Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (16345 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Item Type: Text
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
Sosio budaya Melayu
Impak sosioekonomi ke atas dinamik perkahwinan dan kualiti keibubapaan wanita Melayu
Kajian ini mengenai impak kelemahan sosioekonomi terhadap dinamik perkahwinan dan kualiti keibubapaan di kalangan wanita Melayu, menunjukkan bahawa kondisi sosioekonomi yang rendah mengakibatkan kualiti perkahwinan dan keibubapaan yang rendah, yang seterusnya berpotensi mempengaruhi generasi muda dalam masyarakat.
Text
Social problems
Homoseksual: merebak dalam senyap
Sungguhpun kenyataan mengatakan tidak ada kes AIDS di Malaysia tetapi itu tidak bermakna penyakit tersebut tidak akan menyerang negara kita.
Text
Sosio budaya Melayu
Pengaruh tafsir al-manar dan kesannya kepada perjuangan reformis tempatan memartabatkan pendidikan orang-orang Melayu
Kajian ini membincangkan pengaruh Tafsir Al-Manar oleh Sayyid Muhammad Rashid Rida terhadap pemikiran reformis Islam di Malaysia, khususnya mengenai kepentingan pendidikan untuk mengatasi kemiskinan di kalangan orang Melayu melalui penguasaan ilmu yang relevan.
Text
Bahasa Melayu
Penulisan bahasa Cendekia
Kajian ini membincangkan kepentingan penguasaan bahasa cendekia dalam penulisan bagi guru dan pensyarah, yang perlu menghasilkan bahan kuliah yang tepat dan beradab sebelum menyampaikan pengajaran.
Text
Kelab-kelab Gay di Kuala Lumpur
Kelab-kelab ini setengahnya berpusat di kelab-kelab malam eksklusif sekitar ibu kota dan setengah-setengah yang lain pula tertupu di rumah-rumah "double story link" dan banglo di kawasan-kawasan perumahan golongan-golongan "middle class" atau "upper class".
Text
Tokoh sains dunia: Archimedes (287-212 s.m.)
Archimedes bercita-cita menumpukan minatnya terhadap kerjayanya sebagai seorang ahli ilmu hisab falsafah, sambil meluasakan pengetahuan manusia dalam lapangan matematik.
Text
Dunia teater Meor Hashim Manap
Bagi pemerhati teater yang teliti, Mior Hashim Manap adalah lambang kerajinan dan kegigihan tenaga muda yang penting dan berdisiplin.
Text
Terminologi dalam kerangka perancangan bahasa melayu di Malaysia
Abstrak
Penulisan latihan ilmiah ini ialah kajian tentang terminologi dalam perancangan bahasa melayu di Malaysia. Perancangan bahasa melayu telah memperlihatkan banyak usaha serta kegiatan yang dilaksanakan bagi menjayakannya. Perancangan bahasa melayu dalam memartabatkan bahasa itu sendiri dan terminologi sebagai bidang penting. Seharusnya kegiatan serta usaha yang dijalankan dalam bidang terminologi diketahui dan difahami oleh umum. Dalam kajian ini, penulis membicarakan tentang pengertian umum terminologi, kerja terminologi dan kegiatan terminologi bagi menggambarkan istilah terminologi itu sendiri. Selanjut penulis menghuraikan tentang tujuan kajian, skop kajian, kajian terdahulu dan definisi bahasa melayu, perancangan bahasa dan terminologi dalam kajian ini. Penulis kajian ini meneliti perkembangan terminologi bermula dengan penubuhan Bahagian Peristilahan DBP dan zaman perkembangannya iaitu zaman peristilahan DBP (1956 - 1974) dan zaman MABBIM (1975 hingga kini). Penulis juga menghuraikan kerja terminologi, peringkat kerja terminologi dan pembakuan terminologi di Malaysia. Manakala kegiatan terminologi peringkat serantau dihuraikan dengan melihat penubuhan MABBIM sebagai organisasi yang bertanggungjawab dalam hal berkaitan terminologi serantau. Selain daripada itu, sejarah terminologi juga dihuraikan akan turut melihat tiga aliran peristilahan, iaitu Vienna, Prague dan Soviet. Penulis juga akan menyentuh usaha-usaha dan perancangan yang dilakukan oleh Bahagian Peristilahan dalam tempoh 1960 hingga kini. Bab akhir penulis membuat kesimpulan tentang kajian yang dilakukan dan memberikan beberapa saranan untuk memperkayakan lagi bidang terminologi.
