Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (315 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Collection: Abstrak Kertas Projek APM
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
Lagu Melayu Asli: Kajian Tentang Tiga Senikata Lagu
Kertas projek ini bertajuk Lagu Melayu Asli: Kajian tentang Tiga Senikata Lagu. Kajian membincangkan tentang makna yang terkandung di dalam lagu-lagu Melayu Asli terpilih di samping mengkaji unsur-unsur yang menjadi elemen kepada pembentukan senikata lagu Melayu asli tersebut. Turut membincangkan adalah aspek sejarah awal dan perkembangan muzik Melayu Asli pada zaman dahulu hingga kini.
Text
Lagu Melayu Asli: Kajian tentang Tiga Senikata Lagu
Kertas projek ini bertajuk Lagu Melayu Asli: Kajian tentang Tiga Senikata Lagu. Kajian membincangkan tentang makna yang terkandung di dalam lagu-lagu Melayu Asli terpilih di samping mengkaji unsur-unsur yang menjadi elemen kepada pembentukan senikata lagu Melayu asli tersebut. Turut membincangkan adalah aspek sejarah awal dan perkembangan muzik Melayu Asli pada zaman dahulu hingga kini.
Text
Muzium Pada Abad ke-21, Aktiviti, Cabaran, dan Inovasi: Kajian Kes Muzium Negara
Muzium Negara telah melalui sejarah yang panjang sejak sebelum kemerdekaan negara, sehinggalah kini di mana negara telah mengecapi kemerdekaan dan mencapai taraf negara membangun. Muzium Negara terus menjalankan fungsinya sebagai pemeliharaan bahan budaya dan warisan negara. Selain menjadi institusi pendidikan tidak formal kepada masyarakat, terdapat beberapa lagi fungsi Muzium Negara yang sentiasa ditambah bertujuan untuk merapatkan hubungan institusi tersebut kepada masyarakat. Sepanjang tempoh kewujudan Muzium Negara, telah banyak pameran menarik yang telah dianjurkan. Pameran-pameran tersebut adalah usaha daripada pihak muzium dalam menarik pengunjung untuk datang ke Muzium Negara. Selain itu, terdapat beberapa inisiatif dan usaha daripada Muzium Negara untuk menghasilkan keuntungan institusi tersebut. Segala usaha dan program yang dirancang aqdalah bertujuan memastikan kelangsungan Muzium Negara supaya dapat diterima oleh masyarakat. Persepsi masyarakat terhadap Muzium Negara dilihat sama sahaja sejak dari dahulu lagi. Amat penting untuk pihak muzium mengubah perspektif tersebut supaya masyarakat dapat membudayakan institusi muzium dalam kehidupan mereka.
Text
Konsep Taman Melayu Berdasarkan Reka Bentuk Rumah Melayu Tradisional
Tajuk kajian yang telah dipilih ialah 'Konsep Taman Melayu'. Kajian mengenai konsep ini dipilih untuk menentukan konsep pembentukan ruang luaran bagi rumah tradisional Melayu. Konsep bermakasud satu idea utama yang menggambarkan idea kesuluruhan dalam sesuatu penghasilan. Justeru kajian yang melibatkan konsep Taman Melayu seharusnya mempunyai ciri-ciri kesenian yang melambangkan masyarakat melayu. Secara amnya, Taman Melayu merupakan satu konsep taman yang unik dan terkenal dengan kebun dapur yang terdiri daripada pelbagai jenis sayur-sayuran dan tanaman herba.
Text
Main Peteri
Satu Persembahan Muzik Melayu Tradisional
Esei ini adalah merupakan sebuah kajian ringkas yang dibuat ke atas persembahan Main Peteri di negeri Kelantan. Ianya bertujuan untuk menerangkan sedikit sebanyak tentang satu bentuk persembahan Main Peteri yang dinilai dari sudut seni dan muzik yang terdapat padanya.
Text
ghazal
Muzik
...1 more
Persembahan Ghazal Party
Bila disebut persembahan Ghazal, orang ramai lebih maklum bahawa ianya adalah persembahan muzik tradisi yang popular di selatan Malaysia. Dan memang tanggapan itu tidak meleset sama sekali. Tetapi apabila kita menyebut Ghazal Party, ramai yang keliru dan ada juga yang masih menganggap ianya adalah juga sebuah persembahan nyanyian rakyat di selatan Malaysia. Disebabkan faktor-faktor tertentu, kebanyakan rakyat Malaysia dari berbagai lapisan umur dan juga berbagai lapisan keturunan tidak begitu mengetahuinya. Ghazal Party adalah kesenian rakyat di Utara Malaysia khususnya di Pulau Pinang. Kesenian ini tidak lekang di dalam sanubari masyarakat di Pulau Pinang. Namun begitu Ghazal Party bukanlah persembahan muzik tradisional Melayu. Ia merupakan muzik transisi.
Text
Wayang Kulit Kelantan
Satu Bentuk Persembahan Muzik Melayu Tradisional
Secara umumnya, Wayang Kulit merupakan suatu jenis teater tradisional yang berasaskan kepada prinsip cahaya dan bayang-bayang. Dengan menggunakan patung-patung ukiran kulit seperti kulit kerbau, lembu, kambing atau harimau. Terdapat juga patung-patung yang diperbuat daripada plastik, filem x-ray dan juga material-material lain.
Text
Rebana Ubi
Sebuah Alat Muzik Melayu Tradisional
Rebana Ubi adalah merupakan satu daripada permainan rakyat yang agak popular di Kelantan. Permainan ini hanyalah melibatkan paluan bunyinya sahaja tanpa diiringi dengan tarian yang tertentu. Permainan ini juga terdapat di persekitaran Negeri Kelantan seperti di Selatan Thai, Kedah dan Terengganu.
Text
Muzik
muzik tradisional
...3 more
Bongai
Negeri Sembilan Darul Khusus adalah merupakan salah sebuah negeri di Malaysia yang mempunyai berbagai bentuk kesenian terutamanya dalam bidang seni muzik tradisional. Terdapat beberapa bentuk muzik tradisional yang terkenal seperti Bongai atau Rentak Kuda, Caklimpung, Tumbuk Kalang, Zikir Rebana serta Randai.
