Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (19616 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
country's growth
Brunei dalam era pembangunan
Dalam menghadapi kepesatan pembangunannya itu, Brunei menghantar anak negeri ke luar melanjutkan pelajaran termasuk menjalani pelbagai latihan teknik moden.
Text
Poets
Menggarap ilham di mana-mana
Benarkah seseorang penyair itu mempunyai matlamat dalam berkarya? Atau seseorang yang ingin menjadi penyair itu sewajarnya mempunyai matlamat tertentu untuk dicapai?
Text
Akhbar tertua di Sri Lanka
Wajah Selong dan Alamat Lankapuri adalah dua buah akhbar dalam Bahasa Melayu yang telah diterbitkan di Sri Lanka pada penghujung kurun ke-19.
Text
Hari Raya
Raya carpooling
Many in Aidilfitri exodus from Klang Valley beat festive travel jitters through vehicle-sharing
Text
buffet
caregiver
...5 more
Orphans, caregivers treated to Ramadan dinner
Ramada KLCC continued their yearly tradition of spreading hope and kindness during Ramadan by hosting a breaking of fast dinner for orphans from Rahoma Darul Fakir organisation on March 29. They were treated to a buffet dinner, a magic show and balloon art performance. Rahoma Darul Fakir organisation is focusing on giving underprivileged girls adequate formal education and supplementary lessons in art, climate change and technology.
Text
NGO
Undi18
Mature enough?
Text
Pola strategi dan maksim kesantunan dalam rancangan bual bicara
Abstrak
Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti pola kesantunan berbahasa rancangan bual bicara bertajuk ‘’Celik Mata Reset Minda Orang yang Tenang’’ yang disiarkan di radio IKIMfm. Analisis data melibatkan 28 konteks perbualan dalam 10 substruktur yang mencakupi 731 dialog oleh pengacaraan, tetamu undangan, pemanggil dan pengirim dalam tiga struktur (pengenalan, isi dan penutup) bual bicara. Kajian ini dilakukan atas permasalahan kurangnya sumber kajian di peringkat ilmiah yang menggunakan korpus rancangan bual bicara di radio berbahasa Melayu sepenuhnya. Tiga objektif di ketengahkan, iaitu mengenal pasti struktur dan pola kesantunan berbahasa, menganalisis penggunaan pola kombinasi strategi dan maksim rancangan bual bicara, dan menghubung kait pola kombinasi strategi dan maksim dengan kesantunan Melayu. Dua teori, iaitu Model Kesantunan Brown dan Levinson (1987) dan Prinsip Kerjasama (PK) Gris (1975) diaplikasi, yang kemudiannya dikombinasikan untuk membentuk Model Pola Kombinasi Strategi dan Maksim (MPKSM). MPKSM membentuk empat pola kombinasi strategi yang mengandungi P1, P2, P3 sebagai pola teras dan pola opsyenal, iaitu Pola A, Pola B, Pola C dan Pola D diikuti dengan padanan maksim PK tertentu. P1 yang mewakili Strategi Berekod Tanpa Penyesuaian sentiasa menjadi pola opsyenal manakala P2 (Strategi Kesantunan Positif dan strategi Kesantunan Negatif) pula sentiasa menjadi pola teras. Sementara P3 (Strategi Tanpa Rekod) menjadi pola opsyenal namun dalam kasus yang melibatkan penggabungan tertentu ia boleh menjadi pola teras.
Text
seni
tradisional
...2 more
Seni Ukiran Kayu Tradisional Melayu
Mengenai tajuk ini, penulis akan menghuraikan beberapa aspek ukiran kayu mengikut pendekatan "Strukturalisme" yang telah dikembangkan oleh Claude Levi Strauss pada kurun-kurun ke-19 yang menekankan kepada teori "simbolisme". Mengikut beliau, budaya itu adalah sesuatu yang bersifat simbol atau lambang. Jadi ianya bertepatan dengan seni ukiran tradisional Melayu yang merupakan simbol budaya Melayu.