Text
Pelancongan di Kemaman, Terengganu Darul Iman
Abstrak
Kajian yang dilakukan ini adalah berkenaan dengan aspek pelancongan yang terdapat di Kemaman, Terengganu Darul Iman. Daerah Kemaman ini dilihat berpotensi sebagai salah satu destinasi pelancongan yang terunggul di negara ini kelak. Dengan kelebihan yang dimiliki, ia mampu untuk menarik minat para pengunjung untuk datang ke negeri Terengganu. Walaupun daerah lebih menonjol dengan kepesatan perindustriannya, namun ia tetap berpotensi untuk dijadikan destinasi pelancongan pilihan ramai.
Keistimewaan di Kemaman bukan sahaja terletak pada tempat-tempat yang menarik yang terdapat di sana, tetapi juga dengan kelebihan, keunikan dan keajaiban elemen-elemen yang lain. Elemen yang dimaksudkan itu adalah melalui makanannya yang banyak menggunakan sumber-sumber laut sebagai bahan utama. Selain itu, kerlipan sejenis serangga yang dikenali sebagai kelip-kelip juga mampu untuk menyinar daerah Kemaman ini sebagai salah sebuah destinasi pelancongan yang wajar untuk dikunjungi.
Dengan kelebihan tersendiri yang dimiliki, daerah Kemaman dipercayai mampu menarik perhatian para pelancongan tidak kira tempatan mahupun antarabangsa untuk berkunjung ke sana. Apa yang pasti, para pengunjung akan menikmati seribu kepuasan di sebalik percutian mereka kelak.
Text
Kajian bahasa dalam Rangkaian Perbualan Internet (IRC)
Abstrak
Latihan ilmiah ini akan melihat ciri-ciri laras bahasa yang digunakan dalam perbualan di Internet terutamanya di dalam Rangkaian Perbualan Internet (IRC) dan juga forum Internet. Kajian di dalam Internet ini sebenarnya melibatkan salah satu bidang yang luas. Kajian ini akan tertumpu pada bahasa yang digunakan semasa berkomunikasi di dalam Internet.
Kajian ini telah terbahagi kepada 5, bab di mana pada bab pertama pengenalan akan disentuh tentang ulasan-ulasan pendahuluan mengenai kajian ini. Manakala dalam bab kedua penulis akan membincangkan tentang kosa ilmu yang berkaitan dengan kajian ini. Isu-isu yang akan disentuh adalah seperti Bahasa Rojak yang hangat diperkatakan pada masa sekarang. Dalam bahagian Bahasa Rojak ini, penulis telah membahagikannya kepada dua bahagian iaitu tentang Penukaran Kod dan Pembauran Kod. Seterusnya adalah tentang Penyikiran Bahasa dan Emotikon.
Dalam Bab 3 pula akan dibincangkan tentang Rangkaian Perbualan Internet(IRC). Disini penulis akan membincangkan jenis-jenis program IRC yang popular digunakan di kalangan penduduk Malaysia. Dalam bab ini juga akan dibincangkan tentang sejarah perkembangan IRC. perbincangan tentang analisis kajian akan dibuat dalam Bab 4 dan akhir sekali hasil daripada kajian dan dapatan akan dibincangkan dalam bahagian Bab 5.
Kajian ini hanya akan melibatkan teks perbualan yang telah diambil dari beberapa program IRC yang terdapat dalam Internet. Berdasarkan kepada teks perbualan yang diambil, aspek yang akan dikaji adalah seperti Penukaran Kod, Pembauran Kod. Singkatan dan Emotikon. Pemilihan kajian ini adalah penting kerana sedikit sebanyak ia melibatkan isu Bahasa Rojak yang hangat diperkatakan baru-baru ini. Hasil daripada kajian ini diharapkan akan memperjelaskan isu tentang Bahasa Rojak ini.
Text
Industri pelancongan Pahang : Tarikh-tarikh dan kesan pelancongan di Pahang Darul Makmur
Abstrak
Kajian menyentuh mengenai industri pelancongan di negeri Pahang Darul Makmur. Bagi permulaannya, kajian akan menyentuh mengenai negeri Pahang secara umum dan juga mengenai sejarah negeri ini. Kajian akan membawa kepada pihak-pihak yang terlibat dalam industri pelancongan selain daripada peranan-peranan yang harus dimainkan atau dijalankan oleh semua pihak sama ada pihak kerajaan, pihak swasta, pihak bukan kerajaan, individu mahupun pelancong itu sendiri.
