Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (1397 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Collection: Koleksi Petikan Pengajian Melayu
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
songket
tradisional
...1 more
Dalam banyak warna yang dihasilkan secara tradisional...
"Dalam banyak warna yang dihasilkan secara tradisional ini warna yang mendapat tempat di hati penenun songket ialah warna merah kesumba kerana warna yang menyerlah dan digemari oleh penggemar songket."
Text
Dalam beberapa petikan dari teks ...
"Dalam beberapa petikan dari teks Amigo Possa, akan terlihat pemikiran dan falsafah pengarang dengan jati diri Melayunya yang sifat bawah sedar kolektif ( collective unconscious ). Ia memberikan harkat dan harga diri yang tinggi kepada citra wanita . Collective unconscious ini merupakan naluri individu dan merupakan unsur-unsur kebudayaan atau pengalaman masyarakat yang telah dilupakan tetapi wujud di dalam fikiran pengarang atau sasterawan."
Text
adat perpatih
Melayu
Dalam bentuk tradisi-jenis-unggulnya, perut memprojeksikan...
" Dalam bentuk tradisi-jenis-unggulnya, perut memprojeksikan suatu kod budaya panas yang mengkomunikasikan status anak buah mengikut kekembangan ibu. "
Text
Dalam buku tentang sejarah Perak ...
"Dalam buku tentang sejarah Perak ini, hampir secara keseluruhannya bersetuju memperakukan bahawa Perak mempunyai sistem perwarisan tahta dan penggantian raja dalam satu struktur yang tersusun."
Text
Dalam Cerita Pak Pandir pula...
"Dalam Cerita Pak Pandir pula, nasihat yang harus diberi ialah supaya memastikan seseorang itu berpengetahuan. Pendidikan adalah sangat penting kerana jika tidak dididik hidup kita akan menjadi terumbang ambing kerana asyik bergantung kepada orang lain dan menyusahkan orang lain."
Text
kesenian
Kesenian Melayu
...1 more
Dalam hikayat-hikayat Melayu ada...
"Dalam hikayat-hikayat Melayu ada tersebut mengenai ukiran berbentuk naga yang dihasilkan oleh seniman untuk perhiasan raja-raja. Ukiran kayu kepala naga pada perahu Diraja Pahang dalam himpunan Muzium Negara, mempunyai penggambaran kepala yang mempunyai rupa yang berlainan daripada bentuk-bentuk naga yang didapati dalam kebudayaan lain. Bentuk ukiran itu mempunyai sifat-sifat yang terdapat pada seni ukir Melayu."
Text
Dalam hubungan ini, para pendidik...
"Dalam hubungan ini, para pendidik mestilah mempunyai kefahaman yang berganda kerana di tangan mereka letaknya tanggungjawab untuk menjernihkan pemikiran anak bangsa."
Text
kesenian islam
masjid
...1 more
Dalam hubungan sosial dan kebajikan umat...
"Dalam hubungan sosial dan kebajikan umat, masjid juga dijadikan tempat penginapan percuma bagi musafir. Dalam setiap hal pemikiran umat Islam terarah kepada masjid dan persekitarannya. Setiap langkah yang terhala ke masjid dengan niat ibadat dinilai dengan satu darjat kebaikan."
Text
Filem
novel
Dalam itu seni filem membataskan...
"Dalam itu seni filem membataskan dirinya pada imej yang bergerak, audien yang luas dan produksi industri yang pasti membezakannya dari seni novel yang batasannya bergantung pada bahasa, audien yang terbatas dan penghasilan persendirian."
Text
Dalam karya -karya kreatif,kelonggaran ...
"Dalam karya -karya kreatif,kelonggaran diberikan dari segi hukum-hukum bahasa demi mempertahankan keindahan.Dalam meneliti penciptaan pantun,telah diketahui beberapa contoh binaan ayat yang melanggar peraturan tatabahasa bahasa Melayu,tetapi yang boleh dimaafkan atas dasar kepentingan nilai estetik."
Text
Dalam kebanyakan karya Melayu lama...
"Dalam kebanyakan karya Melayu lama,struktur ini amat digemari,iaitu kehadiran pun pada subjek dan -lah pada predikat."
Text
kepercayaan
matahari
Dalam kebanyakan kepercayaan asli, arah barat...
"Dalam kebanyakan kepercayaan asli, arah barat dan timur mempunyai makna khas yang sangat penting kerana ia dikaitkan dengan lambang hidup dan mati; matahari terbit melambangkan kehidupan, manakala matahari terbenam melambangkan kematian. Perjalanan hidup adalah selari dengan peredaran matahari dari timur ke barat."
Text
kesenian islam
tembikar
Dalam kegemilangan tamadun Islam beberapa...