Mengikut Pak Wan (seorang pengukir kayu negeri Terengganu), setiap corak yang terukir pada kayu itu samada pada set perabot, pintu, tiang, tingkap, dinding dan lain-lain adalah mengandungi maksud yang tersendiri berdasarkan kepada corak "bunga" ukirannya. Bgi beliau corak ukiran Melayu dan Cina adalah jauh berbeza. Ukiran tradisional Melayu biasanya bertemakan kehidupan semulajadi alam sekitar seperti daun, bunga, pokok, binatang, alunan ombak, awan dan sebagainya. Corak ukiran cina adalah lebih kepada bentuk naga atau "Tok Kong", yang juga melambangkan kehidupan mereka sendiri. Namun ukiran yang berbentuk demikian adalah dilarang dalam agama Islam. Jadi corak ukiran Melayu hendaklah lebih bersifat keseluruhan, isitu yang bersifat lahiriah dan batiniah. Corak ukiran yang lembut dan halus dari bentuk bunga itu adalah melambangkan budi bahasa orang Melayu yang lembut dan tunduk pada perintah Tuhannya.
Text
Tradisi pengajian tasawuf di negeri Terengganu Darul Iman
Abstrak
Kajian ini membincangkan kesinambungan tradisi pengajian tasawuf di negeri Terengganu, khususnya dari segi penggunaan kitab-kitab jawi selain dari sistem pengajian itu sendiri. Tujuan kajian ialah bagi melihat aspek sejarah pengajian tasawuf di Terengganu; melihat kitab-kitab yang digunakan sebagai teks pengajian; menilai sistem pengajian; pertembungan mazhab; dan seterusnya kesan pengamalan tasawuf terhadap pembentukan sahsiah masyarakat Islam. Kajian melibatkan dua kaedah iaitu kaedah perpustakaan untuk mendapatkan data-data sekunder dan kaedah kerja lapangan bagi memperoleh data-data premier. Data-data premier seterusnya dianalisis menggunakan perisian komputer SPSS dan dibandingkan dengan data-data berbentuk historikal yang didapati daripada kaedah perpustakaan. Daripada analisis yang dijalankan jelas menunjukkan bahawa sistem pengajian tradisional tascwuf di Terengganu masih mengekalkan corak tradisi. Tasawuf yang diajarkan adalah seragam iaitu tasawuf sunni dan, walaupun wujud tasawuf tarikat namun ia adalah selari dengan ajaran-ajaran ahl al-sunnah wa 1jama 'ah. Penggunaan kitab jawi masih berterusan malah diambil perhatian yang berat oleh semua pihak termasuk generasi muda. Menyedari kepentingan kitab jawi sebagai wahana intelektual Melayu abad silam, satu usaha bersepadu dan bersungguh-sungguh perlu dilakukian oleh semua pihak terutama pihak berkuasa agama, penerbit, dan golongan sarjana dalam bidang-bidang agama dan sastera bukan sahaja untuk mengekalkan bentuk dan keaslian kitab-kitab jawi, malah menyebarluaskannya ke dalam masyarakat awam. Semoga dengan itu kitab jawi tidak hanya menjadi "barang antik' atau digunakan oleh golongan tradisional sahaja bahkan terus mendapat perhatian daripada seluruh masyarakat Islam, khususnya di Malaysia.
Text
Politik Malaysia
Deaf Ears
With reference to Encik Ghafar Baba's statement that the government did not need advise from people who can only criticise...
Text
Fees Hike for Universities
Aliran notes that the fee increases for local universities for local universities have been moderate and well within the means...
Text
Politik Malaysia
Cubing white-collar crimes
Aliran supports the call by the Inspector General of Police, Tan Sri Mohamed Haniff Omar for legislation which would allow...
Text
Pengutaraan diri dan jangkaan peranan seorang Imam dalam komuniti Melayu
Pentadbiran Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu adalah terserah kepada Kerajaan Negeri dan Rajanya atau Sultannya menjadi Ketua Agama. Untuk menasihati Sultan dalam urusan keagamaan, Majlis Perundagna tiap-tiap negeri telah meluluskan enakmen-enakmen tertentu.
Text
aidilfitri
balik kampung
...2 more
Rancang perjalanan balik kampung
Ketika ini kebanyakan kita sudah dalam mood raya, malah ramai juga sudah selamat tiba di kampung. Apatah lagi Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan cuti tambahan pada 19 April, jadi pasti ramai yang tidak sabar-sabar hendak pulang ke kampung.
