Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (1397 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Collection: Koleksi Petikan Pengajian Melayu
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
[Untitled]
"Dalam sejarah sastera moden Parsi, peniruan watak yang dipilih dari kelas bawahan lazimnya digunakan oleh Jamalzadeh dan Hedayat. Sebahagiannya sebagai kesan dari sastera Barat dan sebahagian lagi sebagai usaha mendemokrasikan sastera Parsi."
Text
Zikir maulud Brunei: Satu manifestasi penghayatan seni suara Islam
"Sebelum al-Qur ann diturunkan kepada Muhammad telah sedia ada norma-norma seni suara di benua Arab. Apabila al-Qur ann sempurna diturunkan lalu menjadi bahan bacaan maka usaha yang paling gigih telah dilakukan untuk menghasilkan suatu bentuk perlaguan yang khusus bagi pembacaan kitab suci ini. Akhirnya, terhasillah sekumpulan irama perlaguan al-Qur aan yang mempunyai ciri tersendiri dan terlepas daripada norma-norma seni suara bagi maksud yang lain".
Text
Zikir maulud Brunei: Satu manifestasi penghayatan seni suara Islam
" Istilah maulud atau lebih tepat ialah maulid bermaksud peristiwa kelahiran; dan dalam konteks ini kelahiran yang dimaksudkan ialah kelahiran junjungan kita nabi Muhammad S.A.W. Dengan demikian zikir maulud merupakan satu acara bagi mengingati peristiwa kelahiran nabi Muhammad S.A.W yang dimanifestasikan dengan perlaguan puisi-puisi sanjungan terhadap baginda".
Text
Zaman Sastera Islam adalah suatu ...
Zaman Sastera Islam adalah suatu zaman yang besar dan agung. Berbagai kategori telah dibuat untuk menemukan penjenisannya. Winstedt telah membahagikannya kepada tiga : Lagenda,Berbingkai dan Sastera Teologi.
Text
Yang sering mendapat perhatian ialah...
" Yang sering mendapat perhatian ialah kesan negatif ke atas kesihatan ibu dan bayi.Pantang larang makanan itu dianggap sebagai faktor utama mengancam kesihatan ibu dan bayi."
Text
Adat
Melayu
Yang dikatakan adat itu terbahagi kepada...
" Yang dikatakan adat itu terbahagi kepada empat peringkat atau katergori seperti di bawah ini : "
1. Adat yang sebenar adat.
2. Adat yang diadatkan.
3. Adat yang teradat.
4. Adat istiadat.
Text
Wolters juga membicarakan unsur kebudayaan...
"Wolters juga membicarakan unsur kebudayaan India dalam kesusasteraan Melayu klasik. Beliau menggunakan catatan Cina bagi mengenal pasti beberapa ciri masyarakat Melayu maritime. Dengan ini, beliau menunjukkan kepentingan karya Sejarah Melayu dalam tradisi persejarahan Melayu."
Wit dan Humur.
Text
kelantan
Williams-Hunt banyak membuat lawatan ke kawasan...
"Williams-Hunt banyak membuat lawatan ke kawasan negeri Kelantan semasa menjalankan tugas-tugas beliau sebagai Penasihat tentang Orang Asli dalam Jabatan Orang Asli dan juga sebagai Pengarah Muzium-muzium Negeri-negeri Melayu Bersekutu. "
Text
Wilayah yang mengamalkan sistem adat ...
"Wilayah yang mengamalkan sistem adat Naning ini terletak di Melaka Utara, yang melingkungi satu kawasan seluas kira-kira 250 kilometer persegi. Wilayah ini mempunyai 25 mukim iaitu 22 buah di daerah Alor Gajah dan tiga buah lagi terletak di daerah Jasin."
Text
Masyarakat Badui
petempatan
...1 more
Wessing (1977) telah membuat kajian tentang...
