Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (315 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Collection: Abstrak Kertas Projek APM
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
Kesultanan Melayu dari segi pensejarahan-nya
Latehan Ilmiah Pendek ini adalah di-susun dengan berdasarkan tiga buah buku sejarah Melayu, ia-itu:
1- "Sediarah Melayu" terbitan Djambatan ( 1958 ).
2- "Misa Melayu" edisi R.O Winstedt ( salinan Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur 1962).
3- "Hikayat Merong Mahawangan" edisi R.J. Wilkinson Malaya, Kuala Lumpur 1962).
Sebab pun pengajian ini di-dasarkan kepada tiga buah teks sahaja ia-lah kerana kesuntokan ruangan yang telah di-tetapkan, pada hal espek2 yang hendak di-kaji itu ada-lah tersangat luas. Namun begitu penyusun akan menchoba juga menimbulkan beberapa hal mengenai tajok kajian ini dengan berdasarkan bukti2 yang terdapat dari ke-tiga2 buah teks tersebut.
Text
cara penangkapan gamat
jenis gamat
...3 more
Khasiat gamat dari perspektif perubatan Melayu
Bab pertama ialah bahagian pengenalan. Pada bahagian ini, pengkaji menyentuh mengenai latar belakang kajian ini termasuk objektif, bidang kajian, metodologi kajian dan masalah yang timbul sepanjang kajian dilakukan. Selain itu, sedikit sebanyak pengenalan gamat dibincangkan secara ringkas.
Pada bahagian bab kedua pula, tumpuan pengkaji adalah kepada latar belakang spesies gamat secara terperinci. Bahagian ini memuatkan pengenalan kepada spesies gamat, perjenisan gamat yang ada di perairan Malaysia, habitat semula jadi gamat sama ada di daratan dan lautan serta teknik penangkapan yang digunakan untuk memperolehi gamat untuk tujuan perubatan.
Bab ketiga lebih memfokuskan kepada intipati kajian ini iaitu khasiat gamat yang dipercayai mampu menyembuhkan beberapa penyakit di kalangan orang Melayu. Pengkaji juga membincangkan konsep perubatan Melayu secara ringkas dengan menggunakan salah satu prinsip perubatan Melayu iaitu "setiap keuzuran ada penawarnya". Prinsip ini telah diaplikasikan oleh pengkaji dalam bab tiga dengan tujuan membuktikan gamat sebagai bahan perubatan.
Bab keempat adalah berkisar kepada pengkomersialan gamat. Tumpuan pengkaji bermula dari pemprosesan gamat secara mentah melalui pelbagai teknik yang digunakan oleh pengusaha sehinggalah ia dipasarkan kepada pengguna. Aspek pemasaran dan sambutan turut diberi penekanan untuk melihat sambutan pengguna.
Bab kelima merupakan bahagian kesimpulan iaitu rumusan yang diperolehi hasil kajian ini secara keseluruhannya.
Text
CERPEN
modul pengajaran
...3 more
KOMSAS: Suatu pedoman guru Tingkatan 4
Kajian ini telah melihat secara keseluruhan aspek-aspek penting yang terkandung di dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia Sekolah Menengah. Huraian yang telah dihasilkan ini meliputi teksw Antologi Anak Laut yang digunakan di negeri-negeri utara Semenanjung, iaitu negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perak.
Ini bertujuan untuk mengelakkan kebosanan yang akhirnya akan menumpulkan minat pelajar-pelajar untuk mendalami komponen kesusasteraan ini. Terdapat berbagai-bagai aktiviti yang boleh digunakan oleh guru-guru tetapi akibat kekangan ruang dan waktu, kajian ini hanya menyentuh secara sepintas lalu pendekatan-pendekatan asas dalam ppedagogi kesusasteraan.
Text
Dialog Serantau
Kerjasama Dua Hala
...2 more
Konflik tuntuan Kepulauan Spratly dari segi Undang-Undang Antarabangsa
Tuntuan bertindih ke atas Kepulauan Spratly di Laut China Selatan merupakan salah satu isu yang begitu lama untuk diselesaikan bahkan segala proses untuk menyelesaikan masih tertangguh di peringkat meja rundingan negara China, Taiwan, Vietnam, Malaysia, Filipina dan Brunei merupakan negara yang terlibat secara langsung di atas perebutan kepulauan Spratly. China, Taiwan dan Vietnam menuntut Spratly berdasarkan kepada Undang-Undang Antarabangsa yang berasaskan penggembaraan dan pendudukan (discovery and occupation) manakala Filipina menuntutnya berdasarkan perolehan penemuan (prescriptive acquisition).
Pada tahun 1982, Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Undang-Undang Laut (United Nation Convention on the Law of the Sea - UNCLOS III) telah memperkenalkan konsep Zon Ekonomi Eksklusif (Exclusive Economic Zone - EEZ) dan Pelantar Benua (Continental Shelf) dengan penetapan 200 batu nautika dan 12 batu nautika dalam lingkungan tuntutan wilayah laut. Malaysia dan Brunei menuntut sebahagian daripada wilayah kepulauan Spratly berdasarkan penetapan tersebut.
Kertas kajian ini adalah bertujuan untuk mengutarakan dan meneliti isu yang merangkumi asas-asas tuntutan bertindih Kepulauan Spratly dan membincangkan cara yang terbaik dalam menyelesaikan konflik tuntutan bertindih di Gugusan Spratly. Tuntuan Kepulauan Spratly merupakan salah satu isu yang begitu kompleks untuk diselesaikan secara mendalam khususnya dalam aspek Undang-undang Antarabangsa dan Undang-undang Laut yang melibatkan negara yang menuntutnya.
Text
Konsep dan idea Ishak Haji Muhammad terhadap kesusateraan dan kesusasteraan zamannya
Arena perjuangan mereka ini banyak disalurkan melalui tulisan samada dalam bentuk makallah, novel dan cerpen.
