Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (19328 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
Sosio budaya Melayu
Asimilasi hukum Islam dalam amalan perniagaan Melayu: Kajian ke atas beberapa manuskrip Melayu lama
Kajian ini meneliti asimilasi hukum Islam dengan budaya perniagaan masyarakat Melayu pada zaman dahulu melalui manuskrip Melayu terpilih, yang menunjukkan perkembangan sejarah masyarakat Melayu dari sudut pandang tersebut.
Asimilasi dialek Melayu Kelantan dan dialek Thai Kelantan dalam bahasa Cina Peranakan Kelantan.
Discuss the structure of the language of the Kelantan Peranakan Chinese. Kelantan Peranakan Chinese is a group that has assimilated extensively in culture and language to Kelantan Malays and also Kelantan Thais. Some salient structural features which are borrowings from Kelantan Malay and Kelantan Thai dialect will be addressed within the frame-work of contrastive linguistics from the perspective of language contact.
Text
Sosio budaya Melayu
Asimilasi budaya Melayu dan Siam dalam masyarakat Cina peranakan di Kelantan : Kajian kes di Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan
Abstrak
Masyarakat cina telah wujud di Kelantan sejak abad Ke-17 masihi lagi dan kebanyakan mereka tinggal di sepanjang pinggir sungai Kelantan terutamanya di kawasan Pulai, Gua Musang dan sungai Pinang, Tumpat. Walaupun tiada catatan sebenar sejarah kedatangan mereka ke Kelantan, namun mereka percaya kedatangan nenek moyang mereka lebih awal dari kedatangan orang Cina pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Ini berdasarkan penemuan patung lama di tokong tertua berusia 600 tahun atau lebih di Kampung Pulai, Gua Musang dan berasal dari Dinasti Ming. Ini bermakna kedatangan Cina ke tanah Melayu bukannya dimulakan di Melaka sebaliknya di negeri Kelantan.
Terdapat dua kategori Cina di Kelantan iaitu Cina Peranakan diberi gelaran Cina Kampung, Cina Kelantan dan Oghe Cino Kito. Bagi Cina di bandar, mereka dipanggil Cina Bandar atau Cina Benua. Asimilasi budaya Melayu itu sendiri berlaku ke atas golongan Cina Peranakan ini dari segi loghat pertuturan yang digunakan setiap hari, amalan pemakanan seharian, dan cara mereka berpakaian. Mereka tidak seperti kaum-kaum Cina di negeri-negeri lain kerana dialek komunikasi percakapan harian mereka dalam loghat Kelantan di samping Bahasa Hokkien yang berbeza hasil percampuran perkahwinan serta Bahasa Melayu Kelantan dan Thai. Kebanyakan daripada mereka berkulit sawo matang dan tidak menampakkan mereka sebenarnya kaum Cina.
Text
Asian studies in Australian schools : review of the present situation and a look beyond
Text
Asian spirit in music and dance
Text
Asia Tenggara
kosmologi
...3 more
Asia Tenggara adalah sebuah wilayah...
"Asia Tenggara adalah sebuah wilayah yang sangat kaya dengan warisan seni bina yang sesuai dijadikan tempat penyelidikan pengaruh idea kosmologi terhadap rumah dan pola petempatan (Waterson, 1991)"
Text
ASEAN-Australian relations :
status of the art
Text
ASEAN_US economic relations : An update
Text
ASEAN tiada badan khas bincang isu kekeluargaan
Text
ASEAN regionalism and the role of USA
Website
Geopolitik
ASEAN perlu utama kepentingan serantau di sebalik perubahan geopolitik global - Tengku Zafrul
Negara anggota Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) perlu mengutamakan kepentingan kolektif blok itu berbanding hubungan mana-mana anggotanya dengan kuasa besar atau kumpulan alternatif lain, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. Beliau menegaskan kepentingan konsensus ASEAN dalam menyatukan negara anggota dan bersuara sebagai satu entiti, sambil menekankan bahawa ASEAN juga perlu terus aktif dalam menjalin hubungan dengan ekonomi lain.
Website
Geopolitik
ASEAN perkukuh integrasi, kerjasama kewangan serantau.
mesyuarat yang menghimpunkan Menteri Kewangan ASEAN dan Gabenor bank pusat itu membincangkan perkembangan ekonomi utama, mengkaji semula kemajuan kewangan dan kerjasama bank pusat dan mengesahkan komitmen bersama negara anggota untuk memupuk masa depan ekonomi yang berdaya tahan, inklusif dan mampan.
