Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (1397 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Collection: Koleksi Petikan Pengajian Melayu
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
rumah melayu
seni bina Melayu
Kemunculan rumah Melayu bentuk limas...
"Kemunculan rumah Melayu bentuk limas di Malaysia menambahkan satu lagi bentuk rumah Melayu, menjadikan dua bentuk yang berlainan, iaitu rumah Melayu bentuk bumbung panjang yang menggunakan satu perabung mendatar dan satu lagi rumah Melayu bentuk limas lebih awal yang menggunakan lima buah perabung, iaitu satu perabung mendatar dan empat buah perabung menurun ke cucuran atap."
Text
Kemunculan sajak di alam Melayu
"Sajak adalah satu-satunya genre puisi Melayu moden. Dalam kalangan penganut sastera Melayu di Indonesia, Brunei dan Singapura, sajak seringkali difahami juga sebagai puisi Melayu moden."
Text
Johor
Kenaikan harga tanah akibat pelaksanaan Undang-undang...
"Kenaikan harga tanah akibat pelaksanaan Undang-undang Tanah pada tahun 1910 telah menggalakkan ramai orang Melayu menjual ataupun menggadaikan tanah warisan mereka tanpa mengingati atau menyedari akan akibatnya. "
Text
brunei
keris
...1 more
Kenyataan yang memperakui bahawa keris...
"Kenyataan yang memperakui bahawa keris adalah identiti bangsa dan budaya Melayu ialah seperti yang dikatakan oleh Edward Frey, "Keris merupakan satu senjata masyarakat Melayu yang unggul. Ia juga lambang budaya masyarakat itu yang terpenting." Beliau menambah, "bentuk, ukiran dan kegunaan keris memaparkan betapa kaya dan berkuasanya senjata itu di kalangan masyarakat Melayu." Malah, menurut beliau, jika ditanya kepada orang Barat tentang lambang budaya dan bangsa Melayu, mereka akan dengan penuh yakin menjawab "keris dan batik" (Berita Harian, 1988)
Text
Kepada generasi muda perlu disebarkan...
"Kepada generasi muda perlu disebarkan fakta tentang keampuhan sastera membangkitkan semangat pejuang dahulu untuk membela tanah air."
Text
kesenian islam
tekstil
...1 more
Kepelbagaian reka bentuk merupakan ciri-ciri...
"Kepelbagaian reka bentuk merupakan ciri-ciri umum tekstil Turki. Pada peringkat awalnya menggunakan reka bentuk jalur diikuti pula dengan reka bentuk tiga bulatan yang dikenali dengan nama 'Cintamani' dan corak ogival yang dipengaruhi dari Mesir, Eropah dan China."
Text
brunei
keris
...1 more
Kepentingan keris semasa majlis perkahwinan...
"Kepentingan keris semasa majlis perkahwinan atau upacara persandingan masyarakat masyarakat Melayu Brunei ialah untuk memperlihatkan identiti kelelakian pengantin lelaki, statusnya sebagai raja sehari dan menimbulkan rasa atau semangat kepahlawanan dan kegagahan pada dirinya selaku pelindung permaisurinya."
Text
Keperluan tempat tinggal
" Tebing sungai merupakan tempat yang digemari oleh sebahagian daripada orang Melayu untuk membina kediaman mereka. Ini disebabkan terdapat kawasan simpanan di kiri dan kanan sesebuah sungai, dan kawasan simpanan ini milik kerajaan. Sekiranya rumah-rumah didirikan di tempat-tempat seperti ini, maka berkemungkinan lama kelamaan mereka diberi hak untuk terus tinggal di tempat yang telah dipilih."
Text
adat perpatih
Melayu
Kepimpinan dalam adat perpatih berdasarkan dua...
" Kepimpinan dalam adat perpatih berdasarkan dua konsep iaitu muafakat dan budi. "
Text
Kerajaan Hindu yang paling tua...
