Skip to main content
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
Collection Tree
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
Collection Tree
Browse Items (155 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Collection: Abstrak Tesis Doktor Falsafah Akademi Pengajian Melayu
Previous Page
Page
of 4
Next Page
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Modenisasi dan kaum tani : satu kajian kes di Pulai Chondong, Kelantan
Abstrak
Kajian ini adalah mengenai modenisasi dan sebuah komuniti tani Melayu di Pulai Chondong, Kelantan. Tujuan kajian ini adalah, pertamanya untuk memerihalkan keadaan kehidupan harian kaum tani Melayu dalam sebuah negara, iaitu Malayia yang…
Perubahan sosioekonomi terhadap pemilihan pasangan dan pengendalian majlis perkahwinan Melayu di Kuala Lumpur
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis perubahan pemilihan pasangan dan pengendalian majlis perkahwinan orang Melayu Kuala Lumpur, disampai mengenal pasti impak faktor-faktor sosioekonomi terhadap perubahan yang telah berlaku. Lima faktor…
Mantera sebagai pengucapan simbolik : analisis pemikiran Melayu
Abstrak
Tesis ini adalah satu kajian dalam bidang Sosiologi Sastera. Kajian ini berdasarkan teks atau bahan kajian yang terdiri daripada mantera-mantera yang dikumpul dari beberapa tempat dalam setiap negeri di Semenanjung. Mantera dipilih sebagai…
Novel hikayat : satu penelitian struktur penceritaan Melayu
Pendahuluan
Salah satu jenis sastera Melayu baru yang agak kurang mendapat perhatian untuk dikaji dengan kesungguhan dan mandalam ialah novel. Ini lebih dapat dirasakan pada novel-novel Melayu yang tumbuh dan berkembang dalam tahap awal …
Pemikiran Kaum Muda di dalam novel-novel Melayu sebelum perang dunia kedua
Abstrak
Kajian ini merupakan satu kajian terhadap perkembangan pemikiran Kaum Muda yang terdapat di dalam novel-novel Melayu sebelum Perang Dunia Kedua. Kaum Muda dilihat sebagai satu ideologi yang berurutan dari hubungan ideologi yang diasaskan…
Analisis nahu wacana bahasa Melayu klasik berdasarkan teks Hikayat Hang Tuah
Abstrak
Kajian ini merupakan kajian bentuk ayat dan distribusi-nya dalam wacana berdasarkan rangka nahu wacana, dengan mengambil teks Hikayat Hang Tuah sebagai bahan analisis. Tumpuan diberikan kepada analisis tetenunan yang didapati antara…
Pengekalan dan peralihan bahasa dalam kalangan orang Batak Toba di Pontianak, Indonesia
Abstrak
Pada masa kini, penggunaan bahasa Batak toba di Pontianak sudah semakin berkurangan. Orang Batak Toba tidak mampu untuk mengekalkan bahasa mereka apabila berdepan dengan penduduk tempatan yang lebih ramai. Orang Batak Toba menggunakan…
Reformasi Islam dalam novel-novel Melayu terpilih
Abstrak
Disertasi ini mengkaji pemikiran reformasi islam yang tertonjol dalam novel-novel Melayu dalam rentetan perkembangannya selama tiga suku abad di negara ini. Analisis diserentakkan dengan melihat keterpengaruhan serta keselarian pertumbuhan,…
Peranan bahasa dalam membudayakan ilmu sains dan teknologi demi pembangunan sebuah negara bangsa : model Jepun dan penerapan ke atas negara bangsa Malaysia
Abstrak
Banyak negara ini mengetahui kejayaan negara Jepun dan meniru kehebatannya dalam sektor perekonomian dan perindustrian pembuatan. Kejayaan dan kehebatan yang diperolehi itu tidak melunturkan tradisi budaya dan bahasanya malahan menjadi asas…
Industrialisasi dan perubahan nilai masyarakat Melayu Riau : kajian di kawasan perindustrian Pulau Batam
Abstrak
Sebelum Pulau Batam menjadi kawasan perindustrian, kehidupan masyarakat Melayu Batam bergantung kepada tanah dan air (laut) sebagai alat pengeluaran. Kemasukan industri di kawasan ini, telah menimbulkan perubahan terhadap nilai-nilai warisan…
Novel-novel berunsur Islam : satu analisis berdasarkan teori takmilah
Abstrak
Kajian ini meneliti tentang konsep-konsep Islam iaitu akidah , ibadah, khalifah, dakwah dan jihad dalam novel-novel berunsur Islam. Penelitian ini berasaskan kepada sejauh mana pengarang-pengarang mengemukakan konsep-konsep Islam tersebut…
Pemikiran Shahnon Ahmad dan Naguib Mahfouz dalam novel-novel terpilih : satu perbandingan
Abstrak
Kajian ini merupakan satu perbandingan antara novel-novel Melayu terpilih yang dihasilkan oleh seorang pengarang Malaysia dengan novel-novel yang dihasilkan oleh seorang pengarang yang telah menerima pengiktirafan antarabangsa.
