Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (19606 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
orang asli
Pendidikan
Hujah mesti jelas dan dapat menjadi bukti...
"Hujah mesti jelas dan dapat menjadi bukti yang kukuh untuk merangsang tujuan atau tindakan. Sebagai contoh, jika pihak sekolah menyatakan pendidikan adalah penting dan baik untuk masa depan anak-anak Orang Asli, maka kepentingan dan kebaikan bersekolah itu hendaklha diperjelaskan dengan bahasa yang mudah difahami. Sebaliknya, jika hendak menyatakan bahawa ponteng sekolah itu tidak baik, maka perlulah dibuktikan ketidakbaikannya."
Text
orang asli
Pendidikan
...1 more
Pembangunan modal insan guru melalui...
"Pembangunan modal insan guru melalui latihan, bengkel dan kursus yang dijalankan oleh pihak JAKOA, pihak Pejabat Pendidikan Daerah dan pelbagai pihak lain juga sangat penting sebagai insentif dan usaha untuk memujuk guru supaya melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan sempurna di sekolah. Pihak sekolah sering menghantar guru untuk mengikuti kursus seperti kursus komputer, teknik pengajaran yang berkesan dan tidak ketinggalan juga kursus motivasi sebagai meningkatkan prestasi dan komitmen guru."
Text
bumiputera
hormat
...1 more
Dasar hormat-menghormati perlu...
"Dasar hormat-menghormati perlu wujud dalam sebarang perancangan dan tindakan pembangunan yang hendak dibawa kepada Orang Asli. Walaupun sebilangan besar masih berada di bawah aras kemiskinan, tidak berpelajaran, dan tidak ramai bilangannya, mereka tetap manusia biasa yang berhak dilayan dengan penuh peri kemanusiaan. Mereka juga layak dihormati bukan sahaja atas fakta antropologi bahawa mereka adalah penghuni asal di negara ini, malah mereka tidak pernah menimbulkan masalah kepada sebarang 'pencerobohan' yang ebrlaku terhadap status quo mereka selama ini."
Text
bahasa
orang asli
Kajian terawal tentang Orang Asli tertumpu...
"Kajian terawal tentang Orang Asli tertumpu kepada aspek bahasa mereka. Nik Safiah Karim (1968) pernah menyenaraikan tulisan terawal tentang Orang Asli khususnya dari aspek kajian bahasa. Lima tulisan terawal berkisar tentang Bahasa Semang di Kedah. Tulisan-tulisan dihasilkan oleh Crawfurd (1820 dan 1825), Anderson (1824), Roberts (1832) dan Marsden (1834). Walau bagaimanapun, tulisan terawal tersebut hanyalah berupa usaha mengumpul dan menyenarai kosa kata dalam bahasa itu di beberapa tempat seperti Kedah dan Ulu Selama."
Text
orang asli
population
Dari segi pertumbuhan penduduk, dengan...
"Dari segi pertumbuhan penduduk, dengan membandingkan data bancian yang direkodkan mulai 1947 hingga 2003, ternyata bilangan orang Asli secara keseluruhannya semakin bertambah dan menunjukkan pertumbuhan yang baik. Kesemua suku kaum mengalami pertambahan dari segi bilangan, malah banyak yang melebihi dua kali ganda. Hanya Kintaq, Mendriq dan Lanoh sahaja yang terkecuali, tetapi bilangan mereka tetap bertambah."
Text
orang asli
petempatan
KKB Pontian adalah petempatan asal orang...
"KKB Pontian adalah petempatan asal orang Duano sewaktu nenek moyang mereka bermastautin di Semenanjung Tanah Melayu. Kampung ini terletak di tebing sebelah kiri muara Sungai Benut menghala ke laut dalam mukim Sungai Pinggan. Pada awalnya orang Duano berkampung di tapak yang lebih hampir dengan laut, iaitu Kampung Lama. Kampung itu dikelilingi paya bakau dan rumah-rumah dibina di atas tiang-tiang tinggi."
Text
bahasa
orang asli
Para informan menyatakan ada banyak lagi...