'Kerajaan Hindu yang paling tua di Jawa Barat dan bahkn seluruh Jawa ialah kerajaan Aretuen atau Ho-lo-tan menurut transliterasi China. Pelabuhannya terletak di muara Sungai Cisadance. Utusan kerajaan Aretuen pertama kali ke China pada tahun 430 M membawa kapal dagang dan ini bererti ia sudah memiliki armada kapal dagnag untuk perhubungan dengan negara tetangga "
Text
Kerajaan Kutai terletak di Kalimantan Timur
Kerajaan Kutai terletak di Kalimantan Timur diasaskan sekitar abad ke-4 dan 5 M oleh Asvavarman,putera Kundunga yang merupakan anak tempatan sendiri. Bagaimana kerajaan ini mencapai keagungannya pada zaman Mulavarman ,putera Asvavarman. Sebagai seorang raja Hindu (Siva),Mulavarman mempunyai hubungan yang sangat mesra dengan kaum Brahmin. Kenyataan ini terbukti melalui sebuah prasasti yang berbahasa Sanskrit yang menyebutkan upacara sedekah yang dilakukan oleh Mulavarman di sebidang tanah yang dianggap suci yang bernama waprakesvara
Text
Kerajaan Mantaram I...
Kerajaan Mantaram I diasaskan pada tahun 723 M oleh Sanjaya putera Sanaha. Sedang Sannaha ialah saudara perempuan Sanna,iaitu raja Galuh bagi kerajaan Sunda. Sanna kemudiannya ditewaskan oleh saudaranya,Purbasora,sebelum digantikan oleh Sanjaya. Tentang sejauh mana hubungan Sanjaya dengan Ho-ling,ada juga pendapat yang mengatakan bahawa adanya kemungkinan itu memandangkan persamaan nama Sima dengan nama Sanna dan Sannaha.
Text
Kerajaan Melayu Melaka telah menjadikan...
"Kerajaan Melayu Melaka telah menjadikan Islam sebagai agama rasmi. Hal ini kerana, Melaka memang ada hubungan dengan Pasai, Gujarat, Arab-Parsi dan China. Negara tersebut banyak menolong Melaka menyebarkan pengaruh Islam ke rantau ini."
Text
Adat
iban
...1 more
Kerana corak penempatan yang bertaburan...
"Kerana corak penempatan yang bertaburan, jarak sebuah rumah panjang dengan rumah panjang terdekat adalah agak jauh, alat perhubungan untuk menghebahkan tentang kelahiran itu pada zaman lampau ialah dengan memukul seruas buluh, papong tengkiong ataupun pukulan gong walaupun ia kini digantikan dengan tembakan senapang."
Text
Hukum adat
Kerana Hukum Adat adalah satu type...
"Kerana Hukum Adat adalah satu type atau model hukum yang asal usulnya dari budaya suku bangsa Melayu yang hidup dalam kawasan Asia Tenggara ini, maka perlu kita lihat pula bagaimana Hukum Adat di lain-lain negeri yang ada dalam kawasan tersebut. "
Text
kosmologi
orang Nias
...1 more
Kerangka bumbung rumah orang Nias...
"Kerangka bumbung rumah orang Nias sangat rumit binaannya; ia mempunyai sembilan aras berasingan, melambangkan sembilan lapis dunia atas dalam kosmologi Nias. Rumah juga diibaratkan sebagai badan seorang pemerintah (penguasa); di mana rasuk dan tiang melambangkan lengan dan kaki."
Text
keris
orang Bugis
...1 more
Keris Bugis Semenanjung merupakan keris Melayu...
"Keris Bugis Semenanjung merupakan keris Melayu Semenanjung yang dipengaruhi oleh bentuk keris Bugis. Sememangnya orang Bugis banyak mempengaruhi persenjataan orang Melayu di Semenanjung pada zaman silam."
Text
keris
pembesar
...1 more
Keris kuasa adalah keris panjang yang dipegang...