Keseluruhan…
Konflik nilai sosial di kalangan pekerja Melayu dalam syarikat multinasional : satu kajian kes di sebuah syarikat Korea di Senawang
Abstrak
Kajian ini dibuat dengan tujuan untuk mengkaji sejauh mana nilai sosial masyarakat Melayu dan Korea yang berbeza boleh menimbulkan konflik budaya di antara pekerja Melayu dengan pekerja dan pengurusan Korea dalam konteks tempat kerja di…
Pemikiran Pramoedya Ananta Toer dalam novel-novel mutakhirnya
Kajian ini merupakan suatu penelitian terhadap pemikiran Pramoedya Ananta Toer seperti yang tersirat dalam tetralogy terbarunya - Bumi Manusia, Anak Semua Bangsa, Jejak Langkah, dan Rumah Kaca – yang dihasilkan selama pengasingannya di Pulau Buru,…
Kasus dan pindahan sintaksis dalam Bahasa Melayu
Abstrak
Teori sintaksis Noam Chomsky membawa perubahan yang besar dalam teori linguistik moden. Khususnya, teori Kasus dalam teori Kuasaan dan Tambatan telah menjadi satu fokus dalam kajian linguistik kini. Disertasi ini akan meninjau Kasus peranan…
Peranan dramaturg dalam persembahan komedi Karoot Komedia X : kajian kes Sabri Yunus
Abstrak
Kajian ini memfokuskan isu perana Dramaturg di Malaysia pada peringkat pra produksi, produksi mahupun pasca produksi. Isu ini menyebabkan Dramaturg tidak berpeluang berkongsi kemahiran yang sewajarnya. Malahan tiada sebarang panduan ataupun…
A comparative syntactic analysis of Malay and Tagalog : a minimalist approach
Abstrak
Kajian ini ialah satu kajian perbandingan sintaksis di antara bahasa Tagalog dan bahasa Melayu dengan menggunakan pendekatan Minimalist atau Minimalist Program (MP). Kajian ini bertujuan untuk melihat persamaan dan perbezaan di antara…
Hikayat Pandawa Lebur MSS 737 : penceritaan dalang atau dagang
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk meneliti peranan dalang selaku pencerita dalam naskhah Hikayat Pandawa Lebur MSS 737, koleksi Perpustakaan Malaysia, Kuala Lumpur. Naskhah ini mengandungi enam siri perang antara Kerajaan Pandawa dengan Kerajaan…
Hubungan etnik dalam novel-novel remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan terpilih berlandaskan model etika hubungan etnik
Abstrak
Hubungan etnik yang dinaratifkan dalam novel-novel remaja merupakan sebahagian daripada kenyataan sosial dan cerminan kepada kehidupan realiti masyarakat. Namun begitu, manfaat yang dapat diberikan oleh novel remaja dalam mengetengahkan isu…
Kritikan seni dari perspektif sosio budaya di Malaysia
Abstrak
Meskipun Malaysia mengalami perkembangan pesat dalam dunia seni lukis pada ketika ini namun senario itu tidak memadai kerana masih wujud kelompongan dari sudut kritikan seni iaitu aspek teoritikal yang sewajarnya menjadi tulang belakang atau…
Kritikan seni dari perspektif sosio budaya di Malaysia
Abstrak
Kajian kritikan seni ini adalah mengenai teks penulisan terhadap pengkaryaan dua orang tokoh pelukis Malaysia iaitu Syed Ahmad Jamal dan Mohd. Hoessein Enas. Penelitian adalah merujuk kepada kaedah kualitatif analisis kandungan terhadap…
Ritual 'makan tahun' masyarakat Kadayan di Kampung Selanyau, Daerah Kecil Berkenu, Sarawak
Abstrak
Fokus penyelidikan ini adalh mengenai ritual ‘Makan Tahun’ masyarakat Kadayan di Kampung Selanyau, Daerah Kecil Bekenu, Sarawak. ‘Makan Tahun’ merupakan satu majlis yang diraikan oleh masyarakat Kadayan selama empat hari tiga malam sebagai…
