Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (19328 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
cancer
heart disease
...2 more
Signifying the pandemics: Metaphors of AIDS, cancer, and heart disease
Offers a symbolic analysis of the cultural construction and signification of three of the major "pandemics" of the late 20th century: AIDS, cancer, and heart disease.
Text
Sihir, ilmu kebatinan pengaruhi pengikut
Text
Sihir, ilmu kebatinan pengaruhi pengikut
Text
Sijil halal kukuhkan perniagaan Hazra by Jaya Food
Produk halal yang dimiliki amat penting bagi memasuki pasar raya terkemuka. Sijil halal banyak membantu peniaga untuk mengembangkan produknya lagi.
Text
Sijil palsu : bekas naib kadi ditahan
Sijil TVET ubah kerjaya dari 'helper' kepada pengajar
Sembilan tahun sebagai perantauan dan berkhidmat selaku 'helper' atau pekerja am di pam minyak, Badrul Hisyam Ahmad, 28, kini bergelar tenaga pengajar bagi syarikat penyedia khidmat latihan industri dan pendidkan kemahiran di negeri sendiri.
Text
Sikap dan jangkaan remaja terhadap wawasan 2020
Pada 28 Februari 1991, Datoơ Seri Dr. Mahathir Mohamad di dalam persidangan pertama Majlis Perdagangan Malaysia...
Text
Bahasa Melayu
Sikap dan motivasi dalam penguasaan bahasa Melayu di kalangan pelajar darjah enam di Singapura
Abstrak
Kertas penyelidikan ini bertujuan untuk menganalisis tahap penguasaan bahasa murid-murid darjah 6 di Singapura yang dipengaruhi oleh sikap dan motivasi. Penyelidikan ini juga akan menganalisis hubungan sikap dan motivasi pelajar darjah 6 di Singapura terhadap pembelajaran bahasa Melayu serta bagaimana peranan guru, keluarga dan rakan sebaya dalam proses penguasaan dan penggunaan bahasa Melayu. Responden penyelidikan terdiri daripada 50 murid dari Sekolah Rendah Telok Kurau di Singapura. Analisis statistik yang digunakan ialah kaedah compute dan Korelasi Spearman. Hasil dapatan penyelidikan menunjukkan bahawa responden mempunyai sikap yang positif terhadap bahasa Melayu. Penyelidikan ini juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif antara sikap dan motivasi yang tinggi mempunyai sikap yang positif manakala responden yang bermotivasi rendah mempunyai sikap yang negatif terhadap bahasa Melayu. Di samping itu, penyelidikan ini juga memperlihatkan bahawa kebanyakan responden mendapat motivasi yang tinggi dari guru mereka tetapi bukan dari keluarga dan rakan sebaya mereka. Hal ini membuktikan sebab kemerosotan pencapaian Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah pada tahun sebelumnya.
Sikap dan paradigma penilian terhadap warisan karya moral ulama' Melayu-Islam silam
"merujuk khusus kepada paradigma penilian terhadap warisan karya moral ulama' Melayu-Islam silam,..."
Text
Sikap dan persediaan negara-negara Islam menghadapi blok-blok baru perdagangan
Adalah wajar saya memulakan kertaskerja ini dengan mengimbas kembali kepada sejarah. Islam lahir di kota Mekah, yang ketika itu adalah pusat perdagangan yang penting di Semenanjung Arab...
Text
economic threat
Sikap halang kemajuan
Selepas negara dilanda kemelesetan ekonomi sejak awal 1980-an, kedudukan peniaga-peniaga bumiputera semakin teruk.
Text
Sikap ibu bapa punca samseng
Text
Sikap ibu bapa punca samseng
Text
Sikap masyarakat berbahasa inggeris
"kepentingan bahasa inggeris sebagai bahasa untuk menimbaa ilmu pengetahuan dan kebudayaan"
Text
Sikap masyarakat halang intelektualisme
Text
Sikap masyarakat halang intelektualisme
Text
Sikap Orang Melayu Terhadap Bahasa Melayu / Sahrunizam Abdul Talib
Text
Sosio budaya Melayu
Sikap pelawat terhadap kualiti perkhidmatan Muzium : Kajian kes di Jabatan Muzium Sarawak
Abstrak
Latihan ilmiah ini membincangkan tentang sikap pelawat muzium terhadap kualiti perkhidmatan di Jabatan Muzium Sarawak. Objektif kajian ini ialah untuk mengetahui bentuk dan arah sikap pelawat muzium itu terhadap objek sikap. Objek sikap yang berinteraksi dengan sikap pelawat ditampilkan dalam kajian ini didapati sikap sebenar bagi pelawat ialah kefahaman awal mereka terhadap objek sikap sebelum mereka melawat bersesuaian dengan informasi daripada objek sikap. Pengetahuan pandangan dan pemahaman objek sikap terlihat di antara pelawat boleh memberi bentuk sikap suka dan sebaliknya terhadap objek sikap.