Beliau berkata, walaupun cabaran global yang berterusan, termasuk dasar perdagangan perlindungan dan ketegangan geopolitik, prospek ekonomi ASEAN kekal berdaya tahan.
Text
Geoekonomi
ASEAN landasan terbaik tingkat pelaburan, ekonomi Malaysia.
Sumber pelaburan asing terbesar ialah Amerika Syarikat (AS), Jerman, China, Singapura dan Hong Kong. Dari sudut peluang pekerjaan, sebanyak 207,000 pekerjaan baharu bakal diwujudkan. Malaysia harus memimpin agenda ekonomi ASEAN dengan cara yang mampu sektor penting untuk membina ketahanan ekonomi masa hadapan seperti teknologi hijau dan ekonomi digital.
Text
ASEAN
Cambodians
...2 more
ASEAN as a regional organisation Cambodia-Vietnam relations
Throughout its pre-colonial history, Southeast Asia was heavily influenced by outside power. The region is located midway between India and China. Yet even more than external influencers, Southeast Asia historically has been scene of intense internal competition, the result of the dynamic expansion and contraction of empires and kingdoms within the region. This competition has been significant for several reasons. First, it produced deep, lasting animosities among various ethnic groups that continue to cloud foreign relations to the present time. Example, the hatred between Vietnamese and Cambodians. Second, the historical ebb and flow of the major Southeast Asian kingdoms led in many cases to the mass migration of populations. So great was migration that today more ethnic Laotians can be found in Thailand than in Laos. Shifts in population such as these are significant because they are often provide seeds of conflicts when defining contemporary borders.
Text
ASEAN approach to industrial co-operation
Text
Asean and The United States, partners for progress and security
Text
Asean and the great powers
Text
ASEAN and the east-asian co-operation: Searching for a balanced relationship
Text
ASEAN and Pacific basin economic cooperation
Text
ASEAN and East Asia in the seventies : Some remarks
Text
ASEAN : The uncertain commitment
Text
ASEAN
Indonesia
...1 more
ASEAN : Pertikaian tuntutan bertindih kepulauan Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan di antara Malaysia dan Indonesia. Satu pendekatan ke arah penyelesaiannya
Malaysia dan Indonesia telah menerima kemerdekaan masing-masing pada tahun 1948 dan 1963 (Sabah dan Sarawak memasuki Malaysia). Kedua-dua negara tersebut telah menjadi anggota pertubuhan ASEAN semenjak ia ditubuhkan pada tahun 1967 bagi tujuan meningkatkan kerjasama dalam bidang-bidang seperti ekonomi, sosial, budaya, teknik, sains dan pentadbiran.
Keredaan ketegangan bilateral setelah tamatnya konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia akhirnya menjalin semula hubungan baik negara-negara ASEAN. Latar belakang pengalaman kolonialisme yang sama menyebablan negara-negara ini bersatu di bawah ASEAN untuk mendapatkan sokongan dari dunia Barat bagi mengatasi masalah keselamatan serantau. Namun demikian pada hakikat sebenarnya kedua-dua negara ini masih mempunyai isu pertindihan tuntutan ke atas Pulau Sipadan dan Pulai Ligitan yang terletak di Selat Sulawasi dalam gugusan kepulauan Borneo berhampiran Sabah. Isu pertindihan tuntutan ini telah menjadi 'duri dalam daging' hubungan Malaysia-Indonesia dan sehingga kini ia telah melalui pelbagai peringkat perbincangan di antara kedua-dua negara.
Text
ASEAN
Kerjasama politik
ASEAN : Kerjasama politik ke arah abad ke-21
Text
ASEAN
Cabaran
...1 more
ASEAN : Kerjasama ekonomi dan cabaran di abad ke-21
ASEAN merupakan satu rantau yang telah dikenalpasti bakal menjadi satu kuasa yang mempunyai pengaruh di dalam bidang perdagangan. Ianya juga merupakan pertubuhan yang pertumbuhan ekonominya berjalan dengan lancar. Kadar pertumbuhan ekonominya berjalan dengan lancar. Kadar pertumbuhan ekonominya kini telah menjangkau kadar di antara enam ke sepuluh peratus. Negara-negara ASEAN hidup dalam keadaan yang baik dari segi ekonominya, kesihatan yang bertambah baik dan sistem pembelajaran yang agak baik juga jika dibang=dingkan dengan negara-negara yang lain.
