Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (19606 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
Peminjaman kata dalam peristilahan Undang-undang bahasa Melayu
Abstrak
Tesis ini ialah kajian tentang peminjaman kata dalam peristilahan bidang Undang-Undang bahasa Melayu. Dalam kajian ini penulis menumpukan perhatian kepada kata pinjaman tulen dan kata pinjaman campuran yang dihasilkan melalui proses pengimportan sahaja. Penulis tidak melihat perubahan yang berlaku melalui proses penukargantian dan ciptaan natif. Pembatasarn ini perlu dilakukan kerana jumlah data yang dikaji agak besar iaitu 3,404 istilah dan padanannya. Kajian ini melihat klasifikasi peminjaman kata yang terdapat dalam peristilahan undang-undang berdasarkan dua pendekatan iaitu perspektif formal dan perspektif semantik. Penulis menggunakan pendekatan yang igunakan oleh Haugen dan Stene dalam menganalisis data yang diperolehi. Bab I memberi maklumat tentang perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, pengaruh yang ditemui dalam bahasa Melayu hasil daripada proses ontak bahasa. Bab ini meninjau pelaksanaan dasar bahasa kebangsaan dalam bidang Undang-Undang dan sedikit tentang prinsip peristilahan serta perkembangan peristilahan bahasa Melayu khususnya dalam bidang Undang-Undang. Bab II memaparkan pendekatan yang digunakan oleh pengkaji bahasa yang telah membuat banyak kajian tentang peminjaman kata. Peminjaman kata juga ditinjau dari aspek linguistik yang menjelaskan tentang definisi istilah tertentu, sebab-sebab berlakunya peminjaman kata, dan kajian peminjaman kata yang telah dilakukan yang dilihat dari aspek morfologi, fonologi dan semantik. Bab III dan Bab IV merupakan dapatan kajian yang dilakukan oleh penulis. Analisis yang diperolehi dibahagikan kepada dua iaitu perspektif formal dan perspektif semantik. Penulis juga membuat perbandingan dapatan kedua-dua analisis tersebut.
Text
Peminjaman kata bahasa Melayu dalam bahasa Bonggi : kajian kes
Abstrak
Disertasi ini mengusulkan kajian berkenaan pertembungan bahasa di Pulau Banggi antara Bahasa Bonggi (BB) dengan Bahasa Melayu (BM). Pertembungan bahasa yang berlaku sejak sekian lama antara kedua-dua bahasa tersebut telah membawa kepada berlakunya peminjaman kata dalam BB. Kemahiran masyarakat Bonggi berkomunikasi dalam BM mewujudkan persoalan tentang bagaimana mereka (masyarakat Bonggi) mampu menggunakan bahasa tersebut dengan baik. Pergaulan antara masyarakat Bonggi dengan etnik lain di pulau tersebut sedikit sebanyak telah mempengaruhi kemahiran berbahasa masyarakat Bonggi yang akhirnya menjadikan mereka sebagai golongan bilingual. Kesan tersebut akhirnya membawa kepada pertembungan bahasa dan peminjaman kata dalam BB. Persoalan mengenai daya tahan kata pinjaman dalam BB juga turut menjadi aspek kajian untuk mengetahui sejauh mana kata-kata daripada BM masih kekal bentuk dan makna. Justeru, analisis kata-kata dalam BB dibuat bagi mengenal pasti kata pinjaman yang telah meresap masuk sama ada dalam bidang pertanian mahupun dalam bidang-bidang lain. Kata pinjaman tersebut akhirnya dianalisis untuk mnengesan perubahan yang telah berlaku. Disertasi ini menjelaskan secara keseluruhan bahawa telah berlaku pertembungan bahasa antara BB dan BM yang akhirnya membawa kepada peminjaman bahasa dan kata-kata tersebut ada yang masih kekal dalam bentuk asal dan ada yang telah berubah sama ada dari segi bentuk mahupun makna.