"Keris kuasa adalah keris panjang yang dipegang di tangan. Keris tersebut dibawa sebagai tanda bahawa pemegang atau pemiliknya mempunyai kuasa atau autoriti. Dahulunya dibawa oleh pemerintah iaitu Sultan atau pembesar yang dilantik yakni diberi kuasa oleh Sultan."
Text
besi
keris
...1 more
Keris Melayu secara tradisionalnya ditempa daripada...
"Keris Melayu secara tradisionalnya ditempa daripada sekurang-kurangnya dua jenis besi. Keris yang baik pula ditempa daripada sekurang-kurangnya tujuh jenis besi. Keris Taming Sari dikatakan ditempa daripada 21 jenis besi yang diambil daripada 21 daerah."
Text
keris
pengaruh Bugis
...1 more
Keris Semenanjung adalah keris yang diperbuat...
"Keris Semenanjung adalah keris yang diperbuat di kebanyakan negeri atau kawasan di Semenanjung Malaysia. Bilah keris ini menampakkan pengaruh Bugis yang begitu jelas. Ia mempunyai bilah yang tegap, tebal, kukuh dan berat. Pangkal bilahnya agak lebar, dengan lok yang tidak begitu ketara."
Text
keris
Taming Sari
...1 more
Keris Taming Sari merujuk kepada keris yang...
"Keris Taming Sari merujuk kepada keris yang dimiliki oleh Taming Sari, seorang pendekar yang hebat dan tersohor pada zaman Majapahit."
Text
brunei
keris
...1 more
Keris yang berperanan atau dijadikan...
"Keris yang berperanan atau dijadikan sebagai alat atau bahan perhiasan rumah adalah lumrah yang berlaku di kalangan masyarakat Melayu Brunei pada masa ini. Hal ini mempunyai perkaitan dengan keindahan dan keunikan yang terdapat pada komponen-komponen (bilah, hulu dan sarung) keris secara keseluruhan."
Text
keris
luar Jawa
...1 more
Keris yang dihasilkan di tanah Jawa dipanggil...
"Keris yang dihasilkan di tanah Jawa dipanggil keris Jawa. Sementara itu, keris yang dihasilkan di luar Jawa dipanggil keris luar Jawa. Keris luar Jawa ini termasuklah keris Bugis, keris Sumatera, keris Semenanjung, keris Kalimantan dan keris Bali-Lombok."
Text
brunei
keris
...1 more
Keris yang dipakai atau dimiliki...
"Keris yang dipakai atau dimiliki oleh setiap individu atau sesuatu golongan adalah berasaskan latar belakang status atau darjatnya dalam masyarakat. Umpamanya bagi golongan aristokrat, khususnya Wazir-Wazir, akan dikurniakan atau memakai keris peribadi masing-masing, seperti Pengiran Bendahara akan memakai keris Sasap Lantai, Pengiran Di-Gadong memakai keris Si Bongkok, Pengiran Pemancha memakai keris Talam Ilir dan Pengiran Temenggong memakai keris Si Jantung."
Text
besi
bilah mata
...2 more
Kerja penempaan bilah mata keris bermula...
"Kerja penempaan bilah mata keris bermula dengan proses memilih besi. Terdapat sekurang-kurangnya dua jenis besi yang digunakan untuk menempa bilah mata keris iaitu besi tawar dan besi baja. Ini akan membentuk bilah tanpa pamor. Bagi bilah berpamor pula, tiga jenis besi diperlukan iaitu besi tawar, besi pamor dan besi baja."
Kesan ritma dan bunyi.
Text
Kesenian dan hiburan...
Salah satu aspek kesenian ialah hiburan, yang merangkumi kegiatan menyanyi,menari,drama dan muzik . Dalam membicarakan tentang kepercayaan Zaman Pra-Sejarah dulu,sudah disebutkan bagaimana timbulnya pwemainan wayang dengan dalang sebgai perantaranya.
