Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (16337 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Item Type: Text
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
Kekal sihat dengan pemakanan bijak
Text
Novel hikayat : satu penelitian struktur penceritaan Melayu
Pendahuluan
Salah satu jenis sastera Melayu baru yang agak kurang mendapat perhatian untuk dikaji dengan kesungguhan dan mandalam ialah novel. Ini lebih dapat dirasakan pada novel-novel Melayu yang tumbuh dan berkembang dalam tahap awal kebangkitannya di sekitar tahun-tahun 1920-an sampai 1942 pada zaman Sebelum Perang Dunia II. Gerakan ke arah melakukan penelitian terhadap novel-novel Melayu terawal ini kerapkali terbantut oleh adanya beberapa masalah tertentu. Antaranya ialah, pertama, novel-novel ini sering dianggap sebagai bukan novel besar yang memiliki nilai mutu yang tinggi, baik dari segi isi mahupun bentuknya. Kedua, anggapan yang demikian menjadi sebab utama pula untuk melemahkan usaha ke arah melakukan penyelidikan terhadapnya. Ketiga, bahan-bahan untuk tujuan penyelidikan itu tidak pula mudah diperolehi; bahan-bahan itu sudah lama tertulis - hampir setengah abad - dan tersimpan di merata tempat yang sukar diketahui pemiliknya. Untuk mendapatkan-nya, ia ternyata amat memerlukan bukan sahaja usaha yang gigih, tetapi juga semangat yang kuat. Demikianlah maka novel-novel tersebut menjadi terabai untuk diselidik dan dikaji apabila usaha begini tidak terlaksana. Bahan-bahan yang amat berharga ini akan tinggal menjadi tidak bererti selama ia tidak diperolehi dan dikaji selengkaprya.
Sebagai suatu langkah ke arah memelihara dan memanfaatkan bahan-bahan sastera tersebut, maka kajian ini dikerjakan dengan penuh minta. Dengan pelaksanaan tersebut, ia akan dapat mempelihatkan bahawa novel-novel Melayu terawal itu sesungguhnya memiliki kemampuan dan keistimewaan untuk menjadi bahan penyelidikan dan kajian sastera yang berguna. Novel-novel itu tercipta dengan penuh daya kesungguhan oleh pengarang-pengarang zaman Sebelum Perang
Dunia II; ini, terutamanya, terlihat pada jumlahnya melebihi daripada 300 buah, dan keseluruhannya itu pula memiliki satu matlamat penciptaan yang sama, iaitu membimbing masyarakat. Di samping itu, kajian ini juga dilakukan dengan maksud untuk menambahkan lagi bilangan kajian yang sedia ada, yang ternyata amat kecil teristimewanya dalam bidang kajian yang mengkhusus kepada aspek dalaman novel
dan bersifat penelitian tekstual seperti yang đikerjakan ini.
Untuk memenuhi maksud tersebut, maka ia menjadi amat bersesuaian dan bertepatan pula dengan pemilihan aspek untuk tupuan utama kajian ini, iaitu aspek penceritaan atau "narrative". Pemilihan ini juga dilakukan dengan kehadiran beberapa sebab tertentu. Antara-nya ialah, pertama, penceritaan adalah merupakan unsur dalaman novel yang terpenting; penceritaan itulah yang membangunkan sesuatu bentuk khusus kepada novel, kerana pelaksanaan penceritaan ini melibatkan banyak unsur-unsur dalaman yang lain, terutamanya plot, watak dan latar. Kedua, penceritaan juga memainkan peranan terbesar untuk membawakan persoalan atau tema cerita, dan seterusnya menonjolkan pengertian dari tema yang hendak disampaikan oleh sesebuah novel itu.
Text
Sistem panggilan dalam bahasa Melayu : suatu analisis sosiolinguistik
Abstrak
Disertasi ini merupakan satu cubaan pertama berhubung dengan kajian sistem yang menjadi satu unsur yang penting dalam berkomunikasi dan berinteraksi dalam masyarakat bahasa Melayu. Oleh kerana itu ia digunakan pada setiap kejadian berkomunikasi di antara orang-orang yang sama atau berbeza dari segi pangkat, darjat, jawatan, golongan atau keturunan. Ia juga merupakan satu cara untuk memberi hormat kepada seseorang yang dipandang tinggi oleh masyarakat Melayu.
