langkah-langkah secara sedar yang telah diambil oleh pihak-pihak yang berkuasa dalam hal penggunaan bahasa Melayu,…
Hiburan dalam masyarakat Melayu bandaran 1870 hingga 1941 : satu kajian tentang pertumbuhan budaya popular
Abstrak
Kajian ini adalah mengenai pertubuhan hiburan dalam masyarakat Melayu bandaran antara tahun 1870 hingga tahun 1941. Tujuan utamanya ialah mengkaji dan Menganalisa pertumbuhan unsur-unsur budaya popular bandaran yang muncul berikutan…
Sosiologi sastera : persoalan teori dan metode di sekitar sastera Melayu dan Indonesia
Pendahuluan
Pembicaraan ini mengenai dua aspek yang berbeza, aspek teori dan fenomena dalam sastera Melayu dan Indonesia. Yang satu lebih teoretikal, sedangkan yang lain berupa perlaksanaan.
Pembicaraan teori juga menyinggung metoda…
Sistem panggilan dalam bahasa Melayu : suatu analisis sosiolinguistik
Abstrak
Disertasi ini merupakan satu cubaan pertama berhubung dengan kajian sistem yang menjadi satu unsur yang penting dalam berkomunikasi dan berinteraksi dalam masyarakat bahasa Melayu. Oleh kerana itu ia digunakan pada setiap kejadian…
Novel hikayat : satu penelitian struktur penceritaan Melayu
Pendahuluan
Salah satu jenis sastera Melayu baru yang agak kurang mendapat perhatian untuk dikaji dengan kesungguhan dan mandalam ialah novel. Ini lebih dapat dirasakan pada novel-novel Melayu yang tumbuh dan berkembang dalam tahap awal …
Ayat pasif bahasa Melayu
Abstrak
Disertasi ini merupakan cubaan awal berhubung dengan kajian terhadap ayat pasif Bahasa Melayu dengan mengguakan pendekatan model Transfomasi-Generatif berdasarkan model Jacobs dan Rosenbaum (1986) terhadap bahasa Inggeris.
Kajian ini…
Binaan dan fungsi perkataan dalam Bahasa Melayu : satu huraian dari sudut tatabahasa generatif
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mencapai tiga matlamat tentang binaan dan fungsi perkataaan dalam bahasa Melayu (BM) iaitu
1. Menghuraikan binaan perkataan dalam BM
2. Menghuraikan dan meramalkan proses binaan perkataan dalam BM melalui…
Kata kerja gerak dalam dialek Kedah
Sinopsis
Tesis ini adalah satu analisis semantik kata kerja gerak dalam dialek Kedah, iaitu dialek Melayu yang dituturkan di utara Malaysia Barat, khususnya di negeri Kedah. Kajian ini adalah berdasarkan kaedah analisis komponen semantik, iaitu…
Jayengbaya : penyelenggaraan dan analisis teks
Sinopsis
Kedudukan Ranggawarsita sebagai Pujangga Agung Jawa memang tidak dapat dipersoal kerana telah terbukti dari karya-karya beliau yang begitu banyak di dalam memaparkan realitas masyarakat Jawa di zamannya. Senario pemaparan masyarakat…
Perubahan sosial dalam masyarakat Bajau Kota Belud, Sabah
Sinopsis
Kajian ini bertujuan mengesan dan menganalisis proses perubahan sosial yang berlaku dalam masyarakat Bajau Kota Belud, Sabah, terutama meneliti hubungannya dengan kolonialisme dan perkembangan ekonomi kapitalis di Sabah. Kajian ini cuba…
Modenisasi dan kaum tani : satu kajian kes di Pulai Chondong, Kelantan
Abstrak
Kajian ini adalah mengenai modenisasi dan sebuah komuniti tani Melayu di Pulai Chondong, Kelantan. Tujuan kajian ini adalah, pertamanya untuk memerihalkan keadaan kehidupan harian kaum tani Melayu dalam sebuah negara, iaitu Malayia yang…
