Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (1397 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Collection: Koleksi Petikan Pengajian Melayu
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
Bangsawan mengalami zaman kegemilangannya selama...
"Bangsawan mengalami zaman kegemilangannya selama 35 tahun iaitu dari tahun 1902 hingga 1935. Pada ketika itu, kumpulan bangsawan mendapat sambutan di mana-mana sahaja mereka menunjukkan permainannya. Terdapat banyak kumpulan ditubuhkan . Boleh dikatakan pada zaman kegemilangan ini muncullah kumpulan-kumpulan Bangsawan yang berselisih ganti dengan penggunaan pelbagai nama."
Text
bangunan kuburan
kesenian islam
...2 more
Bangunan kuburan yang masyhur hingga...
"Bangunan kuburan yang masyhur hingga ke hari ini ialah Taj Mahal yang dibangunkan oleh Shah Jehan di Agra. Bangunan ini didirikan sebagai kenangan rasa cinta yang mendalam terhadap isterinya yang mati ketika masih muda. Bangunan ini didirikan di hujung sebuah taman yang luas, dengan pintu masuk berbentuk lengkung iwan yang menawan."
Text
bangunan kuburan
kesenian islam
...1 more
Bangunan kuburan yang terdapat di Lembah Sungai Gangga...
"Bangunan kuburan yang terdapat di Lembah Sungai Gangga adalah bangunan peninggalan dari zaman dinasti Moghul. Kewujudannya dilengkapi dengan taman dan kolam."
Text
bangunan
orang Portugis
...2 more
Bangunan-bangunan yang dibina oleh...
"Bangunan-bangunan yang dibina oleh orang Portugis dalam bandar-benteng itu mengikuti gaya seni bina bahagian akhir Zaman Pertengahan dengan menggunakan batu sebagai bahan utama."
Text
Inggeris
seni bina
Bangunan-bangunan yang dibina semasa zaman...
"Bangunan-bangunan yang dibina semasa zaman pemerintahan Inggeris pada umumnya mengikuti perkembangan seni bina di negeri Inggeris itu sendiri."
Text
kesenian islam
pengaruh kesenian islam
...1 more
Barat sepatutnya terhutang budi kepada Islam...
"Barat sepatutnya terhutang budi kepada Islam dalam menjelmakan berbagai-bagai aspek ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam bidang kesenian dan bidang-bidang yang lain di Eropah. Kegemilangan zaman pertengahan dan renaissance di Eropah turut disumbangkan oleh seniman-seniman Islam."
Text
kelantan
TEATER
Basinda atau Badan Seni Daerah Pasir Mas (Kelantan)...
Basinda atau Badan Seni Daerah Pasir Mas (Kelantan) adalah juga salah sebuah kumpulan drama teater yang popular dan aktif masa kini. Walaupun umurnya setahun jagung, telah menunjukkan kemampuan berteater. "
Text
bilah mata
keris
...2 more
Batang serunai ialah bahagian yang panjang...
"Batang serunai ialah bahagian yang panjang yang bersambung dengan sampir. Di sinilah tempat tersimpannya bilah mata apabila keris disarungkan. Bagi tujuan menjaga bilah mata khususnya hujung bilah supaya sentiasa tajam dan tidak sumbing, batang serunai selalunya diperbuat daripada kayu yang lebih lembut berbanding sampir."
Text
batik canting
corak
...2 more
Batik canting adalah batik yang unik...
"Batik canting adalah batik yang unik kerana memerlukan kemahiran dan daya kreativiti yang tinggi untuk mencipta corak-corak yang eksklusif. Batik ini menjadi unik kerana ia dihasilkan tidak sama atau berbeza di antara satu sama lain."
Text
batik sarung
masyarakat Melayu
Batik sarung adalah batik yang terawal...
