Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (19606 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
Teknik memalsukan gambar
Text
Pengaruh sekat agama didikan seks
Text
Program basmi kemiskinan raih kejayaan
Text
Tiga strategi banteras lepak
Text
Makanan/Masakan Melayu
Mahasiswa buang rasa malu, penat tampung pengajian di universiti
Segelintir mahasiswa institusi pengajian tinggi membuang rasa malu dan penat dengan melakukan pelbagai kerja sampingan bagi menampung kos pembelajaran dan sara hidup di kampus.
Adibah Azman membuat kek untuk dijual bagi mencari pendapatan buat menampung pengajiannya di universiti.
Text
Pembangunan kebudayaan di Sabah : Kajian ke atas peranan Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Sabah”
Abstrak
Penubuhan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan pada 27 Mac 2004 telah memberi satu dimensi baru dalam pembangunan kebudayaan di negara ini. Kementerian ini telah menggariskan satu hala tuju yang jelas iaitu ‘menyemarakkan’ semula semangat cintakan seni budaya di kalangan masyarakat dengan berlandaskan kepada Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
Pembangunan kebudayaan ini dilakukan bersama bahagian-bahagian, agensi dan jabatan-jabatan dibawahnya. Salah satu daripadanya ialah Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Sabah. Pembangunan Kebudayaan di negeri Sabah boleh dilihat melalui peranan Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Sabah yang menganjurkan aktiviti-aktiviti yang dinamakan ‘aktiviti Semarak Seni Budaya’, melalui program pembangunan Bahasa dan Persuratan, Seni Persembahan, Kemahiran seni, penyelidikan dan pendokumentasian serta Nilai dan Norma Setempat.
Text
Report
Laporan latihan amali: Institut Terjemahan Negara Malaysia
Laporan Latihan Amali (JEEA 3370), Jabatan Kesusasteraan Melayu, Akademi Pengajian Melayu, UM, Sem 1, 2007/2008
Text
Kata panggilan kekeluargaan masyarakat penutur dialek negeri Sembilan: Satu kajian sosiolinguistik
Abstrak
Kata panggilan kekeluargaan merupakan satu elemen yang melambangkan budaya sesebuah masyarakat. Semakin banyak masyarakat yang dikaji, semakin banyak jenis panggilan yang ditemui. Kajian ini melihat kepada jenis panggilan kekeluargaan masyarakat penutur dialek Negeri Sembilan yang dilakukan berdasarkan dua tujuan, iaitu untuk melihat jenis panggilan kekeluarga tradisi masyarakat penutur dialek Negeri Sembilan serta sejauh manakah penggunaannya pada hari ini. Kawasan kajian yang dipilih ialah Seremban, Negeri Sembilan. Kajian kepustakaan serta kajian lapangan dipilih sebagai metodologi kajian bagi kajian ini. Kaedah menganalisis data pula dibahagi kepada dua bahagian. Data kualititatif dianalisis berdasarkan teori Ervin-Tripp sementara data kuantitatif dianalisis berdasarkan model pemilihan kod oleh Holmes ( 1992). Setiap jenis panggilan kekeluargaan yang ada akan dianalisis dengan terperinci untuk mengetahui mengapa jenis panggilan sebegini wujud dan digunakan dalam masyarakat yang dikaji.
Text
Sosio budaya Melayu
Dinamika nilai-nilai syariat dan nilai-nilai budaya : Satu kajian kes perkahwinan dalam masyarakat Melayu Kampung Muhibbah Raya, Tawau, Sabah
Abstrak
Perkahwinan merupakan sebuah ikatan yang suci dan murni bagi mengikat pasangan dan sebagai suatu perjanjian atau persefahaman yang kuat di antara kedua-dua pasangan tersebut. Selain itu, perkahwinan juga merupakan “satu kontrak” iaitu, apabila setiap pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan akan dikenakan syarat-syarat yang telah ditentukan sama ada daripada pihak berkuasa sivil mahupun oleh kepercayaan agama mereka.