Kata-kata Sanskrit dalam bahasa Melayu dan bahasa Thai : satu kajian perbandingan dari segi fonologi
Abstrak
Tesis ini merupakan cubaan awal yang diadakan untuk mengisi kekosongan kajian linguistik perbandingan di antara bahasa Melayu dan Bahasa Thai yang mengkhusus kepada perbandingan fonologi bagi kata-kata pinjaman daripada bahasa yang terserap…
Konsep pakaian cara Melayu : satu kajian analisis budaya benda
Pendahuluan
Secara umum pakaian selalu dihubungkan dengan fungsi gunaan. Dipakai menutupi tubuh untuk mengelakkan daripada kesan panas atau dingin. Di zaman prasejarah, manusia menggunakan bahan-bahan yang sederhana untuk dijadikan pakaian. Manusia…
Analisis nahu wacana bahasa Melayu klasik berdasarkan teks Hikayat Hang Tuah
Abstrak
Kajian ini merupakan kajian bentuk ayat dan distribusi-nya dalam wacana berdasarkan rangka nahu wacana, dengan mengambil teks Hikayat Hang Tuah sebagai bahan analisis. Tumpuan diberikan kepada analisis tetenunan yang didapati antara…
Syair-syair Melayu Riau : tumpuan khas kepada Syair Kitab al-Nikah dan lain-lain syair agama Raja Ali Haji
Abstrak
Kajian ini adala satu percubaan untuk melihat perkembangan syair-syair Melayu Riau dengan menumpukan karya syair-syair agama Raja Ali Haji khasnya Syair Kitab al-Nikah.
Dalam Bab I diberikan gambaran perkembangan syair-syair itu yang…
Pemikiran Pramoedya Ananta Toer dalam novel-novel mutakhirnya
Kajian ini merupakan suatu penelitian terhadap pemikiran Pramoedya Ananta Toer seperti yang tersirat dalam tetralogy terbarunya - Bumi Manusia, Anak Semua Bangsa, Jejak Langkah, dan Rumah Kaca – yang dihasilkan selama pengasingannya di Pulau Buru,…
Novel perang dalam kesusteraan Indonesia, Malaysia dan Filipina : satu perbandingan
Abstrak
Disertasi ini mengemukakan satu kajian perbandingan novel-novel perang yang dihasilkan oleh novelis-novelis Malaysia, Filipina dan Indonesia. Kaedah penyelidikan dan penulisan yang digunakan adalah antara disiplin : meneliti kehadiran dan…
Kata majmuk dalam bahasa Melayu dan bahasa Thai : suatu analisis perbandingan morfologi
Abstrak
Tesis ini merupakan satu cubaan pertama untuk mengkaji secara perbandingan kata majmuk dalam bahasa Melayu dan bahasa Thai yang merupakan satu unsur yang penting dalam bidang morfologi. Pendekatan yang digunakan ialah teori morfologi yang…
Mantera sebagai pengucapan simbolik : analisis pemikiran Melayu
Abstrak
Tesis ini adalah satu kajian dalam bidang Sosiologi Sastera. Kajian ini berdasarkan teks atau bahan kajian yang terdiri daripada mantera-mantera yang dikumpul dari beberapa tempat dalam setiap negeri di Semenanjung. Mantera dipilih sebagai…
Wanita dalam novel A. Samad Said
Abstrak
Kajian ini melihat perubahan kedudukan dan peranan watak-watak wanita utama dan sampingan dalam Sembilan buah novel Sasterawan Negara, A. Samad Said. Perubahan itu dikaji dalam kerangka sosial dan sejarah yang terbahagi kepada tahap-tahap…
Tautan dalam wacana bahasa Melayu akhbar : analisis rencana pengarang Utusan Zaman (1957-1961)
Abstrak
Bab 1 jalan ini memaparkan pendahuluan kajian. Manakala Bab 2 membincangkan konsep wacana tautan tujuh, model tautan, dan Model Tuntuan Pindaan. Data tautan perulangan dalam Bab 3 diteliti dengan menggunakan tujuh prinsip tatakerja. Didapati…