Text
Hari Raya
Rancang perjalanan balik kampung
Orang ramai digalakkan untuk merancang perjalanan pulang ke kampung untuk mengelakkan kesesakan jalan raya
Text
Puisi,
Tuhan melayakkan kita
Text
Makna siratan dalam novel politik Melayu terpilih : analisis berdasarkan Gagasan Kritikan Melayu
Abstrak
Kajian ini menganalisis makna siratan daripada pengukapan dalam lima buah novel politik Melayu yang dipilih. Pengukapan yang mengandungi makna siratan merupakan cara yang digunakan oleh para pengarang novel sebagai kritikan terhadap individu dan masyarakat. Pengukapan yang mengandungi makna siratan menunjukkan kebijaksanaan para pengarang mengaitkan karya kreatif dengan situasai kehidupan seharian dalam masyarakat. Terdapat tafsiran dalam pengukapan pengarang yang dapat dikaitkan dengan fungsi kesusasteraan sebagai cerminan masyarakat dan kreativiti dalam seni naratif itu. Analisis ini menghuraikan makna yang tersirat daripada pengungkapan yang dipilih daripada dimensi perilaku, dimensi peristiwa dan dimensi unsur alam. Dimensi perilaku, peristiwa dan unsur alam yang membincangkan makna siratan ini disimpulkan daripada sepuluh prinsip Gagasan Kritikan Melayu yang diperkenalkan oleh Dr. Syed Otman Syed Omar. Lima buah novel Melayu yang bertema politik dipilih dalam kajian ini ialah Sebelas Rejab, Anak Mat Lela Gila, Tunggul-tunggul Gerigis, Nagogho Astana dan Naratif Ogonshoto. Kelima-lima karya ini mewakili zaman penghasilan karya kesusasteraan Melayu dalam genre novel dari zaman sebelum kemerdekaan, era kemerdekaan dan selepas tahu 2000.
Text
sastera Melayu
Dimensi politik secara metafora Melayu dalam novel Anak Mat Lela Gila
Kajian ini merupakan perbincangan dan analisis tentang dimensi politik yang dinyatakan secara metafora atau perlambangan Melayu.
Text
kebudayaan Melayu
sejarah Melayu
Sejarah Melayu sebagai sumber kebudayaan Melayu
Sejarah Melayu sememangnya mengandungi sumber- sumber kebudayaan Melayu, tetapi kita sedia maklum bahawa kisah yang diutarkan dalam Sejarah Melayu itu adalah kisah yang berkisar di istana yang mana ia melibatkan raja-raja dan pembesar-pembesar sahaja.
Text
kebudayaan Melayu
sejarah Melayu
Sejarah Melayu sebagai teks klasik Melayu...
" Sejarah Melayu sebagai teks klasik Melayu memang kaya dengan sumber kebudayaan orang- orang Melayu. Ini dapat dilihat dari isi- isi ceritanya yang boleh mencongkel bentuk - bentuk kebudayaan itu ".
Text
The devoplment of chanting groups in East Java : a case study of the Salawat Wahidiyyah group in Pesantren Kedunglo, Kediri
Text
Pantai dan lautan
Text
jururawat
kesihatan-Malaysia
Kisah jururawat Malaysia di luar negara
Jururawat Malaysia yang gajinya sangat ketara serta beban luar tugas memilih untuk bekerja di luar negara seperti Singapura yang boleh mendapat gaji serta elaun tinggi.
Text
KPWKM
madani
K.A.S.I.H KPWKM bangunkan masyarakat sejahtera
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) komited dalam membangunkan wanita, keluarga dan masyarakat MADANI dengan membawa konsep K.A.S.I.H
Text
batik
kraftangan
...2 more
Sambutan Hari Batik Malaysia 2023
Sambutan Hari Batik Malaysia 2023 mencapai kejayaan apabila mendapat sokongan memberangsangkan peminat produk kaf batik di negara ini.
Text
israel
Politik
Boikot produk mula beri kesan kepada Israel - Walid
Text
Anwar Ibrahim
Perdana menteri
Isu dana judi PN: Anwar pertahan kenyataan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahan kenyataannya berhubung dakwaan Perikatan Nasional (PN) memperoleh dana judi untuk berkempen semasa PRU15.
Text
agong
sultan melayu
Agong: Tingkat usaha bendung jenayah
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah menitahkan kerajaan khusunya agensi-agensi penguatkuasaan memperhebat usaha membendung segala aktiviti jenayah.
