Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (19615 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
Pendidikan
Keciciran pembelajaran perlu ditangani bersama
Keciciran dalam pelajaran berkait rapat dengan kemahiran literasi dan Kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.
Text
Tautan dalam wacana bahasa Melayu akhbar : analisis rencana pengarang Utusan Zaman (1957-1961)
Abstrak
Bab 1 jalan ini memaparkan pendahuluan kajian. Manakala Bab 2 membincangkan konsep wacana tautan tujuh, model tautan, dan Model Tuntuan Pindaan. Data tautan perulangan dalam Bab 3 diteliti dengan menggunakan tujuh prinsip tatakerja. Didapati enam jenis tautan perulangan (PL), iaitu tautan perulangan rujukan (PL1), tautan perulangan penggantian (PL2), tautan perulangan ellipsis (pl3), tautan perulangan leksikal (PL4), tautan perulangan parafrasa (PL5), dan tautan perulangan struktur dan makna sama (PL7). Yang tertinggi ikatan tautannya PL4 (70.59%), yang terendah pula PL2 (PL0.17%), Ketertinggian PL4 ditafsirkan sebagai bercirikan leksikal. Tautan kolokasi (KL) dalam Bab 4 diteliti dengan menggunkan satu prinsip tatakerja, dan tautan ini didapati mempunyai empat subjenis, iaitu tautan kolokasi antoniman (KL1), tautan kolokasi kohiponiman (KL2), tautan kolokasi hasil (KL3), dan tautan kolokasi sifat (KL4). KL2 paling tinggi peratusan ikatannya (66.19%) berbanding dengan KL3 (0.98%), yang terendah sebab hubungan makna yang mirip kepada ciri leksikal dalam KL2. Tautan penghubung ayat (PH) dalam Bab 5 terbahagi kepada lima subjenis, iaitu tautan penghubung ayat tambahan (PH1), tautan penghubung ayat tentangan (PH2), tautan penghubung ayat sebab-musabab (PH3), tautan penghubung ayat waktu (PH4), dan tautan penghubung ayat terusan (PH5). PH1 yang tertinggi ikatannya (42.15%) bebanding dengan PH5 (0.83%). Hal ini dikaitkan dengan ciri teks bertulis yang ada pada PH1. Perbandingan dalam Bab 6 antara butiran analisis dengan tahun didapati tahun 1961 mempunyai maksimum butiran analisis terbanyak berbanding dengan tahun 1957. Dari segi jumlah ikatan. PL yang tertinggi, diikuti oleh KL dan PH. PL dan KL dikira bersifat hubungan tumpu makna yang lebih bebas. Jarak jauh lebih banyak daripada Jarak dekat kerana sifat teks bertulis. Bab 7 menyimpulkan kajian dan memuatkan cadangan kajian lanjutan.
Text
Ayat komplemen dalam bahasa Malaysia
Abstrak
Tesis ini bertujuan untuk memberikan satu huraian menyeluruh tentang ayat komplemen dalam Bahasa Malay sia ( BM) dengan meng gunakan rangka transformasi. kepada lima bab.
Text
Politik Malaysia
RTM is sickening
It is really sickening to swicth on RTM (Rakyat Tentu Menderita) these days. It makes me wonder what RTM is...
Text
health messages
Television minidramas: Social marketing and evaluation in Egypt
Reviews the context and content of televised health messages in Egypt during 1980s, critically assesses the evaluation of mass media health education, and suggests strategies for more effective evaluation.
Text
sexuality
Marriage promotion and missing men: African American women in a demographic double bind
The proliferation of marriage-promotion policies is heterosexist and blames African American women for demographic realities over which they have little control.
