Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (1397 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Collection: Koleksi Petikan Pengajian Melayu
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
Penglibatan penyair bukan Melayu
"Salah satu perkembangan menarik dalam sejarah puisi Melayu moden ialah muncul golongan penyair bukan Melayu yang turut menghasilkan puisi-puisi Melayu. Secara umumnya, penyair-penyair bukan Melayu ini terdiri daripada kaum Cina, India, Kazadan dan Iban."
Text
Penglibatan penyair wanita
"Penglibatan penulis wanita dalam sejarah perkembangan puisi Melayu moden boleh dikira bermula pada tahun 1930-an lagi, dengan munculnya nama Zainun Nasir yang menghasilkan puisi berjudul 'Perempuan Mesti Bangun'."
Text
adat perpatih
bahasa
Pengulangan adalah satu daripada gaya bahasa...
"Pengulangan adalah satu daripada gaya bahasa puisi yang penting. Melalui penggunaannya dapat membantu menimbulkan keberkesanan rasa pengucapan dan inti pemikiran yang ingin disampaikan. "
Text
Gua Peraling
kelantan
Peninggalan kuburan di Gua Peraling 3A, merupakan...
"Peninggalan kuburan di Gua Peraling 3A, merupakan tinggalan lower mandible (rahang bahagian bawah) dan beberapa pecahan bahagian gigi. Ia diduga merupakan milik seorang lelaki yang mati pada usia sekitar 35-45 tahun. "
Text
arabes
kesenian islam
...2 more
Penjelmaan bentuk-bentuk geometri, motif tumbuh-tumbuhan...
"Penjelmaan bentuk-bentuk geometri, motif tumbuh-tumbuhan dan kaligrafi adalah alternatif kepada larangan yang disebut oleh Hadith. Sungguhpun berbagai-bagai tafsiran telah dibuat sebagai reaksi Hadith-hadith tersebut namun seniman Islam melihat motif-motif hiasan merupakan cetusan dan kekuatan kreativiti. Malahan ia terkandung nilai-nilai yang berteraskan kepada landasan keislaman."
Text
Penjualan buku dibuat dalam berbagai-bagai...
"Penjualan buku dibuat dalam berbagai-bagai cara. Misalnya setiap beberapa bulan akan diadakan pameran oleh semua penjual buku langka. Harga buku semasa pameran diadakan adalah sangat murah."
Pensejaraha
n budaya
Pentafsiran yang lebih kontroversal.
Text
penulis
Penulis blog boleh memperkaya fikiran ...
"Penulis blog boleh memperkaya fikiran dan pilihan pembaca atau mempengaruhi pandangan masyarakat terhadap kehidupan agama, politik, eknomi, intelektual dan kemasyarakatan. Dengan demikian mereka mengimbangi gambaran kehidupan yang diwarnai oleh pihak berkuasa dengan memberikan saingan melalui gambaran yang lain. Secara tidak langsung, sumbangan mereka membantu memelihara keseimbangan sosial kita."
Text
Penulis melihat aspek naratif sebagai...
"Penulis melihat aspek naratif sebagai hal yang sekunder. Sebenarnya aspek yang perlu dipertahankan oleh pengarang dan sasterawan Melayu ialah nilai keindahan karya supaya dapat memenuhi sifat sejarah Melayu yang sebenarnya."
Penulis meminjam frasa-frasa.
Text
Penulisan Adat Negeri Sembilan
" Apabila Inggeris datang dan menjajahi negeri-negeri Melayu yang menganggotai persatuan Negeri Sembilan demi kepentingan politik dan ekonomi, mereka telah juga memberi intrepetasi baru terhadap peraturan dan perjalanan adat."
Text
Penulisan rencana, berita, artikel dan...
"Penulisan rencana, berita, artikel dan sebagainya memperlihatkan keseriusannya berkarya tanpa mengenal penat, letih dan jemu. Sepanjang beliau menjadi sebagai Pemberita Sambilan Utusan Melayu , beliau pernah mengikuti Bengkel Pengenalan Kewartawanan. Penyertaan beliau dalam bengkel ini untuk meningkatkan kemahiran menulis berita dan meningkatkan kemahiran dalm teknik mengambil gambar."
Text
Penyair dan warna persajakan zaman Jepun
" Ruangan kesusasteraan bagi akhbar dan majalah Berita Malai, Fajar Asia, Semangat Asia, Sinaran Matahari dan Suara Timur menerima sumbangan daripada penyajak Indonesia (khasnya dari Sumatera) dan Malaya. Pertembungan ini tentulah lebih merancakkan rungan sajak dalam akhbar dan majalah ini."
