Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (315 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Collection: Abstrak Kertas Projek APM
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
dokumentasi
jenis kesalahan
...1 more
Proses pengeditan kertas seminar di Pusat Dokumentasi Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya
Bab 1 merangkumi latar belakang kajian yang terdiri daripada tujuan kajian, bidang kajian, bahan kajian, kaedah kajian, masalah kajian serta konsep-konsep tentang pengeditan.
Manakala bab 2 memuatkan tentang sejarah ringkas tentang pengeditan, pengenalan tentang pengeditan, definisi pengeditan dan jenis-jenis kesalahan yang terdapat dalam bahan kajian yang perlu diedit serta sedikit latar belakang tentang pusat dokumentasi Akademi Pengajian Melayu.
Bab 3 pula merangkumi analisis tentang pengeditan iaitu kertas kerja para pensyarah yang meliputi 10 set kertas seminar. Proses pengeditannya meliputi dar segi tatabahasa, ejaan, struktur ayat dan imbuhan.
Akhir sekali bab 4, meliputi dapatan kajian, kesimpulan, lampiran, bibliografi dan penutup berkenaan proses penyuntingan atau pengeditan.
Text
bidayuh
perubatan tradisional
...1 more
Kepercayaan dan Perubatan Tradisional di Kalangan Masyarakat Bidayuh di Kampung Mujat dan Kampung Mongkos, Sarawak
Pada pandangan pengkaji, orang-orang Bidayuh mempunyai konsep yang luas terhadap penyakit. Ini tidak bermakna mereka juga tidak percaya pada perubatan moden sebab ada di antara mereka yang pernah ke Hospital Daerah Serian atau mendapat rawatan dari paderi-paderi Kristian di situ. Adalah tidak mustahil mereka tidak terperanjat jika dikatakan sesuatu penyakit adalah akibat dari kuman atau virus; sebab pada teorinya mereka beranggapan kuasa ghaib itu boleh berubah-ubah bentuk. Ubat kadang kala dianggap sebagai bahan yang boleh menghalau iblis dari badan atau menyembuhkan luka dalaman pada masa-masa tertentu. Namun dalam konteks ini, kedua-duanya adalah perlu dalam menyembuhkan penyakit.
Sesuatu yang paling penting tentang konsep ini ialah penyakit yang menyerang manusia bukan hanya dipengaruhi oleh faktor biologi tetapi juga melibatkan unsur-unsur budaya dan perlakuan sosial.
Text
Ekonomi
kesenian
...2 more
Tongkungan alat muzik suku kaum Dusun di negeri Sabah : Satu tinjauan
Kertas projek yang telah dihasilkan ini telah menambahkan pengetahuannya tentang alamt muzik tradisional khususnya Tongkungon, alat muzik kaum Dusun negeri Sabah. Saya memilih tajuk ini kerana sangat sesuai sekali diketengahkan pada generasi ini supaya yang membaca hasil penulisan ini dan faham kepentingannya akan terus memandang tinggi hasil kerja tangan nenek moyang serta diharapkan dapat meneruskan ke generasi seterusnya dengan kaedah pemodenan tanpa mengubah dan menghilangkan nilai dan etika budayanya.
Dengan kertas projek ini diharapkan dapat menyumbang ilmu kepada pembaca bahkan menjadi sumber rujukan kepada para pengkaji alat muzik tradisional kaum Dusun di negeri Sabah.
Text
Cik Siti Wan Kembang
gelaran
...2 more
Tempat dan lokasi dalam riwayat Kelantan
Satu penelitian sosiolinguistik
Penulis megambil kesempatan untuk mengumpul maklumat-maklumat berkaitan dengan proses penamaan tempat dan lokasi ini atas beberapa tujuan. Sekarang ini mereka yang mengetahui tentang asal usul tempat dan lokasi sudah mula berkurangan dengan itu mengekalkan data-data dan maklumat ini, penulis mengambil peluang mengumpulkannya untuk tatapan rakyat Kelantan khususnya dan masyarakat seluruhnya. Kajian ini juga dilakukan untuk mengenalpasti bagaimana masyarakat memberikan nama kepada satu-satu tempat dan lokasi itu sehingga nama-nama itu dikenali dan disebut oleh masyarakat. Tujuan kajian ini juga adalah untuk mengetahui sejarah kewujudan nama-nama tempat dan lokasi yang terdapat dalam Riwayat Kelantan tu sendiri.
Text
sejarah penubuhan
seni bina
...1 more
Seni bina masjid : Satu perbandingan Masjid Kampung Laut, Kelantan dan Masjid Putra, Putrajaya
Negara kita kaya dengan pelbagai bidang kesenian. Antaranya ialah seni rupa meliputi seni bina, seni ukir, seni fotografi dan seni kraftangan. Seni bina merupakan sebahagian daripada aspek seni rupa yang menarik kerana konsep binaannya yang unik dan berunsur simbolisme. Hasil daripada ciptaannya memperlihatkan daya kreatif masyarakat yang tinggi dan memaparkan corak budaya masyarakat Melayu itu sendiri.
Peredaran zaman yang diikuti dengan arus pemodenan dan kemajuan telah mengubah budaya masyarakat Melayu. Fenomena ini menyebabkan kesenian tradisi seperti seni bina semakin dilupakan. Masyarakat Melayu mula beralih kepada binaan moden tanpa mempedulikan nilai dan makna kesenian yang tersembunyi di dalam ciptaan tradisi. Keadaan ini menjadikan bidang seni bina tradisi menjadi semakin pudar di kalangan masyarakat Melayu terutamanya golongan baru masa kini.