"Wessing (1977) telah membuat kajian tentang masyarakat Badui dan mendapati suatu hubung jalin yang menarik antara petempatan, geografi dan kosmologi. Orang Badui membahagi wilayah kediaman mereka kepada dua kawasan; 'kawasan dalam' dan 'kawasan luar'. Kawasan dalam dianggap sebagai tempat yang suci dan lebih tinggi statusnya. Penduduk kawasan dalam memakai jubah putih dan mengamalkan pantang larang dengan sangat tertib. Sebaliknya, penghuni kawasan luar menggunakan jubah hitam (indigo) dan bersedia menerima pengaruh luar hingga had-had tertentu."
Text
Wayang kulit Siam mengambil cerita...
"Wayang kulit Siam mengambil cerita berdasarkan dari Hikayat Seri Rama disadur dari kitab Ramayana. Ia berkembang di Kelantan dan kini terkenal dengan nama Wayang Kelantan."
Text
Wayang kulit merupakan drama tradisional...
"Wayang kulit merupakan drama tradisional Melayu yang pertama. Wujud sejak abad ke-13 dan 14. Wayang kulit berasal dari Jawa dan mula berkembang di zaman Kesultanan Melayu Melaka dan merupakan drama asli Indonesia yang wujud sejak abad pertama sebelum Masihi lagi."
Text
Wayang kulit membawakan cerita-cerita...
"Wayang kulit membawakan cerita-cerita yang berpusat kepada Hinduisme yang dipetik dari kitab Ramayana dan Mahabharata. Wayang kulit adalah bentuk hiburan yang terpenting di Semenanjung terutama di kalangan aristokrat dan golongan terkemuka."
Text
kosmos
rumah tradisonal
...1 more
Waterson mendapati bahawa pembinaan struktur...
"Waterson mendapati bahawa pembinaan struktur rumah-rumah tradisional yang juga terdiri daripada tiga bahagian: iaitu kolong, badan rumah dan bumbung merupakan cerminan daripada konsep kosmos berlapis tiga."
Text
Watak utama dalam cerita jenaka...
"Watak utama dalam cerita jenaka Melayu seperti Pak Pandir, Lebai Malang, Pak Belalang, Si Luncai, Mat Jenin, Musang Berjanggut dan sebagainya. Cerita ini berdasarkan kepada peristiwa seharian dan berlatarbelakangkan masyarakat Melayu tradisional melalui pengalaman dan pandangan masyarakat."
Text
Watak Hang Jebat selalunya bersaing...
"Watak Hang Jebat selalunya bersaing dengan watak Hang Tuah. Dari segi fizikal, Jebat dikatakan berkulit putih ,rambutnya ikal. dan kacak orangnya. Dia mempunyai suara yang merdu,pandai membaca hikayat. Dia memiliki ilmu seperti ilmu batin, ilmu sakti, ilmu firasat, dan ilmu pustaka. Oleh itu, kehandalannya lebih kurang sama dengan Hang Tuah kerana mereka sama-sama berguru di Bentan dan di Majapahit."
Text
cat air
Malaysia
...1 more
Warna-warna lewat susunan dan...
"Warna-warna lewat susunan dan gubahan lut sinar cerah kelam dalam lukisan cat air bagai dicabar oleh karya-karya impresionisme Perancis yang dipengaruhi oleh sains Newton."
Text
arabes
kesenian islam
...1 more
Warna merupakan media penting dalam...
"Warna merupakan media penting dalam penerokaan keseluruhan kehebatan arabes sebagai seni hias yang tidak ada tolok bandingnya. Terdapat perbezaan pemilihan warna antara gaya-gaya yang berbeza."
Text
Warkah-warkah Farquhar 1818-1822: Aspek penggunaan kata puji-pujian
" Menurut sesetengah sumber, penggunaan kata-kata pujian bersumberkan tatacara penulisan warkah zaman Parsi pada waktu itu. Dalam surat-menyurat Parsi, penggunaan kata-kata pujian begitu ketara dalam warkah-warkah yang dikirim kepada penerima. Oleh yang demikian, pengaruh penulisan warkah yang berada di Parsi telah disebarkan oleh para pedagang yang berniaga di rantau Asia Tenggara dan merekalah yang telah mendominasikan gaya penulisan warkah Melayu zaman tersebut."