Text
Sastra dan politik
Text
'Kiri' dan 'Kanan' dalam sastra Indonesia 1984
Text
Dollah Baju Merah tetap unggul
Text
Indischgasten (People from the Indies)
By C. Fasseur
Text
Karel Frederik Holle : Theeplanter in Indie 1829 - 1886
By T. van den Berge
Text
What more hours in school mean
Nilai-nilai luhur budaya keagamaan Arab Melayu Seberang Kota Jambi
"Nilai dan budaya menjadi satu kesatuan di dalam kehidupan masyarakat."
Wujus seni budaya keagamaan Arab Melayu Seberang Kota Jambi
"Seni budaya keagamaan Arab Melayu Seberang Kota Jambi juga hanya bisa dilakukan masyarakat Seberang Kota Jambi."
Tradisi Budaya burdah
" Burdah adalh bacaan shalawat dan ucapan-ucapan puji syukur kerpa Allah SWT."
Tradisi budaya perayaan Nisfu Sya'ban
"Masyarakat Seberang Kota Jambi meyakini Nisfu Sya'ban yang terdapat di bulan ini adalah malam yang istimewa."
Tradisi budaya hari Assyura
" Hari Assyura atau Syuro sendiri jatuh pada tanggal 10 Muharram."
Wujud tadisi budaya keagamaan Arab Melayu Seberang Kota Jambi dalam perilaku keagamaan
"Masyarakat Seberang Kota Jambi merupakan keturunan Arab yang bercampur dengan pribumi Melayu melalui pernikahan."
Akulturasi budaya keagamaan Arab Melayu masyarakat seberang Kota Jambi
" Masyarakat Seberang Kota Jambi adalah orang-orang keturunan Arab yang bercampur dengan pribumi Melayu melalui pernikahan."
Kehidupan sosial ekonomi seberang Kota Jambi
" Pada masa sekarang, kawasan Seberang Kota Jambi menjadi sebuah kawasan lama di Kota Jambi, yang terletak pada bahagian utara..."
Berkembangan budaya keagamaan Arab Melayu Seberang Kota Jambi
"Budaya keagamaan Arab Melayu Seberang Kota Jambi merupakan sebuah budaya yang terdapat pada masyarakat Seberang Kota Jambi."
Text
Transient poor, chronic poor, and the vulnerability to poverty
Text
Inter-religious dialogue in Malaysia : preliminary survey of dialogue models
All this while, we could find abundance of literatures implying the role and importance of inter religious dialogue in promoting peaceful coexistence...
Text
linguistik melayu
Morfologi bahasa Bajau Laut di Pulau Danawan, Semporna Sabah
Abstrak
Kajian ini merupakan kajian linguistik sinkronik yang dihuraikan secara deskriptif dengan melihat kepada morfologi bahasa Bajau Laut di Pulau Danawan, Semporna, Sabah. Aspek-aspek utama yang diteliti dalam kajian morfologi bagi bahasa yang dituturkan oleh masyarakat Bajau Laut tersebut ialah pembentukan kata selapis, nasalisasi, pengimbuhan,dan penggandaan. Untuk menjelaskan lebih jelas lagi berkenaan morfologi bahasa tersebut. Kajian ini cuba membandingkannya dengan bahasa Melayu standard ketika melakukan analisis data. Dalam analisis juga dihuraikan berkenaan penggolongan kata yang diterbitkan hasil daripada proses-proses morfologi tersebut. Hasilnya mendapati bahawa terdapatnya satu proses yang kompleks dalam morfologi bahasa Bajau Laut ini, tetapi hampir mempunyai persamaan dengan kebanyakan bahasa-bahasa Austronesia yang lain.
Text
sastera Melayu
Analisis ayat majmuk dalam novel ‘Atas Nama Cinta’
Abstrak
Kajian ini dilakukan berasaskan penggunaan ayat majmuk di dalam novel “Atas Nama Cinta’ hasil tulisan Isa Kamari. Pengkaji memilih untuk membuat suatu kajian ayat majmuk kerana setakat ini, tidak banyak kajian yang dilakukan tentang bidang ini. Bukan itu sahaja, pengkaji juga ingin melihat kepelbagaian penggunaan ayat majmuk yang terdapat di dalam novel ini.
Kajian ini dibuat dengan mengenalpasti jenis-jenis dan kekerapan penggunaan ayat majmuk yang terdapat di dalam novel. Daripada data-data yang telah dikumpulkan, pengkaji akan mengkategorikan ayat-ayat majmuk ini mengikut jenis-jenisnya.