Text
Identiti Melayu Ayutthaya di Mukim Klong Takian, Thailand
Abstrak
Ini adalah satu kajian etnografi mengenai identiti orang Melayu Ayutthaya di Mukim Klong Takian, Wilayah Ayutthaya, Thailand. Dari segi sejarah, mereka memasuki Ayutthaya untuk berniaga dengan kerajaan Ayutthaya, tetapi ada dari kalangan mereka yang dibawa dari negeri Melayu Patani serta ditempatkan di kawasan tersebut pada zaman Rattanakosin. Kajian ini membincangkan mengenai pengaruh masyarakat dan budaya Thai yang memberi kesan kepada identiti masyarakat Melayu di Ayutthaya dan sejauh manakah kelangsungan identiti Melayu dapat dikekalkan dalam kalangan mereka. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa kehidupan seharian orang Melayu Ayutthaya telah lama dipengaruhi oleh masyarakat dan budaya Thai melalui beberapa faktor, yang menyebabkan mereka tidak berbeza dengan orang Thai-Buddha. Manakala sebahagian daripada adat istiadat dan budaya Melayu masih diamalkan yang merupakan kelangsungan identiti Melayu dan dapat dikenali sebagai cara hidup orang Melayu. Agama Islam merupakan faktor yang memainkan peranan penting dalam mengekalkan identiti Melayu yang tidak berubah sejak masa dahulu sehingga sekarang. Bab I adalah bab pendahuluan yang merupakan pengenalan secara umum mengenai latar belakang masyarakat Melayu Ayutthaya. Bab ini mengemukakan tujuan kajian, permasalahan kajian, kepentingan kajian, bidang kajian, kaedah kajian, kajian terdahulu, kerangka konsep dan pembahagian bab. Bab II membincangkan latar belakang kawasan kajian yang berkaitan dengan hegara Thai dari segi sejarah negara, geografi dan organisasi pentadbiran. Selain daripada itu, latar belakang Mukim Klong Takian yang terletak di Wilayah Ayutthaya dikemukakan. Mukim tersebut merupakan mukim yang menempatkan kelompok etnik Melayu. Bab ini juga membicarakan sejarah orang Melayu pada empat zaman dan perbincangan mengenai orang Thai Muslim atau orang Islam di Thailand. Bab Il membincangkan tentang pengekalkan ciri-ciri Melayu di Ayutthaya. Ciri-ciri Melayu merupakan identiti yang diwarisi daripada nenek moyang kepada generasi baru. Ciri-ciri tersebut dapat dilihat dari empat aspek penting, iaitu pendidikan, bahasa, pakaian dan makanan. Bab IV membincangkan faktor-faktor pengaruh budaya Thai terhadap perubahan identiti Melayu di Ayutthaya serta sebahagian cara hidup masyarakat Melayu Ayutthaya berasimilasi dan berintegrasi dengan orang Thai. Perubahan identiti masyarakat Melayu Ayutthaya dikaji dari aspek pengaruh Thai dari segi sejarah, pengaruh dasar kerajaan Thai dan pengaruh kemasyarakatan dan kebudayaan Thai. Bab V menganalisis peranan Islam dalam mengekalkan identiti Melayu. Bab ini membincangkan pelbagai kegiatan dan cara hidup yang berlandaskan Islam yang merupakan identiti Melayu yang seterusnya dapat membezakan masyarakat Melayu Ayutthaya daripada masyarakat Thai Buddha. Bab VI ialah bab penutup. Bab ini mengemukakan kesimpulan bagi keseluruhan disertasi.
Text
Malaysia--Social lite anacultuns
Revolusi reka bentuk dan reka hias kostum wanita dusun tindal di sabah
Kertas kerja ini membincangkan tentang revolusi reka bentuk dan rcka hias pada Kostum Wanita Dusun Tindal yang dikenalpasti mengalami satu perubahan yang melangkau...
Text
Pemulihan Pencegahan Bahan Koleksi Muzium
Text
Malaysia--Social lite anacultuns
Perception and system of quality enhancement in undergraduate technical education institutions in india
Quality Technical Education is fundamcntal to generation of desired tcchnical manpower in a country, which in turn forms the backbone of the industry and hence the National Economy...