Dalam Bab Satu, pengkaji membincangkan tentang pengenalan tentang budaya, adat istiadat, dan perkahwinan. Dalam bab ini juga, pengkaji membincangkan tentang objektif kajian, persoalan kajian, skop kajian, guna kajian, metodologi kajian, dan masalah kajian.
Dalam Bab Dua, pengkaji membincangkan perkahwinan menurut Islam. Dalam bab ini juga membincangkan hal - hal yang dibolehkan dan yang tidak boleh dijalankan oleh masyarakat Melayu yang umumnya beragama Islam serta unsur-unsur syariah dalam perkahwinan.
Dalam Bab Tiga pula, pengkaji membincangkan tentang perkahwinan yang dilakukan oleh masyarakat Melayu. Hal ini termasuklah peringkat-peringkat perkahwinan yang dijalankan secara penuh dengan adat-istiadat seperti merisik, melamar, pertunangan dan sebagainya. Selain itu juga membincangkan tentang unsur-unsur yang berkaitan dengan syariah.
Dalam Bab Empat pula, pengkaji menganalisis hasil kajian yang telah dilakukan di kampung tersebut. Hal ini termasuklah adat-adat yang biasa diamalkan oleh penduduk di kampung tersebut semasa meraikan sesebuah majlis perkahwinan.
Bagi bab Lima, pengkaji membincangkan tentang rumusan ataupun kesimpulan secara menyeluruh terhadap perbincangan dalam bab-bab sebelumnya. Dalam bab ini juga pengkaji memberi beberapa cadangan bagi pembaikan adat-adat yang bersesuaian dengan masyarakat Melayu khususnya adat yang tidak bertentangan dengan agama Islam.
Text
Novel-novel terpilih Azizi Hj Abdullah : kajian intertekstualiti
Abstrak
Kajian ini menganalisis tiga buah novel terpilih karya Azizi Hj. Abdullah dengan menggunakan Teori Intertekstualiti. Novel-novel tersebut ialah Seoang Tua di Kaki Bukit (1982), Memoir Seorang Guru (2007) dan Beruk (2010). Analisis tersebut akan menggunakan tiga prinsip yang terdapat Teori Intertekstualiti iaitu pertama, prinsip transformasi, kedua, prinsip modifikasi dan ketiga, prinsip ekspansi. Permasalahan kajian bertolak daripada Azizi Hj Abdullah sebagai seorang sasterawan yang berkecenderungan melakukan penyelidikan dan merujuk sumber-sumber asalnya untuk diangkat dalam karyanya yang baharu. Kebanyakkan hipoteknya ialah teks pengarang itu sendiri. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Azizi Hj. Abdullah menulis dengan merujuk hipoteks yang melalui pelbagai proses seperti kerja pemindahan atau penambahan episode tertentu bagi memperkukuh makna hipoteks. Selain itu terdapat juga proses-proses lain seperti penukaran, pengembangan, serapan, persamaan atau pembaikan daripada teks asal membolehkan teks asal berubah kepada bentuk baharu sama ada dari aspek kandungan ataupun sisi plot penceritaan. Disamping berfungsi sebagai sebuah rakaman atau pengalaman bagi generasi akan datang. Kreatifnya seorang pengarang itu mengadun kembali teks awal mereka dalam hiperteks membuktikan bahawa setiap karya sastera akan terus hidup, dapat dilanjutkan persoalan, diperdalam gelojak jiwa watak seterusnya meninggalkan impak bersar kepada khalayak pembaca melalui pemaknaan sama ada dalam bentuk yang konkrit mahupun yang signifikan.