"Para informan menyatakan ada banyak lagi perkataan lain tetapi tidak lagi diingati apatah lagi digunakan. Hal ini dapat dipastikan ketika mereka berkesempatan bertemu dengan saudara-mara dan kenalan keturunan Duano di Indonesia yang datang ke kampung mereka ataupun jika sebaliknya mereka berkunjung ke Indonesia. Dalam kesempatan sebegitu, mereka akan dapat mendengar perkataan-perkataan DD yang tidak lagi digunakan di KKB. Namun demikian, proses menguasai semula DD tidak berlaku kerana pertemuan-pertemua itu tidak bertujuan menyalurkan kembali ciri budaya nenek moyang mereka."
Text
bahasa
jati diri
...1 more
Masyarakat Duano atau apa juga nama yang digelarkan...
"Masyarakat Duano atau apa juga nama yang digelarkan ke atas mereka seperti Orang Kuala, orang Laut mahupun Orang Asli, ternyata masih wujud dan terlindung dalam lingkungan geopolitik mereka yang tersendiri. Namun begitu, ciri-ciri jati diri mereka semakin hari semakin luntur kerana berhadapan denga perubahan dari pelbagai sudut. Sama ada mereka sendiri secara sukarela berubah, ataupun perubahan dipaksakan ke atas mereka, ancaman terhadap ciri-ciri tersebut tidak dapat dihindari."
Text
orang asli
petempatan
...1 more
Rekod JHEOA (2002) pula menunjukkan...
"Rekod JHEOA (2002) pula menunjukkan tempat pendaratan pertama Suku Kanaq ialah di Sungai Papan yang terletak kira-kira 25 kilometer dari Sungai Sedili dan masih di dalam daerah Kota Tinggi. Di sana mereka bekerja di ladang-ladang cengkih dan lada hitam milik pengusaha-pengusaha Cina. Setelah ladang-ladang itu ditutup, Sultan Johor mengarahkan mereka berpindah ke Lebak Mincin di kaki Gunung Panti dan diminta mengusahakan tanah di situ serta dilarang berpindah-randah lagi."
Text
bahasa
orang asli
...1 more
Sistem panggilan dalam DK amat...
"Sistem panggilan dalam DK amat terhad kepada beberapa perkataan yang telah disebut itu sahaja. Berdasarkan pemerhatian dan temu bual yang dilakukan, masyarakat ini tidak banyak menggunakan panggilan-panggilan tertentu sesama mereka. Misalnya tiada gelaran seperti, along, angah, usu dan sebagainya dalam lingkungan keluarga, walaupun terdapat beberapa orang anak dalam keluarga tersebut."
Text
bahasa
jati diri
...2 more
Dengan hakikat bahawa di petempatan inilah...
"Dengan hakikat bahawa di petempatan inilah sahaja terdapatnya orang Kanaq, dan dengan jumlah seramai 83 orang itu sahaja yang masih tinggal, masa hadapan suku kaum ini amat meragukan. Jika tidak pupus keseluruhannya pun, sekurang-kurangnya bilangan sebanyak itu tidak akan mampu bertahan lama lagi dengan ciri-ciri jati diri mereka tidak akan mampu bertahan lama lagi dengan ciri-ciri jati diri mereka khususnya dialek ibunda mereka. Buat masa kini golongan tua ynag masih hidup dapat melestarikannya, tetapi generasi pewaris mereka tidak dapat menjamin DK akan berkembang lagi."
Text
bahasa
orang asli
Sebagai kesimpulannya, dalam kedua-dua...
"Sebagai kesimpulannya, dalam kedua-dua kes kajian didapati bahawa kaum wanita lebih berpotensi untuk melestarikan dialek masing-masing. Namun demikian, justeru mereka tidak bebas bergerak, dan sebaliknya lebih banyak menghabiskan masa di petempatan masing-masing, kedua-dua dialek tidak dapat berkembang dalam arus modenisasi sebagaimana bahasa-bahasa lain. Penutur wanita di kedua-dua kawasan kajian tidak mampu berhadapan dengan gelombang dwibahasa yang dibawa balik oleh kaum lelaki dari luar petempatan."
Text
bahasa
orang asli
...2 more
Perkahwinan keturunan Duano dengan...
