Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (155 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Collection: Abstrak Tesis Doktor Falsafah Akademi Pengajian Melayu
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
Wanita dalam novel A. Samad Said
Abstrak
Kajian ini melihat perubahan kedudukan dan peranan watak-watak wanita utama dan sampingan dalam Sembilan buah novel Sasterawan Negara, A. Samad Said. Perubahan itu dikaji dalam kerangka sosial dan sejarah yang terbahagi kepada tahap-tahap sebelum perang, zaman perang, selepas perang dan selepas merdeka. Kedudukan dan peranan watak-watak wanita itu dikaji menggunakan perspektif feminis yang menekankan kesan beberapa faktor ke atas pengarang dalam pembentukan ideologi jantina yang mendasari perlukisan watak-watak wanita tersebut. Faktor-faktor itu termasuklah kesan sosio-budaya, agama, pengalaman pengarang serta hubungannya dengan keluarga, wanita, masyarakat dan zaman. Menerusi perpsektif feminis ini novel-novel yang dikaji mengajukan wujudnya korelasi yang nyata antara pencapaian pendidikan wanita dan perubahan peranan serta peningkatan kedudukan mereka. Sehubungan dengan itu, wanita tradisi yang tidak berpendidikan dan justeru itu tidak berdikari sering terdedah kepada penganiayaan khususnya jika tiada perlindungan keluarga. Sebaliknya wanita moden yang berpendidikan dan justeru itu berdikari tidak terikat dengan tuntutan keluarga dan dapat mencorak hidup mereka. Oleh itu buruk baik nasib mereka dapat ditentukan sendiri lantaran bebas membuat keputusan sendiri. Sehubungan dengan itu juga, wanita moden digambarkan Berjaya membaiki status hidup mereka jika mereka tidak menyeleweng dari norma-norma sosial dan nilai agama Islam. Seterusnya, pengarang secara keseluruhannya memberi kedudukan yang baik kepada wanita yang berpegang teguh kepada nilai-nilai tradisi seperti lemah-lembut, setia dan sabar.
Text
Wacana Maulid Nabi di Minangkabau : kajian tentang dinimikanya berdasarkan naskhah-naskhah karya ulama tempatan
Abstrak
Tesis ini memfokuskan kajiannya terhadap dinamika wacana Maulid Nabi (MN) di Minangkabau melalui teks dan konteks naskhah-naskhah karya para ulama tempatan. Dalam konteks dinamika Islam tempatan, wacana MN merupakan salah satu isu polimik keislaman di Minagkabau yang cukup kontroversial dan memancing beberapa sarjana untuk melakukan penelitian terhadapnya. Akan tetapi, kajian yang menggunakan naskhah-naskhah karya ulama tempatan sebagai sumber utamanya masih sedikit dilakukan. Kajian ini menggunakan pendekaan filologi dan teori Critical Discourse Analysis (CDA) dengan menggabungka model CDA Norman Fairclough dan Ruth Wodak. Suntingan teks yang dihasilkan dengan pendekatan filogi, dianalisis teks dan konteksnya secara kritis dengan teori CDA. Dalam perspektif CDA, wacana MN tidak hanya dianalisis pada peringkat teks saja, namun diteruskan pada aspek konteks sejarah dan sosial budayanya. Metodologi kualitatif yang digunakan dalam kajian ini melibatkan metode penelitian yang dimiliki ole pendekatan filologi dan teori CDA. Secara umum, kajian ini menjelaskan sejauh mana naskhah-naskhah karya para ulama tempatan menggambarkan dinamika wacana MN di Minangkabau. Untuk sampai pada tujuan kajian, wacana MN dianalisis mulai dari proses produksi, distribusi hingga konsumi wacana. Dari analisis yang dilakukan, kajian ini menampilkan fakta bahawa karya sastera berkenaan dengan MN secara diskursif telah menjadi wacana yang berideologi, sehingga mampu membentuk dan memperkuatkan identiti Kaun Tua di Minangkabau. Pada saat yang bersamaan, praktik wacana tersebut menjadi kekuatan yang tangguh untuk menyangkal serangan secara diskursif yang dilancarkan oleh kalangan ulama Kaum Muda. Perang wacana-baik melalui tulisan dan debat terbuka-pada era transmisi pembaharuan Islam di Minangkabau telah memberi kesan positif terhadap tradisi intelektual dalam kalangan ulama Minangkabau.
Text
Utusan untuk kebaikan : analisis watak pradata dalam novel Melayu
Abstrak
Tesis ini mengandungi empat bab, membicarakan tentang watak ‘pradata ‘ dalam novel Melayu. Setelah definisi dan huraian ‘pradata’ itu diberikan, penelitian ini memaklumkan tentang tujuan kajian, dasar pemilihan bidang kajian, masalah kajian dan peleraiannya, serta memperkenalkan 10 novel korpus. Antara tujuan terpenting kajain ini ialah usaha untuk mengemukakan teori pembentukan watak pradata dalam cereka Melayu.
Sebelum mencapai tujuan terpenting itu, kajian ini memperkatakan tentang erti novel Melyau, lalu skopnya dikhususkan lagi kepada pembicaraan terhadap 13 watak pradata yang terdapat dalam 10 novel korpus. Segala huraian ini terdapat di dalam Bab 2.
Di dalam Bab 3 pula, setelah mengenalpasti peranan dan sumbangan pradata, diteliti pula unsur-unsur dalaman dan luaran yang membentuk dan menjadikan seseorang watak itu sebagai pradata. Di samping itu dikesani pula bahawa jenis-jenis pradata dapat dibahagi kepada enam iaitu pradata agama, ekonomi, feminism, nasionalisme, pendidikan dan resam. Setiap jenis pradata itu diberikan definisi serta contoh-contoh dari novel korpus.
Setelah jenis pradata diketahui dan unsur-unsur pembentukan pradata dikenal pasti (iaitu unsur-unsur : dari dalam diri, keluarga, pendidikan dan perkerjaan, pergaulan, pengalaman perjalanan, bacaan, peristiwa tempatan sezaman, gerakan luar negeri dan agama), maka butiran serta unsur-unsur yang berpencar-pencar itu dikumpulkan dan disatukan sebagai asas-asas penting membina teori pembentukan watak pradata dalam cereka Melayu. Penemuan dan kesimpulan ini diutarakan dalam Bab 4 yang merupakan bab akhir kajian ini.
Text
Translating culture-specific items in children's dubbed animated series : a case study of Upin & Ipin
Abstrak
Pengajian terjemahan telah berubah daripada kaedah konvensional kepada proses moden dan kompleks ekoran perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi serta globalisasi media. Bidang terjemahan terkini juga melibatkan terjemahan skrin dan multimedia seperti lokalisasi, fansubbing, sari kata, sari kata opera, alih bahasa dan beberapa lagi. Penterjemahan untuk khalayak tertentu, contohnya khalayak kanak-kanak, ialah komunikasi antara kanak-kanak sebagai penonton dengan orang dewasa sebagai penterjemahnya. Kebiasaannya, golongan kanak-kanak sebagai penonton sasaran tidak mempunyai keupayaan untuk mengenal pasti pemanipulasian yang berlaku dalam teks atau versi terjemahan, terutamanya jika bahan teks itu mengandungi item khusus budaya. Tesis ini memilih sisi animasi kanak-kanak untuk meluaskan lagi ilmu tentang pelbagai aspek alih bahasa. Ia berkaitan dengan unsur budaya dalam kartun animasi kanak-kanak, selain untuk meningkatkan piawaian penterjemahan skrin di Malaysia. Kajian ini mengenal pasti Sembilan kategori item khusus budaya – seni, kepercayaan dan nilai-nilai, geografi, insfrastruktur, bahasa, benda, alam semula jadi, manusia dan sosial dalam siri animasi tempatan, Upin & ipin, dan kemudiannya menganalisis item-item tersebut berdasarkan kerangka teori berstruktur tentang ciri-ciri terjemahan audiovisual dan prinsip-prinsip alih bahasa kanak-kanak. Tesis ini juga mengkaji konsep item khusus budaya dalam budaya, gaya hidup, amalan, dan norma keagamaan dalam konteks orang Melayu Malaysia.
Text
Transformasi teknologi pembuatan labu sayong : kajian kes
Abstrak
Tembikar Labu Sayong merupakan salah satu hasil kraftangan Melayu tradisional yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Labu Sayong merupakan labu hitam tradisional yang digunakan oleh orang Melayu untuk menyimpan air minuman. Pembuat tembikar labu sayong membentuk labu dengan menggunakan tangan dan kayu penepek. Kemudian mereka menghias labu dengan pelbagai rekaan motif dan seterusnya dibakar dan di sekam dengan padi sehingga terhasilnya warna hitam. Namun begitu pewarisan kraf ini tidak menarik minat generasi mempelajarinya memandangkan proses pembuatannya secara tradisional amat memerlukan kemahiran yang tinggi. Persoalannya adakah menghasilkan Labu Sayong secara tradisional masih relevan dengan zaman berteknologi masa kini? Untuk menjadikan pembuatan kraftangan ini diteruskan oleh generasi baru, perlu difikirkan kesinambungan cara pembuatannya melalui transformasi teknologi dan terbukti ia telah diterima oleh pengusaha-pengusaha labu di Mukin Sayong, Perak.
Text
The McDonaldization of language-in-education policy of Malaysia : a case of English for the teaching of mathematics and science or (ETeMS)
Abstrak
Kajian ini berhubungkait dengan polisi bahasa-dalam-pendidikan yang baru diperkenalkan di Malaysia atau Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Objektif kajian ini adalah untuk menilai keberkesanan PPSMI melalui perspektif guru. Antara dua persoalan kajian ialah : Pertama, apakah persepsi para guru Matematik yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai medium pengajaran? Kedua, apakah persepsi guru terhadap perkembangan kecekapan Bahasa Inggeris dan penguasaan kemahiran Matematik pelajar? Lantaran itu, pendekatan kualitatif digunakan untuk menjawab kedua-dua persoalan kajian ini. Untuk tujuan pengutipan data, soal selidik diedarkan kepada tiga puluh tiga (33) orang guru Matematik di lapan (8) buah sekolah di Kuala Lumpur yang mengajar dalam Bahasa Inggeris.
Text
Teater Melayu makyung : kajian kreativiti koreografi
Abstrak
Sesuatu persembahan pentas yang mempamerkan hubungan dari hasil penggubahan yang menyentuh kepada perlambangan adat masyarakat Melayu tanahair perlu mempunyai kaedah dan teknik yang khusus sebagai garis panduan pemikiran kreativinya. Penyelidikan ke atas corak-corak komposisi ini telah membentuk kerangka pemikiran yang diperlukan untuk sesuatu penggarapan yang berakar dari adat masyarakat Melayu. Di mana kerangka ini telah mengungkap persoalan-persoalan yang menyentuh tentang konsep, gaya penggarapan dan motif bahan kreatif. Ciri-ciri ini telah dilihat dan ditafsirkan kedalam corak hasil dapatan yang tertumpu ke sudut dan aspek-aspek teknikal yang diperlukan. Penentuan genre-genre teater yang mempunyai konsep koreografi gerak lakon dan tari melalui klasifikasi dari skop kajian telah meletakkan kesenian teater tari Makyung sebagai kajian utama dan Mek Mulung pula sebagai perbandingan. Menyentuh kepada gaya dan corak persembahan teater sebegini akan mengundang pelbagai tahap dan nilai pengukuran yang memperlihatkan keselarian dengan tuntutan konsep keindahan. Iaitu keperluan bagi menepati corak dan gaya kreatif melalui sudut pandangan adat masyarakat Melayu yang beragama Islam.