Text
Pengalihan dan pengekalan Bahasa Melayu kreol Baba Melaka
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk melihat fenomena pengalihan dan pengekalan bahasa Melayu kreol Baba. Bahasa Melayu kreol Baba merupakan bahasa ibunda bagi komuniti minoriti Peranakan Baba Melaka. Asal keturunan Peranakan Baba Melaka adalah hasil daripada perkahwinan antara pedagang Cina dengan orang tempatan. Perkahwinan campur yang berlaku telah melahirkan satu bahasa yang terbentuk dengan percampuran dua bahasa, iaitu bahasa Melayu (superstratum) dan bahasa Cina (substratum). Kajian terhadap penguasaan bahasa komuniti dilakukan untuk melihat sama ada bahasa yang dikuasai digunakan sepenuhnya atau tidak. Penggunaan bahasa komuniti Peranakan Baba pula dikaji berdasarkan corak pemilihan bahasa yang dibuat berdasarkan domain. Sebanyak lapan domain digunakan dan domain tersebut telah dibahagikan kepada domain rendah dan domain tinggi. Penggunaan bahasa Melayu Kreol Baba dalam domain yang dikaji menunjukkan bahawa responden K3 adalah lapisan kumpulan yang paling rendah menggunakannya. Lapisan K2 masih cuba untuk mengekalkan penggunaan bahasa Melayu Kreol Baba dalam kebanyakan domain, manakala K1 kekal menggunakan bahasa Melayu kreol Baba dalam kebanyakan domain. Motivasi responden terhadap bahasa Melayu kreol Baba pula dianalisis bagi mengkaji sama ada motivasi dapat mempengaruhi usaha pengekalan BMKB. Kajian menunjukkan bahawa pengalihan bahasa yang berlaku dapat dipelihara kerana motivasi komuniti Peranakan Baba adalah positif. Namun begitu, jika tidak ada usaha pengekalan bahasa yang dilakukan. Bahasa Melayu Kreol Baba kemungkinan akan mengalami kepupusan bahasa pada suatu masa nanti.
Text
Penduduk setinggan mewah
Text
Gamat penyembuh luka paling mujarab
Text
Penyakit berkaitan wanita berdasarkan kitab Tib Melayu
Abstrak
Setiap masyarakat mempunyai sistem perubatan tersendiri. Sistem perubatan mengandungi satu set idea dan amalan yang berkaitan dengan keuzuran. Set idea dan amalan perubatan merangkumi etiologi keuzuran, kaedah pengubatan, penyembuhan dan penawar penyakit. Perubatan tradisional telah wujud berabad lamanya masih releven dalam masyarakat Melayu dan diterima penggunaannya dalam mengubati sesuatu penyakit. Sistem perubatan tradisional Melayu merupakan tradisi warisan yang memainkan fungsi penting dalam masyarakat. Dalam kajian ini, aspek yang dihuraikan adalah merangkumi penyakit berkaitan wanita, kaedah dan teknik pengubatan yang digunakan dalam mengubati penyakit. Perubatan tradisional Melayu bersifat holistik melibatkan aspek spiritual, psikologis, fizikal/fisiologi dan moral. Bidang perubatan Melayu meliputi urut, herba, bekam, postnatal dan kerohanian (jampi dan mantera). Kajian penyakit berkaitan wanita menumpukan kepada aspek penggunaan herba dan akar kayu dalam mengubati penyakit-penyakit fizikal. Pengamal perubatan tradisional seperti bomoh, bidan dan dukun merupakan pakar dalam memainkan peranan utama dalam menyembuhkan sesuatu penyakit. Dalam kajian ini, terdapat 10 penyakit yang diperincikan kaedah pengubatan dan penawarnya. Kajian ini juga merangkumi etiologi keuzuran dimana membahagikan penyakit kepada keadaan naturalistic dan personalistik. Dalam kajian penyakit berkaitan wanita, pengkaji memberikan tumpuan kepada penyakit yang disebabkan oleh naturalistik. Namun tidak dapat dinafikan, terdapat penyakit yang disebabkan oleh unsur personalistik dalam masyarakat Melayu tradisional
Still Image
Melayu
Sosio budaya Melayu
Koleksi Puisi 3 Jun 2018
Content:
Syair gamitan puncak Ramadhan