"Batik sarung adalah batik yang terawal dihasilkan oleh masyarakat Melayu dan ia sangat popular disebabkan penggunaannya yang sangat meluas. Menurut Rahmah Bujang (2004) kain sarung ditenun dalam keadaan sehelai, cuma berbeza dari segi lebih panjang dan lebih lebar mempunyai fungsi utiliti dan kegunaannya sesuai untuk lelaki dan perempuan."
Text
batik sarung
corak
...2 more
Batik sarung ialah yang mula-mula dihasilkan...
"Batik sarung ialah yang mula-mula dihasilkan dari kesenian membatik. Batik sarung kebanyakannya dibuat dengan menggunakan teknik sutera saring dan ianya boleh didapati dalam pelbagai corak yang menarik. Dalam tahun 1960-an batik sarung dibuat dengan menggunakan teknik blok dan kemudiannya motif-motifnya dicanting dengan berus."
Text
Batu-batu
"Satu hal yang perlu dicatat tentang sajak-sajak Muhammad, ialah meskipun baris-barisnya seakan bersambungan begitu saja, namun ia dapat memberikan independensi kepada baris itu dan malahan dapat memberikan semacam ambiguiti."
Text
Beberapa aspek kelainan dalam struktur BM dan BK
"Perbezaan yang paling menonjol dalam huraian berkaitan sistem onomtopia dalam BM dan BK ialah dari segi pengimbuhan. Bentuk-bentuk imbuhan yang dominan yang dapat digabungkan dengan onomtopia dalam BK terdiri daripada dua jenis: {g^rida} dan {dEda}."
Text
Beberapa tokoh yang dapat diperkatakan...
"Beberapa tokoh yang dapat diperkatakan dalam menyentuh perihal ilmu tasawuf dalam sastera Islam selain Hamzah Fansuri ialah Nurrudin Al-Raniri dan Abdul RaofSingkel dan Shamsuddin al-Sumatrani. Nurrudin Al-Raniri dan Abdul RaofSingkel mewakili ilmu tasawuf yang bersifat ortodoks yang membawa pengertian Tuhan dan manusia itu biar pun satu tetap lain kedudukannya."
Text
Begitu juga kita lihat Raja Ali Haji..
"Begitu juga kita lihat Raja Ali Haji, dapat diterima sebagai seorang penulis puisi. Dia menulis Gurindam Dua Belasnya yang bertemakan budi pekerti, nasihat - nasihat dan pengajaran - pengajaran hidup yang penting. "
Text
Beliau menamatkan pengajian di American...
"Beliau menamatkan pengajian di American College, Tehran dan mula menjadi guru di Khorramshahr pada tahun 1937. Beliau berkahwin ketika menetap di situ. Ketika Perang Dunia Kedua, beliau kembali ke Tehran dan bertugas sebagai penterjemah bahasa Inggeris kepada staf Iran."
Text
Johor
Beliau menyarankan supaya anak-anak Melayu...
"Beliau menyarankan supaya anak-anak Melayu Johor diberi kerja dalam berbagai-bagai pekerjaan kerajaan seperti di Pejabat Kerja Raya, Telefon,Telegraf,Elektrik,Cetak,Marin, Town Board dan Penjara, dana Keretapi walaupun sebagai pekerja kuli. "
Text
benang loseng
songket
Benang loseng ialah benang yang disusun memanjang...
"Benang loseng ialah benang yang disusun memanjang dari bahagian kepala kei ke kaki kei di mana terletaknya papan gulung untuk menggulung benang loseng dan pasung untuk alat memasukkan papan gulung."
Text
India
kesenian islam
...2 more
Bentuk binaan masjid di India...
"Bentuk binaan masjid di India pada umumnya diketahui menyerupai bentuk masjid lapangan yang mungkin telah dikenali sejak seni bina masjid diperkenalkan oleh Mahmud Gaznawi."
Text
kesenian islam
masjid
...1 more
Bentuk menara masjid juga mempengaruhi...