"Perkahwinan keturunan Duano dengan bukan Duano sudah diterima sebagai biasa sahaja di KKB dan juga di petempatan-petempatan Duano yang lain. Tanpa mengira sama ada pemuda atau pemudi mereka yang mendapat jodoh orang bukan Duano, masing-masing secara rela melepaskan bahasa ibunda mereka dan menguasai bahasa baharu iaitu BM. Ini berlaku dengan mudah kerana kebanyakan generasi muda sudah pun didedahkan kepada bahasa itu apabila melalui sistem pendidikan kebangsaan."
Text
bahasa
orang asli
...1 more
Perkahwinan berlainan kaum boleh...
"Perkahwinan berlainan kaum boleh menjejaskan proses pewarisan bahasa kepada generasi baharu. Tingkah laku bahasa kedua-dua ibu dan bapa akan mempengaruhi anak-anak. Mougen dan Beniak (Dorian 1989), dalam kajian mereka tentang bahasa French Welland di Kanadda, mendapati perkahwinan antara kaum mendatangkan kesan negatif kepada kedua-dua bahasa yang dibawa oleh ibu dan bapa mereka. Bahasa-bahasa hanya terhad kepada penggunaan dalam mandala tertentu sahaja yang diwujudkan oleh perkahwinan sedemikian."
Text
bahasa
masalah komunikasi
...1 more
Beliau membangkitkan persoalan...
"Beliau membangkitkan persoalan menuntut hak milik tanah dusun di Lebak Mincin sebagai pentunjuk betapa komunikasi yang jelas dengan pihak-pihak berkenaan seperti JHEOA, Pejabat Tanah dan Pejabat Perhutanan boleh membanu mempercepatkan proses tersebut. Pegawai-pegawai terdahulu katanya tidak memahami dengan sebenar-benarnya kehendak masyarakatnya yang disuarakan melalui tok-tok batin terdahulu kerana mereka tidak fasih berunding dalam BM. Buktinya soal tuntutan iu sudah berlarutan lebih 40 tahun dan hanya baru pada bulan April 2005 yang lalu mereka mendapat surat daripada pihak berkenaan yang menyatakan masalah mereka difahami dan sedang diperhalusi oleh pihak-pihak berkenaan."
Text
bahasa
orang asli
Bagi golongan 40 tahun ke...
"Bagi golongan 40 tahun ke atas pula, 8.3% esponden menyatakan bahawa DD digunakan sepenuhnya untuk berbual dengan rakan sebaya mereka. Mereka khususnya terdiri daripada yang berusia 50 tahun ke atas dan terdiri daripada kalangan rakan yang rapat sahaja seperti yang telah ditunjukkan dalam bahagian sebelum ini. Walaupun contoh yang diberikan itu menunjukkan adanya alih kod, namun dalam pemerhatian penulis apabila mereka mula menyingkap nostalgia kehidupan mereka semasa muda, DD mulai digunakan sepenuhnya dengan penggunaan kosa kata yang sukar didengari dengan jelas bunyinya dan terpaksa meminta mereka untuk mengulanginya."
Text
bahasa
Bahasa Melayu
...1 more
Golongan tua ini telah mempunyai...
"Golongan tua ini telah mempunyai pengalaman yang secukupnya dalam penguasaan BM kerana mereka telah berpeluang menggunakannya dalam banyak kesempatan di luar kampung dalam pelbagai situasi. Mereka menggunakannya tatkala bersemuka dengan pegawai JHEOA khususnya dalam banyak hal berkaitan urusan kehidupan mereka. Secara tidak formal pula mereka menggunakannya tatkala bertandang ke kedai kopi di kampung bersebelahan dan juga ketika berurusan dengan pihak FELCRA tentang kerja mereka di ladang kelapa sawit."
Text
gaya hidup
orang asli
Bagi kalangan responden perempuan...
"Bagi kalangan responden perempuan, tiada juga permainan khusus yang dimainkan. Pada pemerhatian penulis, yang sering mereka lakukan ialah merayau-rayau sekeliling kampung dan di kebun-kebun sekitar kampung khususnya yang diusahakan oleh keluarga mereka. Kebetulan ketika kajian ini dilakukan buah tampoi sudah matang."