Tiap-tiap bentuk muzik ini menggunakan berbagai jenis alat muzik yang tercipta dalam masyarakat yang kuat mengamalkan adat Perpatih ini. Dalam esei panjang ini, penulis akan mengemukakan muzik tradisional Bongai atau Rentak Kuda untuk dibuat kajian.
Text
tarian
Persembahan Tak Bamban
Tarian Tak Bamban ialah sejenis tarian tradisional di negara Brunei Darussalam. Tak Bamban merupakan sebuat persembahan tarian yang berbentuk ritual. Ia merupakan ritual kerana memandangkan corak persembahannya yang meliputi unsur keghaiban dan tentang kwujudannya juga benar-benar diluar garis ilmiah dan merupakan daya usaha kuasa 'orang halus'. Sekitar gerak-laku Tak Bamban ini sungguh diluar kemestian untuk ditinjau lebih jauh kerana setiap orang halus membangsat kepada alam yang sukar dilalui iaitu suatu alam yang tertutup atau ghaib.
Text
dikir barat
Muzik
...4 more
Awang Ikan Duyung - Seorang Tokoh Pemuzik Tradisional Melayu
Awang Ikan Duyung merupakan salah seorang daripada tukang karut dalam permainan dikir barat yang terkenal di Kelantan. Namanya yang sebenar ialah Encik Mohammad bin Mat San. Pada masa hayatnya, bapa Awang Ikan Duyung adalah seorang pemain dalam dikir rebana ubi. Jadi dapatlah dikatakan, bakat yang ada pada bapanya diwarisi oleh Awang. Malah ayahnya sendiri tidak menghalangnya daripada mengikut jejaknya.
Text
Cerita
cerita rakyat
...1 more
Selampit
Satu Bentuk Persembahan Cerita Rakyat di Negeri Perlis
Selampit merupakan salah sebuah cerita rakyat yang tergolong ke dalam sastera penglipurlara. Pada mulanya terdapat berbagai-bagai definisi yang telah diberikan terhadap istilah Selampit itu sendiri. Ini termasuklah bahawa Selampit itu adalah watak utama dalam sebuah cerita yang popular iaitu Awang Selampit. Pendapat lain mengatakan bahawa Selampit itu adalah salah satu cerita yang dipersembahkan oleh tukang cerita atau lebih tepat ia merupakan salah satu daripada jodol cerita. Tapi mengikut makna yang lebih mudah tapi penuh makna ialah sebagaimana dikatakan oleh tokoh Selampit sendiri iaitu "S" itulah yang membawa erti Selampit.
Text
dikir barat
pemuzik
...1 more
Profail Seorang Tokoh Dikir Barat
Seman Wau Bulan
Dalam essei ini diketengahkan seorang pemuzik tradisional yang terkenal di Kelantan, iaitu seorang pemuzik yang berkecimpung dalam kegiatan persembahan dikir barat iaitu En. Seman bin Mamat atau nama gelarannya ialah Seman Wau Bulan. Beliau sememangnya seorang tokoh seni yang terkenal di Kelantan, lebih-lebih lagi di kalangan peminat dikir barat. Apabila orang menyebut dikir barat, tentunya seseorang itu tak akan meninggalkan nama Seman sebagai seorang yang banyak membawa perubahan dalam persembahan dikir barat.
Text
Muzik
pemuzik
...1 more
Profail Seorang Pemuzik
Mahzan Manan
Encik Mahzan Manan kini lebih menumpukan perhatian untuk menulis buku-buku muzik untuk orang ramai dalam rangka mempelajari ilmu muzik yang dirasakan setakat ini belum ada buku-buku yang khusus yang mengajar cara-cara memainkan alat muzik, entologi lagu-lagu, teknik dan latihan dalam bidang muzik. Walaupun lapangan muzik masih dalam peringkat hobi sahaja tetapi beliau telah menampakkan satu kejayaan yang besar. Beliau bukan sahaja boleh memainkan hampir semua alat-alat muzik tetapi juga telah berjaya menggubah dan mencipta lagu dan seterusnya memenangi beberapa peraduan anjuran pihak R.T.M.
Text
Melayu
Muzik
...3 more
Main Puteri
Satu Bentuk Persembahan Muzik Melayu Tradisional
Mainan Puteri adalah satu cara perubatan yang terdapat dalam masyarakat Melayu tradisional di Kelantan. Sehingga kini ia masih tetap diamalkan oleh segolongan masyarakat Melayu terutama di kawasan-kawasan luar bandar. Selain daripada negeri Kelantan, Main Puteri juga terdapat di Thai Selatan.
Cara perubatan ini berkaitrapat dengan kepercayaan Animisme yang bertapak teguh dalam masyarakat Melayu hasil dari tinggalan pengaruh Hindu. Main Puteri biasanya untuk mengubati penyakit-penyakit yang disebabkan oleh gangguan kuasa-kuasa luar biasa seperti Hantu, Jembalang, Jin, Iblis, Penunggu dan sebagainya. Berhubung dengan sakit yang diakibatkan oleh unsur-unsur halus itu, mereka mempercayai ia hanya dapat diubati oleh orang-orang tertentu yang ada hubungan dengan unsur-unsur tadi.
Text
Muzik
muzik tradisional
...2 more
Profail Pemuzik Melayu Tradisional
Nik Abdul Rahman Nik Dir
Esei ini mengandungi kajian mengenai bagaimana proses seorang pemuzik Melayu Tradisional mempelajari muzik dan nilaian tentang status dan peranan muzik dalam masyarakat, yang tumpuan kajian ialah kepada seorang pemuzik Melayu Tradisional yang terkenal di Kelantan iaitu Nik Abdul Rahman bin Nik Dir.
Text
tarian
tradisional
Tarian Pelanduk
Tarian Pelanduk adalah merupakan salah satu seni muzik orang-orang Melayu zaman dahulu, khususnya bagi rakyat negeri Pahang, terutamanya di Daerah Kuala Lipis. Tarian Pelanduk ini diwarisi sejak dari zaman dahulu lagi. Tetapi tarian ini tidak begitu diketahui umum, sehingga kini ramai yang belum mengetahui tentang kewujudan Tarian Pelanduk ini, terutamanya generasi muda hari ini.