Bagi menganalisis panggilan dan sapaan ini beberapa peraturan dan pendekatan sosiolinguistik telah digunakan. Di antara peraturan-peraturan dan pendekatan-pendekatan itu ialah peraturan-peraturan sosiologistik yang dirumuskan oleh Ervin-Tripp iaitu Peraturan-Peraturan Alternasi (Alternation Rules), Peraturan-peraturan Perurutan (Sequencing Rules) dan Peraturan-Peraturan Kejadian Bersama (Co-Occurrence Rules).
Dari penganalisisan tersebut dapat disimpulkan bahawa sistem panggilan dalam bahasa Melayu pada masa kini lebih halus dan kompleks kerana ia dapat membezakan secara terperinci golongan, pangkat dan keturunan orang yang disapa. Selain daripada itu Ia dapat menunjukkan tinggi rendahnya taraf dan kedudukan orang yang disapa tersebut. Hasil penganalisisan ini juga menunjukkan bahawa sistem panggilan ini berkaitan rapat dengan sistem nilai sosiobudaya Melayu.
Penyelidikan lanjutan perlu dibuat terutama mengenai makna dan etimologi kata yang dipilih untuk sapaan dan gelaran.
Text
aidiladha
Sudut agama: tauladan dari aidiladha
Tujuan dan hikmat dari amalan ini ialah untuk memberi kesedaran dan keinsafan kepada mereka yang berdarjat dan berketurunan mulia yang selama ini tinggal di istana-istana, rumah-rumah yang tersergam indah.
Text
Television broadcasting
Rancangan tempatan TV kurang menarik
Selera penonton di Malaysia agak unik kerana ia terdiri dari tiga kelompok bangsa terbesar yang tentunya mempunyai citarasa yang berlainan.
Text
Sosiologi sastera : persoalan teori dan metode di sekitar sastera Melayu dan Indonesia
Pendahuluan
Pembicaraan ini mengenai dua aspek yang berbeza, aspek teori dan fenomena dalam sastera Melayu dan Indonesia. Yang satu lebih teoretikal, sedangkan yang lain berupa perlaksanaan.
Pembicaraan teori juga menyinggung metoda pelaksanaanya. Keduanya dapat dibezakan, tapi tak mungkin dipisahkan. Suatu teori mengambil bentuk melalui metoda pelaksanaanya. Akibatnya, dalam pembicaraan nanti disebutkan salah satu saja, mana yang lebih dipentingkan. Dengan begitu taklah bearti bahawa unsur lainnya tak penting atau tak ada,
Dalam membicarakan satu teori, disamping memberikan perkenalan, juga diberikan kritik, dari orang lain dan saya sendiri. Juga diberikan perlaksanaanya. Tapi supaya pembicaraan lancar, tak penuh sesak, perlaksanaan diberikan pada lampiran, apalagi contoh perlaksanaan itu cukup panjang. Namun begitu, tak semua teori akan diberikan contoh. Hanya teori yang langsung bekerja dengan teks, ini sesuai dengan penjurusan saya dalam mempelajari sastera. Dan teori ini memang menghendaki contoh perlaksanaan untuk menjelaskannya. Pendekatan kedua dari Swingewood (halaman 7) dan pendekatan Duvignaud tak akan dicontohkan. Keterangan yang diberikan pada bab berikut ini saya rasa sudah cukup menjelaskan.
Sesudah perbicaraan tentang tiap-tiap teori itu, ternyata ada kemungkinan lain, yang tak dapat di cakup oleh teori-teori itu. Kemungkinan lain itu dikemukakan dengan mengemukakan keadaan yang ada dalam sastera Melayu dan Indonesia, bagaimana fenomena perkembangan sastera Melayu dan Indonesia dapat didekati. Ini merupakan pembicaraan tentang aspek kedua yang lebih merupakan suatu perlaksanaan, meskipun pada hakikatnya ia tak mungkin terlepas dari landasan teori.