Text
Konsep dan idea kesusasteraan
Pembicaraan tentang konsep dan idea kesusasteraan beliau ini adalah ditinjau dari bahan-bahan karyanya yang saya temui iaitu 6 buah novel, 3 buah cerpen dan 10 buah puisi.
Text
Konsep dan Idea Kesusastraan
Kajian mengenai konsep dan idea kesusatraan salah seorang penyajak di negeri Terengganu belum ladi dibuat hingga sekarang terutama terhadap penyaiar yang sudah terkenal dalam penulisan tersebut.
Text
perubatan tradisional
sosiobudaya
Konsep penyakit dalam sistem perubatan tradisional masyarakat Melayu
Masyarakat Melayu sejak zaman berzaman lagi kaya dengan warisan kepercayaan terhadap sesuatu fenomena budaya. Anggapan ke atas sesuatu fenomena akhirnya menjadi doktrin untuk diamalkan oleh mereka. Konsep penyakit tidak terkecuali dalam fenomena kepercayaan masyarakat Melayu. Masyarakat Melayu mempunyai cara tersendiri di dalam mengongsepsikan penyakit..
Text
penyakit
perubatan Melayu
...1 more
Konsep Penyakit dalam Sistem Perubatan Tradisional Masyarakat Melayu
Masyarakat Melayu sejak zaman berzaman lagi kaya dengan warisan kepercayaan terhadap sesuatu fenomena budaya. Anggapan ke atas sesuatu fenomena akhirnya menjadi doktrin untuk diamalkan oleh mereka. Konsep penyakit tidak terkecuali dalam fenomena kepercayaan masyarakat Melayu. Masyarakat Melayu mempunyai cara tersendiri di dalam mengongsepsikan penyakit.
Text
askar wataniah
ATM
...1 more
Konsep pertahanan menyeluruh di Malaysia pasukan simpanan menuju tahun 2020
Text
Konsep Taman Melayu Berdasarkan Reka Bentuk Rumah Melayu Tradisional
Tajuk kajian yang telah dipilih ialah 'Konsep Taman Melayu'. Kajian mengenai konsep ini dipilih untuk menentukan konsep pembentukan ruang luaran bagi rumah tradisional Melayu. Konsep bermakasud satu idea utama yang menggambarkan idea kesuluruhan dalam sesuatu penghasilan. Justeru kajian yang melibatkan konsep Taman Melayu seharusnya mempunyai ciri-ciri kesenian yang melambangkan masyarakat melayu. Secara amnya, Taman Melayu merupakan satu konsep taman yang unik dan terkenal dengan kebun dapur yang terdiri daripada pelbagai jenis sayur-sayuran dan tanaman herba.
Text
Seni Persembahan
Wayang Kulit
Kosmologi Melayu dalam seni persembahan Wayang Kulit Siam di Kelantan
Penulis menumpukan kajian ini pada dua aspek yang utama iaitu seni persembahan Wayang Kulit Siam dan perkaitannya dengan kosmologi Melayu dalam masyarakat Melayu Kelantan. Masyarakat Melayu tradisional di negeri Kelantan sebenarnya amat kaya dengan hasil-hasil kesenian tradisional seperti 'Wayang kulit', 'Mak Yong', 'Main Puteri', 'Dikir Barat', 'Rebana Ubi' dan banyak lagi. Mereka sentiasa menjaga dan menyanjungi warisan budaya turun-temurun hingga kini. Namun, dalam setiap kesenian itu diselitkan pengucapan-pengucapan secara abstrak dan simbolis, yang hanya dapat difahami oleh mereka yang arif tentangnya.
Wayang Kulit Siam merupakan hiburan utama bagi masyarakat Melayu tradisional di Kelantan. Selain iut, Wayang Kulit Siam juga digunakan untuk tujuan-tujuan pengubatan secara tradisional yang berkaitan dengan 'semangat' atau 'angin'. Cara pengubatan sebegini dimainkan dalam persembahan Wayang Kulit Berjamu, yang penuh dengan upacara-upacara magis dan ritual.
Text
Kuda Kepang
Kuda Kepang
Menurut informan, Wak Kasman, tarian kuda kepang merupakan satu bentuk permainan tradisional yang amat digemari oleh penduduk yang berketurunan Jawa. Oleh kerana di negeri Johor khususnya terdapat ramai anggota masyarakat yang berketurunan Jawa, maka tarian ini amat popular di negeri tersebut. Menurut Wak Kasman lagi di kawasan Ulu Selangor juga terdapat permainan kuda kepang ini.
Terdapat dua jenis kuda kepang. Pertamanya adalah Kuda Kepang Jaranan. Jenis kuda kepang ini amat popular di daerah Muar. Ianya tidak menggunakan ilmu sihir dalam persembahan dan mereka yang memainkannya tidak mengalami keadaan tidak sedarkan diri. Keduanya ialah kuda kepang biasa sahaja. Ia berbeza dengan Kuda Kepang Jaranan dimana pemainnya akan mengalami keadaan tidak sedarkan diri. Malah mereka yang melihatnya, terutama mereka yang lemah semangat juga akan mengalami keadaan tidak sedarkan diri. Kuda kepang ini tidak begitu popular lagi kerana persembahannya yang agak berbahaya.
Text
Johor
Kuda Kepang
Kuda Kepang (Khasnya di Negeri Johor)
Kuda Kepang adalah kuda-kudaan yang diperbuat daripada anyaman buluh. Perkataan 'kepang' membawa maksud anyaman. Kuda-kudaan ini digunakan oleh pemain-pemain untuk menggantikan kuda sebenar. Kuda Kepang ini terkenal di kalangan penduduk negara ini yang berketurunan Jawa. Kuda Kepang ini biasanya dipersembahkan di dalam upacara sambutan dan majlis-majlis keramaian.
