Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (1397 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Collection: Koleksi Petikan Pengajian Melayu
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
Novel: Latar Perkembangan dalam tahun-tahun enam puluhan
"Perkembangan novel-novel Malaysia dikatakan mengalami zaman kegemilangan dalam tahun-tahun 60-an. Ini dapat dianggap sebagai benar, kerana wujudnya alsan-alasan yang jelas dan kuat."
Text
Novel: Pengenalan
"Masyarakat pembaca zaman ini bukanlah merupakan golongan pembaca yang pasif dan beku; mereka kini adalah pembaca yang kritis, yang bukan lagi berupaya untuk hanya sekadar membaca sahaja, tetapi menghayati sebagai tujuan untuk melaksanakan kritikan dan kajian."
Text
Novel: Perkembangan dalam tahun-tahun 1946-1949
"Perkembangan dalam kemajuan novel-novel Melayu tahap ini banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor sosial dan politik yang wujud. Tahap ini adalah tahap baru berakhirnya Perang Dunia Kedua yang kesannya masih dapat dirasakan oleh masyarakat, khususnya kesan kepincangan hidup dan moral."
Text
Novel: Perkembangan dalam tahun-tahun enam puluhan
"Tahun-tahun 60-an ialah tahun-tahun gerakan mengisikan kemerdekaan negara. Salah satu pengisian tersebut, yang dianggap sebagai penting dan segera dilaksanakan, adalah langkah mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan."
Text
kelantan
Oleh kerana tidak mahu rakyat Kelantan terbunuh...
"Oleh kerana tidak mahu rakyat Kelantan terbunuh kerana dirinya, Puteri Saadong menyatakan kesanggupan untuk mengikuti angkatan Siam ke Siam. Cadangan dan hasrat Puteri Saadong ini disetujui oleh suaminya Raja Abdullah. "
Text
On segmentation in Malay discource: Prosody as a distinctive segmentative cue
"Prosody is the complex set of features that play a role in the signalling of discourse structures and meanings which extend beyond tone groups and utterances."
Text
Onomtopia sebagai Gambaran Unsur Peristiwa
"Dari sudut lain, penggunaan onomtopia dalam percakapan menjadikan kita dapat menaggapi atau merasi wujudnya hubungan langsung di antara bunyi dengan makna. Dengan demikian, kita juga merasa seolah-olah wujud hubungan yang sama di antara kata dengan peristiwa yang kita alami."
Text
negeri sembilan
Orang asli di hutan dan pergunungan Negeri Sembilan...
"Orang asli di hutan dan pergunungan Negeri Sembilan terlibat dalam pergerakan sekular( circulation) antara rumah kediaman dan tempat pertanian pindah atau kegiatan pengumpulan semasa sebelum dan semasa pemerintahan Inggeris. "
Text
negeri sembilan
Orang asli di hutan dan pergunungan Negeri Sembilan...
"Orang asli di hutan dan pergunungan Negeri Sembilan terlibat dalam pergerakan sekular( circulation) antara rumah kediaman dan tempat pertanian pindah atau kegiatan pengumpulan semasa sebelum dan semasa pemerintahan Inggeris. "
Text
Johor
Orang Cina datang ke Tanah Melayu...
"Orang Cina datang ke Tanah Melayu untuk bekerja di lombong-lombong dan dalam kes negeri Johor, di ladang-ladang gambir dan lada hitam. "
Text
animisme
Melayu Deutro
...1 more
Orang Melayu Deutro mempunyai kepercayaan mereka sendiri...
"Orang Melayu Deutro mempunyai kepercayaan mereka sendiri yang disebut animisme. Mereka percaya bahawa tiap-tiap sesuatu, sama ada tanam-tanaman atau haiwan, air atau batu, gunung atau laut dan sebagainya mempunyai 'semangat' atau 'jiwa' yang selalu perlu disenangkan hatinya supaya tidak marah dan menimbulkan bencana."