Makyung dan Mek Mulung mempunyai kaitan yang memperlihatkan corak penggubahan yang megambil bahan-bahan kerja kreatif koreografi berdasarkan nilai-nilai perlambangan masyarakat Melayu. Walaubagaimanapun hanya kesenian Makyung sahaja yang mempunyai corak penggubahan yang menyatakan kaedah dan teknik melalui aspek-aspek teknikal yang lebih menyeluruh.
Text
Tautan dalam wacana bahasa Melayu akhbar : analisis rencana pengarang Utusan Zaman (1957-1961)
Abstrak
Bab 1 jalan ini memaparkan pendahuluan kajian. Manakala Bab 2 membincangkan konsep wacana tautan tujuh, model tautan, dan Model Tuntuan Pindaan. Data tautan perulangan dalam Bab 3 diteliti dengan menggunakan tujuh prinsip tatakerja. Didapati enam jenis tautan perulangan (PL), iaitu tautan perulangan rujukan (PL1), tautan perulangan penggantian (PL2), tautan perulangan ellipsis (pl3), tautan perulangan leksikal (PL4), tautan perulangan parafrasa (PL5), dan tautan perulangan struktur dan makna sama (PL7). Yang tertinggi ikatan tautannya PL4 (70.59%), yang terendah pula PL2 (PL0.17%), Ketertinggian PL4 ditafsirkan sebagai bercirikan leksikal. Tautan kolokasi (KL) dalam Bab 4 diteliti dengan menggunkan satu prinsip tatakerja, dan tautan ini didapati mempunyai empat subjenis, iaitu tautan kolokasi antoniman (KL1), tautan kolokasi kohiponiman (KL2), tautan kolokasi hasil (KL3), dan tautan kolokasi sifat (KL4). KL2 paling tinggi peratusan ikatannya (66.19%) berbanding dengan KL3 (0.98%), yang terendah sebab hubungan makna yang mirip kepada ciri leksikal dalam KL2. Tautan penghubung ayat (PH) dalam Bab 5 terbahagi kepada lima subjenis, iaitu tautan penghubung ayat tambahan (PH1), tautan penghubung ayat tentangan (PH2), tautan penghubung ayat sebab-musabab (PH3), tautan penghubung ayat waktu (PH4), dan tautan penghubung ayat terusan (PH5). PH1 yang tertinggi ikatannya (42.15%) bebanding dengan PH5 (0.83%). Hal ini dikaitkan dengan ciri teks bertulis yang ada pada PH1. Perbandingan dalam Bab 6 antara butiran analisis dengan tahun didapati tahun 1961 mempunyai maksimum butiran analisis terbanyak berbanding dengan tahun 1957. Dari segi jumlah ikatan. PL yang tertinggi, diikuti oleh KL dan PH. PL dan KL dikira bersifat hubungan tumpu makna yang lebih bebas. Jarak jauh lebih banyak daripada Jarak dekat kerana sifat teks bertulis. Bab 7 menyimpulkan kajian dan memuatkan cadangan kajian lanjutan.
Text
Tari Melayu Malaysia : satu kajian berdasarkan Festival Tari Kebangsaan
Abstrak
Tesis ini membincangkan tarian Melayu di Malaysia dengan memberi fokus kepada bagaimana kedudukan fungsi tari Melayu dalam konteks masyarakat negara Malaysia yang berbilang kaum. Kajian ini menggunakan pendekatan analisis kritikal dengan penulisan deskriptif. Prinsip asas sumber data ialah merujuk kepada Festival Tari Kebangsaan (FTK) daripada tahun 1992 hingga 1999. Data FTK tahun 2000 dan tahun 2001 turut dikaji sebagai tambahan.
Di samping itu, kajian ini membicarakan perkembangan tarian Melayu pada peringkat kebangsaaan melalui tahap-tahap pertandingan peringkat negeri diseluruh Malaysia. Kajian juga meninjau peranan masyarakat, serta para pendukung, penyelenggaraan, karyawan seni, penari dan koreografer. Perkembangan sebelum dan hingga diadakan FTK, dibuat mengikut format akademik, dan pertumbuhan tarian Melayu itu ditanggapi sebagai fenomena kebudayaan, kerana perancangan seni persembahan tarian pada peringkat kebangsaan menyaksikannya sebagai program polariti sosial yang dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Perlancongan Malaysia.
Text
Syair-syair Melayu Riau : tumpuan khas kepada Syair Kitab al-Nikah dan lain-lain syair agama Raja Ali Haji
Abstrak
Kajian ini adala satu percubaan untuk melihat perkembangan syair-syair Melayu Riau dengan menumpukan karya syair-syair agama Raja Ali Haji khasnya Syair Kitab al-Nikah.
Dalam Bab I diberikan gambaran perkembangan syair-syair itu yang berpusat di Penyengat. Ia dapat dilihat dari tiga kategori iaitu agama, sejarah dan fiksyen. Di bincangkan juga latar yang mempengaruhi perkembangan syair itu di Riau. Karya tersebut kebanyakannya dilahirkan oleh golongan Bangsawan Bugis yang dipelopori oleh Raja Ali Haji dan keluarganya.
Bab II dibincangkan secara lebih terperinci lagi syair-syair agama Raji Ali Haji terutama Syair Hukum Faraid, Syair Siti Sianah dan Syair Sinar Gemala Mastika Alam sambal membandingkan dengan beberapa syair agama yang lain seperti Syair Burung dan Syair Pintu Hantu.
Bab III melihat Syair Kitab al-Nikah secara terperinci terutama perbezaan dengan iga teks yang lain. Kesimpulannya yang didapati semakin muda usia teks itu semain banyak tambahan yang dilakukan. Tambahan tersebut samada secara tidak sengaja iaitu yang dianggap korupsi atau tambahan yang disengajakan yang dianggap sebagai kreasi baru. Tambahan ini dibuat sama ada secara improvisasi mahupun modifikasi. Perubahan yang disengajakan ini sesuai dilihat dari sudut teori resepsi sastera.
Text
Strategi komunikasi dalam kalangan pelajar Cina di SRJK (C) : kajian kes di daerah Hulu Langat, Selangor
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti strategi komunikasi yang digunakan oleh pelajar Cina di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina semasa bertutur dalam bahasa Melayu mengikut kumpulan pelajar daripada kumpulan pencapaian cemerlang, sederhana dan rendah. Kajian ini melibatkan 130 orang pelajar yang dipilih dari lapan buah sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di daerah Hulu Langat, Selangor melalui kaedah persampelan strata. Kajian tinjauan dan pemerhatian dengan teknik bercerita dan main peranan digunakan sebagai instrumen untuk mendapatkan data pertuturan lisan bahasa Melayu daripada pelajar Cina. Pelajar dikehendaki bercerita berdasarkan gambar suasana berkelah di tepi pantai. Instrumen kedua ialah main peranan berkaitan perbualan di sebuah restoran. Kajian ini telah menggariskan sebanyak 17 jenis strategi komunikasi. Teori monitor yang dipelopori oleh Krashen (1982) dan Taksonomi Tarone digunakan untuk pengelasan strategi komunikasi, iaitu Strategi Komunikasi Bahasa Lisan dan Strategi Komunikasi Bahasa Bukan Lisan. Dapatan kajian yang diperoleh melalui proses traskripsi data menunjukkan pelajar Cina lebih banyak menggunakan penguguran mesej berbanding strategi komunikasi yang lain. Seterusnya, keseluruhan dapatan menunjukkan pelajar Cina lebih banyak menggunakan strategi komunikasi bahasa bukan lisan, iaitu sebanyak 70% sebagai usaha untuk menggantikan kekurangan kosa kata bahasa Melayu, manakala strategi komunikasi bahasa lisan pula sebanyak 30%. Mereka tidak gemar meninggalkan ujaran secara drastik atau menukar topik apabila berhadapan kesukaran mencari leksikal bahasa lisan yang bersesuaian dengan konteks. Akhir sekali dapatan kajian menunjukkan bahawa pengunaan strategi komunikasi dalam pengajaran lisan dalam bahasa kedua oleh pelajar Cina banyak dipengaruhi oleh sikap dan motivasi yang tinggi, penggunaan dan pendedahan pelajar terhadap bahasa Melayu yang sederhana serta kurang menghadapi masalah-masalah komunikasi.
Text
Strategi dan teknik komunikasi perbicaraan mahkamah : analisis pragmatik
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis peristiwa bahasa perbicaraan mahkamah dari perspektif pragmatik. Usaha ini dilaksanakan kerana peristiwa bahasa perbicaraan mahkamah mempunyai pelbagai maklumat yang menarik untuk diselidiki. Oleh itu, menerusi kajian ini, kefahaman yang jitu berkaitan penggunaan bahasa perbicaraan mahkamah dapat dihuraikan secara lebih menyeluruh.
Kajian ini telah menganalisis penggunaan bahasa oleh pameran dalam perbicaraan mahkamah. Analisis itu telah mendapati bahawa pameran telah menggunakan strategi komunikasi langsung menerusi kaedah pernyataan, penceritaan semula pertanyaan, permohonan, silaan dan komen. Di samping itu, kajian ini turut menemui penggunaan strategi tak langsung oleh pameran seperti buang-buang cakap (beating about the bush), penggunaan perantaraan (surrogate) dan penyanggahan (contradicting). Kajian ini juga turut menganalisis beberapa strategi komunikasi lain yang telah digunakan oleh pameran, di samping strategi komunikasi langsung dan tak langsung. Antara strategi komunikasi lain yang telah digunakan oleh pameran ialah menerusi kaedah patah balik, jalinan komunikasi berterusan, rujukan dan cipta aral.