Kuda kepang ini ada hubungannya dengan kuasa ghaib. Oleh itu di dalam pertunjukan kuda kepang ini selalunya didapati beberapa orang pemain terlalu ghairah hingga tidak sedarkan diri atau mabuk. Mereka yang mabuk ini akan dipulihkan oleh bomoh atau pengawal-pengawal yang telah siap sedia dari awal hingga ke akhir pertunjukan.
Text
Lagu Melayu Asli: Kajian Tentang Tiga Senikata Lagu
Kertas projek ini bertajuk Lagu Melayu Asli: Kajian tentang Tiga Senikata Lagu. Kajian membincangkan tentang makna yang terkandung di dalam lagu-lagu Melayu Asli terpilih di samping mengkaji unsur-unsur yang menjadi elemen kepada pembentukan senikata lagu Melayu asli tersebut. Turut membincangkan adalah aspek sejarah awal dan perkembangan muzik Melayu Asli pada zaman dahulu hingga kini.
Text
Lagu Melayu Asli: Kajian tentang Tiga Senikata Lagu
Kertas projek ini bertajuk Lagu Melayu Asli: Kajian tentang Tiga Senikata Lagu. Kajian membincangkan tentang makna yang terkandung di dalam lagu-lagu Melayu Asli terpilih di samping mengkaji unsur-unsur yang menjadi elemen kepada pembentukan senikata lagu Melayu asli tersebut. Turut membincangkan adalah aspek sejarah awal dan perkembangan muzik Melayu Asli pada zaman dahulu hingga kini.
Text
Laporan Projek Pemuliharaan Manuskrip Surau Galau, Sijunjung, Padang, Indonesia
Text
Local Malay Folklore
Dalam menjalankan tugas untok mengompotkan sastera rakyat ditempat sendiri atau 'Local Malay Folklore' yang maseh tersimpan sa-dikit2 lagi dalam kepala orang2 tua2 dan yang belum diabadikan dalam bentok tulisan, saya telah berjaya mengompolkan beberapa buah cherita pendek2. Cherita2 itu ialah: lagenda, memorate, cherita2 jenaka, wayang kulit, kepercayaan2, upachara2 dan adat istiadat.
Text
Main Peteri
Satu Persembahan Muzik Melayu Tradisional
Esei ini adalah merupakan sebuah kajian ringkas yang dibuat ke atas persembahan Main Peteri di negeri Kelantan. Ianya bertujuan untuk menerangkan sedikit sebanyak tentang satu bentuk persembahan Main Peteri yang dinilai dari sudut seni dan muzik yang terdapat padanya.
Text
Melayu
Muzik
...3 more
Main Puteri
Satu Bentuk Persembahan Muzik Melayu Tradisional
Mainan Puteri adalah satu cara perubatan yang terdapat dalam masyarakat Melayu tradisional di Kelantan. Sehingga kini ia masih tetap diamalkan oleh segolongan masyarakat Melayu terutama di kawasan-kawasan luar bandar. Selain daripada negeri Kelantan, Main Puteri juga terdapat di Thai Selatan.
Cara perubatan ini berkaitrapat dengan kepercayaan Animisme yang bertapak teguh dalam masyarakat Melayu hasil dari tinggalan pengaruh Hindu. Main Puteri biasanya untuk mengubati penyakit-penyakit yang disebabkan oleh gangguan kuasa-kuasa luar biasa seperti Hantu, Jembalang, Jin, Iblis, Penunggu dan sebagainya. Berhubung dengan sakit yang diakibatkan oleh unsur-unsur halus itu, mereka mempercayai ia hanya dapat diubati oleh orang-orang tertentu yang ada hubungan dengan unsur-unsur tadi.
Text
Malays and Modernization
(A Sociological Interpretation)
Dalam buku, 'Malays and Modernization' (A sociological Interpretation) pengarang Tham Seong Chee, telah membicarakan tentang aspek-aspek sosio-ekonomi dan politik yang terdapat di kalangan masyarakat Melayu tradisional. Beliau berpendapat bahawa nilai-nilai kebudayaan dan adat yang diwarisi oleh masyarakat Melayu turun temurun itu adalah menjadi faktor penghalang kepada kemajuan, khusunya dalam bidang ekonomi.
Text
Malays and modernization a sociological interpretation
Dalam buku 'Malays and Modrnization' (A Sociological interpretation ) pengarang Tham Seong Chee, telah membicarakan tentang aspek aspek sosio-ekonomi dan politik yang terdapat dikalangan masyarakat Melayu tradisional. Beliau berpendapat bahawa nlai-nilai kebudayaan adat yang diwarisi oleh masyarakat Melayu sejak turun temurun ituadalah menjadi faktor penghalang kepada kemajuan, khususnya dalam bidang ekonomi. Ini adalah kerana masyarakat Melayu tradisional tidak mempunyai peluang unuk melakukan sesuatu pekerjaan yang dianggap bertentangan dengan nilai-nilai kebudayaan. Hasl daripada keadaan ini, masyarakat Melayu melakukan pemilihan pekerjaan yang sejajar dengan nilai-nilai kebudayaan. Sementara itu, corak pemilihan pekerjaan masyarakat Melayu tradisional itu tidak menghasilkan pendapatan yang lumayan malah ia lebih bersifat tolong menolong, bergotong royong dan sebagainya. Pada suatu ketika, pengarang juga mengatakan bahawa, masyarakat Melayu tradisional berminat untuk membela ayam tetapi ianya bukan untuk tujuan penjualan . Mereka membela ayam adalah untuk mengadakan permainan menyabung ayam yang memberikan hiburan kepada masyarakat kampung pada waktu itu.