Text
Peranan, organisasi dan kandungan akhbar-akhbar utama di Semenanjung Malaysia
Abstrak
Kajian secara makro ini adalah mengenai peranan, organisasi dan kandungan akhbar-akhbar utama di Semenanjung Malaysia. Tempoh pengkajian asas ialah dari tahun 1989 hingga tahun 1995. Sampel yang dipilih mengandungi lapan akhbar utama, dua bagi setiap bahasa.
Selain kaedah diskriptif dua kaedah utama digunakan dalam kajian ini :
(a) Analisi kandungan akhbar-akhbar tersebut bagi minggu buatan dalam tahun 1989 untuk hari-hari berikut : Isnin 19hb Jun; Selasa 25hb Julai; Rabu 2hb Ogos; Khamis 7hb September; Jumaat 20hb Oktober; Sabtu 1hb November; dan Ahad 10hb Disember. Sample keseluruhan bagi hari-hari tersebut berjumlah 56 akhbar. Pembolehubah-pembolehubah berikut telah dikaji: kategori dan kekerapan berita dalaman dan luar negeri; personaliti-personaliti yang disebut; sumber berita; analisis berita politik dan analisis muka depan.
(b) Tinjauan meliputi 91 ‘’gatekeeper daripada lapan akhbar tersebut denan penggunaan boring soalselidik ‘’standard’. Soalan-soalan yang ditanya mewujudkan suatu profail demografi responden; gambaran tentang alam pekerjaan mereka; pendapat mereka tentang unsur-unsur dan nilai-nilai berita ; dan pendapat mereka tentang profesion kewartawanan, termasuk penilaian mereka tentang masa depan kewartawanan di Malaysia.
Text
akomodasi
asimilasi
...6 more
Hubungan etnik Melayu dan India dari sudut sosio-politik di Sitiawan, Perak : Satu kajian kes
Kajian ini dibahagikan kepada lima bab. Dalam bab satu, dibincangkan tentang tujuan dan bidang kajian yang dilakukan; membincangkan metodologi dan masalah-masalah menjalankan kajian; membincangkan tempat dan komuniti yang dikaji.
Bab dua membincangkan pegertian beberapa konsep yang mempunyai perkaitan dengan kajian hubungan etnik. Tanpa penerangan yang jelas mungkin boleh menimbulkan masalah kepada pembaca atau penyelidik-penyelidik yang cuba membuat kajian lanjutan tentang hubungan etnik.
Bab tiga, membuat analisis tentang bentuk perhubungan etnik yang ditinjau dari sudut sosial. Seterusnya bab ini membincangkan tentang jenis-jenis perhubungan etnik yang terdapat di kalangan kelompok-kelompok etnik di kawasan kajian. Di samping itu, bab ini juga membincangkan kes-kes yang menjadi duri dalam daging di kawasan kajian.
Bab empat, membincangkan interaksi politik di peringkat mikro ataupun di kawasan kajian. Pengkaji akan menumpukan perhatian pada interaksi dan juga pemahaman responden terhadap politik di kawasan kajian dan juga akan menyentuh sedikit tentang politik di peringkat negara.
Akhir sekali bab lima, beberapa analisis tentang perhubugan etnik pada keseluruhannya. Kesimpulannya adalah berdasarkan pada kajian yang telah dlakukan.
Text
Hubungan ethnik di Mukim Labu
Abstrak
Kajian tentang perhubungan ethnik di Mukim Labu Negeri Sembilan. Tujuan penting kajian ini ialah memberi gambaran tentang pola-pola perhubungan serta interaksi diantara kumpulan-kumpulan ethnik di Labu.