Data digunakan dalam pembicaraan ini adalah data yang berhubung dengan sastera Melayu dan Indonesia. Dan dengan menyedari sepernuhnya akan kemungkinan beberapa erti yang dipunyainya, saya menggunakan kedua istilah itu, Melayu dan Indonesia, dalam hubungan pengertian berikut :
(a) Penggunaan kedua istilah itu pertama kali dilandasi oleh fikiran yang pernah saya kemukakan dalam tahun 1960, yang kemudian saya ulang lagi dalam tahun 1969, yang melihat aspek politik yang melekat dalam penggunaan ‘bahasa Melayu’ dan ‘bahasa Indonesia’ di Indonesia. Yang kedua, ‘bahasa Indonesia’, sebelum perang dunia kedua, digunakan oleh pejuang kemerdekaan dan diistiharkan kelahirannya pada 28 Oktober 1928. Sebelumnya, ia belum lagi bernama ‘bahasa Indonesia’. Namun begitu, Belanda ketika itu masih tetap menemaninya sebagai ‘bahasa Melayu’ (of. U. Junus, 19601 1969).
(b) Pengertian Melayu tadi memang tak dapat dipisahkan dengan ‘bahasa Melayu’ dalam arti kebahasaan, yang tak membezakan antara ‘bahasa Melayu’ dan ‘bahasa Indonesia’. Pengertian ini juga dapat masuk ke dalam pengertian yang saya gunakan dalam pembicaraan ini.
(c) Meskipun kedua pengertian itu dapat dibezakan tapi ia tak dipisahkan dalam pembicaraan ini. Begitu juga halnya dengan kedua istilah itu. Dengan begitu, tak ada pembicaraan yang khusus dinamai ‘pembicaraan tentang sastera Melayu’ atau ‘ tentang sastera Indonesia’. Penggunaan kedua istilah itu tidak digunakan untuk membatasi pembicaraan, tapi untuk memungkinkan ruang-lingkup pengambilan data yang lebih luas.
Text
Hiburan dalam masyarakat Melayu bandaran 1870 hingga 1941 : satu kajian tentang pertumbuhan budaya popular
Abstrak
Kajian ini adalah mengenai pertubuhan hiburan dalam masyarakat Melayu bandaran antara tahun 1870 hingga tahun 1941. Tujuan utamanya ialah mengkaji dan Menganalisa pertumbuhan unsur-unsur budaya popular bandaran yang muncul berikutan perubahan masyarakat itu. Bab I menerangkan ruanglingkup dan rangka konsep yang berikut dengan kajian.
Bab II menerangkan proses perubahan masyarakat Melayu berikutan dengan campurtangan pentadbiran kolonial inggeris yang bermula dalam abad ke 19. Perbincangan mengenai petubuhan bandar-bandar kolonial dan bentuk serta ciri-ciri budaya Melayu tradisional dilakukan dalam Bab III. Proses dalam perubahan dalam sistem-sistem politik dan ekonomi serta perkembangan pelajaran dan teknologi moden zaman colonial adalah faktor-faktor asas yang berkaitrapat dengan pertumbuhan budaya popular.
Dalam melihat pertumbuhan unsur-unsur budaya popular, khususnya hiburan dalam masyarakat bandaran, kajian ini menumpukan kepada pertumbuhan teater popular, musik, tarian dan lawak jenaka serta media hiburan filem dan radio. Bab IV menumpukan perhatian kepada teater popular Melayu yang muncul dalam akhir abad ke 19 dan mencapai kemuncak kegemilangannya dalam tahun-tahun 1920an dan 1930an. Pergerakan Bangsawan atau Opera berasaskan kepada ciri-ciri teater popular. Teater ini juga merupakan asas kepada pertumbuhan musik, tarian dan lawak jenaka secara popular. Perbincangan dalam Bab V menumpukan kepada pertumbuhan musik tarian dan lawak jenaka. Piring hitam sebagai media hiburan moden telah memperkembangkan musik Melayu secara popular. Media penting sebagai asas perkembangan hiburan yang sangat popular selepas Perang ialah filem dan radio. Perbincangan Bab VI ialah mengenai pertumbuhan filem dan radio sebagai media hiburan popular. Bab VII pula menumpukan kepada proses medenisasi dan urbanisasi unsur-unsur budaya Melayu. Perbincangan Bab ini merupakan beberapa rumusan dan generalisasi mengenai perumbuhan hiburan masyarakat Melayu zaman kolonial.