Menurut sejarah Tarian Pelanduk, ianya agak popular pada zaman dahulu, iaitu sebelum kedatangan penjajah atau boleh dikatakan juga sebelum kedatangan pengaruh barat. Pada masa itu ianya agak terkenal kerana Sultan atau pembesar pada masa itu memberi perhatian dan meminati kesenian muzik tradisional, termasuklah Tarian Labi-Labi adn Tarian Pelanduk. Jadi tarian ini mendapat tempat dan perhatian yang sewajarnya pada masa itu.
Text
boria
Seni dan Kebudayaan
...2 more
Biografi Seorang Tokoh Boria
Shafie Jafar
Boria adalah sejenis teater tradisional Melayu yang amat popular di negeri-negeri utara Semenanjung, khususnya di Pulau Pinang dan Seberang Perai. Ia adalah suatu bentuk kesenian tradisional yang masih kekal hingga ke hari ini meskipun pada dasarnya terdapat beberapa perubahan dari segi cara persembahan dan juga fungsinya di dalam masyarakat.
Boria adalah sebuah teater tradisional yang menggabungkan empat cabang seni di dalam satu persembahan. Seni tersebut ialah seni lakon atau drama, seni sastera iaitu karang-mengarang, seni suara dan juga seni tari. Terdapat dua babak dalam persembahan Boria iaitu babak lakonan dan babak nyanyian (serta tarian). Dalam babak pertama hanya melibatkan lakonan atau lawak jenaka, sementara babak kedua melibatkan nyanyian, tarian dan muzik. Kedua-dua babak ini mempunyai pertautan yang rapat serta berperanan untuk menimbulkan kesedaran di kalangan rakyat dan juga pemerintah.
Text
alat muzik
ensemble
...2 more
Ensemble-Ensemble Gulintangan Brunei:
Orkestra Gulintangan dan Orkestra Sedaman
Ensemble orkestra gulintangan dan Sedaman sebagai salah satu daripada alat-alat muzik tradisional yang masih kukuh dimiliki dan dimainkan di dalam masyarakat Brunei. Keterlibatan di dalam berbagai aktiviti dan upacara yang dijalankan oleh anggota masyarakat menunjukkan kewujudannya masih diperlukan. Selain daripada hiburan, muzik orkestra gulindangan atau Sedaman juga berfungsi dalam aspek ritual atau kepercayaan.
Text
dabus
muzik tradisional
...1 more
Permainan Dabus (Tarian Dabus)
Permainan Dabus adalah salah satu daripada permainan tradisional yang terdapat di negeri Perak. Permainan ini adalah menggabungkan antara seni tari, nyanyian dan muzik. Permainan ini dimainkan oleh sekumpulan lelaki dan perempuan. Alat-alat muzik yang terdapat di dalam permainan ini adalah terdiri daripada satu alat idiofon iaitu gong dan beberapa biji gendang iaitu kumpulan alat membranofon. Nyanyian pula adalah memuji-muji Rasulullah s.a.w. dan sahabat-sahabatnya.
Permainan Dabus ini adalah permainan berperang dan ia adalah bab hikmah iaitu untuk mendekatkan diri kepada Allah. Pada masa dahulu tarian ini ditarikan oleh seorang penari pada suatu masa. Kini ia boleh ditarikan oleh sekumpulan lelaki dan perempuan dan juga oleh penonton-penonton.
Text
Kajian Mengenai Simbiotik Gong dalam Masyarakat Murut dan Dusun di Sabah
Text
Perbandingan antara Penulis Wanita dan Lelaki dalam Novel Sehelai Daun yang Gugur dan Ranjau Sepanjang Jalan
Penulisan ini bertitik tolak dari penulisan karya sastera oleh kaum lelaki mengenai kelemahan dan kegagalan wanita dalam mencari kehidupan. Gambaran wanita stereotaip selalu sekali terdapat dalam karya kaum lelaki. Hak-hak wanita seperti hak bersuara, bebas bergaul dan bersosial ditidakkan oleh kaum lelaki. Hal ini sememangnya terbukti melalui karya-karya yang ditulis oleh penulis lelaki. Perwatakan wanita yang lemah dan bergantung pada lelaki digambarkan dalam karya mereka. Oleh itu penulisan ini bertujuan untuk memberi nafas atau mencungkil hak-hak wanita dalam penulisan karya. Suara-suara dan hak-hak wanita harus diangkat dengan mengkaji novel yang pengarang wanita tulis. Penulisan ini akan menggunakan prinsip Cheri Register dalam menganalisis kedua-dua novel yang dihasilkan oleh kedua-dua pengarang ini.
Text
Program Semarak Bangsawan 2013: Peranan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
Kajian penyelidikan ini menumpukan perhatian terhadap pengurusan seni oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dalam menjayakan Program Semarak Bangsawan (PSM) 2013. Kertas projek ini merungkai proses pelaksanaan program ini bermula daripada proses perancangan sehingga proses pelaksanaan.
Text
Seni Bina dan Ragam Hias Rumah Limas di Kampung Johor Lama, Kota Tinggi, Johor
Saya memilih untuk membuat kajian mengenai seni bina dan ragam hias Rumah Melayu Tradisional di Johor. Saya telah memilih untuk membuat kajian berkenaan seni bina dan ragam hias rumah tradisional iaitu berlokasi di perkampungan Kampung Johor Lama di Teluk Sengat, Johor dan tajuk kertas projek saya ini adalah "Seni Bina Dan Ragam Hias Rumah Limas di Kampung Johor Lama. Teluk Sengat, Johor". Manakala penyelia merangkap pensyarah yang membimbing saya sepanjang saya menyiapkan kertas projek ini adalah Doktor Sabzali Musa Khan. Beliau banyak membantu dalam proses penyiapan tugasan ini.