Penemuan menunjukkan pelawat muzium dapat menyifatkan objek sikap tertentu yang ditunjukkan oleh artifak adalah gambaran umum terhadap perkhidmatan muzium. Perkhidmatan yang baik selari dengan objek sikap pelawat dan tidak selari adalah sebaliknya. Dalam artifak tertentu, pelawat boleh bersikap negatif kerana perkhidmatan mungkin kurang baik dan terdapat kekangan yang timbul dan tidak dapat diatasi oleh pihak muzium.
Text
Sikap Petani Melayu dalam Pertukaran Moden: Satu Kajian di Kawasan Johor Barat
Text
Sikap prejudis
" Biasanya kaum lelaki Arab akan berkahwin dengan mana-mana bangsa termasuk Melayu."
Text
Sikap prejudis menambah masalah
Sikap selektif
'Sikap selektif yang disertakan dengan tapisan yang rapi telah dianggap sebagai punca utama yang menjadikan masyarakat yang menerima Islam telah dikesan mempunyai pencapaian keilmuan dan tamadun yang cukup tinggi'
Text
sikap yang ideal terhadap bahasa kebangsaan dan bahasa dunia
"Dasar bahasa negara kita haruslah cuba memecahkan keasingan dan kemandulan golongan ini"
silat
Silat bukan sahaja merupakan satu keperluan...
"Silat bukan sahaja merupakan satu keperluan untuk mempertahankan diri, tetapi silat merupakan lambang keperibadian bangsa dan seni budaya Melayu yang sudah sebati dalam jatub bangun tamadun kerajaan Melayu sepanjang zaman.
Still Image
Kesenian Melayu
Melayu
Silat Didik Shahritz Beradap
Content:
Silat Didik Shahritz Beradap
Text
Silat Jatuh haram di sisi agama?
Silat Melayu berasal usul dan berakar...
"Silat Melayu berasal usul dan berakar umbi dalam sosiobudaya Melayu di desa-desa dapat membentuk masyarakat kemelayuan yang kukuh seperti mengamalkan adat seni budaya Melayu, semangat bergotong-royong, menghormati kedudukan dan darjat dan amalan agama"
Text
adat istiadat
Kotogadang
...1 more
Silaturahmi keluarga: garis keturunan patrilinial
Adat istiadat Sumatera barat dengan mempertemukan dua suku
Text
kelompok
Salamat hari rayo idul fitri
...1 more
Silaturrahmi mamak jo kamanakan
Tradisi halal bi halal untuk mengeratkan silaturrahmi
Text
Politik Malaysia
Silencing the independent media in Malaysia
UMNO youth, the firebrand wing of Dr Mahathir Mohamad's dominant rulling party, recently launched its unofficial electoral champaign in...
Text
anak
perkahwinan
...1 more
Siliah lapiak perkahwinan untuk menyelamatkan anak
adat perkahwinan masyarakat Minang
Text
Anuar Nor Arai
Tuk Selampit
Simbol & lambang dalam Tuk Selampit karya Anuar Nor Arai
Skrip drama ''Tuk Selampit'' agak mencabar minda audien untuk membuat suatu telahan, rumusan atau penganalisaan pembacaan sama ada yang tersurat atau tersirat. Tentunya ini bukan suatu yang ganjil kerana kebanyakan drama kotemporari tidak lagi mendukung ciri-ciri konvensional malah lebih berkiblat kepada yang bercorak absurdisme. Karya Anuar Nor Arai ini diselarikan dengan penghasilan drama-drama seperti ''Tok Perak'' (Syed Alwi), ''Jebat'' (Hatta Azad Khan), ''Jangan Bunuh Rama-rama'' (Nordin Hassan) dan lain-lain lagi. ''Tuk Selampit'' juga seperti karya-karya Anuar yang terdahulu, antaranya, ''Vakum'', ''Pemacak'' dan ''Mencari Roh Yang Hilang'' kaya dengan simbol dan lambang-lambang untuk dibuat pentafsiran.