Dalam bab yang berikutnya, pengkaji menyentuh mengenai destinasi-destinasi menarik yang ada di Pahang. Destinasi-destinasi ini merangkumi destinasi seperti pantai-pantai yang menarik untuk dijadikan tumpuan pelancongan, selain dari kawasan-kawasan tanah tinggi yang mampu menarik sebahagian pelancong untuk berkunjung ke sini. Begitu juga bagi bab seterusnya yang akan menyentuh mengenai tarian-tarian tradisi yang terdapat di negeri Pahang. Bagi setiap jenis tarian, akan diterangkan mengenai sejarah asal-usul mengenainya, diikuti dengan ciri-ciri lain seperti peralatan, kostum, penari dan juga lain-lain yang berkaitan dengannya.
Bab seterusnya dalam kajian ini, akan menyentuh tentang muzium yang terdapat di negeri Pahang, selain akan menyentuh serba sedikit mengenai peranan dan juga fungsi muzium dalam perkembangan teknologi dan juga peredaran zaman. Melalui bab ini juga, pengkaji akan menyentuh mengenai satu jenis permainan tradisi masyarakat di Malaysia yang juga terdapat di negeri Pahang iaitu gasing pangkah. Ia akan menyentuh mengenai sejarah serba sedikit mengenai kewujudan gasing selain dari peraturan-peraturan yang perlu ada dalam sesuatu permainan gasing.
Bagi bab yang keenam pula, pengkaji menyentuh mengenai kesan-kesan pelancongan dari sudut alam sekitar dan juga sosio-budaya dengan melihat impak dari sudut positif mahupun negatif. Penutup kepada bab ini dihuraikan dalam bab yang terakhir. Melalui bab ini, pengkaji akan membuat kesimpulan keseluruhan mengenai industri pelancongan yang ada di Pahang dan pandangan pengkaji mengenai masa depan industri ini di masa hadapan.
Text
Sistem bunyi Bahasa Lundayeh : Kajian kes di Kampung Baru Jumpa Tenom, Sabah
Abstrak
Latihan ilmiah ini adalah kajian mengenai sistem bunyi Bahasa Lundayeh yang dituturkan di Kampung Baru Jumpa Tenom, Sabah.
Kajian ini terbahagi kepada 5 bahagian yang utama, iaitu bab 1 sebagai pendahuluan, bab 2 sebagai definisi-definisi sistem bunyi, bab 3 dan bab 4 membincangkan tentang bunyi vokal, konsonan, diftong, rangkap fenom dan gandaan fenom serta bab 5 sebagai kesimpulan.
Bab 1 membuka tirai kajian dengan mengemukakan serta menjelaskan tentang latar belakang kajian, permasalahan kajian,kajian terdahulu, tujuan kajian, metodologi dan masalah dalam kajian.
Bab 2 pula membincangkan tentang definisi-definisi sistem bunyi bahasa berdasarkan pendapat tokoh-tokoh bahasa dan memberi contoh secara umum sahaja. Aspek sistem bunyi yang didefinisikan ialah vokal, konsonan, diftong, rangkap vokal, rangkap konsonan, gandaan fonem dan ciri-ciri koartikulasi yang hadir dalam vokal dan konsonan
Seterusnya, huraian mengenai sistem bunyi vokal Bahasa Lundayeh dihurai dalam bab 3. Kajian sistem vokal ini dibuat berdasarkan penyebaran vokal, iaitu di suku kata terbuka di awal dan akhir kata dan suku kata tertutup di awal dan akhir kata. Bab ini juga menghuraikan tentang bunyi diftong Bahasa Lundayeh serta meneliti rangkap vokal yang wujud. Vokal Bahasa Lundayeh yang diteliti diringkaskan dalam bentuk jadual.
Bab 4 juga menghuraikan salah satu sistem bunyi yang wujud iaitu sistem konsonan Bahasa Lundayeh. Seperti juga sistem vokal konsonan juga dihuraikan dengan melihat penyebarannya di awal, tengah dan akhir kata. Selain itu, bab ini juga membincangkan tentang rangkap konsonan dan gandaan konsonan.
Untuk mengakhiri kajian ini, bab 5 sebagai penutup tirai membuat kesimpulan berdasarkan bab-bab yang sebelumnya. Bab ini juga membuat sedikit perbandingan Bahasa Lundayeh yang terdapat buku Asmah Haji Omar iaitu Susur Galur Bahasa Melayu dengan dapatan kajian latihan ini. Disertakan juga cadangan dan harapan untuk kajian yang selanjutnya.