Text
Bahasa Melayu
Peminjaman istilah bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu bidang Sains Perubatan
Abstrak
Kajian ini merupakan salah satu kesinambungan daripada bidang kajian peminjaman istilah yang telah dijalankan oleh para pengkaji terdahulu. Tumpuan kajian ini untuk meneliti proses peminjaman istilah daripada bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu dalam bidang sains perubatan. Kajian ini meliputi proses penganalisisan data untuk mengenal pasti kata pinjaman yang dominan dalam peminjaman istilah sains perubatan, di samping proses asimilasi yang berlaku dalam penyesuaian istilah dalam bahasa Melayu. Perincian juga dilakukan untuk meneliti teori-teori dan pengklasifikasian yang terdapat dalam peminjaman yang berperanan sebagai rujukan dan panduan dalam menjalankan kajian. Penganalisisan yang dilakukan dalam kajian ini meliputi beberapa klasifikasi, iaitu kata pinjaman tulen, kata pinjaman campuran dan kata pinjaman terjemah. Berdasarkan klasifikasi ini, penulis seterusnya menghuraikan data kajian melalui empat aspek penting, iaitu jumlah peminjaman, peratusan peminjaman dan peratusan peminjaman berdasarkan jumlah data terkumpul. Kajian ini juga meliputi proses pengasimilasian yang berlaku di antara istilah pinjaman bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu. Dapatan kajian ini menjelaskan KPTSA telah mendominasi proses peminjaman istilah dalam bidang sains perubatan berbanding dengan kata pinjaman yang lain. Hasil dapatan ini menerangkan faktor peminjaman istilah turut disebabkan oleh persamaan struktur kata yang akan menentukan jumlah bilangan istilah yang dipinjam ke dalam bahasa Melayu.
Text
Politik Malaysia
Pemindahan teknologi dan semangat sains
Sains dan teknologi dikatakan menjadi punca kebanyakkan keadaan buruk kita pada masa ini. Sains telah berjaya menentang penyakit dan memanjangkan umur...
Text
Geoekonomi
Pemindahan firma asing ke Malaysia sokong ekonomi.
Bank Negara Malaysia (BNM) menjangkakan pemindahan syarkat-syarikat dari China untuk mengelak tarif Amerika Syarikat (AS) lebih tinggi, sebahagiannya akan dapat mengimbangi unjuran pertumbuhan ekonomi lebih rendah tahun ini.
orang asli
Peminat sukan 4x4 rosakkan laluan kampung Orang Asli
Komuniti Orang Asli di Pos Gob, Gua Musang merungut apabila laluan yang menghubungkan penempatan mereka rosak gara-gara aktiviti lasak kenderaan pacuan empat roda.
Text
Ahmad Zahid Hamidi
BN
...3 more
Pemimpin utama parti dijangka isi jawatan Kabinet baharu
Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dipertimbangkan untuk mengisi jawatan Timbalan Perdana Menteri,mengambil kira kedudukannya dalam parti.
Text
anwar
kabinet
...1 more
Pemimpin utama parti dijangka isi jawatan Kabinet baharu
Text
Ahmad Zahid Hamidi
BN
...4 more
Pemimpin UMNO, perwakilan beri penghormatan kepada Hasni
Pemimpin, perwakilan UMNO pada Jumaat, berdiri memberi penghormatan kepada Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad sebagai tanda menghargai jasa beliau membantu parti memenangi PRN Johor, baru-baru ini.