Text
Sosioterminologi dan sosioterminografi dalam seni tenun Melayu
Abstrak
Tesis ini membincangkan terminologi seni tenun Melayu dari aspek sosioterminologi dan sosioterminografi. Istilah ‘sosioterminologi’ pertama kali digunakan oleh Jeanclaude Boulanger (1981-1982), berasal dari Quebec, Kanada yang menggabungkan aplikasi sosilinguistik dengan terminologi. Gaudin (1983) dari Perancis pula mencadangkan penyerapan prinsip sosiololinguistik kepada teori terminologi. Tujuannya adalah untuk mengenal pasti variasi istilah berdasarkan latar belakang konteks penggunaan yang berbeza. Isu yang sering dijadikan permasalah berkaitan dengan fungsi bahasa Melayu sebagai alat atau saranan pengembangan ilmu yang seharusnya dilihat dalam konteks perancangan bahasa khususnya dalam bidang teknologi tinggi. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti istilah berdasarkan prinsip-prinsip sosioterminografi, menganalisis peta konsep dan sistem konsep dalam penyediaan takrif, dan menyusun data terminografi sebagai kamus istilah berilustrasi seni tenun Melayu. Teori yang diterapkan ialah prinsip sosioterminologi dalam Practical for Socioterminologi dan Teori Umum Terminologi (TUT). Selain itu, pengkaji mengaplikasi panduan dalam Pedoman Umum Pembentukan Istilah (DBP) (2004), Panduan Menyusu Kamus Istilah (DBP) (1992), prinsip pentakrifan Sager (1995) dan Hartmann (1984). Pendekatan kajian ialah deskriptif kualitatif, iaitu melaksanakan pengumpulan data berdasarkan kajian kepustakaan dan kajian lapangan, manakala instrumen ialah temu bual tidak berstruktur dan pemerhatian di lapangan. Sejumlah 403 istilah telah terkumpul dan dianalisis bagi mendapatkan satu senarai istilah dan takrif yang merupakan data terminografi bagi penyusunan kamus istilah berilustrasi seni tenun Melayu. Pengkaji juga telah menganalisis data untuk menetapkan istilah dan hubungan istilah dalam sistem konsep. Seterusnya penganalisisan klasifikasi takrif dan menyusun senarai masukan dan takrif bagi sebuah kamus istilah berilustrasi seni tenun Melayu. Dalam konteks pembentukan budaya ilmu, kajian ini telah mengetengahkan kearifan tempatan dalam kalangan masyarakat Melayu khususnya dari segi terminologi agar dapat mengangkat bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu teknologi tinggi.
Kata kunci : sosioterminologi, sosioterminografi, seni tenun Melayu.
Text
Sosiologi sastera : persoalan teori dan metode di sekitar sastera Melayu dan Indonesia
Pendahuluan
Pembicaraan ini mengenai dua aspek yang berbeza, aspek teori dan fenomena dalam sastera Melayu dan Indonesia. Yang satu lebih teoretikal, sedangkan yang lain berupa perlaksanaan.
Pembicaraan teori juga menyinggung metoda pelaksanaanya. Keduanya dapat dibezakan, tapi tak mungkin dipisahkan. Suatu teori mengambil bentuk melalui metoda pelaksanaanya. Akibatnya, dalam pembicaraan nanti disebutkan salah satu saja, mana yang lebih dipentingkan. Dengan begitu taklah bearti bahawa unsur lainnya tak penting atau tak ada,
Dalam membicarakan satu teori, disamping memberikan perkenalan, juga diberikan kritik, dari orang lain dan saya sendiri. Juga diberikan perlaksanaanya. Tapi supaya pembicaraan lancar, tak penuh sesak, perlaksanaan diberikan pada lampiran, apalagi contoh perlaksanaan itu cukup panjang. Namun begitu, tak semua teori akan diberikan contoh. Hanya teori yang langsung bekerja dengan teks, ini sesuai dengan penjurusan saya dalam mempelajari sastera. Dan teori ini memang menghendaki contoh perlaksanaan untuk menjelaskannya. Pendekatan kedua dari Swingewood (halaman 7) dan pendekatan Duvignaud tak akan dicontohkan. Keterangan yang diberikan pada bab berikut ini saya rasa sudah cukup menjelaskan.
Sesudah perbicaraan tentang tiap-tiap teori itu, ternyata ada kemungkinan lain, yang tak dapat di cakup oleh teori-teori itu. Kemungkinan lain itu dikemukakan dengan mengemukakan keadaan yang ada dalam sastera Melayu dan Indonesia, bagaimana fenomena perkembangan sastera Melayu dan Indonesia dapat didekati. Ini merupakan pembicaraan tentang aspek kedua yang lebih merupakan suatu perlaksanaan, meskipun pada hakikatnya ia tak mungkin terlepas dari landasan teori.
Data digunakan dalam pembicaraan ini adalah data yang berhubung dengan sastera Melayu dan Indonesia. Dan dengan menyedari sepernuhnya akan kemungkinan beberapa erti yang dipunyainya, saya menggunakan kedua istilah itu, Melayu dan Indonesia, dalam hubungan pengertian berikut :
(a) Penggunaan kedua istilah itu pertama kali dilandasi oleh fikiran yang pernah saya kemukakan dalam tahun 1960, yang kemudian saya ulang lagi dalam tahun 1969, yang melihat aspek politik yang melekat dalam penggunaan ‘bahasa Melayu’ dan ‘bahasa Indonesia’ di Indonesia. Yang kedua, ‘bahasa Indonesia’, sebelum perang dunia kedua, digunakan oleh pejuang kemerdekaan dan diistiharkan kelahirannya pada 28 Oktober 1928. Sebelumnya, ia belum lagi bernama ‘bahasa Indonesia’. Namun begitu, Belanda ketika itu masih tetap menemaninya sebagai ‘bahasa Melayu’ (of. U. Junus, 19601 1969).
(b) Pengertian Melayu tadi memang tak dapat dipisahkan dengan ‘bahasa Melayu’ dalam arti kebahasaan, yang tak membezakan antara ‘bahasa Melayu’ dan ‘bahasa Indonesia’. Pengertian ini juga dapat masuk ke dalam pengertian yang saya gunakan dalam pembicaraan ini.
(c) Meskipun kedua pengertian itu dapat dibezakan tapi ia tak dipisahkan dalam pembicaraan ini. Begitu juga halnya dengan kedua istilah itu. Dengan begitu, tak ada pembicaraan yang khusus dinamai ‘pembicaraan tentang sastera Melayu’ atau ‘ tentang sastera Indonesia’. Penggunaan kedua istilah itu tidak digunakan untuk membatasi pembicaraan, tapi untuk memungkinkan ruang-lingkup pengambilan data yang lebih luas.
Text
Sistem panggilan dalam bahasa Melayu : suatu analisis sosiolinguistik
Abstrak
Disertasi ini merupakan satu cubaan pertama berhubung dengan kajian sistem yang menjadi satu unsur yang penting dalam berkomunikasi dan berinteraksi dalam masyarakat bahasa Melayu. Oleh kerana itu ia digunakan pada setiap kejadian berkomunikasi di antara orang-orang yang sama atau berbeza dari segi pangkat, darjat, jawatan, golongan atau keturunan. Ia juga merupakan satu cara untuk memberi hormat kepada seseorang yang dipandang tinggi oleh masyarakat Melayu.
Bagi menganalisis panggilan dan sapaan ini beberapa peraturan dan pendekatan sosiolinguistik telah digunakan. Di antara peraturan-peraturan dan pendekatan-pendekatan itu ialah peraturan-peraturan sosiologistik yang dirumuskan oleh Ervin-Tripp iaitu Peraturan-Peraturan Alternasi (Alternation Rules), Peraturan-peraturan Perurutan (Sequencing Rules) dan Peraturan-Peraturan Kejadian Bersama (Co-Occurrence Rules).
Dari penganalisisan tersebut dapat disimpulkan bahawa sistem panggilan dalam bahasa Melayu pada masa kini lebih halus dan kompleks kerana ia dapat membezakan secara terperinci golongan, pangkat dan keturunan orang yang disapa. Selain daripada itu Ia dapat menunjukkan tinggi rendahnya taraf dan kedudukan orang yang disapa tersebut. Hasil penganalisisan ini juga menunjukkan bahawa sistem panggilan ini berkaitan rapat dengan sistem nilai sosiobudaya Melayu.
Penyelidikan lanjutan perlu dibuat terutama mengenai makna dan etimologi kata yang dipilih untuk sapaan dan gelaran.
Text
Simbolisme dewa-raja dalam teks Melayu klasik terpilih dan kesannya terhadap adat istiadat kesultanan Melayu
Abstrak
Perkembangan agama Hindu-Buddha di Nusantara pada abad ke-7 Masihi sehingga abad ke- 14 telah menampakkan penularan pengaruh Hinduisme-Buddhisme ke dalam dunia Melayu. Kemasukan pengaruh kebudayaan Hindu-Buddha memberikan impak terutamanya dalam nilai-nilai kebudayaan dan sekaligus mengubah pandangan semesta orang Melayu di Nusantara yang sebelumnya mengamalkan animisme serta agama nenek moyang. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk menganalisis simbolisme dewa-raja yang bukan hanya dijadikan kultus dalam masyarakat di Asia Tenggara, malah turut tercermin dalam karya kesusasteraan Melayu Klasik. Pengumpulan data dibuat menggunakan sumber primer seperti Hikayat Banjar, Hikayat Parang Puting, Hikayat Sang Boma, Hikayat Panji Semirang dan Hkayat Malim Demam. Pemilihan sampel kajian ini adalah neutral kerana dipilih mengikut genre yang berbeza iaitu sastera sejarah, sastera panji, sastera saduran Hindu dan sastera transisi Islam. Bahan kajian terbatas kepada lima teks sastera klasik Melayu. Karya sastera ini telah dikenal pasti menepati objektif kajian yang akan menonjolkan simbolisme dewa-raja. Hasil kajian akan memperlihatkan kepelbagaian cara kepengarangan digunakan bagi menonjolkan simbolisme dewa-raja dalam menyerlahkan kedaulatan raja-raja Melayu, adaptasi simbolisme dewa-raja dalam budaya istana Melayu seterusnya evolusi dewa-raja dalam kerajaan Melayu.
Kata Kunci : dewa-raja, dewa, raja, sastera klasik, Hindu-Buddha
Text
Simbolisme dalam motif-motif songket Melayu Terengganu
Abstrak
Tenunan songket hanya berungsi sebagai objek seni utiliti yang diadun rapi dan cantik dipakai jika tiada nilaian estetik dan falsafah yang terbit daripadanya. Namun di sebalik ketertiban dan keindahan reka corak motif, songket jelas kaya dan sarat dengan pelbagai tafsiran makna yang memberi ruang seluasnya untuk penyelidikan. Semuanya dipercayai terbit daripada transformasi dan manifestasi pemikiran para peserta seniman Melayu terdahulu yang diperturunkan secara konvensional dan warisan. Sejak beratus-ratus tahun, sejarah membuktikan bahawa songket mempunyai kedudukan dan peranannya yang teristimewa dalam sosio budaya masyarakat Melayu.
Peyelidikan ini adalah bermula dengan pengklasifikasian tujuh (7) motif yang terdiri daripada flora, fauna, kosmos, alam benda, geometrik, kuih-muih dan kaligraf. Setiap motif terpilih, wujud perkaitan atau pertalian secara langsung dengan penghidupan orang Melayu. Bermakna setiap olahan motif itu terlebih disemak, diteliti, dipadan, dibanding dan diberi interpretasi makna. Justeru setiap ruang lingkup kajian adalah menjurus kepada intisari keseluruhan budaya Melayu seperti nilai, norma, pandangan dunia, kepercayaan, adat dan falsafah di dalamnya yang menjadi pautan nilai budaya.