Jadi, pertumbuhan budaya bandaran semasa kolonial adalah memperlihatkan unsur-unsur budaya popular yang berkembang semakin kompleks kemudian. Pertumbuhannya adalah berikutan dengan perubahan masyarakat bandaran itu sendiri.
Text
Pembinaan Bahasa Melayu : satu pengkajian khusus mengenai perancangan bahasa di Malaysia
Abstrak
Kajian ini adalah mengenai perancangan bahasa yang telah berlaku di Semenanjung Malaysia dengan perancangan bahasa dimaksudkan langkah-langkah secara sedar yang telah diambil oleh pihak-pihak yang berkuasa dalam hal penggunaan bahasa Melayu, samaada dalam bentuk keputusan atau pelaksanaan dasar, demi untuk membina bahasa Melayu itu menjadi suatu bahasa yang antarterjemah dengan bahasa-bahasa lain yang dianggap sudah maju ertikata berkeupayaan menjadi alat sains dan teknologi dan seterusnya meluaskan penggunaan bahasa Melayu yang sudah diperkembangkan itu dalam segala bidang penghidupan masyarakat.
Dalam tesis huraian dibahagikan kepada lima bab. Bab pertama ialah pendahuluan yang menghuraikan latarbelakang sejarah dan masyarakat bahasa melayu di Semenanjung Malaysia ini. Bab kedua menghuraikan dasar bahasa negara pelaksanaannya. Dalam bab ini ditulis latarbelakang pembentukan dasar bahasa itu dan kemudian meninjau masaalah-masaalah yang dihadapi dalam melaksanakan dasar itu.
Bab ketiga menghuraikan perkembangan bahasa Melayu. Dengan perkembangan bahasa Melayu dimaksudkan proses-proses yang telah berlaku atau dilakukan disekitar (a) penciptaan atau penyemakan sistem tulisannya, (b) penstandardannya atau pemilihan bentuk dialek yang hendak dijadikan norma serta penulisan tatabahasanya, dan (c) pemodenannya yakni pembaruan-pembaruan akibat dari pertambahan kepada leksikonnya. Kesemua aspek perkembangan bahasa Melayu seperti yang telah dihuraikan ini telah ditinjau secara detail dalam bab ini.
Bab keempat adalah mengenai peluasan penggunaan bahasa Melayu. Dalam bab ini ditinjaukan cara-cara yang telah di ambil oleh Kerajaan melaksanakan penggunaan bahasa Melayu dalam dasar pelajaran kebangsaan dan dalam pentadbiran negara. Kejayaan-kejayaan yang telah dicapai dalam melaksanakan dasar bahasa setakat ini dihuraikan secara perangkaan di dalam bab ini. Tujuannya adalah untuk memperlihatkan kelemahan atau kekurangan yang terdapat supaya tiap-tiap satunya dapat diperbaiki kemudian nanti.
Bab kelima dadalah bab penutup. Sebagai penutup, bab ini menyimpulkan hasil proses perancangan yang telah berlaku dalam pembinaan bahasa Melayu dan mencadangkan langkah-langkah yang harus diambil dalam rangka mengusahakan pembinaan bahasa Melayu itu.
Text
falsafah
pelajar
Dari menara gading: Falsafah dan fungsi asrama universiti
Keadaan para pelajar di sepanjang masa berada di kampus (universiti) adalah seperti garisan yang berombak-ombak, dan ini sebenarnya berbeza antara satu individu dengan individu yang lain.
Text
Social problems
Penulis tamu: Dua belas tanda zaman gerhana
Musibah lain yang ditunjukkan Zaman Gerhana ialah skandal seks dari peringkat atasan hingga di kalangan orang-orang besarnya.