Text
agong
Ahmad Zahid Hamidi
...4 more
Pemimpin tetinggi BN, GPS menghadap Agong di Istana Negara
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir di Istana Negara pagi Rabu untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Text
Pemimpin tertinggi Iran tidak mahu perang
Pemimpin tertinggi Iran berkata republik Islam itu tidak mahu berperang dengan AS dan Israel tetapi akan melindungi haknya sebagai sebuah negara
Text
Politik Malaysia
Pemimpin politik tertarik dengan tema
Text
PH
Politik Malaysia
Pemimpin PH setuju Amirudin dilantik semula
Text
Pemimpin perlu kikis pemikiran ortodoks
Text
Pemimpin perlu guna bahasa betul
Text
Pemimpin perlu guna bahasa betul
Text
muda
Politik Malaysia
Pemimpin muda sedia ambil ibrah
Text
Pemimpin masih kabur definisi lepak
Text
Pemimpin digesa jadi teladan perangi bahasa rojak
Text
Pemimpin digesa jadi teladan perangi bahasa rojak
Still Image
Melayu
Novel Melayu
...1 more
Pemimpin Budaya Yang Kabur Dalam Media Kita
Content:
Pemimpin Budaya Yang Kabur Dalam Media Kita
Perbandingan Islam, Yahudi
Dialog Teluk Brunei mampu akrabkan budaya
Text
Ahmad Zahid Hamidi
PRU15
...3 more
Pemimpin 'Top 5' UMNO perlu bincang cari tarikh PRU15
Pucuk pimpinan tertinggi UMNO atau ' Top 5' dalam parti diseru agar dapat berbincang secara elok serta mencari masa yang paling sesuai untuk mengadakan PRU15 yang sedang dinanti rakyat ketika ini.
Text
keluarga melayu
Pemilik Roti Canai Janda nikah semula
Perbezaan usia 19 tahun bukan penghalang kepada pemilik gerai makan Roti Canai Janda untuk bergelar isteri kepada Adam Afendi Hawahir, 29.
Text
Puasa
Ramadhan
Pemilik McDonald's Malaysia curah bakti Ramadan
Antara aktiviti yang dijalankan ialah pemberian sumbangan kotak rezeki merupadakan sumbangan yang dilaksankan setiap tahun
Text
Pemilik karya ada hak cipta eksklusif
Text
adat perpatih
Melayu
Pemilihan Undang di Luak Johol tidaklah menimbulkan konflik yang...
" Pemilihan Undang di Luak Johol tidaklah menimbulkan konflik yang berat berbanding dengan tiga luak terbesar yang lain. Penyandang pusaka Undang adalah bergilir dalam dua perut Suku Biduanda, iaitu Perut Johol dan Perut Gemencheh. '
Text
Pemilihan teks sastera sama ada ...
"Pemilihan teks sastera sama ada bagi mata pelajaran elektif sastera mahupun bagi KOMSAS dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris hendaklah dibuat dengan mengambil kira aspek kesesuaian dan keperluan."
Text
Pemilihan rawatan homeopati meningkat
Text
Pemilihan pasangan dalam perkahwinan masyarakat Melayu luar bandar : kajian kes di Wang Kelian, Perlis
Abstrak
Pada umumnya, terdapat dua cara pemilihan pasangan dalam perkahwinan Melayu. Pertama, berasaskan kepada pilihan keluarga (arranged marriage) yang mengutamakan hubungan kekeluargaan, tempat kediaman, kedudukan sosio-ekonomi dan keturunan. Manakala cara kedua pula ialah berasaskan pilihan sendiri (love marriage) yang lebih memberi keutamaan terhadap persamaan minat, tahap pendidikan dan kesesuaian peribadi. Kajian ini mengenalpasti dan menganalisis faktor utama dalam pemilihan pasangan dalam kalangan masyarakat Melayu luar bandar, dan juga pengaruh serta peranan ibu bapa dalam perkahwinan anak-anak mereka. Kawasan ajian ialah Kampung Wang Kelian, Perlis. Seramai 40 pasangan yang berkahwin telah dipilih sebagai responden. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik, pemerhatian dan rakaman yang bertujuan untuk mengetahui latar belakang responden merangkumi umur, umur ketika berkahwin, bilangan anak, pekerjaan, dan pendidikan. Selain itu, temu bual juga dijalankan dengan beberapa responden utama bagi mengetahui tentang cara dan pengalaman mereka dalam pemilihan pasangan dan juga tentang peranan ibu bapa dalam perkahwinan mereka. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor ekonomi merupakan faktor domiman dalam pemilihan pasangan dalam kalangan responden. Namun demikian, faktor utama lain seperti taraf pendidikan, latar belakang keluarga, kediaman, agama, kaum, umur, rupa paras, kasih sayang, kesesuaian peribadi, sifat hormat menghormati dan bertanggungjawab turut mempengaruhi dalam pemilihan pasangan dalam kalangan responden. Berkenaan dengan peranan keluarga, keseluruhan responden menyatakan mereka akur dan menerima keputusan, nasihat, tindakan, dan urusan hal perkahwinan daripada ibu bapa mereka.
