Skip to main content
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
Collection Tree
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
Collection Tree
Browse Items (155 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Collection: Abstrak Tesis Doktor Falsafah Akademi Pengajian Melayu
Page
of 4
Next Page
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Penelitian kualiti kehidupan janitor melayu di lembah klang
Abstrak
Dasar pembangunan Mampan yang dikeluarkan oleh Organisasi Kesihatan Dunia telah menggariskan beberapa matlamat yang perlu dipenuhi untuk memastikan kesejahteraan sejagat diperoleh masyarakat dunia. Matlamat ini bertujuan untuk memastikan…
Keruntuhan Akhlak Dalam Novel-novel Melayu Terpilih Berdasarkan Model Elemen Keruntuhan Akhlak
Abstrak
Kajian ini merupakan sebuah penelitian berkaitan elemen keruntuhan akhlak yang melingkari kehidupan masyarakat Melayu berdasarkan novel-novel Melayu tempatan. Antara novel yang dikaji, ialah Salina (2016), Sungai Mengalir Lesu (1997), TIVI…
Amalan tradisi "kejawen" dalam seni pemainan kuda kepang di negeri Johor
Abstrak
Kuda kepang merupakan seni tari persembahan masyarakat Jawa yang terdiri daripada dua bentuk kegiatan iaitu tarian untuk tujuan hiburan dan permainan yang mempunyai upacara ritual. Amalan ritual yang dilakukan sebelum persembahan tarian…
Penguasaan kosa kata Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar antarabangsa di Universiti Malaya
Abstrak
Kosa kata bahasa Melayu mempunyai peranan yang penting terutamanya kepada pelajar antarabangsa untuk berkomunikasi dengan berkesan. Kekangan yang dihadapi oleh pelajar antarabangsa untuk menguasai bahasa Melayu disebabkan oleh kekurangan…
Hubungan etnik dalam novel-novel remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan terpilih berlandaskan model etika hubungan etnik
Abstrak
Hubungan etnik yang dinaratifkan dalam novel-novel remaja merupakan sebahagian daripada kenyataan sosial dan cerminan kepada kehidupan realiti masyarakat. Namun begitu, manfaat yang dapat diberikan oleh novel remaja dalam mengetengahkan isu…
Buah buton di luak tanah mengandung, negeri Sembilan : hubung kait kosmologi dengan kehidupan masyarakat adat perpatih
Abstrak
Buah buton merupakan ukiran berbentuk tiga-dimensi yang diukir pada bahagian bawah sebatang kayu yang merupakan perlambangan terhadap masyarakat Adat Perpatih di Luak Tanah Mengandung, Negeri Sembilan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa…
Keinginan watak dalam novel Melayu terpilih dari perspektif lagan
Abstrak
Tesis yang bertajuk ‘’Keinginan Watak dalam Novel Melayu Terpilih dari Perspektif Lacan’’ ini dihasilkan untuk mengkaji kesusasteraan Melayu berdasarkan Teori Psikoanalisis Jacques Lacan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keinginan watak…
Bahasa dan ideologi manifesto Pakatan Harapan melalui analisis wacana kritis
Abstrak
Kemenangan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (Pru ke-14) membuktikan wacana sememangnya berperanan dan berkeupayaan membina ideologi sesebuah parti politik sehingga Berjaya menarik sokongan rakyat dan menang dalam PRU-ke-14.…
Malay characters in Affifudin Omar's selected novels from the perspective of colonial mimicry
Abstrak
Menurut Homi K. Bhabha di dalam bukunya, The Location of Culture (1994), di dalam sejarah, kolonialisme boleh mengambil penguasaan daripada elemen-elemen sandiwara dimana mimicry atau peniruan terhadap Barat/penjajah oleh Timur/yang dijajah…