Falsafah pendidikan bahasa : kajian tentang konsep dan pelaksanaannya di Malaysia dengan rujukan khusus kepada pendidikan bahasa Melayu di Sekolah Menengah
Abstrak
Kajian ini bertitik tolak daripada latar belakang fenomena yang berkisar di sekitar tiga hal. Yang pertama ialah hakikat pendidikan dan juga pendidikan bahasa sebagai asas kehidupan bertamadun bagi manusia. Yang kedua ialah peranan…
Riwayat Kelantan : analisis teks, interteks dan konteks
Abstrak
Kajian ini adalah kajian filologi, iaitu melibatkan kerja-kerja mentransliterasi sebuah naskhah bertulisan rumi. Naskhah yang telah siap ditransliterasi ini kemudiannya diberikan anotasi. Berdasarkan naskhah yang telah siap diedit ini satu…
Utusan untuk kebaikan : analisis watak pradata dalam novel Melayu
Abstrak
Tesis ini mengandungi empat bab, membicarakan tentang watak ‘pradata ‘ dalam novel Melayu. Setelah definisi dan huraian ‘pradata’ itu diberikan, penelitian ini memaklumkan tentang tujuan kajian, dasar pemilihan bidang kajian, masalah kajian…
Persoalan dendam dalam sastera Melayu
Abstrak
Kehadiran hikayat-hikayat Melayu menjadi manifestasi kepada kewujudan sebuah masyarakat Melayu pada satu ketika dahulu. Hikayat-hikayat Melayu ini yang dikesan penghayatannya sejak zaman Hindu membawa kepada zaman Peralihan dan seterusnya…
Isu-isu semasa dalam karya naratif A. Samad Ismail
Abstrak
A. Samad Ismail terkenal sebagai seorang tokoh wartawan, sasterawan dan politik. Beliau telah melibatkan diri dalam bidang tersebut sejak dekat 40-an dan telah melalui empat fasa dalam proses penglibatannya sebagai wartawan, saterawan dan…
Novel-novel A. Samad Said : menghayatinya dari sudut estetika sastera
Abstrak
Kajian ini akan dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu pertama bahagian pengenalan; kedua bahagian kajian terhadap teks; dan ketiga bahagian kesimpulan. Dalam bahagian pengenalan termuat dengan pengertian umum estetika, erti keindahan, erti…
Peranan, organisasi dan kandungan akhbar-akhbar utama di Semenanjung Malaysia
Abstrak
Kajian secara makro ini adalah mengenai peranan, organisasi dan kandungan akhbar-akhbar utama di Semenanjung Malaysia. Tempoh pengkajian asas ialah dari tahun 1989 hingga tahun 1995. Sampel yang dipilih mengandungi lapan akhbar utama, dua…
Penjagaan kesihatan dan rawatan : prinsip dan teori dalam perubatan Melayu
Abstrak
Satu kajian antropologi budaya telah dijalankan untuk mendapatkan data tentang perubatan Melayu di Kedah dan Perlis. Tujuan kajian ialah untuk menentukan konsep berhubung dengan kesihatan dan penyakit dan untuk membentangkan pembentukannya…
Dasar kerajaan dan kesannya terhadap bahasa Melayu di negara Thai
Abstrak
Disertasi ini merupakan satu kajian tentang dasar kerajaan Thai dan kesannya terhadap bahasa Melayu di negara Thai berdasarkan disiplin Sosiolinguistik dalam rangka Teori Pertembungan Bahasa dan Pinjaman Bahasa, disiplin Sains Dasar dalam…
Pemeliharaan dan penyisihan bahasa : kajian kes terhadap komuniti minoriti Rajang-Tanjong
Abstrak
Kajian ini adalah kajian sosiolinguistik yang melihat segala pemeliharaan bahasa dan penyisihan bahasa yang berlaku di dalam komuniti minoriti Rajang-Tanjong yang terdapat di Kapit, Sarawak.
