Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (19328 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
hubungan India-Asia Tenggara
pengaruh budaya
...2 more
Ancient Contacts between India and South East Asia
mengkaji hubungan sejarah dan budaya antara India dan Asia Tenggara sejak zaman purba.
Text
kebenaran sejarah
kritikan sejarah
...1 more
Historical Cocktali: Some Views on History and Historians
merupakan koleksi esei dan pandangan sinis beliau tentang cara sejarah ditulis dan peranan ahli sejarah.
Text
Arkeologi
artifak sejarah
...2 more
Johor Lama: An Introduction To Archeology
memperkenalkan kajian arkeologi di tapak Johor Lama, sebuah pusat perdagangan dan pelabuhan penting pada zaman Kesultanan Johor.
Text
kepentingan sejarah
penggunaan sejarah
...1 more
What is The Use of History?
Meneroka kepentingan dan kaitan mempelajari sejarah dalam memahami masyarakat manusia, pemerintahan, dan pembuatan keputusan.
Text
Ambur-ambur
pemalsuan duit syiling
...1 more
'Ambur-ambur' and a Forgery of a Gold Coin
membincangkan satu kes pemalsuan duit syiling emas yang dikenali sebagai "ambur-ambur" dalam konteks sejarah ekonomi dan jenayah di Tanah Melayu.
Text
kenangan lama
nostalgia
...2 more
Some Recollections of Kuala Lumpur Fifty Years Ago
merupakan himpunan kenangan peribadi penulis tentang kehidupan di Kuala Lumpur sekitar separuh abad yang lalu.
Text
Arkeologi
sejarah purba
...2 more
Malaya's Ancient Past
membincangkan sejarah awal Tanah Melayu berdasarkan bukti arkeologi, sumber asing, dan catatan sejarah tempatan.
Text
asal usul nama
sejarah linguistik
...1 more
The Lure of Malayan Place Names
mengkaji asal-usul dan makna di sebalik nama-nama tempat di Tanah Melayu.
Text
hubungan keluarga
kehidupan keluarga
...2 more
Family Life
membincangkan aspek-aspek kehidupan keluarga dari segi sosial, budaya, dan psikologi.
Text
dokumen hilang
pengurusan dokumen
...2 more
Where are The Missing Documents?
membincangkan misteri kehilangan dokumen-dokumen penting dalam konteks sejarah dan pentadbiran.
Text
Kampung Melayu
Sejarah penempatan
...1 more
A Note on The Origins of A Malay Kampong on The Pahang River
membincangkan sejarah dan asal-usul sebuah kampung Melayu yang terletak di sepanjang Sungai Pahang.
Text
catatan buku
kritik sastera
...2 more
Book Notes, Including A Review of 'Jungle Green'
mengandungi ulasan dan catatan mengenai pelbagai karya, termasuk kajian mendalam tentang buku Jungle Green.
Text
budaya dan adat resam
masyarakat Bumiputera
...3 more
Keadaan Masyarakat Bumiputera Sarawak Pada Abad Kelapan Belas dan Awal Abad Kesembilan Belas: Satu Tinjaun Sejarah
mengkaji situasi sosial, ekonomi, dan budaya masyarakat bumiputera Sarawak pada akhir abad ke-18 dan awal abad ke-19.
Text
Datuk Sri Amar Diraja
kedaulatan negeri
...2 more
Datuk Sri Amar Diraja: Penghalang Cita-cita Inggeris Menakluk Negeri Johor
mengisahkan peranan penting tokoh Datuk Sri Amar Diraja dalam mempertahankan kedaulatan Johor daripada pengaruh dan penjajahan British pada abad ke-19.
Text
Penghayatan pemikiran logik dalam amalan pentadbiran Islam di zaman pemerintahan Umar Abd Al- Aziz : tinjauan dari sudut relevansinya dalam konteks pemerkasaan modal insan di Malaysia
Penganugerahan akal kepada manusia oleh Allah SWT adalah untuk membolehkan mereka berfikir dengan cara betul dan bertindak dengan cara yang bijaksana bagi melaksanakan tugasnya sebagai khalifah Allah SWT di bumi ini...