Text
Simbol dan makna dalam pantun Melayu Bingkisan Permata
Abstrak
Kajian ini mengkaji dan menganalisis teks pantun dalam buku Pantun Melayu Bingkisan Permata (2001) terbitan Yayasan Karyawan, yang diselenggarakan oleh Harun Mat Piah. Pantun dianalisis menggunakan Pendekatan Puitika Sastera Melayu oleh Muhammad Salleh dengan mengambil satu prinsip utama, iaitu Yang Indah-indah: Estetika Sastera Melayu, Analisi tersebut menggunakan tiga sub-prinsip yang terkandung dalam prinsip Yang Indah-indah: Estetika Sastera Melayu, iaitu dunia luas yang dipadatkan, kiasan dan saranan dan dunia berjodoh yang memperlihatkan keindahan sesebuah pantun. Keindahan pantun dalam kajian ini tertumpu kepada simbol dan makna yang diungkapkan dalam pantun. Permasalahan kajian yang bertolak daripada timbulnya kekaburan dalam memahami simbol dan makna boleh menyebabkan salah faham dan salah tafsir kepada pembaca dan pendengar pantun. Simbol yang diungkapkan mempunyai makna simbolik yang sukar difahami. Hal ini dapat dilihat dan dibuktikan dalam penggunaan simbol yang lebih dominan dalam pantun, iaitu simbol tumbuhan dan haiwan yang mempunyai makna berlapis-lapis yang perlu ditafsirkan dengan teliti dan jelas. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti simbol dan makna dalam yang indah-indah yang memperlihatkan estetika Melayu, menganalisis simbol dan makna tumbuhan dan haiwan dalam pantun dan menilai simbol dan makna tumbuhan dan haiwan dalam Pantun Melayu Bingkisan Permata. Dapatan kajian menunjukkan ketiga-ketiga objektif kajian telah tercapai. Kesimpulannya, untuk menjelaskan keindahan pantun melalui simbol dan makna yang diungkapkan dalam pantun perlulah menggunakan kaedah estetika pantun dalam pendekatan Puitika Sastera Melayu yang melihat keindahan pantun dari sudut pandangan orang Melayu sendiri.
Text
Simbol dalam cerpen-cerpen Anwar Ridhwan : kajian konseptual kata kunci
Abstrak
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti konseptualisasi anwar Ridhwan yang tersurat dan tersirat dalam lima puluh enam buah cerpen yang diterbitkan dari tahun 1976 hingga 2009 yang terkumpul dalam Kumpulan Cerpen Persendirian Parasit (1976), Sangkar (1986), Naratif Ogonshoto (2001), Kumpulan Cerpen Parasit dan Sesudah Perang (2009) dan cerpen-cerpen yang tersiar secara eceran dalam majalah Dewan Sastera dan akhbar arus perdana seperti Berita harian dan Mingguan Malaysia.Teori Konseptual Kata Kunci yang diperkenalkan oleh sarjana Malaysia, Mohamad Mokhtar Abu Hassan menjadi kerangka teoritis dalam penyelidikan ini. Dengan menerapkan Teori Konseptual Kata Kunci, kata kunci dan simbol dalam 56 buah cerpen dianalisis untuk mengenal pasti konseptualisasi Anwar Ridhwan berhubung dengan konsep kepimpinan, konsep kemiskinan dan konsep perjuangan. Dapatan kajian membuktikan bahawa kata kunci digunakan untuk menyalurkan konseptualisasi secara tersurat manakala simbol digunakan untuk menyalurkan konseptualisasi secara tersurat manakala simbol digunakan untuk menzahirkan konsertualisasi secara tersirat. Daripada kata kunci dan sepuluh jenis simbol yang ditemukan seperti simbol haiwan, simbol burung, simbol serangga, simbol alam, simbol peristiwa, simbol objek, simbol warna, simbol tempat dan simbol angka, terbukti bahawa Anwar Ridhwan menghubungkan personaliti, pengaruh, strategi fan kediktatoran sebagai faktor utama dalam konsep kepimpinan.
Text
Seni persembahan Melayu : satu kajian terhadap organisasi keusahawanan seni
Abstrak
Kejayaan sesebuah organisasi keusahawanan seni bergantung kepada corak pengurusan pengusahanya, sokongan yang diterima daripada institusi kerajaan yang berkaitan dan penontonnya. Berasaskan kepada pernyataan tersebut, kajian kes ini melihat secara deskriptif kaedah pengurusan organisasi seni cottage (Kumpulan Sri Temenggung), semi professional (Kumpulan Pura Tanjung Sabtu Centre – PTSCC) dan professional (Kumpulan Penang Cultural Centre – PCC) yang mengkomersialkan produk seni persembahan. Aspek-aspek pengurusan yang dikaji adalah berlandaskan kepada konsep umum dalam pengurusan sesebuah organisasi keusahawanan iaitu pengurusan personal, pemasaran, operasi dan kewangan.
Objektif utama kajian ini ialah unutk mengkaji dan membandingkan kaedah pengurusan dalam tiga kategori organisasi seni persembahan dari sudut keusahawanan, peranan dan sokongan Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan (KKKP) dalam seni persembahan dan kehendak penonton masa kini.
Text
Semiotik riffaterre dalam pantun kanak-kanak
Abstrak
PKK merupakan salah satu daripada jenis pantun Melayu. PKK dicipta dengan bentuk dan makna yang ringkas, seiring dengan meningkatnya usia kanak-kanak, tahap perkembangan kognitif, kematangan serta fitrah kanak-kanak yang amat gemar akan bahasa yang mudah dan berirama. Makna dapat disimpulkan dalam bentuk peribahasa, kiasan bahasa dan kata-kata yang pendek, tegas, tetapi luas dan dalam maknanya. Walau apapun jenis pantun yang tercipta, pantun tetap unggul sebagai simbol artistik masyarakat Melayu dan juga lambang kebijaksanaan berfikir. PKK mendukung maksud yang sukar difahami menghalang pembaca kususnya kanak-kanak untuk memahami makna yang hendak disampaikan. Hakikatnya, bukan semua kanak-kanak dapat menguasai pantun dengan mudah apatah lagi bagi kanak-kanak yang memiliki latar belakang bahasa Melayu yang masih rendah. Gaya bahasa dalam PKK sangat ketara penggunaan bahasa sasteranya berbanding puisi Melayu moden kerana banyak menggunakan kata-kata kiasan dan kata-kata yang jarang digunakan dalam pertuturan seharian. Berlandaskan permasalahan kajian, unsur bahasa yang menjadi wadah dalam penciptaan PKK perlu dilihat melalui pendekatan semiotik bagi menemukan pusat makna dalam PKK. Analisis semiotik yang digunakan adalah model semiotik yang diasaskan oleh Michael Riffaterre. Teori SR (1978) dilihat sebagai pendekatan yang sesuai berdasarkan ‘langkah kerja’ yang jelas melalui empat aspek pemaknaan iaitu pertama; ketidaklangsungan eskpresi, kedua; pembacaan heuristik dan pembacaan hermeneutik, ketiga; matriks, model dan varian-variannya serta aspek keempat; hipogram. Kajian ini bertujuan untuk mengklasifikasi PKK mengikut tema menggunakan unsur matriks, model dan varian-variannya. Pemilihan tema dibuat berdasarkan cakupan tema merujuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang dilaksanakan melalui Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Melayu.
Text
Riwayat Kelantan : analisis teks, interteks dan konteks
Abstrak
Kajian ini adalah kajian filologi, iaitu melibatkan kerja-kerja mentransliterasi sebuah naskhah bertulisan rumi. Naskhah yang telah siap ditransliterasi ini kemudiannya diberikan anotasi. Berdasarkan naskhah yang telah siap diedit ini satu kajian untuk mencari makna penulisan naskhah-naskhah sastera sejarah dilakukan.
Bab 1 memuatkan latar belakang kajian-kajian yang dilakukan oleh sarjana terdahulu terhadap naskhah Melayu. Tumpuan khusus diberikan kepada naskhah sastera sejarah. Daripada tinjauan itu didapati tidak banyak kajian yang menumpukan kepada usaha mencari makna penulisan sesebuah naskhah. Bab ini juga memuatkan bahan kajian, iaitu teks Riwayat Kelantan yang terdapat dalam bentuk mikro filem di Perpustakaan Besar, Universiti Malaya Kuala Lumpur. Selain daripada itu dijelaskan juga tujuan kajian, bidang dan juga skop kajian ini. Di akhir bab ini diberikan beberapa istilah yang akan digunaakan dalam kajian.
Bab 2 pula merupakan kerangka teori kajian ini. Dalam bab ini dibincangkan beberapa konsep seperti sastera, adab, analisis teks, interteks dan konteks. Dalam bab ini juga dibincangkan lima model kajian sarjana-sarjana terdahulu yang bertujuan untuk mencari makna teks. Perbincangan model-model kajian ini adalah sebagai usaha untuk membina sebuah model yang akan digunakan dalam kajian ini. Daripada beberapa model kajian yang dibincangkan itu tidak ada satu pun model kajian yang berupaya mencari makna hakiki sesebuah karya kerana mereka mengabaikan faktor agama, Dengan yang demikian dalam bahagian terakhir bab ini dikemukakan model kajian hermeneutik-adab yang akan digunakan dalam kajian ini.
Bab 3 merupakan satu perbincangan secara umum tentang negeri Kelantan seperti asal mula Kelantan mendapat nama, faktor-faktor yang menyumbang kearah kemunculan ramai penulis-penulis di Kelantan. Akhir sekali dibincangkan beberapa naskhah Melayu lama yang ada di Kelantan pada masa ini.
Text
Ritual padi dan identiti : kajian kes komuniti Kadazan dataran Penampang, Sabah
Abstrak
Ritual secara umumnya adalah perlakuan dalam agama atau upacara amal. Namun perlakuan-perlakuan baru yang dilakukan secara berulang tanpa melibatkan keagamaan juga dapat dianggap sebagai ritual. Ritual baik yang dilakukan secara tradisi atau baru merupakan hak komunal dan bersifat awam serta mengandungi elemen-elemen persembahan yang merupakan entiti kepada kebudayaan. Oleh itu, ia sebagai alat perantaraan dan penyeragaman nilai-nilai yang menjadi lambang identiti kepada masyarakat atau etnik. Identiti entnik merupakan jalinan konsep dan sifat-sifat perilaku yang berbeza-beza atara datu entik dengan etnik yang lain yang berpusatkan kepada perkongsian bersama terhadap warisan nenek moyang. Justeru perlakuan ritual sejak zaman nenek moyang boleh diinterprestasikan sebagai sebuah drama sosial yang meliputi kehidupan seharian yang diwarisi di dalam sesebuah komuniti.