Bab pertama, selaku bab pengenalan kepada kajian ini menerangkan ruang lingkup dan juga aspek-aspek kajian ini seperti objektif kajian,bidang dan sumber kajian, dan pendekatan yang ingin diambil untuk menjalankan kajian ini. Bukan itu sahaja, pengkaji juga telah mengetengahkan pendapat tokoh-tokoh lain seperti Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba), Abdullah Hassan, Arbak Othman dan Asmah Haji Omar tentang bidang kajian yang ingin dilakukan. Kepakaran tokoh-tokoh tersebut dalam bidang bahasa Melayu telah terbukti dan diiktiraf oleh semua pihak baik di dalam negeri mahu pun di luar negara.
Di dalam bab kedua pula, pengkaji telah mengupas kajian-kajian lalu yang mempunyai hubungan dengan kajian tentang ayat majmuk. Kajian-kajian yang telah dikupaskan menunjukkan kepelbagaian daripada sudut penganalisisan ayat majmuk, daripada segi lisan kepada bahasa Melayu klasik. Setelah membaca dan memahami kajian-kajian ini, pengkaji sedikit sebanyak memperoleh pengetahuan dan pemahaman yang lebih mendalam tentang kajian yang ingin dilakukan.
Bab yang ketiga pula membincangkan tentang pendekatan yang telah diambil oleh pengkaji untuk melaksanakan kajian ini. Pengkaji telah mengambil pendekatan yang digunakan oleh Nik Safiah Karim di dalam bukunya,Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Di dalam bab ini, konsep ayat majmuk telah diterangkan dengan jelas dan contoh-contoh ayat bagi setiap jenis ayat majmuk juga diberikan huraian dengan selengkapnya.
Bab yang keempat memperlihatkan pengkaji menggunakan konsep Tatabahasa Transformasi Generatif yang dipelopori oleh Noam Chomsky untuk melihat proses sesuatu ayat ditransformasikan daripada satu struktur kepada struktur yang lain. Pengkaji telah menunjukkan contoh-contoh tentang beberapa ayat yang terdapat di dalam novel melalui proses pengguguran unsur kata, penyusunan unsur kata dan penambahan unsur kata. Pengkaji juga telah menunjuk bagaimana proses transformasi ini berlaku melalui kaedah rajah pohon.
Pada bab kelima, rumusan mengenai seluruh kajian yang telah dilakukan tentang gambaran keseluruhan jenis-jenis ayat majmuk yang terdapat di dalam novel telah dihuraikan. Jadual serta carta juga telah ditunjukkan untuk menunjukkan taburan dan kekerapan kehadiran pelbagai jenis ayat majmuk yang terdapat di dalam novel.
Pada bab yang terakhir, pengkaji telah mengongsisama penemuan-penemuan baharu daripada kajian yang telah dijalankan. Pengkaji juga telah memberikan beberapa cadangan-cadangan agar standard penggunaan ayat majmuk ini dapat dikekalkan untuk generasi yang akan datang.
Text
Teknik-teknik mengajar imbuhan me- kepada pelajar-pelajar sekolah menengah
Abstrak
Tesis ini merupakan suatu percuban secara ilmiah untuk mencari teknik-teknik mengajar imbuhan-imbuhan katakerja Bahasa Melayu yang paling baik digunakan oleh guru-guru yang mengajar di sekolah-sekolah menengah. Di atas kesedaran bahawa bidang ini amat luas untuk dikaji seluruhnya, maka pengkajian dalam tesis ini dihadkan kepada teknik-teknik mengajar morfem trikat mƏ- Bahasa Melayu di selkolah-sekolah menengah.
Text
Kamus Dewan Bahasa
Penerbitan Kamus Dewan merupakan...
"Penerbitan Kamus Dewan merupakan suatu penghasilan yang sangat agung di sisi masyarakat Bahasa Melayu dalam usahanya membina dan mengembangkan Bahasa Melayu di negara. "
Text
Bahasa Melayu Standard
dialek
Perkamusan yang baik untuk sesuatu bahasa...
"Perkamusan yang baik untuk sesuatu bahasa sebaik mungkin mengambil kira segala bentuk pendokumentasian yang dilakukan terhadap kosa kata yang menyeluruhi pandangan dunia orang-orang Melayu yang mungkin terdapat dalam semua dialek yang mendukung sesuatu bahasa standard untuk kegunaan yang antar-dialek dalam sesebuah masyarakat bahasa. "
Showing 17651 to 17700 of 19616 results
Page
of 393
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->