"Dalam kegemilangan tamadun Islam beberapa negara seperti Parsi, Mesir, Turki, Andalus dan Syria turut sama memberikan sumbangan yang bermakna dalam menghasilkan tembikar-tembikar yang unik sebagai warisan kesenian Islam yang unggul."
Text
bangsawan
kepercayaan
...2 more
Dalam kepercayaan orang Nias para bangsawan...
"Dalam kepercayaan orang Nias para bangsawan erat hubungannya dengan tuhan 'dunia atas' dan dilambangkan dengan warna kuning emas, manakala orang awam dihubungkan dengan dunia sebelah bawah dan dewa-dewa rendahan dan mempunyai lambang warna merah."
Text
Dalam khazanah genre cerita jenaka...
"Dalam khazanah genre cerita jenaka ini, kita menemui dua kategori iaitu cerita jenaka yang telah sebati dengan masyarakat Melayu seperti Pak Pandir dan Pak Belalang. Yang kedua ialah cerita jenaka yang masih memperlihatkan unsur-unsur luar terutama sekali Arab dan Parsi iaitu cerita Musang Berjanggut dan Abu Nawas."
Text
Dalam kompleks pandangdarat tradisi bentuk
"Dalam kompleks pandangdarat tradisi bentuk gunatanah yang paling kecil ialah gunatanah perkarangan rumah yang dirujuk sebagai kampung horticulture atau kitchen garden dalam peristilahan gunatanah."
Text
Dalam konteks ini, kantuk yang...
"Dalam konteks ini, kantuk yang turun ke "mata kanak-kanak" yang suci murni adalah saluran terus-menerus dengan alam ketuhanan. Secara ringkas, baris pertama dalam rangkap ini membina motif ulang alih antara dua dunia atau alam."
Text
Dalam konteks kesusasteraan Melayu moden...
"Dalam konteks kesusasteraan Melayu moden, protes sosial banyak digarapkan dalam karya awal dan karya dekad selepas merdeka. Pengarang melahirkan protes mereka terhadap situasi yang berlaku pada waktu itu seperti sistem feudal, penindasan terhadap wanita, penjajahan, dan sebagainya."
Text
Dalam konteks Malaysia,alaf baharu...
"Dalam konteks Malaysia,alaf baharu dikaitkan dengan satu matlamat,iaitu Wawasan 2020.Semua perancangan menuju ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara perindustrian berdasarkan kemajuan sains dan teknologi. "
Text
Dalam konteks pendidikan di Malaysia...
"Dalam konteks pendidikan di Malaysia, penggunaan sastera dalam pengajaran bahasa sudah dilaksanakan dalam sistem pendidikan formal yang bermula pada abad ke-19."
Text
istana
keris
...2 more
Dalam majlis istiadat di istana biasanya...
"Dalam majlis istiadat di istana biasanya keris selit dan keris kuasa sahaja yang dibawa, iaitu bagi pembesar atau orang yang berautoriti. Orang yang tidak berautoriti hanya memakai keris selit sahaja."
Text
Dalam masa penggubalan undang-undang...
"Dalam masa penggubalan undang-undang ini terdapat pelbagai unsur telah masuk menyerap ke dalamnya antaranya ialah pengaruh Hindu dan Islam. Islam telah memberikan sumbangan besar dalam pembinaan genre sastera undang-undang yang berupa hukum kanun dan undang-undang tubuh negeri-negeri Melayu."
Text
petempatan
rumah
...1 more
Dalam masyarakat tradisional, rumah dan petempatan...
"Dalam masyarakat tradisional, rumah dan petempatan merupakan unsur-unsur yang membantu mewujudkan 'rasa lokasi' (sense of location) yang mereka perlukan untuk mengorientasikan diri di alam semesta ini."
Text
arabes
kesenian islam
...1 more
Dalam memperkatakan antara hubungan arabes...
"Dalam memperkatakan antara hubungan arabes dengan kesenian Kristian terdapat bukti-bukti yang menunjukkan hiasan arabes telah menyerap masuk dalam kesenian Gothik di Eropah. Ini bermakna pengaruh kesenian Islam telah mempengaruhi kesenian Barat lebih awal lagi sebelum zaman renaissance."
Text
Dalam mencapai matlamat Wawasan 2020...
"Dalam mencapai matlamat Wawasan 2020,pucuk pimpinan Malaysia memberi tekanan kepada teknologi maklumat.Bahkan beberapa pembaharuan sedang disusun seperti penubuhan Koridor Raya Muktimedia,sistem pentadbiran elektronik dan sekolah bestari."
Text
Arab
fabrik
...2 more
Dalam menghasilkan fabrik khususnya, amat ketara kerana...