Institusi Bale Gambang-Baruk : dulu dan sekarang. Etnografi perubahan sebuah institusi utama masyarakat Bidayuh, Sarawak
Abstrak
Baruk adalah sebuat ruang fizikal, iaitu sebuah bangunan khas dan ia jua adalah sebuah entiti yang abstrak, digunakan untuk pelbagai fungsi budaya, sosial dan politik. Maka ia dikenal sebagai institusi Bale gambang-Beruk sebuah institusi…
Keterancaman Melayu dalam era pentadbiran Pakatan Harapan 2018-2020
Abstrak
Kajian ini membincangkan psike keterancaman Melayu menerusi analisis ke atas isu-isu Melayu terancam ketika era pemerintahan Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan. Bagi memahami keterancaman Melayu, konsep pelindung Melayu dan konsep…
Ilustrasi visual dalam manuskrip Pelaga Lembu : analisis semiotik model inderalogi
Abstrak
Bidang kesenian merupakan cabang komunikasi secara tampak antara sesama manusia melalui pelbagai kaedah perlambangan daripada sistem tanda yang ditandai dengan makna-makna tertentu menerusi komponen visual. Justeru, kandungan seni ilustrasi…
Cabaran dan faktor kesejahteraan subjektif peserta program mikro kredit Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) cawangan Kepong, Wilayah Selangor & Kuala Lumpur Tengah
Abstrak
Kajian ini adalah bertujuan untuk meneliti tahap kesejahteraan subjektif dalam kalangan peserta program Amanah Ikhtiar Malaysa (AIM) DI Cawangan Kepong, Selangor dan Kuala Lumpur Tengah. Program berteraskan pembangunan komuniti seperti…
An analysis of political speeches of Joko Widodo's 2019 Indonesia presidential election : a cultural studies perspective
Abstrak
Joko Widodo yang mempunyai gaya sederhana sebagai seorang presiden mewujudkan satu kejayaan untuk membangunkan kepulauan Indonesia dari Sabang sampai Marauke. Piliha raya presiden di Indonesia sangat dinamik dan berdaya saing, sama ada di…
Ideologi penulis-pengarah teater alternatif Melayu terpilih di stor teater DBP(2003-2014)
Abstrak
Teater kontemporari di Malaysia di awal era 2000 mempunyai perkaitan dengan kewujudan panggung nasional, Istana Budaya yang dibuka secara rasmi pada tahun 2000. Istana Budaya diawal penubuhannya memberi peluang kepada pengarah-pengarah…
Impak perilaku konsumeris dan nilai kelas sosial bandar terhadap pola perbelanjaan belia Melayu : kajian kes di Kuala Lumpur
Abstrak
Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk menganalisis pola perbelanjaan beli kumpulan B40 dan M40, menganalisis hubungan faktor-faktor nilai budaya bandar dan keterlibatan sosial ke atas kecukupan dengan pola perbelanjaan sebagai…
Peranan dramaturg dalam persembahan komedi Karoot Komedia X : kajian kes Sabri Yunus
Abstrak
Kajian ini memfokuskan isu perana Dramaturg di Malaysia pada peringkat pra produksi, produksi mahupun pasca produksi. Isu ini menyebabkan Dramaturg tidak berpeluang berkongsi kemahiran yang sewajarnya. Malahan tiada sebarang panduan ataupun…
Eksperimen kreatif dan inovasi dalam tenun Pahang DiRaja
Abstrak
Tenun Pahang Diraja (TPD) merupakan seni tenunan warisan Melayu Pahang yang menjadi salah satu identiti utama kesenian di negeri Pahang. Aktiviti tenun berkembang khususnya di daerah Pekan sejak abad ke-16 sehingga hari ini dengan sokongan…
Pengurusan tapak arkeologi pra-sejarah : sebagai satu warisan ketara di Malaysia
Abstrak
Tapak-tapak arkeologi pra-sejarah adalah warisan ketara yang amat sedikit bilangannya dan tidak dapat dinilai harganya. Ianya dianggap sebagai warisan manusia sejagat. Pada waktu yang sama, tapak-tapak ini sangat sukar untuk dikenal pasti…