Text
bahan pinjaman
jenis katalog
...2 more
Satu analisis proses pengkatalogan
Merujuk kepada konsep atau definisi kepada katalog ialah senarai buku di perpustakaan dan tumpuan bidang penjenisan katalog dalam kajian ini ialah katalog video.
Bab pertama merupakan bab pengenalan atau permulaan kepada kajian ini. Oleh itu dalam bab ini aspek yang menjadi kajian ialah tentang memperkenalkan apa itu katalog dan seterusnya dibincangkan pula pola atau penjenisannya.
Bab pertama merupakan bab pengenalan kepada kajian ini. Bab kedua merupakan bahagian analisis yang membincangkan proses-proses pemerolehan bahan atau monograf bercetak ke perpustakaan Akademi Pengajian Melayu. Bab ketiga merupakan lanjutan daripada proses bab kedua. Tetapi prosesnya lebih mendalam lagi iaitu tentang cara atau kaedah pengkatalogan. Bab seterusnya membincangkan salah satu bidang katalog yang telah menjadi tumpuan utama kajian ini iaitu katalog video. Manakala bab terakhir ialah bab penutup yang membincangkan penilaian, komen, masalah dan juga penjelasan tentang fungsi katalog kepada semua.
Text
bahan pinjaman
jenis katalog
...2 more
Satu analisis proses pengkatalogan
Merujuk kepada konsep atau definisi kepada katalog ialah senarai buku di perpustakaan dan tumpuan bidang penjenisan katalog dalam kajian ini ialah katalog video.
Bab pertama merupakan bab pengenalan atau permulaan kepada kajian ini. Oleh itu dalam bab ini aspek yang menjadi kajian ialah tentang memperkenalkan apa itu katalog dan seterusnya dibincangkan pula pola atau penjenisannya.
Bab pertama merupakan bab pengenalan kepada kajian ini. Bab kedua merupakan bahagian analisis yang membincangkan proses-proses pemerolehan bahan atau monograf bercetak ke perpustakaan Akademi Pengajian Melayu. Bab ketiga merupakan lanjutan daripada proses bab kedua. Tetapi prosesnya lebih mendalam lagi iaitu tentang cara atau kaedah pengkatalogan. Bab seterusnya membincangkan salah satu bidang katalog yang telah menjadi tumpuan utama kajian ini iaitu katalog video. Manakala bab terakhir ialah bab penutup yang membincangkan penilaian, komen, masalah dan juga penjelasan tentang fungsi katalog kepada semua.
Text
Teknik-teknik Anyaman Bakul Seni Kraf Rotan
Kajian ini merupakan kajian mengenai teknik-teknik anyaman bakul seni kraf rotan. Rotan merupakan salah satu tumbuhan yang berunsur serat dan digunakan secara meluas di Malaysia untuk menghasilkan produk seni kraftangan. Rotan merupakan sejenis tumbuhan yang menjalar atau memanjat yang tergolong dalam kategori palma. Pengkaji menggunakan kaedah kajian perpustakaan, kaedah internet, temubual dan kaedah kajian lapangan. Pengkaji membuat pemerhatian di lokasi kajian iaitu di Institut Kraf Negara dan Kompleks Kraf Negara bagi mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan teknik-teknik anyaman bakul seni kraf rotan. Perubahan zaman menyebabkan seni kraf rotan ini semakin dilupakan, namun masih ada sesetengah individu dan intitusi yang menghargai seni warisan kraf tangan ini. Oleh itu, pengkaji ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang teknik-teknik anyaman bakul seni kraf rotan ini supaya dapat dijadikan sumber rujukan pada masa akan datang.
Text
Unsur Tarannum Dalam Lagu Melayu P.Ramlee
Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti kewujudan unsur-unsur tarannum dalam lagu-lagu Melayu ciptaan Seniman Agung Negara Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Dapatan kajian ini terhasil daripada pengalaman dan pembelajaran sendiri pengkaji di samping bantuan dan tunjuk ajar oleh beberapa orang tokoh dalam bidang tarannum Al-Quran.
Text
Ragam Hias Pada Hulu dan Sarung Keris di Muzium Negara Malaysia
Keris merupakan sejenis senjata tradisional yang memiliki pertalian yang sangat kuat dan penting dalam kehidupan masyarakat Melayu, khususnya di negara Malaysia. Masyarakat Melayu bukan sahaja amat terkenal kerana memiliki pelbagai jenis keris yang istimewa tetapi keris-keris ini turut memiliki keunikan tersendiri. Keunikan ini jelas terpapar terutamanya dari segi ragam hias yang terdapat pada hulu dan sarung keris. Senjata istimewa ini mempunyai pelbagai fungsinya dalam kehidupan orang-orang Melayu di Nusantara. Malahan, ragam hias pada hulu, dan sarung keris ini memiliki banyak fungsi dan kepentingannya kepada bangsa Melayu. Hal ini demikian kerana ragam hias ini sebenarnya mampu melambangkan status dan agama si pemakai, jenis keris, tempat asal keris dibuat, menonjolkan kreativiti pencipta, menambah keindahan kepada penampilan keris dan pemakainya. Disamping itu, melalui kepelbagaian ragam hias pada hulu dan sarung keris juga, kita dapat mengenal pasti sejarah, falsafah, nilai estetika, dan budaya masyarakat pada zaman dahulu sehingga sekarang.