Text
Malysia Timur
mata wang
...2 more
Currency in East Malaysia
mengkaji sejarah dan perkembangan mata wang di Malaysia Timur, iaitu Sabah dan Sarawak.
Text
Jeram Ampai
Kubu Pertahanan
...2 more
Jatuhnya Kubu Jeram Ampai Pada 1894: Satu Peristiwa Penting dalam Sejarah Pahang
membincangkan detik penting dalam sejarah Pahang apabila kubu strategik Jeram Ampai ditawan oleh pasukan British.
Text
Abad ke-19
Hubungan Siam-British
...3 more
Kelantan Menjelang Awal Kurun Kesembilan Belas: Satu Tinjauan Ringkas
gambaran umum tentang keadaan politik, ekonomi, dan sosial negeri Kelantan pada permulaan abad ke-19.
Text
Ekonomi tempatan
masyarakat Tradisisonal
...2 more
Selangor: Brief Description of its Country and People Before The Middle of The Nineteenth Century Selangor
gambaran ringkas tentang keadaan geografi, kehidupan masyarakat, dan struktur sosial negeri Selangor sebelum pertengahan abad ke-19.
Text
Bijik Timah
Ekonomi dan perdagangan
...2 more
Descriptive Accounts of Nineteenth Century Selangor
gambaran terperinci mengenai negeri Selangor sepanjang abad ke-19, berdasarkan pelbagai sumber sejarah seperti laporan pentadbiran, catatan pengembara, dan rekod tempatan.
Text
Kesultanan Melaka
pengaruh politik
...1 more
Selangor Di Bawah Takluk Melaka
sejarah awal negeri Selangor ketika berada di bawah pengaruh dan kekuasaan Kesultanan Melaka.
Text
Kelang
Kesultanan Melaka
...2 more
Tun Perak Jadi Penghulu Di Kelang
seorang tokoh penting dalam sejarah Kesultanan Melaka, yang pernah dilantik sebagai penghulu di Kelang sebelum menjadi Bendahara Melaka.
Text
kesultanan melayu
sejarah selangor
...1 more
Sultan Abdul Samad
mengisahkan kehidupan dan pemerintahan Sultan Abdul Samad, Sultan Selangor yang memerintah dari tahun 1857 hingga 1898.
Text
British di Tanah Melayu
komuniti cina
...1 more
The Chinese Protectorate of Selangor 1896-1906
mengkaji peranan dan fungsi Pejabat Pelindung Orang Cina di Selangor dalam tempoh sepuluh tahun yang penting bagi komuniti Cina.
Text
Perkembangan dan bentuk Syair ikan terubuk pada masyarakat Melayu Bengkalis
Abstrak
SIT terdapat mitos dan legenda yang mengambil peranan penting dalam sebuah karya sastera Melayu Bengkalis. Pada perkembangannya unsur-unsur mitos dan legenda mempunyai pengaruh yang sangat besar dan mendominasi pada masyarakat Melayu Bengkalis. Adapun mitos merupakan kepercayaan yang tidak bisa dipisahkan dalam kehidupannya sehingga menimbulkan satu keyakinan terhadap sesuatu hal yang tidak bisa diterima oleh akal sehat namun diyakini ada. Sedangkan legenda merupakan cerita-cerita rakyat masa lalu yang terkadang menjadi cermin kehidupan masyarakat Melayu Bengkalis dan diperlukan pengkajian yang dalam apakah sebuah cerita tersebut memang ada atau hanya sekadar fiksi sahaja. Seperti mnitos, keberadaan ikan terubuk dan Puteri Puyu Mas yang menguasai alam ghaib serta mitos-mitos sebuah daerah yang bersangkut paut dengan ikan terubuk.