Text
Ritual kain pua dalam budaya Iban di Sarawak
Abstrak
Kajian ini memberi tumpuan kepada ritual kain pua Iban di Bahgian Sri Aman, Sarawak. Dalam masyarakat Iban, kain pua mempunyai tempat yang penting dari dahulu hingga sekarang. Kain pua bukan sahaja penting dalam kegunaan harian, tetapi juga penting dalam ritual-ritual orang Iban. Kain pua dianggap anugerah petara (tuhan) kepada orang Iban, dan kerana itu, ia dianggap sesuatu yang teramat istimewa dan sakral. Dengan itu, pembuatan kain pua wajib diiringi ritual-ritual tertentu. Dalam kajian ini, diteliti ritual-ritual berkaitan dengan penenunan kain pua, iaitu dari peringkat awal penyediaan peralatan dan bahan-bahan tenun, peringkat pembuatan motif-motif sehingga selesai penenunan kain pua. Ini melibatkan khususnya rituan miring. Ritual-ritual ini umumnya diadakan untuk memohon keberkatan, kesempurnaan dan perlindungan kuasa-kuasa luar biasa.
Text
Ritual dan simbol dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu Sekincan, Selangor
Abstrak
Kajian ini berhubung perlaksanaan ritual yang dilakukan oleh masyarakat Melayu Sekinchan, Selangor dalam adat perkahwinan. Terdapat empat objektif utama kajian, iaitu mengkaji proses-proses ritual dalam perlaksanaan adat perkahwinan masyarakat Melayu di Kg. Seri Kedah, Sekinchan, Selangor; mengkaji jeins-jenis simbol ritual yang terdapat dalam adat perkahwinan itu; menganalisis makna simbol ritual yang berkenaan; dan menilai nilai-nilai sosial yang terdapat dalam ritual tersebut. Penyelidikan ini bersifat etnografi, mengkaji amalan ritual dalam perkahwinan masyarakat Melayu Seri Kedah. Teknik pengumpulan data yang digunakan dalam penyelidikan terdiri daripada temu bual etnografi yang melibatkan responden terdiri daripada mak andam, pengamal adat dan juga orang agama yang terdiri daripada imam dan kadi. Selain itu temu bual mendalam bersama pengantin dan kumpulan focus turut diadakan. Teknik pemerhatian turut digunakan secara meluas dalam kajian ini bagi memahami dan mendalami ritual dalam adat perkahwinan masyarakat yang dikaji. Teknik pemerhatian dijalankan semasa adat pertunangan, adat pernikahan dan juga adat persandingan. Hasil kajian mendapati terdapat tiga proses ritual yang mengiringi pelaksanaan adat perkahwinan masyarakat Melayu Seri Kedah iaitu ritual sambutan, ritual doa dan ritual jamuan. Ritual sambutan ialah perlakuan memuliakan tetamu yang hadir dalam pelaksanaan adat. Ritual doa memperliharakan permohonan dan pengharapan kepada Allah Swt agar perkahwinan yang dilaksanakan diberkati dan dihindari daripada perkara buruk. Selanjutnya ritual jamuan merupakan ritual terakhir yang dilaksanakan bagi memastikan keseluruhan adat perkahwinan itu mencapai kesempurnaan dan tujuan ia diadakan.
Text
Ritual 'makan tahun' masyarakat Kadayan di Kampung Selanyau, Daerah Kecil Berkenu, Sarawak
Abstrak
Fokus penyelidikan ini adalh mengenai ritual ‘Makan Tahun’ masyarakat Kadayan di Kampung Selanyau, Daerah Kecil Bekenu, Sarawak. ‘Makan Tahun’ merupakan satu majlis yang diraikan oleh masyarakat Kadayan selama empat hari tiga malam sebagai tanda kesyukuran kepada Allah S.W.T. kerana telah memberikan hasil padi yang lumayan dan kesejahteraan hidup kepada mereka. Bagi mereka melalui pelaksanaan ritual ini, permasalahan dan krisis kehidupan yang berteraskan kepada budaya padi pula dapat diatasi melalui nilai-nilai kebersamaan yang akhirnya membentuk kepada identiti masyarakat Kadayan. Tujuan penyelidikan pula untuk melihat peranan simnolisme di dalam ritual yang dijadikan sebagai identiti Kadayan. Elemen-elemen seperti kepercayaan kepada kuasa-kuasa supernatural dan keislaman diselitkan sebagai menerapkan unsur-unsur kebersamaan di setiap perlakuan ritual tersebut. Simbol-simbol seperti pekanan raja, kelupis, bumoh, ustaz dan golongan agama, Ratib Saman, Yang Maha Berkuasa, solat Dhuha, solat Hajat, doa selamat, tahlilan dan sebagainya memperlihatkan wujudnya penerapan unsur-unsur animism dan Islam di dalam budaya Kadayan.
Text
Reformasi Islam dalam novel-novel Melayu terpilih
Abstrak
Disertasi ini mengkaji pemikiran reformasi islam yang tertonjol dalam novel-novel Melayu dalam rentetan perkembangannya selama tiga suku abad di negara ini. Analisis diserentakkan dengan melihat keterpengaruhan serta keselarian pertumbuhan, perkembangan dan kesinambungannya dengan gerakan reformasi Islam dalam jangka masa waktu yang hampir-hampir sama.
Disertasi terbahagi kepada lapan bab, dengan Bab Pertama memperinci elemen-elemen yang mendasari sesuatu penyelidikan akademik, merangkumi, pernyataan masalah dan objektif-objektif kajian, disusuli dengan methologi kajian dari segi pendekatan dan teori, singnifikan kajian, skop dan keterbatasannya, dan diakhiri dengan pembahagian bab-bab.
Text
Puisi-puisi Dharmawijaya : kajian teori pengkaedahan Melayu dan estetika
Abstrak
Kajian ini meneliti puisi-puisi Dharmawijaya penerapan gabungan Teori Pengkaedahan Melayu dan Teori Estetika. Dari Teori Pengkaedahan Melayu, penerapan kajian menjurus kepada Pendekatan Gunaan, Pendekatan Moral dan Pendekatan Firasat yang berada dalam kelompok Pengkaedahan Alamiah. Melalui Teori Estetika pula penerapan kajian lebih menjurus kepada unsur Pengalaman Estetika dan unsur Sikap Estetika yang berada dalam bahagian Persepsi Estetika, dan unsur-unsur gaya bahasa.
Bagi mencapai objektif kajian ini, aspek yang ditinjau ialah pemikiran yang lebih tertumpu kepada hubungkait sosialisasi masyarakat dengan objek-objek alam fizikal yang ada disekeliling kehidupan mereka. Hubungan mempengaruhi perasaan dan kreativiti. Unsur gunaan dan moral diteliti bersumberkan hubungan rapat antara masyarakat dengan alam dapat memberi kesan kepada pemikiran Dharmawijaya. Kajian turut menitikberatkan lapisan makna yang terdapat pada unsur alam kerana puisi-puisi Dharmawijaya perlu dibuat tanggapan untuk menterjemahkan makna-makna yang sebenar yang banyak melibatkan perihal kemanusiaan. Kajian terhadap pemikiran Dharmawijaya ini juga untuk melihat unsur-unsur estetika kerana puisi-puisi yang dihasilkan bersumberkan pengalaman dan sikap penyair.
Text
Puisi Melayu moden : kajian teori pengkaedahan Melayu
Abstrak
Tesis ini mengkaji puisi-puisi Melayu moden dengan penerapan teori Pengkaedahan Melayu dan menjurus kepada Pendekatan Firasat dan Pendekatan Dakwah, iaitu dua daripada enam Pendekatan yang terangkum di dalam teori tersebut.
Objektif kajian ialah untuk melihat unsur alam dan unsur dakwah di dalam puisi Melayu moden. Unsur alam diteliti dari penggunaan kata-kata yang merupakan objek alam, iaitu tumbuh-tumbuhan, haiwan, laut dan waktu (pertukaran malam dan siang). Unsur dakwah dikenal pasti daripada maksud puisi, pemikiran dan sikap penyair yang selaras dengan aliran agama Islam dengan merujuk kepada ayat-ayat Al-Quran. Al-Hadith dan tulisan-tulisan pemikir Islam. Dengan mengambil karya-karya daripada ramai penyair, dapatlah dilakukan analisis secara perbandingan bagi meninjau persamaan dan perbezaan di dalam cara penyair-penyair menggunakan objek-objek alam fizikal pada lapis tersurat bagi menyampaikan maksud tersirat, iaitu maksud puisi yang sebenar.
Text
Psikologi keperluan remaja dalam novel-novel remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU)
Abstrak
Kajian ini menganalisis enam buah novel remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU), karya enam orang pengarang dengan menggunakan Pendekatan Hierarki Keperluan Remaja yang telah diubah suai dari Teori Hierarki keperluan Manusia. Novel-novel tersebut ialah Azfa Hanani (1995), Trilogi Cinta (2002) Merenang Gelora (2002), Merdekakan Cinta Ratna (2003), Beraraklah Awan Pilu (2006) dan Jendela Menghadap Jalan (2009). Analisis tersebut menggunakan lima peringkat utama yang terdapat dalam Pendekatan Hierarki Keperluan Remaja, iaitu pertama, keperluan fisiologi, kedua, keperluan keselamatan, ketiga, keperluan kasih sayang dan cinta, keempat, keperluan penghargaan kendiri dan akhir sekali kelima, keperluan penyempurnaan kendiri. Permasalahan kajian ynag bertolak daripada tempoh dan usia remaja akan wujud pelbagai keperluan, keinginan dan kehendak yang diperlukan oleh golongan ini bagi memenuhi impian, matlamat, visi dan misi yang dicita-citakan oleh mereka.
Text
Pola strategi dan struktur kesantunan dalam kritikan rancangan realiti televisyen
Abstrak
Amalan kesantunan berbahasa dalam kalangan masyarakat amat penting untuk terus difahami, dihayati dan seterusnya diwarisi oleh generasi masa hadapan. Oleh yang demikian kajian-kajian terhadap bidang kesantunan perlu diperkembangkan lagi dengan melihat konteks dan peristiwa bahasa yang berbeza agar amalan kesantunan dapat dilestari dan diwarisi. Menyedari hakikat ini, maka kajian ini dijalankan untuk memperlihatkan penggunaan pola strategi dan struktur kesantunan dalam kritikan juri professional rancangan realiti televisyen. Kritikan menjadi fokus kajian kerana kritikan sukar disampaikan secara berkesan tanpa meninggalkan rasa kurang selesa terhadap penerima kritikan. Kajian ini mempunyai tiga objektif, iaitu mengklasifikasikan pola strategi dan struktur kesantunan dalam kritikan juri, menganalisis kecenderungan penggunaan pola strategi dan struktur kesantunan kritikan juri dan menghubungkaitkan kencenderungan penggunaan pola strategi dan struktur kesantunan kritikan dengan ciri kesantunan Melayu. Analisis dan perbincangan melibatkan secara langsung pendekatan pragmatik. Data kajian melibatkan 416 ujuran kritikan juri tetap, juri berulang dan juri jemputan dalam rancangan Mentor terbitan TV3. Data dianalisis berpandukan Model Pola Strategi dan Struktur Kesantunan (MPSSK) yang dimanifestasikan daripada model kesantunan Brown dan Levinson (1987), model kesantunan Asmah Omar (2000) dan teori maklum balas teknik Sandwich Davies dan Jacobs (1985). MPSSK mengetengahkan dua bentuk pola strategi dan struktur kesantunan, iaitu pola A dan pola B. MPSSK pola A ialah pola ujaran yang tidak membentuk struktur tetapi memberi pilihan strategi kesantunan, iaitu strategi berekod tanpa penyesuaian (BTP), strategi berekod dengan kesantunan positif ( BPKP) dan strategi berekod dengan kesantunan negatif (BPKN).