"Bentuk menara masjid juga mempengaruhi perkembangan seni bina barat. Sebenarnya masjid-masjid yang awal di dunia Islam tidak mempunyai menara. Bentukl menara masjid hanya muncul pada tahun 534 H. di Mesir."
Text
Bentuk persajakan lima puluhan
"Keindahan pantun dan syair tetap mempengaruhi penyair daam tahun-tahun lima puluhan. Ini dapat kita maklumi kerana pantun dan syair adalah dasar estetika yang mempengaruhi kehidupan penyair-penyair Melayu."
Text
Bentuk persajakan lima puluhan
" Keindahan pantun dan syair tetap mempengaruhi penyair dalam tahun-tahun lima puluhan. Ini dapat kita maklumi kerana pantun dan syair adalah dasar estetika ang mempengarahi kehidupan penyair-penyair."
Text
Bentuk puisi zaman Jepun
"Walaupun semangat untuk berjuang telah timbul dalam jiwa penyajak di zaman Jepun, namun mereka tidaklah dapat membebaskan dirinya daripada pola pantun dan syair. Sajak-sajak mereka pada umumnya masih mempertahankan unsur-unsur kemerduannya."
Text
kesenian islam
masjid
...1 more
Bentuk segi empat yang menjadi dasar...
"Bentuk segi empat yang menjadi dasar bangunan masjid selama ini, memungkinkan tidak wujudnya satu pembentukan kubah yang baik dari segi bentuk bulatnya. Oleh itu akhirnya terbentuk asas kubah yang terdiri daripada segi lapan yang didirikan atas asas bangunan yang berbentuk segi empat."
Text
bumbung
pengaruh Belanda
...1 more
Bentuk yang paling awal dan sederhana...
"Bentuk yang paling awal dan sederhana dari pengaruh Belanda ialah bumbung 'perabung lima'. Kalau bentuk asli mempunyai sebuah perabung yang membujur sepanjang rumah, perabung lima mempunyai lima perabung, satu mendatar dan empat menurun ke penjuru bumbung."
Text
kesenian islam
masjid
...2 more
Bentuk-bentuk masjid awal yang bertebaran...
"Bentuk-bentuk masjid awal yang bertebaran di alam Melayu mempunyai ciri-ciri reka bentuk yang hampir sama. Walau bagaimanapun unsur-unsur penting dalam masjid seperti arah kiblat, mimbar, mihrab, ruang sembahyang, tempat wudu' merupakan unsur-unsur asas yang terus berkekalan. Manakala kubah dan menara telah banyak diubahsuai. Bumbung bentuk meru telah menggantikan kubah sedangkan masjid-masjid yang awal di alam Melayu tidak mempunyai menara."
Text
perlis
Berakhirnya zaman prasejarah pada sekitar kurun...
"Berakhirnya zaman prasejarah pada sekitar kurun pertama Masihi, Perlis menjadi sebahagian dari wilayah kerajaan Kedah Tua yang berpusat di Lembah Bujang."
Text
rumah kedai
sebelum perang
...1 more
Berbanding rumah-rumah kedai sebelum perang...
"Berbanding rumah-rumah kedai sebelum perang, rumah-rumah kedai yang direka dan dibina sesudah perang jauh lebih ringkas (simple); dan tidak banyak diberi hiasan."
Text
Berbeza daripada keadaan sekarang, pencapaian...
"Berbeza daripada keadaan sekarang, pencapaian dan kemajuan orang-orang Melayu boleh dianggap sebagai mundur dalam bidang pelajaran berbanding dengan kaum-kaum lain."
Text
keris
Berdasarkan fungsi atau kegunaannya, keris boleh dibahagikan...
"Berdasarkan fungsi atau kegunaannya, keris boleh dibahagikan kepada keris selit, keris tarung, keris hukum dan keris kuasa."
Text
Melaka
Parameswara
...3 more
Berkat kecerdikan Parameswara menggunakan persahabatan...