Text
Perbadanan Melayu dalam masyarakat Melayu Kontemporari
Perbidanan Melayu merupakan sebuah institusi yang mempunyai kepentingannya yang tersendiri di dalam masyarakat Melayu. Institusi perbidanan Melayu pada amnya diterajui oleh wanita yang digelar bidan kampung. Bidan kampung merupakan individu yang mempunyai kemahiran dan kebolehan dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan golongan wanita terutamanya mengenai aspek kehamilan, kelahiran dan juga selepas kelahiran. Peranan bidang kampung penting di dalam masyarakat Melayu dahulu.
Text
Warisan Seni Persembahan: Kuda Kepang Seri Kenanga, Parit Kassim, Parit Raja, Batu Pahat, Johor
Kertas projek ini mengkaji tentang seni persembahan kuda kepang yang terdapat di negeri Johor. Kajian ini dilakukan di Parit Raja yang dikenal pasti mempunyai kumpulan kuda kepang yang masih lagi kekal bergiat aktif dalam persembahan kuda kepang sehingga kini iaitu kumpulan Kuda Kepang Seri Kenanga, Parit Kassim. Kajian dilakukan menjurus kepada satu kumpulan kuda kepang sahaja. Kajian ini juga ada menyentuh dan membuat sedikit perbandingan antara persembahan kuda kepang pada zaman awal kemunculannya dengan persembahan kuda kepang pada hari ini.
Text
Seni Persembahan
Wayang Kulit
Kosmologi Melayu dalam seni persembahan Wayang Kulit Siam di Kelantan
Penulis menumpukan kajian ini pada dua aspek yang utama iaitu seni persembahan Wayang Kulit Siam dan perkaitannya dengan kosmologi Melayu dalam masyarakat Melayu Kelantan. Masyarakat Melayu tradisional di negeri Kelantan sebenarnya amat kaya dengan hasil-hasil kesenian tradisional seperti 'Wayang kulit', 'Mak Yong', 'Main Puteri', 'Dikir Barat', 'Rebana Ubi' dan banyak lagi. Mereka sentiasa menjaga dan menyanjungi warisan budaya turun-temurun hingga kini. Namun, dalam setiap kesenian itu diselitkan pengucapan-pengucapan secara abstrak dan simbolis, yang hanya dapat difahami oleh mereka yang arif tentangnya.
Wayang Kulit Siam merupakan hiburan utama bagi masyarakat Melayu tradisional di Kelantan. Selain iut, Wayang Kulit Siam juga digunakan untuk tujuan-tujuan pengubatan secara tradisional yang berkaitan dengan 'semangat' atau 'angin'. Cara pengubatan sebegini dimainkan dalam persembahan Wayang Kulit Berjamu, yang penuh dengan upacara-upacara magis dan ritual.
Text
Kumpulan KRU
Muzik Rap
Perkembangan muzik Rap di Malaysia : Kajian kes kumpulan kru
Muzik tanah air kita terdiri daripada berbagai rentak dan irama iaitu dari muzik tradisional ke muzik moden. Muzik tradisional terdiri daripada Wayang Kulit, Main Puteri, Ulik Mayang dan Mak Yong yang digunakan bagi tujuan perubatan. Selepas itu lahir pula muzik-muzik tradisional seperti Ghazal, Dondang Sayang, Gamelan dan Gambus. Dari sini bermula muzik popular mengikut era Agogo, Twis, Keroncong dan sebagainya. Manakala muzik moden pula ialah muzik yang dibawa dari Barat iaitu Rock, Jazz, Rhythm dan Blues dan yang terbaru ialah muzik Rap. Muzik moden ini diiringi peralatan-peralatan seperti piano, organ, drum, keyboard dan lain-lain.
Muzik Rap merupakan satu rentak baru yang cuba ditampilkan oleh beberapa buah kumpulan Rap yang wujud di negara kita. Sebagai satu permulaan sememangnya sering menjadi bahan penilaian sama ada sesuai atau tidak rentak Rap dibawakan di negara ini. Namun selagi ia dinamakan muzik ia tidak mengira siapa yang mendengar. Yang penting setiap yang mendengar dapat mengahayati rentak Rap itu. Sememangnya muzik Rap adalah sesuai untuk golongan remaja. Jadi kemunculan kumpulan Rap di negara kita seperti 4U2C, KRU, Feminin, M'steen, Res 2, Nico dan beberapa kumpulan lagi yang sedang dalam proses rakaman sedikit sebanyak memberi kejutan kepada para peminat muzik tanah air. Apa yang pasti dengan munculnya muzik Rap telah mempelbagaikan lagi rentak muzik di tanah air.
Text
Mak Yong
Peran Tua
Imej Peran Tua Awang Sejambul Lebat dalam cerita Dewa Muda
Walaupun di negeri Kelantan Darul Naim banyak terdapat bentuk-bentuk kesenian tradisional seperti Wayang Kulit, Main Puteri, Menora dan sebagainya, namun penulis telah memilih Mak Yong Kelantan sebagai bahan kajian. Ini kerana Mak Yong merupakan salah satu daripada bentuk lakon Melayu tradisional yang begitu terkenal di negeri Kelantan. Kemunculannya dikatakan adalah secara aktiviti naluriah, iaitu berkaitan dengan kepercayaan masyarakat kepada kuasa-kuasa ghaib.
Pengkajian ini juga bertujuan untuk memperkenalkan watak tersebut kepada masyarakat, betapa peri-pentingnya peranan ataupun imej yang dimainkan oleh watak Peran Tua Awang Sejambul Lebat dalam Cerita Dewa Muda. Ini kwerana Cerita Dewa Muda merupakan cerita pokok dalam persembahan Mak Yong. Malah, cerita ini juga turut dimainkan dalam persembahan Main Puteri atau Mak Yong Main Puteri. Persembahan ritual perubatan Melayu tradisional ini menggunakan Cerita Dewa Muda bagi membangkuitkan 'angin' dalam diri pesakit. Oleh itu, imej Peran Tua Awang Sejambul Lebat juga turut terserlah dan memainkan peranan penting.