Gejala pemeliharaan bahasa dan penyisihan bahasa…
Perbandingan morfologi bahasa Melayu dan bahasa Iban
Abstrak
Tesis ini adalah kajian mengenai bahasa Melayu (BM) dan bahasa Iban (Bib) yang dilihat dari perspektif Linguistik Bandingan dan pada tahap-tahap tertentu kajian ini menjurus kepada Linguistik Bandingan Sejarawi. Objektif utama kajian ini…
Kasus dan pindahan sintaksis dalam Bahasa Melayu
Abstrak
Teori sintaksis Noam Chomsky membawa perubahan yang besar dalam teori linguistik moden. Khususnya, teori Kasus dalam teori Kuasaan dan Tambatan telah menjadi satu fokus dalam kajian linguistik kini. Disertasi ini akan meninjau Kasus peranan…
Reformasi Islam dalam novel-novel Melayu terpilih
Abstrak
Disertasi ini mengkaji pemikiran reformasi islam yang tertonjol dalam novel-novel Melayu dalam rentetan perkembangannya selama tiga suku abad di negara ini. Analisis diserentakkan dengan melihat keterpengaruhan serta keselarian pertumbuhan,…
Istilah sains dalam Bahasa Melayu : aspek pengupayaannya
Abstrak
Disertasi ini merupakan satu percubaan awal untuk meneliti aspek pengupayaan istilah sains dalam bahasa Melayu, khususnya istilah bidang biologi, fizik, dan kimia berdasarkan istilah-istilah yang ditemukan dalam Daftar Istilah Mabbim. Aspek…
Seni persembahan Melayu : satu kajian terhadap organisasi keusahawanan seni
Abstrak
Kejayaan sesebuah organisasi keusahawanan seni bergantung kepada corak pengurusan pengusahanya, sokongan yang diterima daripada institusi kerajaan yang berkaitan dan penontonnya. Berasaskan kepada pernyataan tersebut, kajian kes ini melihat…
Isu-isu semasa dalam karya naratif A. Samad Ismail
Abstrak
Kajian ini menumpukan penelitian terhadap isu-isu semasa yang dapat ditemui dalam karya-karya cerpen dan novel yang dihasilkan oleh A. Samad Ismail. Sehubungan itu, penelitian ini juga akan membicarakan masyarakat dan individu-individu yang…
Pemikiran Kaum Muda di dalam novel-novel Melayu sebelum perang dunia kedua
Abstrak
Kajian ini merupakan satu kajian terhadap perkembangan pemikiran Kaum Muda yang terdapat di dalam novel-novel Melayu sebelum Perang Dunia Kedua. Kaum Muda dilihat sebagai satu ideologi yang berurutan dari hubungan ideologi yang diasaskan…
Kajian intonasi fonetik eksperimental : realisasi makna emosi filem Sembilu 1 dan 2
Abstrak
Kajian ini adalah mengenai intonasi bahasa Melayu yang melibatkan pergerakan nada, durasi dan makna emosi. Data korpus kajian ini diambil daripada filem Melayu Sembilu 1 dan 2. Keseluruhan analisis dalam tesis ini menggunakan Model Intonasi…
Tari Melayu Malaysia : satu kajian berdasarkan Festival Tari Kebangsaan
Abstrak
Tesis ini membincangkan tarian Melayu di Malaysia dengan memberi fokus kepada bagaimana kedudukan fungsi tari Melayu dalam konteks masyarakat negara Malaysia yang berbilang kaum. Kajian ini menggunakan pendekatan analisis kritikal dengan…
Kesantunan orang melayu dalam majlis pertunangan
Abstrak
Tesis ini mengandungi lapan buah bab yang bermula dengan Bab Pendahuluan. Bab 2 pula membincangkan nilai kesantunan orang Melayu dalam konteks sosiobudaya masyarakatnya. Seterusnya Bab 3 membincangkan kerangka tesis yang dimulai dengan…
Pemikiran Shahnon Ahmad dan Naguib Mahfouz dalam novel-novel terpilih : satu perbandingan
Abstrak
Kajian ini merupakan satu perbandingan antara novel-novel Melayu terpilih yang dihasilkan oleh seorang pengarang Malaysia dengan novel-novel yang dihasilkan oleh seorang pengarang yang telah menerima pengiktirafan antarabangsa.