ASEAN ditubuhkan pada tahun 1967 kini telah berusia hampir 29 tahun telah membuktikan dengan kerjasama ekonomi yang dipupuk oleh negara-negaranya. Kini ASEAN bolehlah dikatakan satu pertubuhan yang disegani oleh negara-negara lain. Walaupun pada peringkat permulaan ianya menghadapi banyak rintangan dari segi keselamatan, batasan sempadan, curiga-mencurigai namun perkara-perkara ini telah dapat dikikiskan dengan wujudnya kerjasama erat di antara sesama sendiri.
Text
ASEAN
regional security
ASEAN : External security concerns in a post cold war era
From its modest beginnings in 1967, ASEAN has come to be regarded as one of the most successful experiments in regionalism in the developing world.
ASEAN region is generally rich in natural resources which includes petroleum and agriculture products as well as other important raw materials. It is also a diverse and vitally important region in the world. Geographically, it sits astride the world's major eastwest trade routes which connect the Pacific and the Indian Oceans. Regional stability and freedom of passage through the area is therefore critical to international trade.
ASEAN regional security is determined by both the external and internal threats as well as the interconnections between them. The realm of security in ASEAN involves a wide spectrum of affairs: geo=strategic; political; economic; social; cultural and ideological. It is not solely a military matter as it usually perceived in the conventional sense.
Text
Asbur-Razzaq Lubis and Khoo Salma Nasution, Raja bilah and the Mandailings in Perak : 1875 - 1911
Text
Asasi anjur perkampungan penulis
Asas Fonetik
"Mengikut O'Connor (1973) pula, fonetik ialah ilmu yang bersangkutan dengan bunyi-bunyi bising yang dihasilkan oleh manusia. Bunyi-bunyi yang dapat didengar ini kemudiannya diberi bentuk yang biasa terdapat dalam bahasa masyarakat itu sendiri."
Text
adat perpatih
Melayu
Asas ekonomi masyarakat adat perpatih...
" Asas ekonomi masyarakat adat perpatih ialah tanah. Dari konsep asal milik tanah ialah terbitnya segala nilai dan susunan masyarakat dan negeri. "
Text
bahasa
Asas dan peraturan kesantunan bahasa melayu
Asas Apresiasi Seni Kreatif
"Sastera rakyat adalah warisan budaya silam yang diturunkan daripada generasi kepada satu generasi dengan fungsi utamanya bagi mengajar, mendidik, mengasuh, menegur dan membimbing manusia."
Text
Asap kenderaan jejas mutu hidup
Text
Sosio budaya Melayu
Asam rong : Kajian kes di Felcra Rumpun Makmur, Temerloh, Pahang
Abstrak
Kajian ini membincangkan khusus mengenai asam rong. Asam rong merupakan sejenis makanan yang diperbuat daripada biji getah dan biji perah. Ianya digunakan dalam masakan oleh penduduk Kampung Rumpun Makmur. Asam rong merupakan salah antara satu makanan tradisi masyarakat Melayu di sekitar negeri Pahang. Namun, pada masa kini asam rong sudah dilupakan oleh masyarakat setempat.
Matlamat utama kajian ini ialah untuk mendokumentasikan mengenai asam rong. Dengan adanya pendokumentasian ini ianya dapat mengelakkan asam rong daripada lenyap di dalam masyarakat Melayu.
Selain itu, kajian juga menyatakan serba sedikit mengenai latar belakang kawasan kajian menyatakan serba sedikit mengenai asam rong. Penekanan kajian ini adalah untuk mengetahui mengenai asam rong di samping perbincangan khusus mengenai dapatan kajian yang telah dilakukan.
Text
Makanan/Masakan Melayu
Asam pedas rusuk lembu di Hilton PJ
Terasa kelembutan pada setiap gigitan daging lembu yang dimasak sempurna. Malah, keenakan rasanya tidak dapat disangkal walaupun menu ini jarang diketengahkan pengusaha restoran atau kedai makan.