Text
perlis
Warisan geologi Perlis yang unik...
"Warisan geologi Perlis yang unik menunjukkan bahawa negeri ini begitu tua dengan mempunyai jujukan batuan samudera berusia 590-500 juta tahun dari zaman Kambrian hingga ke Trias diwakili oleh empat formasi utama batuan, iaitu Formasi Machinchang, Formasi Setul, Formasi Kubang Pasu dan Formasi Chuping. "
Text
perlis
Waris Dato' Arau seterusnya ialah...
"Waris Dato' Arau seterusnya ialah Dato' Seri Lela Mahkota Wan Mat Saman. Para pengarang manuskrip "Salasilah Perlis", iaitu Dato' Orang Kaya Wan Abdul Rahman, Penghulu Wan Ali dan Wan Din, masing-masing berstatus anak, cucu dan cicit kepada beliau. "
Text
perlis
Wangsa Jamalullai tidaklah terus mentadbir Perlis...
"Wangsa Jamalullai tidaklah terus mentadbir Perlis sebagai sebuah kerajaan. Sebaliknya mandat untuk memerintah Perlis diperoleh wangsa Jamalullai secara peringkat demi peringkat. "
Text
perlis
Wan Khazim bin Wan Din ialah...
"Wan Khazim bin Wan Din ialah pewaris manuskrip "Salasilah Perlis". Wan Khazim bin Wan Din dilairkan di Pengkalan Assam, Kangar dan menerima pendidikan di Sekolah Melayu Bintong, Sekolah Melayu Chuping dan Sekolah Arab Al-Madrasah Al-Alawiyah Al-Diniyyah di Arau. "
Text
perlis
Wan Din bin Penghulu Wan Ali ialah...
"Wan Din bin Penghulu Wan Ali ialah individu penting yang bertanggungjawab menyambung penulisan dan memulihara manuskrip "Salasilah Perlis". "
Text
China
India
...3 more
Walaupun terdapat tanda-tanda bahawa pertukaran...
"Walaupun terdapat tanda-tanda bahawa pertukaran barangan dengan India telah bermula sejak abad ke-6 sebelum Masihi, barulah mulai awal zaman Kristian perdagangan dua hala itu menjadi lebih teratur dan bermakna. Ini kerana hubungan antara India dan Siberia yang merupakan sumber emas bagi orang India pada waktu itu terputus, mereka terpaksa memandang ke timur. Orang India segera menyedari bahawa Semenanjung serta pulau-pulau di sekitarnya bukan sahaja ideal sebagai stesen perdagangan dalam perjalanan ke negeri China, tetapi juga kaya dengan sumber emas, timah dan hasil-hasil hutannya sendiri."
Text
kelantan
Riwayat Kelantan
Walaupun teks Riwayat Kelantan ini digolongkan...
"Walaupun teks Riwayat Kelantan ini digolongkan sebagai teks sastera sejarah tetapi bahagian yang memuatkan unsur sastera itu tidak banyak. Hanya pada bahagian awalnya pengarang ada cuba mengaitkan penemuan Che Siti dengan buluh betung. "
Text
kelantan
Walaupun sejarah golongan istana lebih...
"Walaupun sejarah golongan istana lebih dipertekankan oleh pengarang namun di bahagian akhirnya beliau turut melibatkan peranan dan tindakan masyarakat biasa dalam perjalanan sejarah Negeri Kelantan terutamanya di zaman kemajuan. "
Text
Walaupun keris tidak begitu berperanan...