Text
Orang Iban
perkahwinan
...1 more
Perkahwinan Iban : Satu penelitian etnografi di kawasan Sungai Paku, Spaoh, Sarawak
Negeri Sarawak kaya dengan penduduk pelbagai kaum, antaranya Iban, Melayu, Cina dan Melanau. Pada tahun 1990, jumlah penduduk di Sarawak adalah kira-kira 1,670,000 orang. Daripada jumlah ini, orang Iban merupakan golongan bumiputera terbesar dengan jumlah 493,000 orang (29.5%), diikuti oleh orang Melayu seramai 348,000 orang (20.8%), Bidayuh seramai 140,000 orang (8.4%) dan kaum-kaum bumiputera lain seramai kira-kira 91,000 orang (5.5%). Sementara itu, kaum Cina adalah golongan bukan bumiputera yang terbesar jumlahnya iaitu kira-kira 483,000 orang (28.9%). Selebihnya iaitu kira-kira 19,000 orang (1.1%) adalah kaum-kaum bukan bumiputera lain, termasuk India dan Eropah.
Pada masa dahulu orang Iban terkenal dengan sikap suka mengembara dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat. Oleh itu, tempat asal orang Iban sukar ditentukan. Namun, dipercayai orang Iban berasal dari satu tempat di Kalimantan Barat, Indonesia yang dikenali sebagai Sungai Kapuas. Orang Iban ini telah berhijrah ke Sarawak melalui Sunagi Kumpang dan menetap di Batang Ai, Lubok Antu. Oleh kerana sikap suka mengembara serta keperluan untuk mencari kawasan hutan baru untuk menjalankan pertanian pindah, orang Iban akhirnya telah berpecah dan berpindah ke kawasan lain di seluruh Sarawak. Oleh itu, pada masa sekarang orang Iban terdapat di kesemua bahagian di Sarawak. Tetapi majoritinya terdapat di Bahagian Kedua dan Ketiga.
Text
Hukum adat
Kaum Dusun
...1 more
Hukum adat masyarakat Dusun Kampung Tibabar, Kiulu, Tuaran, Sabah
Kajian ini adalah mengenai hukum adat dalam masyarakat Dusun di Sabah. Masyarakat Dusun adalah salah satu kaum terbesar di Sabah. Sehingga tahun 1961, orang Dusun di Sabah mencapai 145,229 orang atau 31.9% dari jumlah penduduk negeri itu. Dalam banci 1970 pula, orang Dusun mencapai 184,512 daripada 853,254 penduduk Sabah secara keseluruhan. Kaum Dusun sebahagian besarnya tertumpu di kawasan pantai barat dan pedalaman Sabah terutama di daerah-daerah Tambunan, Keningau, Tuaran, Penampang, Ranau, Papar, Kuala Penyu dan Kudat.
Seperti kaum lain, kaum Dusun mempunyai cara hidup atau budaya sendiri yang banyak berbeza dengan kaum lain. Kaum ini biasanya hidup sebagai petani. Walau bagaimanapun, dengan perkembangan masa, ramai di kalangan mereka yang telah mencebur diri dalam biodang lain seperti perniagaan dan kerja-kerja makan gaji. Jika diteliti dengan terperinci, boleh dikatakan bahawa sistem budaya kaum Dusun adalah kompleks dan terdapat banyak kepercayaan dan pantang larang khusunya pada masa dahulu.
Text
Anuar Nor Arai
Tuk Selampit
Simbol & lambang dalam Tuk Selampit karya Anuar Nor Arai
Skrip drama ''Tuk Selampit'' agak mencabar minda audien untuk membuat suatu telahan, rumusan atau penganalisaan pembacaan sama ada yang tersurat atau tersirat. Tentunya ini bukan suatu yang ganjil kerana kebanyakan drama kotemporari tidak lagi mendukung ciri-ciri konvensional malah lebih berkiblat kepada yang bercorak absurdisme. Karya Anuar Nor Arai ini diselarikan dengan penghasilan drama-drama seperti ''Tok Perak'' (Syed Alwi), ''Jebat'' (Hatta Azad Khan), ''Jangan Bunuh Rama-rama'' (Nordin Hassan) dan lain-lain lagi. ''Tuk Selampit'' juga seperti karya-karya Anuar yang terdahulu, antaranya, ''Vakum'', ''Pemacak'' dan ''Mencari Roh Yang Hilang'' kaya dengan simbol dan lambang-lambang untuk dibuat pentafsiran.
Laporan Panel Hakim Hadiah Sastera Malaysia 1986/1987 antara lain menyatakan bahawa skrip drama ini sememangnya mencabar malah kaya dengan simbol. Simbol-simbol itu pula misteri sifatnya seperti watak utamanya Tuk Selampit yang ada dan tiada di dalam realiti dan fantasi. Simbol-simbol dan lambang-lambang dimanfaatkan oleh Anuar untuk menjadikan situasi atau suasana yang disampaikannya menjadi lebih harmonis dan bermakna berbanding dengan sekadar menyumbat mulut watak-watak dengan dialog yang panjang-panjang. Aplikasi pendekatan sebegini amat memerlukan keperihatinan ketika membuat kajian kerana segala aksi watak, latar, penataan cahaya, muzik, pemilihan kata, benda dan sebagainya mengandungi makna yang tersendiri dan amat bermakna.
Text
Barongan
jawa
...1 more
Peralatan muzik Barongan
Lazimnya kumpulan Barongan wujud beriringan dengan kumpulan-kumpulan Kuda Kepang. Ini disebabkan persembahan Kuda Kepang adalah sebahagian daripada persembahan Barongan itu sendiri. Setakat kajian ini dijalankan, penulis dimaklumkan bahawa kumpulan-kumpulan Barongan boleh didapati di beberapa buah kampung terutamanya di sekitar daerah-daerah Batu Pahat, Pontian dan Muar di negeri Johor. Kumpulan-kumpulan Barongan ini lazimnya terdapat di kampung-kampung yang sebilangannya besar penduduknya adalah keturunan masyarakat Jawa. Setakat kajian ini dilakukan, belum ada lagi dijumpai npersembahan Barongan oleh orang-orang bukan dari keturunan Jawa seperti Melayu, Banjar, Bugis dan sebagainya.