Text
Estetika Pending
Kajian ini berfokuskan kepada estetika yang terdapat pada pending yang dipamerkan di Muzium Tekstil Negara yang dihasilkan oleh tukang pandai Melayu dalam bidang seni Logam pada abad ke 18 dan pada tahun 1800. Penulisan kajian berkenaan estetika yang terdapat pending ini dilakukan berdasarkan kepada beberapa ciri-ciri estetika yang dikemukakan oleh Ku Zam Zam Ku Idris. Kajian yang dilakukan ini dilakukan untuk mendokumentasi reka bentuk yang terdapat pada pending dan mengenal pasti nilai estetika atau keindahan yang terdapat pada pending. Kajian yang dilakukan ini juga cuba untuk mendalami keunikan yang terdapat pada pending yang menjadi identiti masyarakat Melayu.
Text
Kain Tenun Masyarakat Iranun, Koleksi Muzium Kraf Negara
Di Malaysia,terdiri daripada pelbagai kaum dan setiap kaum mempunyai peninggalan warisan daripada nenek moyang yang tersendiri. Misalnya, seni tenun yang dihasilkan oleh sesebuah masyarakat adalah berbeza-beza sama ada dari segi menghasilkannya ataupun jenis kain yang dihasilkan. Oleh itu kajian ini berfokus pada kain tenun yang dihasilkan oleh masyarakat Iranun yang terdapat pada koleksi di Kompleks Kraf, Kuala Lumpur.
Text
budaya
Melayu
...2 more
Tekat Emas di Perak
Fungsi dan Masa Depannya dalam Budaya Melayu
Seni tekat emas merupakan 'suji timbul' iaitu sulaman timbul atau 'tekat bersuji', tetapi suji sering dikaitkan dengan sulaman benang sutera (Teuku Iskandar, Kamus Dewan, Kuala Lumpur, DBP 1970). Sama ada disulam, ditekat atau disuji, ragamhiasnya sama dibentuk iaitu dalam keadaan yang timbul dari permukaan dasar kain kerana bahagian dalamnya diisi dengan mempulur.
Text
Keberkesanan Penerapan Nilai Cerita Animasi "PADA ZAMAN DAHULU" Terhadap Kanak-kanak di Tadika Naluri
Kajian ini merupakan kajian terhadap Penerapan Nilai Cerita Animasi "Pada Zaman Dahulu" terhadap kanak-kanak di Tadika Naluri. Kajian ini dilakukan di Tadika Naluri ( Taman Melawati) dengan menggunakan kaedah wawancara, proses pembelajaran dan pemerhatian terhadap pelajar di Tadika Naluri yang berumur dari empat, lima dan enam tahun. Kajian ini menekan lima nilai yang dikenalpasti dalam siri animasi Pada Zaman Dahulu bagi episod Sang Kancil dan Gergasi.
Text
Johor
makanan
Perusahaan Makanan di Air Hitam, Johor
Dengan menjalankan kajian ke atas perniagaan orang-orang Melayu secara kecil-kecilan,pengkaji dapat melihat beberapa faktor yang menjadi penentu bentuk dan jenis perniagaan yang diusahakan itu. Sungguhpun begitu, dalam ruang yang terhad ini adlah mustahil bagi pengkaji untuk melihat semua kes kecuali beberapa kes sampel kecil secara rawak. Meskipun begitu, pengkaji telah berusaha untuk mencapai beberapa fokas perbincangan yang utama khasnya dari segi pengaruh teknologi ke atas perusahaan kecik orang-orang Melayu. Satu sampel telah dibuat untuk melihat penggunaan peralatan secara tradisional dalam perusahaan membuat dodol di pekan Air Hitam.
Text
Pengurusan dan Persembahan: Kajian Kes Kumpulan Kuda Kepang Sinar Warisan
Kajin ini adalah kajian berkenaan pengurusan dan persembahan sebuah kuda kepang iaitu Kumpulan Kepang Sinar Warisan. Pengkaji menggunakan kaedah temu bual dan pemerhatian untuk mendapatkan maklumat berkenaan pengurusan persembahan kumpulan ini. Pengurusan merupakan salah satu daripada aspek penting di dalam sesebuah organisasi atau pertubuhan. Oleh sebab itu pengkaji akan menyelidik pengurusan seni untuk mengenalpasti corak pentadbiran, kewangan dan carta organisasi. Kajian ini juga akan menumpukan kepada persembahan yang dijalankan oleh kumpulan ini selain daripada kejayaan kumpulan ini memartabatkan seni persembahan kuda kepang sehingga ke peringkat kebangsaan. Daripada kajian ini, pengkaji akan lebih memahami corak pengurusan dan persembahan kumpulan ini dan seterusnya membantu memartabatkan seni persembahan kuda kepang untuk tatapan generasi masa kini.
Text
Kajian Kes Kepelbagaian Corak Lenggangan Tangan dalam Tarian Inang
Penulisan Kertas Projek JFEA3380 ini merupakan kursus yang wajib diambil semasa semester khas untuk pelajar tahun 2 Jabatan Kesenian Melayu, Akademi Pengajian Melayu. Hal ini telah mweujudkan satu kajian yang bertajuk "Kepelbagaian Corak Lenggangan Tangan dalam Tarian Inang". Kajian ini dilakukan mengenai kepelbagaian jenis lenggangan tangan dalam tarian inang terutamanya di Malaysia.
Text
kelantan
pengasih
Pengasih: Satu Kajian Kes di Kampung Pangkal Durian, Machang, Kelantan
Pengasih adalah satu cara memikat perempuan bagi orang Melayu zaman dahulu. Ilmu ini juga boleh diguna untuk memikat orang lelaki. Ilmu ini masih dipelajari oleh segelintir individu walaupun syarat-syarat mempelajarinya rumit sekali.