Text
Pencen
Penyesuaian diri selepas bersara
Apa yang ketara, tentera semasa perkhidmatan mereka dilatih untuk mengikuti dan mengamalkan disiplin-disiplin diri yang kemas dan teratur.
Text
Social problems
Bekas perajurit ada pembelanya
Kepada siapakah bekas-bekas perajurit dan balunya akan memohon pertolongan dan meminta khidmat nasihat jika Persatuan Bekas Perajurit Malaysia (PBPM) tidak ditubuhkan?
Text
Politics
Musa Hitam semakin malap?
Rakyat tertanya-tanya kenapa dan mengapa Datuk Musa Hitam mengundurkan diri. Setengahnya merasa ralat dan terharu.
Text
gaya hidup
orang asli
...1 more
The Temiar and the Semai...
"The Temiar and the Semai are largely jungle dwellers, and a majority of them live in the hilly country. Moreover, in a large number of cases, their social organization is based upon the longhouse. Then there is an other group of tribes, the Jah Hut, the Che Wong and the Semok Beri, who live in individual family houses, and whose social organization approximates to that some of the Proto-Malay tribes, although it is much simpler."
Text
orang asli
Senoi
The term 'Senoi' is of comparatively...
"The term 'Senoi' is of comparatively recent origin, and in the past the word 'Sakai' was normally used for the tribes with whom we are concerned here. The word 'Sakai', however, is most unsatisfactory, first because it was at times used to describe Orang Asli as a whole and at others to refer only to the Senoi; and second because the word has undesirable connotations, as it means dependants or slaves."
Text
Halak
kepercayaan
...2 more
The shaman has varied and important...
"The shaman has varied and important functions, and he occupies a significant place in the religion of the Negritos. We must examine the functions of the halak in more detail in order to understand this clearly. Schebesta begins by saying that his preliminary investigation has shown that the halak is partly a medicine man or a healer, and partly a priest (1957:120). But more detailed research convinced him later on that the halak is primarily a shaman, a man who is able to fall into a trance (1957:154)."
Text
p.ramlee
P. Ramlee seniman lagenda
Dia menggunakan media filem atau karya-karya lagunya untuk menyindir masyarakat tanpa masyarakatnya rasa tersindir.
Text
education
Umno dan dasar pelajaran kebangsaan
Dasar dan sistem sekolah kebangsaan yang sedang kita praktikkan kini sudah tentu tidak dapat dibayangkan tanpa kesedaran politik di kalangan orang-orang Melayu zaman sebelum merdeka lagi.
Text
employment
Keadilan dalam mencari kerja
Jikalau seseorang penganggur itu tidak berhati-hati atau mempunyai daya sabar yang tinggi maka lambat laun ia akan mengalami tekanan perasaan atau sakit jiwa.
Text
kepimpinan
leader
...1 more
The headman at Kampong Lalang...
"The headman at Kampong Lalang has similar functions to that of a traditional Negrito leader; but he also acts as the representative of the villagers in their dealings with government officials. Today, this is in fact one of his most important functions."
Text
sastera
Sastera SPM: Novel Melayu yang bukan fiksi
Keadaan memilih watak nama Melayu dan tempat-tempat yang sebenarnya wujud dalam realiti, sudah menjadi satu amalan kepada penulis novel.
Text
sastera
Sastera SPM: Penghayatan cerpen dan novel
Sebuah cerpen atau novel yang dibawakan dalam bentuk prosa lebih mirip kepada keadaan kehidupan kita sehari-hari.
Text
Geography
Geografi SPM: Pertanian jualan di Malaysia
Pertanian jualan yang utama di Malaysia ialah kelapa sawit, getah, koko, nanas, kelapa, teh, lada hitam, kopi dan tembakau.
Text
health risk
Bahaya asbestos
Seseorang yang terhidu habuk asbestos dari udara berkemungkinan besar menghidapi penyakit asbestosis, iaitu sejenis penyakit yang melibatkan luka-luka di bahagian paru-paru.
Text
muzium
Muzium Sarawak simpan khazanah bumi Kenyalang
Muzium ini menyimpan banyak khazanah pusaka nenek moyang anak bumi Kenyalang. Di dalam bangunan inilah terkumpulnya pelbagai jenis barang tinggalan yang amat berharga.