Asam pedas ikan pari memikat
Asam pedas merupakan makanan tradisi yang popular di bandaraya bersejarah Melaka. Asam pedas ikan pari antara variasi yang paling popular dalam hidangan berkenaan dan digemari oleh kebanyakan orang dari pelbagai negeri.
Text
Makanan/Masakan Melayu
Asam pedas ikan pari memikat
Asam pedas merupakan makanan tradisi yang popular terutamanya di bandaraya bersejarah Melaka.
Asam paya buahnya lebat
Asam paya buahnya lebat,
Setiap hari dipetik buahnya;
Sudah kaya berasa hebat,
Lupa diri asal usulnya.
Text
Puasa
ramadan
Asam hitam pelengkap juadah berbuka puasa
Asam hitam yang dihasilkan daripada belimbing telah dimasak oleh penduduk tempatan untuk dijual pada bulan puasa
Text
Asal-usul penamaan padi basah di Semenanjung Malaysia
Sebagai satu kajian sejarah asal-usul sesuatu fenomena, peristiwa atau kegiatan yang diketahui fakta-faktanya tidak merupakan satu usaha yang sukar...
Text
Asal-Usul Ekonomi Ganda Dalam Masyarakat Melayu : Adakah Budaya Tak Boleh Berubah?
J.H. Boeke (1953) telah melaporkan hasil pengamatannya di pedesaan Jawa sejak tahun 1928 bahwa 'setting' ekonomi Indonesia berada dalam ekonomi ganda 'dual economies'...
p. 440-449
BP63 M4PAIMM
Website
Wayang Kulit
Asal usul Wayang Kulit yang ramai tak tahu
Laman tentang asal usul Wayang Kulit di Tanah Melayu
Website
tarian
Asal usul Ulek Mayang
Laman tentang asal usul Ulek Mayang
Website
negeri sembilan
pakaian tradisional
Asal usul Tengkuluak Tanduak Bantingkek
Laman tentang asal usul Tengkuluak Tanduak Bantingkek di Negeri Sembilan.
Text
perlis
Asal usul nama Perlis daripada...
"Asal usul nama Perlis daripada nama pokok perlis telah dikemukakan oleh Ahmad Ismail dan Yazid Mat (1992:13-20). Dua belas justifikasi turut disenaraikan oleh mereka dengan pokok perlis yang mungkin sudah pupus. "
Text
perlis
Asal usul nama Perlis
Perlis sebagai negeri yang berkedudukan paling utara di Semenanjung Tanah Melayu. Dengan keluasan 79 km persegi, iaitu lebih kurang setengah peratus daripada jumlah keluasan tanah di Semenanjung Tanah Melayu, Perlis merupakan antara negeri terkecil di Malaysia.
Text
Asal usul Melayu..fakta buku sejarah mungkin dirombak
Website
Melayu
Asal usul Melayu
Laman tentang sejarah asal usul Melayu
Text
Asal usul Makyung
Text
Asal usul kegiatan ekonomi masyarakat melayu Melaka sebelum kesultanan melayu Melaka
Pengenalan
Pendahuluan
Antropologi merupakan salah satu bidang yang sangat luas kerana bidang ini mampu mengkaji manusia dari pelbagai sudut dan tidak ada had serta batasan. Oleh sebab itu, bidang ini sentiasa bergabung atau memasuki dalam bidang pengkajian yang lain. Bidang ini dipelopori oleh orang Eropah pada awalnya. Menurut pemikiran orang Eropah, bidang pengkajian boleh dibahagikan kepada empat jenis sains tulen, bidang sains sosial, bidang kemanusiaan dan bidang teologi. Antropologi adalah sebuah bidang yang mengkaji manusia secara teratur dan tersusun dan bidang ini biasanya digolongkan dalam bidang sains sosial. Perkataan “Anthropology” berasas dari perkataan Yunani iaitu “anthropos” yang membawa maksud manusia dan “logia” pula membawa maksud kajian sistematik tentang ataupun sains.(Holmes 1981:3). Bidang ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri dan tujuan asal bidang ini adalah untuk mengkaji tentang manusia dan kepelbagaian cara hidupnya. Bidang Antropologi ditubuhkan oleh orang Eropah untuk melihat kebudayaan orang lain selain daripada kebudayaan mereka.