Text
adat perpatih
Melayu
Pemilihan ketua adat di Luak Sungai Ujong...
" Pemilihan ketua adat di Luak Sungai Ujong adalah unik dan berbeza dari tiga buah luak terbesar yang lain. "
Text
adat perpatih
bahasa
Pemilihan kata dalam perbilangan adat perpatih...
"Pemilihan kata dalam perbilangan adat perpatih lebih didasarkan kepada kejelasan, ketepatan serta keutuhan maknanya. Dengan demikian setiap penggunaannya tidak menyediakan ruang untuk memungkinkan dapat ditukar ganti dengan kata atau perkataan lain."
Pemilihan genre tertentu mencorakkan cara.
Text
adat perpatih
Melayu
Pemilihan Datuk Kelana Putra dalam tahun 1946...
Pemilihan Datuk Kelana Putra dalam tahun 1946
Text
Adat
Melayu
Pemilihan dan perlantikan penyandang pusaka ketua adat...
" Pemilihan dan perlantikan penyandang pusaka ketua adat (Undang/Penghulu) adalah dibuat dengan tidak berasaskan kepada aturan adat tradisi dan pusaka yang sebenar di Luak-Luak berkaitan. "
Text
Pemilihan bahasa di kalangan wanita Melayu Patani : satu kajian kes di Narathiwat, Thailand
Abstrak
Kaiian ini akan meneliti gejala pemilihan dan pengqunaan bahasa di kalangan pengguna bahasa wMP. Secara khuSus, kajian ini akan meneliti dan seterusnya menganalisis bahasa yang menjadi medium dalam penyampaian maklumat yang berkaitan dengan hal hal keagarmaan di kalangan wanita-wanita Melayu Patani, Thailand. Korpus kajian ini ialah dialek Melayu Patani yang digunakan di dalam masyarakat Melayu Patani di Selatan Thailand. Kajian ini meneliti dMP yang digunakan untuk berkomunikasi dan menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan agama Islam dalam masyarakat Melayu Patani. Kajian ini juga akan meneliti kelainan bahasa yang menjadi pilihan kaum wanita semasa berinteraksi dalam hal-hal yang berkaitan dengan persoalan agama. Aspek bahasa yang menjadi fokus kajian ini ialah fenomenon pemilihan bahasa. Bab Il membincangkan beberapa perkara penting berhubung dengan kerangka teori yang menjadi dasar kajian ini. Perkara perkara yang disentuh itu disenaraikan di bawah judul-judul kecil seperti konsep bahasa dan dialek, masyarakat bahasa, dan gejala dwibahasa. Kepentingan bahasa dalam masyarakat bahasa di kalangan pengguna khususnya wanita juga dibincangkan.
Text
Pemikiran Za’ba tetap hidup subur
Text
Pemikiran yang ditinggalkan
" Cara esuatu fikiran yang sentiasa terlekat di dalam benak penonton semacam itulah yang sentiasa harus ada".
Text
Pemikiran umat Islam kini keliru
Text
Pemikiran umat Islam kini keliru
Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam Pembangunan Negara
Mengupas idea dan pendekatan Tun Dr. Mahathir dalam pembangunan ekonomi, sosial dan politik di Malaysia.
Text
Malaysia--Social lite anacultuns
Pemikiran tuan hussein bin muhammad nasir dalam bidang fikah
Tuan Hussein bin Muhammad Nasir merupakan seorang ulama terkenal di Kedah...