Text
Implikasi
Kebangkitan Islam
Kebangkitan Islam : Implikasinya terhadap dunia Barat
Kebangkitan islam adalah merupakan satu fenomena yang sentiasa dipandang serong oleh pihak Barat. Sikap prejudis Barat terhadap Islam semakin hari semakin ketara. Sejak kejatuhan rejim komunism Soviet dan tamatnya perang dingin di antara kuasa-kuasa besar pihak Barat telah memandang kebangkitan Islam sebagai satu ancaman baru kepada mereka. Umat Islam dikatakan Fundamentalis. Islam sering dikaitkan dengan keganasan, kekejaman, perpecahan, peperangan dan sebagainya lagi yang bersifat negatif.
Kesalahfahaman mereka terhadap Islam membuatkan mereka menuduh Islam adalah punca keganasan. Fundamentalis sebenarnya adalah berasal daripada nukilan Barat sendiri. Ada yang berpendapat kebangkitan Islam merupakan satu agenda baru di dalam sejarah umat Islam setelah bebas daripada penjajah. Ada yang juga pendapat yang mengaitkan kebangkitan Islam untuk kepentingan golongan tertentu supaya umat Islam tidak lebioh jauh mendalami dan menghayati agama mereka iaitu sekadar mengamalkan Islam dalam aspek sosial dan kebudayaan sahaja. Walau apa pun pendapat, kebangkitan Islam bukanlah suatu fenomena baru yang timbul secara mendadak.
Adalah kurang tepat jika dikatakan yang kebangkitan ini muncul pada abad kedua puluhan sahaja. Fundamentyalis nukilan barat sebenarnya diasaskan kepada perjuangan golongan protesan untuk mengembalikan agama mereka supaya bertindak mengikut fahaman yang lama dan menyucikan kembali agama mereka. Dari situlah ia diperkembangkan kepada agama-agama lain khasnya agama Islam.
Text
Warisan tradisi joget gamelan Terengganu : Tarian dan muzik
Text
Islam
muslims
...1 more
Non-muslims response towards Islam in Malaysia
Text
Seni lukis Cina
Seni lukis Cina di Malaysia
Seni lukisan China atau "Zhong Guo Hua" mempunyai 2 definisi yang berbeza. Pertama, seni lukisan China merangkumi semua jenis lukisan China secara amnya. Kedua, seni lukisan China merujuk kepada lukisan China yang menggunakan berus, air ("shui") dan dakwat ("mo") secara khasnya. Kertas kerja ini akan membincangkan seni lukisan China di Malaysia dari perspektifnya yang ke-2 iaitu "Chinese Brush Painting" atau "Shui Mo Hua|"
Text
seni halus
seni lukis
Seni lukis Malaysia moden
Sejarah perkembangan seni lukis Malaysia agak pendek jika dibandingkan dengan sejarah perkembangan seni lukis dunia. Menurut maklumat yang sedia ada, aktiviti berkaitan dengan seni lukis tanah air hanya bermula pada tahun 1920-an.
Konsep seni di dalam kajian penulis ini membawa maksud yang sama kepada 'fine art' atau seni halus mengikut definisi Barat. Ia merujuk kepada hasilan-hasilan daripada perasaan, imaginasi dan pemikiran seniman terhadap alam semula jadi, agama, politik, ekonomi, sosial, adat resam dan sebagainya yang dipersembahkan atau dikemukakan melalui pelbagai material dan teknik, merangkumi lukisan, ukiran, fotografi dan lain-lain. Ia dikategorikan ke dalam kumpulan Seni Tampak (visual art).
Text
ASEAN
Cabaran
...1 more
ASEAN : Kerjasama ekonomi dan cabaran di abad ke-21
ASEAN merupakan satu rantau yang telah dikenalpasti bakal menjadi satu kuasa yang mempunyai pengaruh di dalam bidang perdagangan. Ianya juga merupakan pertubuhan yang pertumbuhan ekonominya berjalan dengan lancar. Kadar pertumbuhan ekonominya berjalan dengan lancar. Kadar pertumbuhan ekonominya kini telah menjangkau kadar di antara enam ke sepuluh peratus. Negara-negara ASEAN hidup dalam keadaan yang baik dari segi ekonominya, kesihatan yang bertambah baik dan sistem pembelajaran yang agak baik juga jika dibang=dingkan dengan negara-negara yang lain.
ASEAN ditubuhkan pada tahun 1967 kini telah berusia hampir 29 tahun telah membuktikan dengan kerjasama ekonomi yang dipupuk oleh negara-negaranya. Kini ASEAN bolehlah dikatakan satu pertubuhan yang disegani oleh negara-negara lain. Walaupun pada peringkat permulaan ianya menghadapi banyak rintangan dari segi keselamatan, batasan sempadan, curiga-mencurigai namun perkara-perkara ini telah dapat dikikiskan dengan wujudnya kerjasama erat di antara sesama sendiri.
Text
ASEAN
Kerjasama politik
ASEAN : Kerjasama politik ke arah abad ke-21
Text
Islam
non-muslims
...1 more
The Resurgence of Islamic fundamentalism : Its implications to the Western world
Islam has been perceived by many Western nations and non-Muslims around the world as a religion that promote terrorism and conflict. The various factors need to be highlighted which resulted to the resurgence of Islamic fundamentalism. The exposure to Islamic practice or way of life are being introduced globally hoping to have a better understanding of the Islamic religion amongst the westerners and non-muslims.
The phenomena of Islamic resurgence occur throughout the world in this century are much discussed. The efforts has been taken to expose the Islamic religion, its perception on Islam widely known by the mass media. The effect of colonialism has also given a false perception by non-muslims. Although in the west much of this perception of Islam has been the product of historic misconceptions and disinformation dating back to the 11th century Crusade, the anti-west and Khomeyni-led Iranian Revolution of 1979.
Throughout the eighties, neither the public nor the media in the west had the time or perhaps the willingness to learn more about Islam. Islam then was given extremely bad coverage which associated it with terrorist activities undertaken by isolated groups or individuals.
Text
Islam
non-muslims
...1 more
The Resurgence of Islamic fundamentalism : Its implications to the Western world
After the collapse of Soviet Union and the end of Cold War, many westerners perceived Islamic fundamentalism as a new threat to the western world. As such there have been a lot of misconceptions about Islam. This research paper try to find out why such misconception exist and is Islam really a threat to the "new world order"?