Oksidentalisme dalam sastera Melayu sejak sebelum merdeka hingga era Mahathir Mohamad
Abstrak
Kajian ini menganalisis Imej Barat (occident) dalam sastera Melayu sejak sebelum Merdeka sehingga era Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad berdasarkan perspektif kritikan pascakolonial. Tanpa membataskan satu-satu genre tertentu, pemilihan…
Falsafah seni ukiran kayu Melayu
Abstrak
Fokus kajian ini ialah mengenai falsafah seni ukiran Melayu dan melestarikannya sebagai warisan seni yang terdapat di Malaysia. Kajian turut melihat bagaimana sesebuah institusi yang terbabit memainkan peranan mereka dalam menjayakan. Dalam…
Cerita lipur lara terpilih berdasarkan pendekatan pengurusan
Abstrak
Kajian ini menekuni satu pendekatan baharu dalam dunia kajian kesusasteraan kerana bersifat rentas disiplin dengan ilmu pengurusan. Teks cerita lipur lara terpilih yang menjadi pegangan untuk diterapkan dalam kajian ini, iaitu Hikayat Anggun…
Strategi dan teknik komunikasi perbicaraan mahkamah : analisis pragmatik
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis peristiwa bahasa perbicaraan mahkamah dari perspektif pragmatik. Usaha ini dilaksanakan kerana peristiwa bahasa perbicaraan mahkamah mempunyai pelbagai maklumat yang menarik untuk diselidiki. Oleh…
Teater Melayu makyung : kajian kreativiti koreografi
Abstrak
Sesuatu persembahan pentas yang mempamerkan hubungan dari hasil penggubahan yang menyentuh kepada perlambangan adat masyarakat Melayu tanahair perlu mempunyai kaedah dan teknik yang khusus sebagai garis panduan pemikiran kreativinya.…
Keinginan rasa cinta, kehormatan dan kemasyhuran dalan puisi terpilih Dharmawijaya
Abstrak
Kajian ini menganalisis kumpulan puisi yang dihasilkan oleh penyair Dharmawijaya, iaitu kumpulan puisi Warna Maya (1974), Derita Buana (1992), Jejak Kembara (1999) dan Mutiara Kenangan (2006). Keempat-empat kumpulan puisi tersebut dikaji…
Strategi komunikasi dalam kalangan pelajar Cina di SRJK (C) : kajian kes di daerah Hulu Langat, Selangor
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti strategi komunikasi yang digunakan oleh pelajar Cina di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina semasa bertutur dalam bahasa Melayu mengikut kumpulan pelajar daripada kumpulan pencapaian cemerlang,…
Tari Melayu Malaysia : satu kajian berdasarkan Festival Tari Kebangsaan
Abstrak
Tesis ini membincangkan tarian Melayu di Malaysia dengan memberi fokus kepada bagaimana kedudukan fungsi tari Melayu dalam konteks masyarakat negara Malaysia yang berbilang kaum. Kajian ini menggunakan pendekatan analisis kritikal dengan…
Falsafah bahasa : nilai dan etika Melayu-Islam dalam pantun
Abstrak
Penyelidikan ini memberi tumpuan falsafah bahasa khususnya berhubung dengan fungsi bahasa. Lalu dianalisis fungsi bahasa menerusi data pantun tradisi dalam teks kajian (kumpulan Pantun Melayu 1983). Tidak dapat disangkal lagi bahawa bahasa…
The McDonaldization of language-in-education policy of Malaysia : a case of English for the teaching of mathematics and science or (ETeMS)
Abstrak
Kajian ini berhubungkait dengan polisi bahasa-dalam-pendidikan yang baru diperkenalkan di Malaysia atau Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Objektif kajian ini adalah untuk menilai keberkesanan…