Text
Pemikiran Shahnon Ahmad dan Naguib Mahfouz dalam novel-novel terpilih : satu perbandingan
Abstrak
Kajian ini merupakan satu perbandingan antara novel-novel Melayu terpilih yang dihasilkan oleh seorang pengarang Malaysia dengan novel-novel yang dihasilkan oleh seorang pengarang yang telah menerima pengiktirafan antarabangsa.
Keseluruhan kajian ini bersandar pada andaian pengkaji bahawa masanya sudah tiba bagi kita meninjau dan menentukan kedudukan novel-novel Melayu di persada antarabangsa. Pengkaji berpendapat bahawa tempoh masa lebih tujuh dekat sejak permulaan tradisi penulisan novel tidak mengizinkan kita untuk memencilkan diri daripada analisis perbandingan kritikal hasilan novel kita di peringkat antarabangsa dengan alasan kita masih merupakan pemain baru dalam bidang ini.
Bagi mencapai objekif itu, pengkaji telah mengenal pasti seorang pengarang tempatan dan novel-novel terpilih beliau yang mewakili novel-novel Melayu di negara ini. Hasil karya ini seterusnya dibandingkan dengan hasilan seorang penerima Anugerah Novel untuk Kesusasteraan (1988). Pengarang tempatan yang dipilih ialah Sasterawan Negara Shahnon Ahmad manakala tokoh antarabangsa yang dipilih ialah Naquib Mahfouz, seorang novelis dari Mesir. Aspek-aspek yang ditinjau dan dibandingkan ialah pemikiran kedua-dua orang pengarang dalam soal golongan tertindas, konflik diri, maruah diri dan pegangan agama.
Still Image
Filem Melayu
Melayu dan sejarah
Pemikiran Said Nursi Terhadap Sinema, Masa
Content:
Pemikiran Said Nursi Terhadap Sinema, Masa
Text
sastera Melayu
Pemikiran S. Othman Kelantan dalam novel Juara
Abstrak
Kajian tentang novel ini adalah bertujuan untuk melihat pemikiran dan struktur karya yang dikemukakan oleh pengarang. Pengkaji cuba meneliti teks kajian dengan lebih terperinci untuk mendapatkan hasil kajian yang baik seperti mana yang diingini.
Dalam bab pertama, pengkaji menyentuh tentang pendahuluan dan di dalam bab ini juga dibincangkan tentang pengenalan, permasalahan kajian, tujuan kajian, kaedah kajian dan batasan kajian.
Dalam bab dua pula, pengkaji menceritakan tentang latar belakang pengarang iaitu S.Othman Kelantan. Di samping itu, turut dibincangkan tentang karya-karya yang telah dihasilkan oleh beliau selama menceburkan diri dalam dunia penulis serta anugerah dan sumbangannya dalam bidang penulisan.
Dalam bab tiga, pengkaji membincangkan tentang aspek-aspek yang membina karya. Ia termasuklah dari aspek plot, watak,tema,teknik penceritaan, dan sudut penceritaan yang digunakan oleh S.Othman Kelantan untuk menghasilkan novel Juara ini.
Dalam bab seterusnya, pengkaji telah membincangkan tentang konsep dan definisi pemikiran. Dalam bab ini juga pengkaji telah membuat analisis terhadap karya iaitu dengan menjelaskan tentang pemikiran-pemikiran yang dikemukakan oleh pengarang dalam novel ini.
Manakala dalam bab terakhir, pengkaji merumuskan tentang dapatan kajian yang diperolehi. Pengkaji turut mengemukakan ulasan terhadap novel S.Othman Kelantan ini.
Text
Pemikiran Pramoedya Ananta Toer dalam novel-novel mutakhirnya
Kajian ini merupakan suatu penelitian terhadap pemikiran Pramoedya Ananta Toer seperti yang tersirat dalam tetralogy terbarunya - Bumi Manusia, Anak Semua Bangsa, Jejak Langkah, dan Rumah Kaca – yang dihasilkan selama pengasingannya di Pulau Buru, Indonesia. Pemikirannya ini menjadi menarik untuk ditliti kerana di dalamnya terpancar pandangan dan tafsiran yang lebih baru dan canggih dari pengarang terhadap soal-soal sejarah, budaya, humanism, nasionalisme, dan kolonialisme di Indonesia. Huraian tentang semuanya ini dikemukakan dalam tujuh bab yang terdiri dari empat bahagian.