Most of the acedemics facts and datas of this research were obtained from secondary publications. The result of the research proved that Islam is actually a religion of peace and pose no threat to anybody. Neutral Christian scholars such as John L. Esposito, Daniel Pipes and William Watt Montgomery tend to agree to this fact. The bad image of Islam were mostly portrayed by the Zionists because by presenting Islam as evil and Muslims as loathsome they try to justify their immoral usurpation and annexation of the Arab land. The Zionist intended to camouflage their violence and oppression by depicting their enemies (mostly Arab Muslims) as aggressors. This is why most Palestinians and Arabs real freedom fighters who resists the Israelis evil conducts were invariably described in the western media as 'terrorist', 'militants' and 'extremism'.
The resurgence of Islamic fundamentalism is due to muslims believe that Islam is away of life and its teaching is compatible to modernity and time. The western way of life is no more suitable and is regarded as an alien to Islamic civilization today. The Quran and the sunnah are the guidance to mankind that will led to the best way of life in this world and the world hereafter.
Text
kelantan
Main Puteri
...2 more
Elemen perubatan dalam tradisi Main Puteri
Main Puteri merupakan satu aspek kebudayaan yang cukup menarik. Ini kerana ia ada kaitan antara cara perawatan dengan pertolongan daripada kuasa-kuasa luar biasa. Keistimewaan yang lain ialah ia hanya meliputi dan diamalkan secara popular hanya di negeri Kelantan sahaja. Kajian mengenainya mmasih belum meluas dan belum mencakupi kesemua aspek. Kajian yang dilakukan oleh warga Melayu secara ilmiah mungkin oleh Profesor Mohd. Fauzi sebagai awal mulanya menerusi thesis B.A. beliau. Kajian yang dibuat hanyalah merangkumi asal usul dan acara main puteri di kawasan kajian dan beberapa aspek lain. Persoalan-persoalan muzik, persoalan secara khusus mengenai magis tidak diperincikan.
Sementara itu, Zaleha dan Profesor Hashim Awang mengkaji hanya salah satu sub dalam permainan ini iaitu aspek perjalanan acara ataupun plot Main Puteri. Adalah dijangkakan masih banyak benda yang belum diselongkar dan diketahui tentang keseluruhan Main Puteri terutama dari segi worldview Orang Melayu. Oleh itu, penulisan hanyalah merupakan salah satu usaha untuk mengali riang lingkup apa yang dikatakan Main Puteri itu sendiri.
Text
ASEAN
Cambodians
...2 more
ASEAN as a regional organisation Cambodia-Vietnam relations
Throughout its pre-colonial history, Southeast Asia was heavily influenced by outside power. The region is located midway between India and China. Yet even more than external influencers, Southeast Asia historically has been scene of intense internal competition, the result of the dynamic expansion and contraction of empires and kingdoms within the region. This competition has been significant for several reasons. First, it produced deep, lasting animosities among various ethnic groups that continue to cloud foreign relations to the present time. Example, the hatred between Vietnamese and Cambodians. Second, the historical ebb and flow of the major Southeast Asian kingdoms led in many cases to the mass migration of populations. So great was migration that today more ethnic Laotians can be found in Thailand than in Laos. Shifts in population such as these are significant because they are often provide seeds of conflicts when defining contemporary borders.
Text
dunia Barat
Islam
...1 more
Kemunculan fundamentalism Islam dan implikasi terhadap dunia Barat
Runtuhnya Negara Soviet Union pada penghujung tahun 80-an telah membawa perubahan mendadak kepada suasana hubungan antarabangsa. Persaingan di antara negara-negara kuasa besar juga secara sendiri turut berkurang. Soviet Union yang selama empat dekad memberi saingan ideologi komunismenya kepada Barat dan Amerika Syarikat khasnya, tidak lagi berupaya bersaing. Fahaman komunisme yang menjadi kebanggaan negara kuasa komunis tersebut juga turut terancam. Ianya tidak mampu lagi memberi saingan dalam sistem antarabangsa hari ni. Pertembungan ideologi dan cabaran kepada kuasa-kuasa Barat sudah hampir tiada lagi.
Secara amnya masyarakat Barat di benua Eropah dan Amerika Syarikat amat berbangga dengan pencapaian dan perubahan yang berlaku dengan pencapaian dan perubahan yang berlaku dengan berakhirnya perang dingin. Walau bagaimanapun, ketiadaan saingan ini juga telah membuatkan masyarakat Barat terutamnya Amerika, mula mencari saingan baru. Ini mereka rasakan perlu bagi meneruskan kesinambungan kemajuan yang mereka anggap penting dalam menjamin dominasi mereka ke atas masyarakat lain di dunia hari ini. Dalam mencari saingan baru tersebut, mereka mula menoleh kepada pertembungan dan angin baru yang wujud di kalangan negara-negara dan umat Islam khususnya.
Text
ASEAN
Indonesia
...1 more
ASEAN : Pertikaian tuntutan bertindih kepulauan Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan di antara Malaysia dan Indonesia. Satu pendekatan ke arah penyelesaiannya
Malaysia dan Indonesia telah menerima kemerdekaan masing-masing pada tahun 1948 dan 1963 (Sabah dan Sarawak memasuki Malaysia). Kedua-dua negara tersebut telah menjadi anggota pertubuhan ASEAN semenjak ia ditubuhkan pada tahun 1967 bagi tujuan meningkatkan kerjasama dalam bidang-bidang seperti ekonomi, sosial, budaya, teknik, sains dan pentadbiran.
Keredaan ketegangan bilateral setelah tamatnya konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia akhirnya menjalin semula hubungan baik negara-negara ASEAN. Latar belakang pengalaman kolonialisme yang sama menyebablan negara-negara ini bersatu di bawah ASEAN untuk mendapatkan sokongan dari dunia Barat bagi mengatasi masalah keselamatan serantau. Namun demikian pada hakikat sebenarnya kedua-dua negara ini masih mempunyai isu pertindihan tuntutan ke atas Pulau Sipadan dan Pulai Ligitan yang terletak di Selat Sulawasi dalam gugusan kepulauan Borneo berhampiran Sabah. Isu pertindihan tuntutan ini telah menjadi 'duri dalam daging' hubungan Malaysia-Indonesia dan sehingga kini ia telah melalui pelbagai peringkat perbincangan di antara kedua-dua negara.