Text
Penyair pujangga baru lainnya
"Tidak ada pembaharuan yang dapat dilihat pada sajak-sajak St. Takdir Alisjahbana, iaitu bila dibandingkan dengan sajak-sajak Amir Hamzah."
Text
Penyajak ASAS 50 dan karyanya
"Selain Usman Awang (Tongkat Warrant) dam Masuri S.N., penyajak ASAS 50 itu termasuklah Awam-il Sarkam, Noor S.I., Abdul Ghani Rokambul, A. Samad Said, Mas, Asraf, Keris Mas, Rosmera, Salmi Manja, M. Ghazali dan A.S. Amin. Usman Awang dan Masuri S.N adalah tokoh yang mewakili ASAS 50."
Text
Penyajak dan sajak
"Sama ada penyair, pemuisi atau penyajak, kasus penglibatan mereka menjurus kepada penulisan yang sama, malah mempunyai kaedah dan tata cara penulisan yang hampir sama."
Text
Melaka
rumah
Penyebaran rumah-rumah Serambi Melaka di Kampung Bharu...
"Penyebaran rumah-rumah Serambi Melaka di Kampung Bharu di Wilayah Persekutuan telah bermula di awal kurun ke 19 di mana waktu itu Lembah Klang sedang berkembang dengan pesatnya, kerana pembukaan perusahaan melombong biji timah. "
Penyusunan dan kemahiran.
Text
Johor
Penyusunan semula organisasi kerajaan...
"Penyusunan semula organisasi kerajaan bermula dengan pemindahan secara rasmi pusat pentadbiran Johor dari Teluk Belanga ke Tanjung Puteri pda pada tahun 1866 bertujuan mewujudkan satu sistem pentadbiran yang baik, cekap dan serupa dengan yang terdapat di Singapura. "
Text
istana raja-raja Melayu
seni bina Melayu
Perak terkenal dengan istananya yang indah...
"Perak terkenal dengan istananya yang indah yang dibina pada zaman awal pentadbiran Inggeris, antaranya Istana Iskandariah. Didirikan di atas tapak Istana Negara yang dirobohkan, Istana Iskandariah adalah salah satu istana yang terbesar dan tercantik di Dunia Melayu."
Text
Peranan golongan mapan yang berpengalaman ...
"Peranan golongan mapan yang berpengalaman untuk terus mendidik dan membimbing golongan muda dan terus mengenali dan mengekalkan kesusasteraan yang sedia ada adalah penting. Kombinasi dua golongan muda ini dapat melahirkan generasi muda yang meneruskan kesinambungan warisan zaman berzaman."
Text
kerawang
keselamatan
...1 more
Peranan lain yang tidak kurang pentingnya...
"Peranan lain yang tidak kurang pentingnya ialah keselamatan. Penghuni sesebuah bangunan ingin mencegah pencerobohan orang yang tidak diundang serta gangguan haiwan dengan memanfaatkan kerawang atau kekisi dan mengelakkan kanak-kanak daripada jatuh ke tanah dengan memasang jerejak."
Text
Peranan media cetak melalui hasil ...
"Peranan media cetak melalui hasil penulisan yang mengekalkan keaslian kesusasteraan, mahupun mengangkat jati diri warisan yang semakin hari semakin dilupakan oleh generasi muda. Tidak hairanlah generasi muda pada suatu masa nanti tidak mengenali identiti sastera tradisional "
Text
Perasaan Chubak terhadap bentuk ini ...
"Perasaan Chubak terhadap bentuk ini dapat digambarkan sebagai sikap ekonominya dalam pemaparan peristiwa, dengan perkakas deskriptif yang seminimumnya."
Text
Perbandingan cempung (BM) dan c^mb^N (BK)
" Menurut huraian di dalam Kamus Bahasa Korea, umumnya [cemben] dalam BK dijelaskan bunyi sesuatu jatuh ke air dan tenggelam, manakala padanan bunyi dalam BM, iaitu [cempun] pula dihuraikan sebagai bunyi sesuatu atau barang jatuh ke air."
Perbandingan dengan bangsa-bangsa Melayu.