Text
Undang-undang Islam berdasarkan fitrah
Text
Belajar untuk memaafkan musuh
Text
Wanita dan pergerakan Islam
Text
Punca wanita tidak kahwin muda
Text
Pengaruh sekolah Arab kepada masyarakat Melayu
Text
Wanita perlu sedia pikul tugas berat
Text
Tenggang : Satu manifestasi
Text
Tenggang : Nakhoda global
Text
sastera Melayu
Analisis kesopanan bahasa Leech (1983) & Grice (1975): Manifestasi pola & struktur kesopanan bahasa dalam novel Melunas Rindu
Kajian ini bertujuan untuk mengklasifikasi dan menstrukturkan pola kesopanan bahasa dalam novel Melunas Rindu, iaitu Komponen Sastera (Komsas) yang digunakan oleh murid tingkatan empat di Zon 4 (Johor, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan).
Text
Analisis kesopanan berbahasa dalam novel Melunas Rindu
Abstrak
Kajian ini berkaitan dengan aspek kesopanan berbahasa berdasarkan novel Melunas Rindu, iaitu teks Komsas yang digunakan oleh para murid tingkatan empat di Zon 4(Johor, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan). Analisis data dalam kajian ini melibatkan 33 peristiwa bahasa berdasarkan dialog watak utama, iaitu Fuad dan watak sampingannya Farhana. Permasalahan kajian ini bertitik tolak daripada isu kesopanan berbahasa yang semakin terhakis dan terhadnya sumber rujukan diperingkat ilmiah. Keterbatasan dan kekurangan kajian dengan menggunakan bahan Komsas yang dianalisis secara pragmati turut mendorong kajian ini dijalankan. Kajian ini mempunyai tiga objektif, iaitu mengklasifikasi pola kesopanan berbahasa, menganalisis pola kesopanan berbahasa dan memetakan struktur bahasa dalam Melunas Rindu. Dapatan kajian ini akan dapat memberikan input baharu dengan nilai tambah, iaitu bahan Konsas ini diteliti dari perspektif pemikiran yang lebih tinggi dengan menggunakan teori-teori linguistik. Kajian ini juga menyumbang ke arah memperkaya khazanah dalam bidang pragmatik selain mengisi kekurangan kajian dengan menggunakan bahan Komsas. Seterusnya, dapat memberikan pendedahan tentang tatacara berkomunkasi kepada khalayak sasaran agar membudayakannya dalam kehidupan. Kajian ini menggunakan antara lainnya kaedah kepustakaan, analisis teks dan kaedah kuantitatif. Kajian ini mengaplikasikan dua teori, iaitu model Prinsip Kesopanan Leech (1983) dan Prinsip Kerjasama Grice (1975) bagi membentuk Model Pola Kombinasi Maksim Umum (MPKMU). MPKMU mengandungi enam pola, iaitu Pola 1, 6 PS + 4 PK; Pola 2, 5 PS + 3 PK; Pola 3, 4 PS + 2 PK; Pola 4, 3 PS + 1 PK; Pola 5, 2 PS dan Pola 6, 1 PS untuk digunakan sebagai asas menganalisis data kajian. Analisis yang dilakukan telah mencapai ketiga-tiga objektif kajian ini.
Text
Malaysia--Social lite anacultuns
Fundamental causes of language shift and language maintenace in different communities
Language shift and language maintenance are two universal sociolinguistic phenomena the effects of which are overarching...
Text
child survival
traditional medicine
The (re)negotiation of illness diagnoses and responsibility for child death in rural Mali
Kin and community power relationships in rural Mali shape the process of diagnosing a child with fatal illness. Two folk illnesses are regarded as supernaturally caused were important final diagnoses of the cause of death.
Text
health care
welfare state
Different subjects: The health care system's participation in differential construction of the cultural citizenship of Cuban refugees and Mexican immigrants
The public health system's differential construction of Mexican and Cuban immigrants, "deservingness" of citizenship benefits and its preparation of them for different roles in U.S. society.