Text
negeri sembilan
orang melayu
Orang Melayu Negeri Sembilan khususnya...
"Orang Melayu Negeri Sembilan khususnya melibatkan diri dalam penanaman getah terutamanya dan mereka tidak mempunyai kawalan ke atas sumber alam tersebut bagi mendapatkan jaminan lebih berkesan ke arah kesejahteraan mereka sendiri."
Text
orang melayu
petempatan
Orang Melayu pada zaman awal tinggal...
"Orang Melayu pada zaman awal tinggal di kawasan perkampungan persisiran pantai. Mereka hidup secara berkelompok yang dinamakan kampung. Di dalam perkampungan ini mereka akan mengamalkan sistem hidup bermasyarakat. Kehidupan orang Melayu memiliki sistemnya tersendiri seperti sistem ekonomi, politik dan juga sosio budaya."
Text
seni bina
seni bina Melayu
Orang Melayu pada zaman prasejarah...
"Orang Melayu pada zaman prasejarah yang tinggal di Sumatera dan di Semenanjung Tanah Melayu telah mempunyai satu bentuk kebudayaan. Pada zaman Batu Baru (Neolithic), mereka mula mencipta artifak seperti kapak batu, tembikar dan manik yang memperlihatkan bakat tukang seni rupa."
Text
Orang Melayu zaman dahulu amat...
Text
petempatan
Semenanjung Tanah Melayu
...1 more
Orang Mongoloid yang berbaju kulit kayu...
"Orang Mongoloid yang berbaju kulit kayu ini dikenali sebagai Melayu Proto dan seperti penghuni-penghuni sebelum mereka, juga mengamalkan kebudayaan zaman batu tetapi pada bahagian yang paling akhir, biasanya disebut sebagai Zaman Batu Baru (Neolitik)."
Orang putih yang mentadbir.
Text
Orang tua-tua ada mengatakan...
"Orang tua-tua ada mengatakan "kera di hutan disusui,anak di rumah mati kelaparan".Dalam soal pengantarabangsaan bahasa Melayu,kita hendaklah mengelakkan daripada berlakunya keadaan seperti yang dinyatakan oleh peribahasa di atas.
Text
bahan tekstil
celupan
...3 more
Orang-orang Greek telah meneroka India dan pulang dengan...
"Orang-orang Greek telah meneroka India dan pulang dengan membawa banyak bahan tekstil (fabrik). Di antaranya termasuklah dari jenis tenunan, lukisan dan celupan. Sesuatu yang agak menarik tentang fabrik ini ialah motif yang terdapat pada kain-kain ini terdiri dari motif-motif buahan, burung dan binatang."
Text
Orang-orang Melayu mula boleh ...
"Orang-orang Melayu mula boleh membaca dan menulis kira-kira 500 tahun dulu di zaman keagungan Melaka. Pada ketika itu, sudah ada tradisi pembelajaran dan pembacaan Al-Quran yang merupakan suatu kewajipan kepada anak-anak sebelum mereka mempelajari bahasa Melayu."
Text
Orang-orang Thai berasal dari wilayah Yunnan
Orang-orang Thai berasal dari wilayah Yunnan,China. Tetapi yang menyebabkan mereka menjadi sebahagian daripada penduduk kawasan Asia Tenggara ialah apabila kerajaan mereka , Nanchao ditakluki oleh kaum Mongol pada tahun 1253 M. Memang mereka telah berpindah ke selatan sejak tahun 1000 M lagi tetapi perpindahan itu baru diperhebatkan sejak penaklukan kaum Mongol tersebut.
Text
Melayu
ordinan
Ordinan (penyelesaian) Harta Pusaka Kecil tahun 1955 merupakan undang-undang yang terakhir...