Text
Pemikiran politik Syeikh Daud al-Fatani Nahj al-Raghibin wa Subul Muttaqin/ Muhammad Mustaqim Mohd Zarif, Faizal Hilmie
Text
Pemikiran politik Melayu tradisi : satu kajian berdasarkan cerita penglipur lara Melayu
Abstrak
Tesis ini adalah satu usaha penelitian ke atas pemikiran politik masyarakat Melayu tradisi sebagaimana digambarkan dalam cerita rakyat penglipurlara Melayu. Sebagaimana telah dikemukan dalam Bab 1, penelitian ini merupakan satu penerokaan pemikiran primordial masyarakat Melayu tradisi yang telah terbina beratus-ratus tahun dalam tradisi lisannva vang terus berkesinambungan dengan pemikiran politik Melayu tradisi sebagaimana terpapar dalam teks kesusasteraan bertulis. Terdapat beberapa aspek penting pemikiran politik yang menjadi penelitian pengkaji. Diantaranya melihat bagaimana ligitimasi raja diserapkan ke dalam akal budi rakvat Melayu tradisi melalui pengaruh sistem kepercayaan. Sistem kepercayaan ini kemudiannya menjadi teras pembinaan kerangka pemikiran politik mereka (Bab 2). Ligitimasi ini kemudiannya diperkukuhkan melalui paparan segala unsur simbol meliputi penggunaan tanda atau sign dan ikon yang menggambarkan kebesaran raja-raja Melayu dalam teks penglipur lara yang dikaji (Bab 3). Di samping itu ligitimasi ini dapat dilihat melalui penggunaan bahasa (perkataan, frasa dan lain-lain) yang digunakan oleh para raja, pembesar dan rakyat yang dapat menjadi alat kuasa yang memaparkan kekuasaan para raja dan pembesar (Bab 4). Penanaman konsepsi ligitimasi raja-raja Melayu ke atas rakyatnya terbukti melalui persetiaan raja-rakyat yang mengemukakan tanggungjawab raja dan rakyat. Tanggungjawab rakyat terjelma melalui konsep ketaatsetiaan mutlak rakyat. Bagaimana pun ketaatsetiaan ini bergantung kepada keadilan raja dan survival rakvat (Bab 5). Tanggungjawab raja kepada rakyat pula terpahat pada ikrar raja untuk menjadi scorang raja yang adil (Bab 6). Keadilan politik ini menjadi penentu kepada kemakmuran dan kejayaan negeri-negeri Melayu tradisi dalam memastikan kelangsungan hayat ke-raja-annya. Dari itu keseluruhan bab saling berkaitan dan saling melengkapi antara satu dengan lain. Dengan kata lain setiap aspek yang dibincangkan itu merupakan unsur-unsur vang akan berpadu membentuk sebuah pemikiran politik Melayu tradisi secara menveluruh.
Pemikiran orang melayu tentang ajaran...
" Kepesatan perkembangan ajaran martabat tujug di kalangan orang melayu dan kesannya yang negatif terhadap kesucian aqidah Islam..."
Pemikiran orang melayu tentang ajaran...
" Kepesatan perkembangan ajaran martabat tujug di kalangan orang melayu dan kesannya yang negatif terhadap kesucian aqidah Islam..."
Text
Sosio budaya Melayu
Pemikiran Nur al-Din al-Raniri dalam hukum zakat: Analisis kitab al-Sirat al-Mustaqim
Kajian ini membahas pemikiran Nur al-Din al-Raniri tentang zakat, dengan penekanan pada adaptasi nilai dan ukuran tempatan dalam perbahasan zakat di Alam Melayu.
Showing 7351 to 7400 of 19606 results
Page
of 393
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->