Text
Pandangan dunia ekonomi Melayu : kajian kes perniagaan makanan di USJ (Utara Subang Jaya)
Abstrak
Aktiviti ekonomi orang Melayu kini telah menelusuri satu perubahan yang positif lagi membanggakan di mana orang-orang Melayu telah pun mula memenuhi sektor ekonomi moden seperti perniagaan. Justeru pandangan dunia Melayu juga turut berubah seimbang dengan pemodenan dan pembangunan masyarakat lebih-lebih lagi di kawasan perbandaran. Konsep rezeki, berkat dan riba yang bersifat Quranik merupakan titik-tolak utama yang menjadi paksi dalam perniagaan. Konsep malu dilihat sebagai satu tembok penghalang kepada peniaga-peniaga Melayu daripada terjebak dengan pertbuatan yang mengaibkan atau menjatuhkan maruah diri seperti niaga dengan syarikat kewangan yang tidak diawasi oleh pihak kerajaan atau pihak yang bertanggung jawab. Sistem perbankan secara Islam, peranan rakan kongsi dan penaung adalah di antara penggerak kegiatan perniagaan orang Melayu di kawasan kajian. Peniaga-peniaga Melayu yang berpendidikan sekular dan agama telah menjadikan konsep-konsep tersebut sebagai pedoman dalam menjalani aktiviti perniagaan. Perbincangan tetang ekonomi Melayu dan pandangan dunianya, tidak terlepas daripada tunjang agamanya iaitu Islam. Seiring dengan matlamat lslam yang sejahtera sebagai satu ad-Din Kajian yang dilakukan di kawasan perbandaran ini menjelaskan bahawa pandangan dunia Melayu juga mengalami satu gelombang baru yang mensasarkan perniagaan makanan sebagai aktiviti ekonomi yang terancang dalam pengurusannya. Hasil dapatan kajian menujukkan anjakan paradigma yang berlaku di kalangan peniaga-peniaga Melayu menjadi satu petanda baik bahawa sektor perniagaan Melayu boleh berkembang tanpa kekangan lingkungarn adat dan budayanya.
Text
Konsep alam pantun Melayu : analisis intertekstualiti
Abstrak
Kajian disertasi ini telah mengambil sebanyak seratus lima puluh rangkap pantun Melayu yang bertemakan agama sebagai bahan kajian daripada buku Kumpulan Pantun Melayu, oleh Zainal Abidin Bakar (perny), terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1984. Pantun yang mempunyai keistimewaan tersendiri itu merupakan cerminan pemikiran dan corak kehidupan masyarakat Melayu tradisional. Keupayaan pantun berperanan sebagai alat pengucapan agama dan akhlak merupakan sesuatu yang istimewa, kerana berperanan sebagai alat komunikasi masyarakat nusantara dalam pelbagai acara atau kegiatan mereka. Ajaran Islam dapat disampaikan secara halus melalui maksud pantun yang dicipta. Kajian jenis pantun yang bertemakan agama yang dikaji ini mempunyai hubungan dengan al Quran. Di sini ingin dijelaskan bahawa al-Quran merupakan sumber utama kepada pengarang dalam menghasilkan pantun yang bertemakan agama dan akhlak itu. Dengan menggunakan teori intertekstualiti yang diperkenalkan oleh Julia Kristeva, pengkaji cuba memperlihatkan pengaruh al-Quran dalam pantun Melayu. Penjelasan ini akan memperlihatkan wujudnya proses-proses transformasi, modifikasi, haplologi dan parallel, iaitu antara prinsip-prinsip intertekstualiti yang sesuai digunakan dalam pengaplikasiannya ke atas pantun yang dikaji. Akhirnya nanti, dengan menggunakan teori intertekstualiti, penemuannya ialah, " dalam sebuah teks terdapat beberapa buah teks".