Text
orang asli
sosial
Secara amnya, roman orang Kanaq...
"Secara amnya, roman orang Kanaq tanpa mengira usia kelihatan garang dan sukar untuk senyum. Tambahan pula bila ada orang asing berhampiran mereka. Dengan nada suara yang keras mereka memang sukar didekati jika belum mesra atau biasa kelihatan di kampung mereka. Namun demikian, setelah hubungan dengan orang asing seperti penulis semakin dirasakan selamat dan tidak menyusahkan, barulah mereka mahu ketawa atau sekurang-kurangnya tersenyum."
Text
bahasa
gaya hidup
...2 more
Statistik yang dibentangkan memperlihatkan...
"Statistik yang dibentangkan memperlihatkan peningkatan penggunaan bahasa secara peralihan kod antara DK dan BM ketika para responden berbincang. Penulis melihat kecenderungan ini sebagai hasil hasrat dan wawasan Tok Batin untuk memastikan anak buahnya menguasai DK dan BM secara berkesan dan mampu menggunakannya dalam perbincangan yang membabitkan isu-isu berkaitan masa depan mereka dan kampung mereka. Seperti yang telah disentuh di atas, nasib masyarakat ini banyak bergantung kepada sejauh mana mereka boleh menunjukkan kepada masyarakat luar tentang kekerdilan mereka dari segala segi terutama bilangan dan juga pelestarian budaya dan harta benda."
Text
bahasa
orang asli
...1 more
Dalam jangka masa panjang, item ini...
"Dalam jangka masa panjang, item ini boleh digunakan sebagai kontrak untuk memastikan DD dan DK dapat dikembangkan kepada generasi muda khusunya kanak-kanak. Pengakuan reponden menunjukkan harapan mereka, sama ada optimis atau pesimis. Kedua-dua sikap ini amat mempengaruhi masa depan dialek-dialek itu kerana mana-mana satupun sikap yang diambil, implikasinya ialah terhadap dialek mereka. Jika optimis, dialek itu akan dapat diselamatkan, dan jika sebaliknya, dialek itu hanya menanti masa untuk berkubur ditelan zaman."
Text
bahasa
orang asli
...1 more
Jika bahasa Semai boleh...
"Jika bahasa Semai boleh melakukannya, tidak mustahil DD dan DK menurut jejak itu. Penulis melihat bahawa sistem pendidikan negara yang ada sekarang lebih bersikap terbuka. Penawaran bahasa Semai sebagai subjek bahasa etnik elektif itu disertai bahasa Iban untuk pelajar di Sarawak, dan bahasa Kadazan untuk pelajar di Sabah."
Text
bahasa
Isu
...1 more
Sebahagian besar responden kedua-dua...
"Sebahagian besar responden kedua-dua titik kajian menunjukkan sikap pesimistik dalam membicarakan masa depan dialek mereka. Lebih buruk lagi, mereka seolah-olah pasrah dengan apa yang telah berlaku dan bersedia menghadapi apa sahaja konsekuensi daripada keadaan yang sedang dialami. Mereka tidak terangsang untuk menyuarakan pandangan, apatah lagi untuk memberikan idea-idea untuk membaiki keadaan."
Text
bahasa
Isu
...1 more
Kedua-dua suku kaum ini tidak menunjukkan sikap yang...
"Kedua-dua suku kaum ini tidak menunjukkan sikap yang positif terhadap dialek mereka, tidak berusaha untuk mengembangkannya dan tidak memperdulikan masa depan dialek-dialek itu. Walaupun dari segi petempatan dan bilangan keturunan DD lebih berpotensi untuk berkembang, namun lantaran sikap tidak mengendahkan DD menyebabkan potensi itu terbiar begitu sahaja, malahan sekumpulan suku Duano yang berpindah ke rizab baru di Sungai Layau, Kota Tinggi itu menampakkan sikap menguurkan dialek asal keturunan mereka."