Penjual mochi
Palsu itu benar
menghampir rumah abadi
kerusi
Text
The prospects of pepper production in South Sumatra province
Text
Report
Laporan latihan amali: Syarikat Dian Darulnaim, Kota Bharu, Kelantan
Laporan Latihan Amali (JEEA 3370), Jabatan Kesusasteraan Melayu, Akademi Pengajian Melayu, UM, Sem 1, 2006/2007
Text
Penguasaan kosa kata asas bahasa Melayu di dalam kalangan murid Tahun Satu di Sekolah Siam Ban Khorlogaway, Narathiwat : kajian kes
Abstrak
Kajian ini bertujuan mengkaji penguasaan kosa kata asas bahasa Melayu khususnya asas bacaan dalam kalangan murid Tahun I di Sekolah Siam Ban Khorlogaway, daerah Sri Sakorn, wilayah Narathiwat, Selatan Thailand. Antara objektif kajian ialah untuk menganalisis kosa kata asas bahasa Melayu murid Tahun 1 mengetahui level kemahiran membaca murid-murid Tahun 1, memahami ana vang dibaca oleh murid-murid tahun 1 dan mengenalpasti faktor-faktor yang berkaitan dengan masalah penguasaan kosa kata asas murid-murid pada peringkat Tahun 1. Kajian ini merupakan kajian awal di Sekolah Siam khususnya murid-murid Tahun 1 untuk melihat kebolehan dan tahap penguasaan bacaan asas bahasa Melayu dengan menggunakan Modl Asas Membaca Tahun I (Edisi l) sebagai pengukur. Subjek kajian sebanyak 30 orang murid Tahun l berumur dalam lingkungan 7 tahun, mereka berketurunan Melayu dan bertutur menggunakan bahasa ibunda mereka iaitu bahasa Melayu dialek Pattani, namun mereka kurang berkomunikasi dalam bahasa Melayu mereka selalu berkomunikasi dalam bahasa Thai dalam kehidupan seharian mereka. Subjek kajian tidak pernah belajar bahasa Melayu sebelum ini yakni mereka tidak ada asas bahasa Melayu langsung. Kajian dijalankan secara berlatih tubi bacaan dengan secara individu, berkumpulan, dan beramai-ramai. Kajian ini diuji sebanyak dua kalai iaitu ujian pra dan ujian pasca. Sebelum diuji untuk kali yang kedua (uji semula atau ujian pasca selepas proses P&P) subjek kajian diajar sebanyak dua kali bagi setiap kemahiran, barulah subjek kajian diuji. Penyelidik menggunakan kaedah pemerhatian terkawal, tinjauan, dan kaedah temubual subjek kajian, guru bahasa Melayu dan juga ibu bapa subjek kajian. Data yang diperoleh melalui rekod pencapaian murid dianalisis dan dirumuskan. Keputusan kajian ke atas subjek kajian menunjukkan bahawa sebahagian besar subjek kajian dapat menguasai kosa kata asas bahasa Melayu dengan amat baik dan memuaskan pada peringkat huruf dengan memuaskan, tetapi apabila sampai ke tahap bahagian suku kata, bahagian kosa kata, bahagian frasa dan seterusnya ayat mudah didapati sebahagian besar subjek kajian yang masih tidak dapat menguasai dengan baik. Namun demikian kajian ini membuktikan bahawa kajian ini berjaya kerana didapati 3 orang (bersamaan 10 peratus) subjek kajian yang boleh menguasai Modul Asas Membaca Tahun 1 Edisi 1) dengan baik dan memuaskan mereka mendapat markah penuh iaitu 100 peratus pada peringkat ujian selepas proses P&P, yakni mereka dapat membaca dengan lancar dan dapat memahami apa yang dibaca dengan balk. Faktor-faktor yang menghalang penguasaan subjek kajian antaranya masa yang singkat, tahap persekitaran yang kurang menarik untuk mempelajari bahasa, pengaruh bahasa Thai dan bahasa ibunda. dan sikap motivasi yang rendah terhadap banasa melayu. Hal ini demikian merupakan masalah vang besar dan masalah ini Perid aitangan1 oleh semua pihak yang ada kaitan dengan subjek kajian. Diharapkan semua Pinak yang terlibat dalam permasalahan ini memainkan peranan bagi menyelesaIkan masalah tidak boleh membaca dalam kalangan murid.