Text
Peran Mak Yong : pelakon dan watak
Abstrak
Di dalam teater tradisional melayu, elemen humor' terdapat pada watak pembantu (Pengasuh) yang menunaikan tugas kerajaan, urusan peribadi. dan mempastikan kejayaan tokoh utama (raja) diakhir cerita. Di dalam struktur persembahan Mak Yong kategori ini dinamakan 'Peran'. Pelakun Peran Mak Yong di luar persembahan memiliki kemahiran tertentu. kemahiran ini diaplikasikan ke dalam persembahan dengan kreativiti yang tersendiri. Walau bagaimanapun keperluan pelakun di antara persembahan Mak Yong biasa dan persembahan Main Puteri Mak Yong adalah berbeza, kerana faktor fungsi ritual dan hiburan. Peran Mak Yong, adalah Ahli Lawak yang penting di dalam persembahan. Sifat humornya meliputi elemen persembahan seperti lakonan, busana, solekan, prop memiiki gaya yang dikenali sebagai 'Bahasa Peran'. Bermula dari peringkat pengenalan persembahan sehingga peringkat persembahan cerita, pelakun menggunakan beberapa teknik humor spontan mengikut kreativiti masing-masing. Watak Peran dalam cerita Mak Yong adalah watak Pengasuh. la penting kerana mempunyai pelbagai fungsi. Fungsi watak Pengasuh dalam Mak Yong biasa hanyalah selapis, iaitu membantu permasalahan peribadi raja seperti soal kasih sayang sehinggalah kepada masalah dalam pentadbiran. Manakala fungsinya dalam persembahan Main Puteri Mak Yong, adalah berlapis. Lapisan sebaliknya adalah perjalanan watak Pengasuh dalam alam ghaib' sebagai bomoh pembimbing angin'. Dalam contoh cerita Dewa Muda ia diwakili oleh watak khas iaitu Awang Sejambul Lebat. Walaupun berbeza fungsi, namun umumnya, watak adalah penggerak plot dalam setiap cerita Mak Yong. Watak menjadi penting bukan sahaja terhadap cerita utama Mak Yong, malah telah menjadi tunggak utama dalam cerita-cerita sampingan, yang dicipta sendiri untuk tujuan hiburan semata mata. Peran boleh dijadikan bahan untuk dibandingkan dengan watak humor dalam genre teater tradisional yang lain seperti watak patung Semar dalam Wayang Kulit di Jawa, dan Vidusaka sebagai watak orang dalam drama Sanskrit India. Walaupun perbandin gan adalah secara umum, namun ianya penting bagi menunjukkan keaslian identiti Peran Mak Yong.
Text
Identiti Melayu Patani: kajian tentang peranan institusi pondok di wilayah Pattani
Abstrak
Ini adalah kajian mengenai peranan institusi pondok di wilayah Pattani dalam mempertahankan identiti Melayu Patani. Kajian ini menggunakan metodologi penyelidikan kepustakaan dan temuramah. Kajian dapat mengenalpastikan bahawa identiti Melayu Patani terbahagi kepada identiti agama, kebudayaan, bahasa, sejarah dan pondok. Setiap identiti mempunyai hubungan antara satu sama lain, dan identiti agama berfungsi sebagai teras kepada identiti-identiti lain. Penduduk Melayu di Thailand adalah di antara etnik minoriti yang menerima tindakan dasar asimilasi dan integrasi daripada kerajaan yang seterusnya telah menggugatkan kelangsungan identiti Melayu Patani. Dalam situasi tersebut, pondok merupakan institusi utama yang amat berperanan dalam mempertahankan kemandirian identiti Melayu Patani. la adalah institusi yang menyebarkan teras identiti Melayu Patani. Paranan pondok di wilayah Pattani juga dapat dilihat melalui peranan ulama, kitab Jawi, percetakan, toko kitab, masjid, khutbah Jumaat, sekolah tadika, ceramah agama, adat, pakaian dan penubuhan pondok baru. Melalui peranan institusi pondok dan kesedaran penduduk Melayu terhadap identitinya yang sangat jauh berbeza dengan identiti kebangsaan telah mendatangkan kesukaran untuk menjayakan dasar-dasar integrasi dan asimilasi yang bermotif mewujudkan kestabilan dalam negara.
Text
Pendidikan kepenggunaan tentang pelabelan makanan dalam pemilihan makanan halal
Sejak kebelakangan ini, masyarakat negara kita dikejutkan dengan pelbagai isu melibatkan produk tidak halal dan meragukan yang terdapat di permis-permis perniagaan baik dipasaraya mahupun di pasar-pasar basah atau pasar harian...
Text
Penyatuan ummah sebagai cabaran pembentukan modal insan usaha Muhammad Rashid Rida
Perang Dunia Pertama menjadi titik penting kepada perubahan politik umat Islam. Dunia Islam yang pada awalnya berada dalam satu kesatuan ummah di bawah seorang khalifah mula tercalar...