Text
Musical revelations from Indonesia
Text
Disiplin pelajar membimbangkan
Text
Disiplin pelajar membimbangkan
Text
Palestin
Zionis
'Berlakon' keluar rumah elak dikesan tentera Zionis
Seorang wanita dari Palestin menceritakan kisah peritnya untuk mengelakkan serangan tentera Zionis bersama 6 anaknya termasuk 3 yang masih kecil.
Text
Anwar Ibrahim
Palestin
...2 more
Usaha PM perlu disokong
Semua rakyat dirayu untuk menyokong usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memperjuangkan nasib Palestin pada peringkat antarabangsa serta menggetepikan perbezaan politik dan bersatu padu dalam perjuangan membebaskan Palestin daripada rejim Zionis.
Text
Sosio budaya Melayu
Tradisi kebudayaan makan tahun kaum Kedayan : Satu kajian di Kampung Selanyau, Bekenu, Sarawak
Abstrak
Kaum Kedayan merupakan sebahagian daripada penduduk pribumi Sarawak Bumi Kenyalang. Walaupun kaum ini merupakan kaum yang minoriti, namun kaum ini juga mempunyai amalan nenek moyang mereka yang masih diwarisi sehingga ke hari ini. Hal ini sama juga seperti penduduk peribumi Sarawak yang lain. Antara amalan tradisi yang masih diamalkan ialah upacara makan tahun. Upacara ini lazimnya disambut pada setiap tahun yang mempunyai tujuannya yang tertentu.
Walaupun terdapat kaum Kedayan di tempat lain di Sarawak, namun sesetengahnya yang tidak mengamalkan lagi upacara makan tahun. Hal ini kerana ada yang menganggap upacara ini karut dan tidak perlu lagi diamalkan pada zaman ini. Namun, hal ini berbeza dengan tanggapan kaum Kedayan di Kampung Selanyau kerana upacara makan tahun masih diamalkan tahun demi tahun. Pengkaji juga berharap upacara makan tahun ini akan terus diamalkan oleh penduduk kampung di Kampung Selanyau.
Oleh hal yang demikian, penyelidik ini adalah penelitian turut serta pengkaji terhadap upacara makan tahun yang masih diamalkan oleh kaum Kedayan di Kampung Selanyau, Bekenu, Sarawak. Upacara ini diadakan untuk menandakan tamatnya musim menuai padi pada tahun itu dan sebagai kesyukuran kepada ilahi kerana hasil tanaman padi yang mereka perolehi. Dengan adanya upacara ini, diharapkan hasil padi mereka pada tahun berikutnya semakin bertambah. Oleh itu, upacara ini secara zahirnya membolehkan kaum ini ‘berinteraksi’ dengan alam semula jadi dalam kehidupan mereka.
Selain itu, penyelidikan ini juga merupakan usaha pengkaji dalam merungkai dan menerokai seterusnya cuba untuk memahami kebudayaan yang diamalkan oleh kaum ini. Diharapkan segala maklumat yang terdapat dalam penulisan ini dapat menjadi rujukan suatu hari nanti seandainya pada waktu itu upacara makan tahun sudah tidak diamalkan lagi.
Text
Bahasa Melayu
Leksikografi : Masalah penyenaraian entri dalam kamus kanak-kanak darjah empat hingga enam
Abstrak
Latihan ilmiah ini mengandungi lima bab keseluruhannya dan berserta penutup. Pada dasarnya kajian ini adalah meneliti aspek yang berkaitan dengan bidang leksikografi, iaitu masalah penyenaraian entri dalam kamus kanak-kanak darjah empat hingga enam. Kajian ini juga meneliti aspek pemaknaan yang terdapat dalam kamus tersebut.
Bab satu kajian ini membincangkan sejarah perkamusan Melayu di Malaysia. Aspek yang diteliti juga ialah definisi kamus. Pengklasan kamus, sejarah jenis kamus dan ciri-ciri kamus kanak-kanak darjah empat hingga enam.