Laporan Panel Hakim Hadiah Sastera Malaysia 1986/1987 antara lain menyatakan bahawa skrip drama ini sememangnya mencabar malah kaya dengan simbol. Simbol-simbol itu pula misteri sifatnya seperti watak utamanya Tuk Selampit yang ada dan tiada di dalam realiti dan fantasi. Simbol-simbol dan lambang-lambang dimanfaatkan oleh Anuar untuk menjadikan situasi atau suasana yang disampaikannya menjadi lebih harmonis dan bermakna berbanding dengan sekadar menyumbat mulut watak-watak dengan dialog yang panjang-panjang. Aplikasi pendekatan sebegini amat memerlukan keperihatinan ketika membuat kajian kerana segala aksi watak, latar, penataan cahaya, muzik, pemilihan kata, benda dan sebagainya mengandungi makna yang tersendiri dan amat bermakna.
Text
Simbol dalam cerpen-cerpen Anwar Ridhwan : kajian konseptual kata kunci
Abstrak
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti konseptualisasi anwar Ridhwan yang tersurat dan tersirat dalam lima puluh enam buah cerpen yang diterbitkan dari tahun 1976 hingga 2009 yang terkumpul dalam Kumpulan Cerpen Persendirian Parasit (1976), Sangkar (1986), Naratif Ogonshoto (2001), Kumpulan Cerpen Parasit dan Sesudah Perang (2009) dan cerpen-cerpen yang tersiar secara eceran dalam majalah Dewan Sastera dan akhbar arus perdana seperti Berita harian dan Mingguan Malaysia.Teori Konseptual Kata Kunci yang diperkenalkan oleh sarjana Malaysia, Mohamad Mokhtar Abu Hassan menjadi kerangka teoritis dalam penyelidikan ini. Dengan menerapkan Teori Konseptual Kata Kunci, kata kunci dan simbol dalam 56 buah cerpen dianalisis untuk mengenal pasti konseptualisasi Anwar Ridhwan berhubung dengan konsep kepimpinan, konsep kemiskinan dan konsep perjuangan. Dapatan kajian membuktikan bahawa kata kunci digunakan untuk menyalurkan konseptualisasi secara tersurat manakala simbol digunakan untuk menyalurkan konseptualisasi secara tersurat manakala simbol digunakan untuk menzahirkan konsertualisasi secara tersirat. Daripada kata kunci dan sepuluh jenis simbol yang ditemukan seperti simbol haiwan, simbol burung, simbol serangga, simbol alam, simbol peristiwa, simbol objek, simbol warna, simbol tempat dan simbol angka, terbukti bahawa Anwar Ridhwan menghubungkan personaliti, pengaruh, strategi fan kediktatoran sebagai faktor utama dalam konsep kepimpinan.
Text
Simbol dan makna dalam pantun Melayu Bingkisan Permata
Abstrak
Kajian ini mengkaji dan menganalisis teks pantun dalam buku Pantun Melayu Bingkisan Permata (2001) terbitan Yayasan Karyawan, yang diselenggarakan oleh Harun Mat Piah. Pantun dianalisis menggunakan Pendekatan Puitika Sastera Melayu oleh Muhammad Salleh dengan mengambil satu prinsip utama, iaitu Yang Indah-indah: Estetika Sastera Melayu, Analisi tersebut menggunakan tiga sub-prinsip yang terkandung dalam prinsip Yang Indah-indah: Estetika Sastera Melayu, iaitu dunia luas yang dipadatkan, kiasan dan saranan dan dunia berjodoh yang memperlihatkan keindahan sesebuah pantun. Keindahan pantun dalam kajian ini tertumpu kepada simbol dan makna yang diungkapkan dalam pantun. Permasalahan kajian yang bertolak daripada timbulnya kekaburan dalam memahami simbol dan makna boleh menyebabkan salah faham dan salah tafsir kepada pembaca dan pendengar pantun. Simbol yang diungkapkan mempunyai makna simbolik yang sukar difahami. Hal ini dapat dilihat dan dibuktikan dalam penggunaan simbol yang lebih dominan dalam pantun, iaitu simbol tumbuhan dan haiwan yang mempunyai makna berlapis-lapis yang perlu ditafsirkan dengan teliti dan jelas. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti simbol dan makna dalam yang indah-indah yang memperlihatkan estetika Melayu, menganalisis simbol dan makna tumbuhan dan haiwan dalam pantun dan menilai simbol dan makna tumbuhan dan haiwan dalam Pantun Melayu Bingkisan Permata. Dapatan kajian menunjukkan ketiga-ketiga objektif kajian telah tercapai. Kesimpulannya, untuk menjelaskan keindahan pantun melalui simbol dan makna yang diungkapkan dalam pantun perlulah menggunakan kaedah estetika pantun dalam pendekatan Puitika Sastera Melayu yang melihat keindahan pantun dari sudut pandangan orang Melayu sendiri.