Text
Terrorism
Kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin
Semenjak kewujudan pergerakan zionis beberapa keganasan telah dilakukan dalam pelbagai bentuk dan cara untuk melemahkan rakyat Palestin.
Text
orang asli
Pendidikan
...1 more
In some areas, the Negritos have given the explanation...
"In some areas, the Negritos have given the explanation that their children have been discriminated against at school, both by the non-aborigine pupils as well as by those of other Orang Asli tribes. But a more fundamental reason for this indifference to education is undoubtedly the nomadic way of life which not anly prevents regular attendance at school, but also makes the skills and values acquired in these schools irrelevant to the main business of the tribe-to survive without cultivation, and without reliance upon outside help."
Text
medical treatment
orang asli
...1 more
Other significant social changes consist...
"Other significant social changes consist of the total substitution of bows and arrows by the blowpipe, and finally, we must also mention the almost universal awareness, by nearly all of the groups, of the desirability of modern medical treatment. Most Negritos were extremely reluctant to seek a physician's advice up to about fifteen years ago, let alone be admitted into a hospital, but today very few signs of his reluctance still remain."
Text
kematian
kepercayaan
...1 more
The central theme is that every human being has at least two souls: one is his life-spirit which gives him breath and...
"The central theme is that every human being has at least two souls: one is his life-spirit which gives him breath and keeps him alive and the other is his dream soul. When he is alive, a man's dream soul will leave his body at night; and it is the wanderings and adventures of the dream soul which are pictured in a man's dreams. After death, the life-spirit or the life-soul must perish; but the dream soul survives and after some days, when the funeral ceremonies have been concluded, it sets out on its journey to the next world."
Text
kepercayaan
orang asli
...2 more
The emotional atmosphere during the seance is...
"The emotional atmosphere during the seance is ambiguous. At times the crowd is silent, and the women in particular show their awe and even fear, especially when the tiger's roar is heard. A few minutes later, the mood may change. The halak-and it must be remembered that he is now a chinoi-jokes with the crowd, and will even ask for a cigarette. In truth, the panok ceremony is partly a religious occasion and partly a public spectacle, or even a form of entertainment. The mood of the crowd changes with the nature of the questions asked."
Text
kepercayaan
kepimpinan
...2 more
We have already referred to the respectful and influential position that a halak...
"We have already referred to the respectful and influential position that a halak enjoys in Negrito society. This respect extends beyond the grave, for a halak's funeral is different from that given to an ordinary man. A halak is not buried in the usual way. Instead, his corpse is eihter placed in the branches of a tall tree, or else it is buried in a sitting position, with the head exposed for the latter must never be covered with earth. A halak does not depart immediately into the next world but becomes a tiger instead."
Text
Poets
Atiqah penyair rebutan
Di zaman Atiqah berusia remaja dan sudah layak bersuami (berumahtangga), orang-orang kagum dan banyaklah pemuda yang menginginkan dan memohon untuk menjadikan isteri.
Text
CERPEN
Cerpen; Koma
"Lagi-lagi Asmara merenungi peti surat yang tidak bernyawa dengan mulu ternganga. Renungan itu ternyata renungan kosong; renungan yang tidak bermakna."
Text
Ndebele
Kehidupan kaum Ndebele yang unik
Bukan hanya tradisi membuat rumah kaum ini mula lenyap, tetapi pakaian tradisional kaum wanitanya juga turut berubah.
Text
kepercayaan
orang asli
...2 more
To appease the deity, an old man or an old woman will cut the skin...
"To appease the deity, an old man or an old woman will cut the skin near to the shin bone, and collect the blood into a bamboo container. This blood is then mixed with water and a part of it is thrown into the air as a sacrifice to Karei, who lives in the sky. The remainder is poured onto the ground as an act of appeal for intercession by Yak Manoi, who dwells within the earth. This ceremony is accompanied by appropriate cries and prayers which explain the significance of the sacrifice."