Text
kedatangan islam
kesenian islam
Kesenian Islam di Malaysia
Perkembangan kesenian Islam di Malaysia tidak boleh dipisahkan dari kedatangan Islam di Semenanjung Tanah Melayu sejak tahun 1303 M.
Text
Kesenian Melayu
kraftangan
Kesenian merupakan wajah sesuatu bangsa...
"Kesenian merupakan wajah sesuatu bangsa. Kesenian menjadi bagaikan moto sosio-budaya sesebuah bangsa. Kraftangan juga merupakan kesenian sesuatu bangsa itu dan dengan sendirinya menjadi lambang, moto dan wajah sesuatu bangsa itu."
Text
kesenian
negeri sembilan
Kesenian tradisional Negeri Sembilan memang banyak...
"Kesenian tradisional Negeri Sembilan memang banyak, yang popular dan sedang dikembangkan antara lain ialah : Caklempong( talempong), Tumbuk Kalang, Bongai, Randai dan Dikir Rebana. "
Text
Keseragaman latar belakang pelajar senantiasa...
"Keseragaman latar belakang pelajar senantiasa menjadi sebab timbulnya kesulitan menentukan asas pemilihan teks sastera yang sesuai dalam pengajaran bahasa. Tiada jalan lain, melainkan menggunakan faktor majoriti pelajar dalam bilik darjah sebagai asas memilih teks."
Text
Kesesuaian yang dimaksudkan selari dengan...
"Kesesuaian yang dimaksudkan selari dengan keupayaan pelajar untuk menghazam inti sarinya, sesuai dengan persekitaran dan sosiobudaya kita."
Text
Kesimpulan dan ulasan tentang perkembangan puisi moden di Indonesia
"Berikutnya, dalam hubungan keindahan puisi, keindahan terletak pada permainan bunyi, yang pada dasarnya terbatas kepada dua hal, permainan rima akhir baris dan pemakainan unsur pemenggalan."
Text
Kesimpulannya, dari sudut pendekatan Kritikan ...
"Kesimpulannya, dari sudut pendekatan Kritikan Melayu, cerpen-cerpen tersebut dapat dianggap sebagai karya yang baik kerana melengkapi beberapa ciri kritikan Melayu iaitu penggunaan lambang, imej, peristiwa dan kejadian tertentu."
Text
Kesusasteraan adalah cabang kesenian. Manakala ...
"Kesusasteraan adalah cabang kesenian. Manakala kesenian adalah cabang kebudayaan dan kebudayaan merupakan cabang Tamadun Islam. Peranan sastera kitab ialah membentuk 'worldview' Melayu, membina tradisi keilmuan, membina sistem nilai, membentuk budaya, media perpaduan, media pemikiran, dan pembentukan akhlak."
Text
Kesusasteraan adalah cabang kesenian. Manakala ...
"Kesusasteraan adalah cabang kesenian. Manakala kesenian adalah cabang kebudayaan dan kebudayaan merupakan cabang Tamadun Islam. Peranan sastera kitab ialah membentuk 'worldview' Melayu, membina tradisi keilmuan, membina sistem nilai, membentuk budaya, media perpaduan, media pemikiran, dan pembentukan akhlak."
Text
Kesusasteraan atau al-adab ...
"Kesusasteraan atau al-adab dalam takrifan lebih merujuk kepada hasil kesusasteraan yang dapat membentuk peradaban atau kebudayaan. Kesusasteraan menekankan aspek dalaman, fikiran dan intelektualisme sesuai dengan sifat 'al-aql' yang menjadi teras pemanusiaan. Sastera Islam adalah pancaran orang yang muqarabbin dengan Illahi secara rohaniah dan badaniah. Tegasnya, sastera Islam itu adalah sastera untuk pengabdian."
Kesusasteraan sebagai satu seni.