Text
Sosio budaya Melayu
Laras Bahasa Dusun Selimoh
Abstrak
Bahasa merupakan alat komunikasi bagi manusia yang telah dijadikan oleh Allah S.W.T sebagai khalifah dimuka bumi ini . Tanpa bahasa tidak mungkin manusia dapat mentadbir bumi dengan sempurna. Bahasa adalah pencetus idea-idea bagi manusia untuk mencapai kemajuan dan keharmonian hidup sesama insan.
Latihan ilmiah ini, mengkaji laras BD dalam akhbar NST. Kajian ini bertujuan meneliti laras-laras yang terdapat dalam akhbar BD. Seterusnya beberapa jenis laras yang diperolehi akan dianalisis untuk melihat ciri-ciri yang terdapat dalam laras tersebut.
Bab 1 akan membincangkan latar belakang kajian, tujuan kajian, kaedah kajian, skop kajian, bahan kajian masalah kajian dan metodologi kajian, dalam Bab 2 pula, kajian akan membincangkan tentang definisi laras, ciri-ciri yang perlu dilihat untuk mengkaji sesuatu laras dalam akhbar dan akhir sekali penutup iaitu rumusan daripada perkara yang dibincangkan dalam bab 2.
Seterusnya, Bab 3 akan membincangkan tentang aspek perbendaharaan kata. Antara aspek yang diteliti ialah jenis istilah yang digunakan dalam laras tersebut. Aspek perbendaharaan kata ini akan dilihat dalam 3 jenis laras yang terdapat dalam akhbar dan seterusnya diteliti untuk dianalisis. Laras-laras yang akan dianalisis ialah laras berita politik, laras berita undang-undang dan laras berita rencana pendidikan.
Dalam Bab 4 pula aspek morfologi dan sintaksis akan dibincangkan. Aspek morfologi akan dilihat dari aspek golongan kata iaitu kata kerja berimbuhan dari kata tugas. Manakala aspek sintaksis akan melihat dari aspek ayat penyata,ayat aktif, ayat majmuk dan ayat pemeri. Tujuan utama analisis dalam bab ini adalah untuk melihat ciri-ciri laras yang terdapat dalam bahasa Dusun. Jenis laras yang akan dikaji dalam analisis bab 4 ialah laras berita politik, laras berita undang-undang dan laras berita ruangan pendidikan.
Akhir sekali Bab 5 akan membincangkan rumusan daripada keseluruhan bab yang telah dibincangkan. Selain itu, terdapat juga cadangan-cadangan yang disertakan oleh penulis tentang kajian yang perlu untuk perkembangan bahasa Dusun.
Text
Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur : Kajian ke atas peranannya dalam pembangunan seni teater moden di Kuala Lumpur
Abstrak
Kajian yang dilakukan ini adalah berkenaan dengan pengurusan seni dan budaya khususnya dalam bidang seni teater. Kajian ini cuba melihat bagaimana sebuah organisasi kerajaan di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia iaitu Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan melakukan pengurusan dan secara tidak langsung membangunkan bidang seni teater moden khususnya di Kuala Lumpur.
Seni teater yang pada mulanya menjadi suatu elemen bagi pemupukan perpaduan kaum lantaran peristiwa 13 Mei 1969, kini umpama seperti melukut ditepi gantang. Walaupun akhir-akhir ini telah wujud seakan gelombang kesedaran namun seni teater masih ‘miskin’ khalayak, penghayat dan penggiatnya. Sikap apresiasi dan pemahaman rakyat Malaysia masih terlalu rendah berbanding dengan seni filem umpamanya. Sedangkan dari sudut fizikaliti kedua-duanya hampir sahaja sama. Malah seni teater lebih mencabar kerana sifatnya yang terbuka, iaitu secara langsung dan kadangkala spontan.
Kuala Lumpur yang merupakan ibu kota Malaysia cuba dijadikan pemangkin kepada sebuah Bandar Budaya, yang mana segala naskhah dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan teater dapat dibawa serta dipentaskan di Kuala Lumpur dan dalam masa yang sama ia dijadikan lambang Pusat Kegiatan Budaya yang merangkumi semua seni terutamanya bidang seni teater. Oleh itu, pengkaji cuba mengupas aspek penglibatan organisasi kajian dalam bidang seni teater.