Text
Terhakisnya nilai-nilai kemanusiaan
Text
Kekuatan akidah mengatasi hubungan darah
Text
Mencintai Rasulullah
Text
Terhakisnya nilai-nilai kemanusiaan
Text
Umat Islam dilarang mencarut
Text
Berkarya ke arah islam satu jihad
Text
Sastera tiada nilai untuk ke IPT
Text
Berkerja tanggungjawab kepada agama
Text
Penghayatan a-Quran merobah kehidupan
Text
Berjudi umpama makan harta orang lain
Still Image
Pergaulan baik menceriakan rumah tangga
Text
Poligami kembalikan kemuliaan wanita dalam masyarakat
Text
Usaha perbanyakkan hasil penulisan Islam
Text
Penggunaan Teknik Analisis Pengaktifan Neutron Ke Atas Artifak
Analisis Pengaktifan Neutron (Neutron Activation Analysis, NAA) merupakan suatu teknik analisie nuklear yang berkebolehan menganalisis berbagai unsur dalam sampel tanpa melibatkan sebarang proses perawatan kimia...
Text
Ilmu ukhrawi, duniawi kegemilangan umat Islam
Text
Al-Quran asas perpaduan ummah
Text
kelantan
Arkeologi dan pengebumian: Tinjauan terhadap tapak peninggalan prasejarah di Kelantan
Penyelidikan arkeologi terhadap kuburan dan pengebumian di Kelantan pertama kali telah dilaporkan oleh Noone di tapak yang dikenali dengan nama Gua Menteri pada tahun 1935.
Text
Gua Madu
kelantan
Tapak ini telah dikaji oleh Tweedie pada...
"Tapak ini telah dikaji oleh Tweedie pada bulan Julai dan Ogos 1939 ekoran daripada satu eksplorasi berhampiran dengan Gua Musang.Penyelidikan dilakukan dengan membahagikan kepada empat kawasan. |"
Text
Gua Cha
kelantan
Tapak Gua Cha pertama kali telah diselidik oleh...
"Tapak Gua Cha pertama kali telah diselidik oleh H.D. Noone pada tahun 1935 dan laporannya telah dikeluarkan di dalam Journal of the Federated Malay States Museum pada tahun 1939. "
Text
Gua Cha
kelantan
Penggalian yang agak lengkap di Gua Cha...
"Penggalian yang agak lengkap di Gua Cha telah dilakukan oleh G.de.G Sieveking pada tahun 1954. Sepanjang proses penggalian, beliau telah membuka tiga petak yang dikenali dengan nama cutting 1, cutting 2 dan cutting 3. "
Text
Gua Peraling
kelantan
Peninggalan kuburan di Gua Peraling 3A, merupakan...
"Peninggalan kuburan di Gua Peraling 3A, merupakan tinggalan lower mandible (rahang bahagian bawah) dan beberapa pecahan bahagian gigi. Ia diduga merupakan milik seorang lelaki yang mati pada usia sekitar 35-45 tahun. "
Text
Numismatik Pengaruh Melayu-Islam di Tanah Melayu : Data Terkini Kesultanan Melayu Melaka
Berdasarkan kepada data sedia ada, kajian mata wang awal Kesultanan Melayu di Tanah Melayu dapat dibahagikan kepada dua...
Text
Coin Currency of the Malay Sultanate in Tanah Melayu : Melayu-Islam Artifact and Cultural Heritage
Currency does not refer to coins only but covers a wider aspect. It includes any item that has a value and is received by an individual in the context of trade or buying and selling...
Text
Mata wang dan penyelidikan arkeologi di Malaysia: data berteraskan jumpaan di Perlis
Data mata wang yang ditemui di Perlis, dapat dibahagikan kepada dua, iaitu pertama, temuan melalui proses penyelidikan dan gali cari arkeologi di Al-Marhum Kayang, Perlis, antara tahun 1997 sehingga 2000...
Text
Pendidikan
Pindaan AUKU: Retorik atau aspirasi pemerkasaan mahasiswa
Sekretariat HEPA IPT pastinya juga akan bersama KPT dalam memastikan mahasiswa yang lebih dinamik dan progresif dapat dilahirkan.
Text
Kajian persempadanan di Utara Negeri Perak
Pengenalan
Terdapat pelbagai pendapat berkaitan asal usul wujudnya negeri Perak...
Showing 8751 to 8800 of 19606 results
Page
of 393
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->