Kini walaupun orang-orang Melayu telah banyak mengalami perubahan, unsur-unsur kepercayaan masih memainkan peranan dalam kehidupan mereka. Kebanyakan aspek aktiviti orang Melayu, unsur-unsur kepercayaan kepada kuasa luar biasa memainkan peranan yang besar (Firth,1958:123). Pengekalan terhadap kepercayaan kepada ilmu pengasih ini juga berkait rapat dengan ajaran yang boleh diperolehi dari kitab suci al Quran. Alim-alim ulamak atau penghafal al Quran sudah tentu mengetahui ayat-ayat atau bacaan-bacaan yang boleh digunakan untuk tujuan pengasih.
Text
Proses Pembuatan Ukiran Kayu Tebuk Tembus di Pusat Inkubator Kraf Temerloh, Pahang
Kegemilangan dan keunggulan sesebuah kerajaan mahupun pimpinan terletak kepada kesatuan dan ketahanan masyarakat. Masyarakat yang bijak dan berkemahiran tinggi mampu melangsungkan keamanan dan identiti bagi sesebuah kerajaan. Hal ini dapat dikaitkan dengan daya tahan dan keutuhan bagi bidang seni ukiran yang bergantung kepada tahap pemerhatian dan sikap timbang rasa masyarakat. Kajian ini cuba membincangkan seni ukiran kayu sebagai salah satu warisan yang boleh mencerminkan pemikiran masyarakat dan seterusnya dapat menggambarkan gaya hidup atau budaya masyarakat khusunya masyarakat di alam Melayu.
Text
Rumah Melayu Melaka: Fungsi Ruang dan Motif Ukiran
Kajian ini adalah mengenai fungsi ruang dan motif ukiran di rumah kajian yang telah dipilih oleh pengkaji iaitu di Rumah Penghulu Mat Natar atau dikenali sebagai Galeri Demang Abdul Ghani. Pengkaji menggunakan kaedah kajian kepustakaan dan membuat pemerhatian di lokasi kajian bagi mengetahui ruang-ruang yang terdapat dalam rumah dan motif-motif ukiran yang digunakan di rumah tersebut. Perubahan zaman menyebabkan seni bina rumah Melayu tradisional semakin dilupakan. Namun, masih ada sesetengah pihak yang masih menghargai peninggalan yang sangat berharga ini.
Text
anyaman
kedah
Seni Anyaman Mengkuang dikalangan Masyarakat Melayu di Kampung Tok Kau, Guar Chempedak, Kedah
Hasil kraftangan sejak dari zaman dahulu lagi menarik minat kepada sesiapa yang melihatnya, terutama apabila kraftangan yang dihasilkan itu begitu menarik, indah dan unik. Daripada minat ini timbul penghargaan terhadap sesuatu unsur seni yang dicipta oleh seseorang atau sesuatu kelompok masyarakat. Anyaman mengkuang yang menjadi tajuk kertas kerja ini merupakan salah satu unsur kesenian yang terdapat pada masyarakat Melayu Kedah. Unsur seni ini memainkan peranan yang besar dalam kehidupan mereka sehari.
Kemahiran tangan ini (anyaman) pada peringkat awal bertujuan sebagai alat keperluan sehari-hari, seperti untuk pertanian, menangkap ikan mahupun sebagai tempat perlindungan dan keluarga. Kemahiran menganyam ini selalunya diwarisi atau diperturunkan daripada orang tua kepada anaknya. Semasa tiap-tiap corak yang dianyam itu dilakukan ia diiringi pula dengan cerita-cerita supaya tidak menjadi bosan. Keindahan hasil anyaman ini ditambah pula dengan penggunaan warna asli daripada daun, kulit kayu, buah kayu atau lumpur. Keaslian warna dan keaslian bahan anyaman sudah mula dinodai dengan kedatangan bahan moden seperti cat warna dan plastik.
Text
Seni Bina dan Ragam Hias Masjid Diraja Sultan Alaeddin, Jugra, Banting Selangor Darul Ehsan
Text
Seni Bina Rumah Tradisional Pahang di Kuala Lipis
Kajin ini menerangkan tentang seni bina rumah Melayu Tradisional yang terdapat di negeri Pahang iaitu di daerah kawasan Kuala Lipis. Beberapa buah kampung telah dipilih kerana masih mempunyai rumah Melayu Tradisional Pahang walaupun ia kelihatan terbiar dan tidak terurus. Antara kampung yang didaerah tersebut ialah Kampung Relong, Kampung Bapong, Lampung Gemuncur, Kampung Seberang Jelai dan Kampung Tempoyang. Melalui kajian terdapat pada rumah ini ia dapat mengetahui tentang fungsi, struktur, dan nilai estetika yang terdapat pada seni bina rumah Melayu Pahang tersebut.
Text
Kajian Tangga Batu pada Rumah-rumah Terpilih Kawasan Merlimau
Kertas projek ini bagi menegnalpasti reka bentuk rumah Melayu Melaka tradisional terutamanya pada elemen tangga. Kajian ini dapat mendedahkan pengetahuan secara am perbandingan antara rumah Melayu Tradisi dengan rumah Melayu Melaka tradisi di samping mengenalpasti struktur binaan tangga batu yang menjadi kebanggaan masyarakat Melayu Melaka pada suatu ketika dahulu. Tangga batu merupakan simbol atau identiti kepada rumah Melayu Melaka sehingga kini. Kajian ini menjurus kepada tangga batu bagi memperlihatkan struktur binaan, bahan, dan variasi corak serta warna jubin - jubin indah yang sering digunakan bagi melengkapi rumah Melayu Melaka tradisional.