Malah melalui kajian ini juga, pengkaji dapat melihat sejauh mana keberkesanan peranan dan penglibatan jabatan dalam mengurus dan membangunkan seni teater khususnya di Bandaraya Kuala Lumpur.
Melalui kajian ini juga dapat diperhatikan sumbangan organisasi kajian kepada para aktiviti dan penggiat seni teater tanahair dalam memartabatkan seni pementasan teater ke satu wadah yang dapat dihayati oleh segenap lapisan masyarakat. Apatah lagi, para penggiat seni teater ini banyak sumbangan terhadap pembangunan nilai kerohanian serta keintelektualan minda masyarakat.
Text
Perusahan tanaman Rumbia: Satu kajian kes di kampung Menunggang, Kuala Penyu, Sabah
Abstrak
Sesungguhnya, Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan tumbuhan semula jadi yang tinggi nilainya. Terletak di kawasan khatulistiwa, tanah di Malaysia sesuai ditanam dengan pelbagai jenis tanaman kontan. Tanahnya yang subur sangat sesuai dengan tumbuhan seperti koko, getah, kelapa sawit, kelapa disamping buah-buahan tempatan yang pelbagai. Disebabkan perkara ini, rakyat di negara kita memperolehi rezeki yang melimpah ruah yang dapat dinikmati bersama.
Perusahan berasal dari kata dasar “usaha’ yang bermaksud daya upaya (ikhtiar, kegiatan,perbuatan,dll) untuk mencapai sesuatu (kamus dewan, edisi ketiga). Manakala, perusahaan pula bermaksud sebagai pekerjaan secara besar-besaran untuk membuat (menghasilkan,mengeluarkan) barang-barang. Definisi yang diungkapkan ini sebenarnya ada kaitan dengan kajian yang dilakukan oleh pengkaji.
Kajian yang dihasilkan ini adalah mengenai aktiviti perusahaan tanaman sagu yang dijalankan di kampung kelahiran pengkaji. Tujuan utama kajian ini dilaksanakan adalah untuk menerangkan mengenai kegiatan perusahaan sagu secara terperinci. Ia merangkumi beberapa aspek seperti latar belakang perusahaan, amalan kultura, kaedah memproses, produk kegunaan, masalah yang dihadapi dan akhir sekali adalah analisis kewangan.
Walaupun terdapat kajian lain yang berkaitan dengan tanaman sagu, tetapi pengkaji yakin bahawa belum terdapat mana-mana kajian yang menjurus pada Perusahaan Tanaman Sagu di Kg. Menunggang. Jadi, disebabkan itulah, pengkaji rasa perlu untuk melaksanakan satu kajian mengenainya agar masyarakat dapat mengetahui serta beroleh sedikit sebanyak pengetahuan dari kajian ini.
Tidak dinafikan lagi bahawa setiap tempat berbeza dari segi budaya dan cara kehidupan sehari-hari.
Walaupun kajian mengenai tanaman rumbia ini ada dilakukan oleh orang lain, tetapi pengkaji yakin bahawa terdapat pelbagai tempat tetapi latar belakang dan cara pengurusannya adalah berbeza. Jadi, disebabkan itulah pengkaji cuba menerangkan mengenai perusahaan tanaman ini di kampung pengkaji yang mungkin mempunyai perbezaan dengan tempat-tempat yang lain.
Text
Analisis tahap penguasaan bahasa melayu di kalangan murid-murid tahun enam Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil) Vivekanda, Brickfields.
Abstrak
Kajian ini melihat tahap penguasaan bahasa melayu di kalangan murid-murid tahun enam. Kajian ini juga berdasarkan penulisan karangan yang dijalankan sendiri oleh pengkaji. Jelas diketahui bahawa murid-murid ini secara tidak langsung dipengaruhi oleh bahasa ibunda yang terdapat dalam pertuturan sehari-seharian termasuklah dalam penulisan karangan bahasa melayu.
Kesalahan dalam pelbagai aspek bahasa melayu terutama dalam penulisan karangan murid-murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil adalah satu fenomena yang berlarutan sehingga hari ini. Kesalahan murid-murid ini terdapat dalam pelbagai aspek seperti tanda baca, kesalahan ejaan, imbuhan, penstrukturan ayat, perbendaharaan kata dan sebagainya.