" Ordinan (penyelesaian) Harta Pusaka Kecil tahun 1955 merupakan undang-undang yang terakhir yang digubal oleh pegawai-pegwai Inggeris untuk tujuan pentadiran tanah masyarakat adat. "
Text
adat perpatih
Melayu
Pada 10hb Ogos, 1968 lebih kurang 80 orang anak-anak buah suku Seri Lemak Minangkabau...
"Pada 10hb Ogos, 1968 lebih kurang 80 orang anak-anak buah suku Seri Lemak Minangkabau yang terdiri dari perut Galau, Jumbang, Kampung Umor dan Ulu Juaseh telah berarak ke telapak Datuk Senara Muda dengan diketuai oleh Ahmad bin Mansor. "
Text
Adat
Melayu
Pada 20 November 1979, Undang Luak Jelebu ke 14...
" Pada 20 November 1979, Undang Luak Jelebu ke 14 telah wafat. Perlantikan dan pengishtiharan Datuk Undang ke 15 pada 4 Februari 1980 oleh Datuk Menteri Shah Raja Sehari telah menimbulkan konflik di kalangan waris dan Datuk-Datuk Lembaga Yang Tujuh di Jelebu. "
Text
Melaka
pelabuhan
...1 more
Pada awal abad ke-16 bandar Melaka...
"Pada awal abad ke-16 bandar Melaka dianggarkan mempunyai penduduk antara 40,000 dan 50,000 orang (Meilink-Roelofsz, 1962). Ulasan peribadi Duarte Barbosa (1875) menggambarkannya sebagai: "sebuah pelabuhan laut yang sangat kaya, tempat tumpuan saudagar-saudagar borongan dan kapal-kapal pedagang yang paling ramai di seluruh dunia."
Text
Johor
Pada awal pembangunan negeri, Johor...
"Pada awal pembangunan negeri, Johor tidak mempunyai satu dasar pertanian yang jelas lagi khusus. Pada masa itu apa jenis tanaman yang diberi tumpuan bergantung kepada tahap permintaan terhadapnya."
Text
kerabat
pembesar
...1 more
Pada awalnya, kain tenunan menjadi pakaian larangan...
"Pada awalnya, kain tenunan menjadi pakaian larangan yang hanya boleh dipakai oleh kerabat dan pembesar istana sahaja. Namun kini, kain tenun telah diberi sentuhan inovasi dan sesuai dipakai oleh semua lapisan masyarakat seterusnya menjana pendapatan keluarga."
Text
perlis
Pada bulan Jun 1800, Sultan Dhiauddin...
"Pada bulan Jun 1800, Sultan Dhiauddin Mukarram Shah II telah menandatangani suatu perjanjian persahabatan dengan Sir George Leith, Gabenor pertama British di Pulau Pinang. "
Text
Melayu
sistem adat
Pada hakikatnya, kewujudan adat perpatih di Negeri Sembilan adalah...
" Pada hakikatnya, kewujudan adat perpatih di Negeri Sembilan adalah atas dua dasar utama, iaitu kekeluargaan/ kekerabatan dan tanah. "
Text
kesenian islam
makam
...1 more
Pada kebiasaannya turbah, didirikan di atas...
"Pada kebiasaannya turbah, didirikan di atas makam seorang raja atau tokoh-tokoh Islam yang terkemuka serta berjasa, sedang perbuatan mendirikan bangunan seperti itu di atas kuburan adalah salah di sisi syari'at Islam, walaupun ada ulama yang menyatakan masalah khilafiah sahaja."
Text
Pada keseluruhannya,fungsi buku ketatanegaraan...
"Pada keseluruhannya, fungsi buku ketatanegaraan ini bertujuan memberi nasihat, panduan dan petunjuk bagi raja-raja agar dapat memimpin dengan baik. Setiap fasal dikarang oleh Bukhari al-Jauhari yang memberikan pengajaran yang berguna yang boleh menjadi iktibar kepada manusia. Pengajaran yang terdapat dalam buku ini dibahagikan kepada empat bahagian utama."
Text
kerajaan Saljuk
kesenian islam
...1 more
Pada masa kerajaan Saljuk, motif...