Text
Hubungan kekeluargaan dalam masyarakat melayu : kekuatan dan kelemahannya dalam pembinaan tamadun
Keluarga merupakan sebuah institusi yang penting dalam pembinaan ketamadunan manusia. Begitu juga dalam Tamadun Melayu-Islam yang meletakkan peri pentingnya institusi keluarga dalam membantu membawa kecemerlangan tamadun itu...
Text
Dakwah para Rasul sebagai model pembangunan insan menurut Al-Qur'an
Ajaran al-Qur'an bersifat menyeluruh dan sejagat serta merentasi segenap bidang kehidupan. Hal ini dimanifestasikan oleh Allah S.W.T. dalam al-Qur'an pada banyak tempat...
Text
Di bawah lindungan Kaabah : kajian hermeneutik kerohanian
Abstrak
Kajian ini merupakan satu kajian untuk menggali mesej-mesej keagamaan vang terdapat di dalam novel Di bawah Lindungan Kaabah oleh Hamka. Novel Hamka dilihat mengandungi mesej-mesej agama yang tersirat yang ingin disampaikan kepada pembaca. Mesej-mesej itu didatangkan dengan begitu indah dan bersahaja di dalam karya-karya sastera beliau sehingga mampu menyentuh emosi pembaca vang benar-benar menghayatinya. Kajian ini dijalankan berdasarkan hipotesis bahawa Hamka selalu menyampaikan mesej-mesej agama di dalam karya-karya sasteranya secara tersirat mahupun tersurat. Oleh itu objektif utama kajian ini ialah untuk menggali mesej mesej keagamaan yang disampaikan oleh beliau secara tersirat di dalam karya-karya sastera beliau. Untuk itu novel beliau Di Bawah Lindungan Kaabah dipilih sebagai data primer kajian ini. Bagi mencapai objektif tersebut kaedah takwil iaitu Hermeneutik Kerohanian digunakan. Hermeneutik Kerohanian ini merupakan satu kaedah untuk menggali mesej-mesej agama yang disampaikan di dalam karya Hamka, Di Bawah Lindungan Kaabah ini. Kajian ini diharapkan akan menghasilkan penemuan berikutan penggalian tentang apa dia mesej-mesej agama yang tersirat di dalam karya Hamka tersebut. Mesej-mesej ini diharapkan dijadikan panduan kepada khalayak sastera untuk mengambilnya sebagai panduan dan ikutan apabila berkarya dan juga menjalani kehidupan sebagai khalifah Allah di bumi ini.
Text
Ajaran sesat di Malaysia: kes ajaran Hj. Abd. Kahar
Abstrak
Gejala penyelewengan terhadap fakta ajaran Islam kelihatan semakin berleluasa sejak dahulu, sehingga fenomena tersebut mampu menjerumuskan individu berkenaan dalam kumpulan ajaran sesat. Fenomena ajaran sesat di Malaysia kelihatan agak unik berbanding dengan negara lain. Justeru itu, kajian ini menjurus kepada fenomena tersebut dalam masyarakat Melayu di negara ini yang melihat an membincangkan apakah isu yang meletakkan sesuatu aliran atau fahaman yang diamalkan dalam konteks ajaran Islam di Malaysia sebagai ajaran yang "betul" atau tidak" Dalam kajian ini menggunakan kaedah kajian perpustakaan, lapangan serta temubual/perbincangan dengan pegawai-pegawai agensi agama yang bertanggung jawab memantau gejala ajaran sesat di negeri Selangor. Selain itu, perjumpaan/ perbincangan dengan pengasas ajaran yang dijadikan model kumpulan ajaran sesat dalam kajian ini, serta pemerhatian aktiviti pengajaran ajaran tersebut bagi mendapatkan gambaran lebih dekat. Dapatan kajian menunjukkan bahawa fenomena ajaran sesat yang berlaku, khususnya dalam masyarakat Melayu berlaku sejak proses Islamisasi di rantau ini. Di Malaysia, asas yang menjadi "penunjuk" sesuatu fahaman atau ajaran yang dianggap sesat adalah berpandu dan berpaksikan kepada undang-undang Islam (negeri) dan pentadbiran hal ehwal Islam negeri.