Keseluruhan…
Genre drama dalam teks sastera : kajian kandungan nilai
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk menentukan kandungan nilai yang terdapat dalam teks drama Komponen Kesusasteraan Melayu yang digunakan oleh pelajar sekolah menengah di Malaysia. Penegasan terhadap nilai sebagai unsur yang penting dalam mencapai…
Indeks kognitif : analisis Bahasa Melayu dan Bahasa Orang Asli
Abstrak
Kajian ini adalah mengenai indeks kognitif bahasa Melayu (BM) dan bahasa Orang Asli (BOA) yang melibatkan makna kamus, iaitu makna kognitif. Data korpus kajian ini terdiri daripada 100 senarai kata bahasa Semai yang lazim digunakan dalam…
Arkeologi dan seni : kajian tembikar kerajaan Melayu Johor-Riau-Lingga Abad 16-19 masihi
Abstrak
Tesis ini cuba memfokuskan kepada peninggalan warisan Kerajaan Melayu Johor-Riau-Lingga yang terdapat di Kota Sayong Pinag, Kota Panchor, Kota Johor Lama dana Fort Canning Hill melalui pendekatan arkeologi dan sejarah seni. Data yang…
Novel-novel berunsur Islam : satu analisis berdasarkan teori takmilah
Abstrak
Kajian ini meneliti tentang konsep-konsep Islam iaitu akidah , ibadah, khalifah, dakwah dan jihad dalam novel-novel berunsur Islam. Penelitian ini berasaskan kepada sejauh mana pengarang-pengarang mengemukakan konsep-konsep Islam tersebut…
The McDonaldization of language-in-education policy of Malaysia : a case of English for the teaching of mathematics and science or (ETeMS)
Abstrak
Kajian ini berhubungkait dengan polisi bahasa-dalam-pendidikan yang baru diperkenalkan di Malaysia atau Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Objektif kajian ini adalah untuk menilai keberkesanan…
Diangdangan Brunei : Tuan pemagat ular membaung, suatu suntingan teks
Abstrak
Diangdangan Tuan Pemangat Ular Membaung (TPUM) adalah salah satu daripada beberapa diangdangan yang terdapat dalam tradisi lisan dan merupakan sebahagian daripada sastera rakyat (folklore) Bunei. Diangdang seperti juga yang lipurlara dalam…
Ritual padi dan identiti : kajian kes komuniti Kadazan dataran Penampang, Sabah
Abstrak
Ritual secara umumnya adalah perlakuan dalam agama atau upacara amal. Namun perlakuan-perlakuan baru yang dilakukan secara berulang tanpa melibatkan keagamaan juga dapat dianggap sebagai ritual. Ritual baik yang dilakukan secara tradisi…
Peranan bahasa dalam membudayakan ilmu sains dan teknologi demi pembangunan sebuah negara bangsa : model Jepun dan penerapan ke atas negara bangsa Malaysia
Abstrak
Banyak negara ini mengetahui kejayaan negara Jepun dan meniru kehebatannya dalam sektor perekonomian dan perindustrian pembuatan. Kejayaan dan kehebatan yang diperolehi itu tidak melunturkan tradisi budaya dan bahasanya malahan menjadi asas…
Page
of 4
Next Page
Output Formats
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2