Bab dua kajian ini pula membincangkan mengenai latar belakang kajian. Bab ini juga menyentuh tentang kaedah, tujuan, skop dan konsep kajian yang dijalankan.
Bab tiga kajian ini ialah penelitian yang dibuat mengenai masalah persembahan entri dalam kamus kanak-kanak darjah empat hingga enam. Perbincangan dalam bab ini adalah mengenai entri yang maknanya bersifat kabur dan tahap kekaburannya dalam kamus kanak-kanak.
Bab empat dalam kajian ini adalah merupakan bahagian yang membincangkan tentang cadangan untuk mengatasi masalah penyenaraian entri dalam kamus kanak-kanak darjah empat hingga enam. Tumpuan diberikan kepada aspek makna iaitu dari segi makna umum, makna berputar belit dan makna kabur. Dalam bab ini juga pengkaji telah memberi cadangan tentang makna yang perlu dimasukkan dalam kamus kanak-kanak iaitu makna jelas agar senang difahami oleh kanak-kanak.
Bab lima ialah bab yang berkaitan dengan amalan yang perlu diterapkan dalam bidang leksikografi dan kegiatan penyusunan kamus oleh penyusun kamus. Bab ini juga membincangkan perkara yang berkaitan dengan cabaran yang dihadapi oleh bidang perkamusan serta langkah untuk mengatasi masalah perkamusan Melayu di Malaysia.
Bahagian penutup ialah bahagian yang mengandungi rumusan atau kesimpulan yang berkaitan dengan bidang kajian iaitu bidang leksikografi, dengan memberi penumpuan terhadap kamus kanak-kanak darjah empat hingga enam.
Text
Sosio budaya Melayu
Persepsi mahasiswa Universiti Malaya mengenai cinta
Abstrak
Bab 1 merupakan pengenalan awal yang berkaitan dengan cinta remaja dan kesannya kepada remaja. Kemudian, diterangkan objektif kajian, permasalahan kajian, skop kajian, kawasan kajian, metodologi kajian yang meliputi kaedah kepustakaan dan kaedah lapangan. Beberapa sorotan kajian yang berkaitan dengan cinta di senaraikan. Kepentingan kajian turut diterangkan dan akhir kesimpulan bab.
Bab 2 adalah dengan latar belakang kajian. Konsep remaja dan cinta diterang dan dihuraikan secara mendalam mengikut pakar dalam bidang tertentu. Alat kajian yang meliputi 4 bahagian diterangkan sepintas lalu dan akhir sekali kesimpulan bab.
Bab 3 mengenai data mentah iaitu keputusan yang diperolehi berdasarkan borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden. Terdapat 4 bahagian utama iaitu Bahagian A: Latar belakang responden. Bahagian B: Sejarah perhubungan cinta. Bahagian C: Penilaian terhadap cinta dan Bahagian D:Persepsi responden mengenai cinta. Akhir sekali, kesimpulan bab.
Bab 4 pula mengenai analisis data. Data mentah mengenai penilaian responden terhadap cinta iaitu kepercayaan pada cinta dan peratusan kepercayaan terhadap cinta dan pasangan dikaitkan dengan pengalaman bercinta responden. Pengkaji juga menghuraikan persepsi responden mengenai cinta dengan mengaitkan dengan pengalaman bercinta responden, kepercayaan pada cinta dan peratusan terhadap cinta dan pasangan. Akhir sekali, kesimpulan bab.
Bab 5 adalah mengenai perbincangan. Pengkaji menghuraikan persepsi responden mengenai cinta yang dikaitkan dengan pengalaman bercinta, kepercayaan pada cinta cinta dan peratusan kepercayaan terhadap cinta dan pasangan. Akhir sekali, pengkaji membuat kesimpulan bab.
Bab 6 merumuskan semua dapatan kajian yang dibuat dalam keseluruhan bab cinta remaja.