Text
Pola strategi dan maksim kesantunan dalam rancangan bual bicara
Abstrak
Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti pola kesantunan berbahasa rancangan bual bicara bertajuk ‘’Celik Mata Reset Minda Orang yang Tenang’’ yang disiarkan di radio IKIMfm. Analisis data melibatkan 28 konteks perbualan dalam 10 substruktur yang mencakupi 731 dialog oleh pengacaraan, tetamu undangan, pemanggil dan pengirim dalam tiga struktur (pengenalan, isi dan penutup) bual bicara. Kajian ini dilakukan atas permasalahan kurangnya sumber kajian di peringkat ilmiah yang menggunakan korpus rancangan bual bicara di radio berbahasa Melayu sepenuhnya. Tiga objektif di ketengahkan, iaitu mengenal pasti struktur dan pola kesantunan berbahasa, menganalisis penggunaan pola kombinasi strategi dan maksim rancangan bual bicara, dan menghubung kait pola kombinasi strategi dan maksim dengan kesantunan Melayu. Dua teori, iaitu Model Kesantunan Brown dan Levinson (1987) dan Prinsip Kerjasama (PK) Gris (1975) diaplikasi, yang kemudiannya dikombinasikan untuk membentuk Model Pola Kombinasi Strategi dan Maksim (MPKSM). MPKSM membentuk empat pola kombinasi strategi yang mengandungi P1, P2, P3 sebagai pola teras dan pola opsyenal, iaitu Pola A, Pola B, Pola C dan Pola D diikuti dengan padanan maksim PK tertentu. P1 yang mewakili Strategi Berekod Tanpa Penyesuaian sentiasa menjadi pola opsyenal manakala P2 (Strategi Kesantunan Positif dan strategi Kesantunan Negatif) pula sentiasa menjadi pola teras. Sementara P3 (Strategi Tanpa Rekod) menjadi pola opsyenal namun dalam kasus yang melibatkan penggabungan tertentu ia boleh menjadi pola teras.
Text
Perubahan sosioekonomi terhadap pemilihan pasangan dan pengendalian majlis perkahwinan Melayu di Kuala Lumpur
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis perubahan pemilihan pasangan dan pengendalian majlis perkahwinan orang Melayu Kuala Lumpur, disampai mengenal pasti impak faktor-faktor sosioekonomi terhadap perubahan yang telah berlaku. Lima faktor sosioekonomi, hasil daripada pembandaran yang difokuskan dalam kajian ini ialah, pendidikan, pendapatan, pekerjaan, kediaman dan kedudukan sosioekonomi keluarga. Kajian ini berpandukan kepada Teori Pemodenan dan kerangka konseptual yang diubah suai berdasarkan kerangka teori Edwards (1969a) dan Yaacob Harun (1991) dalam menganalisis implikasi pembandaran terhadap perubahan institusi perkahwinan dan keluarga Melayu bandar. Kajian ini menggabungkan dua kaedah penyelidikan, iaitu keadah kuantitatif dan kaedah kualitatif. Kaedah kuantitatif dijalankan untuk mengumpulkan data-data berbentuk angka dengan menggunakan instrumen soal selidik. Disamping itu, kaedah kualitatif turut dilaksanakan untuk memperoleh data-data yang boleh menyokong hasil dapatan soal selidik dengan menggunakan instrumen kepustakaan, pemerhatian dan temu bual. Dalam kajian ini, Kuala Lumpur telah dipilih sebagai tempat kajian kerana bandar raya ini mempunyai tahap pembandaran yang paling tinggi di Malaysia. Terdapat 107 pasangan Melayu yang merangkumi 214 orang Kuala Lumpur dipilih secara rawak untuk menjawab soal selidik. Selain itu terdapat lagi 14 pasangan Melayu Kuala Lumpur telah ditemu bual secara terperinci.
Text
Perubahan sosial dalam masyarakat Bajau Kota Belud, Sabah
Sinopsis
Kajian ini bertujuan mengesan dan menganalisis proses perubahan sosial yang berlaku dalam masyarakat Bajau Kota Belud, Sabah, terutama meneliti hubungannya dengan kolonialisme dan perkembangan ekonomi kapitalis di Sabah. Kajian ini cuba menunjukkan bahawa kolonialisme dan perkembangan ekonomi kapitalis di Sabah telah mengakibatkan perubahan terhadap ekonomi tradisional atau ‘natural economi’ masyarakat Bajau, khususnya dari segi bentuk dan hubungan pengeluaran. Namun begitu, perubahan-perubahan tersebut tidak membawa pembangunan dalam erti yang sebenar kepada masyarakat Bajau. Masyarakat Bajau sebagai masyarakat pinggir tetap mundur atau miskin dan tidak membangun seimbang dengan masyarakat kapitalis di kawasan pusat.
Matlamat penyelidikan, kerangka teori (yang memberi panduan terhadap usaha menginterprestasikan data yang dibentangkan dalam kajian ini) dan metode penyelidikan dijelaskan dalam Bab 1. Ini diikuti oleh Bab 2 yang memberikan satu penelitian umum tentang orang Bajau dan daerah Kota Belud.
Perbincangan utama dalam kajian ini dilakukan dalam dua bahagian. Bahagian I kajian ini yang mengandungi Bab 3 dan Bab 4 memberi satu gambaran tentang masyarakat Bajau pada zaman tradisional dan situasi pada zaman pemerintahan kolonial. Tujuan utama Bahagian I ini ialah untuk menghuraikan ciri-ciri utama struktur politik dan sosio-ekonomi masyarakat Bajau pada zaman tradisional dan perubahan-perubahan penting yang dialami mereka pada zaman pemerintahan colonial, khususnya perubahan-perubahan yang berlaku akibat perkembangan ekonomi kapitalis di Sabah umumnya.
Text
Persoalan ketahanan Nasional dalam novel pilihan penulis guru Negara Brunei Darussalam
Abstrak
Kajian ini menganalisis persoalan ketahanan nasional yang terdapat di dalam novel-novel pilihan yang dihasilkan oleh penulis-penulis guru terutamanya yang berpendidikan tinggi. Pemilihan penulis guru dilakukan berdsarkan sejarah penulisan novel itu negara Brunei Darussalam yang dimulakan oleh penulis guru. Di samping itu, guru adalah orang yang terlibat dalam mengajar ciri-ciri ketahanan nasional itu di sekolah-sekolah baik secara langsung mahupun tidak langsung. Setiap penulis dipilih dua buah novel terbaik mereka.
Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenal pasti persoalan ketahanan nasional negara Brunei Darussalam yang terdapat dalam novel-novel kajian dan seterusnya memaparkan pengalaman watak-watak dalam naratifnya yang Berjaya mengasimilasikan ciri-ciri ketahanan nasional tersebut dalam kehidupan mereka. Kesan asimilasi itu menyebabkan keselamatan dan kemakmuran baik dalam keluarga, masyarakat mahupun negara telah dapat dipertahankan. Analisis ini menekankan perspektif watak-watak menerapkan ciri ketahanan nasional sosiobudaya, ketahanan nasional sosioekonomi danketahan nasional sosiopolitik. Dalam analisis ini setiap pecahan ketahanan nasional bagi setiap kategorinya itu dipaparkan penerapannya dalam kehidupan watak-watak dan masyarakat.
Text
Persoalan dendam dalam sastera Melayu
Abstrak
Kehadiran hikayat-hikayat Melayu menjadi manifestasi kepada kewujudan sebuah masyarakat Melayu pada satu ketika dahulu. Hikayat-hikayat Melayu ini yang dikesan penghayatannya sejak zaman Hindu membawa kepada zaman Peralihan dan seterusnya kepada zaman Islam, dan dikenal pasti mewarnai kesusasteraan lama di rantau Tanah Melayu termasuk Aceh, Minang dan Jawa, tidak sahaja memberi hiburan kepada pembaca, tetapi fungsinya yang lebih berharga ialah sebagai bahan bukti kepada jatidiri, wacana pemikiran dan aspirasi masyarakat Melayu itu sendiri.
Berlandaskan penelitian drama tragedi di dalam periode Yunani dan periode pemerintahan Ratu Elizabeth 1, emosi dendam banyak sekali mempengaruhi tema dan jalan cerita drama tragedi berkenaan. Willliam Shakespeare dan Thomas Kyd mengeksploitasikan emosi dendam untuk menarik minat penonton apabila drama dendam mereka dipentaskan. Intrig dan peranan darah memainkan peranan meransang keghairahan penonton. Emosi dendam yang menjadi bumbu utama kepada drama tragedi ini seolah-olah mengorek keluar keresahan masyarakat Inggeris pada periode berkenaan yang dahagakan pembalasan dendam dan keadilan.
Dengan meneliti emosi dendam di dalam hikayat-hikayat Melayu ini akan menyerlahkan hatibudi masyarakat Melayu dalam menangani masalah harian yang membabitkan hati dan perasaan, jasmani dan rohani.
Pentafsiran emosi dari aspek ‘fenomenologi’ lewat hikayat-hikayat Melayu, yang tidak dominan kehadirannya didalam setiap hikayat yang dikaji-sekadar menjalankan peranannya yang bersifat didaktik-menggambarkan masyarakat Melayu pada suatu ketika dahulu yang peka dengan urusan kasih sayang, kewibawaan yang wajar ditegakkan, keadilan yang saksama-kesemuanya demi kepentingan keharmonian dan kemuliaan etika di dalam kehidupan.