Text
Defence Policy
External relations
...1 more
Malaysia's foreign and defence policy (1957-1967)
The study of National Foreign Policies has maintained a sustained interest among the scholars of international relation even after some attention has shifted to the study on non-national and supra national actors. Despite the discipline's continued emphasis on foreign policy analysis, the policies of the third world countries have not received the attention commensurate with their growing importance in world politics.
Little had been written on Tunku Abdul Rahman and his Foreign Policies between the period of 1957 to 1967. However the Malaysian Foreign Policy during Tunku Abdul Rahman period can be understood in term of a decision making by the Prime Ministers himself and the few who were comprising on of five men and he rally discussed them with the cabinet. The five were Tun Abdul Razak, Tun Dr. Ismail, Tan Sri Ghazali Shafie, Tun Tan Siew Sin and Tun Sambanthan. Most of the consensus view which includes economic growth which act as a key to political stability, anti-communism, Anglophilia and support for International Organizations.
Tunku used to discuss with Tun Razak, Tun Dr. Ismail during the free time and during informal contacts. This had become the source of decision making during Tunku's time. Malaysian Foreign Policy at that particular time was pro-west. Political elite at that time was pro-west who were trained from the United Kingdom, and the British who were the one trained them and then the British handed over the country in 1957. The other strong indication was that the Malays was really a disciplined character who always obey orders either from their political leaders of the Malay Sultanate. The Malays was the most dominant group at that particular time who works as a peasant. Traditionally the Malays are very friendly to the British and other races. The Chinese was the immigrant from the China who came to work in the mining industry. The Indian was brought into Malaya because the mining industry really require them to work as workers. As they arrived, the plural society was arise.
After independence Malaya was having a friendly relation with the British. This is due to the Chinese who has the different lifestyles and attitude were among who were suspected to be friendly with the CPM who were getting the support from mainland of China. Realizing about the strategic importance the Malayan government had the negotiation with the British, New Zealand, Australia and Singapore to form up SEATO and later led to the formation of AMDA.
Text
analisis teks
kitab tib
...2 more
Manuskrip Kitab Tib: Transliterasi dan Analisisnya
Dalam usaha untuk menggali kekayaan tradisi orang-orang Melayu tidak dapat tidak antara usaha untuk mendapatkannya adalah dengan cara memperlehinya daripada catatan lama orang-orang Melayu. Catatan ini adalah dikenali sebagai manuskrip. Manuskrip-manuskrip Melayu ini merupakan warisan pemikiran dan kebudayaan bangsa dan negara daripada zaman silam yang tidak ternilai harganya.
Manuskrip yang dipilih oleh penulis adalah digolongkan sebagai kitab tib oleh pihak Perpustakaan Negara bahagian koleksi Pusat Manuskrip Melayu. Manuskrip ini telah memaparkan cara-cara untuk mengubati permasalah yang mengganggu kehidupan seperti lemah tenaga, kesejahteraan rumah tangga, kesejahteraan diri dan sebagainya.
Text
kitab tib
manuskrip
Manuskrip Melayu Lama
Kitab Tib 468
Kitab ini menerang tentang cara-cara perubatan secara tradisional untuk berbagai jenis penyakit. Ramuan serta bahan untuk ubatan adalah terdiri dari banyak jenis tumbuhan, akar-akar kayu, daun-daunan dan sebagainya. Manakala, jampi serapah, doa dan rajahnya lebih berunsur Islam.
Text
faktor kemiskinan
kadar kemiskinan
...5 more
Masalah dan kecenderungan ekonomi Melayu : Satu kajian terhadap 161 orang pelajar Universiti Malaya
Kemiskinan masyarakat Melayu telah lama dibincangkan walaupun negara Malaysia telah mencapai kemerdekaan selama 43 tahun. Setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, banyak dasar pembangunan dilaksanakan tetapi kedudukan ekonomi masyarakat masih rendah jika dibandingkan dengan etnik yang lain. Kajian ini mengenai masalah ekonomi dan kecenderungan ekonomi Melayu dengan berdasarkan kepada 161 orang pelajar di Universiti Malaya. Kajian ini penting kerana para pelajar di universiti ini akan menentukan masa depan negara dan juga kedudukan ekonomi orang Melayu.
Konsep kemiskinan akan diterangkan dalam kajian ini di samping kemiskinan yang wujud di Malaysia. Faktor kemiskinan turut dibincangkan dengan teliti dalam bab kelima. Faktor kemiskian amat penting kerana dapat menyedarkan para pembaca kajian ini terhadap punca masalah kemiskinan.
Kecenderungan para pelajar di Universiti Malaya didapati mempunyai tanda-tanda positif dalam memperbaiki kemiskinan orang Melayu. Keinginan dan keyakinan mereka kelihatan meningkat demi mencapai kedudukan ekonomi yang lebih tinggi. Fenomena ini mungkin disebabkan pendidikan tinggi mereka di Universiti Malaya. Perkara ini adalah membanggakan kerana keseimbangan masyarakat Malaysia mempunyai harapan untuk dicapai dengan kecenderungan para pelajar di samping toleransi yang ikhlas daripada rakyat bukan Melayu, usaha yang gigih daripada kerajaan juga penentu kestabilan sosial Malaysia.
Text
kemiskinan
Masalah Kemiskinan di Kampung Jelai
Di Malaysia kemiskinan merupakan isu yang telah lama diperkatakan dari para pemimpin negara hinggalah ke peringkat pelajar. Kadar kemiskinan berterusan meningkat di luar bandar kerana saiz dan hak milik tanah yang kecil serta tidak ekonomik. Di samping itu, kenaikan harga bahan-bahan pertanian yang tidak memenuhi di pasaran dunia juga mempengaruhi pendapatan golongan petani negara kita. Kos hidup semakin tinggi atau meningkat dan guna tenaga tidak penuh dalam sektor pertanian. Ini berpunca dari kejadian perpindahan penduduk desa ke bandar-bandar yang berleluasa sekarang. Akibatnya, terdapat kekurangan buruh di beberapa sektor pertanian.