Text
Malaysia--Social lite anacultuns
Kostum dan kelengkapan upacara gawai (penyembahan) : fungsi dan kepentingan pada masa kini
Menurut Bene (1980) setiap pacara biasanya menggunakan bahan sembahan dan berlakunya pertukaran hadiah (Pemberian)...
Text
Seorang bidadari di Trafalgar Square
Text
Membina Piramid
Text
Citra watak remaja dalam novel-novel Othman Puteh
Abstrak
Kajian ini merupakan satu usaha untuk mengkaji posisi kepengarangan Othman Puteh sebagai seorang penulis novel-novel remaja yang prolifik di negara kita. Tumpuan kajian ini, turut membabitkan watak-watak remaja yang dicitrakan oleh pengarang. Sebagai seorang pengarang yang produktif. dan pakar dalam genre kesusasteraan remaja, Othman Puteh dapat mencitrakan watak-watak remaja berdasarkan pengalaman, kepakaran, dan kajian yang mendalam. Watak-watak remaja yang dicitrakan oleh Othman Puteh menghadapi pelbagai cabaran hidup dalam zaman remaja dan watak-watak ini menjadi model kepada khalayak remaja. Dalam kajian ini, Teori Teksdealisme yang diutarakan oleh Mana Sikana (1998), dan Teori Robert Havighurst yang dikemukakan oleh Robert Havighurst (1972) digunakan. Pendekatan dua teori ini, iaitu teori kesusasteraan dan teori remaja adalah untuk mengkaji pengarang dan teks; terutamanya watak-watak remaja. Bab I memuatkan latar belakang kajian dan permasalahan kajian ini, di samping kajian-kajian lepas tentang sastera remaja dan Othman Puteh. Daripada tinjauan tersebut, didapati kajian tentang kesusasteraan remaja masih kurang, dan kebanyakan kajian bersifat struktural. Hanya sejumnlah kecil kajian yang menerapkan teori untuk memperoleh dapatan kajian. Bidang dan skop kajian, tujuan kajian, hipotesis kajian serta metodologi kajian disebut daiam bab ini.
Text
Kelantan hadapi pelbagai masalah disiplin pelajar
Text
Istanbul kaya dengan seni bina unik
Text
Imej wanita dalam novel "Asam pedas untuk dia" dan "Ombak rindu" : kajian kritik feminis
Abstrak
Kajian ini menggunakan genre novel sebagai bahan kajian untuk mengkaji kedudukan atau darjat wanita dalam kesusasteraan yang ditulis oleh penulis lelaki ataupun wanita vang menulis dalam sistem penandaan lelaki. Penulis wanita lazimnya akan meninggikan darjat watak wanita dan juga akan menyelami perasaan wanita dalam usaha menghasilkan sesebuah karya mereka. Tetapi penulis lelaki ataupun wanita yang memandang kaum Hawa dengan pandangan lelaki akan meruntuhkan imej dan emosi kaum Hawa dalam karya mereka. Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti ciri-ciri imej stereotaip wanita yang terdapat dalam novel "Asam Pedas untuk Dia'" oleh Nureen Mirza dan "Ombak Rindu" oleh Fauziah Ashari. Dua penulis wanita telah menghasilkan novel ini tetapi dalam sistem penandaan sebagai lelaki. Novel-novel ini telah dipilih sebagai bahan kajian kerana kedua-dua novel ini telah mendapat sambutan yang hangat dalam kalangan pembaca. Hal ini terbukti dengan keluaran drama dan juga filem dengan mengadaptasikan novel ini untuk tatapan khalayak. Bahan kajian ini digunakan untuk menggerakkan kajian berdasarkan Teori Feminisme yang menggunakan pendekatan Kritik Feminis oleh Elaine Showalter. Elaine Showalter telah memperkenalkan satu lagi pendekatan yang mengkaji karya tentang wanita oleh pengarang wanita, tetapi pengkaji menggunakan Kritik Feminis bagi mengkaji kedua dua novel sebagai medium mengukur kejituan objektif kajian. Hal ini demikian kerana, penulis memandang wanita dari sudut pandangan lelaki. Fakta ini terbukti melalui ciri ciri stereotaip yang terkandung dalam novel "Asam Pedas untuk Dia" dan "Ombak Rindu' ".