Kitab Ma'arij Al-Lahfan lil-Taraqqi ila Haqaiq Al-Irfan : ketegasan mujaddid Terengganu pada abad ke 14 H
Abstrak
Kajian ‘’Kitab Ma’arij al-Lahfan lil-Taraqqi Ila Haqa’iq al-Irfan : Ketegasan Mujaddid Terengganu Pada Abad Ke-14H’’ merupakan satu usaha memperkenalkan kitab Ma’arij al-Lahfan lil-Taraqqi Ila Haqa’iq al-Irfan, yang ditulis oleh Tok Ku Paluh…
Utusan untuk kebaikan : analisis watak pradata dalam novel Melayu
Abstrak
Tesis ini mengandungi empat bab, membicarakan tentang watak ‘pradata ‘ dalam novel Melayu. Setelah definisi dan huraian ‘pradata’ itu diberikan, penelitian ini memaklumkan tentang tujuan kajian, dasar pemilihan bidang kajian, masalah kajian…
Novel perang dalam kesusteraan Indonesia, Malaysia dan Filipina : satu perbandingan
Abstrak
Disertasi ini mengemukakan satu kajian perbandingan novel-novel perang yang dihasilkan oleh novelis-novelis Malaysia, Filipina dan Indonesia. Kaedah penyelidikan dan penulisan yang digunakan adalah antara disiplin : meneliti kehadiran dan…
Genre drama dalam teks sastera : kajian kandungan nilai
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk menentukan kandungan nilai yang terdapat dalam teks drama Komponen Kesusasteraan Melayu yang digunakan oleh pelajar sekolah menengah di Malaysia. Penegasan terhadap nilai sebagai unsur yang penting dalam mencapai…
Puisi-puisi Dharmawijaya : kajian teori pengkaedahan Melayu dan estetika
Abstrak
Kajian ini meneliti puisi-puisi Dharmawijaya penerapan gabungan Teori Pengkaedahan Melayu dan Teori Estetika. Dari Teori Pengkaedahan Melayu, penerapan kajian menjurus kepada Pendekatan Gunaan, Pendekatan Moral dan Pendekatan Firasat yang…
Pola strategi dan struktur kesantunan dalam kritikan rancangan realiti televisyen
Abstrak
Amalan kesantunan berbahasa dalam kalangan masyarakat amat penting untuk terus difahami, dihayati dan seterusnya diwarisi oleh generasi masa hadapan. Oleh yang demikian kajian-kajian terhadap bidang kesantunan perlu diperkembangkan lagi…
Istilah sains dalam Bahasa Melayu : aspek pengupayaannya
Abstrak
Disertasi ini merupakan satu percubaan awal untuk meneliti aspek pengupayaan istilah sains dalam bahasa Melayu, khususnya istilah bidang biologi, fizik, dan kimia berdasarkan istilah-istilah yang ditemukan dalam Daftar Istilah Mabbim. Aspek…
Cabaran dan faktor kesejahteraan subjektif peserta program mikro kredit Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) cawangan Kepong, Wilayah Selangor & Kuala Lumpur Tengah
Abstrak
Kajian ini adalah bertujuan untuk meneliti tahap kesejahteraan subjektif dalam kalangan peserta program Amanah Ikhtiar Malaysa (AIM) DI Cawangan Kepong, Selangor dan Kuala Lumpur Tengah. Program berteraskan pembangunan komuniti seperti…
Analisis bahasa kiasan dalam novel terjemahan Harry Potter and The Deathly Hallows (Harry Potter dan Azimat Maut)
Abstrak
Bahasa kiasan merupakan ungkapan yang maknanya tidak dapat diketahui daripada makna perkataan itu sendiri. Dalam menterjemahkan bahasa kiasan, pengetahuan mengenai bahasa dan budaya yang terlibat amat penting, malahan pengetahuan tentang…
Pemeliharaan dan penyisihan bahasa : kajian kes terhadap komuniti minoriti Rajang-Tanjong
Abstrak
Kajian ini adalah kajian sosiolinguistik yang melihat segala pemeliharaan bahasa dan penyisihan bahasa yang berlaku di dalam komuniti minoriti Rajang-Tanjong yang terdapat di Kapit, Sarawak.