Text
perahu
terengganu
Perahu Tradisi Terengganu
Menurut catatan sejarah, perahu amat penting di dalam kehidupan masyarakat Melayu tradisi. Perahu merupakan alat perhubungan dan pengangkutan yang utama menghubungkan di antara satu tempat dengan tempat yang lain. Selain daripada itu, perahu juga digunakan sebagai alat pengangkutan barang-barang dagangan untuk diperniagakan. Manakala bagi golongan raja perahu digunakan sebagai kenderaan diraja untuk bertemasya dan berkahwin.
Sejarah pemikiran manusia bertambah maju, bentuk pengangkutan air turut berubah. Batang kayu sebatang tidak lagi digunakan tetapi buluh-buluh atau batang-batang kayu diikat di antara satu sama lain untuk dijadikan rakit, dengan menggunakan rotan atau akar-akar kayu yang kuat supaya dapat dinaiki dan di muatkan dengan barang-barang di atasnya. Dengan menggunakan kayu kecil atau buluh sebagai galah untuk menolak atau menongkat rakit supaya bergerak dengan lebih laju mengikut arah yang dikehendaki. Penggunaannya lebih selamat dan dpat membawa lebih banyak barang-barang.
Text
Seni Bina dan Ragam Hias Masjid Kampung Laut, Kelantan
Nilai estetika yang terdapat pada seni bina Masjid Kampung Laut Kelantan mempunyai keunikan yang tersendiri dan menjadi kebanggaan rakyat di negeri Kelantan. Masjid Kampung Laut juga menjadi khazanah yang sangat berharga dengan reka bentuk yang seakan-akan menyerupai Masjid Demak. Kajian ini dilakukan untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang 'Seni Bina dan Ragam Hias Kampung Laut Klentan'. Penelitian dilakukan untuk mengetahui sejauh mana ragam hias yang terdapat pada Masjid Kampung Laut Klentan menerusi makna dan estetika.
Text
Seni Bina dan Ragam Hias Masjid Kampung Laut, Kelantan
Nilai estetika yang terdapat pada seni bina Masjid Kampung Laut Kelantan mempunyai keunikan yang tersendiri dan menjadi kebanggaan rakyat di negeri Kelantan. Masjid Kampung Laut juga menjadi khazanah yang sangat berharga dengan reka bentuk yang seakan-akan menyerupai Masjid Demak. Kajian ini dilakukan untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang 'Seni Bina dan Ragam Hias Kampung Laut Klentan'. Penelitian dilakukan untuk mengetahui sejauh mana ragam hias yang terdapat pada Masjid Kampung Laut Klentan menerusi makna dan estetika.
Text
budaya
sabah
...2 more
Seni Silat Spring
Satu Budaya Penyelidikan di Sabah
Seni Silat Spring adalah satu aliran silat Melayu yang mempunyai identiti, nilai estetika dan falsafahnya yang tersendiri. Dari segi makna, perkataan "Spring" sebenarnya membawa makna kecepatan, ketangkasan atau kekuatan. Ianya berasal daripada perkataan bahasa Iban "Kering" atau "Kriang" yang bermakna kuat atau tangkas. Sebutan Spring pula sering berubah mengikut sebutan atau dialek satu-satu ethnik di negeri Sabah. Misalnya orang-orang Bajau di daerah Kota Belud membunyikan Spring sebagai "Espring", sementara orang-orang Bajau di Semporna dan Kudat menyebutnya sebagai "Sapring".
Identiti Silat Spring dapat dilihat melalui penyelidikan ini.Seni Silat Spring amat memberatkan kecekapan pergerakan tangan dan kaki dalam melakukan serangan. Serangan Spring adalah berlapis-lapis dan pukulannya dapat dilakukan hingga tiga jenis buah pukulan dalam masa serentak. Oleh yang demikian kesenian Seni Silat ini adalah terletak pada kepantasan dan kecepatan pukulan serta pergerakkannya ketika berlawan dengan musuh, sementara bentuk langkah sembah dan bunganya tidaklah begitu indah atau cantik gerak tarinya.Tidak heranlah Seni Silat Spring itu sebelumnya adalah dilarang dari dimainkan dalam majlis keramaian kecuali sewaktu majlis penamatan. Larangan ini walau bagaimanapun tidak lagi dititikberatkan dan terdapat kalangan tertentu yang seringkali memainkan tari Spring dalam majlis-majlis keramaian seperti majlis perkahwinan.
Text
Melayu
rumah
Rumah Melayu: Suatu Penerangan Simbolik Rangka Asas dan Ruang
Dalam kertas projek ini, Rumah Melayu dibincangkan sebagai suatu konsep yang jauh berbeza dari konsep rumah moden. Rumah Melayu penting bukan sahaja sebagai alat gunaan tetapi juga sebagai peralatan simbolik. Analisis ini adalah berasaskan pendapat bahawa fungsi seorang pembina tradisi ialah sebagai "symbol-giver". Manakala pendekatan pada bentuk binaan moden menggambarkan kehendak-kehendak pragmatis, bentuk binaan tradisi pula lebih cenderung menggambarkan unsur-unsur simbolik. bentuk binaan ini pula berasas pada sifat organisasi dan world-view masyarakat yang membinanya. Sifat-sifat ini digambarkan secara simbolik pada binaan tersebut. Walaupun terdapat berbagai aspek simbolik pada binaan Rumah Melayu, penulis hanya akan memilih aspek-aspek rangka asas dan pembahagian ruang sahaja untuk diteliti kepentingan simboliknya.