Text
The role of struggle organizations in the Indonesian revolution
Text
The Role of Struggle Organizations Mass Movements in the Indonesian Revolution
Problems and Perspective
One of the fascinating periods in modern Indonesian history is the first years of the existenee of the Republic of Indonesia...
Text
Peasant mobilization and political development in Indonesia
Text
Anuar Nor Arai
Tuk Selampit
Simbol & lambang dalam Tuk Selampit karya Anuar Nor Arai
Skrip drama ''Tuk Selampit'' agak mencabar minda audien untuk membuat suatu telahan, rumusan atau penganalisaan pembacaan sama ada yang tersurat atau tersirat. Tentunya ini bukan suatu yang ganjil kerana kebanyakan drama kotemporari tidak lagi mendukung ciri-ciri konvensional malah lebih berkiblat kepada yang bercorak absurdisme. Karya Anuar Nor Arai ini diselarikan dengan penghasilan drama-drama seperti ''Tok Perak'' (Syed Alwi), ''Jebat'' (Hatta Azad Khan), ''Jangan Bunuh Rama-rama'' (Nordin Hassan) dan lain-lain lagi. ''Tuk Selampit'' juga seperti karya-karya Anuar yang terdahulu, antaranya, ''Vakum'', ''Pemacak'' dan ''Mencari Roh Yang Hilang'' kaya dengan simbol dan lambang-lambang untuk dibuat pentafsiran.
Laporan Panel Hakim Hadiah Sastera Malaysia 1986/1987 antara lain menyatakan bahawa skrip drama ini sememangnya mencabar malah kaya dengan simbol. Simbol-simbol itu pula misteri sifatnya seperti watak utamanya Tuk Selampit yang ada dan tiada di dalam realiti dan fantasi. Simbol-simbol dan lambang-lambang dimanfaatkan oleh Anuar untuk menjadikan situasi atau suasana yang disampaikannya menjadi lebih harmonis dan bermakna berbanding dengan sekadar menyumbat mulut watak-watak dengan dialog yang panjang-panjang. Aplikasi pendekatan sebegini amat memerlukan keperihatinan ketika membuat kajian kerana segala aksi watak, latar, penataan cahaya, muzik, pemilihan kata, benda dan sebagainya mengandungi makna yang tersendiri dan amat bermakna.
Text
Politik Malaysia
Morality and Politics
When i was a student, nearly thirty years ago, we had great faith in the ideals of science and education...
Text
jenis perniagaan
pendapatan
...3 more
Perniagaan pasar malam : Satu perbandingan antara perniagaan Melayu dan Cina
Kajian ini dijalankan di sebuah pasar malam di negeri Selangor, iaitu pasar malam Taman Medan Pejasa Bt. 7, Jalan Klang Lama, 46000 Petaling Jaya, Selangor. Tumpuan kajian meliputi aspek-aspek seperti jenis barangan yang dijual, jumlah modal yang dillaburkan, sumber modal, jumlah pendapatan dan juga maklumat tentang sumber bekalan. Pengkaji juga telah mengkaji cara yang digunakan oleh peniaga-peniaga Melayu dan Cina untuk menarik minat para pelanggan untuk membeli barangan jualan mereka.
Text
Sexual metaphors in the change from Soekarno's old order to Soeharto's
New order in Indonesia
Text
Sajak,
Tangisan, derita dan keinsafan
Text
Menuju ke arah puisi Al-Amin
Showing 12901 to 12950 of 19615 results
Page
of 393
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->