Text
dadah
Wanita
Masalah Penagihan Dadah di Kalangan Wanita
Satu Tinjauan
Masalah penyalahgunaan dadah kini merupakan gejala sosial sejagat yang sering melanda generasi muda di hari ini. Masalah dadah di Malaysia sekarang ini telah menjadi satu masalah serius di mana terdapat 141,613 orang penagih dadah yang telah dikesan sejak tahun 1970 sehingga bulan Jun, 1989. Masalah ini tetap serius walaupun pelbagai usaha pencegahan dijalankan oleh kerajaan atau badan sukarela.
Di bawah program perkhidmatan institusi, ianya menyediakan kemudahan untuk memulihkan penagih-penagih dalam 'setting' terkawal berasaskan sistem institusi terbuka. Pusat serenti merupakan satu bentuk program perkhidmatan institusi yang mana ianya ialah pusat pemulihan dadah di mana semua disiplin pemulihan penagih dadah terdapat di bawah satu bumbung. Setakat ini termasuk 17 Pusat Serenti di seluruh negara tidak termasuk dua buah Pusat Pemulihan Dadah Penjara. Pusat Serenti Kemumin merupakan satu-satunya pusat pemulihan dadah di negara ini dan juga di Asia Tenggara yang memberikan pemulihan khususnya untuk kaum wanita sahaja. Terdapat seramai 118 orang pelatih wanita di pusat ini dan hanya 33 orang daripadanya sahaja yang telah disoal selidik bagi tujuan kajian ini.
Text
konsep asas keluarga
penilaian remaja
...2 more
Masalah sosial remaja di gugusan FELDA Kerteh (Ketengah Jaya), Terengganu Darul Iman : Satu kajian kes
Kajian ini dibahagikan kepada 5 bab. Dalam bab atu, dibincangkan tentang tujuan kajian, bidang kajian yang dilakukan, kepentingan kajian, membincangkan metodologi dan masalah yang dihadapi semasa melakukan kajian.
Bab dua, membincangkan tentang beberapa konsesp asas, iaitu konsep masalah sosial, remaja, keluarga dan masyarakat. Penerangan ini dibuat untuk memperjelaskan apa yang hendak diterangkan nanti supaya tidak menimbulkan masalah kepada pembaca.
Dalam bab ini juga diterangkan tentang teori asas iaitu teori perubahan sosial dan teori struktur dan fungsi.
Bab tiga, membuat analisis kajian iaitu menerangkan tentang latar belakang tempat kajian dan latar belakang responden. Latar belakang tempat kajian meliputi sejarah pembukaan, pola penempatan dan kemudahan awam yang disediakan. Latar belakang responden pula menerangkan beberapa aspek seperti jantina, umur, masa bekerja, tanggungan, taraf pendidikan dan pendapatan responden.
Bab empat, penemuan analisis kajian. Membincangkan pandangan masyarakat terhadap masalah sosial, unsur-unsur yang mempengaruhi salah laku remaja dan peranan masyarakat khususnya keluarga dalam membendung masalah sosial.
Akhir sekali bab lima, beberapa analisis keseluruhan mengenai masalah sosial remaja dan beberapa cadangan untuk mengatasinya.
Text
Masjid Ulul Albab, Jertih sebagai Pusat Pembangunan Masyarakat
Latihan ilmiah tersebut berkaitan dengan seni bina, ragam hias dan fungsi serta kegunaan masjid Ulul Albab yang terletak di Kampung Seberang Jertih, Besut kepada pusat pembangunan masyarakat. Kajian tersebut dijalankan berdasarkan kaedah-kaedah yang tertentu bagi mencapai objektif kajian yang telah ditetapkan. Kajian tersebut dimulakan dengan memberikan pengenalan berkaitan sejarah umum seni bina masjid di Malaysia dan di Terengganu, meliputi sejarah masjid secara umum, diikuti sejarah pembinaan Masjid Ulul Albab, seni bina dan ragam hiasnya serta fungsi masjid tersebut sebagai pusat pembangunan masyarakat di kawasan tersebut.
Text
Methos dalam pensejarahan Melayu lama
Sejarah dan fable pada lahir-nya ada-lah sebagai kembaran tetapi keeratan pertalian kedua2-nya beransor renggang mengikut peredaran masa hingga pada akhir-nya bercherai-lah mereka. Persaudaraan itu melampaui beberapa kurun yang di-penohi oleh methos2, legenda2, roman2 dan roman2 sejarah. Sejarah beransur2 munchul daripada lautan fable itu hingga lama kelamaan perkara2 yang 'natural' pada suatu generasi itu berupa dongengan dan khayalan sahaja pada generasi yang terkemudian.
Text
challenges
contribution
...2 more
Military in nation building : With special reference to Malaysia
Since Nation-State comes into being, men always strive to have a united nation of people. History witnesses this endeavor in many facts, the Nazi's and Serbian at one extreme and the liberal one on the other. Malaysia as a young Nation-State plural as it is, with the Malay as the main race does not resort to the approach of the Nazi or the Serb in her endeavor to become a nation of people. It has chosen to integrate the arrays of people into one but never it was an easy task however at the outset able to realize a society that is harmony and live as one entity identified as Malaysian. This success had been the contribution of many elements within, which not only had work hard toward the realization but also sacrifices a lot of their self interest. hence, therefore this paper discusses one of the significant elements that is the military roles and contribution toward the end.
The approach adopted for this paper is descriptive discussion base on Malaysian experience in the endeavor base on previously documented experience and to some extend some undocumented experience of Military officer and civilian who had involved in the subject.
This papers are divided into five chapters: the first introduce to subject on general terms of nation building in particular within the Southeast Asian nation. Second chapters unfold the variable that effect Malaysia quest in nation building. The third, dwell into the theoretical aspect of the subject attempt to survey why the military is involved. The forth describe the activities that are conducted by MAF in supporting the civil bureaucracy in nation building. Finally the fifth conclude the paper.