Text
Persepsi pengguna terhadap serat tandan sawit ke arah pembangunan produk kraf
Abstrak
Penyelidikan ini membentangkan satu konsep pembangunan material yang berasaskan Persepsi Pengguna Terhadap Serat Tandan Sawit. Objektif utama penyelidikan adalah mengukur tahap persepsi pengguna terhadap penggunaan serat tandan sawit untuk diaplikasikan dalam pembuatan produk kraf. Selain itu, konsep pembangunan material yang dibangunkan, bertujuan bagi memenuhi keperluan pendidikan material dalam bidang seni dan kraf, di peringkat pengajian tinggi tempatan. Penyelidikan ini melibatkan lima (5) pemboleh ubah, iaitu pengetahuan material, pengalaman sensori, kesedaran potensi, penerimaan estetika dan pembangunan produk kraf. Kaedah penyelidikan Mixed Method Sequential Explanatory Design telah digunakan dengan melibatkan dua fasa, iaitu fasa kuantitatif dan fasa kualitatif. Kedua-dua kaedah tersebut bertujuan bagi menghasilkan dapatan yang lebih jelas dan kukuh, disamping memantapkan sokongan kepada hasil dapatan dalam fasa kuantitatif. Kaedah triangulasi data, iaitu pengumpulan data melalui instrumen soal selidik, temu bual dan pemerhatian telah digunakan dalam penyelidikan ini. Responden penyelidikan pula terdiri daripada pelajar seni dan professional dalam bidang kraf dan tekstil.
Dalam penyelidikan ini, data soal selidik yang diperolehi menerusi fasa kuantitatif telah dianalisis secara deskriptif dan inferensi melalui penggunaan perisian SPSS 24.0. Analisis deskriptif dijalankan untuk menilai tahap kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawaian. Manakala analisis inferensi pula, ujian MANOVA, Kolerasi Pearson dan Regerasi Beganda, digunakan untuk mengenal pasti perbezaan, hubungan dan pengaruh antara setiap pemboleh ubah. Seterusnya, fasa kualitatif pula telah melibatkan data yang diperolehi melalui penggunaan instrumen temu bual dan pemerhatian.
Text
Perkembangan istilah matematik dan sikap pengguna
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk melihat perkembangan istilah matematik bahasa Melayu dan mengenal pasti sikap pengguna terhadap istilah tersebut. Kajian dilakukan dengan membandingkan 50 istilah yang terdapat dalam buku istilah Fizik, Hisab dan Kimia (IFHK, 1968) dengan istilah yang terdapat dalam buku istilah Matematik untuk Sekolah-sekolah Malaysia (IMSSM, 2003). Istilah yang berubah kemudian dianalisis denga menggunakan kaedah analisis komponen makna. Seterusnya, kajian lapangan dilakukan dengan menggunakan instrumen soal selidik untuk melihat penerimaan penggunaan terhadap istilah tersebut. Sejumlah 122 responden dilibatkan dalam kajian yang terdiri daripada 109 tenaga pengajar, 7 pegawai kementerian, dan 6 editor. Selain itu, sikap penggubal istilah dilihat berdasarkan istilah yang dicipta oleh mereka.
Text
Perbandingan morfologi bahasa Melayu dan bahasa Iban
Abstrak
Tesis ini adalah kajian mengenai bahasa Melayu (BM) dan bahasa Iban (Bib) yang dilihat dari perspektif Linguistik Bandingan dan pada tahap-tahap tertentu kajian ini menjurus kepada Linguistik Bandingan Sejarawi. Objektif utama kajian ini adalah untuk melihat unsur-unsur morfem yang terdapat dalam pembentukan kata BM dan Bib. Di samping itu kajian ini turut menyelidiki ciri-ciri warisan bersama yang dimiliki oleh kedua-dua bahasa dari bahasa induk serta perubahan-perubahan yang berlaku setelah berpisah. Data dari BM diperolehi melalui bahan bertulis dan pemerhatian langsung. Manakala data dari Bib pula didapati melalui kajian perpustakaan dan kajian lapangan. Bahan bagi BM tidak hanya terhad pada bentuk standard, tetapi juga melihat pada dialek-dialek tertentu sekiranya terdapat kesejajaran.
Untuk tujuan menghurai dan menganalisis bentuk-bentuk morfologi BM dan Bib ini, pendekatan sistematik digunakan bagi membuat kesimpulan tentang evolusi sesuatu sistem melalui zaman. Kajian ini turut menyentuh struktur fonologi kata sebagai tujuan memudahkan perbincangan mengenai hal-hal berkaitan dengan imbuhan dan morfofonemik. Di samping melihat pembentukan kata melalui bentuk dan unsur morfem, kajian ini turut mengambil kira pembentukan kata berdasarkan unsur-unsur pembentukan dan kata akar.
Text
Perbandingan kata sapaan dalam masyarakat Minangkabau di Kabupaten 50 kota dengan daerah Rembau
Abstrak
Negeri Sembilan dikatakan sebagai salah satu daripada kawasan rantau Minangkabau sejak ratusan tahun yang lalu. Jejak keminangkabauan mereka masih tergambar pada sistem sosiobudaya masyarakat Negeri Sembilan sekarang seperti hidup dalam kelompok-kelompok (mereka namaka suku). Kajian ini bertujuan untuk menghuraikan bentuk dan penggunaan kata suapan di Nagari Batuhampar Kecamatan Akabiluru Kabupaten 50 kota dan Daerah Rembau Negeri Sembilan serta membandingkan persamaan dan perbezaan kata sapaan dalam masyarakat Minangkabau pada kedua-dua kawasan tersebut. Faktr-faktor yang menyebabkan perubahan bentuk kata sapaan berlaku juga dijelaskan dalam kajian ini. Teori yang digunakan untuk menganalisis data-data ialah teori kata sapaan yang dikemukakan oleh Ervin-Tripp (1986). Data dikumpulkan di Nagari Batuhampar Kecamatan Akabiluru Kabupaten 50 Kota dan Daerah Rembau Negeri Sembilan dengan menggunakan metodologi semak dan cakap yang dilaksanakan dengan sau set teknik penyelidikan.
Text
Peranan, organisasi dan kandungan akhbar-akhbar utama di Semenanjung Malaysia
Abstrak
Kajian secara makro ini adalah mengenai peranan, organisasi dan kandungan akhbar-akhbar utama di Semenanjung Malaysia. Tempoh pengkajian asas ialah dari tahun 1989 hingga tahun 1995. Sampel yang dipilih mengandungi lapan akhbar utama, dua bagi setiap bahasa.
Selain kaedah diskriptif dua kaedah utama digunakan dalam kajian ini :
(a) Analisi kandungan akhbar-akhbar tersebut bagi minggu buatan dalam tahun 1989 untuk hari-hari berikut : Isnin 19hb Jun; Selasa 25hb Julai; Rabu 2hb Ogos; Khamis 7hb September; Jumaat 20hb Oktober; Sabtu 1hb November; dan Ahad 10hb Disember. Sample keseluruhan bagi hari-hari tersebut berjumlah 56 akhbar. Pembolehubah-pembolehubah berikut telah dikaji: kategori dan kekerapan berita dalaman dan luar negeri; personaliti-personaliti yang disebut; sumber berita; analisis berita politik dan analisis muka depan.
(b) Tinjauan meliputi 91 ‘’gatekeeper daripada lapan akhbar tersebut denan penggunaan boring soalselidik ‘’standard’. Soalan-soalan yang ditanya mewujudkan suatu profail demografi responden; gambaran tentang alam pekerjaan mereka; pendapat mereka tentang unsur-unsur dan nilai-nilai berita ; dan pendapat mereka tentang profesion kewartawanan, termasuk penilaian mereka tentang masa depan kewartawanan di Malaysia.
Text
Peranan dramaturg dalam persembahan komedi Karoot Komedia X : kajian kes Sabri Yunus
Abstrak
Kajian ini memfokuskan isu perana Dramaturg di Malaysia pada peringkat pra produksi, produksi mahupun pasca produksi. Isu ini menyebabkan Dramaturg tidak berpeluang berkongsi kemahiran yang sewajarnya. Malahan tiada sebarang panduan ataupun pendekatan yang mengintegrasikan peranan Dramaturg ini. Justeru itu, kajian ini adalah bertujuan untuk menghuraikan peranan Dramaturg dalam persembahan Karoot Komedia X bagi memperlihatkan perkaitannya dengan isu peranan Dramaturg. Kajian ini juga bertujuan untuk menginteprestasi dan menganalisis idea ramatung menerusi kombnasi Model Dramatung Gotthold Ephraim Lessing (1769), Teori Dramatik Aristole (335) dan Teori Humor Asa Berger (2017). Data-data kajian diperolehi melalui instrumentasi kajian kaedah tandom interview, non-participant observation dan penelitian dokumen. Kajian keperpustakaan turut dilakukan bagi memperolehi maklumat awal berkenaan tajuk ini. Dapatan kajian ini memperolehi (a) Dramaturg Komedi berperanan sebagai seorang ‘pengkaji’, (b) berperanan sebagai seorang ‘Operator’ serta (c) berperanan sebagai seorang ‘Perantara’. Dramaturg perlu mempunyai kualiti sifat kreatif, inovasi dan dinamik. Di samping itu dapatan kajian ini turut membuktikan Dramaturg telah membina sebuah persembahan new komedi melalui persembahan Karoot Komedia X. Berdasarkan kerangka peranan Dramaturg yang dibina melalui kajian ini dapat memberikan inspirasi terhadap individu yang berhasrat memegang peranan sebagai seorang Dramaturg.
Text
Peranan bahasa dalam membudayakan ilmu sains dan teknologi demi pembangunan sebuah negara bangsa : model Jepun dan penerapan ke atas negara bangsa Malaysia
Abstrak
Banyak negara ini mengetahui kejayaan negara Jepun dan meniru kehebatannya dalam sektor perekonomian dan perindustrian pembuatan. Kejayaan dan kehebatan yang diperolehi itu tidak melunturkan tradisi budaya dan bahasanya malahan menjadi asas penting bagi kejayaan tersebut.
Kajian ini bertujuan untuk menyelidik dan menganalisis peranan bahan Jepun dalam membantu pembentukan asas kejayaan tersebut. Kita juga ingin melihat sama ada model kejayaan bahasa Jepun itu boleh diterapkan melalui bahasa Melayu. Secara keseluruhannya kajian ini meliputi 7 bab.
Text
Penterjemahan tajuk utama iklan dalam katalog bercetak
Abstrak
Kemasukan pelbagai produk antarabangsa yang diimport ke Malaysia menyebabkan iklan yang dicipta dalam bahasa Inggeris perlu diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Langkah penterjemahan iklan semestinya mempunyai kekangan apabila produk yang diasaskan dari luar negara membawa bersama budaya, norma dan juga sistem bahasa negara produk berkenaan. Berlandaskan permasalahan berkenaan, kajian ini mengkaji penterjemahan tajuk utama dalam katalog bercetak Cosway dan Avon. Tiga perspektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji ciri-ciri bahasa tajuk utama, isu keinggerisan yang wujud dalam terjemahan tajuk serta pendekatan penterjemahan tajuk utama. Oleh itu kajian ini mengaplikasikan pendekatan elektrik untuk menganalisis data kajian. Pandangan Torresi (2010) berkenaan bahasa teks periklanan dipertimbangkan bagi mengenal pasti ciri-ciri bahasa dalam penulisan tajuk utama. Kategori oleh Haugen (1972) pula dimanfaatkan untuk mengelaskan unsur keinggerisan yang wujud dalam tajuk utama. Selain itu, pendekatan terjemahan fungsian yang diutarakan oleh Nord (1997) diaplikasikan bagi menghuraikan pendekatan terjemahan yang digunakan oleh penterjemah sewaktu menterjemah. Dapatan kajian menunjukkan penterjemah menggunakan gabungan bahasa kreatif dan bahasa emotif dalam penulisan tajuk utama. Selain itu, langkah penterjemahan telah mewujudkan unsur keinggerisan seperti kata pinjaman dan kata pinjaman gabungan.