Text
Johor
Kuda Kepang
Kuda Kepang (Khasnya di Negeri Johor)
Kuda Kepang adalah kuda-kudaan yang diperbuat daripada anyaman buluh. Perkataan 'kepang' membawa maksud anyaman. Kuda-kudaan ini digunakan oleh pemain-pemain untuk menggantikan kuda sebenar. Kuda Kepang ini terkenal di kalangan penduduk negara ini yang berketurunan Jawa. Kuda Kepang ini biasanya dipersembahkan di dalam upacara sambutan dan majlis-majlis keramaian.
Kuda kepang ini ada hubungannya dengan kuasa ghaib. Oleh itu di dalam pertunjukan kuda kepang ini selalunya didapati beberapa orang pemain terlalu ghairah hingga tidak sedarkan diri atau mabuk. Mereka yang mabuk ini akan dipulihkan oleh bomoh atau pengawal-pengawal yang telah siap sedia dari awal hingga ke akhir pertunjukan.
Text
istana
masjid
...4 more
Bentuk dan Corak Ukiran Kayu Tradisi Melayu: Kajian Khas pada Masjid, Rumah Tradisi dan Istana Lama di Terengganu
Kajian ini adalah berkisar tentang kesenian khususnya seni ukiran kayu Melayu tradisi. Pengkaji membincangkan tentang bentuk dan corak ukiran dan dilihat dari sudut di mana ianya mengandungi unsur-unsur perlambangan budaya masyarakat.
Text
anyaman
Melaka
Anyaman Mengkuang dan Pandan di Kampung Sempang, Merlimau Melaka
Kertas projek ini mengandungi deskripsi tentang memproses bahan mengkuang dan pandan yang diusahakan oleh wanita-wanita di Kampung Sempang, Merlimau, Melaka. Selain dari itu adalah berkaitan alat-alat yang digunakan didalam pemerosesan di samping juga mengkaji proses-proses yang terlibat dan juga berkaitan tentang pemasaran dan pemodenan yang dilakukan oleh badan-badan tertentu dalam bidang anyaman bagi meningkatkan lagi fungsinya di dalam masyarakat moden.
Text
budaya
Melayu
...3 more
Seni Tekatan Warisan Budaya Melayu
Seni tekat adalah sejenis seni pertukangan tangan Melayu tradisional yang dihasilkan dengan cara menyulamkan benang emas ke atas kain dari jenis baldu. Seni ini juga dikenali dengan nama 'suji timbul', iaitu 'sulaman timbul' atau 'tekat bersuji'. Asal-usul pembuatan dan penggunaan tekstil tekat dikatakan sama usianya dengan tekstil songket. Andaian ini ada benarnya, dengan melihat bahan-bahan asas yang digunakan iaitu benang emas, kain baldu dan rupabentuknya (Siti Zainon Ismail, 1987, hal. 12).
Text
keris
Melayu
...1 more
Sejarah, Perkembangan dan Peranan Keris di dalam Budaya Melayu
Keris merupakan senjata kebangsaan Malaysia dan dunia Melayu secara amnya. Ia merupakan suatu alatan budaya yang menjadi kebanggaan serta simbol budaya bangsa Melayu. Keris merupakan senjata warisan yang amat tinggi nilainya dan peranannya dalam masyarakat Melayu adalah penting dalam kehidupan zaman tradisional. Dalam zaman tersebut, keris berfungsi sebagai senjata utilitarian yang digunakan untuk mempertahankan diri. Ia menjadi senjata khas untuk meragut nyawa musuh.
Walaupun kini sifat utilitarian keris sudah tiada, tetapi ia masih berfungsi dari segi simbolis dan dekoratif. Keris tidak dapat dilupakan oleh dunia Melayu, memandangkan tidak lama dahulu ia merupakan suatu "social symptom" yang universal di Kepulauan Melayu. Mungkin ia telah ditanggalkan daripada tali pinggang orang Melayu, tetapi tidak dari hati mereka. Ia tetap akan disanjung dan menjadi khazanah budaya Melayu.
Text
analisis teks
kitab tib
...2 more
Manuskrip Kitab Tib: Transliterasi dan Analisisnya
Dalam usaha untuk menggali kekayaan tradisi orang-orang Melayu tidak dapat tidak antara usaha untuk mendapatkannya adalah dengan cara memperlehinya daripada catatan lama orang-orang Melayu. Catatan ini adalah dikenali sebagai manuskrip. Manuskrip-manuskrip Melayu ini merupakan warisan pemikiran dan kebudayaan bangsa dan negara daripada zaman silam yang tidak ternilai harganya.
Manuskrip yang dipilih oleh penulis adalah digolongkan sebagai kitab tib oleh pihak Perpustakaan Negara bahagian koleksi Pusat Manuskrip Melayu. Manuskrip ini telah memaparkan cara-cara untuk mengubati permasalah yang mengganggu kehidupan seperti lemah tenaga, kesejahteraan rumah tangga, kesejahteraan diri dan sebagainya.
Text
novel
pembandingan
Pembandingan Penggunaan Ayat Majmuk oleh Arena Wati dalam Novel-novel Beliau Tahun 60an dan Tahun 80an
Dalam mengkaji perkembangan bahasa Melayu, kita tidak dapat lari daripada membuat kajian dan tinjauan terhadap perkembangan kesusasteraan Melayu kerana hasil-hasil sastera ialah manifestasi daripada penggunaan bahasa secara kreatif dan daripadanya juga dapat dilihat perubahan dan perkembangan yang dihadapi oleh bahasa Melayu (Raminah Hj. Sabran, 1985:20). Dari hasil kesusasteraan Melayu tercermin beberapa perubahan dari segi gaya dan pendekatan penyampaian fikiran dan pengalaman penulisnya. Perubahan juga berlaku dari segi struktur ayat, perbendaharaan kata dan tatabahasa serta fonologi. Secara terperinci perubahan itu dapat dibahagikan kepada aspek-aspek berikut:
(i) Perbendaharaan kata
(ii) Sintaksis dan morfologi
(iii) Fonologi
Dalam kertas projek ini kajian yang dibuat ialah kajian dalam bidang sintaksis. khususnya yang berkaitan dengan ayat majmuk. Kajian ini juga mengambil novel sebagai bahan kajian, kerana apa yang dikaji berkaitan dengan perkembangan dan perubahan bahasa, iaitu yang berkenaan dengan struktur ayat majmuk.