Text
Bears
Grizzli beruang yang hampir pupus
Sungguhpun grizzli dikatakan sejenis binatang yang garang dan merbahaya, ia adalah sejenis binatang yang opportunis.
Text
kepercayaan
orang asli
...1 more
But it should be stressed that Karei, although generally feared, is not...
"But it should be stressed that Karei, although generally feared, is not regarded as an inherently malevolent king of being. If men behave themselves and conform to the acceptable mode of conduct, then Karei will not send evil of any kind to earth. It is only when tribal taboos have been broken that Karei will impose the necessary punishment, thus defending the righteousness of the accepted social order."
Text
agama
kepercayaan
...2 more
One of the main difficulties is that the Negritos, being a preliterate people, do not possess any written sacred scripts...
"One of the main difficulties is that the Negritos, being a preliterate people, do not possess any written sacred scripts or documents, as it is that informants are likely to give different answers to one's questions, thus creating an impression of a lack of conformity, and even of confusion. Similarly, the various tribes and even the different nomadic bands at times, will have different interpretations of what is accepted as dogma. But this impression of a lack of conformity and confusion must not be exaggerated for after all, even the followers of the world's great religions, especially the laymen, will by no means be able to provide identical accounts of what they believe in."
Text
Politics
Apa yang Waldheim buat semasa perang?
Beliau juga telah menafikan mengetahui kekejaman yang dilakukan oleh tentera Jerman terhadap kumpulan Partisan Yugoslavia.
Text
Terrorism
Keganasan di Sri Lanka
Masalah yang dihadapi oleh Sri Lanka sekarang ialah keganasan yang berkemungkinan mendapat sokongan dan bantuan dari pihak luar.
Text
Tragedy
Tragedi Chernobyl: Maut dari nuklear
Bahan radiasi nuklear berkemungkinan besar akan merebak ke negara-negara mereka dibawa oleh angin dan cuaca.
Text
tokoh
Projek sepuluh tahun IPT Universiti Malaya: Kamus biografi Malaysia
Kamus biografi ini lazimnya memuatkan fakta tentang kelahiran, kematian dan jawatan kamus ini juga memberikan penilaian tentang pencapaian terpenting tokoh yang berkenaan dalam bidangnya masing-masing.
Text
Islam history
Beruas: Tempat pertama didatangi Islam di Tanah Melayu?
Mengikut urutan sejarah tanah air kita agama Islam datang menggantikan Hinduisme dan Buddhisme.
Text
children
Anak sebagai amanah Allah
Kita mahu bahawa anak-anak kita menjadi orang-orang Islam tulen, orang-orang Islam yang bertanggungjawab terhadap bangsa, agama dan tanah air.
Text
health
Derita kanak-kanak
Penyakit ini telah membawa maut kepada empat juta kanak-kanak dan merupakan pembunuh kanak-kanak yang utama dalam dunia hari ini.
Text
Social problems
"Darul Falah" ringankan beban anak yatim
Darul Falah menerima anak yatim piatu tanpa mengira dari segi prestasi pelajaran dan dibenarkan tinggal di asrama itu sehingga tamat persekolahan.
Text
Social problems
Sejenak di rumah kanak-kanak Tengku Budriah
Kedatangan kami telah disambut dengan manis oleh penguasanya dan air muka gembira kelihatan menghiasi wajah anak-anak terbuang di tempat ini.
Text
Social problems
Mencari kasih yang tiada
Kadang-kadang mereka menangis sendirian bila melihat teman-teman sebaya keluar bersiar-siar di hujung minggu bersama ibu dan bapa dalam sebuah kereta.
Text
Social problems
Rumah Bakti menjaga kebajikan anak-anak yatim
Pengendalian Rumah Bakti ini mengikut peraturan asrama, sejajar dengan tujuannya untuk membantu perkembangan pembelajaran anak-anak yatim ini.
Text
Social problems
Sistem pondok bantu anak yatim
Keistimewaan sistem pondok itu ialah ibu bapa angkat akan tinggal bersama dengan anak-anak yatim itu demi mewujudkan suasana kehidupan kekeluargaan.
Showing 2951 to 3000 of 16337 results
Page
of 327
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2