Text
Bahasa arahan dalam pengurusan: suatu analisis sosiolinguistik
Abstrak
Kajan ini membincangkan mengenai bahasa arahan yang wujud dalam pengurusan dengan memberikan tumpuan kepada surat rasmi. Kajian ini dibahagikan kepada 5 bab. Dua bab terdahulu merupakan pengenalan kepada kajian termasuk tujuan kajian, skop kajian, bidang kajian, dan konsep-konsep yang berkaitan dengan kajian. Pemasalahan kajian, kajian-kajian terdahulu, teknik mengumpul data, bahan kajian dan kaedah menganalisis data juga diterangkan. Bagi membincangkan mengenai bahasa arahan dalam pengurusan, pengkaji telah menggunakan kaedah soal selidik bagi memperoleh data berkenaan kategori bahasa arahan dan 100 pucuk surat rasmi yang didapati dari jabatan awam dan organisasi swasta. Beberapa persoalan yang berkaitan dengan bahasa arahan telah dikaji, seperti bentuk kesopanan bahasa arahan dalam surat rasmi dan strategi komunikasi yang menandai kesopanan dalam surat rasmi. Selain itu, analisis kata dan ayat arahan dalam surat rasmi juga dilakukan bagi melihat keseringan penggunaan kata dan ayat arahan tersebut. Perbincangan kata arahan dalam surat rasmi dirujuk kepada kajian yang telah dilakukan oleh Asmah Hj. Omar (1983), sementara dari segi ayat arahan pula mengikut Nik Safiah Karim dan rakan (1997). Pengkelasan kata dan ayat arahan ini dilakukan berdasarkan dua prinsip utama iaitu, arahan berbentuk halus dan arahan berbentuk kurang halus. Rumusan mengenai keseluruhan kajian juga dilakukan dalam bab yang terakhir.
Text
Kaedah tradisional pembuatan tekstil dan pakaian Melayu kajian kes : pantai timur
Abstrak
Seiak beratus-ratus tahun, tekstil dan pakaian mempunyai tempat dan peranan istimewa dalam budaya Melayu. Berdasarkan dari catatan persuratan Melayu lama dan hasil kajian yang telah dibuat ke atas bahan-bahan etnografi, membuktikan berbagai variasi rupa bentuk tekstil dan pakaian telah digunakan oleh masyarakat Melayu tradisi. Di Tanah Melayu tekstil merupakan objek yang menjadi sebahagian dari peradaban hidup; sebagai kain, ia dipakai untuk menutup badan, untuk menghias, kegunaan rumah tangga dan peralatan adat. Pantai Timur merupakan pusat tumpuan utama penghasilan tekstil tenunan Melayu disebabkan oleh faktor-faktor tertentu dan kehebatan tukang-tukang tenun di Pantai Timur pada masa itu yang tiada tandingnya yang mampu mencipta berbagai rupa bentuk tekstil dan persalinan sepertimana dihuraikan di dalam bab 2 dan 3. Berdasarkan hasil kajian, tekstil dan pakaian Melayu telah dihasilkan melalui berbagai kaedah tradisi dan diperlengkapkan lagi dengan kemahiran dan daya kreativiti tukang menyempurnakannya. Kaedah pembuatannya dihuraikan dalam bab 4 dan terdapat berbagai faktor diperincikan lagi dalam bab 5 bagi membuktikan mempengaruhi rupa bentuk persalinan. Kesimpulan hasil penyelidikan mendapati bahawa kaedah tradisi adalah berinspirasikan alam semulajadi dengan menggunakan sepenuhnya sumber-sumber asli yang disesuaikan dengan kaedah-kaedah yang diwarisi turun temurun. Sememangnya kaedah tradisi ini juga tidak mengetepikan konsep rekaan yang menghubungkan elemen-elemen rekaan, budaya dan peradaban Melayu dengan nilai-nilai falsafah yang tinggi yang berjaya menampilkan satu hasil seni yang berkualiti, berfungsi, anggun dan unik.