Text
Perbandingan perkembangan di Indonesia dan di Malaysia
Perbezaan perkembangan puisi moden di Malaysia dengan di Indonesia mungkin disebabkan oleh perbezaan latar belakang pekerja-pekerja puisi itu sendiri. Penyair-penyair di Malaysia dapat dikatakan sebagai orang yang kurang mendapat kehidupan kebudayaan Barat dibandingkan dengan teman-temannya di Indonesia seperti yang telah dinyatakan oleh Ismail Hussein dalam satu ceramahnya dalam Klab Kritik Pena pada 10 Oktober 1969."
Text
Adat
Islam
Perbezaan antara Islam dan sistem adat...
" Perbezaan antara Islam dan sistem adat memang ada, namun pada tahap sistem konsep sosio-budaya Melayu telah berlaku rationalisasi di mana hukum Islam-syarak diberi keutamaan mengatasi hukum adat. "
Text
kaligrafi
kesenian islam
Perbezaan kaligrafi dengan huruf-huruf lain...
"Perbezaan kaligrafi dengan huruf-huruf lain:
i. Keindahannya.
ii. Ia mudah dirobah.
iii. Disandarkan pada hal yang berkaitan dengan agama.
iv. Digunakan untuk menulis ayat-ayat suci."
Text
Barat
kaum pendatang
...3 more
Percampuran seni bina import dari Barat...
"Percampuran seni bina import dari Barat dengan seni bina kaum pendatang dan seni bina tempatan juga telah melahirkan seni bina eklektik dengan 'gaya rojak' khasnya pada rumah-rumah kedai dan mansion."
Text
perlis
Perebutan kuasa antara Tunku Ibrahim, Tunku...
"Perebutan kuasa antara Tunku Ibrahim, Tunku Bisnu, Tunku Embun dengan Tunku Pangeran dan sesama sendiri bermula sebelum kemangkatan Sultan Dhiauddin Mukarram Shah II lagi. Akan tetapi, tiada siapa antara mereka yang secara serius mahu "menyentuh" Perlis. "
Text
Perhubungan Tagore yang berakarkan budaya ...
"Perhubungan Tagore yang berakarkan budaya kerohanian India-Hindu tradisional dengan alam adalah amat akrab. Pendek kata, bagi Tagore, alam merupakan wadah pengucapan Pencipta. Secara lebih khusus, setiap unsur alam semula jadi merupakan tanda kewujudan realiti hakiki iaitu sebagai cerminan kehadiran Tuhan."
Text
Adat
negeri sembilan
Perhubungan/ pertalian Temuan dan Melayu di Negeri Sembilan...
"Perhubungan / pertalian Temuan dan Melayu di Negeri Sembilan tidaklah terhad kepada yang simbolik/ tradisional sahaja. Semenjak merdeka banyak perubahan telah berlaku sama ada ekoran daripada usaha-usaha persendirian atau kerajaan dan ini sedikit sebanyak menambahkan mobiliti sosial dan fizikal orang-orang Asli. "
Text
barat-timur
paksi
...2 more
Peri pentingnya paksi barat-timur ini...
"Peri pentingnya paksi barat-timur ini kadang-kadang demikian kuat pengaruhnya sehingga ada suku bangsa, misalnya Toraja dan Nuaulu yang percaya bahawa cara orang tidur pun perlu mengikut paksi-paksi tersebut; kalau tidak, sudah tentu penyakit atau malapetaka akan datang menimpa. Paksi barat-timur sangat mempengaruhi orientasi rumah-rumah tradisional."
Text
Johor
Peristiwa-peristiwa Reformation dan Counter Reformation...
"Peristiwa-peristiwa Reformation dan Counter Reformation, Enlightenment, Zaman Materialisme, pelayaran eksplorasi, revolusi-revolusi industri, saintifik, pertanian, demokratik dan Perancis membuka pintu negara-negara Barat menerima pandangan dunia luar. "
Text
Perkahwinan di dalam masyarakat Melayu...
"Perkahwinan di dalam masyarakat Melayu.merupakan suatu peristiwa yang dijalankan menurut adat dan telah menjadi kelaziman masyarakat setempat. Perkahwinan ini dianggap suatu peristiwa yang penting dalam masyarakat Melayu."
Text
perlis
Perkahwinan Penghulu Syed Harun dengan...
" Perkahwinan Penghulu Syed Harun dengan Tunku Sofiah tidak menghasilkan zuriat. Syed Harun berkahwin lagi dengan Wan Fatimah binti Wan Abdul Rahman yang juga cucu kepada Dato' Johan Lela Perkasa. "
Text
Bahasa Melayu Standard
dialek
Perkamusan yang baik untuk sesuatu bahasa...