Analisis lakuan tuturan Mahathir Mohamad dalam isu 1MDB
Abstrak
Kajian ini berkaitan dengan analisis lakuan tuturan dalam ucapan Mahathir Mohamad terhadap isu 1MDB. Kajian ini bertujuan mengenal pasti bentuk-bentuk lakuan tuturan dengan menggunakan kerangka teoretis yang dibina melalui proses…
Translating culture-specific items in children's dubbed animated series : a case study of Upin & Ipin
Abstrak
Pengajian terjemahan telah berubah daripada kaedah konvensional kepada proses moden dan kompleks ekoran perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi serta globalisasi media. Bidang terjemahan terkini juga melibatkan terjemahan skrin dan…
Persepsi pengguna terhadap serat tandan sawit ke arah pembangunan produk kraf
Abstrak
Penyelidikan ini membentangkan satu konsep pembangunan material yang berasaskan Persepsi Pengguna Terhadap Serat Tandan Sawit. Objektif utama penyelidikan adalah mengukur tahap persepsi pengguna terhadap penggunaan serat tandan sawit untuk…
Pengaruh ekologi terhadap perwatakan kanak-kanak dalam novel-novel hadiah sastera perdana Malaysia
Abstrak
Kajian ini berkaitan dengan aspek persekitaran yang melingkungi kehidupan kanak-kanak berdasarkan novel kanak-kanak yang pernah memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia bagi kategori novel kanak-kanak. Novel kanak-kanak yang dikaji, iaitu…
Pola strategi dan struktur kesantunan dalam kritikan rancangan realiti televisyen
Abstrak
Amalan kesantunan berbahasa dalam kalangan masyarakat amat penting untuk terus difahami, dihayati dan seterusnya diwarisi oleh generasi masa hadapan. Oleh yang demikian kajian-kajian terhadap bidang kesantunan perlu diperkembangkan lagi…
Sosioterminologi dan sosioterminografi dalam seni tenun Melayu
Abstrak
Tesis ini membincangkan terminologi seni tenun Melayu dari aspek sosioterminologi dan sosioterminografi. Istilah ‘sosioterminologi’ pertama kali digunakan oleh Jeanclaude Boulanger (1981-1982), berasal dari Quebec, Kanada yang menggabungkan…
Gaya dan tema dalam seni cetak konvensional seniman Melayu Malaysia (1970-1999)
Abstrak
Kehadiran seniman Melayu yang mendapat pendidikan seni moden barat pada sekitar tahun selepas merdeka khususnya bermula 1970an hingga 1990an menarik perhatian kepada penyelidikan ini. Penyelidikan ini merupakan kajian berkaitan pengolahan…
Keunggulan kepengarangan Faisal Tehrani dari perspektif teksdealisme
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis dan menilai keunggulan kepengarangan Faisal Tehrani berdasarkan novel-novel terpilihnya. Keunggulan yang diraih akan meletakkan dirinya pada kedudukan tersendiri dan membezakan dengan pengarang yang…
Morfologi bahasa Bidayuh-Somu Kabupaten Sanggau, Kalimantan Barat
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk memberi struktur asas linguistik kepada Bahasa Bidayuh-Somu yang masih dalam bentuk lisan serta belum pernah dilakukan kajian sepenuhnya. Sehubungan itu, kajian ini akan memberi tumpuan kepada bidang morfologi…
Pola strategi dan maksim kesantunan dalam rancangan bual bicara
Abstrak
Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti pola kesantunan berbahasa rancangan bual bicara bertajuk ‘’Celik Mata Reset Minda Orang yang Tenang’’ yang disiarkan di radio IKIMfm. Analisis data melibatkan 28 konteks perbualan dalam 10…
Amalan penjagaan kesihatan Melayu luar bandar : kajian di daerah Lipis, Pahang