"Dalam menghasilkan fabrik khususnya, amat ketara kerana coraknya banyak terdedah kepada pengaruh asing dan yang paling kuat mempengaruhi orang Melayu ialah orang-orang Arab dan Gujerat."
Text
budaya
Melayu
...1 more
Dalam menghayati hidup cara...
"Dalam menghayati hidup cara baru ini yang serba pantas, orang-orang Melayu Singapura, selain mengejar pelajaran duniawi, mereka tidak lupa pula menanam pelajaran ukrawi kepada anak-anak mereka."
Text
Asia Tenggara
gangsa
...3 more
Dalam milenium pertama sebelum Masihi, seluruh...
"Dalam milenium pertama sebelum Masihi, seluruh Asia Tenggara telah mencapai budaya logam yang kemudian dinamakan budaya Dong Son sempena nama pusatnya di Vietnam. Daripada pelbagai jenis tinggalan zaman Dong Son itu 'drum' atau nekara gangsa merupakan hasil termasyhur dan tersebar luas di Indochina, Malaysia, Indonesia bahkan hingga ke pulau Papua. Nekara itu mempunyai ciri-ciri unik dari segi bentuk hiasan dan bahannya."
Text
dewa
gunung
...2 more
Dalam pandangan dunia orang Bali, terdapat...
"Dalam pandangan dunia orang Bali, terdapat pertentangan antara gunung-gunung dan laut, iaitu antara 'kaja' dan 'kelod'. Gunung Agung, yakni gunung berapi yang tertinggi di Pulau Bali, adalah tempat bersemayam dewa-dewa, manakala laut merupakan tempat tinggal para hantu dan semangat-semangat yang jahat."
adat perpatih
bahasa
Dalam perbilangan adat perpatih, penggunaan perlambangan...
"Dalam perbilangan adat perpatih, penggunaan perlambangan sebagai satu gaya bahasa yang menggerakkan perkaitan perasaan dan pemikiran lebih banyak terbentuk dari unsur-unsur alam. "
Text
brunei
keris
...1 more
Dalam perusahaan membuat keris secara tradisional...
"Dalam perusahaan membuat keris secara tradisional di Brunei, pembuat keris dikenali sebagai pandai besi. Di tempat-tempat lain di Alam Melayu, pembuat keris juga dikenali sebagai empu (The Star, 4 September 1995), pandai keris (Abd. Ghafar Latip, 1997: 30) dan tuk tukang (Mustafa Kamal, 1989:30)."
Text
Dalam proses pendemokrasian ini turut...
"Dalam proses pendemokrasian ini turut terlibat dan hanya penggunaan bahasa basahan dalam cereka. Jamalzadeh dan Hedayat memiliki konsep yang sempit tentang bahasa tuturan. Mereka mengambil perkataan dan frasa kolokial dan meletakkannya dalam pola ayat yang tergolong dalam bahasa tulisan."
Text
Dalam protes terhadap situasi yang...
"Dalam protes terhadap situasi yang sedang berlaku sekarang, pengarang dengan tegas menekankan kepentingan perkahwinan kepada manusia. Pengarang mengingatkan kepada semua bahawa situasi ini tidak seharusnya dibiarkan kerana perkahwinan adalah tuntutan agama."
Text
Dalam sastera epik Islam sesungguhnya...
"Dalam sastera epik Islam sesungguhnya sangat kaya dengan segala nilai-nilai murni . Dalam Hikayat Amir Hamzah nilai murni yang didapati ialah nilai tolong-menolong dan bersatu padu bagi menghadapi suasana yang genting kerana ancaman musuh."
Text
Dalam sejarah Islam ramai tokoh...
"Dalam sejarah Islam ramai tokoh-tokoh pahlawannya. Kegagahan dan perjuangan tokoh-tokoh ini terus hidup dalam bentuk dunia sastera. Apabila Islam masuk ke Alam Melayu, maka cerita-cerita pahlawan dibawa bersama sebagai salah satu pengembangaan dakwah Islam. "
Text
Dalam Sejarah Melayu, kita temui ....
"Dalam Sejarah Melayu, kita temui gambaran kehidupan dan budaya kerajaan Melaka atau budaya feudal. Isinya mengandungi jurai keturunan raja dan pembesar negara dan hulubalangnya."
Text
industri
perusahaan kecil-kecilan
...1 more
Dalam sejarah tradisi fabrik adalah didapati...
"Dalam sejarah tradisi fabrik adalah didapati bahawa Kelantan, Terengganu dan Pahang adalah negeri yang telah lama menjalankan tradisi dalam perusahaan fabrik. Pada masa dahulu, perusahaan ini dijalankan secara kecil-kecilan sahaja tetapi sekarang ini telah dijalankan secara industri."
Text
seni batik
seni hias
...2 more
Dalam seni batik dan seni songket, dua daripada...