Terdapat beberapa faktor penyebab berlakunya fenomena ini dan langkah yang drastik harus diambil dari semua pihak dan bukan meletakkan masalah ini kepada pihak sekolah semata-mata tetapi pihak kementerian pendidikan serta ibu bapa juga boleh berganding bahu bagi memastikan masalah penguasaan bahasa melayu dapat diatasi.
Text
Produk pelancongan di sekitar zon bandar Kuala Terengganu
keistimewaan dan sumbangan
Abstrak
Kajian ini dihasilkan adalah bertujuan untuk memperkenalkan keistimewaan beberapa lokasi dan produk pelancongan yang terdapat di sekitar zon bandar Kuala Terengganu. Kajian ini adalah di dasari dengan objektif untuk melihat sumbangan produk pelancongan di negeri Terengganu iaitu dengan menfokuskan kepada lokasi yang terpilih iaitu sekitar zon bandar Kuala Terengganu ini, kepada industri pelancongan dan masyarakat secara umumnya. Aspek-aspek keistimewaan ini dibahagikan kepada beberapa bahagian tertentu yang boleh dilihat sebagaimana yang di bawah:
Pada Bab Satu pengkaji akan menerangkan berkenaan pernyataan kajian hal ini adalah merangkumi latar belakang kajian, objektif kajian, masalah kajian, kaedah kajian, kepentingan kajian dan sebagainya.
Pada Bab Dua pula pengkaji akan menerangkan pula berkenaan sejarah dan sosio-budaya negeri Terengganu Darul Iman. Hal ini adalah merangkumi sejarah, pentadbiran, geografi, penduduk, bahasa, geografi dan sebagainya.
Pada Bab Tiga iaitu pengkaji akan menerangkan tentang industri pelancongan di negeri Terengganu. Di sini, pengkaji akan menyentuh berkenaan pelancongan termasuklah definisi pelancongan, berkenaan misi, objektif dan dasar pelancongan negeri Terengganu dan sebagainya.
Pada Bab Empat pula pengkaji akan menerangkan kelebihan bandar Kuala Terengganu dan produk pelanconganya. Ia adalah merangkumi bentuk-bentuk produk di kawasan kajian dan keistimewaanya berdasarkan pembahagian-pembahagian yang tertentu sama ada dari sudut sejarah, seni bina, kerja-kraftangan, lokasi menarik dan lain-lain keistimewaanya.
Pada Bab Lima pula, pengkaji akan bincangkan berkenaan prasarana pelancongan yang terdapat di kawasan kajian. Dalam bab ini pengkaji akan membincangkan berkenaan prasarana pelancongan misalnya, perkhidmatan dan pengangkutan juga membincangkan agensi-agensi yang berkepentingan yang turut membantu dalam perkembangan industri pelancongan di negeri Terengganu khususnya, di bandar Kuala Terengganu.
Pada Bab Enam pula pengkaji akan menyentuh berkenaan sumbangan produk pelancongan yang terpilih ini kepada industri pelancongan tempatan dan juga penduduk di negeri Terengganu khususnya, penduduk di bandar Kuala Terengganu ini secara umum.
Pada Bab Tujuh iaitu bab penutup, pengkaji akan merumuskan segala aspek perbincangan yang telah dibuat pada bab-bab yang sebelumnya.
Text
Tradisi cerita rakyat di Mukim Sanglang, Kedah
Abstrak
Latihan ilmiah yang dijalankan ini berkaitan genre sastera rakyat. Pengkaji melihat tradisi cerita rakyat yang wujud di kawasan kajian kes iaitu di Sanglang, Kedah. Di samping melihat tradisi lisan yang wujud di kawasan ini, pengkaji juga melihat unsur pemikiran yang terselit daripada cerita-cerita yang terkumpul di kawasan ini. Pengkaji merasakan bidang sastera rakyat terselit dengan seribu khazanah yang perlu diteroka dan terus digali untuk tatapan generasi akan datang dan tidak lenyap di bawa arus globalisasi.
Bab 1 merupakan bahagian awal kajian. Ia memuatkan tentang pengenalan kajian yang menceritakan tentang latar belakang bidang sastera rakyat itu sendiri di samping tujuan kajian ini dijalankan. Antara lain, bab ini juga membicarakan tentang kaedah-kaedah kajian yang digunakan dalam membuat penulisan ilmiah ini. Sementara itu, bab ini turut memuatkan beberapa konsep penting yang digunakan dalam penulisan kajian ini. Antara konsep kajian yang digunakan seperti konsep sastera rakyat, konsep cerita legenda, cerita mitos, cerita asal-usul dan lain-lain lagi. Seterusnya pengkaji turut membuat literature review. Hal ini adalah penting untuk melihat kronologi di samping perkembangan kajian yang berkaitan. Ini memudahkan pengkaji lain untuk mengkaji bidang sastera rakyat ini dengan menjadikan kajian terdahulu ini sebagai sumber rujukan.