Text
ASEAN
Pertumbuhan ekonomi
Pertumbuhan ekonomi di negara-negara ASEAN
ASEAN telah ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 di Bangkok dengan hanya dianggotai oleh 5 buah negara sahaja iaitu Malaysia, Thailand, Singapore, Indonesia dan Filipina. Pada tahun 1984, Brunei telah menyertai ASEAN dan diikuti pla oleh Vietnam pada awal tahun 1996. Kemboja dan Laos akan menyertai ASEAN pada tahun 1997. Dengan tambahan ini, jumlah negara yang mengganggiotai ASEAN akan menjadi sebanyak 10 buah pada tahun 1997. Penambahan ini jelas menunjukkan bahawa negara-negara di Asia Tenggara telah mula sedar kebaikan menjadi ahli ASEAN terutamanya di dalam segi pertumbuhan dan kestabilan ekonomi. Pertumbuhan ekonomi adalah mustahak bagi meningkatkan Kuasa Nasional sesebuah negaa di peringkat antarabangsa.
Sejak zaman penjajahan oleh negara British (Malaysia dan Singapura), Belanda (Indonesia), Amerika Syarikat (Filipina) dan Perancis (IndoChina) ke atas negara-negara ASEAN, sumber ekonomi negara-negara ASEAN tertumpu kepada pertanian dan perlombingan (1960-1970) sahaja. Tetapi dengan peningkatan teknologi pada awal tahun 1980-an, pertumbuhan ekonomi ASEAN telah mula menumpukan perhatian kepada Industri pembuatan, kenderaan dan alat elektrik. Walaupun pada peringkat awalnya peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ke atas Industri tersebut tidak memberangsangkan tetapi telah mula meningkat pada akhir tahun 1980-an dan awal 1990-an.
Text
Persembahan
Upacara keramaian
...1 more
Watak-watak penting dalam persembahan Wayang Kulit Kelantan atau Siam
Wayang Kulit merupakan satu bentuk teater yang tertua di rantau Asia, kesenian ini dipercayai telah wujud sejak tahun 1,500 sebelum masihi. Ia tersebar luas di kalangan masyarakat Melayu, Jawa, Siam dan Bali. Pada zaman dahulu, Wayang Kulit menjadi tempat tumpuan untuk mendengar cerita-cerita kesusasteraan zaman mereka. Di mana peranan Wayang Kulit ketika itu bukan sahaja menjadi hiburan, malah ia juga memainkan peranan sebagai pemberi maklumat kepada masyarakat zamannya.
Selain itu, Wayan Kulit juga telah memainkan peranan yang penting di dalam upacara-upcara keramaina yang berhubung kait dengan kepercayaan seperti upacara pemujaan, hiburan untuk golongan pembesar dan raja, perkahwinan yang disambut secara besar-besaran serta upcara-upcara unutk menolak bala.
Secara umunya terdapt empat tradisi wayang yang ada di Malaysia iaitu Wayang Kulit Purwa, Wayang Melayu, Wayang Gedek dan juga Wayang Siam. Di mana setiap jenis Wayang ini berbeza dari segenap segi termasuklah patung, cerita, muzik dan cara persembahannya.
Text
ritual
Wayang Kulit
Teater Wayang Kulit : Satu kajian mengenai unsur-unsur ritual
Wayang Kulit merupakan satu bentuk seni persembahan Melayu tradisional yang diwarisi sejak zaman berzaman. Teater Wayang Kulit memaparkan pola kehidupan masyarakat Melayu lama dari segi kepercayaan, hubungan mereka dengan alam sekeliling, hubungan dengan raja dan hubungan sosialisasi dalam masyarakat. Mereka mempunyai hubungan erat dengan alam dan wujud interaksi yang baik dalam kehidupan seharian.
Dalam masyarakat Melayu, alam terbahagi kepada beberapa tahap seperti alam atas iaitu tempat tinggal dewa baik dan Mak Hyiang, Alam Tengah (alam kehidupan dan alam dalam badan manusia. Mereka mengeksploitasi sumber-sumber alam dengan percaturan-percaturan tertentu. Mereka percaya bahawa semua benda dan objek di alam ini mempunyai semangat dan roh. Ia terbahagi kepada dua semangat iaitu semangat baik dan jahat dan ibu segala semangat iaitu Mak Hyiang. Kepercayaan ini dikenali sebagai kepercayaan animisme. Mereka tidak akan mengkhianati objek-objek alam dengan sewenang-wenangnya. Sebaliknya mereka meminta izin terlebih dahulu. Makhluk-makhluk yang wujud di samping mereka itu dihormti, dipuja dan dijamu.
Text
Melayu
Wayang Kulit
Alat-alat muzik dalam persembahan Wayang Kulit Kelantan
Dalam sinopsis ini, penulis cuba menganalisis persiapan, peranan, kedudukan dan alat-alat muzik di dalam persembahan Wayang Kulit Kelantan. Penulis telah membahagikan alat-alat muzik tradisional ini kepada beberapa kumpulan berdasarkan sistem klasifikasi Curt Hornbostel. Dalam kajian ini, ada lapan jenis alat muzik yang dibahagikan kepada empat kumpulan penting iaitu mambranophone, ideophone, chordophone dan aerophone. Penulis juga membincankan apakah peranan dan fungsi sebenar setiap alat muzik. Pembuatan, teknik permainan dan penjagaan alat muzik serta kedudukkan setiap alat muzik ketika persembahan turut dibincangkan. Pada bahagian penutup, penulis cuba membayangkan masa depan alat-alat muzik dan pemuziknya. Beberapa pandangan dan saranan telah dikemukakan bagi mempertahankan persembahan tradisional Melayu ini dari pupus ditelan arus pemodenan.
Showing 51 to 100 of 315 results
Page
of 7
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->