Text
institusi tamu
sabah
...1 more
Institusi Tamu di Daerah Sipitang, Pantai Barat Sabah: Satu Kajian Sosio-Ekonomi
Penulisan ini ialah mengenai salah satu institusi penting dalam masyarakat tempatan di negeri Sabah iaitu institusi Tamu. Untuk itu satu kajian dijalankan di daerah Sipitang iaitu bahagian Pantai Barat, Sabah.
Dari segi undang-undang definisi Tamu diberikan sebagai: ....."tamu" means open air market established and declared by the Council to be tamu by notice on the Notice Board of the Council and at the tamu ground". Definisi yang diberikan ini mempunyai persamaan dari kacamata penduduk tempatan.
Penyelidikan yang dijalankan bertujuan memperkenalkan institusi tamu di negeri Sabah kepada masyarakat luar khasnya Semenanjung Malaysia. Dari kacamata luar, tamu dianggap sama sahaja dengan pekan sehari yang ada di Semenanjung Malaysia. Pada hakikatnya tidaklah begitu, apabila kita melihat secara terperinci dari segi fungsi dan kepentingan tamu kepada penduduk tempatan Sabah ia jelas berbeza dengan pekan sehari.
Text
Kajian Kesan Animasi Geng Pengembara Bermula terhadap Budaya Masyarakat Melayu
Kajian ini adalah kajian animasi tiga dimensi berdasarkan animasi Geng Pengembaraan Bermula melalui budaya yang terdapat di dalam animasi dan kesannya kepada budaya masyarakat Melayu. Pengkaji menggunakan kaedah kajian kepustakaan dan analisis bahan untuk mengeluarkan data tentang mesej dan budaya yang disampaikan melalui animasi tersebut. Perkembangan animasi di Malaysia memberi satu kemajuan industri baru. Oleh itu, pengkaji ingin melihat impak budaya dalam salah satu cerita animasi tiga dimensi terhadap budaya masyarakat Melayu.
Text
Perbandingan Sajak Bahasa Melayu "Rumah Baru" dengan Sajak Tamil "Puthu Kulangum Suthentira Naadu" atau Mekarnya Negara Merdeka: Satu Analisis Kepengarangan & Gaya Bahasa
Satu usaha penyelidikan tentang perbandingan sajak Bahasa Melayu dengan sajak Bahasa Tamil "Pootu Kulungam Nam Suthentira Naadu" karya M. Tamilanban yang telah diterbitkan dalam buku "Marabu Kavithaigal"cetakan Yayasan Sakthi pada tahun 2013. Selepas ia diterjemahkan nama baru sajak tersebut adalah "Mekarnya Negara Merdeka Saya". Selepas itu, ia dibandingkan dengan sajak Melayu 'Rumah Baru' oleh Haron A.H. Ia telah diterbitkan dalam buku yang bertajuk "Anak Bumi Tercinta' sebuah buku antologi komponen sastera dalam bahasa Melayu pada tahun 2001.Analisi kajian ini telah menjerumus kepada perspektif pengarang dan gaya bahasa yang telah dimasukkan ke dalam sajak-sajak yang terpilih ini.
Text
Masjid Ulul Albab, Jertih sebagai Pusat Pembangunan Masyarakat
Latihan ilmiah tersebut berkaitan dengan seni bina, ragam hias dan fungsi serta kegunaan masjid Ulul Albab yang terletak di Kampung Seberang Jertih, Besut kepada pusat pembangunan masyarakat. Kajian tersebut dijalankan berdasarkan kaedah-kaedah yang tertentu bagi mencapai objektif kajian yang telah ditetapkan. Kajian tersebut dimulakan dengan memberikan pengenalan berkaitan sejarah umum seni bina masjid di Malaysia dan di Terengganu, meliputi sejarah masjid secara umum, diikuti sejarah pembinaan Masjid Ulul Albab, seni bina dan ragam hiasnya serta fungsi masjid tersebut sebagai pusat pembangunan masyarakat di kawasan tersebut.
Text
Kajian Kes Identifikasi Sumber Motif Songket Koleksi Muzium Seni Asia
Text
Laporan Projek Pemuliharaan Manuskrip Surau Galau, Sijunjung, Padang, Indonesia
Text
Salung Kukku dan Jenis-jenis Alat Muzik Dalam Igal Masyarakat Bajau Semporna Sabah
Penulisan Kertas Projek JFEA3380 merupakan kursus yang wajib diambil oleh pelajar tahun ke-2 Jabatan Kesenian Melayu. Kursus ini dialksanakan semasa semester khas. Tajuk yang menjadi pilihan adalah "salung kukku dan Jenis-jenis alat muzik dalam igal masyarakat Bajau Semporna Sabah". Kajian ini membincangkan dua aspek iaitu busana dan alat muzik. Memilih tajuk ini kerana, apabila membincangkan tentang igal maka secara tidak langsung akan menyentuh aspek busana dan seni muzik. Dalam aspek busana hanya memilih perhiasan pada bahagian jari sahaja iaitu lebih dikenali sebagai salung kukku. Keistimewaan perhiasan ini ialah ia hanya terdapat dalam tarian masyarakat Bajau Pantai Timur.