Bab 2 pula merupakan profail kawasan kajian. Kawasan kajian yang dipilih iaitu kawasan Sanglang, Kedah. Dalam kawasan profail ini, pengkaji memuatkan sejarah ringkas asal usul nama kawasan tersebut. Pengkaji turut melihat pembangunan infrastruktur yang terdapat di kawasan kajian.
Bab 3 memuatkan transkripsi cerita rakyat yang dikumpulkan di kawasan Sanglang. Jumlah cerita yang dapat dikumpulkan ialah sepuluh buah yang merangkumi pelbagai jenis meliputi cerita jenaka, cerita asal usul dan cerita teladan.
Bab 4 menghuraikan unsur pemikiran yang terdapat dalam cerita-cerita rakyat yang dikumpulkan itu. Unsur pemikiran dalam cerita rakyat tersebut dianalisis berdasarkan tiga aspek utama iaitu agama, ekonomi dan sosial.
Bab 5 memuatkan kesimpulan keseluruhan bab yang terdapat dalam latihan ilmiah ini. Di samping itu, bahagian ini turut memuatkan tentang saranan terhadap perkembangan sastera rakyat.
Text
Stilistik : Penelitian kata dalam lirik lagu nama tempat
Abstrak
Bab 1
Bab pendahuluan ini merupakan bab pengenalan yang hanya menyentuh tentang pemasalahan kajian, tujuan kajian, kepentingan kajian, skop kajian, dan juga kaedah kajian.
Bab 2
Bab ini memperkatakan tentang definisi dan juga kajian-kajian lepas yang pernah dilakukan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu. Setelah itu, turut dinyatakan tentang stilistik dan hubungan gaya atau laras bahasa. Selain itu, Diterangkan juga lirik dalam budaya dan bahasa. Stilistik lirik lagu yang ada nama tempat turut diperbincangkan dalam bab ini.
Bab 3
Pengkaji akan mengulas tentang cara penyampaian dalam lirik lagu. Cara penyampaian yang akan diperkatakan ialah dari segi pengguna kata nama tempat itu,sama ada penyampaian secara langsung atau tidak langsung. Selain itu, cara penyampaian dari segi lirik lagu nama tempat itu sendiri. Adakah ianya jelas menunjukkan lagu nama tepat ataupun secara perlambangan semata-mata.
Bab 4
Dalam bab ini, pengkaji memperkatakan tentang kekreatifan yang wujud dalam sesebuah lirik nama tempat. Aspek kekreatifan ini menghuraikan dari segi perlambangan dan juga bahasa kiasan. Aspek kekreatifan ini penting kerana dari aspek inilah stilistik sesebuah lirik banyak ditemui. Aspek ini jugalah yang melahirkan nilai-nilai keindahan dalam sesebuah lagu.
Bab 5
Bab ini merupakan bab perbincangan. Bab in membincangkan tentang semua aspek kajian stilistik dalam lirik lagu nama tempat. Hal ini kerana, pengkaji yang juga seorang penilai mempunyai pandangan tersendiri sama ada dari segi penyelesaian atau dari segi pembaikan lirik-lirik yang dihasilkan. Dalam bab ini juga dinyatakan penghasilan lirik yang dianggap baik melalui kajian-kajian yang dilakukan.
Bab 6
Bab 6 merupakan bab kesimpulan. Bab ini menyimpulkan seluruh aspek kajian yang telah dilakukan dan juga saranan serta peringatan kepada mana-mana pengkaji yang ingin meneroka bidang ini dengan lebih lanjut lagi.
Text
Bahasa Melayu
Cabaran dan proses pemantapan bahasa Melayu
Kajian ini mengenai cabaran yang dihadapi oleh bahasa Melayu dalam mempertahankan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan dan rasmi, terutama setelah pelaksanaan Akta Pendidikan 1996 dan penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran sains dan matematik, serta pentingnya pemantapan bahasa Melayu untuk memastikan kemampuannya menghadapi globalisasi.