Text
Penjagaan kesihatan wanita Melayu Kampung Selarong, Perak
Abstrak
Kajian ini dibuat ke atas sekumpulan wanita Melayu luar bandar di sebuah kampung di Perak bagi mengetahui amalan penjagaan kesihatan yang dilakukan oleh mereka. Kajian ini cuba mengupas perlakuan kesihatan wanita Melayu serta peranan budaya di dalam mempengaruhi amalan penjagaan kesihatan mereka. Pendekatan yang digunakan di dalam menghasilkan penyelidikan ini ialah dengan menggunakan kaedah antropologi kesihatan di mana pemerhatian turut serta dan kaedah temubual mendalam dilakukan bersama wanita Melayu luar bandar yang dikaji. Fokus kajian ini ialah perlakuan penjagaan kesihatan yang dilakukan secara berulang-kali dan berterusan oleh wanita Melayu luar bandar untuk menjaga kesihatan mereka, termasuklah amalan kebersihan harian, senaman, urutan, amalan pemakanan serta penggunaan pantang-larang pada petua di dalam mengekalkan kesihatan mereka.
Text
Penjagaan kesihatan masyarakat Melanau Islam Kampung Jepak, Bintulu, Sarawak
Abstrak
Kajian ini adalah kajian etnografi kesihatan. Fokus kajian ialah amalan penjagaan kesihatan dalam kalangan masyarakat Melanau. Melalui kajian etnografi ini dapat difahami tentang ‘worlview’ dan amalan-amalan yang dilakukan utuk penjagaan kesihatan. Kesihatan boleh dijaga dan dipelihara supaya kekal, justeru masyarakat ini sentiasa prihatin dalam penjagaan mereka. Prinsip asas penjagaan kesihatan masyarakat Melanau adalah bertujuan untuk meningkatkan taraf kesihatan dan mengelak penyakit. Prinsip inilah yang menjadi landasan kepada amalan-amalan yang mereka lakukan. Kajian menunjukkan bahawa amalan penjagaan kesihatan mereka masih bersifat tradisi dan bergantung kepada sumber alam semula jadi. Amalan penjagaan kesihatan yang lazim diamalkan ialah melalui pemakanan dan penggunaan tumbuh-tumbuhan. Amalan pemakanan dan penggunaan tumbuh-tumbuhan terus bekembang dan diamalkan sehingga hari ni kerana ia dipengaruhi oleh adat, nilai kepercayaan, pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang diwarisi oleh mereka. Kedua-dua ini mampu mengatasi kesihatan masyarakat Melanau, malah mereka yakin dan percaya akan keberkesanan kedua-dua perlakuan penjagaan kesihatan tersebut. Ini memperlihatkan bahawa amalan penjagaan kesihatan masyarakat tidak bebas daripada pengaruh budaya mereka. Kaedah penjagaan kesihatan ini sewajarya diketengahkan sebagai asas model penjagaan kesihatan altenatif di Malaysia.
Text
Penjagaan kesihatan dan rawatan : prinsip dan teori dalam perubatan Melayu
Abstrak
Satu kajian antropologi budaya telah dijalankan untuk mendapatkan data tentang perubatan Melayu di Kedah dan Perlis. Tujuan kajian ialah untuk menentukan konsep berhubung dengan kesihatan dan penyakit dan untuk membentangkan pembentukannya sebagai realiti sosial. Kajian memfokuskan kepada falsafah dan prinsip yang digunakan oleh bomoh dalam penjagaan kesihatan dan rawatan penyakit. Dalam hubungan ini huraian mengenai teori penyakit dan keuzuran dibincangkan. Kajian juga bertujuan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi pembangunan perubatan Melayu dan untuk mengemukakan strategi-strategi kearah kemajuannya. Hasil kajian mendapati asas dan falsafah perubatan Melayu berteraskan ajaran Islam. Teori mengenai penyakit dan keuzuran pada keseluruhannya dibentuk atas pengetahuan agama, kepercayaan kepada makhluk ghaib dan persekitaran fizikal. Rasional dan keperhatinan kepada keadaan manusia menjadi sebahagian daripada rawatan bomoh. Sungguhpun penjagaan kesihatan merupakan satu bahagian penting perubatan Melayu, penekanan lebih bertumpu kepada aspek rawatan. Kesimpulan kajian ialah perubatan Melayu dibina atas prinsip-prinsip falsafah agama yang kukuh. Implikasi yang boleh dibuat daripada kajian ialah keperluan untuk memberi penekanan sewajarnya kepada kaedah-kaedah penjagaan dan untuk menengahkannya sebagai suatu model penjagaan kesihatan altenatif di Malaysia.
Text
Pengurusan tapak arkeologi pra-sejarah : sebagai satu warisan ketara di Malaysia
Abstrak
Tapak-tapak arkeologi pra-sejarah adalah warisan ketara yang amat sedikit bilangannya dan tidak dapat dinilai harganya. Ianya dianggap sebagai warisan manusia sejagat. Pada waktu yang sama, tapak-tapak ini sangat sukar untuk dikenal pasti dan sayangnya, senang sangat dimusnahkan oleh kerana keadaan jumlah kandungan peninggalan budaya kebendaannya yang amat sedikit. Ini adalah kerana kebanyakan daripada tapak-tapak arkeologi pra-sejarah tergolong dalam zaman di mana manusia mengamalkan kehidupan berpindah-pindah atau nomadik dan tidak membina struktur-struktur yang kekal lama. Penyelidikan ini cuba untuk menganalisis pengurusan beberapa tapak arkeologi pra-sejarah di Malaysia dan membandingkannya dengan satu kumpulan pengurusan ‘ best-practices’ yang berdasarkan kepada beberapa garis panduan perundangan global yang dicadangkan oleh PBB dan UNESCO. Sebanyak empat tapak arkeologi dan empat muzium tapak arkeologi yang berbeza telah dipilih, berkaitan dengan pengalaman pengkaji dengan tapak-tapak berikut. Ianya adalah Guar Kepah, Kampung Sungai Mas, Kota Tongkat, Kota Kelangkiu, Lembah Bujang, Lenggong, Bukit Tengkorak dan Gua Niah. Keadaan semasa tapak-tapak yang dipilih telah dikenalpasti oleh pengkaji berdasarkan lawatan tapak dan pelbagai temubual-temubual. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati bahawa pengurusan tapak-tapak arkeologi pra-sejarah di Malaysia tidak mencapai tahap prestasi global. Terdapat pelbagai sebab mengapa perkara ini berlaku, akan tetapi secara asasnya, kajian ini mendapati bahawa tidak terdapat satu sistem sepadu yang menggabungkan kesemua pengurusan tapak-tapak arkeologi yang digunakan oleh institusi-institusi yang terlibat dengan pengurusan tapak-tapak ini.
Text
Penguasaan kosa kata Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar antarabangsa di Universiti Malaya
Abstrak
Kosa kata bahasa Melayu mempunyai peranan yang penting terutamanya kepada pelajar antarabangsa untuk berkomunikasi dengan berkesan. Kekangan yang dihadapi oleh pelajar antarabangsa untuk menguasai bahasa Melayu disebabkan oleh kekurangan kosa kata kerana kurang menggunakan strategi pembelajaran kosa kata dengan sebaik mungkin semasa mempelajari bahasa Melayu. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis saiz kosa kata bahasa Melayu di samping menghuraikan hubungan kolerasi penggunaan strategi pembelajaran kosa kata yang diamalkan oleh pelajar semasa mempelajari bahasa Melayu. Selain itu, kajian ini akan menilai faktor-faktor yang mempunyai hubungan yang signifikan terhadap penguasaan kosa kata bahasa Melayu dengan menggunakan Model Pemerolehan Bahasa KEDUA Ellis (1994) dan Taksonomi Schmitt (1977). Kajian berbentuk kuantitatif ini dijalankan terhadap 30 orang pelajar antarabangsa ijazah tinggi yang sedang mengikuti kursus Bahasa Malaysia Asas di Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya. Terdapat dua instrument kajian yang digunakan, iaitu ujian penilaian kosa kata dan borang soal selidik berkaitan strategi pembelajaran kosa kata bahasa Melayu.
Text
Penggunaan kit asas membaca Bahasa Melayu untuk kanak-kanak pemulihan khas
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan reka bentuk Kit Asas Membaca untuk kegunaan kanak-kanak pemulihan khas dalam pembelajaran membaca bahasa Melayu, Kit Asas Membaca yang dibangunkan mengandungi model, modul, buku latihan, buku cerita, dan kad imbas yang bertemakan cerita rakyat. Tahap keupayaan bacaan kanak-kanak pemulihan khas berdasarkan tiga kemahiran yang terdapat dalam Taksonomi Bloom, iaitu kemahiran kognitif (keupayaan mengingat, memahami, dan mengaplikasi), psikomotor (keupayaan imitasi dan manipulasi), dan afektif (keupayaan pengenalan dan respon). Keberkesanan penggunaan Kit Asas Membaca dalam pembelajaran bahasa Melayu pula dianalisis berdasarkan tiga faktor, iaitu faktor pembelajaran bahasa, penggunaan Bahasa Bantu Mengajar (BBM), dan keupayaan kanak-kanak pemulihan khas itu sendiri. Kajian ini berbentuk kajian kes yang melibatkan lapan orang subjek kajian Tahun Tiga yang mengikuti kelas pemulihan khas. Instrumen yang digunakan ialah Ujian Penilaian Kemahiran Membaca, senarai semak kemahiran psikomotor dan afektif, dan boring pemerhatian tidak berstruktur. Analisis data kuantitatif digunakan untuk mencari peratusan dalam keupayaan kognitif, afektif, dan psikomotor. Analisi data kualitatif juga dijalankan kepada data-data pemerhatian tidak berstruktur dan senarai semak. Kaedah triangulasi kaedah (between method triangulation) digunakan bagi mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan dapatan kajian antara Ujian Penilaian Bahasa, pemerhatian tidak berstruktur, dan senarai semak. Dapatan kajian berbentuk kuantitatif menunjukkan bahawa keupayaan mengaplikasi merupakan keupayaan yang palin dikuasai oleh subjek dalam kemahiran kognitif, iaitu sebanyak 99.58 peratus, diikuti oleh keupayaan memahami 95.36 peratus, dan keupayaan mengingat 95.8 peratus.
Showing 1 to 50 of 155 results
Page
of 4
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->