"Pada masa kerajaan Saljuk, motif kepala manusia berbadan haiwan, merupakan imej biasa dekorasi tembikar Parsi. Kombinasi ini jelas membayangkan pengaruh Saljuk yang menggabungkan kemahiran pelukis dan kepakaran pembuat tembikar."
Text
kesenian islam
masjid
...1 more
Pada masa pemerintahan Khalifah Abdul Malik...
"Pada masa pemerintahan Khalifah Abdul Malik telah dicipta dua binaan masjid yang terpenting ertinya dalam Muqaddis sebagai pusat pengembangan agama Islam yang baru di samping Makkah yang telah sedia ada. Pada mulanya ia mendirikan masjid di atas batu keramat yang dianggap suci oleh penganut-penganut Kristian dan Yahudi. Masjid yang dinamakan masjid Umar itu dikenali di kalangan orang Arab sebagai Qubbah al-Sakhrah. Masjid berikutnya yang dikatakan dibangunkan oleh Abdul Malik ialah masjid al-Aqsa yang didirikan di atas pelantaran bernama Haram al-Syarif. Di masjid inilah Nabi Muhammad SAW dimi'rajkan oleh Allah SWT menuju Sidrat al-Muntaha."
Text
brunei
keris
...1 more
Pada masa sistem barter digunakan...
"Pada masa sistem barter digunakan dalam aktiviti ekonomi masyarakat Melayu Brunei, keris juga dijadikan sebagai alat atau bahan pertukaran, khususnya antara penduduk Kampong Ayer dengan masyarakat pedalaman."
Text
reka bentuk
rumah
...1 more
Pada mulanya jenis rumah yang dibina...
"Pada mulanya jenis rumah yang dibina adalah rumah teres satu atau dua tingkat dengan reka bentuk sederhana untuk kumpulan berpendapatan menengah dan rumah-rumah sebuah dengan tapak yang cukup luas untuk mereka yang berpendapatan tinggi."
Text
fabrik
warna asas
Pada peringkat awalnya, warna-warna yang digunakan...
"Pada peringkat awalnya, warna-warna yang digunakan untuk menghasilkan keindahan pada fabrik adalah terbatas, warna-warna asas yang sering digunakan ialah hitam, merah, kuning dan biru. Warna-warna ini dapat dipelbagaikan dengan cara mencampurkannya bagi mendapatkan warna lain daripada warna asas untuk mewarnakan fabrik."
Text
arabes
kesenian islam
...1 more
Pada prinsipnya arabes tidak lari dari...
"Pada prinsipnya arabes tidak lari dari seni hias yang terkandung di dalamnya berbagai motif daun-daun, bentuk-bentuk geometri, tulisan dan imej binatang. Ia diubahsuai dengan penuh gaya mengikut kecenderungan kreativiti seniman Islam berdasarkan kemampuan imaginasi mereka."
Text
Johor
Pada tahun 1855 apabila Gabenor Blundell...
"Pada tahun 1855 apabila Gabenor Blundell telah memulakan perbincangan tentang pendidikan anka-anak Melayu di Singapura dan Johor, Temenggung Ibrahim telah menyambutnya dengan sikap yang positif."
Text
Belanda
Melaka
...2 more
Pada tahun 1641 orang Belanda menyerang...
"Pada tahun 1641 orang Belanda menyerang dan berjaya merampas Melaka setelah menghadapi pertempuran hebat yang mengakibatkan pelabuhan itu binasa menjadi tumpukan puing. Serangan Belanda ini lebih dahsyat daripada serangan Portugis 130 tahun sebelumnya. Peranan pelabuhan Melaka semakin berkurangan, kerana Belanda menggunakannya lebih sebagai benteng untuk mengawasi kepentingan mereka di selat Melaka berbanding sebagai pusat perdagangan."
Text
Belanda
Melaka
...4 more
Pada tahun 1795 Melaka diserahkan oleh Belanda...