Text
Muhammad Saleh Haji Awang (Misbaha) sebagai tokoh wartawan sastrawan sebelum perang dengan konsep dan idea kesusastraanya
Kajian tentang sumbangan Haji Muhamad Saleh dalam bidang kesusastraan belum lagi dilakukan oleh pengkaji-pengkaji sebelum Hashim Awang.
Text
Muzik Tradisional di Negeri Sembilan
Tumbuk Kalang
Tumbuk Kalang adalah satu alat yang berbentuk lesung yang boleh mengeluarkan bunyi dan lagu apabila diketuk dan ia merupakan satu bentuk muzik tradisional di Negeri Sembilan. Permainan ini biasanya diadakan pada temasya mengemping padi di musim menuai iaitu padi muda yang direndang dan ditumbuk di dalam lesung.
Text
Muzium Pada Abad ke-21, Aktiviti, Cabaran, dan Inovasi: Kajian Kes Muzium Negara
Muzium Negara telah melalui sejarah yang panjang sejak sebelum kemerdekaan negara, sehinggalah kini di mana negara telah mengecapi kemerdekaan dan mencapai taraf negara membangun. Muzium Negara terus menjalankan fungsinya sebagai pemeliharaan bahan budaya dan warisan negara. Selain menjadi institusi pendidikan tidak formal kepada masyarakat, terdapat beberapa lagi fungsi Muzium Negara yang sentiasa ditambah bertujuan untuk merapatkan hubungan institusi tersebut kepada masyarakat. Sepanjang tempoh kewujudan Muzium Negara, telah banyak pameran menarik yang telah dianjurkan. Pameran-pameran tersebut adalah usaha daripada pihak muzium dalam menarik pengunjung untuk datang ke Muzium Negara. Selain itu, terdapat beberapa inisiatif dan usaha daripada Muzium Negara untuk menghasilkan keuntungan institusi tersebut. Segala usaha dan program yang dirancang aqdalah bertujuan memastikan kelangsungan Muzium Negara supaya dapat diterima oleh masyarakat. Persepsi masyarakat terhadap Muzium Negara dilihat sama sahaja sejak dari dahulu lagi. Amat penting untuk pihak muzium mengubah perspektif tersebut supaya masyarakat dapat membudayakan institusi muzium dalam kehidupan mereka.
Text
kedah
lagu
...2 more
Nobat Di Raja Kedah Tumpuan kepada Lagu-lagu dan Pemuzik-pemuzik
Walaupun Nobat begitu penting dalam pentadbiran kerajaan Melayu hanya negeri Kedah, Perak, Selangor dan Terengganu saja yang mempunyai pancaragam Nobat Diraja ini. Di antara Nobat-nobat tersebut, Nobat Diraja Kedahlah yang dianggap paling tua usianya dan paling bersejarah yang masih aktif hingga kini.
Kajian mengenai Nobat Diraja Kedah ini dijalankan bagi mendalami lagi kesenian mengenainya dan mendedahkan kepada pengetahuan umum. Sebenarnya kajian ini merupakan langkah awal dan pertama sekali dilakukan dan diharapkan membuahkan ahsil yang baik. Dalam kajian ini akan ditinjau secara mendalam mengenai aspek-aspek yang terdapat dalam Nobat Diraja Kedah terutamanya mengenai lagu-lagu nobat dan ahli-ahli mzuim yang terlibat.
Text
Islam
muslims
...1 more
Non-muslims response towards Islam in Malaysia
Text
Okestera Nobat Di Raja Negeri Perak
Nobat adalah okestera di raja dan merupakan sebahagian daripada alat-alat kebesaran di raja. Nobat juga merupakan lambang kemegahan kesenian raja-raja Melayu. Raja-raja Melayu mempunyai pertalian rapat dengan nobat, ini dapat dilihat dengan adanya penghargaan dan penghormatan istimewa yang diberikan kepada alat-alat nobat dan okestera nobat ini memainkan peranan dalam upacara penting di istana.
Di Malaysia negeri yang mempunyai sultan sahaja yang mempunyai okestera nobat. Negeri itu ialah seperti Kedah, Perak, Trengganu, Kelantan dan Selangor. Nobat negeri Perak adalah nobat yang tertua di negara ini yang diwarisi dari Kesultanan Melaka dan nobat negeri Selangor pula berasal dari nobat negeri Perak. Okestera nobat ini tersebar di merata-rata tempat bukan terbatas di Malaysia sahaja. Nobat juga terdapat di negera Islam seperti Iran, Iraq, Turkey, Egypt dan Spain, Afrika, India dan Thailand.
Text
Okestera nobat diraja negeri Perak
Nobat adalah satu okestera di raja. Nobat merupakan sebahagian daripada alat-alat kebesaran di raja. Nobat jua merupakan lambang kemegahan kesenian raja-raja Melayu. Raja-raja Melayu mempunyai pertalian rapat dengan nobat, ini dapat dilihat dengan adanya penghargaan dan penghormatan istemewa yang diberikan kepada alat-alt nobat dan okestera nobat ini memainkan peranan dalam upacara penting di istana.
Text
Orang Barat dalam pandangan hasil-hasil penulisan Sejarah Melayu bandingkan dengan chorak perhubungan antara Ahli-Ahli Dagangan Barat dengan pelabohan-pelabohan Melayu saperti yang terdapat pada undang-undang pelabohan Kedah dan Acheh
Pengkajian ini mengenai sejarah pada satu bahagian dan sastera pada bahagian yang lain. Sebab-nya pun mengenai sejarah ia-lah pembahagian mana dalam perhubongan di-antara orang Melayu dengan orang Barat itu. Pada mula-nya, di-beri maksud yang mendorong orang Barat datang ke-Alam ini. Sesusah itu di-beri penerangan tentang perhubongan di-antara dua kaum itu dan akibat-nya perhubongan ini "REACTION". Satelah ramai-lah orang Barat itu di-sini terdapat 'hukum'2 yang di-chipta oleh beberapa kerajaan Melayu yang mengandongi tata-tertib yang harus di-turuti di-pelabohan2 Melayu.