Text
Keterampilan aspek pelajar. Aspek ini...
"Keterampilan aspek pelajar. Aspek ini sukar dijadikan landasan yang tepat kerana tahap penguasaan bahasa pelajar berlainan antara satu dengan yang lain."
Text
kelantan
Ketika pemerintahan Sultan Mansur, di penghujung...
"Ketika pemerintahan Sultan Mansur, di penghujung kurun ke-15, Kelantan mencapai kegemilangan, dan lebih berkuasa berbanding Patani. Pada ketika inilah Kelantan enggan menghantar persembahan sebagai tanda saat setia kepada Melaka yang pada ketika itu di bawah pemerintahan Sultan Mahmud (1488-1511)."
Text
kelantan
Ketika pemerintahan Sultan Muhammad berlaku huru-hara...
"Ketika pemerintahan Sultan Muhammad berlaku huru-hara di dalam negeri kerana Sultan Dewa ingin mendapatkan takhta kerajaan daripada baginda."
Text
negeri sembilan
pembangunan
Ketua keluarga ditiga kampung di Kuala Pilah...
"Ketua keluarga ditiga kampung di Kuala Pilah yang dikaji oleh penulis sendiri (1981) seramai 201 orang telah menyenaraikan kelebihan dan kekurangan kehidupan kampung. Kelehbihan kehidupan kampung menumpu kepada perkara seperti selesa,murah dan lebih senang"
Text
adat perpatih
Melayu
Ketua suku atau kumpulan perut dikenali sebagai...
" Ketua suku atau kumpulan perut dikenali sebagai Lembaga. Ada kalanya perkataan Lembaga memberi pengertian majlis sebagai dalam Lembaga Tiang Balai, seperti yang terdapat di Luak Sungai Ujong dan Rembau"
Text
adat perpatih
Melayu
Ketua-ketua Luak seperti Sungai Ujong, Jelebu...
" Ketua-ketua Luak seperti Sungai Ujong, Jelebu, Johol dan Rembau dikenali sebagai Undang. "
Text
bahasa Austronesia
pertukangan kayu
Keunggulan pertukangan kayu Melayu tidak dapat...
"Keunggulan pertukangan kayu Melayu tidak dapat dipisahkan daripada warisan nenek moyang kita dalam rumpun bahasa Austronesia (Waterson, 1997)."
Text
arabes
kesenian islam
...1 more
Keutamaan arabes dalam kesenian Islam...
"Keutamaan arabes dalam kesenian Islam berasaskan bahawa arabes menjadi tema asasi dalam berbagai-bagai aspek kesenian, kepelbagaian etnik dan pelbagai bahan sama ada yang bersifat pejal atau elastik."
Kewibawaan dan kemutlakan Raja.
Text
perlis
Kewujudan golongan intelektual ini terbukti...
"Kewujudan golongan intelektual ini terbukti apabila sebuah manuskrip Melayu lama yang dihasilkan oleh penduduk Perlis berjaya ditemui dan yang kini berada dalam simpanan The British Library, London dengan kod penerimaan MSS Malay D4. "
Text
campur tangan
luar negara
...1 more
Kewujudan unit-unit politik dengan sempadan...
"Kewujudan unit-unit politik dengan sempadan negara rantau ini merupakan fenomena baru yang secara langsung atau tidak langsung adalah hasil campur tangan dari luar negara."
Text
alam bumi
Gunung Mahameru
...1 more
Khusus tentang alam bumi, terdapat tujuh...
"Khusus tentang alam bumi, terdapat tujuh susunan wilayah atau 'dvipa' yang boleh bererti pulau, benua atau semenanjung. 'Jambu-dvipa' yang menjadi pusat susunan kosmos itu dikelilingi oleh dvipa-dvipa lain; di situlah terletak Gunung Mahameru, tempat bersemayam Sang Penjaga Alam."
Showing 501 to 550 of 1397 results
Page
of 28
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->