"Berkat kecerdikan Parameswara menggunakan persahabatan dan perlindungan dari China, Melaka bukan sahaja berjaya mengukuhkan kemerdekaannya tanpa sebarang ancaman dari Siam, tetapi juga menarik perhatian pedagang-pedagang China dan selanjutnya menambah minat saudagar-saudagar dari barat dan timur untuk berniaga di situ."
Text
adat perpatih
Melayu
Berkedim adalah satu amalan budaya...
" Berkedim adalah satu amalan budaya yang tergolong ke dalam adat istiadat. Istiadat ini diadakan demi menerima secara sah orang luar masuk ke dalam sesebuah suku. "
Text
Melayu Deutro
petempatan
...1 more
Berlainan dengan orang-orang sebelumnya, orang Melayu Deutro...
"Berlainan dengan orang-orang sebelumnya, orang Melayu Deutro tinggal dalam perkampungan-perkampungan tetap yang biasanya terletak di tepi sungai atau laut. Wheatly (1961) dan pakar-pakar geografi lainnya berpendapat bahawa fenomena ini berpunca daripada jenis tanah yang biasa terdapat di Tanah Semenanjung. Ia terdiri dari tanah liat yang 'laterized' dan mempunyai lapisan humus yang sangat tipis sehingga kurang subur."
Text
silat
Berpencak merupakan satu seni dalam silat titi batang
"Berpencak merupakan satu seni dalam silat titi batang yang diguna pakai dalam dua keadaan"
Text
besi
kesenian islam
...1 more
Besi telah digunakan dalam berbagai...
"Besi telah digunakan dalam berbagai tujuan sejak 6000 tahun yang lalu. Nabi Allah Daud A.S. adalah orang yang awal di dunia ini menggunakan besi sebagai senjata. Dari segi penggunaannya, ia begitu dikehendaki dalam penciptaan alat-alat senjata bagi tujuan peperangan."
Text
brunei
keris
...1 more
Biasanya hulu dan dan sarung keris...
"Biasanya hulu dan sarung keris diperbuat daripada kayu dan gading gajah. Kayu yang selalu digunakan oleh pandai besi Brunei untuk membuat hulu dan sarung keris ialah 'jalutung', 'ranggu' atau kayu 'bawang', 'mangaris', 'impas', 'smala', 'rangas', 'kulimpapa', 'santul', kayu 'arang' atau kayu 'malam' dan kayu 'tayi'."
Text
brunei
keris
...1 more
Bilah keris adalah komponen paling...
"Bilah keris adalah komponen paling penting bagi keris. Bilah kerislah yang menentukan identiti keris supaya berbeza daripada senjata-senjata tajam yang lain."
Text
bilah mata
keris
...1 more
Bilah mata keris Melayu Semenanjung biasanya...
"Bilah mata keris Melayu Semenanjung biasanya condong sedikit ke kiri, tidak kira sama ada bagi bilah lurus mahupun bilah berlok. Hal ini sengaja dibuat untuk mengelirukan lawan. Dari segi falsafah pula, setinggi manapun darjat manusia itu, mereka tetap perlu tunduk kepada Yang Maha Kuasa."
Text
keris
lok
...1 more
Bilah mata keris Melayu Semenanjung...
"Bilah mata keris Melayu Semenanjung ada yang lurus dan ada yang berlok. Bilah yang lurus dipanggil sepukal. Lok merujuk kepada keadaan bengkang-bengkok pada bilah mata keris."
Text
kesenian islam
masjid
...1 more
Binaan masjid pada zaman awalnya...
"Binaan masjid pada zaman awalnya tidak sahaja kecil dari segi saiz malahan kebiasaannya dibina di persisiran kota, jauh dari persekitaran yang sibuk yang dikenali sebagai musolla. Musolla mempunyai satu lapangan tempat berkumpul dan cirinya tetap menyerupai masjid."