Text
Orang-orang asing, yang bukan orang Barat, di-pandang dari segi Kacha Mata Penulisan Sejarah Melayu
Sejarah Melayu ada-lah satu hasil chiptaan yang terpenting, bukan sahaja dari segi kesusasteraan Melayu kelasik, bahkan juga dari segi kebudayaan Melayu lama. Buku itu menggambarkan dengan jelas-nya zaman kegemilangan Melaka, kebesaran, kemuliaan, dan kegagahan Raja2 Melaka, orang2 besar Melaka, dan umum-nya raayat dan Kota Melaka.
Text
Pak Suratman bin Mosnadi: Tokoh Pemuzik Tradisional Melayu di Daerah Pontian
Di zaman moden ini, manusia sering mencari identiti yang tersendiri untuk mereka membedakan di antara satu dengan yang lain. Mereka terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan yang menggali nilai-nilai lama warisan nenek moyang mereka untuk dinikmati, dicintai dan dihidupkan kembali. Sementara golongan kedua pula, mereka mengambil unsur-unsur terbaru yang dirasakan 'sesuai' dan maju untuk diamalkan dan dibanggakan.
Oleh itu, di celah-celah keriuhan muda-mudi menggemari dan memilih lagu-lagu dan muzik pop, masih ada segelintir manusia yang tetap merindui irama murni tinggalan nenek moyang mereka. Mereka inilah yang masih boleh diharap untuk terus memelihara, mengekal dan menggembangkan warisan budaya asli bangsanya.
Text
novel
pembandingan
Pembandingan Penggunaan Ayat Majmuk oleh Arena Wati dalam Novel-novel Beliau Tahun 60an dan Tahun 80an
Dalam mengkaji perkembangan bahasa Melayu, kita tidak dapat lari daripada membuat kajian dan tinjauan terhadap perkembangan kesusasteraan Melayu kerana hasil-hasil sastera ialah manifestasi daripada penggunaan bahasa secara kreatif dan daripadanya juga dapat dilihat perubahan dan perkembangan yang dihadapi oleh bahasa Melayu (Raminah Hj. Sabran, 1985:20). Dari hasil kesusasteraan Melayu tercermin beberapa perubahan dari segi gaya dan pendekatan penyampaian fikiran dan pengalaman penulisnya. Perubahan juga berlaku dari segi struktur ayat, perbendaharaan kata dan tatabahasa serta fonologi. Secara terperinci perubahan itu dapat dibahagikan kepada aspek-aspek berikut:
(i) Perbendaharaan kata
(ii) Sintaksis dan morfologi
(iii) Fonologi
Dalam kertas projek ini kajian yang dibuat ialah kajian dalam bidang sintaksis. khususnya yang berkaitan dengan ayat majmuk. Kajian ini juga mengambil novel sebagai bahan kajian, kerana apa yang dikaji berkaitan dengan perkembangan dan perubahan bahasa, iaitu yang berkenaan dengan struktur ayat majmuk.
Text
pemodenan
rungus
Pemodenan dalam Masyarakat Rungus: Satu Tinjauan Khusus di Kampung Pantai, Pitas
Kertas projek ini meneliti proses pemodenan yang berlaku dalam masyarakat Rungus dari segi sosioekonomi sejak dahulu hingga sekarang. Atas sebab-sebab tertentu, penulis hanya menumpukan kajiannya di sebuah perkampungan orang Rungus iaitu Kampung Pantai yang terletak dalam Daerah Pitas. Di samping itu kajian ini juga menyentuh serba sedikit mengenai latar belakang sosiobudaya masyarakat Rungus tradisional.
Text
ensembel
gendang
...4 more
Pemuzik (Gendang Besar Di Raja Kelantan)
Nobat merupakan ensembel muzik tradisional yang melambangkan kebesaran keluarga di raja yang bukan menjadi bahan warisan rakyat jelata kerana ia adalah kepunyaan keluarga di raja dengan hak-hak kebesaran. Ia ditubuhkan bukan untuk ditontoni oleh orang ramai dan ia tidak boleh dimainkan tanpa mendapat perkenan daripada raja atau sultan terlebih dahulu,
Pada hari ini, negeri-negeri yang mempunyai ensembel muzik nobat ialah Kedah, Perak, Selangor, Terengganu dan Kelantan. Di Terengganu ia dikenali sebagai Gamelan Di Raja Terengganu dan di Kelantan pula ianya dikenali sebagai Pasukan Gong Di Raja atau Gendang Besar Di Raja.
Text
demografi
kemudahan sosial
...3 more
Pendidikan di Kampung Syed, Pulau Pinang
Dwasa ini pertumbuhan sekolah-sekolah, kolej-kolej swasta dan universiti bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Selain itu, pada abad ke-21 ini, pendidikan menjadi salah satu faktor penting untuk menjamin kehidupan seseorang. Dengan demikian, ini pendidikan menjadi satu keperluan asas manusia dan bukan hanya setakat keperluan sampingan.
Keadaan yang sedemikian telah menyebabkan manusia berusaha untuk mendapatkan pendidikan setinggi mana yang mereka mampu. Oleh itu, tidak hairanlah manusia sanggup bertungkus-lumus bekerja kuat untuk mendapatkan wang semata-mata untuk membolehkan mereka mendapat pendidikan yang baik dan berkualiti. Persaingan yang kuat berlaku dalam masyarakat yang moden ini.