Simbol merupakan sebarang objek.
Text
Simbol signifikan puisi A Samad
Text
sastera Melayu
Simbol tumbuhan dalam pantun dari perspektif puitika sastera Melayu
Kajian ini untuk melihat sejauh mana prinsip kiasan dan saranan sesuai diaplikasikan dalam menghuraikan makna tersirat daripada simbol tumbuhan dalam pantun.
Text
Simbol untuk negaraku kaiian kes: pameran seni rupa "Zulkifli Yusoff negaraku"
Setiap simbol yang diciptakan oleh individu dan diguna pakai sebagai bentuk komunikasi oleh masyarakat sekelilingnya merupakan satu usaha dalam menyampaikan makna untuk difahami secara bersama...
Still Image
Kesenian Melayu
Seni dan Kebudayaan
Simbolik imej kucing
Content
Simbolik imej kucing
Text
Simbolisme dalam motif-motif songket Melayu Terengganu
Abstrak
Tenunan songket hanya berungsi sebagai objek seni utiliti yang diadun rapi dan cantik dipakai jika tiada nilaian estetik dan falsafah yang terbit daripadanya. Namun di sebalik ketertiban dan keindahan reka corak motif, songket jelas kaya dan sarat dengan pelbagai tafsiran makna yang memberi ruang seluasnya untuk penyelidikan. Semuanya dipercayai terbit daripada transformasi dan manifestasi pemikiran para peserta seniman Melayu terdahulu yang diperturunkan secara konvensional dan warisan. Sejak beratus-ratus tahun, sejarah membuktikan bahawa songket mempunyai kedudukan dan peranannya yang teristimewa dalam sosio budaya masyarakat Melayu.
Peyelidikan ini adalah bermula dengan pengklasifikasian tujuh (7) motif yang terdiri daripada flora, fauna, kosmos, alam benda, geometrik, kuih-muih dan kaligraf. Setiap motif terpilih, wujud perkaitan atau pertalian secara langsung dengan penghidupan orang Melayu. Bermakna setiap olahan motif itu terlebih disemak, diteliti, dipadan, dibanding dan diberi interpretasi makna. Justeru setiap ruang lingkup kajian adalah menjurus kepada intisari keseluruhan budaya Melayu seperti nilai, norma, pandangan dunia, kepercayaan, adat dan falsafah di dalamnya yang menjadi pautan nilai budaya.
Text
sastera Melayu
Simbolisme dalam Susur Pendekar
Abstrak
Latihan ilmiah ini merupakan satu kajian menganalisis pendekatan simbolisme dalam sebuah buku koleksi puisi iaitu Susur Pendekar karya Muhammad Jailani Abu Talib. Bagi tujuan ini, pengkaji telah memilih 19 buah puisi dari buku tersebut dan puisi-puisi tersebut telah memuatkan simbol-simbol yang mempunyai kaitan dengan makna yang tersurat dan tersirat. Simbol merupakan satu unsur bahasa-budaya yang menyimpan makna serta mencerminkan minda masyarakat Melayu pada zaman itu.hal ini secara tidak langsung menunjukkan kesinambungan minda generasi masyarakat Melayu seterusnya sepertimana yang dipancarkan dalam karya sastera moden Susur Pendekar. Bagi kajian ini, teori semiotik berdasarkan pendekatan simbolisme akan digunakan sekali gus menekankan bahawa analisis simbol ini adalah bertitik-tolak dari makna atau definisi makna simbol itu saja. Berlandaskan dari itu, kajian analisis pendekatan simbolisme dalam koleksi puisi Susur Pendekar dikelompokkan kepada beberapa kategori simbol. Antaranya termasuklah simbol pendekar, silat, keris, bunga,warna, cakerawala dan binatang.