Abstrak
Kajian ini mengenai amalan penjagaan kesihatan masyarakat Melayu yang dilihat dari dua perspektif iaitu untuk memahami pengubatan cara tradisional dan penerimaan masyarakat dengan kaedah tradisional ini. Berdasarkan dua perspektik ini telah…
Mantera dan amalan kecantikan wanita Bajau : kajian kes Bajau Kota Belud
Abstrak
Mantera yang diwarisi masyarakat-masyarakat Bajau masih lagi relevan penggunaanya terutama untuk tujuan kecantikan, pengubatan, perlindungan diri dan sebagainya. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk menganalisis mantera dan amalan…
Simbolisme dewa-raja dalam teks Melayu klasik terpilih dan kesannya terhadap adat istiadat kesultanan Melayu
Abstrak
Perkembangan agama Hindu-Buddha di Nusantara pada abad ke-7 Masihi sehingga abad ke- 14 telah menampakkan penularan pengaruh Hinduisme-Buddhisme ke dalam dunia Melayu. Kemasukan pengaruh kebudayaan Hindu-Buddha memberikan impak terutamanya…
Kajian intertekstualiti dalam novel-novel Siti Zainon Ismail
Abstrak
Kajian ini menganalisis dua buah novel terpili karya Siti Zainon Ismail, iaitu Pulau Renik Ungu (1995) dan Delima Ranting Senja (2009). Analisis dibuat dengan menggunakan teori intertekstualiti oleh Julia Kristeva (1980). Tiga prinsip utama…
Perubahan sosioekonomi terhadap pemilihan pasangan dan pengendalian majlis perkahwinan Melayu di Kuala Lumpur
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis perubahan pemilihan pasangan dan pengendalian majlis perkahwinan orang Melayu Kuala Lumpur, disampai mengenal pasti impak faktor-faktor sosioekonomi terhadap perubahan yang telah berlaku. Lima faktor…
Hibridisasi masakan Melayu : kajian kes di Kuala Lumpur
Abstrak
Budaya kulinari Melayu sentiasa dalam keadaan aktif dari segi inovasi dan tindak balas terhadap pengaruh elemen-elemen kulinari luar negara. Untuk memahami bagaimana cef-cef Melayu bertindak balas terhadap fenomena ini, kajian ini…
Semiotik riffaterre dalam pantun kanak-kanak
Abstrak
PKK merupakan salah satu daripada jenis pantun Melayu. PKK dicipta dengan bentuk dan makna yang ringkas, seiring dengan meningkatnya usia kanak-kanak, tahap perkembangan kognitif, kematangan serta fitrah kanak-kanak yang amat gemar akan…
Lawi ayam : aesthetic experience and design-user system assesment of a Malay weapon artefact
Abstrak
Pelestarian terhadap pengetahuan produk kebudayaan Melayu adalah amat perlu bagi memantapkan pembangunan reka bentuk produk dalam era budaya baharu. Walaupun banyak kajian mengenai artifak budaya Melayu di Malaysia, namun tiada informasi…
Pengekalan dan peralihan bahasa dalam kalangan orang Batak Toba di Pontianak, Indonesia
Abstrak
Pada masa kini, penggunaan bahasa Batak toba di Pontianak sudah semakin berkurangan. Orang Batak Toba tidak mampu untuk mengekalkan bahasa mereka apabila berdepan dengan penduduk tempatan yang lebih ramai. Orang Batak Toba menggunakan…
Nilai-nilai kepahlawanan dalam teks Takna' Lawe' daripada komuniti Kayan di Mendalam : kajian semiotik
Abstrak
Takna ‘Lawe’ ialah salah satu genre sastera berbentuk prosa lirik yang berisikan 6,537 bait. Ia boleh ditampilkan dalam nyanyian dan gerak oleh kaum lelaki tua, dan biasanya diikuti juga dengan tarian oleh kaum wanita. Prosa lirik ini…
Penggunaan kit asas membaca Bahasa Melayu untuk kanak-kanak pemulihan khas