Orang pertama yang mempelopori bidang ini ialah Edward B.Tylor kerana beliau Berjaya menjadi Profesor yang pertama dalam bidang Antropologi di Universiti Oxford. Perkembangan awal bidang Antropologi di Eropah lebih tertumpu kepada pengukuhan ketinggian tahap pencapaian masyarakat Eropah dan mereka hanya menerima kerangka teori evolusi sehala. Sebaliknya, Antropologi di Amerika Syarikat menolak kerangka teori ini dan membentuk idea-idea asas dalam bidang ini. Bidang Antropologi aliran Amerika Syarikat dipelopori oleh Franz Boas yang berbangsa Jerman. Menurut pendapat beliau, semua manusia di dunia ini adalah sama dan yang membezakannya adalah kebudayaan mereka. Bidang Antropologi di Amerika Syarikat boleh dibahagikan kepada empat sub-bidang yang kecil iaitu Antropologi Fizikal, Antropologi Kebudayaan,Antropologi Linguistik dan Arkeologi. Keempat sub-bidang ini saling mempengaruhi antara satu sama lain. Menurut bidang Antropologi aliran Amerika Syarikat, sesuatu budaya tidak boleh dikaji secara saintifik malah harus dikaji dengan menggunakan pendekatan relativisme, penelitian turut serta, perspektif emik dan kajian secara menyeluruh ataupun “holistik”. Hal ini demikian kerana, setiap budaya adalah berbeza dan cara pemikiran mereka juga turut berbeza. Oleh itu, seorang pengkaji dari bidang Antropologi kebudayaan harus menggunakan empat perspektif tersebut dan perkara yang paling penting ialah mereka harus menolak sifat etnosentrik. Etnosentrik adalah satu sifat yang membuat kita menganggap kebudayaan kita lebih baik daripada kebudayaan orang lain dan kita akan membuatkan orang lain mengikut kebudayaan kita.
Antropologi kebudayaan merupakan satu bidang kecil yang lebih memfokuskan kajiannya terhadap budaya manusia. Sesetengah ahli antropologi seperti Franz Boas, Edward Sapir, Malinowski, Ruth Benedict dan Margerat Mead. Para ahli Antropologi tersebut mengkaji sebuah budaya dengan menggunakan pendekatan emik iaitu melihat sesebuah budaya dari kaca mata pengamal budaya itu sendiri. Kajian seperti ini akan mengambil masa yang sangat lama kerana seseorang pengkaji harus menyesuaikan diri mereka dengan budaya yang dikaji itu terlebih dahulu sebelum memulakan kajian mereka.Mereka akan meneliti setiap sudut budaya yang dikaji itu termasuk mempelajari budaya material mereka (peralatan dan perkakas yang digunakan), hubungan kekeluargaan, agama dan kepercayaan, adat perkahwinan, makanan, permainan dan lain-lain. Dalam kajian ini,pengkaji akan menggunakan bidang Antropologi Kebudayaan dan akan meneliti sudut pandangan penulis-penulis lain dan perspektif Antropologi kebudayaan. Oleh sebab itu,pengkaji menceritakan serba sedikit mengenai bidang Antropologi.
Tamadun Melayu merupakan warisan dari Peradaban Dunia. Selain daripada tamadun Melayu, terdapat enam lagi tamadun yang besar dan masyhur seperti tamadun Yunani, Mesir, India,China, Islam dan Jepun. Setiap tamadun ini wujud dan terkenal dengan hasil kesenian, falsafah, perundangan, budaya dan ekonomi sesuatu bangsa. Sebenarnya perkataan tamadun digunakan untuk menggambarkan taraf pencapaian kemajuan rohani dan jasmani sesebuah masyarakat khususnya dari aspek ilmu pengetahuan dan fizikal tetapi mengikut pandangan semasa pula, tamadun merujuk kepada pencapaian yang tertinggi dalam bidang sains dan teknologi. Perkataan tamadun dipinjam daripada bahasa Arab dan diterima pakai dalam bahasa Melayu. Secara tidak langsung, pengertian tamadun menekankan dua aspek yang penting iaitu kehalusan budi pekerti dan pembangunan pembandaran atau penempatan.