Text
Simbolisme dewa-raja dalam teks Melayu klasik terpilih dan kesannya terhadap adat istiadat kesultanan Melayu
Abstrak
Perkembangan agama Hindu-Buddha di Nusantara pada abad ke-7 Masihi sehingga abad ke- 14 telah menampakkan penularan pengaruh Hinduisme-Buddhisme ke dalam dunia Melayu. Kemasukan pengaruh kebudayaan Hindu-Buddha memberikan impak terutamanya dalam nilai-nilai kebudayaan dan sekaligus mengubah pandangan semesta orang Melayu di Nusantara yang sebelumnya mengamalkan animisme serta agama nenek moyang. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk menganalisis simbolisme dewa-raja yang bukan hanya dijadikan kultus dalam masyarakat di Asia Tenggara, malah turut tercermin dalam karya kesusasteraan Melayu Klasik. Pengumpulan data dibuat menggunakan sumber primer seperti Hikayat Banjar, Hikayat Parang Puting, Hikayat Sang Boma, Hikayat Panji Semirang dan Hkayat Malim Demam. Pemilihan sampel kajian ini adalah neutral kerana dipilih mengikut genre yang berbeza iaitu sastera sejarah, sastera panji, sastera saduran Hindu dan sastera transisi Islam. Bahan kajian terbatas kepada lima teks sastera klasik Melayu. Karya sastera ini telah dikenal pasti menepati objektif kajian yang akan menonjolkan simbolisme dewa-raja. Hasil kajian akan memperlihatkan kepelbagaian cara kepengarangan digunakan bagi menonjolkan simbolisme dewa-raja dalam menyerlahkan kedaulatan raja-raja Melayu, adaptasi simbolisme dewa-raja dalam budaya istana Melayu seterusnya evolusi dewa-raja dalam kerajaan Melayu.
Kata Kunci : dewa-raja, dewa, raja, sastera klasik, Hindu-Buddha
Text
Politik Malaysia
Simple truths from the tsunami : Compassion and solidarity are no stranger to human nature, if given a chance.
More than a 100,000 people have been massacred in Iraq since the USA's brutal 'war on the teror'. The city...
Sound
Simposium Pendidikan Melayu
1. Memugar sistem sokongan sosio-Pendidikan Melayu/ Dr Mahzan Awang (UKM)
2. Addressing the ducational need of Malaya children in foster care: An exploratory study/ Prof Madya Dr. Jariah Mohd Jan (UM)
3. Mempercekap sistem sokongan dalam usaha memperkasa pelajar Melayu/ Dr Shamsudin Othman (UPM)
4. Memperkayakan sistem sekolah kebangsaan: Pendekatan anjal/ Prof Emeritus Dato' Dr Ishak Haron (UM)
5. Perbandingan persepsi persekitaran pembelajaran sains murid berbanding guru di Sekolah Kebangsaan, SJK Cina dan Tamil/ Dr Rose Amnah Abd Rauf (UM)
6.Sorotan sejarah terhadap pemerkasaan pendidikan bangsa Melayu/ Prof Dr Saedah Siraj (UM)
7. Prasarana dan sarana yang cemerlang yang terdapat di beberapa buah Sekolah Kebangsaan di Hulu Terengganu/ Dr. Zulkifli A. Manaf (UM)
8. Pemerkasaan sekolah melalui motivasi. perkongsian pengalaman/ Dr Fatanah Mohamed
9. Pemerkasaan guru dan PdP prestasi murid Melayu di Sekolah Kebangsaan, Semenanjung Malaysia/ Dr Zuraidah Abdullah
Text
simposium penulis pelbagai kaum
"Tujuan utama diadakan simposium ini ialah untuk menghimpukan para penulis pelbagai "
Text
keluarga melayu
Sinar harapan 2 beradik
Azwan, Asyikin dibantu sambung sekolah, tinggal di kediaman lebih selesa.
Text
makanan
Makanan/Masakan Melayu
Sinar Ramadan | Panggang
Mohammad Zamri Jimi Abdullah, 33, sibuk memanggang paha dan kepak ayam madu semasa ditermui di gerainya di Bazar Stadium Kuantan.
Text
pakaian raya
pakaian tradisional
Sinar Ramadan | Susun
Seorang pekerja kedai pakaian menyusun barangan yang akan dijual sempena persiapan hari raya di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Text
gaya hidup
orang asli
Since they do not have any heavy furniture...
"Since they do not have any heavy furniture or equipment and their shelters are no more than the worthless flora, the actual process of movement is very simple. The shifting must be initiated by the elder. although the younger may give suggestions. Before any movement, the elders will propose reasons why the band should move and a decision is made on the site of the next camp."
Text
dadah
Sindiket jus dadah bernilai RM2.2 juta lumpuh.
Pihak berkuasa menggagalkan sindiket yang terlibat dalam proses jus dadah yang bernilai RM2.2 juta dan perbuatan ini penting membanteras pengedaran dadah di negara
Showing 16201 to 16250 of 19328 results
Page
of 387
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2