"Walaupun keris tidak begitu berperanan untuk digunakan sebagai senjata dan alat pertahanan dalam peperangan besar (lebih-lebih lagi masa kini), namun di arena persilatan Melayu, keris tetap berfungsi sebagai senjata dan alat bela diri yang paling sesuai (Tuan Ismail, 1991: 29)"
Text
Melaka
perdagangan
...2 more
Walaupun Islam telah masuk ke Semenanjung...
"Walaupun Islam telah masuk ke Semenanjung lebih awal lagi, baru sejak penubuhan Melaka pada permulaan abad ke-15 perubahan penting mulai berlaku. Melaka beransur-ansur menjadi sebuah emporium perdagangan paling terkenal di dunia dan sekali gus menjadi pusat penyebaran Islam ke seluruh Alam Melayu."
Text
Amerika Syarikat
bangunan
...3 more
Walaupun Amerika Syarikat lebih terkenal sebagai tempat...
"Walaupun Amerika Syarikat lebih terkenal sebagai tempat berkembangnya seni bina moden Barat daripada benua asalnya Eropah, Negara itu juga merupakan tempat kelahiran suatu aliran dalam seni bina berdasarkan bangunan-bangunan yang betul-betul tumbuh pada suatu tempat atau wilayah dan telah memberi inspirasi kepada seni bina Amerika yang sebenar."
Text
beribadat
ibu bapa
...2 more
Walau bagaimanapun, saya berpendapat bahawa...
"Walau bagaimanapun, saya berpendapat bahawa amalan taat dan beribadat kepada orang tua itu seharusnya dilakukan dengan hati yang ikhlas dan bukan untuk ditunjuk-tunjukkan semata-mata."
Text
kelantan
pengembaraan
W.W. Skeat mengikuti ekspedisi University of Cambridge...
"W.W. Skeat mengikuti ekspedisi University of Cambridge dari 1899 hingga 1900 memasuki kawasan pedalaman negeri Kelantan. Skeat lebih melibatkan diri beliau dengan penyelidikan etnografi masyarakat-masyarakat Orang Asli di kawasan pedalaman. "
Text
W.S. Rendra
"Dalam membaca sajak-sajak Rendra, suatu unsur yang paling cepat dapat kita lihat ialah unsur perulangan, baik merupakan perulangan yang sama betul, maupun perulangan yang telah bait, meskipun ada juga merupakan perulangan baris."
Versi moden bagi cereka panjang.
Variasi moden tentang sudut pandangan.
Text
Usman Awang
"Penyair berikutnya dalam perkembangan puisi Melayu di Malaysia ialah Usman Awang yang lebih dikenal dengan nama Tongkat Warrant. Ada dua kumpulan sajak Usman, iaitu Gelombang dan Duri dan Api. Yang pertama mengandungi sajak-sajaknya dari tahun 1946-1960, sedangkan yang kedua dari tahun 1961-1966."
Text
Johor
Usaha mendapatkan pekerja untuk ladang...
"Usaha mendapatkan pekerja untuk ladang atau estet yang besar tidaklah terhad kepada golongan Cina dan India saja. Pulau Jawa turut menjadi sumber imigrasi ini. "
Text
Usaha berterusan perlu dilakukan agar ...
"Usaha berterusan perlu dilakukan agar sastera tidak hanya terhad bagi pelajar dalam aliran sastera. Aliran sastera sekarang bukannya bermakna pelajar mengambil mata pelajaran sastera tetapi kebanyakannya mengambil mata pelajaran perakaunan. Keadaan ini mematikan sastera di sekolah dan lebih parah di Institusi pengajian Tinggi (IPT)."
Text
Untuk tujuan yang kedua, iaitu ...
"Untuk tujuan yang kedua, iaitu untuk menghayati keunikan gaya bahasa individu seseorang pengarang. Karya sastera memang ditandai oleh kelainan gaya antara seorang pengarang dengan pengarang yang lain, sekalipun tidak ditolak adanya pengarang yang kuat mempengaruhi gaya pengarang sesudahnya."