Text
amalan
berderau
...2 more
Amalan Berderau dalam Masyarakat Melayu Kedah
Berderau dapat didefinisikan sebagai bergotong-royong, bertolong bantu dan bekerjasama. Di negeri Kedah berderau dijalankan dalam kegiatan menanam padi, kenduri perkahwinan, memugar hutan pada masa dahulu dan sebagainya.
Orang Melayu, terutama dalam masyarakat zaman tradisi ketika pengaruh-pengaruh dari Barat belum meluas, mempunyai kerja secara bergotong-royong. Sikap ini jelas kelihatan dalam pekerjaan mereka yang ada hubungannya dengan orang ramai. Di Kedah perkataan bergotong-royong itu terkenal dengan kata 'berderau'. Dalam kerja persawahan, kerja-kerja yang berat seperti menenggala, menanam dan mengambil padi merupakan kerja-kerja yang seringkali dilakukan secara berderau, tetapi oleh kerana masyarakat kita juga merupakan masyarakat yang bergerak maju, kebudayaan kita juga bersifat dinamis yang menempuh perubahan-perubahan yang tidak dapat dielakkan.
Text
eksploitasi
kilang
...2 more
Eksploitasi: Bagaimana Undang-undang dan Kesatuan Sekerja dapat Melindungi Pekerja-pekerja Wanita Melayu di Kilang
Kertas projek ini akan membuat suatu kajian sepintas lalu terhadap fungsi Undang-undang dan Kesatuan Sekerja serta kegagalannya dalam menjamin dan melindungi hak-hak wanita yang bekerja sehingga menyebabkan wujudnya eksploitasi. Tumpuan khas diberikan kepada wanita-wanita Melayu yang bekerja di kilang-kilang.
Text
CERPEN
kota
Imej Kota dalam Cerpen-cerpen Tahun-tahun 60an
Dalam kajian ini, penulis cuba meneliti cerpen-cerpen tahun 60-an ini dari sudut pandangan penulis-penulis terhadap kota. Dengan erti-kata lain, bagaimana cerpen-cerpen menggambarkan imej kota dan persoalan-persoalan yang wujud dalam menggambarkan imej kota tersebut. Juga diteliti bagaimana sikap penulis-penulis cerpen kota dan gejala-gejala yang wujud di kota dalam jangkamasa 1960-1969.
Text
pemodenan
rungus
Pemodenan dalam Masyarakat Rungus: Satu Tinjauan Khusus di Kampung Pantai, Pitas
Kertas projek ini meneliti proses pemodenan yang berlaku dalam masyarakat Rungus dari segi sosioekonomi sejak dahulu hingga sekarang. Atas sebab-sebab tertentu, penulis hanya menumpukan kajiannya di sebuah perkampungan orang Rungus iaitu Kampung Pantai yang terletak dalam Daerah Pitas. Di samping itu kajian ini juga menyentuh serba sedikit mengenai latar belakang sosiobudaya masyarakat Rungus tradisional.
Text
keluarga melayu
Fungsi Keluarga Menengah Melayu Rendah/Bawah
Keluarga adalah salah satu dari institusi sosial yang utama di dalam mana-mana masyarakat. Keluarga dikatakan menjalankan beberapa fungsi iaitu fungsi ekonomi, pendidikan, keagamaan, perlindungan dan hiburan. Fungsi-fungsi tersebut telah dapat membentuk pertalian yang kukuh dan keakraban di kalangan anggota-anggota keluarga. Institusi keluarga yang dapat memperlihatkan dan mempertahankan fungsi-fungsi ini dapat ditinjau terutamanya di dalam masyarakat luar bandar.
Text
kitab tib
manuskrip
Manuskrip Melayu Lama
Kitab Tib 468
Kitab ini menerang tentang cara-cara perubatan secara tradisional untuk berbagai jenis penyakit. Ramuan serta bahan untuk ubatan adalah terdiri dari banyak jenis tumbuhan, akar-akar kayu, daun-daunan dan sebagainya. Manakala, jampi serapah, doa dan rajahnya lebih berunsur Islam.
Text
industri
industri pelancongan
...4 more
Kesan Industri Pelancongan di Langkawi Terhadap Masyarakat Kampung
Industri pelancongan adalah satu bidang baru di negara ini. Menyedari bahawa sektor pelancongan mempunyai potensi sebagai sumber pendapatan tukaran wang asing, penekanan diberikan terhadap penggabungan usaha-usaha penggalakan dan pemasaran, meningkatkan mutu daya tarikan, kemudahan dan perkhidmatan yang penting, mempertingkatkan kemahiran serta menyenangkan aktiviti pelancong yang datang ke Malaysia.
Pulau Langkawi telah diperkenalkan sebagai destinasi pelancongan yang dijangkakan dapat menarik pelancong dengan keindahan dan keunikan semulajadi pulau itu. Kalau dahulu Langkawi dianggap sebagai sebuah pulau yang sepi, tidak bertenaga malah sebagai sebuah pusat pelancongan paling mundur dari segi kemudahan dan pembangunan tetapi kini telah menjadi tumpuan dan tarikan pelancong tempatan dan luar negeri.
Pulau Langkawi akan menjadi pusat pelancongan dan pusat perniagaan serta kewangan yang terbaik di rantau ini apabila lebih banyak syarikat penerbangan asing dibenarkan membuat penerbangan terus ke situ.
Showing 251 to 300 of 315 results
Page
of 7
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->