Gejala pemeliharaan bahasa dan penyisihan bahasa…
Kajian teks Hikayat Melayu versi Tengku Said
Abstrak
Muhammad Yusoff Hashim (1998) telah memberikan judul Hikayat Melayu versi Tengku Said kepada teks yang dikaji ini. Objektif utama kajian adalah untuk melihat hukum kepengarangan abad ke-19, iaitu melihat berdasarkan peranan pencerita, kedua…
Penguasaan kosa kata Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar antarabangsa di Universiti Malaya
Abstrak
Kosa kata bahasa Melayu mempunyai peranan yang penting terutamanya kepada pelajar antarabangsa untuk berkomunikasi dengan berkesan. Kekangan yang dihadapi oleh pelajar antarabangsa untuk menguasai bahasa Melayu disebabkan oleh kekurangan…
Kajian intertekstualiti dalam novel-novel Siti Zainon Ismail
Abstrak
Kajian ini menganalisis dua buah novel terpili karya Siti Zainon Ismail, iaitu Pulau Renik Ungu (1995) dan Delima Ranting Senja (2009). Analisis dibuat dengan menggunakan teori intertekstualiti oleh Julia Kristeva (1980). Tiga prinsip utama…
Ritual dan simbol dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu Sekincan, Selangor
Abstrak
Kajian ini berhubung perlaksanaan ritual yang dilakukan oleh masyarakat Melayu Sekinchan, Selangor dalam adat perkahwinan. Terdapat empat objektif utama kajian, iaitu mengkaji proses-proses ritual dalam perlaksanaan adat perkahwinan…
Ritual kain pua dalam budaya Iban di Sarawak
Abstrak
Kajian ini memberi tumpuan kepada ritual kain pua Iban di Bahgian Sri Aman, Sarawak. Dalam masyarakat Iban, kain pua mempunyai tempat yang penting dari dahulu hingga sekarang. Kain pua bukan sahaja penting dalam kegunaan harian, tetapi juga…
Jayengbaya : penyelenggaraan dan analisis teks
Sinopsis
Kedudukan Ranggawarsita sebagai Pujangga Agung Jawa memang tidak dapat dipersoal kerana telah terbukti dari karya-karya beliau yang begitu banyak di dalam memaparkan realitas masyarakat Jawa di zamannya. Senario pemaparan masyarakat…
Kesantunan orang melayu dalam majlis pertunangan
Abstrak
Tesis ini mengandungi lapan buah bab yang bermula dengan Bab Pendahuluan. Bab 2 pula membincangkan nilai kesantunan orang Melayu dalam konteks sosiobudaya masyarakatnya. Seterusnya Bab 3 membincangkan kerangka tesis yang dimulai dengan…
Sosioterminologi dan sosioterminografi dalam seni tenun Melayu
Abstrak
Tesis ini membincangkan terminologi seni tenun Melayu dari aspek sosioterminologi dan sosioterminografi. Istilah ‘sosioterminologi’ pertama kali digunakan oleh Jeanclaude Boulanger (1981-1982), berasal dari Quebec, Kanada yang menggabungkan…
Previous Page
Page
of 4
Next Page
Output Formats
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2