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan reka bentuk Kit Asas Membaca untuk kegunaan kanak-kanak pemulihan khas dalam pembelajaran membaca bahasa Melayu, Kit Asas Membaca yang dibangunkan mengandungi model, modul, buku latihan, buku cerita,…
Ritual dan simbol dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu Sekincan, Selangor
Abstrak
Kajian ini berhubung perlaksanaan ritual yang dilakukan oleh masyarakat Melayu Sekinchan, Selangor dalam adat perkahwinan. Terdapat empat objektif utama kajian, iaitu mengkaji proses-proses ritual dalam perlaksanaan adat perkahwinan…
Cerita lipur lara terpilih berdasarkan pendekatan pengurusan
Abstrak
Kajian ini menekuni satu pendekatan baharu dalam dunia kajian kesusasteraan kerana bersifat rentas disiplin dengan ilmu pengurusan. Teks cerita lipur lara terpilih yang menjadi pegangan untuk diterapkan dalam kajian ini, iaitu Hikayat Anggun…
Keinginan rasa cinta, kehormatan dan kemasyhuran dalan puisi terpilih Dharmawijaya
Abstrak
Kajian ini menganalisis kumpulan puisi yang dihasilkan oleh penyair Dharmawijaya, iaitu kumpulan puisi Warna Maya (1974), Derita Buana (1992), Jejak Kembara (1999) dan Mutiara Kenangan (2006). Keempat-empat kumpulan puisi tersebut dikaji…
Strategi komunikasi dalam kalangan pelajar Cina di SRJK (C) : kajian kes di daerah Hulu Langat, Selangor
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti strategi komunikasi yang digunakan oleh pelajar Cina di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina semasa bertutur dalam bahasa Melayu mengikut kumpulan pelajar daripada kumpulan pencapaian cemerlang,…
Kata panggilan dalam komuniti bahasa Melayu Sambas di Kalimantan Barat : sistem dan konteks
Abstrak
Istilah-istilah panggilan dalam satu komuniti selalunya wujud dalam berbagai-bagai bentuk linguistik dengan peraturan penggunaan yang selalunya bersesuaian dengan sistem sosiobudaya komuniti tersebut. Apabila dalam konteks situasi dan…
Kearifan tempatan dalam cerita rakyat Dayak Kanayatn : kajian hermeneutik
Abstrak
Cerita rakyat Dayak Kanayatn mencerminkan pelbagai ragam peristiwa kehidupan masyarakatnya yang berhubung kait dengan wold view, ajaran moral, dan pelbagai bentuk kearifan tempatan yang bermanfaat bagi pembinaan minda generasi muda. Pada…
Analisis kesopanan berbahasa dalam novel Melunas Rindu
Abstrak
Kajian ini berkaitan dengan aspek kesopanan berbahasa berdasarkan novel Melunas Rindu, iaitu teks Komsas yang digunakan oleh para murid tingkatan empat di Zon 4(Johor, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan). Analisis data dalam…
Kritikan seni dari perspektif sosio budaya di Malaysia
Abstrak
Kajian kritikan seni ini adalah mengenai teks penulisan terhadap pengkaryaan dua orang tokoh pelukis Malaysia iaitu Syed Ahmad Jamal dan Mohd. Hoessein Enas. Penelitian adalah merujuk kepada kaedah kualitatif analisis kandungan terhadap…
Falsafah seni ukiran kayu Melayu
Abstrak
Fokus kajian ini ialah mengenai falsafah seni ukiran Melayu dan melestarikannya sebagai warisan seni yang terdapat di Malaysia. Kajian turut melihat bagaimana sesebuah institusi yang terbabit memainkan peranan mereka dalam menjayakan. Dalam…
Simbol dan makna dalam pantun Melayu Bingkisan Permata
Abstrak
Kajian ini mengkaji dan menganalisis teks pantun dalam buku Pantun Melayu Bingkisan Permata (2001) terbitan Yayasan Karyawan, yang diselenggarakan oleh Harun Mat Piah. Pantun dianalisis menggunakan Pendekatan Puitika Sastera Melayu oleh…
Page
of 4
Next Page
Output Formats
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2