Text
Brunei Darussalam pula sememangnya terkenal...
"Brunei Darussalam pula sememangnya terkenal sebagai sebuah negara Islam. Dalam abad ke-14, Islam telah teguh dan menjadi sebuah negara Islam. Brunei menggunakan syair sebagai genre pilihan untuk menggambarkan politik dan hal-hal yang berhubung dengan pentadbiran."
Text
brunei
keris
...1 more
Brunei dipercayai sudah mengalami kemajuan...
"Brunei dipercayai sudah mengalami kemajuan (Mohd. Jamil Al-Sufri, 1997: 17-19) dalam pembuatan keris selewat-lewatnya pada abad ke-16 Masihi. Pernyataan ini adalah berasaskan laporan Antonio Pigafetta pada tahun 1521 yang menyebutkan bahawa keris adalah menjadi sebahagian daripada pakaian orang-orang istana di Brunei."
Text
adat perpatih
Melayu
Buapak adalah ketua di dalam...
" Buapak adalah ketua di dalam satu perut. Ia berperanan sebagai penjaga hal ehwal ahli-ahli perutnya atau anak buahnya. "
Text
Buat pertama kali Megat Terawis..
"Buat pertama kali Megat Terawis telah dipentaskan pada tahun 1950 yang dilakonkan oleh Kelab Permainan Guru Library Guru Melayu Ipoh. Persembahannya adalah untuk amal kutipan derma untuk University of Malaya Dund,Ipoh Library Building Fund and Club Permainan Guru-guru Melayu Ipoh. Pementasan itu mendapat bantuan, nasihat dan restu dari Encik E.C Hicks."
Text
Buat pertama kali Megat Terawis..
"Buat pertama kali Megat Terawis telah dipentaskan pada tahun 1950 yang dilakonkan oleh Kelab Permainan Guru Library Guru Melayu Ipoh. Persembahannya adalah untuk amal kutipan derma untuk University of Malaya Dund,Ipoh Library Building Fund and Club Permainan Guru-guru Melayu Ipoh. Pementasan itu mendapat bantuan, nasihat dan restu dari Encik E.C Hicks."
Text
budaya
Sarawak
Budaya kebangsaan Sarawak pencapaiannya dipersoalkan
"Di Sarawak, keadaan lebih sensitif. Sejarah dan latar belakang geografi telah membentuk masyarakatnya menjadi lebih tertutup dan terikat dengan ritual dan kuasa alam."
Text
Budaya kolonial dan perubahan tradisi budaya
" Kemunculan budaya kolonial yang dibangunkan dengan pesatnya di bandar-bandar moden merupakan sebahagian daripada memupuk nilai-nilai kolonial ke atas penduduk tempatan. Keadaan ini dapat berkembang dengan begitu pesat memandangkan penduduk bandar-bandar moden itu terdiri daripada berbagai-bagai kumpulan ethnik."
Text
budaya melayu
cara hidup
...1 more
Budaya Melayu adalah cara hidup, yakni meliputi...
"Budaya Melayu adalah cara hidup, yakni meliputi seluruh cara hidup satu masyarakat baik dari segi pengumpulan idea dan perasaan, kepercayaan, lambang, nilai kemasyarakatan, serta objek kebendaan yang diwarisi turun-temurun daripada nenek moyang lagi."
Text
Budaya Melayu kaya dengan pantang...
"Budaya Melayu kaya dengan pantang larang.Terdapat berbagai jenis pantang larang;perlakuan,bahasa,dan juga makanan."
Text
Budaya membaca disokong oleh ribuan...
"Budaya membaca disokong oleh ribuan kedai buku. Kedai-kedai buku terkenal seperti Foyle dan Waterstone didatangi pencari buku seluruh dunia. Seterusnya terdapat ribuan kedai buku yang menjual buku langka untuk pengumpul dan perpustakaan."
Showing 101 to 150 of 1397 results
Page
of 28
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->