Text
Kilang-kilang makanan diberi amaran
Akta makanan 1983 dan peraturan makanan 1985 meliputi makanan-makanan yang dibuat di negara ini dan makanan import untuk dijual di negara ini.
Text
Kesenian Melayu
Wayang Wong Priangan: Viewed from performance aspects
Kajian mengenai wayang wong priangan yang merupakan bentuk seni pertunjukan tari Sunda dari Jawa Barat, Indonesia, yang memadukan elemen-elemen pertunjukan seperti pelaku, lakon, struktur dramatik, tari, dialog, narasi dalang, musik karawitan, tata busana, tata rias, dan tata panggung, menjadikannya sebuah dramatari yang lengkap sebagai media komunikasi seni dengan penonton.
Text
Sastera Islam masih di jalan berliku-liku
Perbincangan dan polemik mengenai sastera Islam merupakan cetusan kesedaran pada peringkat tinggi dalam pemikiran penulis Melayu di Malaysia.
Text
Akhbar tertua di Sri Lanka
Wajah Selong dan Alamat Lankapuri adalah dua buah akhbar dalam Bahasa Melayu yang telah diterbitkan di Sri Lanka pada penghujung kurun ke-19.
Text
sastera Melayu
Profil permajalahan Melayu dekad 1980-an
Kajian ini membincangkan perkembangan penerbitan majalah Melayu pada dekad 1980-an, yang meskipun mencatatkan jumlah majalah baharu yang lebih rendah, menunjukkan pencapaian yang baik disebabkan oleh jangka hayat majalah yang lebih panjang dan pengaruh penerbitan akhbar tabloid.
Text
Fadzil perlu adil membuat penilaian
Text
Kewajipan sesama umat Islam
Text
Badan dakwah perlu strategi lebih kreatif
Text
Dakwah Islam masih lemah, tidak selaras
Text
Zina perbuatan yang sangat keji
Text
Penuhi usia dengan amal kepada Allah
Text
Pembicaraan Islam secara global
Text
Interbiu dengan doktor pakar mengenai Homoseksual
Homoseksual dianggap sebagai 'Social Deviation' iaitu satu kelencongan dari norma-norma yang telah ditentukan oleh masyarakat dan budaya.
Text
Islam benarkan merancang keluarga
Text
Pembangunan lelaki alaf baru
Text
Manusia dituntut sentiasa ingat kepada kematian
Text
Jangan sembahyang kerana menunjuk-nunjuk
Text
Pesona dunia punca keruntuhan akhlak
Text
Umat Islam dilarang mencarut
Text
Anak wajib berbakti kepada ibu, ayah
Text
Tarekat sesat rosakkan akidah
Text
Islam bukan monopoli sesiapa
Text
Pendakwah sekadar bercakap azab akhirat
Text
Pengajaran dari sejarah: umat Nabi Lut ditelan Bumi.
Setiap lelaki atau pemuda yang melintasi kampung mereka akan ditangkap, digoda supaya mengadakan hubungan seks dengan mereka.
Text
Islam tidak kongkong kreativiti
Text
Ulama popular kerana media
Text
Ibu bapa bertanggungjawab mencarikan jodoh anak
Text
Bahasa Melayu
Tahap penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam kalangan mahasiswa/i IPTA dalam pendidikan negara
Kajian ini meneliti tahap penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam kalangan mahasiswa/i IPTA dan IPTS selepas Akta Pendidikan 1996, mendapati bahawa walaupun bahasa Inggeris lebih dominan sebagai bahasa ilmu, bahasa Melayu tetap relevan sebagai bahasa pengantar dalam mata pelajaran tertentu, khususnya Agama Islam, dan perlu dipertahankan sebagai identiti bangsa.
Text
Pengakuan lelaki-lelaki 'Gay'
Di zaman 'Music Video' dan 'New Wave Music', mengakui dan bangga menjadi 'Gay' adalah satu 'trend' di negara-negara Barat.
Text
Sosio budaya Melayu
Pengetahuan tradisi: antara kepunahan dan harapan dalam konservasi dan pembangunan
Kertas kerja ini membincangkan kepentingan "Pengetahuan Tradisi" dalam konteks ekologi manusia dan pembangunan berkelanjutan, menyoroti perlunya konservasi serta pengintegrasian pengetahuan tersebut dengan pengetahuan moden untuk memastikan kelestarian budaya dan ekosistem, terutama dalam masyarakat Melayu.
Showing 3701 to 3750 of 16345 results
Page
of 327
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2