"Perkamusan yang baik untuk sesuatu bahasa sebaik mungkin mengambil kira segala bentuk pendokumentasian yang dilakukan terhadap kosa kata yang menyeluruhi pandangan dunia orang-orang Melayu yang mungkin terdapat dalam semua dialek yang mendukung sesuatu bahasa standard untuk kegunaan yang antar-dialek dalam sesebuah masyarakat bahasa. "
Perkara ini adalah nada.
Perkara yang kedua pentingnya.
Text
Gua Cha
kelantan
Perkara yang menarik berhubung pengebumian ini...
"Perkara yang menarik berhubung pengebumian ini telah ditemui dua batu kepingan yang menutupi bahagian tengah kuburan. Wadah bekal kubur adalah tulang haiwan yang diperkirakan rusa. "
Text
Perkataan 'bisa' mempunyai dua makna...
" Perkataan 'bisa' mempunyai dua makna.Pertama membawa maksud hebat dan kedua membawa maksud sesuatu yang memudaratkan."
Text
Perkataan filologi merujuk kepada kosakata ...
" Perkataan filologi merujuk kepada kosakata philos dalam bahasa Yunani, makna asalnya ialah cinta. Sementara perkataan logos atau logy merujuk kepada ilmu. Dengan itu, filologi diertikan sebagai kegiatan menyinta ilmu. Pengertian ini dikembangkan kepada makna sebagai suatu proses belajar, proses bertutur dan beretorik."
Text
negeri sembilan
perindustrian
Perkataan modenisasi selalu dikaitkan dengan...
" Perkataan modenisasi selalu dikaitkan dengan erti pembangunan dan perindustrian. Walaupun ketiga-tiga perkataan ini mempunyai konsep dan proses yang berlainan, akan tetapi ianya berkait rapat dengan aspek-aspek perubahan sosial. "
Text
Melayu
songket
Perkataan songket atau 'sungkit' adalah berasal...
"Perkataan songket atau 'sungkit' adalah berasal dari perkataan Melayu yang diambil dari teknik 'menyungkit' dengan menyusun lidi atau bilah-bilah nibung melalui celah-celah benang loseng. Bilah ini digunakan sebagai penyolek. Proses ini dibuat untuk menyediakan benang karat iaitu dengan mengikat pada benang butang dengan tujuan membuat Ragam hias (Siti Zainon Ismail, 1986)."
Text
Perkembanga Perang Dunia Kedua: Bentuk kritikan kesusasteraan terawal
"Tradisi kritikan kesusasteraan yang berakar umbi di Barat telah dimulakan tradisinya di sini oleh Keris Melayu. Dengan tulisannya yang berjudul "Tun Seri Lanang dan Abdullah Munsyi" itu, maka bermulalah satu lagi cabang intelektual Melayu yang amat rapat kaitannya dengan cabang kreatif, berkembang sebagai satu bidang ilmu hingga ke hari ini."
Text
arabes
kesenian islam
...1 more
Perkembangan arabes sebagai satu cabang kesenian...
"Perkembangan arabes sebagai satu cabang kesenian yang penting telah menjalar ke seluruh dunia Islam hingga ke Eropah. Ia telah berkembang di Syria, Afrika Utara dan Parsi pada abad ke-8 M. di Mesir pada abad ke-9 M., di Andalusia dan India pada abad ke-11 M. dan Turki pada abad ke-15 M."
Text
Perkembangan cerpen sebelum ASAS 50: Corak dan pemilihan tema
"Selalunya apabila membicarakan tema dan persoalan dalam cerpen-cerpen Melayu selepas perang, kita sering cuba mencari sebarang perubahan, kiranya ada, lalu memberikan sebanyak pengertian tentang perkembangan yang berlaku melalui cerpen-cerpen yang dihasilkan oleh para penulis."
Text
Perkembangan dalam tahun 1955-1959: Corak dan persoalan cerpen
"A. Samad Said dapat dianggap sebagai pengarang sindiran yang berjaya. Cerpen-cerpen sindiran yang pernah diperkenalkan oleh A. Samad Ismail dan Ishak Haji Muhammad mendapat tenaga baru dan menjadi satu gaya pula di tangan A. Samad Said."
Showing 901 to 950 of 1397 results
Page
of 28
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->