Text
Sosio budaya Melayu
Analisis penggunaan simbol dalam ungkapan tradisional Melayu Riau
Abstrak
Kajian ini merupakan satu kajian semiotik dalam ungkapan tradisional Melayu Riau yang dipetik daripada koleksi Ungkapan Tradisional Melayu Riau selenggaraan Tenas Effendy (1989). Kajian ini dijalankan dengan objektif mengenal pasti jenis simbol dan mencerakinkan aspek pemikiran, kefalsafahan, kebudayaan dan kepengaruhan agama yang terkandung dalam simbol yang digunakan. Dalam kajian ini, penggolongan simbol berdasarkan jenis-jenis simbol dilakukan sebelum data kajian dianalisis menggunakan Model Semiotik Segi Tiga Orden dan Richards (1923) sebagai garis panduan. Penggunaan simbol dianalisis secara kualitatif dengan melihat hubungan antara simbol dan referen, dari segi persamaan atau perbezaan ciri-ciri, sifat atau fungsi. Hasil dapatan kajian membuktikan simbol yang digunakan dalam ungkapan tradisional Melayu Riau berhubungkait dengan referen. Pemilihan simbol yang tepat dalam ungkapan tradisional Melayu Riau mencerminkan sifat intelektual dalam pemikiran masyarakat Melayu Riau yang berjaya mengilhamkan simbol-simbol dalam sistem kehidupan masyarakat ke dalam ungkapan-ungkapannya. Kajian ini diharapkan dapat meningkatkan minat masyarakat Melayu terhadap ungkapan-ungkapan tradisional yang semakin luput dimamah zaman.
"Apa Akan Jadi Kepada Masyarakat?' Kes Rogol Bergilir Dalam Kelas Cetus Persoalan Tentang Keselamatan Pelajar
Kenyataan tegas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Text
RM1 juta baucar buku untuk rakyat
Bauca boleh ditebus bermula 22 April sehingga 31 Disember 2025
Text
BPT
padi
...1 more
Setuju cadangan tanam padi huma
Pakar-pakar sekuriti makanan menyokong cadangan menyokong penduduk menanam padi sebagai cara untuk meningkatkan bekalan BPT.
Text
AMANAH
Politik Malaysia
Amanah bukan lagi imej parti baharu
Text
Anwar Ibrahim
Politik Malaysia
69 peratus puas hati prestasi Anwar
berteraskan islam
industri kreatif
...6 more
Angkat nilai al-Quran dalam karya digital
Text
PH-BN
Politik Malaysia
...1 more
Pola undi hampir sama dengan PRU15
Text
Politik Malaysia
PRK
Mesyuarat khas PRK DUN Pelangai Khamis ini
Text
Politik Malaysia
Sukarkan proses demokrasi di Parlimen
Text
Politik Malaysia
Usul pembangkang bahas kes Ahmad Zahid ditolak
Text
Anwar Ibrahim
Politik Malaysia
...1 more
Sudah banyak kes DNAA sebelum Zahid
Anwar sekali tegaskan beliau tidak campur tangan kes DNAA Zahid
Text
pejuang
PN
...2 more
Muhyiddin, Tun M turun Pelangai minggu depan
Text
Politik Malaysia
SPR
'Kita kempen ikut peraturan SPR'
Text
BN
Politik Malaysia
'Tak undi BN, jangan suruh anak baik hanya seloroh'
Text
BN
PH
...1 more
Jika BN kalah di Pelangai PH kena bertanggungjawab
Text
PH
Politik Malaysia
Undi anak muda, warga Felda jadi kebimbangan PH
Text
BN
Politik Malaysia
Pengundi luar: BN ada cara
Text
Islam
pas
...1 more
'Pas jasad perjuangan Islam'
Text
pas
Politik Malaysia
Sanusi dominasi undi tertinggi
Menang pemilihan AJK Pas Pusat dengan memperolehi 1,098 undi
Text
Anwar Ibrahim
Anwar mahu berdebat lagi
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalu-alukan penganjuran debat sebagaimana Debat Perdana sempena kempen Pilihan Raya Umum (PRU).