"Pada tahun 1795 Melaka diserahkan oleh Belanda kepada Inggeris. Dengan mengisytiharkannya sebagai pelabuhan perdagangan bebas, Inggeris berjaya menghidupkan semula kemasyhuran Melaka. Hal ini menimbulkan perasaaan cemburu pihak penguasa di Pulau Pinang. Dengan hujah bahawa bandar Melaka akan terpaksa diserahkan kembali kepada Belanda, Syarikat Hindia-Timur dibujuk untuk memusnahkan infrastruktur bandar tersebut supaya tidak akan berdaya menjadi saingan kepada Pulau Pinang kelak."
Text
kelantan
Pada tahun 1801 Putera Long Yunus...
"Pada tahun 1801, Putera Long Yunus berjaya mendapatkan takhta kerajaan Kelantan daripada Tengku Muhammad. Tengku Muhammad cuba menegakkan kembali kekuasannya di Kelantan melalui sokongan Terengganu dan Patani ; tetapi dalam pertempuran 1802, dia gagal mengalahkan Long Muhammad yang mendapat bantuan daripada orang Cina Galas. "
Text
kelantan
Pada tahun 1867, Sultan Muhammad memerintahkan...
"Pada tahun 1867, Sultan Muhammad memerintahkan membina sebuah masjid di Kota Bharu untuk menggantikan masjid lama yang telah runtuh akibat dilanda banjir. "
Text
kelantan
Pada tahun 1880, Kelantan dilanda...
"Pada tahun 1880, Kelantan dilanda angin besar ; dikenali di Kelantan sebagai Peristiwa Angin Besar. "
Text
Johor
Pada tahun 1924 terdapat satu usaha untuk...
"Pada tahun 1924 terdapat satu usaha untuk memaksa penduduk supaya mendaftarkan tanah mereka. Pesuruhjaya Tanah dan Galian telah mengeluarkan suatu Pemberitahu tentang memohon geran besar dan geran kecil. "
Text
Johor
Pada tahun 1931, Hakim W.H. Thorne...
"Pada tahun 1931, Hakim W.H. Thorne telah menarik perhatian Kerajaan kepada keadaan undang-undang di Johor yang mempunyai kesan ke atas tanah yang dipegang di bawah Surat Sementara. "
Text
negeri sembilan
percetakan
Pada tahun 1946, Abdul Ghani kembali ke Kuala Pilah...
"Pada tahun 1946, Abdul Ghani kembali ke Kuala Pilah lalu menubuhkan syarikat percetakannya sendiri di namakan Percetakan Melayu atau lebih dikenali dengan nama inggerisnya The Malay Press Kuala Pilah. "
Text
Pada tahun 1985,tahun pertama ...
"Pada tahun 1985,tahun pertama Hadiah Bahasa dimulakan,jumlah buku yang sampai ke peringkat akhir ialah 13.Kini,jumlahnya telah meningkat dengan amat membanggakan.Pada tahap saringan pertama,angkatnya telah mencecah 100 dan diharap akan terus meningkat lagi."
Text
bangunan
hiasan berukir
Pada umumnya hiasan berukir boleh memberi...
"Pada umumnya hiasan berukir boleh memberi peneduhan, yakni menghalang masuknya cahaya matahari secara langsung ke dalam sesebuah bangunan, terutama di sebelah petang."
Text
Melaka
rumah
Pada zaman dulu, sebelum datangnya pengaruh-pengaruh luar...
"Pada zaman dulu, sebelum datangnya pengaruh-pengaruh luar, rumah-rumah serambi Melaka menggunakan tangga kayu yang bertanggam dan diikat dengan rotan iaitu sama seperti yang digunakan pada kebanyakan rumah-rumah Melayu tradisional di Semenanjung Malaysia. "
Pada zaman feudal.
Showing 751 to 800 of 1397 results
Page
of 28
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->