Text
Syair si burung nuri dan Syair ikan tambra : transliterasi dan analisis teks
Abstrak
Kajan ke atas manuskrip Syair Si Burung Nuri (SSBN) dan Syair Ikan Tambra (SIT) ini melibatkan tiga aspek penting, iaitu transliterasi teks, analisis struktur, dan juga analisis nilai budava. Transliterasi teks melibatkan kerja mengubah bentuk teks asal SSBN dan SIT, jaitu daripada tulisan jawi kepada tulisan rumi dengan menggunakan Panduan Transliterasi Huruf Jawi Ke Huruf Rumi (1988). Sementara analisis struktur melibatkan komponen yang membina teks seperti plot, tema, watak, dan perwatakan, latar, dan gaya bahasa dengan menggunakan pendekatan struktural. Analisis nilai budaya dibuat berdasarkan hasil penelitian struktur teks untuk melihat tanggapan, pemikiran, perasaan, kepercayaan, serta adat kebiasaan masyarakat dalam SSBN dan SIT, khususnya terhadap cinta. Hasil daripada transliterasi menemukan beberapa perkataan lama yang jarang digunakan, malah hampir tidak kedengaran pada zaman ini seperti ningsun, "cerana', "mengerna", "rum-rum", dan "mejelis". Di samping itu, terdapat juga bait yang tertinggal dalam beberapa rangkap syair, khususnya dalam SIT disebabkan oleh kecuaian penyalin semasa menurunkan semula teks tersebut. Dari segi struktur pula didapati bahawa secara umumnya terdapat persamaan dari segi plot, tema, jenis watak, dan gaya bahasa dalam $SBN dan SIT. Hal ini demikian kerana kedua-dua buah syair tersebut tergolong dalam jenis yang sama, iaitu syair kiasan dan juga ditulis pada waktu yang sama - sekitar tahun 1800. Walau bagaimanapun, kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan dari segi perwatakan tokoh dan latar, khususnya latar tempat (latar masa dan latar masyarakat tidak berbeza). Perbezaan dari segi perwatakan tokoh adalah disebabkan oleh kreativiti pengarang dan plot cerita yang berbeza, manakala perbezaan dari segi latar tempat disebabkan oleh keperluan untuk menyesuaikan watak dengan tempat tinggalnya - burung dan bunga hidup dan tumbuh di darat bagi SSBN; manakala ikan hidup dalam sungai, laut, atau dalam air bagi SIT.
Text
Malaysia sebagai negara Islam atau sekluar ? : Perspektif sejarah
Perbahasan Malaysia sama ada sebuah negara Islam atau sekular telahpun wujud di negara ini semenjak dari zaman sebelum merdeka lagi...
Text
Konsep Feminisme Islam di Dalam Filem Ketika Cinta Bertasbih
Kertas kerja ini akan mengungkap konsep feminisme Islam melalui karya seni filem. Untuk tujuan itu, kami memilih filem Ketika Cinta Bertasbih (KCB) sebagai sumber utama kajian...
Text
Raja Melayu dan Agama, 1874-1957: Menjejaki Sejarah, Kuasa dan Hak
Pada hari ini jika disebut sahaja Agama Islam, ia tidak boleh dipisahkan dengan Raja-raja Melayu. Dalam pada itu jika diteliti bilakah agama Islam dan Raja-raja Melayu ini dikaitkan, ia adalah ikatan tradisi sejak agama Islam sebagai agama rasmi kerajaan Melayu berkaitan...
Text
Pentadbiran Islam di Era Kolonial British: Kajian Mengenai Peranan Majlis Mesyuarat Negeri Selangor, 1877-1938
Penguasaan British di Negeri-negeri Melayu (NNM) pada abad ke-19 membawa pelbagai perubahan penting dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat di NNM sama ada dari segi politik, ekonomi, sosial mahupun dalam bidang keagamaan...
Text
Gerakan Islam di Malaysia: 1920-90
Gerakan Islam di Malaysia adalah kesinambungan dari gelombang nahdah dan harakah yang tercetus di India dan Asia Barat...
Text
Gerakan Dakwah dan Perubahan Sosial Masyarakat Orang Asli di Negeri Pahang
Gerakan Dakwah Kepada Orang Asli di Negeri Pahang
Sebagaimana yang dijelaskan di atas, terdapat empat gerakan dakwah kepada masyarakat Orang Asli khususnya di Negeri Pahang...