"Dalam seni batik dan seni songket, dua daripada cabang seni yang sering dikelaskan sebagai termasuk dalam seni hias dan pertukangan seperti juga seni ukiran kayu, perubahan ke arah pembaikan telah berlaku. Kemajuan telah banyak dicapai sehingga kedudukan batik Malaysia cukup membanggakan."
Text
Semenanjung Tanah Melayu
seni ukiran
...1 more
Dalam seni ukiran, larangan menunjukkan makhluk bernyawa...
"Dalam seni ukiran, larangan menunjukkan makhluk bernyawa telah ditanggapi dengan sangat bijaksana oleh nenek moyang kita melalui penyamaran atau peng'abstrak'an bentuk seperti ukiran bingkai di Semenanjung dan Sumatera."
Text
silat
Dalam Silat Titi Batang, struktur permainan
"Dalam Silat Titi Batang, struktur permainan, struktur permainan seni ini terbahagi kepada seni berpencak tangan kosong dan senjata"
Geoekonomi
silat
Dalam Silat Titi Batang, terkandung dua perkara...
"Dalam Silat Titi Batang, terkandung dua perkara asas yang berbeza iaitu kesenian dan pertempuran"
Text
Melayu
sistem adat
Dalam sistem adat perpatih, tidak ada perhambaan...
" Dalam sistem adat perpatih, tidak ada perhambaan yang boleh menjatuhkan harga diri seseorang sehingga menjadi barang tidak berguna; tetapi masing-masing mempunyai tempat, boleh memberi sumbangan, menjalankan peranan dan berfungsi untuk kemajuan kelompok dan seterusnya masyarakat adat. "
Text
perlis
Dalam tahun 1890-an, berlaku pertikaian sempadan...
"Dalam tahun 1890-an, berlaku pertikaian sempadan antara Perlis dan Kedah. Hal ini bermula apabila seorang Inggeris bernama Dunlop telah diperkenankan oleh Raja Syed Ahmad untuk membuka lombong arang batu di Bukit Arang, Arau (Ahmad dan Yazid, 1992 : 67. "
Text
Dalam teks ini juga pengarang...
"Dalam teks ini juga pengarang Melayu ini memberikan nilainya yang tersendiri mengenai aspek keseniaan, cinta dan juga seni. Keberagaman atau adanya variasi baharu dalam sastera Melayu akan memperlihatkan berlakunya pelbagai budaya dalam sastera Melayu mahupun sebagai sebuah fiksyen yang melakarkan realiti kehidupan masyarakat atau bangsa Sepanyol pada abad ke -20 dan 21."
Text
Dalam teks kreatif, soal latar...
"Dalam teks kreatif, soal latar dan watak dalam karya mesti latar belakangkan dunia dan bangsa Melayu, bukanlah syarat sah karya itu tercakup atau terkeluar dari konsep sastera Melayu. Hal ini kerana sastera Melayu harus berjiwa global, berkembang dinamik dan bukannya statik."
Text
kelantan
Dalam teks Riwayat Kelantan ini masih...
"Dalam teks Riwayat Kelantan ini masih lagi terlihat pengarangnya terikut-ikut dengan corak penulisan sepertimana yang sering ditemui dalam teks-teks Melayu lama yang lain. Antaranya ialah pemakaian vokal wau dan alif yang tidak konsisten."
Text
Dalam tradisi kerohanian India, malam...
"Dalam tradisi kerohanian India, malam yang gelap merupakan perlambangan penyatuan jiwa manusia dengan Tuhannya. Hal ini disampaikan oleh Latiff dengan berkesan apabila beliau mengekalkan imej-imej hujan dari teks asal."
Text
Dari awal pertumbuhan kajian tentang...
"Dari awal pertumbuhan kajian tentang bahasa beberapa abad sebelum Masihi di Yunani, telah jelas bahawa bahasa dan sastera merupakan suatu kesatuan, bukan dua identiti yang terpisah. Demikian juga, retorik yang mula berkembang sejak zaman itu turut memadukan unsur sastera sebagai bahagian yang penting."
Text
Adat
Minangkabau
Dari pengertian yang terkandung dalam pepatah petitih...
"Dari pengertian yang terkandung dalam pepatah petitih di atas jelas bahawa ajaran adat Minangkabau adalah ajaran-ajaran sosial yang mencakupi dalam seluruh bidang dan aspek kehidupan masyarakat, morek dan material, mental dan spiritual. "
Text
negeri sembilan
rembau
Dari segi bilangan parcel tanah yang dimiliki, lebih...
"Dari segi bilangan parcel tanah yang dimiliki, lebih 20% dari jumlah isirumah mempunyai 2 parcels atau lebih (puratanya 2.3 parcels) "
Showing 201 to 250 of 1397 results
Page
of 28
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->