Text
parlimen
Perdana menteri
...1 more
Syor Malaysia ikut Itali
Text
Geoekonomi
PH 2.0 lonjak Malaysia jadi pangkalan perniagaan global.
Lembaga pembangunan pelaburan Malaysia (MIDA) dalam kenyataanya berkata, peranan utama bagi syarikat hab prinsipal termasuk melaksankan pengurusan risiko, membuat keputusan, aktiviti perniagaan strategik, perdagangan, kewangan, pengurusan dan sumber manusia.
Text
Geoekonomi
Pengagihan dividen dua peratus LTAT berpatutan.
Jumlah berkenaan juga berpadanan dengan situasi lembaga berkenaan yang pada masa ini menjalani beberapa penstrukturan kewangan di tambah dengan rosat nilai yang harus dilakukan.
Text
Muswaddah: koleksi tambahan cerita-cerita Nabi Muhammad (S.A.W.)
Text
Malay characters in Affifudin Omar's selected novels from the perspective of colonial mimicry
Abstrak
Menurut Homi K. Bhabha di dalam bukunya, The Location of Culture (1994), di dalam sejarah, kolonialisme boleh mengambil penguasaan daripada elemen-elemen sandiwara dimana mimicry atau peniruan terhadap Barat/penjajah oleh Timur/yang dijajah ialah sebahagian kaedah penyebaran kuasa dan ilmu kolonial. Oleh itu, mimicry ialah keinginan untuk menguasai sebuah Other atau bukan Barat yang lebih baik dan dikenali, sebagai hampir sama, tetapi tidak sebegitu sama, dan ia merupakan sebuah strategi penambahbaikan, penambahaturan dan pendisiplinan yang kompleks untuk menyesuaikan Other atau bukan Barat selaras dengan keinginan penguasaannya. Kajian ini akan menggunakan kerangka konseptual mimicry oleh Homi K. Bhabha dalam menerangkan elemen mimicry dalam perwatakan watak-watak Melayu Muslim dalam lima buah novel Affifudin Omar, iaitu Paradoks (2011), Meniti Rindu (2013), Tun Tuah (2016), Sesat 2012) dan Seludup (2012), dan menganalisa penentangan mereka terhadap wacana kolonial. Kerangka konseptual dibahagikan kepada tiga peringkat untuk menganalisisi novel-novel tersebut, iaitu; a) mempersoalkan konsep penjajahan b) metonimi kewujudan c) perpecahan wacana kolonialis. Kaedah analisis tekstual telah dikendalikan untuk mengkaji sama ada watak-watak Melayu Muslim tersebut mempunyai elemen-elemen mimicry dan menggunakannya untuk menentang wacana kolonial. Kajian ini mendapati bahawa mimicry kolonial di dalam watak-watak Melayu Muslim tersebut membawa kepada kejayaan spiritual mereka dan berfungsi sebagai alat penentang wacana kolonial dan pembebasan daripada kuasa kolonial, memperkembangkan kajian dalam mimicry dan sastera Melayu sebagai sebuah penentangan terhadap wacana kolonial.
Kata kunci : pascakolonial, mimicry, watak Melayu, novel, kajian watak.
Text
Sosio budaya Melayu
Malayan Muslims as a reflection of Malayness in Anthony Burgess's 'Time for a Tiger'
This study are met by undertaking a close reading of the text as a methodology to explore how the Malay characters understand and practise Islam, and to discover whether they
conform to the Islamic beliefs as understood by non-Muslims; here, to Burgess’ understandings of Malayan Islam.