Text
Kegemilangan Lebuh Acheh Sebagai 'Jeddah Kedua': Sumbangan dan Peranannya Terhadap Masyarakat Muslim
Pendudukan Francis Light di Pulau Pinang pada tahun 1786 dianggap sebagai suatu bentuk pencabulan terhadap undang-undang antarabangsa kerana kejayaan beliau adalah hasil tipu daya yang dilakukan terhadap Sultan Kedah ketika itu, iaitu Sultan Abdullah Mukarram Shah (1778-1798)...
Text
Persepsi dan Kefahaman Masyarakat Bukan Islam Terhadap Islam Hadhari
Pendekatan Islam Hadhari diperkenalkan bertujuan untuk merenung, mengambil iktibar serta hasrat untuk membawa negara Malaysia dan rakyatnya bersama-sama menghayati ketinggian ketamadunan Islam yang pernah dicapai suatu masa dahulu.
Text
Amalan dan Budaya Ziarah Menziarahi di Kalangan Masyarakat Berbilang Kaum di Selangor Darul Ehsan: Satu Strategi Penyelidikan
Kertas ini membincangkan strategi penyelidikan yang mencakupi beberapa tindakan yang dilakukan untuk mengelakkan daripada terbabit dengan masalah-masalah ketika penyelidikan dijalankan...
Text
Pengaruh Pemikiran Syeikh Ahmad Mustafa al-Maraghi Dalam Pendidikan Islam di Malaysia
Sejak awal abad ke-20, pengaruh dari Mesir telah menular ke Tanah Melayu dan telah memberi kesan yang mendalam terhadap masyarakat Melayu...
Text
Pengurusan Pelarian Pro-Islam dan Agenda Keselamatan Manusia: Kajian Ke Atas Survival Pelarian Muslim Rohingya di Malaysia?
Malaysia bukan negara ahli kepada Konvensyen Berkaitan Status Pelarian (1951) dan secara langsung tidak meratifikasi Protokol 1967 berkaitan hak-hak pelarian di negara ini...
Text
Ritual padi bukit komuniti Iban Sarawak
Abstrak
Komuniti ban di Sarawak amat terkenai dengan pengerjaan padi bukit, satu aktiviti ekonomi tradisionaB yang masih diteruskan sehingga hari ini. Pengerjaan padi bukit amal dipcatingkan oich komuttiti ban, {crutanatya pada masa dahuiu. Memandangkan pentingnya aktiviti tersebut, banyak rituai diamaikan untuk menjamin kejayaannya dan dengan itu perolehan asil padi yang umayan. Kajian ini mcnciti pclbagai rilual daa aktiviti biasa berkaitan dengan pengerjaan padi bukit i kalangaa komuniti lban di Sabetan, Saratok, Bahagian Betong, Sarawak. Perkaitan antara rituat-ritual itu dengan agama dan sistem kepercayaan orang lban juga diselidiki dan diruraikan. Antara rituaB-ritual utarma yang diruraikan ialah riluat Guwai Murnsggul', Guwai Budu' Ninggkilan Benih', Guwai Mulus', Guwui Ngemali Umai', 'Nyumba', Matah' Gawai Besimpan';, 'Niki Ke Padi', dan Begempuru Makai i Ruai'. Cara-cara ritua! itu dikendalikan, fungsi-fungsinya, kepentingannya terhadap pemerolehan hasit padi yang lumayan, an kesarnnya terhadap hubungan sosia! dibincangkan dengan lanjut. Turut diteliti ialah 'sanpi' dan 'pengap' yang merupakan dua eiemen yang amat penting dalam rituai, terutamanya ritua! iawai Ngemali imai': Seiain itu, dibincangkan juga amaian-aualan 'pemuli' dan 'heburung' mcmandangkari amalan amalan tradisionai tersebut turt diberi perhatian penting oleh orang ban dalam pengerjaan padi bukit dan kedua-duanya ada perkaitan yang rapat dengan pengamalan ritual. Di samping itu juga, dibincangkan bcberapa perubahan yang dialami olch para petani padi bukit daBan pengamalan rituai dan faktor-faktor yang mengakibatkan perubahan-perubahan itu.
Showing 17251 to 17300 of 19328 results
Page
of 387
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2