Antara penulis yang terkenal dalam bidang ini adalah Ibn Khaldun. Beliau menggunakan istilah ‘umran’ untuk menjelaskan makna tamadun yang merangkumi organisasi sosial dan budaya. Ibn Khaldun telah mengemukakan beberapa ciri-ciri penting yang ada dan perlu dimiliki oleh masyarakat yang maju dan bertamadun dan beliau juga menggariskan unsur-unsur penting yang menjadikan peradaban itu merosot dan lemah. Dalam perkataan bahasa melayu pula, sekurang-kurangnya dua istilah digunakan iaitu ‘tamadun’ dan ‘peradaban’. Selain itu, perkataan tamadun membawa maksud civilization dalam bahasa Inggeris. Istilah ini menggambarkan tahap pencapaian sesuatu masyarakat atau budaya yang kompleks.
Proses perubahan sesebuah manusia daripada taraf tamadun yang rendah kepada yang tinggi boleh berlaku secara berperingkat-peringkat ataupun sekali gus. Namun begitu, faktor yang mendorong kepada kemunculan tamadun (Buku Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Universiti Malaya, hal.13) adalah kedudukan yang strategik. Kedudukan yang sesuai sesebuah tamadun dapat membantu membangunkan sesebuah penempatan dan membolehkan penduduk di kawasan itu memperoleh sumber semula jadi untuk menjalankan kehidupan seharian mereka. Faktor yang seterusnya adalah rangsangan keagamaan dan kerohanian. Ajaran agama dan amalan kerohanian mendorong manusia supaya menghayati nilai-nilai kehidupan yang tulus dan suci dan seterusnya membawa kepada kehidupan bertamadun. Seterusnya pula adalah pembangunan ilmu dan menghayati nilai. Pengamalan nilai-nilai moral oleh seseorang pemimpin dan masyarakatnya dapat membantu membantu membangunkan sesebuah Negara ataupun tamadun. Tambahan pula, peningkatan kemahiran dan penghasilan teknologi juga turut menjadi salah satu faktor untuk memajukan sesebuah tamadun. Faktor yang terakhir ialah persaingan dengan tamadun lain. Dalam hal ini terbukti bahawa kepelbagaian tamadun mengamalkan dasar keterbukaan untuk menerima sumber-sumber yang baik daripada tamadun-tamadun lain,yang akhirnya dapat membantu kemunculan tamadun baru.
Tamadun Melayu merujuk kepada sesebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia yang digolongkan sebagai sekumpulan orang Melayu. Orang Melayu merupakan kumpulan manusia yang bertutur dalam bahasa Austronesia di kawasan Alam Melayu. Walau bagaimanapun, terdapat sekurang-kurangnya enam ciri untuk mentarifkan orang Melayu. Antaranya ialah ciri fizikal, bahasa, kebudayaan, masyarakat, peninggalan arkeologi dan rekod-rekod penulisan terdahulu. Penempatan orang Melayu ini dikenali sebagai alam Melayu. Alam Melayu merupakan satu kawasan yang sangat luas dan besar. Kawasan ini merangkumi Asia Tenggara, Kepulauan Melayu, Kepulauan Pasifik, dan Madagaskar di benua Afrika (Ahmad Hakimi 2005,1998). Orang-orang Melayu ini tidak suka bergaduh, sentiasa bertolak ansur untuk berinteraksi sesama mereka. Kerjasama ini yang membolehkan pembentukan empayar Sri Vijaya dan Melaka.
Akhir sekali, latihan ilmiah ini akan memfokuskan dan menceritakan tentang ekonomi asal masyarakat Melayu Melaka sebelum kewujudan Kesultanan Melayu Melaka. Disebabkan itu, pengkaji menceritakan serba sedikit tentang tamadun dan sejarah orang Melayu supaya pembaca dapat memahami mengenai kaitan antara kedua-dua perkara ini dengan ekonomi asal masyarakat Melayu Melaka sebelum pembentukan kerajaan Melaka oleh Parameswara sehingga ia menjadi sebagai sebuah kerajaan yang masyhur dan kuat di Asia Tenggara.
Website
pakaian raya
pakaian tradisional
Asal usul baju Melayu Cekak Musang yang tak ramai orang tahu
Laman tentang sejarah baju melayu cekak musang.
Showing 17401 to 17450 of 19328 results
Page
of 387
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2