Ketagihan
Pornografi
...1 more
Larangan atau hukuman bukan penyelesai ketagihan pornografi
Dalam dunia digital yang semakin terbuka, ancaman ketagihan pornografi dalam kalangan remaja bukan lagi isu pinggiran, sebaliknya menjadi fenomena membimbangkan.
Text
Bahasa Melayu
Kajian leksikal subdialek Pulau Aur di Daerah Mersing
Abstrak
Kajian ini adalah mengenai leksikal subdialek Pulau Aur yang dilihat berdasarkan aspek fonologi. Bagai mendapatkan data primer subdialek Pulau Aur maka kaji ini dilakukan dengan menggunakan kaedah lapangan. Di samping itu, kaedah kepustakaan juga digunakan untuk mendapatkan data sekunder bagi memperkukuhkan lagi data primer. Objektif utama adalah melihat perkaitan antara subdialek Pulau Aur dengan bahasa Melayu. Berdasarkan data yang terkumpul, didapati subdialek Pulau Aur mempunyai sistem vokal dan konsonan yang hampir sama dengan BM Standard. Namun perbezaan ini tidaklah begitu ketara. Subdialek Pulau Aur mempunyai sistem vokal dan 20 konsonan asli. Secara keseluruhannya, kajian terhadap subdialek Pulau Aur menunjukkan terdapat beberapa proses perubahan bunyi jika dibandingkan dengan BM Standard.
Walau bagaimanapun, analisis data memperlihatkan hubungan dengan bahasa Melayu, namun terdapat juga unsur leksikal dalam subdialek Pulau Aur yang menyamai dengan bahasa-bahasa Austronesia yang lain, misalnya seperti bahasa Iban. Sungguhpun demikian, penelitian melalui kaedah leksikostatistik menunjukkan bahawa subdialek Pulau Aur merupakan dialek daripada bahasa Melayu.
Text
Psikologi keperluan remaja dalam novel-novel remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU)
Abstrak
Kajian ini menganalisis enam buah novel remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU), karya enam orang pengarang dengan menggunakan Pendekatan Hierarki Keperluan Remaja yang telah diubah suai dari Teori Hierarki keperluan Manusia. Novel-novel tersebut ialah Azfa Hanani (1995), Trilogi Cinta (2002) Merenang Gelora (2002), Merdekakan Cinta Ratna (2003), Beraraklah Awan Pilu (2006) dan Jendela Menghadap Jalan (2009). Analisis tersebut menggunakan lima peringkat utama yang terdapat dalam Pendekatan Hierarki Keperluan Remaja, iaitu pertama, keperluan fisiologi, kedua, keperluan keselamatan, ketiga, keperluan kasih sayang dan cinta, keempat, keperluan penghargaan kendiri dan akhir sekali kelima, keperluan penyempurnaan kendiri. Permasalahan kajian ynag bertolak daripada tempoh dan usia remaja akan wujud pelbagai keperluan, keinginan dan kehendak yang diperlukan oleh golongan ini bagi memenuhi impian, matlamat, visi dan misi yang dicita-citakan oleh mereka.
Text
sastera Melayu
Eksplorasi keperluan remaja dalam novel 'Merdekakan Cinta Ratna'
Kajian ini adalah untuk melihat keperluan remaja yang
terdapat dalam novel remaja karya Sri Rahayu Mohd Yusop bertajuk Merdekakan Cinta Ratna terbitan Utusan Publication Sdn. Bhd. Novel ini akan dianalisis menggunakan Teori Hierarki Keperluan Manusia yang telah diperkenalkan oleh Abraham H. Maslow dengan melihat setiap peringkat yang dikemukakan oleh beliau.
Text
Filem
Malaysia
Filem Malaysia: Antara 'yang tahu' dan 'yang pandai'
"Para akademis sudah menganggap bahawa pertumbuhan filem Melayu Malaysia bukan sahaja menjadi tanggungjawab orang filem (pengarah, penerbit), tetapi setiap orang yang mempunyai kebolehan dan rasa cintakan negaranya sendiri."
Showing 8751 to 8800 of 19606 results
Page
of 393
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->