Di samping itu, pendidikan dapat menjamin mobiliti sosial berlaku. Ini bermakna seseorang yang berasal dari keluarga yang miskin boleh mengubah nasibnya sekiranya dia mendapat pendidikan yang tinggi. Misalnya, anak orang yang kerjanya membaiki basikal boleh mengubah kedudukannya menjadi seorang peguam atau doktor sekiranya beliau memperoleh pendidikan yang tinggi. Keadaan ini menunjukkan bahawa pendidikan sebagai salah satu angka ubah yang boleh mengubah kedudukan sosial seseorang.
Text
dialek
Pengaruh dialek Perak di kalangan pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Sungai Keli, Perak Darul Ridzuan
Bertutur adalah kegiatan melafazkan sederetan bunyi yang lahir daripada gerakan alat sebutan (artikulator) manusia. Oleh itu, penguasaan berbahasa yang baik biasanya menghasilkan kebiasaan berkomunikasi yang sempurna dan berkesan. Sungguhpun bahasa Melayu kini digunakan sepenuhnya dalam sistem pendidikan negara, timbul keraguan sama ada dialek-dialek Melayu turut mempengaruhi pelajar-pelajar dalam proses pembelajaran mereka.
Ajib Che Kob (1981:491) dalam satu simposium "Simposium Dialek: Penyelidikan dan Pendidikan" di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Ada dua golongan pendapat yang pro atau kontra mengenai pengaruh dialek dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Golongan pertama diwakili oleh pengkaji seperti Azman Wan Chik yang menganggap dialek sebagai satu unsur berfaedah dan bermanfaat. Beliau mengesyorkan supaya dialek itu diterangkan dalam beberapa aspek. Golongan kedua diwakili oleh pengkaji seperti Abd Hamid Mahmood, mereka berpendapat bahawa dialek memang mempengaruhi serta memberi gangguan terhadap pengajaran bahasa Malaysia. Golongan ini mencadangkan supaya penggunaan dialek seminimum mungkin terutama di sekolah-sekolah.
Text
kelantan
pengasih
Pengasih: Satu Kajian Kes di Kampung Pangkal Durian, Machang, Kelantan
Pengasih adalah satu cara memikat perempuan bagi orang Melayu zaman dahulu. Ilmu ini juga boleh diguna untuk memikat orang lelaki. Ilmu ini masih dipelajari oleh segelintir individu walaupun syarat-syarat mempelajarinya rumit sekali.
Kini walaupun orang-orang Melayu telah banyak mengalami perubahan, unsur-unsur kepercayaan masih memainkan peranan dalam kehidupan mereka. Kebanyakan aspek aktiviti orang Melayu, unsur-unsur kepercayaan kepada kuasa luar biasa memainkan peranan yang besar (Firth,1958:123). Pengekalan terhadap kepercayaan kepada ilmu pengasih ini juga berkait rapat dengan ajaran yang boleh diperolehi dari kitab suci al Quran. Alim-alim ulamak atau penghafal al Quran sudah tentu mengetahui ayat-ayat atau bacaan-bacaan yang boleh digunakan untuk tujuan pengasih.
Text
CERPEN
kemahiran
...1 more
Penggunaan bahan cerpen dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu, bahan merupakan faktor penting yang akan menentukan kejayaan proses itu. Penggunaan bahan dalam pengajaran dapat menggerakkan proses pembelajaran dan menimbulkan rangsangan serta keinginan kepada pelajar-pelajar untuk mengetahui sesuatu. Penggunaan bahan yang berkualiti juga akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan.
Kenyataan ini menjelaskan bahawa penggunaan bahan dalam proses pengajaran bahasa begitu penting kerana bahn yang sesuai mampu mewujudkan rangsangan kepada proses pembelajaran. Ini seterusnya akan dapat memperkembangkan kecerdassan minda, memperkayakan pengalaman pelajar dan seterusnya membentuk sikap yang baik kepada pelajar-pelajar. Oleh itu, guru bertanggungjawab dalam menyusun dan merancang aktivti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan baik serta membuat pemilihan terhadap bahan yang akan digunakan.
Text
bahan rujukan
perkembangan bahasa Melayu
Penggunaan bahan rujukan bahasa Melayu: Kajian khusus di fakulti undang-undang Universiti Malaya
Usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu di Institusi Pengajian Tinggi (seterusnya disebut sebagai IPT) telah bermula sejak tahun 1983 lagi. Kini usaha pendaulatan bahasa Melayu telah berjaya menempatkan tarafnya selaras dengan statusnya sebagai bahasa kebangsaan Malaysia, sebagaimana yang telah termaktub di dalam perlembagaan negara. Namun status yang dimiliki oleh bahasa Melayu ini tidak boleh sekadar dimaktubkan di dalam akta mana-mana. Seharusnya, ia diamalkan dan menjadi pegangan setiap lapisan masyarakat Malaysia tanpa ragu-ragu. Sebaliknya, bahasa Melayu sering kali dibelenggu permasalahan sikap golongan tertentu yang masih enggan mengakui keupayaan bahasa Melayu sebagai wahana pendidikan, terutamanya di IPT tempatan.
Bahasa Melayu seharusnya telah lama direalisasikan sebagai bahasa pengajaran dan pembelajaran di IPT selaras dengan pendaulatannya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang tunggal di Malaysia. Namun, fenomena yang berlaku adalah fungsi sebenar bahasa Melayu yang diberikan tempat sepenuhnya terutamanya di dalam bidang ilmu yang berteraskan sains dan teknologi serta profesional. Misalnya, IPT tempatan sendiri masih lagi mengutamakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajarannya. Bahan rujukan yang tersedia masih banyak yang bersumberkan bahasa Inggeris dan penguasaan bahasa Inggeris merupakan aset penting bagi mahasiswa untuk menimba ilmu pengetahuan.
Showing 101 to 150 of 315 results
Page
of 7
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->