Text
Johor
Untuk mentadbir dan mengurus hal ehwal pendidikan...
"Untuk mentadbir dan mengurus hal ehwal pendidikan pada tahun 1883, Johor telah menubuhkan sebuah Jabatan Pelajaran yang diketuai oleh Datuk Bentara Dalam, iaitu Datuk Munsyi Ibrahim (SSD, 1883)."
Text
bahan mentah
benang
...1 more
Untuk menghasilkan songket yang bermutu...
"Untuk menghasilkan songket yang bermutu bergantung kepada bahan mentahnya iaitu benang. Biasanya benang ini didapati dalam bentuk yang telah dipintal. Benang-benang hendaklah dicelup dengan pewarna yang berfungsi untuk mewarnakan benang-benang mentah. Ada dua benang yang tidak perlu diwarnakan iaitu benang emas dan benang perak kerana semula jadi telah mempunyai warnanya tersendiri dan berkilat."
Text
brunei
keris
...1 more
Untuk menghasilkan sebilah keris...
"Untuk menghasilkan sebilah keris, bahan utama yang diperlukan ialah besi, sama ada besi pamor atau besi baja, atau campuran kedua-duanya. Mencampurkan besi disebut 'membalan'. Cara 'membalan' ialah sekeping besi dibelah, kemudian di celah-celah belahan itu dimasukkan besi lain."
Text
brunei
keris
...1 more
Untuk menghasilkan keris yang cantik...
"Untuk menghasilkan keris yang cantik dan bermutu, pandai besi akan menggunakan arang dari kayu-kayu tertentu, seperti 'pulau-pulauan', 'tayi (tahi) kakang', 'piasau-piasau' dan 'tampoi paya'. Kayu-kayu ini dipilih kerana dapat menyalakan api dengan baik pada suhu yang sesuai dan tetap (konsisten)."
Text
corak
motif
Untuk menghasilkan corak, motif-motif yang dipilih...
"Untuk menghasilkan corak, motif-motif yang dipilih disusun di dalam ruang-ruang dan bahagian-bahagian tertentu. Menurut Siti Zainun Ismail, "Bentuk motif yang disusun tunggal (satu motif) disebut bunga, susunan berderet di bahagian pinggir disebut corak pinggir". "
Text
Unsur-unsur tradisi sungguh kaya ...
"Unsur-unsur tradisi sungguh kaya dalam drama yang ditulis oleh Noordin Hassan. Kejayaannya dalam pengembalingan tradisi dan sejarahnya sendiri. Teks-teks Noordin Hassan adalah reaksi daripada kesedaran fenomena budaya dan politik tanah air tetapi dengan merujuk sastera Melayu klasik atau tradisioanal."
Text
arabes
kesenian islam
...1 more
Unsur-unsur pokok desain arabes...
"Unsur-unsur pokok desain arabes didasarkan pada pengaturan bentuk-bentuk daun di dalam bentuk-bentuk sudut banyak yang abstrak yang dalamnya tangkai dan cabang saling berkelindan dan ruang-ruang diisi dengan serasi."
Unsur kebetulan walau dalam apa bentuk.
Text
Adat
Minangkabau
Ungkapan-ungkapan pada lazimnya disusun dalam...
"Ungkapan-ungkapan pada lazimnya disusun dalam adat Minangkabau berpasangan antara alam dan manusia, benda dan ide, konkrik dan abstrak, lahir dan batin, sesuai dengan persepsinya tentang alam yang berpasangan yang dinamakan PEPATAH PETITIH. "
Text
Melayu
undang-undang
Undang-undang tanah pertama digunakan di daerah Kuala Pilah...
" Undang-undang tanah yang pertama digunakan untuk pentadbiran tanah daerah Kuala Pilah ialah Peraturan-Peraturan Tanah yang terkandung dalam Perintah (Order) 9 April,1887. "
Showing 1 to 50 of 1397 results
Page
of 28
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->